Anda di halaman 1dari 2

JENIS AYAT

Terdapat empat jenis ayat berdasarkan daya pengucapan atau intonasi dan tujuan ayat itu diucapkan.

Ayat Penyata Ayat penyata diucapkan dengan maksud membuat satu penyataan atau memberi keterangan mengenai sesuatu hal. Ia dikenali juga sebagai ayat berita atau ayat keterangan. Contoh : Anita seorang gadis yang cantik.

Ayat Tanya

Ayat tanya digunakan untuk menyoal dan mendapatkan jawapan atau reaksi mengenai sesuatu perkara. Contoh : Siapakah yang menyediakan makanan ini?

Ayat Perintah

Ayat perintah diucapkan dengan tujuan menimbulkan sesuatu tindakan. Ia boleh dikategorikan kepada empat:

a) b) c) d)

Ayat suruhan. Contoh : Kamu bersihkan bilik ini sebelum pulang Ayat larangan. Contoh : Jangan buang sampah di sini Ayat silaan. Contoh : Sila datang ke rumah saya Ayat permintaan. Contoh : Tolong belikan saya sehelai baju

Ayat Seruan

Ayat seruan diucapkan dengan nada atau intonasi untuk melahirkan sesuatu perasaan, sama ada takut, kagum, marah, gembira dan sebagainya. Tanda seru diletakkan pada akhir ayat seru. Contoh : Amboi, cantiknya! Aduh, sakitnya!

Anda mungkin juga menyukai