Anda di halaman 1dari 3

prinsip Rekaan - Kontra

Pengenalan

1. Konta boleh diwujudkan apabila salah satu daripada unsur seni mempunyai ciri-ciri yang
bertentangan antara satu sama lain untuk member kesan dan impak pada karya seni.
2. Kontra berkait rapat dengan penegasan, iaitu lebih tinggi kadar kontra, maka lebih jelas
penegasan dalam sesuatu karya seni dan sebaliknya.

Aplikasi Kontra dalam Karya Seni

1. Kontra digunakan untuk mewujudkan kelainan bagi menukar rentak yang stereotaip
( biasa ) dalam sesuatu hasil karya seni.
2. Kontra bertujuan untuk menimbulkan kesan pertentangan dan membangkitkan suasana.
3. Sebaliknya, penggunaan unsur kontra tanpa perancangan dan terlalu beragam akan
menghasilkan suasana bercelaru dan kelam-kabut.
Dicatat oleh Pendidikan Seni Visual SMKKM ( Petang ) di 10:25 AM 0 ulasan
Prinsip Rekaan - Harmoni
Pengenalan

1. Susunan atau ulangan unsur-unsur seni mengikut cara yang tertentu akan menimbulkan
harmoni.
2. Harmoni tidak akan muncul jika terdapat ciri-ciri yang bercanggah.
3. Harmoni wujud di alam semulajadi dan alam buatan manusia. Harmoni juga wujud pada
corak tradisional yang terdapat pada kraf tangan tempatan seperti anyaman, tenunan,
ukiran, batik dan sebagainya.

Kajian Harmoni pada Alam Sekeliling

1. Harmoni pada Alam sekeliling dari aspek warna, bentuk dan jalinan.
Keseragaman bentuk batu karang di dasar laut.
Keseragaman warna pada tumbuhan.
Keseragaman jalinan pada kulit nanas dan sisik ikan.

2. Harmoni pada benda buatan manusia dari aspek rupa, warna, imbangan susunan dan
keseragaman ulangan.
Corak dalam kelarai
Corak dan susunan jubin

3. Harmoni yang diaplikasikan dalam karya berbentuk 2 dimensi atau 3 dimensi.

Harmoni ulangan motif dan pola motif jelas digambarkan dalam proses capan batik blok,
anyaman, ukiran kayu dan tenunan.
Harmoni pada reka letak mukataip, ilustrasi dan warna dalam bidang seni grafik dan
komunikasi seperti kulit buku, risalah, poster, logo, pembungkusan dan papan tanda.
Harmoni merujuk kepada interpretasi tema melalui unsur dan prinsip seni, teknik dan
media dalam catan.
Dicatat oleh Pendidikan Seni Visual SMKKM ( Petang ) di 10:22 AM 0 ulasan
Prinsip Rekaan - Penegasan
Pengenalan
1. Penegasan bermaksud sesuatu yang menjadi fokus dan kelihatan lebih ketara apabila
dibandingkan dengan objek yang lain.
2. Penegasan diwujudkan bertujuan untuk menarik perhatian dan tumpuan terhadap
sesuatu.
3. Penegasan dapat diwujudkan melalui ruang, objek, tema dan gaya.
4. Contoh-contoh penegasan : tanda jenama pada tas tangan, papan tanda yang berada di
tepi jalan raya, arca di tengah-tengah bulatan, warna bunga raya merah di antara daun-
daun hijau dan sebagainya.
Fungsi Penegasan
1. Penegasan yang digunakan dalam hasil seni bertujuan untuk memberi tumpuan dan
menarik perhatian.
2. Contoh, hiasan pada kulit buku, pintu gerbang, poster dan sebagainya.

Aplikasi Penegasan dalam Hasil Seni

1. Penegasan dalam karya seni ditentukan oleh unsure-unsur seni seperti garisan, bentuk,
ruang, warna, jalinan dan rupa.
2. Penegasan biasanya digunakan dalam kerja-kerja seni seperti lukisan poster, hiasan kulit
buku/majalah, hasilan catan, logo, iklan dan papan tanda.




Unsur Seni - Ruang
BAB 5 RUANG

A. Pengenalan
Ruang ialah jarak di antara objek yang wujud di dalam alam nyata dan juga dalam karya seni
visual. Objek yang berada di hadapan kelihatan lebih jelas dan besar berbanding dengan objek
sama saiz yang berada di bahagian belakang.
Contoh ruang yang wujud dalam karya seni visual digambarkan melalui kekuatan gubahan
warna, jalinan, rupa dan bentuk.
B. Jenis-jenis Ruang
1.Ruang Fizikal
Ruang fizikal merupakan ruang yang terdapat di persekitaran.
Ruang fizikal boleh dibahagikan kepada 2 iaitu,
a. Ruang terbuka suatu kawasan lapang dan luas.
b. Ruang tertutup suatu kawasan yang sempit dan terhad.
2.Ruang Ilusi
Dalam konteks ini, ruang dapat diterjemahkan mengikut 3 peringkat berdasarkan
penggunaannya dalam karya seni visual seperti lukisan, catan dan rekaan grafik.
3 peringkat ruang tersebut ialah ruang dalam, ruang cetek dan ruang rata.
a. Ruang Dalam
Ruang dalam ialah perhubungan kesan penggunaan perspektif warna, perubahan saiz dan
bentuk dalam hasil karya seni seperti lukisan dan catan.
Kajian nilai ton warna dan perubahan saiz berikut memperlihatkan kesan ilusi ruang
bergerak sama ada ke luar atau ke dalam mengikut arah cahaya yang diwujudkan melalui
nilai ton warna.
b. Ruang Cetek
Ruang cetek merupakan ruang yang wujud dalam lingkungan yang terbatas sama ada dari
dinding ke dinding atau ruang kedalamannya yang terhad.
c. Ruang Rata
Ruang rata terhasil dalam karya, terutama catan apabila dilukis atau diolah elemen-elemen
gambaran pada satah yang sama.
Ia memperlihatkan suasana rata dan sama pada suatu garisan ufuk.

C. Perkaitan Ruang dan Perspektif
Perubahan saiz, jarak dan warna objek alam akan berlaku apabila objek tersebut dilihat dari jarak
jauh. Dalam konteks seni, proses tersebut dinamakan perspektif.
Perubahan nilai ton warna akan mewujudkan ruang kedalaman atau kecetekan sesuatu ruang
mengikut ketentuan pelukis. Dalam karya 2D, garisan grid digunakan untuk menimbulkan ruang
dan ilusi 3D melalui 2 cara, iaitu:
Perspektif 1 titik lenyap
Perspektif 1 titik lenyap hanya memberi 1 fokus sahaja.
Perspektif 2 titik lenyap
Perspektif 2 titik lenyap dapat memberikan susunan gambar kiri dan kanan dengan kesan
perspektif yang berbeza(2 fokus)

Anda mungkin juga menyukai