Anda di halaman 1dari 10

KRB 3013 : Penulisan dan Kaedah

UNIT 4 PENULISAN MEKANIS


HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini anda akan dapat : 1. Penulisan mekanis 2. Peringkat pengajaran mekanis

PENGENALAN
Kemahiran ini dikuasai pada peringkat awal agar pelajar dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah dibaca. Aktiviti-aktiviti tulisan seperti membuat corak, menekap dan membentuk huruf adalah penting kerana ia bertujuan memberi latihan dan pengalaman asas yang diperlukan oleh kanak-kanak. Ini dapat membantu pelajar menguasai kemahiran menulis yang selanjutnya seperti menulis huruf, menulis suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat. Latihan-latihan mekanikal yang boleh dijalankan untuk mendapatkan kemahiran tersebut ialah di antaranya: 1. Latihan pergerakan tangan, otot, jari dan membentuk atau membuat garisan-garisan, bulatan, segi-segi, bentuk-bentuk awan larat dan sebagainya. 2. Tunjukkan cara pergerakan tangan, tulis di awangan, di pasir, di papan tulis dan sebagainya. 3. Bermain dengan benda-benda seperti plastisin, menyusun benda-benda dan melatih menulis unsur-unsur huruf dan perkataan. 4. Melatih atau tunjukkan cara membentuk huruf, menulis perkataan dan ayat. 5. Mengawasi tulisan murid tentang bentuk, saiz, tegak atau condong, jarak, kekemasan, kebersihan dan lain-lain. 6. Melatih menuhs cepat, jelas dan senang dibaca. 7. Melatih menulis cantik.

KRB 3013 : Penulisan dan Kaedah

ISI KANDUNGAN
Peringkat Pra menulis
Peringkat pramenulis ialah tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti-aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Dalam tempoh masa ini latihan otot-otot, tangan dan jari serta kordinasi tangan dan mata diberi kepada murid-murid dari awal-awal lagi. Bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran membentuk lambang-lambang yang kernas dan jelas, pelaiaran tulisan yang dirancangkan haruslah sisternatik, bertitik-tolak daripada aktiviti-aktiviti pramenulis yang berbentuk bebas, Latihan-latihan Pra menulis menitikberatkan perkara-perkara berikut: 1. Melakukan latihan4atihan pergerakan tangan. 2. Menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa dan sempurna. 3. Melakukan latihan4atihan pergerakan mata. (d) Melakukan latihan4atihan kordinasi tangan dan mata. Aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan pada peringkat pra menulis adalah seperti yang berikut: 1. Latihan mengikut garisan-garisain rajah atau gambar dari kiri ke kanan. Ini adalah latihan menulis dari kiri ke kanan. 2. Latihan mewamakan dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri. 3. Latihan membentuk bulatan di udara, di meja, di lantai, di atas pasir, di rumput tanpa menggunakan alat tulis. (bulatan besar - bulatan kecil) 4. Latihan-latihan gerak jari dengan mempermain-mainkan jari, menekan-nekankan jari, menggoyangkan tangan, meramasramas jari dan sebagainya. 5. Latihan-latihan membentuk garisan lurus. 6. Latihan membentuk corak-corak campuran bulatan dan garisan lurus. Dilakukan secara bebas. 7. Latihan melukis gambar-gambar yang mengandungi garisangarisan lurus dan bulat.

KRB 3013 : Penulisan dan Kaedah

Peringkat Mendirikan Asas


Setelah murid-murid menjalankan latihan pramenulis, faham dan tahu memegang pensel serta boleh duduk dengan cara yang betul, mereka boleh dilatih membentuk lambang-lambang tulisan. Pada peringkat awal, dicadangkan murid membentuk huruf di kertas kosong yang tidak mempunyai sebarang garisan. Setelah didapati memuaskan, baharulah dilatih membentuk huruf pada halaman yang bergaiis. Apabila murid mula membentuk huruf-huruf pada kertas bergaris, kawalan tulisan perlu dilakukan. la harus bermula daripada garisan yang lebar hingga kepada lembaran satu garis. Di bawah adalah latihan menulis terkawal dari mula hingga ke lembaran satu garis itu. 1. Latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaan yang terkawal. Berbentuk bentuk kecil dan bentuk besar 2. Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris dua. 3. Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris satu. 4. Latihan membentuk lambang tulisan dengan. cara yang betul untuk mendapat keseragaman cara menulis bagi menghasilkan tulisan yang seragam dan mudah dibaca. Semasa menyarnpaikan kemahiran tersebut guru haruslah memberi perhatian. kepada beberapa perkara: 1. Kanak-kanak harus diperkenalkan kepada lambang-lambang huruf dengan menggunakan gambar. 2. Sebelum dilatih menulis, baik juga diberi latihan bebas untuk membetulkan urat-urat daging kanak-kanak. 3. Kanak-kanak menulis dengan mengeja dan menyebut nama-nama huruf. 4. Menggunakan kertas, mula-mula tidak bergaris dan selepas itu baharulah menggunakan buku yang bergaris. 5. Setelah kanak-kanak dapat menggunakan alat-alat dengan baik, baharulah dilatih menggunakan buku dan alat-alat lain yang gesuai. Aktiviti menulis mekanis yang dapat dijalankan pada peringkat mendirikan asas adalah seperti yang bnerikut: 1. Menekap huruf mengikut urutan yang ditetapkan. 2. Menulis huruf mengikut urutan. yang ditetapkan. 3. Memadan dan menyalin dua suku kata supaya menjadi perkataan yang bermakna.

KRB 3013 : Penulisan dan Kaedah

4. Menulis huruf yang tertinggal dalam ruang atau petak yang dikosongkan. 5. Menyalin perkataan yang mudah. 6. Menyalin ayat-ayat yang mudah, dan sebagainya.

Jenis-Jenis Tulisan
Jenis-jenis tulisan yang biasanya terdapat di sekolah-sekolah terbahagi kepada dua, iaitu tulisan huruf cap (satu-satu bujang) dan tulisan sambung. Pada peringkat awal pelajar dilatih menulis tulisan huruf cap terlebih dahulu. Ini kerana: 1. la lebih mudah dibaca. 2. Ia lebih mudah dipelajaii. 3. Ia dapat mengurangkan kepenatan fizikal dan penglihatan. 4. Ia lebih mudah dituliskan. 5. Ia memudahkan kanak-kanak membaca bahan-bahan cetak. Semasa menjalankan kegiatan menulis pada peringkat ini, beberapa langkah perlu dibneri perhatian. Antaranya; a. Motivasi Berikan kesedaran kepada kanak-kanak tentang tujuan pelajaran tulisan semasa pelajaran tulisan diadakan. b. Persediaan Semua murid sudah bersedia untuk menulis. Periksa sama ada meja dan kerusi seusai atau tidak dengan murid-murid. Perhatikan dari segi bentuknya, tinggi rendahnya, jaraknya dari murid-murid dan sebagainya. c. Persembahan Tunjukkan peringkat-peringkat atau langkah-langkah menuliskan huruf di papan hitam. Sila dapatkan perhatian murid. Tekankan mana-mana yang penting. d. Pelaksanaan Guru hendaklah melihat tulisan kanak-kanak dan bagaimana mereka membuatnya. Semua peraturan diikuti dengan baik dan tulisan dibuat dengan sempurna dan betul.

KRB 3013 : Penulisan dan Kaedah

e. Penilaian Pilih kerja terbaik dan tunjukkanlah keija itu kepada murid-murid lain. Galakkan mereka menulis tulisan-tulisan dengan baik seperti yang dilakukan oleh rakan-rakan mereka.

Jenis-Jenis Kemahiran Yang Diperlukan Dalam Tulisan


Keseragaman Pergerakan tulisan kanak-kanak biarlah sama. Galakkan rnereka membentuk huruf-huruf dan menulis dalam bentuk yang seragam. Perhatikan pergerakan tangan atau pena dilakukan dengan cara yang betul.

Persambungan Perkataan hendaklah ditulis sebagai satu unit bukan dipisahpisahkan di antara satu sama lain.

Irama Perkataan-perkataan hendaklah ditulis sebagai satu kesatuan dan bukan berasingan. Oleh itu ia, akan menampakkan satu irama yang sama apabila ditulis dengan banyak.

Pergerakan Yang Tetap Pergerakan tulisan harus tetap, tidak ke atas atau ke bawah atau kelihatan lintang-pukang. Apabila s6seorang penuhs menjadi matang dia akan menggunakan lengan untuk pergerakan menulis.

Galakan Dan Latihan Menulis


Untuk mendapatkan hasil tulisan yang baik, kanak-kanak hendaklah banyak mendapat latihan dan galakan. Di antara galakangalakan yang boleh dilakukan ialah:

KRB 3013 : Penulisan dan Kaedah

1. Mengadakan peraduan atau pertandingan untuk memilih tulisan yang baik. 2. Tulisan atau ke~a-keija kanak-kanak yang difikirkan baik hendaklah diparnerkan di papan kenyataan kelas. 3. Segala kesalahan dan kesilapan mengenai tulisan hendaklah dibetulkan melalui contoh-contoh yang baik daripada guru. 4. Tulisan guru hendaklah baik dan kemas sebagai contoh. 5. Tulisan di kad-kad, di papan-papan kenyataan hendaklah dengan bentuk yang sama supaya dapat dicontohi oleh kanak-kanak.

Kesalahan-Kesalahan Biasa Dalam Tulisan


1. Bentuk huruf buruk, tidak sama besar atau kecilnya. 2. Jarak huruf atau perkataan tidak seimbang, begitu juga dengan kedudukannya, tegak dan condongnya. 3. Tulisan kotor kerana terlalu banyak menggunakan getah pemadam.

Kesalahan-kesalahan ini boleh diatasi dengan cara; a) Beri latihan dengan secukupnya dalam peringkat permulaan dan r)erinp-kat mendirikan asas. b) Berilah penerangan dan contoh-contoh yang betul dan sesuai supaya dapat diikuti oleh kanak-kanak dengan mudah. c) Apa yang ditulis oleh guru sama ada sebagai contoh untuk disalin oleh murid atau sebagainya hendaklah dibuat dengan baik dan betul. d) Sediakan kad-kad tulisan untuk melatih kanak-kanak menulis dengan sernpurna. e) Jangan galakkan. mereka menggunakan getah pemadam terlalu kerap kerana boleh mengotorkan tulisan. f) Banyakkan latihan dan berikan bantuan perseorangan. g) Dari segi kedudukannya dan cara menulis: tunjukkan gaya duduk, cara mernegang alat tulis, letak buku dan lain-lain dengan betul. Kedudukan bangku, meja, kerusi, dan sebagainya biarlah memberi keselesaan. Pada

KRB 3013 : Penulisan dan Kaedah

masa menulis, biarlah kedua-dua tangan terletak di atas meja, dan tangan kiri menyokong badan. Jarak mata dengan buku ialah lebih kurang di antara 8 hingga 10 inci. Jangan mernegang pen atau pensel terlalu. kuat. Pen atau pensel mestilah dipegang dengan jari telunjuk, ibu jari dan jari hantu. Jangan duduk membongkok ketika menulis.

EJAAN DAN RENCANA Ejaan dan rencana adalah dua kernahiran yang berkaitan. Keduaduanya dikuasai melalui kernahiran membaca. Namun dernikian, ia boleh juga dilakukan bersama-sama aktiviti tulisan kerana cara ini membolehkan murid-murid mengukuhkan lagi kemahiran membaca dan menulis mereka itu lebih berkesan. Di samping itu kedua-dua kernahiran ini dapat dikuasai serentak. Dalarn pengajaran dan pernbelajaran bahasa, ejaan dan rencana adalah penting. Aktiviti-aktiviti yang berhubung dengannya, biasanya dapat membantu murid-murid mengingat dan menghafaz bunyi perkataan. Ini bermakna, secara tidak langsung kernahiran membaca murid-murid tersebut dapat diperkukuh.

Kemahiran Mengeja (Ejaan) Ejaan diajarkan di sekolah-sekolah berdasarkan beberapa tujuan: a) Ia dapat melatih murid-murid mendengar perkataan. dengan baik clan menuliskannya secara tepat. b) Ia dapat melatih dan mempertingkatkan pengamatan murid murid melalui deria telinga. c) Ia dapat melatih murid-murid menuks melalui pendengaran dan bukan melalui peniruan. d) Ia dapat melatih murid-murid mengenali dan mempertingkat kan kepekaan mereka terhadap, perkataan-perkataan tertentu. e) Ia dapat mempertingkatkan kefahaman murid-murid terhadap makna atau maksud perkataan dan boleh menggunakannya dalam konteks ' dan situasi yang betul. f) Ia dapat tnempertingkatkan perbendaharaan kata murid-murid.

KRB 3013 : Penulisan dan Kaedah

AKTIVITI EJAAN Berikut diperlihatkan beberapa aktiviti yang boleh clijalankan oleh guru di dalam kelas: a) Menuliskan perkataan-perkataan, rangkai kata atau ayat-ayat yang disebut oleh guru. b) Menulis perk ataan-perkataan, rangkai diperdengarkan melalui pita rakaman. kata atau ayat-ayat yang

c) Menulis atau mengeja perkataan-perkataan melalui gambar-gambar, objek, rajah dan sebagainya yang diperlihatkan. d) Membetulkan kesalahan ejaan yang terdapat pada perkataan-perkataan yang disediakan. e) Mengenalpasti ejaan-ejaan yang salah daripada sebuah petikan, ayat atau cerita. f) Mengeja perkataan daripada bahan-bahan bacaan, cerita, lakonan, dialog clan sebagainya.

CARA-CARA MENGAJAR EJAAN Pengajaran ejaan boleh dilakukan dengan mengambil pertimbangan-pertimbangan yang bnerikut: a) Guru haruslah memilih perkataan-perkataan yang sesuai berdasarkan kemampuan berbahasa murid-murid. b) Perkataan-perkataan itu boleh dipilih dan diambil daripada bahan-bahan bacaan murid-murid dan yang di dalam lingkungan perbendaharaan kata mereka. c) Sebaik-baiknya, biarlah perkataan-perkataan itu pemah didengar oleh murid-murid. d) Bahan-bahan yang digunakan hendaklah diperingkatkan iaitu bermula daripada yang mudah kepada yang agak sukar. e) Jumlah perkataan yang hendak dicja itu seharusnya tidak terlalu banyak. f) Guru boleh menjalankan aktiviti mengeja selepas pelajaran bacaan kerana ini merupakan satu urutan yang baik.

KRB 3013 : Penulisan dan Kaedah

g) Aktiviti ini harus dilakukau secara lisan terlebih dahulu dan kernudian dilakukan secara bertulis. h) Guru sebaik-baiknya mendedahkan dahulu perkataan-perkataan itu kepada murid-murid, kernudian dipilih untuk aktiviti mengeja yang sebenar. i) Guru menyebut perkataan itu dua kali dan kernudian diminta murid-murid mengeja. Perkataan yang dieja oleh murid itu boleh diperiksa oleh guru atau bersama-sama murid-murid dengan bantuan guni. Bincangkan kesalahan-kesalahan yang berlaku.

Rencana Rencana adalah satu lagi cara yang boleh dijalankan oleh guru untuk mengukuhkan kernahiran membaca murid-murid. Tujuantujuan lain ialah supaya murid-murid mahir mendengar, mengeja dan menulis dengan betul. Bahan-bahan rencana haruslah berkait rapat dengan aspek-aspek bahasa yang hendak dipelajari oleh murid-murid. la boleh dipetik daripada buku-buku teks, keratan akhbar, majalah, puisi, lagu dan sebagainya. Pastikan jurnlah perkataan yang direncanakan itu tidak terlalu banyak. Sebaik-baiknya biarlah lebih kurang satu perenggan atau lebih kuranIg lima puluh hingga enam puluh perkataan. Rencana tidak sahaja mernerlukan kebolehan mengeja dengan betul tetapi perhatian juga diberi kepada tanda-tanda baca seperti noktah, korna, tanda soal, tanda seru, tanda pengikat kata dan sebagainya. Seperti juga ejaan, rencana boleh dijalankan selepas aktiviti membaca dan memaham. Aktiviti menulis rencana boleh dilaksanakan seperti yang bnerikut: a) Guru mengedarkan bahan bacaan seperti buku teks, keratan akhbar, rencana, petikan daripada majalah. Murid-murid diminta membaca, mengecamkan perkataan-perkataan di dalamnya dan kernudian diminta menulis. b) Merninta murid menulis sama ada daripada lisan ataupun rakaman. c) Menukarkan karangan pendek atau petikan yang bercetak dalarn tulisan jawi ke dalam tulisan rumi.

KRB 3013 : Penulisan dan Kaedah

10

CARA MENJALANKANNYA Murid-murid akan diberi petikan yang akan direncanakan. Mungkin ia berupa bahan-bahan daripada buku teks, potongan akhbar, petikan majalah, dialog, puisi atau sebagainya. Minta murid-murid membiasakan diri dengan petikan itu. Guru kernudian mernflih bihagian-bahagian yang penfing, yang mengandungi aspek-aspek yang hendak direncanakan. Sebut Perkataan secara lisan atau melalui rakaman dan muhd-murid diminta menuliskannya. Unsur Yang difillat dalam rencana itu ialah ketepatari ejaan, penggunaan perkataan, bentuk huruf dan tanda baca, Guru selepas itu memeriksa hasil keria murid, memberi markah jika perlu dan selepas itu setiap kesalahan Yang dilakukan perlulah dibincangkan. Perlu diing4t bahawa latihan menulis rencana ini adalah sebahagian daripada pelajaran bahasa. Oleh kerana itu elok sekiranya ia dilakukan selepas aktiviti lisan atau membaca.

RUJUKAN
Greenberg, K. L. (1994). The Advancing Writer Book 2. New York: Harper Collins. Kementerian Pendidikan Malaysia (1998) Sukatan Pelajaran KBSR. Pusat Perkembangan Kurikulum. Lyons (1989). Study Writing. Cambridge: College Publishers University. Mohd. Sidin Ishak (1992) Ketrampilan Menulis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mortomore, P. (1999) Understanding Pedagogy and Its Impact on Learning . London: Thousand Oak, Clif: Chapman. Schunk, D.H. (1996) Learning Theories: An Educational Perspective. Eaglewood Cliff, N.S. : Merill. Sulaiman Masri (1990). Penulisan dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai