Anda di halaman 1dari 5

CIRI-CIRI KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN DALAM ISLAM

Kepimpinan adalah sejenis hubungan perilaku manusia,pengaruh, daya tindakan serta


penghalangnya kearah matlamat yang tertentu dengan cara yang boleh menjamin kepatuhan,
kepercayaan dan penghormatan. Hakikatnya kepimpinan dalam islam adalah merealisasikan
khilafah di muka bumi. Seseorang pemimpin mestilah mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang
islam telah garapkan iaitu

1. Tegas mempertahankan agama
Seorang yang berupaya untuk menjaga agama dan menegakkan syariat Allah di atas muka
bumi, sebaliknya bukan menjadikan agama sebagai istihza atau dipermainkan. Justeru
amanah sebagai pemimpin sebenarnya adalah ganti diri Rasulullah S.A.W niabatan anin
nabi SAW untuk memelihara, menjaga dan melaksana syariat Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Haj ayat 41 yang maksudnya : Iaitu mereka (umat
Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka
mendirikan solat serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta
melarang daripada melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. (Ingatlah) bagi Allah
jualah kesudahan segala urusan.

2. memiliki sifat Al Quwwah
Seseorang yang memiliki al-Quwwah yakni kekuatan dari semua sudut samada fizikal,
spiritual, emosi dan mental. Dalam al-Quran telah dijelaskan kisah dua anak perempuan Nabi
Syuaib a.s. meminta kepadanya agar memilih pekerja mengembala kambing daripada
kalangan yang kuat bekerja dan amanah, inikan lagi soal memilih pemimpin yang sudah tentu
skop menanggung kerjanya yang lebih luas dan amanahnya sangat besar memerlukan
kekuatan semua sudut dan bidang.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Qasas ayat 26 yang maksudnya : Salah seorang antara
perempuan yang berdua itu berkata: Wahai ayah, ambillah dia menjadi orang upahan
(kita), sesungguhnya sebaikbaik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi
amanah.

3. insan yang bertkwa
Seseorang yang memiliki sifat takwa, kerana ciri-ciri inilah yang menjamin seseorang
pemimpin itu berintegriti dan takutkan Allah SWT dalam melaksanakan tugas-tugasnya.

Firman Allah SWT yang bermaksud : Dan seandainya mereka itu tetap beriman dan
bertakwa nescaya mereka akan mendapat pahala); sesungguhnya pahala dari sisi Allah itu
adalah lebih baik, seandainya mereka mengetahuinya. (Surah al-Baqarah ayat 103)

4. Seseorang pemimpin itu mestilah beramanah, adil dan tidak melakukan kezaliman atau
diskriminasi kepada mereka yang di bawah pimpinannya. Sifat-sifat ini mesti dimiliki oleh
mana-mana pemimpin dan menjadikan ia sebagai prinsip asas pentadbiran untuk menjamin
kepimpinannya yang dihormati, disegani dan disayangi. Jauhkan diri daripada pemimpin
yang zalim yang tidak memberi keadilan dan hak rakyat untuk bersuara dan berhimpun
secara aman.

Firman Allah dalam Surah An-Nisa ayat 58 maksudnya : Sesungguhnya Allah menyuruh
kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya).
Apabila kamu menjalankan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum
dengan adil.

4. Bertanaggungjawab

Seseorang pemimpin itu mestilah bertanggungjawab dan tidak sombong kepada mereka yang
di bawah pimpinannya. Sikap bertanggungjawab kepada mereka yang di bawah pimpinannya.
Sikap bertanggungjawab ini dijelaskan oleh Allah SWT di dalam al-Quran.

Firman Allah SWT yang bermaksud : Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang
Rasul daripada golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad S.A.W), yang mengambil
berat atas sebarang kesusahan yang menimpa kamu, yang sangat menginginkan kebaikan
bagi kamu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap makhluk terhadap orang yang
beriman.
(Surah at-Taubat
ayat 128)

5. tegas dalam melaksanakan tugas
Seseorang pemimpin itu hendaklah tegas dan berpegang teguh kepada prinsip dalam
melaksanakan amanah termasuklah mengambil tindakan sewajarnya dalam hal-hal berkaitan
penguatkuasaan undang-undang terhadap pihak yang bersalah, sekalipun melibatkan ahli
keluarga, kawan mahupun lawan.

Hadis daripada Aisyah r.a. bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: Sekiranya Fatimah binti
Muhammad mencuri nescaya aku akan memotong tangannya. (Hadis Riwayat al-Bukhari)

6. berakhlak Mulia

Seseorang pemimpin itu hendaklah berakhlak, baik budi pekertinya dan menjadi teladan yang
baik dalam semua tindak tanduknya.

Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi S.A.W bersabda (maksudnya) : Orang-
orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah mereka yang paling baik akhlaknya.
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

Seseorang pemimpin itu hendaklah menunaikan janji-janjinya kepada orang bawahannya.
Pemimpin yang mengotakan janji adalah pemimpin yang disenangi dan dipercayai oleh orang
bawahannya, bukan berdusta dan menghampakan orang bawahannya.

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud : Sesiapa yang diamanahkan oleh Allah untuk
memimpin rakyat, lalu dia mati. Pada hari dia mati dalam keadaan dia menipu rakyatnya,
maka Allah telah mengharamkan syurga untuknya. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Manakala Pengurusan dari segi Islam boleh ditakrifkan sebagai satu proses melakukan dan
menyempurnakan kerja melalui fungsi-fungsi pengurusan secara fitrah sifat semula jadi
melalui dan bersama orang lain dalam usaha untuk mencapai objektif kerja secara berkesan.
Selain itu, sumber organisasi digunakan dengan cekap dalam persekitaran yang dinamik dan
sentiasa berubah bagi mencapai objektif organisasi demi mencapai al-falah.

1. Ubudiyah (segala yang berhubung dengan ibadah dan akirat)
Sifat ini merupakan sifat yang paling utama yang seharusnya ada pada pengurus Islam,
kerana tanpa sifat-sifat ubudiyah ini segala amal kelakuan pengurus tidak akan bermakna di
akhirat kelak. Untuk merealisasikan sifat ubudiyah ini, pengurus Islam itu wajib
menyerahkan segala perlakuannya ke arah mengabdikan diri semata-mata kerana Allah SWT.
Inilah yang seharusnya diamalkan dalam melaksanakan sebarang fungsi atau aktiviti
pengurusan, dan pengisian amalannya mestilah tidak bertentangan dengan Islam.
2. Mas`uliah (tanggungjawab)
Seseorang pengurus itu bertanggungjawab terhadap sebarang perlakuannya dan prestasi
pekerjanya. Mereka tidak boleh mengabaikan tanggungjawab terhadap prestasi pekerjanya.
Dalam erti kata lain pengurus Islam mestilah dari semasa ke semasa memerhatikan kelakuan
dan mengawasi prestasi pekerjanya. Pengawasan yang disyorkan bukanlah bertujuan untuk
mengawal atau mencari kelemahan pekerja tetapi lebih kepada menasihati pekerja untuk
mengatasi kelemahan prestasi atau membuang perangai mazmumah dan memotivasi pekerja
ke arah menghasilkan prestasi kerja yang lebih baik.
3. Itqaan (kerja yang dilakukan dengan tekun dan bersungguh-sungguh)
Sifat ini merujuk pada pelaksanaan dan penyempurnaan kerja yang dilakukan dengan tekun
dan bersungguh-sungguh. Pengurus itu mesti yakin bahawa kerja yang dilakukannya itu akan
mendapat ganjaran daripada majikannya. Namun, semasa menumpukan sepenuh perhatian
kepada pekerjaan, mereka tidak harus melupakan atau mengabaikan tanggungjawab terhadap
keluarga atau masyarakat dengan bekerja sehingga larut malam atau tanpa mengira masa.
4. Qanaah (sentiasa berpuas hati dengan rezeki yang diberikan oleh Allah)
Sifat seseorang pengurus Islam yang sentiasa berpuas hati dengan rezeki yang diberikan oleh
Allah kepadanya. Pengurus Islam yang qanaah bukanlah seorang pengurus yang mengejar
pangkat dan status sebagai objektif hidupnya. Mereka yakin jika usaha atau kerjanya tidak
mendapat ganjaran yang setimpal atau sepatutnya daripada majikannya, maka ganjaran itu
akan diperoleh di akhirat kelak.

Rujukan
Buku dakwah dan etika politik di Malaysia : penulis zulkiple abd ghani. Penerbit utusan
publication & discribtion sdn bhd

Anda mungkin juga menyukai