Anda di halaman 1dari 5

Resepi BUBUR ASYURA Johor

1-2 biji bawang besar 2 biji bawang putih inchi halia

by Resepi Masakan Melayu on Monday, 29 November 2010 at 20:47

3-4 sudu besar rempah kari daging (jika ingin lebih pedas, tambah lebih rempah kari) 1 tin santan 1 tin kacang peas 2 sudu besar kacang dal (direndam) Segenggam beras, di cuci kg daging cincang Kayu manis, bunga cengkeh, bunga lawang dan buah pelaga (4 sekawan) Air secukupnya Bahan Hiasan: 3 biji telur, di kacau, di goring dadar dan dipotong halus-halus biji lada merah, di hiris halus bawang goreng daun sup dan bawang atau cilantro Kisar bawang besar, bawang putih dan halia. Panaskan minyak, dan masukkan 4 sekawan ke dalam minyak yang telah panas. Masukkan bahan yang dikisar dan tumis sehingga garing. Masukkan rempah kari dan kacau. Masukkan beras yang telah dicuci dan masukkan juga air (cukup untuk membuat bubur) Apabila mendidih, masukkan kacang dal dan juga kacang peas, kacau sekali sekala. Setelah ia menjadi bubur, masukkan santan sedikit demi sedikit dan kecilkan api. Apabila sudah pekat, masukkan kacang peas dan garam secukup rasa. Cara Menghidang: Masukkan bubur ke dalam mangkuk dan bubuh telur dadar, daun sop dan bawang, cili dan juga bawang goreng ke atas nya.

BUBUR ASYURA Bahan-bahan : Beras Air secukupnya Santan Garam secukup rasa Topping: Bawang merah, dicincang halus Bawang putih, dicincang halus Halia, dicincang halus Seri, diketuk Cili merah, dicincang halus Udang kering, direndam & ditumbuk halus Daging Cincang Udang basah, dipotong kecil Sos tiram Bahan tabur : Tempe, dipotong kecil dan digoreng garing Ikan bilis, digoreng garing Daun bawang&saderi, dipotong halus Bawang goreng Cili merah, dihiris

*Kacang tanah goreng *Kentang, dihiris kecil nipis2 dan digoreng


Cara-cara : 1. Masak nasi hingga menjadi bubur tetapi jangan terlalu lembik. 2. Masukkan sedikit santan untuk melemakkan bubur. 3. Perasakan dengan garam. 4. Untuk toppingnya, tumiskan bawang2, serai,cili merah dan halia dengan sedikit minyak. Tumis hingga agak layu dan naik bau. 5. Masukkan udang kering dan kacau lagi. 6. Masukkan daging cincang dan tumis hingga daging masak. 7. Masukkan udang dan sedikit sos tiram. Perasa dgn sedikit garam. 8. Kacau hingga masak. 9. Tuangkan bubur ke dalam bekas. Ratakan dan boleh lah dibubuh toppingnya. 10. Taburkan tempe, ikan bilis, daunbawang/saderi, cili merah dan bawang goreng secukupnya.

* Boleh ditambah sedap dengan taburan kacang tanah goreng

Sejarah dan Kelebihan Hari Asyura


Dalam bulan Muharram hari yang paling bertuah ialah hari ke-10 atau lebih dikenali dengan nama Hari Asyura'. Pada hari tersebut kita disunatkan berpuasa. Malah dalam mazhab Imam Hanafi puasa hari ke-10 dalam bulan Muharram ini adalah satu-satunya fardhu puasa yang pertama sebelum difardhukan puasa bulan Ramadhan. Hadith daripada Aisyah: "Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10 Muharram) maka bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka boleh dia tinggalkan". Hadith riwayat Bukhari dan Muslim. Malah dalam sebuah hadith riwayat Muslim Nabi berpuasa pada 10 Muharram kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada lemas dan juga daripada buruan Firaun. KELEBIHAN Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim. BEZAKAN PUASA DENGAN ORANG YAHUDI Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram maka disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharram lagi bagi membezakan dengan puasa orang Yahudi. Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas dalam sebuah hadith riwayat Muslim dan Abu Daud. Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram. SEJARAH 10 MUHARRAM Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut: 1. Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'. 2. Diterima taubat Nabi Adam a.s. 3. Dicipta Adam a.s. 4. Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga. 5. Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang. 6. Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s. . 8. Selamat Musa dan pengikutnya. 9. Lemas Firaun. 10. Dilahirkan Nabi Isa a.s. 11. Diangkat Nabi Isa kelangit. 12. Diangkat Nabi Idris ke langit. 13. Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy. 14. Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar. 15. Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun. 16. Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta. 17. Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta. 18. Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya. 19. Hujan yang pertama turun dari langit kebumi. 14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura : 1. Melapangkan masa / belanja anak isteri Fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini. 2. Memuliakan fakir miskin Fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti 3. Menahan marah Fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha 4. Menunjukkan orang sesat Fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya 5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim

Fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya. 6. Bersedekah Fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhentihenti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini. 7. Memelihara kehormatan diri Fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan. 8. Mandi Sunat Fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu Lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala. 9. Bercelak Fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu 10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali Fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti 11. Sembahyang sunat empat rakaat Fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali. 12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa nikmannasiru" Fadhilat - Tidak mati pada tahun ini 13. Menjamu orang berbuka puasa Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa. 14. Puasa Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala. Fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka. 14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura : 1. Melapangkan masa / belanja anak isteri Fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

Anda mungkin juga menyukai