Anda di halaman 1dari 28

Agama Islam

Guru yang mengajar di sekolah pondok dan madrasah


arif dalam pengajian kitab-kitab suci dan digelar sebagai
tok guru.
Amat disanjung tinggi oleh masyarakat kampung dan
dianggap sebagai rol model dan teladan.
Mereka sering dirujuk bagi menyelesaikan perkara-
perkara yang berkaitan dengan agama.
Semasa sesi pengajaran,budak pondok akan memberi
perhatian sepenuhnya apabila tok guru mereka
mengajar.
Interaksi antara tok guru dengan murid, dan murid
dengan murid , sesi soal-jawab , atau perbincangan
jarang diadakan.
Pengajian kitab dilakukan berulang-ulang kali agar dapat
mengukuhkan kefahaman murid-murid.
Teknik hafalan juga digunakan bertujuan untuk
membantu murid-murid mengingati ayat-ayat yang
terkandung dalam setiap kitab.

Agama Buddha
Pada zaman purba kala, sebelum agama Buddha diajar
di rumah rahib,pendidikan Brahmanic dijalankan di
rumah seorang guru.
Kriteria kemasukan berasaskan kepada sistem kasta dan
dikhaskan untuk djivas (iaitu brahmanas dan Kshatriyas)
sahaja.
Dengan wujudnya agama Buddha,rumah rahib telah
menggantikan rumah guru sebagai tempat untuk belajar
ajaran Buddha.
terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat , termasuk
mereka yang bukan penganut Buddha.
Rumah-rumah rahib ini dibawah kawalan dan
pengurusan sekumpulan guru.
Murid-murid dikehendaki menghafal segala yang
terkandung dalam Dhamma(kebenaran) dan
Vinaya(disiplin atau peraturan).
Mata pelajaran lain turut diajar seperti rukun-rukun
agama lain dan falsafah.

Rumah-rumah rahib seperti Takshila dan Nalanda
berkembang dengan pesat sehingga mencapai status
universiti.
Sama seperti tok guru Islam,rahib dan rahib perempuan
Buddha juga amat dihormati oleh penganut-penganut
Buddha.
Agama Hindu
Menurut perspektif agama Hindu:
Seseorang guru dianggap sebagai wakil Tuhan di dunia
ini.
Dalam hirarki sosial,guru diberi penghormatan yang amat
tinggi dan berada di kedudukan kedua selepas ibu bapa.
Murid-murid amat menghormati guru dan tetap
mengikuti segala ajaran yang disampaikan.
Merupakan orang yang paling berilmu sekali dan benar-
benar pakar dari segi kitab-kitab suci.

Berupaya menunjukkan jalan yang benar dan betul
berdasarkan pengalaman,amalan dan celik akal yang
tinggi.
Merupakan rol model di mana gaya hidupnya seharusnya
dicontohi.
Diumpamakan seorang pengawal yang senantiasa
mengawal pertuturan,tindakan dan tingkahlaku anak-
anak muridnya.
Sama seperti ayat-ayat al-Quran,murid-murid
menggunakan cara hafalan untuk belajar kitab-kitab suci
agama Hindu.
Terdapat dua jenis guru iaitu:
a) Acharyas-dianggap superior kerana mengajar ilmu
berbentuk teori dan amalan selain duduk bersama-
sama murid-murid di gurukala dan tidak mengenakan
bayaran untuk perkhidmatan yang diberi.
b) Upadhayas-mengajar ilmu berbentuk teori sahaja.


Agama Sikh
Guru (teacher atau master) diumpamakan sebagai
jambatan yang menghubungkan manusia dengan Tuhan.
Guru adalah pelita jalan yang akan menunjukkan jalan
yang benar kepada murid-muridnya.
Melalui budi pekerti beliau yang baik dan ramah
tamah,murid-murid beliau akan menjadi
sempurna,berupaya mengatasi sebarang masalah yang
dihadapi dan menjadi senang hati.
Sama seperti guru-guru agama Islam,Buddha dan
Hindu,guru-guru Sikh juga mempunyai ilmu yang lengkap
dan komprehensif mengenai kitab-kitab suci.
Agama Kristian
Yesus Kristus adalah Mahaguru yang menyampaikan
segala ajaran Kristian lebih daripada dua ribu tahun yang
lalu,kemudian diambil alih oleh rasul-rasul dan wali-wali.
Antara tanggapan penganut-penganut Kristian terhadap
peranan serta ciri-ciri personaliti guru-guru mereka iaitu:
a) Membimbing dan membantu murid-murid mereka untuk
melengkapi diri dengan ilmu yang sedang mereka
carikan seperti yang terkandung dalam kitab-kitab suci.
b) Melindungi murid-murid mereka daripada kumpulan-
kumpulan tertentu yang cuba membawa pengaruh
negatif atau ajaran sesat.
c) Menunjukkan arah yang tepat agar murid-murid mereka
dapat berjumpa dengan jalan yang benar dan betul
berpandukan ajaran kitab-kitab suci.
d) Memberi dorongan yang wajar agar dapat meningkatkan
pencapaian anak-anak murid dari segi carian ilmu
kerohanian(kata-kata pujian ,kata hikmah).
Perspektif Ahli Falsafah
Socrates (469-399SM)
Sifat peribadi beliau cenderung kepada penaakulan
kritikal dan komitmen beliau terhadap ketelusan.
Pernah menjadi askar dan kemudian bekerja sebagai
seorang pengukir batu.
Dengan harta pusaka yang diwarisi,Socrates
menghabiskan masa sepenuhnya bersama golongan
muda berbincang sambil mengemukakan soalan soalan
tentang isu-isu berkaitan dengan ilmu,nilai dan politik.
Enggan menerima sebarang bayaran atas perkhidmatan
yang diberi dan telah menarik minat anak-anak muda
yang telah berkumpul secara beramai-ramai untuk
menuntut ilmu daripada Mahaguru Athens ini.
Akhirnya Socrates didapati bersalah atas tuduhan
merosakkan jiwa golongan muda serta campur tangan
dalam hal-hal keagamaan athens.
Setelah dijatuhkan hukuman mati pada 399 SM,
Socrates minum hemlock (sejenis racun) lalu meninggal
dunia,dikelilinggi oleh rakan-rakan dan pengikut beliau.
Plato (427-347 SM)


Merupakan anak murid kepada Socrates dan guru
kepada Aristotle.
Mengambil alih tempat sebagai guru kepada mereka
yang ingin menuntut ilmu di Yunani.
Menubuhkan sekolah kepunyaan sendiri di Athens yang
dikenali sebagai Academy pada tahun 385 SM.
Satu kurikulum yang komprehensif ditawarkan dan
merangkumi mata pelajaran seperti
astronomi,biologi,matematik,teori politik dan falsafah.
Plato mengajar di sekolah ini sehingga beliau meninggal
dunia.

Terkenal dengan karya Dialogues,yang merupakan
perbualan antara dua atau lebih orang yang sedang
berbahas mengenai isu-isu falsafah.Karya ini
dibahagikan kepada tiga peringkat.
Peringkat awal
Menggunakan Socrates sebagai watak utama dan
berfokuskan kepada pemikiran beliau selain
menggunakan kaedah menyoal iaitu kaedah Socratik.
Peringkat pertengahan
Masih tertumpu kepada kaedah Socratik,namun
berfokuskan kepada pemikiran Plato sendiri yang
meliputi isu-isu berkaitan dengan ilmu,bentuk,roh dan
teori politik.
Peringkat akhir
Lebih menekankan kepada aspek metafizik dan andaian
logik pemikiran Plato seperti yang diperkenalkan pada
peringkat pertengahan.
KaryaThe Republic
Cuba menggambarkan pandangan beliau untuk
mewujudkan satu masyarakat unggul.
Mengesyorkan bentuk dan kurikulum bagi sistem
pendidikan yang dihasratkan.
Masyarakat sedemikian mempunyai tiga golongan
mengikut peringkat.

1) Golongan penjaga (mereka yang berpendidikan dan
bertanggungjawab ke atas pelaksanaan segala urusan
negara).
2) Golongan peniaga
3) Golongan ahli kraf
(Mereka kurang atau tidak berpendidikan dan bekerja
sebagai pelatih).
Pandangan Plato mengenai peranan guru iaitu
Seorang guru seelok-eloknya prihatin terhadap anak
murid masing-masing dan menjaga kebajikan demi masa
depan yang cerah.
Pendidikan disifatkan sebagai satu entiti moral,maka
para pendidik bertanggungjawab ke atas penyampaian
ilmu berasaskan kepada kebenaran dan nilai.
Guru perlu mengenalpasti tahap dan had ilmu yang
dipunyai oleh murid-murid mereka.
Aristotle (384-322 SM)

Merupakan anak murid Plato dan guru kepada Iskandar
Dzulkarnain.
Bersama-sama Socrates dan Plato,nama beliau
tersenarai bawah ahli-ahli falsafah Yunani yang
berpengaruh ketika itu.
Menghabiskan masa selama 20 tahun menuntut ilmu di
Academy,sekolah kepunyaan Plato.
Menjadi guru di sekolah tersebut dan mengajar mata
pelajaran retorik (berkaitan dengan teknik memujuk).

Kuliah-kuliah Aristotle dikategorikan kepada dua jenis:
a) Perbincangan yang terperinci pada sebelah pagi untuk
kumpulan murid yang berada di peringkat lanjutan
b) Perbincangan umum pada sebelah petang bagi orang
awam.
Semasa mengajar,beliau lebih gemar untuk berjalan
ke sana sini.
Menjalankan kajian terhadap pelbagai jenis mata
pelajaran dan berjaya menubuhkan sebuah
perpustakaan yang menyimpan bahan-bahan zaman
purba kala.
Mahatma Gandhi (1869-1948)

Nama sebenar Mohandas Karamchand Gandhi.
Dilahirkan di Porbanar,Gujarat,India pada 1869.
Berkelulusan dalam bidang undang-undang dari Kolej
Universiti,London.
Diberi gelaran Mahatma kerana ramai yang percaya dan
mengamalkan pemikiran beliau yang dianggap sebagai
ajaran agama.
Akibat kegagalan beliau untuk menubuhkan firma
undang-undang sendiri di Bombay (kini Mumbai) pada
tahun 1891,Gandhi bekerja dengan sebuah firma India
yang membuka cawangan di Durban,Afrika Selatan.

Perjuangan Mahatma Gandhi
Perjuangan Keterangan ringkas
1896-1914:
Kebebasan orang awam dan hak
politik bagi pendatang-pendatang
India di Afrika Selatan demi
maruah dan hak asas
kemanusiaan mereka.

Gandhi mengamalkan dasar
penentangan pasif dan sifat tidak
bekerjasama dengan pihak
berkuasa sehinggakan Kerajaan
Afrika Selatan mengiktirafkan
perkahwinan orang-orang India
serta menghapuskan cukai poll .
Perjuangan Keterangan ringkas
1919-1931:
Kempen orang awam menentang
pemerintahan British di negara
India.

Setelah tamat Perang Dunia
pertama,Gandhi mengetuai
kempen-kempen tersebut di mana
beliau menggunakan penentangan
yang tidak bersifat kekerasan,tidak
bekerjasama,dan ketidaktaatan
orang awam khususnya terhadap
cukai ke atas garam.
1932:
Penambahbaikkan status
golongan Dalit dari segi
pengembalian hak undi kepada
mereka.
Golongan Dalit merupakan
golongan yang terkeluar daripada
sistem kasta negara India.Nama
mereka berada dalam senarai
nama pengundian yang
berasingan.
Perjuangan Keterangan ringkas
Gandhi mengamalkan puasa
sehingga mati.
Akibat keadaan ketidakpuasan
dalam kalangan orang awam
terhadap puasa tersebut,Kerajaan
British campur tangan.Akhirnya ,
tuntutan tersebut ditunaikan.
1944:
Kemerdekaan bagi negara India
Kerajaan British bersetuju dengan
syarat kedua-dua parti politik ,iaitu
Liga Muslim dan Parti Kongres
untuk menyelesaikan masalah
mereka.
Perjuangan Keterangan ringkas
Gandhi tidak setuju dengan
tuntutan orang-orang
Muslim.Namun , demi keamanan
negara, akhirnya beliau mengalah.
Rusuhan berlaku di Calcutta (kini
dikenali sebagai Kolkata).
Sekali lagi Gandhi mengamalkan
puasa sehingga tamatnya rusuhan
tersebut.
1948
Keamanan di New Delhi
Akibat keadaan huru hara di New
Delhi, Gandhi telah mengamalkan
puasa.
Implikasi Kerjaya Guru sebagai Ibadah
Guru akan melengkapkan diri dengan ilmu dan
kemahiran berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar.
Akan memastikan dirinya menjadi rol model kepada
murid-murid yang dipertanggungjawabkan.
Melaksanakan tugas dan tanggungjawab profesional
dengan sebaik mungkin bagi memastikan gaji yang
diterima halal.
Meningkatkan profesionalisme perguruan dengan
mengikuti perkembangan terkini dalam bidang
pendidikan.

Anda mungkin juga menyukai