Anda di halaman 1dari 14

MTE3111 Mengajar Geometri, Ukuran dan Pengendalian Data

TAJUK 2

UKURAN

SINOPSIS

Tajuk ukuran merangkumi 5 sub topik : ukuran panjang, timbangan berat, isipadu cecair dan masa & waktu. Bidang pembelajaran dan standard kandungan topik ini merangkumi tahap 1 dan 2 secara berperingkat sepertimana tercatat dalam Huraian Sukatan Pelajaran Matematik KBSR dan Kurikulum Standard Matematik KSSR. Pendekatan kontekstual lebih sesuai digunakan dalam mengaplikasikan strategi yang sesuai semasa menyampaikan konsep ukuran dan pelajar dikehendaki merealisasikannya semasa sesi pengajaran makro / mikro mengikut sub topik berkaitan. 2.0 HASIL PEMBELAJARAN Di akhir pembelajaran ini, pelajar dapat : 1. Menakrifkan konsep panjang, timbangan berat, isipadu cecair dan masa & waktu. 2. Menggunakan istilah yang betul berkaitan topik ukuran. 3. Mengenalpasti unit ukuran bukan piawai yang seragam dan unit piawai yang relevan bagi tajuk panjang, timbangan berat, isipadu cecair dan masa & waktu. 4. Menyenaraikan pengetahuan kandungan pedagogi untuk tajuk panjang, timbangan berat, isipadu cecair dan masa & waktu. 5. Menunjuk cara kefahaman terhadap amalan masakini yang berkaitan dengan topik ukuran yang merangkumi subtopik : ukuran panjang, timbangan berat, isipadu cecair, dan masa & waktu di sekolah rendah. 6. Merancang secara progresif semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran subtopik ukuran dengan lebih berkesan serta dapat merealisasikannya dalam bilik darjah sebenar. 7. Mengaplikasikan pengetahuan kandungan pedagogi yang dikumpul dengan strategi yang berkesan dalam aktiviti pengoperasian tambah, tolak, darab, bahagi dan penyelesaian masalah dalam kehidupan sebenar yang

bersesuaian.

IPDA_2012

MTE3111 Mengajar Geometri, Ukuran dan Pengendalian Data

2.1

KERANGKA TAJUK-TAJUK

UKURAN

UKURAN PANJANG

TIMBANGAN BERAT

ISIPADU CECAIR

MASA & WAKTU

RAJAH 1 : PETA KONSEP SUB TOPIK UKURAN

Langkah 4 Penggunaan simbol setiap ukuran dan membuat anggaran. Langkah 1 Penggunaan laras bahasa murid-murid

Langkah 3 Penggunaan bahasa Matematik menggunakan alat ukuran piawai.

Langkah 2 Penggunaan bahan ukuran bukan piawai

RAJAH 2 : CARTA ALIRAN BIDANG PEMBELAJARAN UKURAN

PERBINCANGAN 2.1.1. Langkah 1 dan 2 ialah topik pengenalan ukuran awal peringkat pembelajaran Tahap 1 dengan memberikan tumpuan khas kepada penggunaan istilah, glosari dan laras bahasa yang sesuai dengan tahap pelajar. 2.1.2 Penumpuan bidang pembelajaran untuk Tahap 2 bermula dalam langkah 3 yang menegaskan penggunaan alatan ukuran piawai. 2.1.3 Penegasan dalam pelaksanaan Langkah 4 berfokus kepada penggunaan simbol ukuran dan membuat anggaran dalam kehidupan seharian. 2.1.4 Guru memberi tumpuan khas kepada kemahiran menukarkan unit ukuran piawai dengan lebih tepat dan sistematik.

IPDA_2012

MTE3111 Mengajar Geometri, Ukuran dan Pengendalian Data

2.2

Pengetahuan kandungan pedagogi Pengertian ukuran panjang, timbangan berat, isipadu cecair dan masa & waktu. Unit bukan piawai seragam dan unit piawai. Penukaran unit-unit. Operasi tambah, tolak, darab dan bahagi berkaitan dengan topik ukuran. Urutan bagi pengajaran topik ukuran.

2.3

Kemahiran-kemahiran penting Antara beberapa kemahiran dalam tajuk ukuran ini ialah : Pengenalan kepada ciri-ciri ukuran secara kaedah perbandingan secara persepsi, perbandingan secara langsung dan perbandingan secara tidak langsung. Pengenalpastian unit-unit bukan piawai seragam dan unit-unit piawai. Penguasaan kemahiran menukarkan antara unit ukuran piawai dengan tepat dan sistematik. Penguasaan kemahiran operasi asas seperti penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian yang melibatkan ukuran dalam unit-unit piawai. Penguasaan kemahiran menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian seperti : Membentuk dan mengenal pasti pola atau corak masalah ukuran. Mencari kaedah alternatif dalam menyelesaikan masalah. Menguji pelbagai cara berkomunikasi idea-idea matematik. Membentuk hipotesis dengan sendiri.

IPDA_2012

MTE3111 Mengajar Geometri, Ukuran dan Pengendalian Data

2.4

Definisi ukuran panjang Secara umumnya, ukuran panjang ialah jarak antara dua titik yang diukur sepanjang garis lurus. Dalam perspektif yang lebih luas, ukuran panjang membawa maksud jarak antara dua titik yang mengambilkira ukuran sesuatu objek bagi menentukan panjang, ketebalan dan kedalaman yang tidak hanya melibatkan garisan lurus tetapi juga ukuran yang tidak tetap seperti ukuran lilitan pinggang. A B

Rajah 1: Jarak antara titik A dan titik B

120 cm

Rajah 2: Panjang sepasang seluar

2.5

Penggunaan istilah-istilah Penggunaan laras bahasa yang sesuai seperti membuat perbandingan secara relatif (panjang-pendek, tinggi-rendah, luas-sempit, jauh-dekat) perlu diperkenalkan di tahap satu bagi memantapkan kemahiran penggunaan bahasa yang betul.

2.6

Penggunaan ukuran unit bukan piawai Unit bukan piawai ialah sebarang ukuran panjang abitrari yang digunakan sebagai unit asas. Penggunaan anggota badan, bahan atau alat yang mempunyai ukuran seragam (uniform) seperti hasta, jengkel, depa, genggam, tapak kaki, kepingan kad, dadu, klip kertas, manik dan sebagainya digunakan sebagai asas ukuran yang disusun dari hujung ke hujung objek yang diukur.

IPDA_2012

MTE3111 Mengajar Geometri, Ukuran dan Pengendalian Data

2.6.1 Anggota badan hasta daripada siku ke hujung jari hantu jengkal daripada hujung ibu jari ke hujung jari kelengkeng yang diluaskan permukaan jari depa daripada hujung jari hantu ke hujung jari hantu sebelah tangan lagi satu genggam semua jari ditutup dan dari tepi tapak tangan ke tepi ibu jari tapak kaki membahagikan ukuran kepada 12 inci, dan ukuran asalnya berdasarkan kepada panjang tapak kaki.

Rajah 3: Jengkal

2.6.2 Unit bukan piawai yang seragam

Rajah 4: Klip kertas

Rajah 5: Pemadam

IPDA_2012

MTE3111 Mengajar Geometri, Ukuran dan Pengendalian Data

2.7

Unit Piawai 2.7.1 Sistem Imperial inci kaki ela rantai furlong batu

2.7.2 Sistem Metrik millimeter sentimeter desimeter meter dekameter hektometer kilometer Aktiviti tutorial lengkapkan latihan berikut.

2.7.3

1 kaki = ? inci 1 ela = ? kaki = ? inci 1 rantai = ? ela 1 furlong = ? rantai = ? ela = ? kaki 1 batu = ? furlongs = ? rantai = ? ela = ? kaki ? mm = ? cm (sentimeter) ? cm = ? dm (desimeter) ? dm = ? m (meter) ? m = ? Dm (dekameter) ? Dm = ? Hm (hektometer) ? Hm = ? km (kilometer)

IPDA_2012

MTE3111 Mengajar Geometri, Ukuran dan Pengendalian Data

2.8

Penukaran unit piawai

Penukaran antara antara unitunit piawai

1000
km

100 10
cm mm

1000

100

10

Rajah 6: Jadual penukaran unit

2.9

Definisi Jisim / Berat Jisim bermaksud jumlah bahan dalam sesuatu objek dan tidak tertakluk pada daya tarikan graviti manakala berat adalah disebabkan daya tarikan graviti ke atas objek. Walaubagaimana pun, kedua-dua penggunaan terminologi ini agak longgar tetapi pada bahasa maksudnya adalah sama. Biasanya berat objek merujuk kepada jisim.

Jika dibandingkan dengan panjang, konsep jisim adalah lebih sukar untuk difahami kerana jisim tidak boleh dilihat tetapi boleh dipegang dan dirasa. Dengan kata lain, berat objek dua objek tidak boleh dibandingkan dengan melihat sahaja. Berat objek tidak berkadar terus dengan saiz. Ketulan besi yang kecil mungkin lebih berat daripada bungkusan besar kapas. Maka adalah penting untuk memberi kesedaran kepada murid bahawa saiz objek yang besar tidak semestinya lebih berat daripada objek bersaiz kecil. Nilai jisim bagi sesuatu jasad itu tetap asalkan kuantiti jirim di dalam jasad itu tidak berubah.

IPDA_2012

MTE3111 Mengajar Geometri, Ukuran dan Pengendalian Data

2.10

Penggunaan ukuran unit bukan piawai Unit bukan piawai berat ialah sebarang ukuran berat abitrari yang digunakan sebagai unit. Contoh objek yang biasa digunakan adalah kekacang, biji getah, klip kertas, paku tekan dan batu kelikir.

2.11

Unit Piawai 2.11.1 Sistem Imperial ounce pound quarter hundredweight ton stone

2.11.2 Sistem Malaysia tahil kati pikul koyan

2.11.3 Sistem Metrik milligram gram kilogram metric ton

IPDA_2012

MTE3111 Mengajar Geometri, Ukuran dan Pengendalian Data

2.11.4

Aktiviti tutorial lengkapkan latihan berikut.

1 kg = ? g 1 g = ? mg 1 metric tonne (t) = ? kg 1 pound (lb) = ? ounces (oz) 1 quarter = ? pound (lb) 1 hundredweight (cwt) = ? quarter 1 ton = ? hundredweight (cwt) 1 stone = ? lb 1 cwt = ? lb 1 ton = ? lb 1 kati = ? tahil (tah) 1 pikul = ? kati(kat) 1 koyan = ? pikul (koy)

2.12

Penukaran unit piawai

P enukaran antara unit-unit kg, g dan mg


X 1000000 X 1000

X 1000

1000

1000

1000000

Rajah 7: Jadual penukaran unit

IPDA_2012

MTE3111 Mengajar Geometri, Ukuran dan Pengendalian Data

2.13

Definisi Isipadu cecair Sukatan atau ukuran ruang yg dipenuhi oleh sesuatu jisim pepejal, cecair atau gas dalam sesuatu bekas. Isipadu cecair adalah tetap walaupun bentuk bekas berubah.

2.14

Penggunaan ukuran unit bukan piawai Unit bukan piawai untuk isipadu cecair ialah sebarang ukuran isipadu abitrari yang digunakan sebagai unit. Contoh biasa bekas yang digunakan adalah sudu, cawan, mangkuk, dan baldi.

2.14

Unit Piawai Unit piawai isipadu cecair diterima di peringkat antarabangsa. Contohnya liter, gelen, pint dan kuart. Unit-unit seperti gelen, pint dan kuart alah unit Imperial untuk isipadu cecair manakala millimeter dan liter adalah unit metrik.

2.14.1 Sistem Imperial pint quart gallon

2.14.2 Sistem Malaysia chupak gantang

2.14.3 Sistem Metrik milliliter liter Aktiviti tutorial lengkapkan latihan berikut.

2.14.4

1 litre (l) = ? mililitres (ml) 1 gallon = ? quarts 1 quart = ? pints 1 gantang = ? chupak
IPDA_2012

MTE3111 Mengajar Geometri, Ukuran dan Pengendalian Data

2.15

Penukaran unit piawai

Penukaran antara liter dan mililiter


x 1000

liter (l)

mililiter (ml)

1000

Rajah 8: Jadual penukaran unit

2.16

Definisi Masa dan Waktu Terdapat dua konsep berkaitan dengan masa dan waktu. (i) Pada suatu ketika sesuatu aktiviti / peristiwa itu berlaku (an instantaneous moment). Contoh soalan Bilakah kelas Matematik itu akan mula? (ii) Tempoh masa yang dilaluinya untuk sesuatu aktiviti / peristiwa itu berlaku. Contoh soalan Berapa lamakah ceramah Matematik itu berlangsung?

2.17

Alat ukuran masa

2.17.1 Zaman dahulu

Jam Pasir

Jam matahari

Jam Matahari

Jam Air

Rajah 9: Pelbagai jenis jam pada masa dahulu

IPDA_2012

MTE3111 Mengajar Geometri, Ukuran dan Pengendalian Data

2.17.2 Zaman sekarang

Jam tangan

Jam poket

Jam atom

Kalender

Rajah 10: Pelbagai jenis jam pada masa sekarang


1 senggatan ialah 1 minit

MODEL JAM

Jarum jam Jarum minit

Rajah 11: Model jam

2.18

Penggunaan ukuran unit bukan piawai Unit arbitrari untuk pengukuran masa seperti: ayunan bandul, titisan air, denyutan jantung tepuk tangan jam pasir.

2.19

Unit Piawai Saat Minit Jam Hari Minggu Bulan Tahun Dekad Abad Millennium

IPDA_2012

MTE3111 Mengajar Geometri, Ukuran dan Pengendalian Data

2.20

Aktiviti tutorial lengkapkan latihan berikut.

1 minit 1 jam 1 hari 1 minggu 1 bulan 1 tahun 1 tahun 1 tahun lompat 1 tahun 1 tahun 1 dekad 1 abad 1 milineum

? saat ? minit ? jam ? hari ? hari ? bulan ? hari ? hari ? minggu ? bulan ? tahun ? tahun ? tahun

2.20

Penukaran unit

PENUKA RA N UNIT MASA


x 3600

x 60

x 60

jam

minit

saat

60

60

3600

Rajah 12: Jadual penukaran unit masa

IPDA_2012

MTE3111 Mengajar Geometri, Ukuran dan Pengendalian Data

2.21

Sistem 12-Jam dan Sistem 24-Jam

Rajah 13: Sistem 12-jam

Rajah 14: Sistem 24-jam

IPDA_2012

Anda mungkin juga menyukai