Anda di halaman 1dari 53

ISU-ISU KONTEMPORARI TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN BARAT

HEGEMONI BARAT DAN GLOBALISASI

Hegemoni Barat
Hegemoni berasal daripada perkatan Yunani, hegemon, yang bermaksud ketua (Mclean,1,1996.The Concise Oxford Dictionary of Politics, Oxford: University Press, p. 218). Mengikut Kamus Dewan (2002 (edisi ketiga): 448), hegemoni ialah pengaruh atau dominasi sesebuah negara atas negara-negara lain. Hegemoni boleh difahami sebagai pencengkaman atau dominasi sesuatu pihak ke atas pihak lain yang secara relatif lebih lemah dari segi ekonomi, politik dan sosial.

GLOBALISASI
Globalisasi adalah satu transformasi yang telah melanda dunia iaitu era dunia tanpa sempadan. Proses globalisasi mula berkembang melalui penciptaan dan pencapaian terkini dalam sejarah peradaban manusia.

Istilah global dan globalisasi merujuk kepada idea tentang dunia tanpa sempadan seolaholahnya ia menjadi satu walaupun penduduk berada pada tempat yang berlainan atau jauh. Menurut Anthony Giddens, globalisasi boleh didefinisikan sebagai hubungan sosial serata dunia secara intensif yang mana tindakan pihak tempatan ditentukan oleh peristiwa yang berlaku berbatu-batu jauhnya dan juga perkara disebaliknya (Giddens,A.2000) Menurut Martin Albrow pula, Globalisasi sebagai proses penduduk dunia diperbadankan di bawah satu masyarakat dunia, masyarakat global.

Media
Media massa memainkan peranan yang penting dalam penyebaran maklumat dan informasi khususnya dalam konteks pembangunan tamadun sesebuah bangsa. Kesan revolusi teknologi maklumat dan komunikasi memberi kesan yang besar terhadap cara hidup masyarakat dunia. Pihak Barat telah berjaya mendominasi penyebaran maklumat dan berita antarabangsa melalui kemajuan dan perkembangan teknologi mereka. Agensi berita Barat mempunyai pengaruh yang besar dan mereka bebas untuk mengolah sesuatu berita dan maklumat tentang sesuatu peristiwa mengikut kaca mata mereka.

Pihak Barat juga menggunakan media mereka untuk melemparkan pelbagai tuduhan palsu pada negaranegara Islam bertujuan untuk mengekalkan,menjamin dan memenuhi segala kepentingan mereka. Pertubuhan-pertubuhan Islam yang aktif dalam bidang dakwah juga menjadi mangsa media Barat.Mereka sering dikaitkan dengan kegiatan terorisme dan subversif yang menggugat keamanan dunia.Oleh sebab itu,kegiatan mereka diharamkan seperti,Tabligh,Taleban,Mujahidin dan Ikhwa-nul Muslimin.

Politik
Perkembangan politik oleh Barat telah lama berlaku,bermula dengan penjajahan negara-negara kecil dan yang baru membangun.Ini memberi impak secara langsung dalam politik,struktur ekonomi dan nilai sosio-budaya negaranegara terbabit.Pada akhir penjajahan mereka menggunakan pendekatan baru untuk terus mendominasi politik dunia melalui pendekatan globalisasi. Bagi negara Islam pula,kebanyakkannya telah mendapat kemerdekaan daripada mana-mana pengaruh.Sungguhpun begitu,pengaruh dan dominasi barat tidak hilang,contohnya dalam konteks kebebasan dan hak untuk membuat keputusan terutama dalam hal politik dan keselamatan antarabangsa.

Ekonomi
Kuasai ekonomi sama seperti menguasai dunia. Menubuhkan kelab eksklusif, G7, hanya disertai oleh negara-negara maju. Syarikat-syarikat multi-nasional beroperasi seluruh dunia Menguasai institusi kewangan dunia spt World Bank, IMF dll. Mata wang mereka digunapakai seluruh dunia. Menguasai kekayaan dunia. Jurang kaya miskin sangat ketara.
10

Dari segi Ekonomi


Proses dan perkembangan globalisasi dipengaruhi dengan proses yang dinamakan pengantarabangsaan Ekonomi.
ASEAN menubuhkan (AFTA) Asen Free Trade Agreement bagi menghadapi cabaran globalisasi semasa berlakunya krisis ekonomi

Globalisasi membawa perubahan ekonomi negara-negara luar.

Globalisasi memberikan kesan yang mendalam kepada negara maju dan sedang membangun

Sosial
Peniruan gaya hidup Barat semakin nyata. Hiburan (muzik, nyayian, filem, lakonan, kartun dll). Irama (rock, blues, heavy, pop dll) Mempunyai jutaan peminat di seluruh dunia termasuk di negara-negara membangun. Jenis dan budaya makanan. KFC, McD, Coca Cola, Pepsi sangat sangat popular. Pakaian berjenama (Levis, Lee, Adidas, Versace, Bonia, Avon, Maybeline, Christion Dior dll) sangat sangat digilai oleh anak-anak muda. Merasa bangga, bergaya, ada klas dll.
12

Hak Asasi Manusia


Konvensyen Geneva telah menggariskan hakhak yang perlu dinikmati oleh semua manusia tanpa mengira bangsa mahupun agama, merdeka mahupun tawanan. Deklarasi ini diterima oleh seluruh masyarakat dunia yang inginkan keadilan dan kesejahteraan.

13

KRISIS ALAM SEKITAR

14

PENDAHULUAN
Masalah pencemaran dan kemerosotan kualiti alam sekitar merupakan salah satu cabaran dalam kehidupan masa kini, baik di peringkat tempatan mahu pun global. Permasalahan alam sekitar biasanya bersifat kompleks dan melibatkan perhubungan di antara banyak faktor. Sebahagian daripada masalah alam sekitar yang berlaku pada hari ini adalah berkait dengan keputusan yang dibuat di peringkat individu.

15

PANDANGAN DAN SIKAP MANUSIA TERHADAP ALAM SEKITAR


Pandangan dan sikap seseorang mengenai persoalan alam sekitar boleh dilihat dalam tiga kategori yang utama :
Dominasi (Domination) Kekhalifahan (Stewardship) Romantisisme (Romanticism / Deep Ecology)

16

Dominasi (Domination)
Pandangan ini membenarkan eksploitasi dan kawalan manusia terhadap alam sekitar demi memenuhi keperluan manusia. Alam semulajadi dianggap sebagai satu gedung sumber atau bahan untuk kehidupan. Alam semulajadi tidak mempunyai nilai intrinsik dan kepentingan tersendiri. Alam merupakan satu bentuk komoditi dan tertakluk kepada keperluan manusia. Manusia dan alam dilihat sebagai dua entiti yang terpisah.
17

Pandangan ini mengatakan bahawa manusia adalah khalifah di bumi dan bukannya tuan punya alam ini. Manusia bertanggungjawab di dalam memakmurkan alam dan bukan mengeksploitasinya secara sembarangan. Manusia dan alam semulajadi merupakan dua entiti yang berbeza tetapi saling berkaitan di antara satu sama lain.
18

Kekhalifahan (Stewardship)

Romantisisme (Romanticism / Deep Ecology)


Pandangan ini meletakkan nilai intrinsik dan kegunaan kepada setiap bentuk kehidupan. Spesies hidupan selain daripada manusia dilihat sebagai suatu entiti yang perlu dihormati haknya. Alam semulajadi perlu dihormati dan dijagai sebagai suatu yang suci. Pandangan ini menganggap bahawa manusia dan alam merupakan entiti yang sama. Manusia adalah sebahagian daripada alam.
19

PRINSIP-PRINSIP ISLAM DI DALAM HUBUNGAN MANUSIA DAN ALAM SEKITAR Tawhid


Khalifah & amanah

Syariah

Keadilan & kesederhanaan


20

Tawhid
Konsep tawhid merujuk kepada konsep keesaan Tuhan iaitu tiada Tuhan selain Allah s.w.t. Umat Islam seharusnya sentiasa mengingati Allah s.w.t. dalam setiap perbuatan, pemikiran dan perasaannya. Matlamat utama segala perbuatan, pemikiran dan perasaan adalah untuk mendapat keredaan-Nya. Manusia adalah bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukannya dan akan mendapat balasan setimpal di hari akhirat. Konsep tawhid ini tidak terhad kepada persoalan ibadah semata-mata tetapi turut merangkumi setiap aspek kehidupan termasuklah persoalan hubungan manusia dan alam sekitar.
21

Manusia harus sedar bahawa bumi yang didiami ini adalah hak milik Allah s.w.t. jua. Spesies manusia hanyalah sebahagian daripada makhluk ciptaan-Nya; manusia perlu berinteraksi dengan lain-lain spesies yang mendiami bumi ini. Meskipun diberikan kelebihan sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi, manusia tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya. Sebaliknya manusia mestilah mengambil kira kesan dan akibat tindakannya terhadap spesies-spesies lain. Ini kerana manusia bertanggungjawab atas segala tindakannya dan akan dipersoalkan di hari kemudian kelak.

22

Khalifah dan amanah


Al-Quran menjelaskan bahawa alam ini dijadikan mengikut ukuran tertentu dan berada dalam keadaan seimbang dan harmoni. Alam bersifat teratur dan boleh difahami. Ianya menjadi ayat atau tanda bagi manusia memahami hakikat kewujudan Allah s.w.t.

23

Manusia dipilih sebagai khalifah kerana kelebihannya dikurniakan Allah s.w.t. dengan akal fikiran berbanding makhluk-makhluk lain. Sebagai khalifah, manusia bertanggungjawab menjaga keharmonian dan keseimbangan alam dan bukannya mendominasi alam ini. Amanah yang diberikan Allah s.w.t. kepada manusia ini perlu dijaga kerana pada akhirnya setiap individu akan dipersoalkan tentang tanggungjawabnya. Dunia ini adalah tempat ujian bagi manusia dalam menentukan kesudahan di hari akhirat.
24

Syariah
Syariah menggariskan asas etika dan norma serta perundangan untuk menjadi panduan umat Islam. Syariah adalah berasaskan kepada ajaran al-Quran dan juga contoh teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Matlamat akhir hukum syariah adalah untuk kebaikan umum semua makhluk ciptaan Tuhan dalam kehidupan dunia dan juga akhirat. Hukum syariah berkembang daripada kepercayaan tentang konsep tawhid atau keesaan Tuhan. Allah s.w.t. adalah Maha Pencipta dan kepada-Nya jugalah tempat kembali bagi semua makhluk di dunia ini.
25

Keadilan dan kesederhanaan


Adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Konsep adil dalam alam ini dapat dilihat daripada penciptaan alam semulajadi yang mematuhi ukuranukuran tertentu serta sentiasa berada dalam keseimbangan dan keharmonian. Islam juga menganjurkan umatnya hidup dalam kesederhanaan dan tidak berlebih-lebihan. Dalam persoalan alam sekitar, Allah s.w.t. tidak melarang manusia menggunakan sumber semulajadi tetapi penggunaan ini tidaklah sehingga berlebihlebihan, sebaliknya cukup sekadar memenuhi keperluan.
26

Contoh lain tentang kesederhanaan dalam kehidupan seharian ialah ketika berwuduk sebelum menunaikan sembahyang, di mana hanya anggota tubuh tertentu sahaja yang wajib dibasahi dan bukannya seluruh badan.

Selain itu, umat Islam juga digalakkan mengamalkan sikap berjimat cermat dan tidak membazir dalam penggunaan air.

27

APLIKASI PRINSIP-PRINSIP ISLAM DI DALAM HUBUNGAN MANUSIA DAN ALAM SEKITAR


Hubungan manusia dan haiwan
Hubungan manusia dan tumbuh-tumbuhan

Penggunaan dan pemilikan tanah


28

Hubungan manusia & haiwan


Islam menganjurkan supaya manusia sentiasa mengamalkan sikap yang baik walaupun kepada haiwan. Islam juga membenarkan manusia memelihara dan menternak haiwan untuk dijadikan makanan (misalnya ayam, itik dan kambing), kenderaan tunggangan atau menarik pedati (misalnya unta, kuda dan kaldai) dan juga kegunaan-kegunaan lain yang berpatutan. Namun, setiap haiwan peliharaan perlu diberikan haknya! Jika haiwan perlu dibunuh atau disembelih, ianya mestilah dilakukan dengan kaedah yang betul bagi mengurangkan kegelisahan dan rasa sakit kepada haiwan itu.
29

Hubungan manusia & tumbuhtumbuhan


Al-Quran dan hadis banyak menyebut tentang kegunaan tumbuh-tumbuhan kepada manusia serta juga keperluan untuk manusia bercucuk tanam. Kepentingan bercucuk tanam dan mengekalkan kehijauan bumi sememangnya mendapat keutamaan dan amat digalakkan oleh Islam
30

Nabi Muhammad s.a.w. mengingatkan bahawa sekiranya sewaktu hampir kiamat ada di tangan seseorang itu sebatang pokok, maka pokok itu hendaklah ditanam. Allah s.w.t. menjanjikan ganjaran bagi mereka yang bercucuk tanam. Pemeliharaan hutan dan tumbuh-tumbuhan adalah menjadi amalan pemerintahan Rasulullah s.a.w. di Mekah dan Madinah. Amalan melindungi pokok-pokok ini juga dilakukan di waktu peperangan di mana umat Islam dilarang daripada mencabut atau membunuh tumbuhan sekiranya tidak diperlukan.
31

Penggunaan dan pemilikan tanah

Penggunaan tanah menurut undang-undang Islam boleh dibahagikan kepada empat jenis yang utama iaitu tanah yang sudah dibangunkan (amir), tanah terbiar (mawat), tanah yang dilindungi (harim) dan tanah yang dirizabkan secara kekal (hima). Tanah yang sudah dibangunkan atau amir merujuk kepada manamana kawasan yang telah didiami manusia atau mengandungi aktiviti-aktiviti pertanian. Tanah terbiar atau mawat merupakan tanah yang tidak didiami manusia dan tidak digunakan untuk bercucuk tanam, misalnya padang ragut liar dan kawasan hutan. Mawat boleh dimajukan oleh sesiapa sahaja sama ada secara usaha sendiri atau mendapat kebenaran dari kerajaan. Antara usaha yang boleh dilakukan untuk menghidupkan kembali tanah yang telah mati ini termasuklah menggali telaga, mengairi tanah sekiranya terlalu kering, mengeringkan tanah sekiranya terlalu basah, membersihkan pokok-pokok, bercucuk tanam atau membuat bangunan.
32

Tanah dilindungi atau harim pula merujuk kepada kawasan yang dilindungi yang letaknya di sekitar tanah yang dimajukan. Tujuan harim adalah untuk melindungi sumber yang ada di kawasan pembangunan berkenaan dan juga menyediakan laluan masuk ke kawasan tersebut. Hima pula merupakan mawat yang tidak boleh dibangunkan sama sekali atau dirizabkan secara kekal. Secara umumnya, harim dan hima mempunyai tujuan yang sama iaitu sebagai kawasan yang dilindungi atau tidak dibangunkan. Perbezaannya ialah harim diuruskan oleh individu atau masyarakat setempat manakala hima pula diuruskan oleh kerajaan untuk kegunaan dan faedah awam. Contoh harim adalah tanah di sekitar perigi persendirian, tebing sungai dan bahu jalan. Contoh hima pula adalah kawasan hutan simpanan untuk pemuliharaan tumbuhan dan juga hidupan liar atau sebagai tempat simpanan kuda-kuda yang digunakan semasa peperangan.

33

Pembahagian tanah tersebut dibuat secara berhati-hati dan mengikut penggunaan yang ditetapkan. Selain itu persoalan kepentingan bersama untuk masyarakat setempat turut diberi perhatian. Misalnya penggunaan tanah awam untuk dijadikan zon hima adalah dibuat secara adil. Hima hanya diwujudkan sekiranya benar-benar perlu dan kawasannya hendaklah tidak terlalu luas sehingga menganggu kegunaan orang ramai. Meskipun kerajaan berhak untuk mewartakan sesuatu hima, namun ianya tidak dilakukan dengan sewenangwenangnya kerana kepentingan awam adalah diutamakan.

34

KRISIS ALAM SEKITAR


Pemanasan Suhu dunia Krisis tenaga nuklear Pencemaran udara dan jerebu Banjir kilat

35

PERSEPSI JIHAD

Konsep Jihad
Pengertian jihad boleh dilihat dalam beberapa sudut. Jihad adalah perkataan Arab iaitu jahada yajhadu jahdu yang bererti kesulitan dan beban. Al-Jahdu pula bermakna kesungguhan dan keupayaan terakhir. Definisi al-Jihad pada bahasa bermaksud penyerahan segenap kemampuan manusia untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkan atau menolak sesuatu yang dibenci.

Manakala dari segi istilahnya para fukaha bersepakat iaitu peperangan dan membantu semua persiapan perang. Oleh itu dalam erti kata yang luas jihad boleh didefinisikan sebagai berjuang dalam peperangan, berjuang menentang hawa nafsu, berjuang menegakkan keadilan dan kebenaran dan lain-lain perjuangan pada jalan Allah dan meninggikan kalimah Allah.

Dalam konteks yang sempit adalah jihad di medan perang iaitu mempertaruhkan seluruh jiwa dan raga demi agama dan negara. Sebaliknya apabila ditafsirkan secara lebih umum, maka jihad boleh membawa banyak pengertian. Justeru, perjuangan yang dilakukan di atas dasar jihad dengan nama Allah SWT dan agama Islam adalah syahid.

Antaranya: jihad melawan nafsu, menuntut ilmu, mempertahankan maruah diri dan sebagainya. Boleh dilakukan melalui pengorbanan harta benda, wang ringgit, kekuatan fizikal, tenaga bahkan buah fikiran juga termasuk dalam sumbangan jihad. Perjuangan dan pengorbanan pelajar-pelajar dalam menuntut ilmu pengetahuan dan amal makruf nahi mungkar juga adalah tergolong dalam kategori-kategori yang menunjukkan pengorbanan atau jihad fi sabilillah.

Konsep jihad perlulah difahami agar masyarakat tidak terpengaruh dengan anasiranasir yang mengambil kesempatan di atas jihad palsu mereka. Kesimpulan:Umumnya jihad membawa maksud yang sangat luas. Ianya tidak boleh disempitkan kepada jihad di medan perang semata-mata. Justeru jihad dalaman seperti melawan hawa nafsu dan godaan syaitan juga tergolong jihad fardu ain.

Sebaliknya jihad menentang orang-orang kafir hanyalah jihad fardu kifayah dan ianya bertukar wajib apabila pihak musuh menyerang atau mengancam Islam dan umatnya. Oleh itu, sekiranya setiap Muslim mengamalkan serta menghayati semangat jihad nescaya kegemilangan Islam akan kembali menyinari dan membawa kesejahteraan kepada alam ini.

ETIKA DALAM SAINS

ETIKA SAINS DALAM TAMADUN ISLAM


Kegiatan sains dalam Tamadun Islam, seperti juga dalam kegiatan-kegiatan hidup yang lain, sentiasa dibimbing oleh peraturan-peraturan al-Quran dan Hadith Nabi Muhamad s.a.w. Seorang sarjana Muslim yang terkenal dalam bidang kimia, Muhamad Abu Zakaria al-Razi, bapa Kimia Arab, dikatakan telah diperintahkan oleh khalifah untuk membuat racun arsenik, namun beliau telah menolaknya kerana arsenik boleh membunuh kehidupan.

Tindakan yang dilakukan oleh al-Razi menyerlahkan satu pendekatan berbeza antara dua pendekatan sains iaitu pendekatan di mana usaha dilakukan dengan sedar untuk menjadikan sains dan teknologi sebagai satu alat untuk kesejahteraan manusia dengan mengambil kira nilai-nilai sosial dan keseimbangan ekologi. Pendekatan kedua ialah pendekatan yang menganggap sains sebagai bebas nilai namun ia akhirnya menyebabkan kemusnahan kepada sistem sosial, moral, psikologi, ekonomi dan alam sekitar manusia.

ETIKA SAINS DALAM TAMADUN BARAT


Penolakan Barat terhadap agama dalam kegiatan sains disebabkan pengalaman mereka berhadapan dengan gereja pada Zaman Pertengahan dan juga Renaisans. Pada Zaman Pertengahan, ramai ahli sains telah dihukum dengan pelbagai hukuman bahkan ramai dihukum mati kerana mengeluarkan teori-teori sains yang bercanggah dengan dogma gereja. misalnya Guirdano Bruno dan beliau telah dihukum bakar hingga mati Campo dei Fiori pada 17 Febuari 1600.

Penindasan pihak gereja terhadap ahli sains menyebabkan ahli sains pada Zaman Enlightenment dan Zaman Moden menolak hubungan antara agama dengan sains. Terdapat keinginan di Barat untuk kembali menghayati etika sains berdasarkan kepada agama. Antara penggerak etika yang berdasarkan agama ialah Dr. Bruno Guirdidoni @Abdul Haq, seorang ahli fizik Perancis yang pernah menjadi pengarah Balai Cerap Paris

Kini muncul pendekatan Intellegent Design dalam pendekatan sains khususnya di Amerika Syarikat. Intellegent Design adalah kesinambungan daripada pendekatan creation yang bertentangan dengan pendekatan evolusi yang menjadi teras kepada sains moden. Intellegent Design dan Crationism menekankan bahawa kejadian alam ini adalah seperti yang dinyatakan oleh Bible sedangkan evolusi pula menyatakan bahawa alam ini terjadi secara evolusi. Senario ini menggambarkan krisis dalam pendekatan sains masa kini, sekurang-kurangnya di Barat.

KESAN PERKEMBANGAN KONTEMPORARI KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA

Gelombang globalisasi kontemporari adalah yang terbesar dan terkuat pernah melanda dunia. Pengaruhnya sungguh besar dan luas sehingga ia meliputi semua bidang peradaban. Cabaran globalisasi kini memerlukan pembentukan generasi muda yang berdaya tahan melalui ilmu dan kemahiran. Cabaran globalisasi dan implikasinya terhadap ekonomi, budaya, teknologi dan politik adalah luas dan mempunyai kesan yang positif dan negatif.

Penerimaan terhadap perubahan haruslah difikirkan dan diterima secara positif dan membina untuk kemajuan diri, keluarga, agama, bangsa dan negara. Kebaikannya perlu dimakmurkan dan dimanfaatkan oleh semua rakyat. Keburukannya perlu dihindari dan diatasi sebaik mungkin.

Globalisasi yang membawa mesej kesejagatan, merentasi sempadan negara dan yang menggambarkan kerjasama, sokongan dan perpaduan antara negara dan antarabangsa sewajarnya perlu diberi nafas baru agar manfaatnya turut sarna dinikmati oleh negaranegara kecil, bukannya sekadar menguntungkan negara-negara maju.

SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai