Anda di halaman 1dari 106

NILAI, MORAL DAN

ETIKA
KONSEP NILAI
Definisi dan Fungsi Nilai

DEFINISI NILAI

Merupakan standard dan prinsip kita dlm mempertimbangkan
harga(worth) sesuatu benda.

Kriteria bg kita mempertimbangkan sesuatu benda (manusia,
objek, idea, tingkah laku dan situasi) sebagai baik,
berfaedah, diingini, atau sebaliknya.

Suatu kualiti, motif atau piawai norma yg ada dlm pertalian
antara benda(objek), fikiran (keinginan) dan pemilikan.

Asas pembentukan sikap, tanggapan, motivasi, personaliti,
kemajuan dan pembangunan sesuatu bangsa dan organisasi.




Idea tentang kepentingan, faedah, mutu dan kebernilaian
tentang segala benda, perkara dan fenomena yg terdpt dan
berlaku di dlm alam semesta.

Aspek kualitatif dan subjektif hasil pertimbangan pemikiran
dan emosi manusia tentang pengalamannya dlm proses
interaksi dgn alam sekitar dan masyarakat manusia.

Penentu dlm diri manusia seterusnya mempengaruhi
pilihannya dlm kehidupan dan menentukan tingkah lakunya.

Merupakan asas pembentukan sikap, tanggapan, motivasi,
personaliti, kemajuan dan pembangunan sesuatu bangsa dan
organisasi


Nilai adalah ditakrifkan sebagai kepercayaan yg mendorong
seseorg atau sesebuah institusi utk bertindak mengikut
pemilihan yg berasaskan nilai-nilai utama masyarakat.
Mengikut kajian sejarah, ilmu, kebijaksanaan, keadilan, dan
iktidal (temperance) merupakan nilai-nilai utama dlm
masyarakat. Penerimaan dan penghayatan nilai-nilai utama
oleh masyarakat akan menjamin rakyat yg berpendidikan
lengkap dlm hubungan masyarakat perilaku etiket sosial dan
budaya ilmu.
Definisi Nilai Menurut Para Tokoh

Jules Henry (1975)

Sesuatu yang dikira baik spt kasih sayang, baik
hati, keseronokan, kejujuran, kesopanan,
ketenangan dan kesederhanaan.

Coughlan (1969)

Nilai kebiasaannya dilihat sebagai keutamaan,
kriteria, objek, milik, personaliti dan sifat-sifat status,
pemikiran yg tetap yg diwariskan dlm objek-objek
atau terdpt dlm diri manusia, dan/atau bersamaan
dgn tingkah laku manusia.

Taylor (1961)

Nilai adalah darjah dan peraturan yg secara tergabung,
membina cara hidup seseorg manusia. Nilai
menggariskan ideal-ideal dan matlamat-matlamat
hidup. Nilai adalah darjah normatif dan peraturan
kerana ia menjadi asas pegangan yg mempengaruhi
pemikiran manusia semasa membuat.

Hutcheon (1972)

Merupakan norma, idealisme budaya, kepercayaan,
barang-barang berharga, orientasi nilai, tingkah laku yg
baik, dan sikap.











Clyde Kluckhohn (1951)

Nilai ialah satu konsepsi yg diingini sama yg tersurat atau
yg tersirat yg mencirikan individu atau kumpulan yg
mempengaruhi cara, maksud, dan matlamat tindakan yg
dilakukan.

Berdasarkan aspek psikologi, nilai merupakan satu aspek
motivasi yg blh dirujuk kpd sesuatu taraf, peribadi, atau
budaya, iaitu nilai itu tdk wujud secara mendadak. Faktor
nilai digunakan utk melakukan sesuatu tindakan dan juga
merupakan pengawalan terhadap arah tindakan.

Sutan Takdir Alisjahbana (1974)

Nilai ialah satu unsur yg dpt mencerminkan perlakuan
manusia.
William A. Scott (1965)

Nilai sbg suatu konsep individu tentang perhubungan yg
unggul yg digunakan utk menilai sesuatu kebaikan atau
keburukan dan sesuatu kebenaran atau kesalahan
tentang perhubungan yg sebenarnya yg dilihat atau
dirasai.
Cyril Belshaw (1959)

Konsep nilai meliputi:

1. Gagasan tentang sesuatu yang berfaedah atau baik
yang menjadi ukuran pemilihan untuk menentukan
sesuatu keinginan

2. Sebagai matlamat orientasi setiap tindakan

3. Sebagai susunan pilihan keutamaan setiap individu
dan kelompok

Kamus Dewan

Taksiran harga

Harga sesuatu dibandingkan dgn harga benda yang lain

Kadar, nisbah

Darjat, kualiti, mutu, taraf

Sifat ketinggian (pemikiran, agama, kemasyarakatan)


Nilai diukur dgn pelbagai cara dan yg amat
penting adalah dgn menggunakan
pertimbangan tingkah laku, iaitu cara kita
menentukan apakah tingkah laku atau tindakan
tertentu dianggap wajar atau tidak.

Piawai ini memperlihatkan nilai-nilai moral yg
digunakan terhadap sesuatu objek, org, idea
dan tingkah laku.


Nilai juga mempunyai dimensi lain, iaitu emosi.
Nilai menunjukkan emosi yang berpengaruh,
iaitu bagaimana seseorg itu menunjukkan
perasaan suka atau benci terhadap sesuatu.
Umpamanya kita menyukai seseorg disebabkan
oleh pengaruh nilai emosi.


FUNGSI NILAI DALAM
KEHIDUPAN
1. Untuk mengawal dan mencorakkan pola tingkah laku
Nilai-panduan kehidupan
Untuk mencapai hidup yang sejahtera

2. Sebagai satu kriteria atau piawai yg konsisten dan kukuh
bg seseorg individu atau masyarakat utk bertindak
supaya tindakan mrk adalah baik, betul, dan boleh
diterima

3. Membenarkan individu dan masyarakat menjadi agen
moral dan pengkritik

4. Sbg satutunjuk arah, rujukan dan panduan utk selesaikan
konflik moral





5. Sebagai batasan terhadap perbuatan dan kelakuan
individu atau masyarakat.

6. Sebagai proses sosialisasi.

7. Nilai juga mempengaruhi sikap, pegangan, prinsip dan
falsafah individu.

8. Nilai mencerminkan norma masyarakat.


JENIS-JENIS NILAI
1. Nilai Moral atau Nilai Etika

Ialah nilai yg tdk bercanggah dgn kepentingan hdp
manusia dan agama.

Menekankan soal tingkah laku yg ditunjukkan oleh
seseorg dlm segala tindak-tanduknya.

Trdpt pertimbangan moral atau etika yg memberikn garis
panduan kpd tugas yg dipertanggungjawabkan samada
merupakan peraturan-peraturan bertulis atau tdk.



Seseorg yg bertindak mematuhi nilai-nilai etika
atau melakukan sesuatu perbuatan, kerja, atau
tanggungjawab dgn mengambil kira tindakan itu
berasaskan standard etika, ia blh dikatakan tlh
mengamalkan nilai-nilai moral.


2. Nilai Estetik

Nilai ini berkaitan dgn keseronokan,
kenikmatan atau kepuasan dlm
kehidupan manusia terutama nilai
kesenian dan kebudayaan.

Nilai estetika terdpt dlm segala bntk hasil
kesenian dan kebudayaan dan merupakan standard utk
menghakimi kecantikan dan keindahan.


3. Nilai Instrumental

Nilai yg diterima sebagai nilai yg penting utk
dikembangkan dan diterapkan kpd anggota masyarakat.

Rokeach (1967)- terdpt bbrp nilai instrumental spt bercita-
cita, berfikiran terbuka, berkebolehan, periang, imaginaif,
berdikari, intelektual, jujur, penyayang, bertanggungjawab
dan sebagainya.

Nilai ini tdk mementingkan diri sendiri ttp sebaliknya
membantu dlm pencapaian sesuatu matlamat lain secara
bersama. Cth: di sekolah guru menegaskan kpd murid
supaya patuh kpd peraturan jgn bising dlm kls dgn
andaian kls yg senyap membantu pembelajaran yg
berkesan.

4. Nilai Universal

Nilai universal ata nilai sejagat ialah nilai yg diterima
umum dlm semua masyarakat.

Nilai ini wujud tanpamengenal apa-apa batasan
masyarakat.
5. Nilai Tingkah Laku

Nilai tingkah laku mempunyai perkaitan dengan
perlakuan bilik darjah.

Setiap guru adalah wajar dan bertanggungjawab
membina suatu corak bagi nilai-nilai bilik darjah untuk
membolehkan guru mengajar tingkah laku yang baik,
menjaga harta benda, mencorakkan sikap terhadap kerja
atau pelajaran dan sebagainya.

6. Nilai Tradisi

Nilai-nilai yang telah bertapak dengan kukuh telah
menyebabkan terbentuknya sistem nilai yang
mencorakkan beberapa kepercayaan, norma, amalan,
dan tingkahlaku anggota sesuatu masyarakat.

Nilai ini juga merupakan nilai budaya seuatu masyarakat,
umpamanya nilai gotong-royong, kesetiaan, kepatuhan,
perpaduan, bekerja kuat dan sebagainya.

Nilai-nilai tradisi meliputi idea, amalan dan pengetahuan
yg tlh terbentuk dr satu generasi ke satu generasi.


7. Nilai Intrinsik dan Ekstrinsik

Nilai intrinsik merupakan nilai dalaman yang
dapat membentuk kekuatan jiwa, perasaan dan
kesedaran, dan merupakan proses pembatinan
nilai.
8. Nilai Sosial

Nilai yg dimiliki bersama oleh kelompok-kelompok
masyarakat. Nilai ini dipersetujui oleh kelompok sosial
kerana nilai ini mempunyai kebaikan dan memberi
faedah kepada anggota masyarakat berkenaan.

Nilai ini menjadi satu ikatan kehidupan yg terarah,
terkawal dan terbatas. Nilai ini mungkin sebagai
dorongan kepada perubahan sosial lebih-lebih lagi
ketahanan terhadap cabaran.
9. Nilai Agama

Objektif penerapan nilai-nilai Islam adalah bertujuan
supaya nilai murni dan sikap positif tentang kehidupan
dan pekerjaan yg dianjurkan oleh Islam ipraktikkan dan
diamalkan bg membaiki taraf hidup manusia dan
mencapai hasil yg maksimum dr segala sumber
kemakmuran yg diberi oleh Allah SWT.
10.Nilai Budaya

Pandangan masyarakat terhadap sesuatu yg
berfaedah, iaitu sebagai keutamaan dan tanda
penolakan.

Nilai ini wujud daripada atau melalui pengiktirafan sosial
dan susunan pilihan.

Nilai ini berkaitan dengan setiap individu, objek,
perhubungan dan pengalaman.
Konsep Asas Moral

Konsep Moral

merujuk kpd satu sistem perlakuan yg berdasar
prinsip-prinsip yg dianggap benar dan patut dilakukan.

Perkataan moral biasanya digunakan untuk
membezakannya dgn perkataan tidak bermoral yg
bermaksud tidak mengikut prinsip dan melakukan
sesuatu yg tdk benar dan baik.





Menurut tradisi, amnya moral dianggap tetap dan
membayangkan peratutan yg sejagat (Raphel,
1981).
Konsep Akhlak

Bererti sifat dan kebiasaan

Imam Al-Ghazali mengertikan, istilah akhlak
bermaksud sifat jiwa yg terdapat dlm diri manusia yg
mendorong atau melahirkan perbuatan tanpa
sengaja

Kesimpulan: Akhlak adalah kumpulan sifat yg
terdapat dlm jiwa dan berdasarkan dorongan serta
pertimbangan sifat sesuatu perbuatan
Konsep Etika

Sebagai sains moral dan prinsip-prinsip moral
Betanggungjawab menentukan tindakan seseorang
itu sama ada baik atau buruk
Etika adalah mematuhi nilai moral
Satu ilmu yg mengatakan mengapa kita harus
mengikut arahan moral
Etika adalah satu disiplin dan peraturan yg
menentukan semua perbuatan itu baik atau jahat
Lebih menunjukkan sifat individu itu sendiri yg
mempunyai nilai



BAIK, BENAR DAN PATUT

Dalam pendidikan moral perkataan-
perkataan baik, benar dan patut sentiasa
digunakan.

Biasanya seseorang akan mengatakan dia
patut melakukan apa sahaja yg baik dan
benar.
CONTOH:

1. Anda patut bercakap benar

2. Anda patut menggunakan gunting yg
tajam utk memotong kain itu. DLL.




TEORI-TEORI ETIKA SECARA AM

Teori Kemoralan Sosial
Teori Keperibadian Sosial
Teori Kemoralan Sosial

Etika

Berasal drp perkataan Yunani iaitu ethos yg
bermaksud hukum, adat resam, kebiasaan dan
budi pekerti.

Bahasa Latin mores iaitu kesusilaan, adab,
sopan santun, tradisi yg menentukan piawai atau
norma masyarakat.
Kemoralan atau etika merupakan sesuatu yg
berkaitan dgn peraturan masyarakat yg terdiri
drp tatahukum, tatasusila atau tatatertib
masyarakat.

Peraturan masyarakat dimaksudkan sbg tradisi,
norma, kebiasaan atau adat, nilai dan pantang
larang masyarakat.

Peraturan masyarakat wujud di luar individu,
bersifat maijud atau konkrit serta ditetapkan oleh
autoriti dlm masyarakat tersebut

Terbitlah teori etika iaitu kemoralan sosial
Peraturan masyarakat berkait dgn konsep atau
nilai berdikari, hormat menghormati, kasih
sayang, kerjasama, kesyukuran dan semangat
bermasyarakat.

Nilai atau peraturan ini ialah ukuran dan
persetujuan masyarakat yg mesti diterima utk
menyekat perbuatan mencuri, sifat tamak,
rasuah, kezaliman.

Nilai ini lebih mementingkan masyarakat, bkn
individu sbg matlamat etika atau kemoralan.

Dlm sesebuah masyarakat ada perkara yg
diizinkan dan ada pula yg ditegah
Ringkasnya, teori kemoralan sosial merangkumi
pantang larang masyarakat utk menjaga
kerukunan sosial.

Cth:- dr segi agama

- Masyarakat Melayu yg beraga Islam mengamalkan
kehidupan berdisiplin melalui ajaran etika & akhlak yg
terdpt dlm al-Quran & Hadis.

- Perlakuan penganut Kristian dlm kehidupan harian
dihadkan oleh perintah-perintah & larangan-larangan
dlm Rukun Sepuluh (The Ten Commandments)spt
larangan membunuh, berzina, mencuri, memfitnah.
Kemoralan sosial (atau kecenderungan utk
mengaitkan peraturan masyarakat dgn konsep
etika) biasanya mendpt sokongan kuat drp ahli-
ahli sosialogi moral.

Weber & Durkheim etika atau kemoralan ialah
perkara tentang autoriti, peraturan.

Org yg berautoriti mempunyai pengaruh atau
kuasa terhdp org lain yg akan menurut
perintahnya.


Weber norma, nilai dan peraturan masyarakat
yg blh membentuk perlakuan & watak seseorg
lahir drp kepatuhan org itu kpd autoriti yg sah.

Durkheim (1961) etika terdiri drp suatu sistem
peraturan yg tlh ditentukan terlbh dahulu ttg
bagaimana seseorg itu mesti bertindak dlm
situasi tertentu. Bertingkah laku dgn btl
merupakan pematuhan peraturan itu secara
bersungguh-sungguh, berhemat dan teliti.
Cth:-ada sesetengah peraturan masyarakat
melarang org mengkritik nilai-nilai moral dlm
peraturan yg tlh ditetapkan oleh masyarakat. Ini
mengurangkan autonomi (kebebasan hak) ahli-ahli
masyarakat & menambahkan autoriti pihak
berkuasa.

Apabila masyarakat yg berlainan mempunyai
undang-undang, peraturan, adat resam & nilai-
nilai moral yg berbeza, relativisme kemoralan
akan berlaku & mengakibatkan sala faham,
konflik & ketegangan masyarakat.
Cth:-Tragedi 13 Mei 1969 (rusuhan kaum)

-Kadang-kala peraturan masyarakat dicabar oleh ahli
masyarakat itu sendiri, iatu kemungkinan ahli-ahli
masyarakat tersebut mengingkari perintah yg
autoratif & sebaliknya melakukan perbuatan yg
menentang kepiawaian moral dlm masyarakat tsb
(Bull, N.J.1969).

Cth:- sesetengah org menggunakan loophole dlm
undang-undang utk menyeludup senjata api atau
barang-barang bercukai utk mengaut keuntungan. Ini
akan merugikan masyarakat & negaranya.
Durkheim (1974) peraturan moral diberi
autoriti khas atau kuasa memerintah tertinggi

Selain tingkah laku yg bersifat atau dianggap
lazim yg ditentukan lebih dahulu oleh
peraturan moral, etika melibatkan juga
autoriti yg menyekat seseorg drp bertindak
mengikut cara-cara tertentu.

Teori ini mengutamakan kepentingan
masyarakat bukan kepentingan diri.
KELEMAHAN:

Masyarakat yg terlalu dikawal oleh peraturan, khasnya
peraturan yg menyekat kebebasan kehidupan ahli
masyarakatnya akan menyebabkan keadaan dogmatik
(terlalu patuh kpd peraturan) & autoritif (terlalu berkuasa)

Peraturan-peraturan masyarakat yg ditentukan oleh ahli-
ahli masyarakat, lama-kelamaan menjadi tradisi & bersifat
mutlak. Masalah timbul apabila ahli-ahli masyarakat
menghadapi cabaran yg tdk dpt ditangani dgn peraturan
mutlak ini, khasnya dlm menghadapi situasi baru yg
mengancam kebahagiaan & ketenteraman kehidupan
ahli-ahli masyarakat (Wiblatt, W.R. 1963)

Cth:- kemajuan sains & teknologi (IT) menimbulkan
fobia kpd seseorg (generasi Tua)

Masalahnya, ahli masyarakat ini enggan membuat
perubahan terhadap peraturan tradisional atau
adat rsam masyarakatnya kemoralan sosial
masyarakat itu menjadi ketinggalan masa &
merugikan mereka sendiri.
Peraturan yg zalim & tdk blh dicabar
menyebabkan ahli masyarakat terpaksa
mematuhi walaupun tindakan ini adalah
bertentangan dgn suara hati mrk.

Cth:- kekejaman polis di sesebuah negara terhadap
rakyatnya sendiri krn polis terletak di bawah
pemerintahan yg zalim & mrk adalah pegawai
penguatkuasa undang-undang tersebut.
KESIMPULAN

Hanya pemerintahan yg demokratik & masyarakat yg
penyayang, sesuatu undang-undang atau peraturan
yg tlh ditetapkan akan diterima olej masyarakat
secara sukarela. Dgn itu barulah sesebuah
masyarakat dianggap sebagai bertamadun, benar &
wajar dr segi kemoralan akan wujud.




TEORI KEPERIBADIAN MULIA
Menurut Ashmore, R.B (1987), teori moral
dikatakan sebagai satu cara yg sistematik dlm
menentukan soalan-soalan nilai. Ia bermula
apabila kita mula bertanya mengapa saya patut
bertindak sedemikian dan bukan sebaliknya

Menurut Socretes pula, teori yg menekankan
utk mencapai kehidupan yg baik ialah teori
keperibadian mulia.
Cth:-kejujuran dpt mengelakkan rasuah

kerajinan membawa kpd peningkatan
kejayaan dan kepuasan hidup

Aristotle mengatakan bahawa kebolehan moral itulah yg
dipanggil keperibadian mulia dan ia dibina melalui
latihan dan latih tubi

Sifat-sifat seperti keberanian, menahan diri, murah hati,
mengawal diri, kejujuran, ramah mesra, rendah hati dan
adil adalah keperibadian mulia yg bdianggapnya
diperoleh melalui pelaziman habitat.

Pandangan Aristotle mendpt tentangan drp ahli-ahli etika.
Menurut mereka keperibadian mulia yg patut ada pd
seseorg cthnya pengurus profesion spt bisnies adalah spt
ketabahan, semangat tinggi, ketulusan, kebenaran,
kesetiaan, kemurahan hati dan kerendahan diri
Hasil penyelidikan psikologi menjelaskan bahawa
peningkatan tepat utk seseorg individu membina
keperibadian mulia adalah spt tumbesaran dan
perkembangan fizikal yg mempunyai peringkat yg blh
dikenalpasti

1. Semasa peringkat kanak-kanak, kita hanya diberitahu yg
mana satu yg betul dan yg mana satu yg salah.
Kepatuhan kanak-kanak kpd kepiawaian moral adalah pd
dasar berasaskan kepentingan diri.

2. Apabila kita menjadi remaja, kepiawaian moral diterapkan
secara mendalam. Kita mula memahami implikasinya dgn
lbh jelas dan kita mematuhinya krn dpt meningkatkan
kesejahteraan.
3. Apabila kita dewasa, barulah kita memperoleh
kepiawaian moral melalui warisan dr keluarga,
kebudayaan, dan agama.

Keterangan pembentukan keperibadian mulia pd
seseorg individu dilaporkan oleh Velasquez M.G dan
Ashmore R.B. Ciri-cirinya adalah spt berikut:-

1. Semua keperibadian diperoleh melalui pengajaran,
pembelajaran @ latihan.

2. Keperibadian mulia adalah tabiat yg bermaksud
kelakuan biasa yg ditetapkan dan ditonjolkan.
3. Keperibadian mulia adalah sesuatu yg blh diguna pakai. Ia
membolehkan kita menetapkan bagaimana utk
berkelakuan dan bertindak dlm cara tertentu.

4. Keperibadian mulia adalah baik, ia berbeza dgn tabiat
buruk atau jahat. Keperibadian mulia adalah sempurna
dan membenarkan kita bertindak dlm cara yg terbaik.





Dimensi Moral


Konsep etika blh difahami dgn lbh lanjut
berdasarkan dimensi etika.

Dibahagikan kpd tiga dimensi
Dimensi Moral/Etika

Penaakulan Moral
Pemikiran dan Pertimbangan
1. Rasional
2. Bebas
3. Normatif
4. Tepat
5. Tajam



Perasaan Moral

Emosi dan Perasaan
1. Empati
2. Simpati
3. Murah hati
4. Kasih sayang
5. Berjiwa murni

Perlakuan Moral

Tingkah laku dan tindakan
1. Bertanggungjawab
2. Berdedikasi
3. Berprihatin
4. Bekerjasama
Penaakulan Moral

Berupaya membuat penaakulan moral iaitu
pertimbangan atau fikiran secara rasional dan
berautonomi (bebas)

Perasaan Moral

Mempunyai emosi seperti suara batin, iaitu
kehalusan perasaan individu yg mengandungi
rasa bersalah, malu, bimbang serta perasaan
simpati dan empati. Perasaan ini akan membawa
kpd perlakuan individu secara moral.


Oleh itu, emosi moral adalah penting untuk
mengawal perlakuan, menghalag seseorg
individu membuat sesuatu yg bersifat antisosial.
Misalnya, perasaan impati dan simpati akan
menyebabkan seseorg individu sentiasa
membantuorg yg miskin atau cacat tanpa
mengira kepentingan diri.
Perlakuan Moral

Dpt bertingkah laku moral iaitu bertindak dgn
penuh tanggungjawab mengikut kemampuan
sendiri terhdp sesuatu keputusan berlandaskan
pernaakulan dan emosi moral.


Perhubungan antara Dimensi-dimensi Etika

Secara ringkas, penaakulan, perlakuan dan
perasaan seseorg individu akan membenarkan
individu sentiasa berada dlm keadaan yg
berjaga-jaga supaya sesuatu yg dilakukan
adalah mengikut kehendak normatif di mana dia
berada.
Kupperman (1983) melaporkan bahawa org yg
membuat sesuatu yg tdk bermoral tdk semestinya
lbh bodoh atau lbh pandai berbanding dgn org yg
biasa. Akan tetapi individu yg tdk bermoral ini
akan sentiasa tdk sensitif terhdp kesengsaraan
mangsanya krn adalah sukar utk dia memperoleh
perasaan moral.
Prinsip-prinsip asas kemoralan
1. Prinsip Autonomi
Prinsip ini meliputi pertimbangan bebas.
Pertimbangan dan tingkah laku yg dibuat oleh
seseorang akibat paksaan dr luar tdk blh
dikategorikan sebagai moral. Ini disebabkan
individu yg berkenaan tdk berupaya bertingkah
laku secara rasional dan adil. Individu itu tdk
mengakuri tanggungjawab moral, tetapi hanya
mematuhi perintah dr kuasa luar.

2. Prinsip Keadilan
Keadilan melibatkan menghormati org lain
dan kesaksamaan. Oleh itu, keadilan tdk
akan membenarkan individu
menyalahgunakan kebebasannya utk
sesuatu yg bersifat tamak dan perintah diri
sendiri.
3. Prinsip Altruisme
Apa sahaja yg dilakukan oleh individu dlm
bidang moral akan melibatkan org lain dlm
pertimbangan seemikian adalah lbh
berperikemanusiaan dan bermoral jika
perhubungan itu berdasarkan belas kasihan,
simpati, memandang penting dan mengambil
berat tentang kebajikan org lain. Altruisme juga
akan menjauhkan individu drp kejahatan
mementingkan diri sendiri.
PROFIL INSAN BERMORAL
Ciri-Ciri Insan Bermoral Dari Perspektif
Agama Islam dan Agama-Agama Lain

Moral
Moral adalah satu elemen penting dlm
kehidupan manusia yg selalu diperkatakan org
tetapi tdk ramai yg bersedia mempraktikkannya
secara konsisten.
Moral: sikap, perbuatan dan percakapan baik yg
merupakan terjemahan drp pandangan dan
keyakinan sesuatu masyarakat atau individu
mengenai perkara-perkara asas dlm kehidupan
yg diperolehi sama ada rp sumber keagamaan
atau pengamatan atau pengalaman atau
eksperimen.
AGAMA ISLAM
Muhaidi Tata (1981) menyatakan ada 2 moral
keagamaan (politeistik, zuhud dan monoteistik)
dan moral sekular (bersifat duniawi).
Apakah moral yg harus diikuti oleh org Islam?
Mengamalkan sifat mahmudah (amanah, kasih
sayang, syukur, sabar, pemaaf,
bertanggungjawab, berani, adil dan taat).
Menghindari sifat mazmumah (sombong,
dengki, khianat, tamak, minum arak, zalim,
berdusta, mencuri dan merompak, judi, riba.
Pertama: insan yg bermoral harus berpegang
teguh kpd Islam yg diturunkan oleh Allah SWT.
Kedua: mentaati dan menghargai kedua ibu
bapa mereka.
Ketiga: mampu mengawal nafsu.
Keempat: sentiasa menghiasi dirinya dgn sikap,
percakapan dan perbuatan yg baik samada dlm
hubungannya dgn penciptanya, ibi bapanya,
pensyarahnya, rakannya atau gn org lain yg
diperkenalkan kpdnya.
Kelima: tegas dgn prinsipnya dan tdk bersedia
utk menggadaikan prinsipnya utk kepentingan
dirinya atau org lain, atau memenuhi kehendak
nafsunya.
Keenam: tdk menjalankan aktiviti yg
bertentangan dgn agama Islam.
AGAMA BUDHA:
CIRI YANG MENJADI AMALAN
Mententeramkan pemikiran yg suka
melayang-layang dengan meditasi
Memberi bantuan kpd org miskin
Bersikap baik hati dgn org lain
Harus menyayangi dan menghormati
makhluk lain
Memahami perasaan dan kesengsaraan
yg dialami oleh org lain
AGAMA HINDU
NILAI UTAMA DALAM AGAMA HINDU:
Dharma (bertanggungjawab)
Ahimsa (kasih sayang)
Dhruthi (keberanian dan ketetapan)
Kahamaa (timbang rasa atau baik hati)
Damo (mengawal fikiran)
Stheyam (tdk tamak)
Showcha (kebersihan


Mindriya Nigrham (mengawal perasaan)
Dheer (membentuk fikiran yang tetap)
Vidyaa (ilmu dan pandangan rohani)
Maakkrodha (kesimbangan)
Sathya (mencintai kebenaran)
AGAMA SIKH
KEPERIBADIAN MULIA DLM AGAMA SIKH:
Kebijaksanaan atau kearifan
Kejujuran
Keadilan
Kesedarhanaan
Keberanian
Merendah diri
Kepuasan hati
AGAMA KRISTIAN
Terdpt byk yg terkandung dlm kitab Bibble
ke arah yg membentuk insan yg bermoral
Elemen-elemen ini banyak diterangkan
dgn jelas dlm Perjanjian Lama dan Baru
(Old Testament and New Testament)
Old Testament
(10 Commandments)
Worship no god but me
Do not make your selves image of
anything in heaven or on earth or in water
under the earth
Do not use my name for evil purpose
Observe the Sabbath and keep it holy
Respect your father and your mother
Do not commit murder
Do not commit adultery
Do not steal
Do not accuse anyone falsely
Do not desire another mans house; his
wife, his slaves; his cattle; his donkeys or
anything else that he owns
New Testament
Nilai utama yg menjadi panduan org
Kristian adalah cinta atau kasih sayang
dlm bentuk keadilan, ampun dan taat.
Kesemua nilai moral ini ialah wahyu drp
Tuhan dlm kitab Injil.
Agama Kristian mementingkan
penganutnya bersikap:

Justice and fairness
Kejujuran
Membuat baik
DOMAIN AFEKTIF DALAM
PEMBENTUKAN SIKAP POSITIF
Disiplin Pengajian Sosial utk pemupukan
domain afektif
- Nilai patriotik
- Nilai alam sekitar
Nilai Patriotik

Patriotik bermaksud membina semangat jati
diri, berbakti kpd tanah air dan bangsa,sedia
berkorban dan mempunyai semangat
perjuangan yg tinggi utk menegakkan
kebenaran dan keadilan.
Prinsip-Prinsip Asas Memupuk Nilai
Patriotisme
1. Pengetahuan
boleh dipupuk dan ditanam melalui mata
pelajaran sains, sejarah, pendidikan moral,
pendidikan sains sosial dan pendidikan politik

2. Penerimaan Nilai
bersikap terbuka dalam menerima nilai-nilai
patriotik bg membina kekuatan diri dan
merangsang semangat kebangsaan


3. Kesedaran
perlu bagi membina kekuatan diri, kekuatan
jiwa serta kekuatan semangat patriotik
supaya dpt melahirkan masyarakat yg lbh
komited terhadap perjuangan kebangsaan
dan pembinaan negara
4. Penghayatan
nilai-nilai patriot perlu dihayati utk membina
kekuatan semangat perjuangan, kesetiaan
dan meningkatkan peranan individu dan
masyarakat agar lbh komited dan
bertanggungjawab dlm menentukan masa
depan bangsa dan negara.

5. Semangat Perjuangan
generasi muda perlu dilatih supaya komited
dgn agenda perjuangan kebangsaan dan
perjuangan bagi membangunkan diri, bangsa
dan negara.
Cara Meningkatkan Nilai Patriotisme
1. Pendidikan dan persekolahan memainkan
peranan bg memupuk nilai-nilai patriotik
sebagai asas penyatuan, perpaduan dan
pembinaan bangsa dan negara.

2. Meluaskan konsep patriotisme dlm pelbagai
aspek kehidupan masyarakat Malaysia spt
ekonomi, sukan, sains, teknologi, politik,
kebudayaan dan sebagainya perlu ditekankan
melalui pendidikan.
3. Meningkatkan rasa bangga terhadap negara
dan menghayati sejarah negara perlu diberi
perhatian dlm pendidikan dan persekolahan
bg melahirkan warganegara Malaysia yg
patriotik.

4. Memupuk nilai patriotik merentasi kurikulum
dlm pendidikan yg meliputi aspek-aspek
sejarah, geografi, kemasyarakatan, sastera,
bahasa, ketamadunan bangsa dan negara,
kepimpinan dan sebagainya.


5. Pendidikan perlu menekankan sentimen
dan unsur-unsur patriotisme dlm pelbagai
bentuk seperti logo, lambang kebangsaan,
lagu dan nyanyian, ketokohan, wirawan dan
wirawati, puisi peninggalan sejarah.
NILAI ALAM SEKITAR
Pendidikan Alam Sekitar
Malaysia menitikberatkan pendidikan alam
sekitar kerana menyedari ancaman yg
sedang dihadapi negara, khususnya kesan
drp pembangunan dan tindakan manusia itu
sendiri.
Pendidikan alam sekitar merupakan strategi
bg meningkatkan kesedaran individu dan
masyarakat terhadap kepentingan
pemeliharaan alam sekitar untuk menghindar
pelbagai bencana alam.



Kesedaran dan kerjasama juga perlu
diwujudkan bg menentukan alam sekitar
yg sihat dan selamat utk kehendak
manusia dan survival hidupan lain.
PELAKSANAAN PENDIDIKAN ALAM
SEKITAR
1. MENYEDARKAN INDIVIDU DAN MASYARAKAT
KESAN NEGATIF YANG AKAN BERLAKU
Sekiranya byk berlaku kemusnahan dan modifikasi
alam sekitar yg dilakukan oleh masyarakat, maka akan
berlaku malapetaka yg akan mengancam kehidupan.

Manusia perlu bertanggungjawab dan bekerjasama
bagi melindungi alam sekitar demi untuk mencapai
kesejahteraan hidup di muka bumi ini.
2. MENYEDARKAN INDIVIDU DAN
MASYARAKAT TENTANG MASA DEPAN
KEHIDUPAN AKAN DATANG.
Masa depan manusia pada masa akan datang
bergantung kpd alam sekitar yg dpt mengekalkan
pelbagai proses, sistem edaran, interaksi, pembiakan
spesis, tumbuh-tumbuhan, air, udara, gas dan bentuk
fizikal bumi.
Masyarakat harus lbh bertanggungjawab bg
mengekalkan muka bumi alam sekitar generasi akan
datang.
3. MENYEDARKAN INDIVIDU DAN MASYARAKAT
PERI PENTINGNYA ALAM SEKITAR
DALAM USAHA KEMAJUAN
Masyarakat perlu sedar kepentingan alam
sekitar dalam mengejar kemajuan dan
perubahan hidup.

Kesedaran perlu dipertingkatkan supaya
manusia lebih bertanggungjawab terhadap alam
sekitar untuk kehidupan masa hadapan; untuk
pemuliharaan; pemeliharaan dan penggunaan
sumber alam supaya tidak pupus.
PRINSIP-PRINSIP PENTING
PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
1. Pendidikan alam sekitar hendaklah
mengambil kira bahawa persekitaran
terdiri daripada elemen semulajadi dan
buatan manusia,teknologi, sosial,
perundangan, kebudayaan dan nilai
keindahan.
2. Pendidikan alam sekitar hendaklah
merupakan pendidikan seumur hidup dan
berterusan sama ada di sekolah ataupun di
luar sekolah.

3. Pendidikan alam sekitar hendaklah
menekankan penglibatan aktif dalam
mengawal dan menyelesaikan masalah alam
sekitar.
4. Pendidikan alam sekitar hendaklah
melihat sesuatu isu/krisis alam sekitar
secara perspektif yang meluas dan
global. Contoh seperti pemanasan global.

5. Pendidikan alam sekitar hendaklah
memfokuskan masalah terkini dan situasi
masalah akan datang.
6. Pendidikan alam sekitar hendaklah
melihat pembangunan dan kemajuan dari
perspektif alam sekitar.

7. Pendidikan alam sekitar hendaklah
mempromosikan kepentingan dan
keperluan untuk bekerjasama di peringkat
antarabangsa bagi menyelesaikan
masalah alam sekitar.
NILAI DAN MATLAMAT PENDIDIKAN
ALAM SEKITAR
1. Mencintai dan mengambil berat
terhadap alam sekitar dalam kehidupan kita.
2. Meningkatkan kesedaran dan membentuk
warganegara yang bertanggungjawab
terhadap alam sekitar.
3. Memberi pengetahuan, pendidikan dan
maklumat tentang alam sekitar bagi
meningkatkan komitmen individu dan
masyarakat terhadap alam sekitar.
4. Memupuk nilai-nilai kebersihan,
keselamatan, penghargaan dan kesyukuran
yang berkaitan dengan alam sekitar.

5. Menekankan nilai etika dan moral yang
berkaitan kepentingan alam sekitar seperti
merosakkan alam sekitar, membunuh
hidupan liar, eksploitasi sumber alam sekitar
dan aktiviti-aktiviti yang mendatangkan kesan
buruk kepada alam sekitar.
6. Meningkatkan kesedaran dan
komitmen individu, organisasi sosial,
politik, ekonomi NGO dan lain-lain
terhadap kepentingan menangani isu-isu
alam sekitar.

7. Merangka dasar-dasar dan
menguatkuasakan undang-undang dan
tindakan jenayah alam sekitar,
perlindungan dan pemuliharaan alam
sekitar.



8. Meningkatkan kesedaran dan
keinsafan manusia bg melindungi bumi drp
sebarang ancaman dan kemusnahan alam
sekitar dgn memupuk konsep caring dan
melipatgandakan usaha-usaha positif.

9. Mewujudkan kesedaran bersama,
tanggungjawab dan kerjasama masyarakat
global terhadap masalah dan ancaman
global alam sekitar yg perlu ditangani bg
kepentingan manusia sejagat.
DOMAIN AFEKTIF DALAM
PEMBENTUKAN SIKAP POSITIF
PENGENALAN:
Penilaian afektif berfokus terhadap sikap, nilai,
minat dan perasaan seseorang pelajar.
Misalnya penilaian pelajar terhadap konsep
kendiri mereka sebagai pelajar adalah satu
contoh penilaian afektif.
Kontras dgn bidang kognitif yg melibatkan aktiviti
intelektual pelajar.
Kontras dgn bidang psikomotor yg melibatkan
small muscles and large muscle skill.
TAHAP PENERIMAAN
Berkaitan dgn sensitiviti pelajar terhadap
kehadiran fenomena atau stimuli yg tertentu.
Sama ada pelajar ingin menerima
stimuli/fenomena yg wujud.
Terbahagi kepada 3 tahap:
- sedar tentang fenomena yg wujud
- bersedia utk menerima fenomena
- memberi perhatian kepada fenomena
TAHAP TINDAKBALAS
Pada tahap ini, gerakbalas (responses)
lebih drp menyedari tentang fenomena yg
wujud.

Pelajar melibatkan diri secara aktif.
KESIMPULAN
Domain afektif ini mempunyai perkaitan
dgn domain kognitif.
Pelajar dpt mencapai objektif afektif dgn
perubahan minat, perasaan dan nilai
seseorang murid.

Anda mungkin juga menyukai