Anda di halaman 1dari 3

PANITIA SAINS

SMK AGAMA TUN JUHAR SANDAKAN



GEMPUR MINDA 1/2014 BIOLOGI TINGKATAN 5
ARAHAN: JAWAB SEMUA SOALAN (40 Markah)

1. Sistem peredaran darah membantu dalam mengangkut nutrien dan
oksigen ke sel-sel, membawa bahan buangan keluar dari sel serta
melindungi badan daripada jangkitan penyakit. Nyatakan medium
pengangkutan bagi manusia dan serangga. (2m)
2. Leukosit merupakan salah satu komponen sel dalam darah. Terdapat
dua jenis leukosit iaitu granulosit dan agranulosit. Senaraikan setiap
sel leukosit granulosit dan agranulosit. (5m)
3. Sel-sel yang menjalankan respirasi membebaskan karbon dioksida.
Nyatakan tiga bentuk bagaimana karbon dioksida diangkut di dalam
sistem peredaran darah. (3m)
4. Pengecutan otot rangka yang mengelilingi vena membantu dalam
mengembalikan darah dari sel ke jantung. Terangkan secara ringkas.
(2m)
5. Terangkan mekanisme kawal atur tekanan darah manusia. (5m)
6. Tunjukkan mekanisme pembekuan darah dalam bentuk rajah skema
yang sesuai. (8m)
7. Dengan menggunakan contoh yang sesuai, terangkan keimunan aktif
buatan dan keimunan pasif buatan.(4m)
8. Sistem limfa dan sistem peredaran darah adalah saling melengkapi.
Ramalkan apa yang akan berlaku sekiranya bendalir tisu gagal
dikembalikan ke dalam sistem peredaran darah.(5m)
9. Terangkan bagaimana tekanan akar, tindakan kapilari dan tarikan
transpirasi dalam membantu pergerakan air pada tumbuhan dari akar
ke daun seterusnya meresap ke atmosfera. (6m)













PANITIA SAINS
SMK AGAMA TUN JUHAR SANDAKAN

SKEMA PEMARKAHAN GM1/2014 BIOLOGI TINGKATAN 5
NO JAWAPAN MARKAH
1 a. Manusia : darah
b. Serangga : hemolimfa
2m
2 1. Granulosit : eosinofil, basofil, neutrofil
2. Agranulosit : limfosit dan monosit
5m
3 a. Ion hydrogen karbonat
b. Karbaminohemoglobin
c. Karbon dioksida terlarut
3m
4 Apabila otot rangka mengecut, vena akan mengecut seterusnya memaksa
darah mengalir sepanjang vena dang mengalir kea rah jantung.
Kehadiran injap pada vena menghalang darah mengalir kembali.
2m
5 Apabila tekanan darah tinggi
Di kesan oleh baroreseptor
Baroreseptor hantar impuls ke pusat kadiovaskular (medulla
oblongata)
Mekanisme pembetulan
Memperlahankan denyutan jantung
Arteri & arteriol mengembang
Tekanan darah kembali normal
Apabila tekanan darah rendah
Nodus sinoatrium dirangsang cetus impuls
Meningkatkan kadar pengecutan otot kardium dalam jantung
Max 5m

6


7 Keimunan aktif buatan
Keimunan yang diperolehi melalui suntikan vaksin (pemvaksinan)
Vaksin ialah ampaian patogen yang telah mati/dilemahkan
Disuntik ke dalam badan untuk merangsang penghasilan antibodi
Contoh: suntikan vaksin BCG
Keimunan pasif buatan
Diperolehi daripada suntikan antiserum/antitoksin
Suntikan antiserum yang mengandungi antibodi
Membantu pesakit melawan jangkitan penyakit serta-merta
Contoh: suntikan antiserum untuk tetanus, raboes dan keracunan
makanan.
Max 4
8 Kegagalan pengembalian bendalir limfa ke dalam sistem peredaran darah
akan menyebabkan:
Pengumpulan bendalir tisu dalam ruang antara sel
Pembengkakan ini di panggil Odema
Odema boleh berlaku di kaki,tangan,sendi dan seluruh badan
Ia terjadi akibat tidak bergerak terlalu lama kerana tiada
pengecutan otot rangka yang membantu pengaliran limfa.
Penyakit untut/elephnatiasis pula mengalami gejala salur limfa
Max 5
PANITIA SAINS
SMK AGAMA TUN JUHAR SANDAKAN

yang tersumbat akibat cacing filariasis.
9 Pergerakan air melalui akar dibantu oleh tekanan akar
Air dalam tanah adalah hipotonik terhadap sap sel rerambut akar
kerana mempunyai kepekatan zat terlarut yang lebih tinggi.
Molekul air meresap masuk secara osmosis
Air bergerak merentasi sel korteks sehingga endodermis.
Sel endodermis mempunyai jalur casparian yang menghalang
pergerakan air melalui dinding sel.
Air bergerak dari sitoplasma dan vakuol ke salur xilem
Pergerakan air melalui batang dibantu oleh tindakan kapilari
Disebabkan oleh daya lekitan (antara moleku air) dan daya lekatan
(antara molekul air dan dinding xilem)
Salur xilem (tiub panjang,sempit dan berongga) membentuk turus
yang berterusan.
Pergerakan air dari daun ke atmosfera dibantu oleh tarikan transpirasi
Air daripada daun meresap ke atmosfera melalui liang stoma
(proses transpirasi)
Air di dalam xilem meresap ke dalam sel mesofil unutk
menggantikan air yang hilang melalui transpirasi.
Max 6m

Anda mungkin juga menyukai