Anda di halaman 1dari 2

Maksud & Definisi Tingkah laku

Maksud & Definisi Tingkah laku




Semua tindakan manusia yg boleh diperhati, diukur & dinilai

Sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa
sedar.

Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu.


Definisi Menurut Lewis M.Beaker (2001)

Sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa
sedar.

Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu.



Definisi Menurut Garry Martin & Joseph Pear (2003)

Tingkah laku juga merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, bertindakbalas, tindakan, dan reaksi.

Dari segi teknik, aktiviti yang melibatkan otot-otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik
oleh setiap organ.

Pada dasarnya t/laku adalah apa sahaja yang diperkatakan atau dilakukan oleh individu.



Definisi oleh Carl Rogers (1999)

Rogers menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri
dan keadaan

Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang positif maka dia berupaya berinteraksi
dan bertindak dengan lebih yakin.


Definisi Menurut Al-Ghazali dari perspektif Islam

Tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan.

Tingkah laku manusia mempunyai ciri-ciri:

o Setiap tingkah laku manusia adalah berasaskan dorongan serta tujuan.

o Dorongan atau motivasi itu berasal dari dalam diri manusia itu sendiri.

o Motivasi ini boleh di rangsang oleh rangsangan-ransangan luar atau dalaman yang
berkaitan dengan
keperluan-keperluan fisiologi atau emosi seperti perasaan lapar atau cinta dan takut
kepada Allah.

o Motivasi akan mendorong seseorang individu melakukan sesuatu

o Tingkah laku yang timbul adalah berkaitan dengan perasaan dan kesedaran terhadap satu-
satu situasi
itu.

o Interaksi sentiasa berlaku secara terus menerus antara satu motivasi dn tingkah laku.


Tingkah laku manusia terbahagi kepada dua peringkat

Manusia dipengaruhi oleh motivasi dan kegopohan serta kelakuannya.

Manusia lebih dipengaruhi oleh pemikiran yang rasional.

Anda mungkin juga menyukai