Anda di halaman 1dari 53

1

TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS


Perkataan Terapi berasal daripada perkataan Greek iaitu "Therapeia" yang
bermaksud satu perkhidmatan, satu kehadiran yang berkait dengan perkataan Greek
(kata kerja) "therapeuo" yang bermaksud "i wait upon". Oleh itu terapi adalah satu
perkhidmatan yang diberi kepada pesakit.
Secara amnya, terapi ialah kaedah-kaedah untuk mengubati penyakit atau
masalah tubuh badan dan sebagainya. Menurut kamus perubatan Mosby (2001) terapi
didefinisikan sebagai rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghidapi
sebarang penyakit dengan tujuan mengembalikan kefungsian badan secara normal.
Dalam konteks pendidikan pula, terapi dapat didefinisikan sebagai kaedah untuk
membantu seseorang individu untuk bergerak-balas terhadap sesuatu aktiviti atau
kemahiran-kemahiran yang tertentu.
Konsep terapi dalam Pendidikan Khas
Konsep terapi dalam pendidikan khas adalah didasari dari konsep kepelbagaian
kategori individu berkeperluan khas. Murid-murid berkeperluan khas mempunyai sama
ada ketidakupayaan, kecacatan halangan atau rintangan untuk mencapai
perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial atau psikomotor. Sehubungan itu,
kaedah terapi dapat membantu murid-murid bermasalah pembelajaran mencapai
perkembangan yang tersebut di atas.
Terapi dalam pendidikan khas adalah salah satu kaedah yang digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Aktiviti-aktiviti dalam terapi dapat membantu
murid menguasai sesuatu kemahiran dari satu peringkat ke satu peringkat yang lebih
tinggi.
2

Keperluan terapi dalam pendidikan khas
Kanak-kanak khas memerlukan terapi adalah untuk :-
Meransang kanak-kanak untuk bergerak-balas secara positif terhadap sesuatu
kemahiran.
Sebagai persediaan untuk belajar dari segi mentel, fizikal, emosi dan sosialisasi.
Meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial, dan psikomotor
kanak-kanak bermasalah pembelajaran.
Sebagai motivasi kepada kanak-kanak.
Membina konsep kendiri.
Merangsang pengaliran darah dan oksigen.

Kepentingan terapi
Terapi pentingan untuk :
Meningkatkan kemahiran pengamatan
Membantu untuk meningkatkan kemahiran bersosial murid
Memperbaiki kualiti hidup dan keyakinan diri
Mengurangkan tekanan dan gangguan mental serta emosi
Membantu dan merangsang pertuturan dan komunikasi
Merangsang pemikiran dan kreativiti murid
Membantu perkembangan fizikal dan tubuh badan
Membantu untuk meningkatkan keupayaan mental, emosi dan kesihatan
3

Jenis-jenis terapi
Terdapat beberapa jenis terapi yang boleh diaplikasi di sekolah, antaranya :
1) Terapi fisio
2) Terapi cara kerja
3) Terapi pertuturan
4) Terapi muzik dan nyanyian
5) Terapi seni visual
6) Terapi hidro atau terapi air
7) Terapi pergerakan kreatif
8) Terapi main
9) Terapi pasir
10) Terapi herba
11) Terapi Snoozelen
12) Terapi Aroma

4

TERAPI FISIO
Kamus perubatan Mosby menyatakan bahawa terapi fisio atau terapi fizikal ialah
rawatan ke atas ketidakupayaan pada seseorang individu dengan menggunakan agen-
agen fizikal dan pelbagai kaedah yang sesuai dengan pengertian fizikal. Misalnya,
mengurut, manipulasi, latihan teraputik, penyejukan dan pemanasan (termasuk
penggunaan gelombang pendek, gelombang mikro dan 'ultrasonic diathermy'), terapi
hidro, rangsangan menggunakan elektrik dan menggunakan cahaya.
Kepelbagaian kaedah ini adalah sebagai satu cara memulihkan pesakit dan
mengekalkan fungsi normal selepas mengalami sesuatu kecederaan atau penyakit.
Fisio terapi adalah terapi yang dilakukan untuk membantu kanak-kanak
mengembangkan kemampuan motor kasar. Kemampuan motor kasar meliputi otot-otot
besar pada seluruh tubuh yang memungkinkan tubuh melakukan pelbagai fungsi
seperti berjalan, melompat, berlari, menendang, mengangkat, dan melempar bola.
Aktiviti terapi fisio perlu dilakukan oleh ahli fisio yang berkemahiran sahaja dan
hanya boleh diperolehi di pusat-pusat perubatan sahaja. Aktiviti terapi fizikal yang
dilaksanakan adalah bergantung kepada permasalahan psikomotor yang berbeza pada
seseorang individu. Namun begitu, sebagai seorang guru juga perlu mempunyai
kemahiran untuk melaksanakan terapi fizikal yang mudah dan bersesuaian dengan
murid bermasalah pembelajaran di sekolahTerapi fisio membantu seseorang kembali
ke tahap fungsi fizikal tertinggi yang mampu dicapainya.
5

Aktiviti fisio terapi
Terapi fisio kerap dilakukan oleh pakar perubatan yang terlatih. Aktiviti terapi fisio yang
dilaksanakan adalah bergantung kepada permasalahan psikomotor yang berbeza pada
seseorang individu. Terdapat beberapa kaedah aktiviti yang dapat dilaksanakan
seperti:-
A. Latihan berpusatkan motor halus
memotong
menggunting
mencabut
meramas
menguli
merenyuk
mencubit
memicit

B. Latihan yang berpusatkan psikomotor kasar
Membaling
Menolak
Memukul
Melambung
Menyambut

C. Latihan imbangan
Berdiri dengan sebelah kaki
Membawa buku di atas kepala
Berdiri di atas kerus

6

D. Latihan koordinasi
memasukkan jarum ke dalam lubang manik
melambung dan menyambut bola berbagai saiz

CARA PERLAKSANAAN
1) Pemerhatian dan penilaian awal terhadap masalah yang dihadapi oleh murid.
2) Penilaian dijalankan menggunakan instrument yang sesuai dan hasil penilaian
dianalisa untuk melihat daerah kelemahan tertentu pesakit.
3) Merancang proses rawatan sesuai dengan tahap keupayaan pesakit.
4) Penilaian dijalankan secara berterusan sepanjang tempoh rawatan supaya dapat
mengesan keperluan lain pesakit
5) Penilaian susulan dijalankan bagi melihat keberkesanan terapi atau perlu ditukar
kepada aktiviti yang lebih sesuai.

KEPENTINGAN
TERAPI FISIO
Merangsang
kepada pertuturan
kanak-kanak khas
Meningkatkan
keupayaan
berkomunikasi
Meningkatkan
keyakinan diri
Meningkatkan
keupayaan
psikomotor
kasar dan halus
Peningkatan kepada
keupayaan
koordinasi mata dan
tangan
Menggalakkan
sosialisasi
antara kanak-
kanak
Meningkatkan
kawalan
tingkahlaku /
koordinasi badan
7

FAEDAH TERAPI
FISIO
Merawat kecederaan
otot semasa sukan,
masalah sendi
kecederaan belakang,
tengkuk
Dapat meningkatkan
kekuatan, pergerakkan,
kestabilan sendi dan
mengurangkan
kesakitan semasa
melakukan pergerakan
Memberi panduan
untuk mengembalikan
keupayaan tubuh
badan dan mental
Memberi tumpuan kepada otot
kecacatan , memperbaiki postur,
melatih kanak-kanak untuk
menggunakan alat bantu dan
melakukan apa yang perlu untuk
memaksimumkan kebolehan
fungsi kanak-kanak
Kaunseling tentang
faktor-faktor risiko,
pendidikan pesakit
untuk mencegah
berulangnya pada
masa depan dan
perubahan tingkah
laku.
Untuk mengelakkan
pesakit jantung daripada
kehilangan kekuatan dan
fungsi tubuh badan.
8

TERAPI CARA KERJA
Turner, Foster dan Johnson (2002) mendifinisikan terapi cara kerja ialah latihan aktiviti-
aktiviti yang bermakna untuk meningkatkan tahap kefungdian seharian dan mencegah
ketidakupayaan atau kecacatan ke atas individu yang mempunyai masalah mental dan
fizikal pada semua peringkat umur.
Menurut NASAM, terapi cara kerja merupakan sejenis pemulihan untuk
memperbaiki kualiti hidup seseorang. ia tertumpu kepada memperbaiki kebolehan
menjalankan aktiiti hidup seharian, penjagaan diri dan kemandirian di tempat kerja dan
riadah.
Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) pula mendefinisikan terapi cara kerja
sebagai aktiviti pemulihan yang memberi fokus kepada pemulihan kecederaan,
penyakit, kecacatan fizikal dan mental serta faktor keuzuran seseorang individu bagi
membolehkan mereka berdikari dalam melakukan aktiviti kehidupan harian, produktiviti
dan pelbagai aktiviti riadah.

Objektif terapi cara kerja dijalankan
membolehkan individu menguruskan kehidupan seharian dengan baik
memulihkan anggota yang lemah supaya dapat berfungsi dengan baik
membolehkan individu berdikari dalam melakukan kerja seharian

9

Kepentingan terapi cara kerja
Dilakukan untuk membantu seseorang menguasai kemahiran motor halus
dengan lebih baik
Meningkatkan kemampuan seseorang untuk melakukan sesuatu dengan otot-
otot kecil yang ada
Meningkatkan tahap kefungsian seharian dan mencegah ketidakupayaan ke atas
individu yang mempunyai masalah mental dan fizikal pada semua peringkat
umur

Aktiviti terapi cara kerja
Aktiviti terapi cara kerja perlu dilakukan oleh ahli terapi cara kerja yang berkemahiran
sahaja. Peralatan untuk menjalankan aktiviti terapi cara kerja hanya boleh didapati di
pusat-pusat latihan tertentu sahaja. Namun, guru pendidikan khas juga boleh
melakukan terapi cara kerja yang mudah dan bersesuaian dengan murid bermasalah
pembelajaran di sekolah. Antara aktiviti yang boleh dibuat ialah :
Latihan aktiviti berkaitan kemahiran hidup
Latihan pravokasional
Latihan aktiviti membuka dan memasang peralatan
Latihan aktiviti berkaitan dengan kemahiran manipulatif
10

TERAPI PERTUTURAN
Menurut Kamarudin Hj Husin (1987) menyatakan bahawa pertuturan ialah kegiatan
melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat pertuturan (artikulator). Ia juga
merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana bahasa manusia. Pertuturan juga
boleh bermaksud bercakap, hasil daripada percakapan, apa yang dituturkan, bahasa
sesuatu negara atau bangsa ataupun dialek tersendiri sesebuah wilayah atau tempat.
Terapi pertuturan adalah masalah dan gangguan pertuturan yang dihadapi oleh
seseorang individu. Hal ini mungkin disebabkan oleh faktor fizikal atau mental.
Contohnya, masalah fizikal kanak-kanak seperti sumbing. Selain itu, ia juga melibatkan
aktiviti yang dijalankan untuk membantu individu yang bermasalah. Latihan atau
intevensi yang dilaksanakan untuk meningkatkan semua aspek komunikasi seperti
pengunaan bahasa isyarat dan simbol-simbol bergambar.
Terapi pertuturan juga merupakan kaedah yang digunakan untuk membantu
murid yang mengalami kesukaran dalam menyebut perkataan dan berkomunikasi. Ia
bertujuan untuk membantu murid menghasilkan bunyi bunyi bahasa dan melatih murid-
murid yang menghadapi masalah artikulasi melalui latihan asas tertentu. Sekiranya
murid gagal membunyikan perkataan, guru boleh memulakan pengajaran dengan
melakukan terapi terlebih dahulu.
Kebiasaanya, guru akan memulakan latihan atau intevensi awal supaya dapat
membantu murid. Antara contoh aktiviti terapi pertuturan yang boleh dilakukan oleh
guru ialah latihan lisan, meniup belon, meniup kertas di atas air dan mengetap bibir.
11

Kepentingan terapi pertuturan
melatih murid menguasai kemahiran tertentu
membantu murid menghasilkan bunyi-bunyi bahasa
meningkatkan kefungsian kognitif, emosi dan sosial individu
meningkatkan tahap keupayaan murid.
membantu dan merangsang pertuturan dan komunikasi.
membantu murid menyampaikan maklumat kepada individu lain.
membantu meningkatkan kemahiran sosial.
memperbaiki kualiti hidup dan keyakinan diri.

ALAT-ALAT YANG DIGUNAKAN DALAM TERAPI PERTUTURAN
Alat terapi pertuturan diberikan kepada individu yang mengalami masalah
ketidakupayaan bertutur atau mengeluarkan suara dengan baik seperti berikut:
Kecelaruan perkembangan bahasa
Kecelaruan bahasa perolehan
Kecelaruan bunyi pertuturan
Masalah pendengaran
Kecelaruan suara
Kecelaruan resonan/ sengau
Kecelaruan kelancaran pertuturan
Masalah penelanan dewasa/ kanak-kanak (Dysphagia)
Kecelaruan deglutasi (feeding)

Antara alat-alat terapi yang biasanya digunakan sebagai terapi pertuturan ialah:
Wisel
Bola ping pong
Straw
12

Peniup hari jadi
Lilin
Kertas
Alat-alat berikut digunakan dengan cara murid membuat aktiviti meniup alat-alat
menggunakan mulut bagi melatih pergerakan dan keupayaan mulut mereka. Antara
aktiviti terapi yang boleh dilakukan menggunakan alat-alat berikut ialah:
Meniup belon dan wisel serta peniup hari jadi
Meniup lilin yang dinyalakan api
Meniup bola ping pong dalam bekas berisi air
Meniup straw di dalam cawan yang berisi air
Meniup kertas di dalam air.
Meniup kertas untuk mengeluarkan bunyi seperti wisel.
Menyedut air menggunakan straw.

Cara pelaksanaan terapi pertuturan
Melakukan Latihan Senaman Muka
1. Lidah
a. Gerakkan lidah ke atas
b. Gerakkan lidah ke bawah
c. Gerakkan lidah ke kanan
d. Gerakkan lidah ke kiri

2. Mulut
a. Buka mulut seluas mungkin
b. Tutup mulut
c. Buka dan tutup dengan pelahan-pelahan
d. Buka dan tutup mulut dari pelahan semakin laju.

13

3. Muka
a. Meniru riak muka berdasarkan gambar atau arahan.

4. Kunyah

5. Kawalan pernafasan
a. Cara pernafasan menggunakan perut
b. Tarik nafas kemudian tahan dan hembus
c. Tarik nafas ikut hidung atau mulut dan hembus melalui hidung atau mulut.
d. Latihan hembus kertas
e. Hembus bola kertas ke arah gol
f. Minum,sedut dan buat buih air menggunakan straw
g. Tiup buih-buih
h. Meniup peralatan muzik atau peralatan yang mengeluarkan bunyi
i. Tiup wisel mengikut rentak
j. Tiup belon mengikut tahap kesukaran

6. Kawalan suara
a. Letak tangan di hadapan mulut
b. Letak belakang tangan di bahagian leher
c. Sebut fonem /a/i/u/ dalam masa 5 saat/10 saat/ 15 saat/ 20 saat.


14

TERAPI MUZIK
Menurut Dr. Sharol Lai Sujak (2008), terapi muzik adalah alternatif dalam rawatan
moden dan satu bidang profesional yang menggunakan muzik bertujuan untuk
pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan tarak kesihatan mental dan fizikal.

Objektif terapi
Pengurusan tingkah laku
Tingkatkan penglahiran perasaan
Tingkatkan harga diri
Tingkatkan keupayaan akademik
Kembangkan emosi
Mudahkan komunikasi interpersonaldan intrapersonal
Latih pertuturan

Jenis peralatan muzik
A. Peralatan muzik tradisional Melayu
palu (rebana, beduk, kompang)
petik (rebab, gambus, kecapi)
tiup (serunai, seruling, tetuang)
goncang (angklung)
15

B. Perlatan muzik Barat
Perkusi tidak berpic (tamborin, kerincing, kastenet)
Tiup dan bras (rekoder, seksofon, trompet)
Bertali (piano, biola, mandolin)

Langkah-langkah bermain alat muzik
Terdapat beberapa langkah yang perlu diberi perhatian semasa mengajar murid
bermasalah pembelajaran bemain alat muzik.
memperkenalkan peralatan muzik
guru membuat demonstrasi
aktiviti warming up yang sesuai
teknik bermain yang betul
postur badan yang betul
membunyikan pola ritma
memainkan corak ritma
bermain mengikut giliran
membuat pergerakan yang sesuai
bermain secara keseluruhan

Pemilihan muzik sebagai satu rawatan
A. muzik adalah suatu fenomena yang boleh memberi kesan kepada semua
manusia. Ia memberi kesan gerakbalas pada fizikal, kognitif dan emosi serta
perhubungannya dengan pemikiran dan tubuh badan

B. muzik memberi kesan interaksi antara dan sesama individu. ia boleh mendorong
dan menstruktur sesuatu aktiviti dan pencetusan idea.

16

C. muzik meruakan sumber kepada keseronokan, memperkembangkan
penghargaan diri dan menggalakkan interaksi yang positif.

Kebaikan terapi muzik
A. murid terencat akal
dapat meningktkan kemahiran sosial dan emosi
dapat meningkatkan kemahiran komunikasi
dapat meningkatkan kemahiran psikomotor

B. murid bermasalah komunikasi
meningkatkan kelancaran pertuturan
membetulkan masalah suara
meningkatkan keyakinan diri dan luahan emosi

C. murid autistik
meningkatkan pertuturan dan bahasa
meningkatkan kemahiran sensorimotor
menggalakkan interaksi sosial

Aktiviti terapi muzik
Membuat pergerakan mengikut lagu
Menulis lirik lagu
Bermain berlatar belakangkan muzik
Mengenal dan membuat latihan menggunakan alat muzik
Latihan praktikal guna alat muzik

17

TERAPI SENI VISUAL
Sejarah terapi seni ini bermula pada akhir tahun 40an apabila pakar psikaitris dan
psikoanalis di hospital di Great Britain sejak bertahun lagi telah menggunakan lukisan
dan catan sebagai proses terapi. Ini menjadikan lukisan dan catan suatu sumbangan
yang amat berharga kepada proses terapi. Di antara 1940an dan 60an, Ramai pelukis
dan guru lukisan berminat menawarkan diri berkhidmat di hospital dan klinik yang
kemudiannya dilantik sebagai penasihat psikaitris atau penguasa perubatan.
Mereka ini mempunyai kepakaran nilai terapeutik terhadap seni dalam
perubatan, sehingga itu, kepakaran mereka diiktiraf dan diserapkan ke jawatan tetap.
Sehinggalah June 1980 di hospital. Pada 1990, National Joint Service for Social
services hanya mengiktiraf Siswazah menjawat perkhidmatan Terapi Seni. Maka
semakin berkembanglah karier mulia ini sehingga hari ini.
Victor Lowenfeld seorang pengkaji seni dalam bukunya Teori Perkembangan
Kanak-kanak menulis tentang terapi seni ini di mana kecenderungan seorang kanak-
kanak yang melukis figura ibunya lebih besar dari ayahnya, mempunyai maksud yang
tersirat. Gambaran sebenarnya memperlihatkan kasih sayang kanak-kanak itu lebih
pada ibunya, sebab itu figura ibunya diberi penekanan sebegitu rupa. Victor Lowenfeld
mengkaji beribu ribu lukisan yang memberi pengertian yang tersurat dan tersirat.
Penyelidikan ini menolong ahli ahli bidang psikologi mengakui kepentingan terapi seni
dalam merawat kesan psikologi terhadap pelajar pelajar.
Michael Samuel M. D. Dalam bukunya Art as a Healing Force pula, sentiasa
menekankan kepentingan seni menolong sesama manusia untuk menambahkan atau
menyembuhkan keintelektualan dan emosi yang stabil. Menurut beliau, Seni visual
merupakan kuasa luar biasa yang menakjubkan dan berkebolehan menyembuh dan
menjadi pemangkin sahsiah manusia.
Melalui ekspresi seni pelajar dapat memahami cara untuk mendedahkan
keperluan dalaman dan konflik jiwa serta boleh memberi bantuan dalam pencarian
resolusi.Penghasilan seni yang terbatas dan pelajar yang kekurangan ini mendapat
18

nafas baru dalam memartabatkan lagi dunia seni melalui rekabentuk seni luar. (Judith
Peck )
The responsible of an Art or Expressive Therapist within a school setting is to
help student express and contain their internal conflicts, while facililitating their ability to
implement change
Menurut Frostig & Essix 1998

Kepentingan terapi seni
Menyelesaikan konflik emosi
Meningkatkan kesedaran dan semangat kendiri
Membina kesedaran sosial
Mengubah tingkah laku
Membina strategi penyelesaian masalah
Meningkatkan kemahiran penguasaan hidup

Kepentingan seni dalam kehidupan dan pendidikan
seni merupakan pengalaman pandangan melalui imaginasi dan perasaan
seni adalah pengalaman yang berlaku sepanjang hari
seni adalah pengalaman universal. Tidak terhad kepada individu tertentu

Fungsi seni dalam pendidikan
a) menggalakkan perkembangan fizikal, mental dan estatik
b) menyumbang kepada kepuasan diri
c) menyumbang kepada penyelesaian masalah
d) menyumbang kepada perkembangan personaliti
e) sebagai alat membantu pertumbuhan kanak-kanak
19

Kepentingan seni visual kepada murid bermsalah pembelajaran
a) meningkatkan keupayaan berinteraksi dengan alam sekitar
b) meluahka perasaan
c) menguatkan motor kasar dan motor halus

Aktiviti yang boleh dilakukan
Catan
Kolaj dan asemblaj
Reka bentuk
Anyaman
Kraftangan
Pengubahsuaian alat untuk jadikan benda lain
20

TERAPI HIDRO
Berdasarkan sejarah, terapi air dipelopori oleh Paderi Bavaria Jerman, Sebastian
Kneipp pada awal abad ke-19 yang menghidap penyakit batuk kering. Dia percaya
banyak penyakit boleh disembuhkan oleh air kerana air boleh menyingkirkan toksik dan
bahan kumuh dalam badan.
Ketikasakit, dia membaca buku mengenai terapi hidro karya seorang pakar
perubatan mengatakan bahawa penyakitnya boleh dirawat jika dia berendam 2-3 kali
seminggu di sungai Danube yang sejuk untuk meransang sistem imun.Terbukti selepas
melakukannya, kesihatan Kneipp bertambah baik dan dari situ dia mula meneroka lebih
dalam lagi tentang terapi air dan memperkenalkan kaedahnya sendiri.
Sebenarnya sejarah rawatan menggunakan air bermula 4500 tahun sebelum
Masihi berdasarkan penemuan runtuhan tab mandi kuno di Pakistan. MaNakala rumah
mandi awam dikatakan menjadi antara unsur penting dalam budaya Rom kuno. Malah
pakar perubatan Rom, Galen dan Celsus menulis majalah menyarankan amalan
mandian sejuk dan suam bagi mencegah penyakit.
Rumah mandi awam mula popular di seluruh Eropah pada kurun ke-17 dan 18
dan menjadi ikutan di Amerika pada pertengahan tahun 1700-an. Penggunaan air bagi
tujuan perubatan juga tercatat dalam sejarah Cina, Jepun, India, Yunani dan Timur
Tengah. Terapi air terus berkembang di seluruh pelosok dunia dan digunakan sebagai
satu rawatan alternatif bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.Hidroterapi
bermaksud terapi air atau rawatan air. Rawatan ini bukan sahaja melakukan aktiviti
renang malah aktiviti berendam di dalam air juga dilakukan. Terapi hidro menggunakan
air sebagai medium semulajadi untuk meringankan atau mengubah keadaan sedia ada
kepada yang lebih baik.
Terapi ini sangatlah sesuai untuk perkembangkan fizikal pergerakan motor kasar
dan halus serta mental. Otot dan otak dirangsang kerana pergerakan dalam air lebih
mudah dan meredakan ketegangan dan rasa sakit

21





DEFINISI
Terapi air atau
rawatan air
Bukan sahaja
aktiviti beranang
malah juga
aktiviti
berendam di
dalam air
Juga dikenali
sebagai
senaman air
oleh ahli-ahli
sukan air
Perlu bimbingan
seorang ahli
fisioterapi yang
terlatih bagi
mengelakkan
kecederaan
KONSEP
Pergerakkan dalam air
mudah danlebih bebas
Tidak dibebani
seperti keperluan
alat sokongan yang
menghadkan
pergerakkan
Imbangan dalam air
bukanlah masalah
utama
Banyak pergerakan dapat
dilakukkan dan daya
penumpuan individu dapat
dipertingkatkan
Hidroterapi didapati
sesuai untuk
perkembangan fizikal
dan pergerakan motor
kasar dan motor halus
serta mental murid-
murid berkeperluan
khas
Otot-otot dan otak
mereka dapat
dirangsang
22

Objektif terapi hidro
Terapi hidro perlu dilakukan ke atas murid masalah pembelajaran adalah untuk :
membentuk sikap kerjasama
memberi keseronokan ketika berada di dalam air
memulihkan keadaan fizikal, emosi dan spiritual.

Elemen penting dalam terapi hidro
Keselamatan di air
Apungan
Berenang
Pernafasan

Kepentingan terapi hidro
Hidroterapi merupakan suatu bidang yang agak luas bertujuan untukmengembalikan,
memelihara dan memulih keadaan emosi, fizikal, psikologi danspiritual kepada keadaan
yang lebih baik atau normal. Antara kepentingan hidroterapi ini ialah:
1. Menghilangkan tekanan.
2. Keupayaan berkomunikasi.
3. Simulasi sistem otak
4. Bina keyakinan diri.
5. Kreativiti.
6. Kawalan diri.
7. Latihan Social skill
8. Merangsang pertuturan.
9. Melatih sikap bekerjasama.
10. Meningkatkan kesabaran.
11. Pengamatan.
23

12. Latihan koordinasi badan dan anggota badan yang lain.
13. Latihan daya kepimpinan.
14. Manipulasi tangan dan jari-jemari.
15. Daya konsentrasi.
16. Pembentukan
17. Peningkatan self-esteem.

Faedah terapi hidro
Air panas meregangkan dan dapat stimulasi sistem pertahankan badan
Air sejuk dapat mengurangkan radang
Merawat masalah pernafasan
Memberikan keyakinan dan motivasi
Merangsang pergerakan
Mengurangkan ketegangan otot
Meningkatkan kecergasan kardiovaskular

Langkah keselamatan
Aktiviti regangan sebelum masuk ke air
Pastikan paras air sesuai untuk murid
Alatan yang sesuai digunakan
Pakaian yang sesuai
Kawalan guru yang lebih

Aktiviti yang boleh dilakukan
Regangan dan pemanasan badan
Penyesuaian diri dengan air
Membina keyakinan diri
Menguatkan motor kasar
24

Kawalan pernafasan
Kayuhan kaki dan imbangan
Berjalan di dalam air dan apungan
Berjalan sambil menguak tangan

25

TERAPI PERGERAKAN KREATIF
Pergerakan kreatif ialah intepretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang
dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan.Unsur pergerakan iaitu tubuh badan,
ruang, masa dan daya memudahkan individu berkomunikasi di samping meningkatkan
potensi seperti ritma, kreativiti, kebebasan, dan pengucapan melalui pergerakan.

Aspek pergerakan kreatif
A. Lokomotor
pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan
badan berubah dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
contoh pergerakan lokomotor
i. berjalan
ii. melompat
iii. merangkak

B. bukan lokomotor
pergerakan bukan lokomotor ialah pergerakan yang tidak mengubah
kedudukan atau juga disebut sebagai pergerakan dalam keadaan statik.
contoh pergerakan bukan lokomotor
i. berlari setempat
ii. melompat setempat
iii. imbangan bangau

C. manipulasi alatan
manipulasi alatan ialah aktiviti yang mana alatan digunakan untuk
membentuk pergerakan
26

kemahira ini memerlukan penggunaan anggota badan untuk mengawal
dan mengawasi sesuatu objek.
contoh manipulasi alatan
i. melantun bola ambil berjalan
ii. memusingkan gelung dengan tangan
iii. skipping sambil berjalan
27

Tema pergerakan
Pergerakan kreatif mempunyai enam belas tema sebagai panduan dalam pengajaran
dan pembelajaran
1. Kesedaran tubuh badan
2. Kesedaran rintangan kepada beban dan masa
3. Kesedaran ruang
4. Aliran beban badan dalam ruang dan masa
5. Penyesuaian terhadap kawan.
6. Penggunaan tubuh badan sebagai alat.
7. Lapan lakuan daya asas
8. Ritma-ritma berkaitan dengan pekerjaan.
9. Bentuk-bentuk pergerakan.
10. Gabungan lakuan daya asas.
11. Orientasi ruang
12. Guna tubuh badan untuk menekan bentuk dan daya dalam pergerakan.
13. Penaikan dari lantai.
14. Kesedaran berkumpulan.
15. Formasi pergerakan dalam kumpulan.
16. Kualiti-kualiti ekspresif dalam pergerakan.

Kepentingan terapi pergerakan kreatif
a. meningkatkan kecerdasan
b. meredakan ketegangan perasaan dan tekanan jiwa
c. meningkatkan kemahiran bertutur
d. meninkatkan kreativiti

Aktiviti yang boleh dilakukan
Gimrama
28

Tarian moden
Tarian tradisional
Pergerakan berkumpulan dan berpasangan

29

TERAPI MAIN
Menurut Kraus 1990, bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang
aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa
menimbangkan apakah hasil aktiviti itu.Carr pula dalam teorinya mengatakan bahawa
main adalah penting kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat masing-masing.
(luahan perasaan)
Dari aspek psikologi pula, terapi main memberi peluang kepada kanak-kanak
untuk memperolehi perasaan dan mengawal keadaan yang dapat membantu kanak-
kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar. Secara ringkas terapi main boleh
membantu murid mununjukkan komitmen dan fokus yang sepenuhnya terhadap aktiviti
yang dijalankan.

Konsep terapi bermain
melalui bermain kanak-kanak lebih mengenali dunia
ruang fizikal disediakan melalui aktiviti bermain
kanak-kanak berpeluang meneroka identiti masing-masing

Tujuan terapi bermain
mengurangkan masalah tingkah laku
meningkatkan komunikasi
mempu menilai diri sendiri
meningkatkan keupayaan mempercayai seseorang


30

Pelaksanaan tugas-tugas ahli terapi.
Tahap 1
Ahli terapi berjumpa ibu bapa kanak-kanak dan mengumpulkan maklumat
tentang mereka
Tahap 2
Ahli terapi menyesuaikan diri dengan kanak-kanak supaya kanak-kanak biasa
dan rasa selesa untuk bersama ahli terapi
Ahli terapi merancang dan menjalankan terapi main yang mendorong ekspresi
pemikiran dan perasaan kanak-kanak
Ahli terapi akan menilai dan melihat perkembangan kanak-kanak
Tahap 3
Perubahan diri kanak-kanak dinilai oleh ahli terapi dan dilaporkan kepada
ibubapa. Seterusnya ibu bapa memainkan peranan untuk meneruskan terapi
mainan di rumah

Proses terapi bermain
Tahap satu : rasa diterima akibat hubungan erat yang terbina
Tahap dua : luahan perasaan secara yang terpendam secara catharsis
Tahap tiga : penerokaan peristiwa
Tahap empat : bertindak ke atas penyelesaian yang dipilih

31

Pelaksanaan melaksanakan terapi main
1) bilik terapi
Kelengkapan bilik terapibersesuaian bergantung kepada kesesuaian kanak-
kanak
Disertakan dengan bahan-bahan resos, alatan asas seperti rak buku, cermin,
almari dan lain-lain
2) media mainan (kritirea)
Mendorong ekspresi pemikiran dan perasaan kanak-kanak
Peluang untuk menguji realiti kanak-kanak
Membekalkan kanak-kanak dengan cara yang boleh diterima untuk
meluahkan perasaan yang tidak diingini
Mudah dimanipulasi oleh kanak-kanak
3) Kategori mainan
Mainan mencirikan kehidupan sebenar
set permainan pekejaan seperti polis, doktor dan tukang masak
set permainan item rumah seperti seterika, kerusi dan telefon

Mainan bercirikan luahan perasaan agresif
gari
penukul
peralatan militari
topeng
Mainan bercirikan luahan perasaan an kreatif
crayon
playdoh
kad
boneka bekas air
32

Kelebihan terapi bermain
Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membuat pilihan sendiri
Membolehkan melahirkan masalah
Menyediakan tempat yang selamat bagi meluahkan perasaan
33

TERAPI PASIR
Sejarah terapi pasir bermula pada tahun 1920-an. Terapi ini telah dipelopori oleh Dora
Klaff yang menekankan ruang yang bebas dan selamat. Kalff mengiktiraf bahawa
terapi ini mempunyai penawar semulajadi bagi kanak-kanak dan menyediakan kanak-
kanak tentang realiti kehidupan seharian.
Penggunaan pasir di dalam proses teraputik bermula dengan pediatrik British,
Margaret Lowenfield, akhir 1920-an (Boik & Goodwin,2000). Berdasarkn kepada Boik
dan Goodwin (2000), matlamatnya adalah untuk mencari satu medium yang mampu
memberi tarikan yang menarik kepada kanak kanak dan menyediakan keupayaan yang
sewajarnya yang mana pemerhati dan kanak kanak boleh berkomunikasi sewaktu
kanak kanak.
Menurut Malinda & William (2000), terapi pasir merupakan teknik psikoterapeutik
yang membolehkan pesakit menyusun objek kecil dalam kotak mengandungi pasir dan
membina dunia pasir mengikut dimensi dunia realitinya.
Terapi pasir merupakan satu bentuk bengkel yang memberi peluang kepada
individu untuk meneroka hal-hal berkaitan dengan perasaan atau emosi secara
mendalam. Terapi ini secara tidak langsung memberi peluang kepada individu untuk
meluahkan apa yang tersirat di dalam hatinya tanpa paksaan. Perasaan kanak-kanak
dinyatakan dalam tingkah laku mereka terutama kelakuan mula untuk mengganggu
orang lain atau mengganggu kehidupan keluarga dalam beberapa cara. Bermain
dengan pasir memberikan kanak-kanak peluang untuk meluahkan kehidupan perasaan
mereka dalam pergerakan, bunyi, simbol dan imej.
Penggunaan terapi pasir ini mampu membuatkan kanak-kanak lebih rileks.
Pergerakan otot yang diselarikan dengan perasaan ketika melakukan permainan pasir
menyebabkan kanak-kanak lebih fokus dan akhirnya punca sebenar kemarahan atau
ketegangan dapat dikeluarkan. Pemilihan alat permainan untuk diletakkan di dalam
kotak pasir menjadi simbol terhadap perasaan mereka, sama ada marah, benci, sayang
dan sebagainya.
34

Tujuan terapi pasir
Melatih daya kreativiti kanak-kanak
Menghilangkan rasa marah
Percaya kepada diri sendiri untuk mencipta sesuatu
Meningkatkan keyakinan diri
Mengembangkan imaginasi dan penggunaan visual kanak-kanak

Kepentingan terapi pasir
membantu meningkatkan keupayaan mental, emosi dan kesihatan
membantu meningkatkan pertuturan dan komunikasi
merangsang pemikiran murid
menguranan tekanan emosi
membantu meningkatkan kemahiran sosial
Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan
Membantu meningkatkan keupayaan motor halus melalui aktiviti dalam terapi
pasir.

Keselamatan Semasa Menggunakan Pasir
Pasir yang digunakan hendaklah bersih dan terhindar daripada benda-benda
tajam.
Dikhuatiri juga pasir yang digunakan daripada pasir yang kotor yang mempunyai
sisa makanan, sampah sarap dan juga najis binatang
35

Pelaksanaan terapi pasir
Terdapat tiga fasa utama bagi terapi pasir iaitu fasa sebelum, semasa dan selepas sesi
dijalankan.
A. Fasa sebelum sesi
1. Perlaksanaan terapi memerlukan persediaan dari segi penyediaan bilik yang
sesuai dan kondusif untuk aktiviti, persediaan peralatan terapi dan
persediaan kanak-kanak.
2. Bagi pelaksanaan terapi pasir, persekitaran bilik adalah amat penting dalam
membenarkan kebebasan perluahan perasaan. Ini bersesuaian dengan
konsep utama terapi pasir yang dipelopori oleh Dora Kalff yang menekankan
ruang yang bebas dan selamat.
3. Peralatan utama untuk terapi ini adalah bekas yang berukuran 75cm x 55cm
x 20 cm yang berisi pasir. Pemilihan pasir samada pasir pantai atau sungai
yang mempunyai kedalaman 15cm di dalam bekas
4. Selain itu, simbol atau miniatur seperti ikan, kerang, bangunan, batu,
peralatan rumah,binatang, manusia dewasa, kanak-kanak, pokok, jambatan,
perhiasan dan kenderaaan adalah elemen lain yang diperlukan.
5. Kesemua alat ini disusun di atas rak dengan kemas bagi memudahkan
kanak-kanak untuk memilih objek yang disukainya. Mangkuk kecil juga
diperlukan bagi kanak-kanak yang ingin membentuk kolam atau sungai.
6. Berus dan tuala adalah peralatan yang perlu bagi kanak-kanak yang ingin
membersihkan peralatan dan tangan mereka. Selain itu, jug dan penyembur
air diperlukan untuk melembabkan pasir yang telah dibina.
7. Adalah lebih baik juga jika dapat digabungkan alunan muzik yang lembut dan
relaksasi dapat membantu murid untuk luahan perasaan.

B. Fasa semasa
1. Kehadiran pakar terapi semasa sesi pelaksanaan perlulah efektif. Pakar
terapi perlulah aktif, mendengar dengan baik dan memberikan tumpuan.
36

2. Keadaan yang senyap kadangkala berkesan semasa kanak-kanak sedang
menyusun objek di dalam bekas pasir.
3. Biasanya kanak-kanak akan bermain dengan pasir dengan membentuk
landskap yang diingini, diikuti dengan simbol. Cara susunan mainan
bergantung pada apa yang difikirkan oleh kanak-kanak ketika itu.
4. Kebiasaannya, kanak-kanak lebih selesa memulakan sesi terapi pasir dengan
mencipta pasir pelbagai bentuk seperti corak geometri, lurah, gunung, sungai
dan garis-garis kecil. Seperti bermain pasir di pantai, kanak-kanak bermain
dengan pasir sambil menyusun objek, menambah bilangan mainan sekiranya
perlu, mengerakkan tangan dan membentuk apa jua yang dirasainya di atas
pasir.
5. Pada peringkat ini, gambaran boleh dilihat. Pakar terapi boleh mengajukan
soalan atau kanak-kanak sendiri bercerita mengenai gambaran yang cuba
dibuat.
6. Pakar terapi boleh menentukan tema sebagai contoh; persahabatan.
Seterusnya boleh menggunakan soalan terbuka seperti: Apa yang kamu
ciptakan di dalam bekas ini? atau : Beritahu saya tentang singa, ular atau
kuda di dalam dunia kamu ini?.

C. Selepas Terapi.
1. Pakar terapi berperanan untuk membuat kesimpulan dengan melihat kepada
hasil terapi pasir yang dilakukan kanak-kanak.
2. Penilaian hasil bekas pasir adalah bergantung kepada pakar terapi.
3. Objek kecil seperti binatang bagi kanak-kanak biasanya menggambarkan
persepsi mereka terhadap keluarganya serta masalah yang berkaitan dengan
perhubungan dan pergaulan.
4. Lokasi dan susunan objek juga memberi gambaran tentang corak
perhubungan.
5. Untuk setiap sesi terapi juga, pakar terapi perlu mengambil gambar hasil
bekas tersebut bagi memudahkan proses interpretasi.
37

TERAPI HERBA
Herba adalah bahan yang mengandungi atau beberapa bahan yang digunakan untuk
tujuan perubatan. Terapi herba dilakukan secara sinergi iaitu tidak berasingan dan
diikuti dengan herba lain yang ada sifat yang berbeza daripada herba yang digunakan.
Terapi Herbal atau sering disebut Herbalisme adalah penggunaan tanaman ubat
untuk kemampuan terpeutik atas kemampuan untuk menyembuhkan penyakit
seseorang. Maksud Herba adalah tanaman atau bahagian tanaman yang memiliki nilai
kerana memiliki khasiat dalam perubatan, aromatik atau rasanya, dan orang yang
mengamalkan terapi herba dalam merawat pesakitnya disebut Herbalis.
Terapi herbal adalah kaedah perubatan yang paling tua sepanjang sejarah
kehidupan manusia. Setiap tempat kebudayaan memiliki pengetahuan tentang herba
masing-masing. Berdasarkan pengalaman turun-temurun dan cara mereka memerhati
haiwan yang memanfaatkan tanaman tersebut dengan kaedah cuba jaya (trial and
error).
Orang zaman dahulu menggunakan pelbagai tanaman yang ada di sekitarnya
untuk digunakan sebagai ubat. Menjelang era moden kini, kaedah perubatan herba
mengalami masa kebangkitannya dengan istilah "Back to Nature" kembali ke alam dan
mula diterima sebagai komponen untuk perubatan konvensional. Organisasi Kesihatan
Dunia (WHO) menyatakan 4 million atau sekitar 80% dari penduduk dunia pada masa
kini menggunakan kaedah perubatan herba untuk beberapa aspek kesihatan dan
kehidupan mereka.
Sekitar 25% dari ubat-ubatan yang dihasilkan di Amerika Syarikat masa kini
mengandungi satu bahan aktif yang berasal dari tanaman. Menurut WHO pula, terdapat
119 jenis ubat-ubatan di farmasi yang berasal dari tanaman. Perusahaan-perusahaan
farmasi terkemuka dunia kini sedang giat melakukan kajian intensif mengenai bahan
tanaman yang dikumpulkan dari hutan hijau (rainforest) untuk diteliti potensinya dalam
perubatan.

38





KEPENTINGAN
TERAPI HERBA
Mengekalkan kesihatan tubuh badan
1) Menyinkirkan perkara yang tidak diingini dalam tubuh badan.
2) Memperbaiki fungsi organ tubuh badan
3) Menambahkan penghasilan sel darah
4) Memelihara kelembapan tubuh badan
5) Menenangkan fikiran.
Merawat penyakit

Akut (sementara)
1) Ketidakhadaman
2) Hyperacidity
3) Pedih ulu hati
4) Cirit birit
5) Selsema
6) Sakit tekak
7) Jangkitan salur kencing
8) Jangkitan kuman (kulit)

Penyakit Kronik
1) Keresahan
2) Kemurungan
3) Mudah marah
4) Insomia
5) Penghadaman yang lemah
6) Lesu
7) Loya
8) Sakit perut
9) Dan lain-lain seumpamanya.
Tonik
1) Rawatan selepas bersalin
2) Memperkukuh sistem imunasi
3) Fungsi otak
4) Penglihatan
39

Tujuan terapi herba
mempercepatkan penyembuhan
menambahkan khasiat pada ubat
mengurangkan sifat kekuatan ubat
menghilangkan kesan sampingan

Proses terapi herba
a) release
racun dan toksik dikeluarkan dari badan

b) relax
badan diletakkan dalam keadaan suhu yang stabil

c) regeneration
menggantikan sel-sel yang mati dengan sel-sel yang baru

d) refunction
organ kembali berfungsi secara normal

40

TERAPI SNOOZELEN
Istilah snoezelen diambil dari perkataan Belanda atau Dutch iaitu snuffelen yang
bermaksud mencari atau meneroka dan doezelen yang bermaksud releks.Snoezeland
ialah suatu terapi stimulasi multisensori (visual, auditori, sentuhan, bau) yang
digunakan oleh kanak-kanak yang mempunyai kecacatan pada mental, autisma,
hiperaktif, lembam, dan lewat perkembangan.
Terapi ini dilakukan kepada kanak-kanak untuk memberi stimulasi atau
rangsangan pada kesemua pancaindera mereka dengan menggunakan pelbagai :
kesan lampu
warna
suara
muzik
bau
lain-lain

Objektif terapi snoozeland
memberi peluang untuk relaks, eksplorasi dan ekspresi diri.
sesuai bagi murid yang kurang kesedaran dalam kelompok rakan.
memberi perhatian secara individu.
dapat membina kepercayaan antara ahli terapi dan murid.

Rangsangan dapat dihasilkan dengan beberapa cara, antaranya :
penglihatan
pendengaran
sentuhan
bau

41

Kepentingan terapi snoozelen
Dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran.
Memberi relaksasi kepada fizikal dan mental.
Meningkatkan kesedaran dan perhatian.
Menunjukkan inisiatif untuk beraktiviti.
Membina keyakinan pada diri.
Memperkembangkan kemampuan murid.
42

TERAPI AROMA
Terapi Aroma sudah digunakan sejak peradaban kuno oleh bangsa Mesir sekitar 6000
tahun yang lalu. Terapi ini juga digunakan oleh bangsa Romawi dan Yunani yang
menggabungkan urutan dengan wangi-wangian tertentu. Bangsa Romawi dan Yunani
juga menggunakannya dengan air mandi yang dicampuri minyak wangi.
Terapi aroma juga dipraktikkan di Timur Tengah dengan penyulingan bunga-
bungaan. Terapi aroma juga sudah dikenali di China sejak 2700 sebelum Masihi.
Pembakaran dupa wangi untuk memuja para dewa juga sudah dikenal di India pada
3000 tahun yang lalu. Suku-suku Indian kuno di benua Amerika juga menggunakan
wangi-wangian dalam ritualnya.
Kemudian seorang ahli kimia berkebangsaan Perancis, Rene Maurice
Gattefosse, melakukan penelitian mengenai daya penyembuhan minyak esensial. Pada
tahun 1937 dia memperkenalkan penggunaan istilah Aromatherapy, dalam buku yang
membahaskan hasil penelitiannya.
Istilah 'Aromaterapi' sebenarnya terdiri dari dua patah perkataan iaitu Aroma
bermaksud bau atau haruman, dan Teraphy yang bermaksud rawatan. Terapi aroma
adalah gabungan antara aroma iaitu wangian atau bauan yang hadir daripada pati
minyak dan bauan tersebut diaplikasi untuk melegakan dan memulihkan simptom-
simptom fizikal serta meningkatkan kesihatan mental.

Jenis-jenis terapi aroma
A. Aroma Terapi Klinik
menggunakan minyak essential yang diberikan sama ada ubat minum
(internal) atau ubat sapu (external) seperti mandian, urutan dan sebagainya
dilakukan oleh doktor-doktor yang terlatih atau pakar terapi
43

B. Aroma Terapi Holistik
penerapan aroma terapi dengan menggunakan rawatan dari aspek diet,
gaya hidup dan olahraga

C. Aroma Terapi Estetik (kecantikan)
digunakan untuk mementingkan kecantikan dan kesegaran tubuh badan
seseorang
biasanya dilakukan di salon kecantikan yang dikendalikan oleh pakar
kecantikan yang terlatih
contoh: perawatan wajah, rambut, kaki, tangan, kuku dan kulit

Kegunaan terapi aroma
A. Kanak-kanak
menikmati pengalaman dan menghubungkan bau-bauan tertentu dengan
perasaan positif
kanak-kanak berasa tenang dan membantu kesihatan pencernaan mereka

B. Autisme
membolehkan kanak-kanak berasa tenang dan membantu badan mereka
menyelaraskan apabila perasaan kebimbangan datang dalam diri
membantu mengekalkan setiap perkara seimbang, tenang dan gembira

C. Kehidupan Seharian
membantu bayi atau anak kecil tidur dengan aman
untuk melegakan sistem pencernaan
untuk memberi perasaan gembira dan kepuasan
menggalakkan tumpuan dan fokus yang lebih baik

44

D. Aromaterapi juga sesuai dijalankan ke atas kanak-kanak pendidikan khas
bermasalah:
Terencat akal/ Mental Retardation (MR)
Hiperaktif / Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD)
Autisma / Autism Spectrum Disorder (ASD)
Lembam / Slow Learner
Lewat perkembangan / Global Developmental Delay (GDD)
Sindrom Down / Down Syndrome
Serebral palsi / Cerebral Palsy

Jenis bau-bauan yang digunakan dalam terapi aroma
A. Lavender
berfungsi untuk menghilangkan stress
mengawal emosi yang tidak stabil

B. Jasmin
Dapat menghilangkan stress

C. Ros
dapat menenangkan emosi

D. Blossom
dapat meningkatkan tumpuan
dapat mengurangkan sakit kepala
45

Kepentingan terapi aroma
1) meningkatkan kemahiran pengamatan kanak-kanak ketika melakukan aktiviti
yang melibatkan terapi aroma seperti membuat hiasan pada tin atau botol
dengan menggunakan pelbagai herba atau bau-bauan
2) merangsang pemikiran dan kreativiti murid semasa melakukan aktiviti dalam
suasana yang tenang
3) memperbaiki kualiti hidup dan keyakinan diri
4) membantu dan merangsang pertuturan dan komunikasi murid-murid dengan
rakan, guru atau ibu bapa
5) membantu untuk meningkatkan keupayaan mental dan emosi
6) meningkatkan kemahiran penumpuan dan pengamatan kanak-kanak ADHD
7) mengurangkan seizure bagi kanak-kanak yang menghidap epilepsy
8) menenangkan kanak-kanak yang cenderung tantrum
46

UJIAN DIAGNOSTIK
Definasi ujian diagnostik
Adalah satu alat pengukuran yang membolehkan guru mengesan punca dan kawasan
kelemahan secara terpeinci yang dihadapi oleh seseorang murid.
Tujuan ujian diagnostik :-
1) Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenalpasti secara khusus
kesulitan-kesulitan yang dihadapi oleh murid.
2) Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenal pasti punca kegagalan
muriduntuk menguasai sesuatu kemahiran.
3) Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenal pasti kumpulan
tertentumengikutkebolehan dan kawasan-kawasan kesukaran yang dihadapi
oleh murid.
4) Ujian diagnostik bertujuan membantu guru merancang satu program pengajaran
yangkhusus pada individu atau kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik.
5) Ujian diagnostik bertujuan membolehkan guru merancang dan membina program
dan bahan bantu mengejar yang bersesuaian mengikut tahap murid.

Membina Ujian Diagnostik
1. Sebelum membina sesuatu ujian diagnostik, beberapa perkara utama perlu
ditentukan
1.1 Objektif ujian
1.2 Kemahiran yang hendak diuji
1.3 Bagaimana hendak menguji individu / kumpulan.
1.4 Siapa yang hendak diuji sasaran.
47

2. Ujian yang dirancang dengan teliti, cermat dan sempurna dapat memberikan
penilaianyang lebih adil terhadap murid pemulihan. Oleh itu, borang JPU perlu
disediakan.
3. Ujian berbentuk lisan dan bertulis lebih sesuai untuk menilai kesukaran yang
dihadapioleh murid dalam pembelajaran.
4. Kemahiran tersebut mestilah telah diajar sebelum ia diuji. Kemahiran
tersebuthendaklah disusun dari senang ke susah.
5. Item yang hendak dibina berdasarkan kemahiran yang telah diperincikan
terlebihdahulu


48

BORANG REKOD UJIAN DIAGNOSTIK
PENDIDIKAN KHAS
Nama : ____________________________ Tahun : _________
Tarikh : _______________ Umur : _________
Sekolah : _____________________________ Masalah : _____________

Tandakan ( / ) pada ruangan hasil kemahiran yang berjaya dan ( x ) pada ruangan hasil
kemahiran yang gagal
BIL KEMAHIRAN HASIL CATATAN
1 Murid boleh membezakan warna
2
Murid boleh membezakan bentuk
mudah

3 Murid boleh membezakan bentuk rumit
4
Murid boleh mencantum objek
mengikut bilangan bongkah

5
Murid boleh mencucuk objek mengikut
saiz

6
Murid boleh mencucuk objek mengikut
bentuk

7
Murid boleh mencucuk objek mengikut
warna

8
Murid boleh memahami dan mematuhi
arahan

9
Murid boleh mengangkat tangan dan
menjatuhkan tangan

10
Murid boleh memusingkan pergelangan
tangan mengikut arah dan lawan jam

49

11
Murid boleh melakukan pergerakkan
jari jemari secara bebas

12 Murid boleh menyusun objek

Catatan pemeriksa :-









Tandatangan pemeriksa .
Nama pemeriksa ( )
Tarikh .
Masa .


50

ANALISIS UJIAN DIAGNOSTIK
Hasil daripada ujian diagnostik,pelajar bernama Amaera Zahirah binti Ahmad
berumur 11 tahun daripada kumpulan 7 S.K Padang Hiliran yang mengalami masalah
terencat akal didapati mengalami masalah dalam melaksanakan kemahiran manipultif,
berfokuskan kamahiran membezakan warna, bentuk, saiz, turutan dan mencantum
objek. Murid juga menunjukkan kurang perhatian dalam kelas mungkin kerana faktor
persekitaran, dan gangguan dari rakan sekelas. Amaera juga menunjukkan sifat
kesungguhan tetapi mudah putus asa jika sesuatu itu sukar dilaksanakan, dan
memerlikan bimbingan guru yang ketara dalam menyelesaikan masalah. Murid tidak
mengalami masalah pertuturan kerana murid petah bercakap ketika didalam kelas dan
sentiasa memberi respon yang positif.
Cadangan untuk melaksanakan rancangan pengajaran secara individu (RPI)
terhadap murid tersebut bagi memulihkan masalah yang tersebut. Jumlah masa yang
diambil ialah 2 minggu pengajaran biasa tetapi berfokus kepada murid tersebut dan
ujian akan dilaksanakan pada 12 April 2012 selepas sesi pengajaran dan pembelajaran.
Terapi yang akan digunakan ialah terapi cara kerja. Menggunakan bahan yang tersedia
ada di sekolah tersebut.

51

REFLEKSI
NAMA : Syazwan Lutfi Bin Mohd Said
UNIT : Pendidikan Khas Jan 2010
No.Matrik : 123464
No.K/P : 900210-0106857

Assalamuailaikum
Alhamdulilah syukur kepada Allah S.W.T kerana akhirnya tugasan ini berjaya juga
diselesaikan pada waktu yang ditetapkan, Jutaan terima kasih di ajukan kepada pihak
Jabatan Ilmu Pendidikan terutamanya Encik Abdullah Kamal Bin A.Bakar pensyarah
untuk subjek Terapi dalam Pendidikan Khas PKU 3109, kerana memberi bimbingan
dalam menjayakan tugasan ini. Juga ingin diucapkan jutaan terima kasih kepada pihak
Sekolah Kebangsaan Padang Hiliran kerana sudi menerima kedatangan saya untuk
melaksanakan sesi praktikum dan menjalankan tugasan projek terapi ini.
Sepanjang projek ini dijalankan, banyak permasalahan yang saya hadapi, dan
antaranya ialah, mengumpul maklumat mengenai terapi. Walaupun kemudahan internet
ada, namun apa yang dicari untuk dijadikan bahan rujukkan tidak ditemui, pencarian
maklumat akan lebih mudah sekiranya perpustakaan IPG dibuka dan buku yang dicari
dipelbanyakkan. Jalan penyelesaian yang saya temui ialah dengan merujuk internet
dan bahan bacaan dari surat khabar, dan majalah lama.
Masalah kedua yang dihadapi oleh saya ialah kegawatan ekonomi ataupun wang
pembelanjaan, hal ini kerana kos untuk melaksanankan projek terapi akan menelan kos
yang tinggi, kerana bahan atau alatan untuk menjalankan terapi sangat mahal dan
sukar untuk didapatkan. Jalan penyelesaian bagi masalah ini ialah saya menggunakan
bahan yang sudah tersedia di sekolah untuk dijadikan sebagai alat untuk menjalankan
sesi terapi cara kerja.
Masalah ketiga yang dihadapi oleh saya ialah, saya perlu menjalankan tugasan
projek ini ketika waktu praktikum, walaupun unit praktikum sudah membuat kenyataan
bahawa ketika guru pelatih sedang membuat praktikum, pesyarah tidak boleh memberi
tugasan untuk dijalankan di sekolah. Namun, walaupun begitu saya menganggap
52

bahawa ini adalah realiti yang akan terjadi bila bekerja nanti. Pekara ini boleh dianggap
sudah menjadi lumrah hidapu sebagai seorang pelajar. Saya atasi masalah ini dengan
menerima segala tugasan dengan tenang dan bersabar, dan menyelesaikan tugasan
satu demi satu.
Alhamdulillah tiada masalah besar yang dihadapi sepanjang projek ini berjalan,
dan hanya pekara kecil seperti tindih kelas dan sesi terapi tidak dapat dijalankan kerana
memakan waktu guru yang mengajar seterusnya.
Hasil daripada projek ini, saya pelajari bahawa terapi ialah satu kaedah-kaedah
untuk mengubati penyakit atau masalah tubuh badan dan sebagainya, dan digunakan
dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kepentingan terapi dalam pendidikan
khas ialah meningkatkan kemahiran pengamatan, membantu untuk meningkatkan
kemahiran bersosial murid, memperbaiki kualiti hidup dan keyakinan diri,
mengurangkan tekanan dan gangguan mental serta emosi, membantu dan merangsang
pertuturan dan komunikasi dan sebagainya.
Selain itu juga dengan adanya projek sebegini, saya mempelajari ilmu baru iaitu
terdapat beberapa jenis terapi yang dan diantaranya ialah terapi fisio, terapi cara kerja,
terapi pertuturan, terapi muzik dan sebagainya. Setiap terapi ini mempunyai kelebihan
dan kaedah yang tersendiri. Sebagai contoh terapi pertuturan digunakan dalam
memperbaiki alat artikulasi seseorang itu.
Pengalaman seperti ini perlu direbut dan dihargai kerana apa yang dipelajari
sukar untuk digambarkan melalui kata. Antara pengalaman yang diterima ialah tidak
mudah putus asa dalam menyelesaikan tugasan walaupun setelah beberapa
menghadapi masalah. perasaan di kritik ketika sesi pengajaran praktikum. Dengan
adanya projek seperti ini, saya boleh mengaplikasikan pengalaman mengajar terapi
pada masa akan datang kelak.
Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada jabatan ilmu pendidikan kerana
memberi tugasan seperti ini, projek seperti ini sememang sesuai dengan subjek yang
dipelajari untuk semester ini, dan sekali lagi saya bersyukur kerana akhirnya tugasan ini
53

berjaya juga di selesaikan dan terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam menjayakan projek ini.
Sekian, terima kasih
















Disediakan oleh

.
(SYAZWAN LUTFI BIN MOHD SAID)
Pendidikan Khas Jan 2010.

Anda mungkin juga menyukai