Anda di halaman 1dari 34

PENGENALAN

Dalam topik 8, kita telah membicarakan tentang perkamusan bahasa Melayu.


Bidang perkamusan mempunyai hubungan yang rapat dengan penterjemahan
kerana kedua-dua bidang tersebut melibatkan kata atau kosa kata dalam sesuatu
bahasa. Kamus (rujuk Rajah 9.1) merupakan keperluan utama bagi seorang
penterjemah. Di samping itu, kerja penterjemahan juga penting dalam
pembinaan kamus atau daftar kata yang melibatkan dwibahasa atau multi-
bahasa. Seorang penterjemah yang baik perlulah menguasai kedua-dua bahasa
sumber dan bahasa sasaran. Dalam tajuk ini, anda akan diperkenalkan tentang
sejarah penterjemahan di Malaysia dan perkembangannya sehingga kini. Anda
juga akan mendapat penjelasan ringkas tentang konsep, definisi, teori dan
pendekatan dalam penterjemahan.
T
T
o
o
p
p
i
i
k
k
9
9

Perterjemahan
Bahasa Melayu:
Sejarah, Teori,
dan Pendekatan
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Membincangkan perkembangan penterjemahan di Malaysia;
2. Mentakrif konsep penterjemahan;
3. Menghurai teori dan pendekatan dalam penterjemahan; dan
4. Mengaplikasikan teori penterjemahan bahasa Melayu.
TOPIK 9 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN
PENDEKATAN
178
Rajah 9.1 : Dua buah buku yang menjadi pedoman bagi penterjemah.
(Sumber: http://images.google.com.my/images. Dicapai pada 17 November 2007)
SEJARAH PENTERJEMAHAN DI MALAYSIA
9.1.1 Bilakah Bermulanya Kegiatan Penterjemahan?
Sebenarnya kajian tentang sejarah penterjemahan di Malaysia kurang mendapat
perhatian kerana kurangnya minat terhadap bidang ini. Dari segi sejarah, kegiatan
penterjemahan telah dilakukan sejak zaman kegemilangan Melaka lagi. Keperluan
pada peringkat awal bermula dengan kedatangan kuasa asing ke alam Melayu.
Pada zaman kemasukan agama Hindu, Buddha dan Islam, mereka telah
menterjemahkan kitab-kitab Mahabratha dan Ramayana serta Al-Quran ke
dalam bahasa Melayu walaupun hanya secara lisan. Bagaimanakah komunikasi
antara dua manusia yang berlainan bahasa dan budaya dapat dilakukan? Inilah
yang dihadapi apabila berlakunya pertembungan antara penduduk pribumi
dengan penjajah dari Barat pada awal abad ke-20. Keperluan untuk
berkomunikasi menyebabkan pegawai Inggeris yang bertugas di Tanah Melayu
mula menggunakan buku terbitan berbentuk terjemahan sebagai panduan bagi
mereka menguasai bahasa Melayu demi kepentingan pentadbiran.
Kenalkah anda kepada dua tokoh ini, iaitu R.O. Winstedt dan
W.G. Shellabear? Kegiatan perkamusan oleh R.O. Winstedt
(Rajah 9.2) dan W.G. Shellabear memberi sumbangan yang
besar kepada mereka yang ingin belajar bahasa Melayu. J.W.
McHugh pula menerbitkan Notes for Students of the Malay
Language No.1 : Words and Phrases Related to Political
Organisations and Procedures at Meetings (Government
Press, 1948).
9.1
Rajah 9.2 : R.O. Winstedt (1928-1931)
Sumber: http://images.google.com.my/images?http://
images.google.com.my/images? Dicapai pada 17 November 2007.
TOPIK 9 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN
PENDEKATAN
179
Buku ini mengandungi istilah Inggeris-Melayu yang dapat dijadikan panduan
kepada penterjemah. A Guide to English Malay Translation (Longman, Green &
Co. 1956) merupakan karya terawal yang dihasilkan oleh C.C.Brown bagi
penterjemah. Buku ini terbahagi kepada dua, iaitu The Method Of Translation
dan Specimen Translations.
9.1.2 Siapakah Yang Terlibat Dalam Kegiatan
Penterjemahan?
(a) Sebelum Merdeka
Apakah badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam
penterjemahan? Anda akan dapati bahawa sejarah penterjemahan buku di
Malaysia lebih tertumpu kepada terbitan buku-buku agama (tauhid,
usuludin, fekah dan tasauf). Anak watan Tanah Melayu yang menjalankan
kerja penterjemahan muncul pada awal tahun 1930-an, iaitu Sheikh Idris al-
Marbawi. Kemunculan terbitan Al-Islam dan Seruan Al-Azhar
merupakan ruang karya terjemahan Arab-Melayu yang merangkumi
pengetahuan am dan novel. Antara karya yang terkenal ialah Asyik dan
Masyuk oleh Sheikh al-Hadi dan cerita-cerita Rokambul yang disiarkan
dalam akhbar Saudara pada awal 1930-an.
Bagaimanakah suasana penterjemahan pada peringkat awal? Menurut
Kasim Ahmad (1991), dalam sejarah penterjemahan bahasa Melayu, banyak
cerita dari India dan Semenanjung Arab telah diterjemahkan ke dalam
bahasa Melayu. Contohnya Hikayat Seri Rama, Hikayat Sang Boma dan
Hikayat Si Miskin dari India, manakala Hikayat Iskandar Zulkarnain,
Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Bayan Budiman dari Arab. Beliau
menggunakan istilah saduran termasuklah juga kitab agama yang
dihasilkan oleh Hamzah Fansuri, Shamsuddin al-Raniri, Sheikh Abdul
Samad al-Pelembangi dan Sheikh Muhamad Arshd a-Banjari. Antaranya
ialah Hidayatul Salikin, Bulughul Muram, dan Minhajul Abidin.
Kegiatan penterjemahan bermula dengan rasminya selepas penubuhan
Pejabat Karang Mengarang Sultan Idris (SITC), Tanjung Malim, Perak.
Menurut Norizah Ardi (2000), pada tahun 1924 , O.T. Dusseck telah
memohon kebenaran untuk menubuhkan Badan Menterjemah yang
ditukar nama menjadi Pejabat Karang Mengarang (PKM). PKM
melaksanakan tugas awalnya, iaitu menulis, menterjemah dan menyunting
buku pelajaran dan novel serta menyelenggarakan percetakan karya
terjemahan. PKM telah menjalankan pelbagai aktiviti.
TOPIK 9 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN
PENDEKATAN
180
Antaranya ialah melatih penterjemah dan menggalakkan kegiatan-kegiatan
lain yang berkait dengan penterjemahan seperti penganjuran kursus
penyuntingan, seminar dan persidangan peringkat kebangsaan serta
antarabangsa. Badan ini juga menterjemahkan perkara yang diperlukan
oleh kerajaan. Kebanyakan penterjemah baharu ini berkelulusan Senior
Cambridge dan berminat dalam bidang penterjemahan.
Rajah: 9.3 : Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) (1924)
Sumber : http://images.google.com.my/images? Dicapai pada 17 November 2007
Kegiatan penterjemahan amat diperlukan kerana penerbitan buku-buku
teks untuk tujuan pengajaran bagi pelajar maktab tersebut. Antara kejayaan
penerbitan PKM yang terkenal ialah The Malay School Series dan The
Home Library Series.
Sehingga tahun 1936, PKM telah menghasilkan 32 buku teks terbahagi kepada
lima kelompok, iaitu buku teks sekolah, buku teks sejarah, buku teks matematik,
geometri dan congak, buku teks ilmu alam, dan buku teks kesihatan dan latihan
tubuh. Usaha yang signifikan ialah penerbitan cerita 1001 Malam daripada
naskhah Inggeris yang diusahakan oleh Allayarham Dato Onn Jaafar semasa
beliau memimpin Lembaga Melayu pada awal 1930-an.
Di sinilah juga lahir seorang tokoh ulung dan
pejuang bahasa Melayu, iaitu Zainal Abidin
Ahmad atau lebih dikenali sebagai Zaba. Apakah
pula peranan Zaba dalam memantapkan kegiatan
penterjemahan pada masa itu? Zaba dihantar ke
Maktab Perguruan Sultan Idris pada tahun 1924.
Beliau diakui sebagai salah seorang ahli bahasa
yang memainkan peranan besar dalam bidang
penterjemahan bahasa Melayu ketika beliau
bertugas di Pejabat Karang Mengarang di Maktab
Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.
Rajah 9.4 : Zainal Abidin Ahmad (Zaba)
Sumber : http://images.google.com.my/images?
Dicapai pada 17 November 2007
TOPIK 9 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN
PENDEKATAN
181
Zaba (rujuk Rajah 9.4) telah menyentuh tentang kepentingan bidang
terjemahan dalam memajukan bahasa Melayu dan mengingatkan bakal
penterjemah tentang kepentingan menjaga bentuk dan jalan bahasa awal
yang diterjemah (Zaba :1957 dipetik daripada Belham: 2002). Anak Raja
dengan Anak Papa (rujuk Rajah 9.5) merupakan buku umum yang pertama
dalam bahasa Melayu yang telah diterjemahkan oleh Zaba daripada buku
bahasa Inggeris The Prince and The Pauper pada tahun 1958.
Kebanyakannya ialah karya prosa drama Shakespeare oleh Zaba, dan juga
kisah pengembaraan seperti Lions of Uganda, Treasure Island, dan Robin
Hood. Karya Sherlock Holmes juga turut diterjemahkan.
Rajah 9.5 : Novel versi bahasa Inggeris yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu
Sumber: http://images.google.com.my/images? Dicapai pada 17 November 2007
(b) Selepas Merdeka
Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 22 Jun 1956 di Johor
Bahru dan kemudian berpindah ke Kuala Lumpur pada tahun 1957 turut
membantu perkembangan kegiatan penterjemahan. PKM telah
dipindahkan ke DBP dan diletakkan di bawah Jabatan Pelajaran. Kerja
penterjemahan terus diambil alih oleh DBP. Selepas kemerdekaan, DBP
telah menerbitkan majalah bulanan Dewan Bahasa dan banyak penulis
menyumbang idea mereka dalam wahana ini. Salah seorang daripadanya
ialah Zaba.
TOPIK 9 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN
PENDEKATAN
182
Walau bagaimanapun, usaha penterjemahan Inggeris-Melayu terbantut
sewaktu penjajahan Jepun pada tahun 1940-an. Hanya dalam tahun 1960-an
Oxford University Press menterjemahkan Siri Sastera Timur dan Barat yang
dikelolakan oleh Allahyarham Asraf H.Wahab. Sebuah makalah bertajuk
Panduan Menterjemah yang ditulis oleh Suffian Sahuri diterbitkan dalam
majalah Dewan Bahasa dari Jun 1962 hingga Februari 1964 merupakan
panduan yang digunakan oleh penterjemah pada waktu itu.
Dewan Bahasa dan Pustaka (rujuk Rajah: 9.6) memainkan peranan yang
agak penting dalam kegiatan penterjemahan di Malaysia. Pada peringkat
awal bahagian yang mengkhusus kepada kegiatan penterjemahan tidak
lagi wujud tetapi diletakkan di bawah Bahagian Buku Pelajaran. Pada
peringkat permulaan, tanggungjawab bahagian ini ialah menterjemahkan
buku-buku pelajaran untuk kegunaan sekolah-sekolah rendah, menengah
dan peringkat tinggi dalam pelbagai bidang pelajaran, seperti Ilmu Hisab,
Ilmu Alam, Sejarah dan sebagainya. Selain itu, DBP juga menyemak dan
menterjemah borang serta surat-surat rasmi yang diperlukan sesetengah
kementerian dan jabatan kerajaan.
Dari tahun 1958-1960, DBP berjaya
mengeluarkan 33 buah buku
terjemahan (Sharifah Haji Malek,
1995). Tahun 1960-an ini
memperlihatkan kegiatan
penterjemahan yang agak aktif.
Buku pengajian tinggi yang
pertama bertajuk Sejarah India
(The History of India) oleh
C.H.Philips diterbitkan pada tahun
1966. Kajian tentang
penterjemahan telah dilakukan
oleh Abdullah Sanusi Ahmad
dalam latihan ilmiahnya yang
berjudul Peranan Pejabat Karang
Mengarangpada tahun 1966 dan
juga kajian oleh Nasrudin Bahari
yang berjudul Cerpen Terjemahan
Di Dalam Majalah Mastika 1946-
1959 yang diterbitkan dalam
Bahasa (No.7,Universiti Malaya,
Singapura).
Rajah 9.6 : Dewan Bahasa dan Pustaka
Sumber : http://images.google.com.my/images Dicapai pada
17 November 2007
TOPIK 9 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN
PENDEKATAN
183
Dewan Bahasa dan Pustaka pula dalam usaha untuk memperbanyak karya
terjemahan melancarkan Peraduan Menterjemah Novel pada tahun 1978.
Sejak tahun 1980-an, bidang penterjemahan telah menjadi satu disiplin
akademik yang semakin berkembang maju. Beberapa karya tentang
terjemahan telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu misalnya,
Masalah Teori Terjemahan (1991) (penulis asal ialah Georges Mounin)
diterjemahkan oleh Azizah Haji Ahmad dan karya Peter Newmark
Pendekatan Terjemahan (1992) diterjemahkan oleh Zainab Ahmad dan
Zaiton Abdul Rahman.
Bagaimanakah pula dengan peranan yang dimainkan oleh Universiti
Malaya dalam usaha memantapkan kegiatan penterjemahan di Malaysia?
Menurut Belham (2002), pada tahun 1975, Universiti Malaya yang didorong
oleh keyakinan bahawa Malaysia memerlukan banyak tenaga penterjemah
yang terlatih mula menawarkan kursus terjemahan pada peringkat
diploma. Universiti Malaya juga telah menganjurkan seminar
penterjemahan pada tahun 1978 di Pusat Bahasa.
Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) ditubuhkan pada 8 April 1978 dan
didaftarkan sebagai sebuah persatuan pada 4 Oktober 1979. Kegiatan
penterjemahan dijalankan secara kolektif dan memperkukuh kerjasama
antara para penterjemah. Keahlian PPM terdiri daripada pelbagai kaum
dan latar akademik yang berbeza.
Pada tahun 1983, bahasa Melayu telah dijadikan bahasa pengantar di
institusi pengajian tinggi. Kesannya, permintaan terhadap buku-buku
terjemahan amat tinggi. Akibat gesaan daripada Majlis Tindakan Negara,
Bahagian Penterjemahan diwujudkan kembali pada 1 Mac 1986. Usaha
penterjemahan dipertingkat untuk memenuhi keperluan yang mendesak.
Selain menjalankan kerja penterjemahan, bahagian ini juga mengendalikan
kursus terjemahan secara usaha sama dengan Persatuan Penterjemah
Malaysia.
Biro Khidmat Terjemahan pula ditubuhkan pada Jun 1985 untuk
mengendalikan kegiatan terjemahan bagi mereka yang memerlukan
khidmat terjemahan. Perkhidmatan yang disediakan dalam pelbagai
bahasa seperti bahasa Melayu, Perancis, Arab, Jepun dan Mandarin. Biro
ini telah membuat kerja-kerja terjemahan untuk industri seperti badan
kerajaan, sekor swasta dan penerbit antarabangsa. Biro ini ditubuhkan
dengan matlamat untuk memberi perkhidmatan terjemahan bagi pelbagai
bentuk teks, termasuk buku, laporan, skrip, dokumen, ucapan, perjanjian,
surat, iklan, poster, sijil dan sebagainya. Biro ini juga membantu
pemindahan ilmu melalui terjemahan dan interpretasi. Melalui khidmat
TOPIK 9 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN
PENDEKATAN
184
Biro Terjemahan, PPM mendapatkan peluang penterjemahan untuk
anggotanya. Jelasnya, sejarah perkembangan penterjemahan bermula
dengan PKM, dan diteruskan oleh DBP dan dibantu oleh Persatuan
Penterjemah Malaysia dan Biro Khidmat Terjemahan (Sharifah Haji
Malek,1995) .
Akhirnya, penubuhan Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad
(ITNMB) (rujuk Rajah 9:7) telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 28
April 1993 telah menyediakan prasarana bagi pengembangan kerja
penterjemahan di Malaysia. ITNMB ditubuhkan secara rasmi pada 14
September 1993. ITNMB mengambil alih kerja-kerja terjemahan daripada
Bahagian Penterjemahan, Dewan Bahasa dan Pustaka secara rasmi dan
menjadi badan tunggal di Malaysia yang merancang, melaksana, mengurus
dan menyelaras hal ehwal terjemahan, kejurubahasaan dan pemindahan
maklumat berbilang bangsa di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
ITNMB diberikan dua peranan, iaitu pertama, sebagai sebuah badan
korporat yang dilambangkan dengan perkataan Berhad di hujung
namanya; dan kedua, sebagai sebuah badan sosial seperti yang
dilambangkan dengan perkataan institut pada awal namanya. Strategi awal
ITNMB adalah untuk memenuhi keperluan pendidikan, ekonomi,
perdagangan, perindustrian, diplomatik, kesukanan dan pelancongan.
Rajah 9.7 : ITNMB
Sumber: http://images.google.com.my/images Dicapai pada 17 November 2007
Perihalkan peranan Bahagian Penterjemahan di Dewan Bahasa dan
Pustaka dalam perkembangan penterjemahan di Malaysia.
AKTIVITI 9.1
TOPIK 9 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN
PENDEKATAN
185
KONSEP DAN DEFINISI
9.2.1 Apakah Yang Anda Faham Tentang Istilah
Terjemah Dan Penterjemahan?
Tahukah anda bahawa istilah ini merupakan kata pinjaman? Kata ini berasal
daripada perkataan al-tarjamah daripada bahasa proto-semitik (al-Arab) yang
bermaksud mentafsirkan perkataan lisan atau tulisan dengan menggunakan
perkataan dalam bahasa lain. Perkataan tarjamah itu sendiri mempunyai dua
pengertian, iaitu pertama, menterjemahkan teks atau buku daripada satu bahasa
kepada bahasa yang lain, manakala yang kedua bermaksud autobiografi.
Bagi tarjamah yang pertama, makna ini mempunyai hubungan rapat
dengan pentafsiran dan penghuraian yang boleh ditemui dalam buku-buku
sejarah, falsafah dan sains yang diterjemahkan oleh penterjemah bahasa
Arab daripada bahasa lain. Kadangkala terjemahan yang dilakukan tidaklah
begitu tepat. Malahan terjemahan itu bersifat satu ulasan pandangan penulis
asal atau lebih tepat lagi merupakan hasil terjemahan bebas.
Tarjamah dari segi autobiografi pula merupakan pengertian bagi konsep
baharu. Menurut Harun Al-Rasyid Yusuf (1991), kemungkinan perkataan
tarjamah datang ke dunia Arab dari zaman pra-Islam dalam kelompok
bahasa Akadia. Istilah ini sering digunakan dalam tulisan Arab tradisional
dan Arab moden.
Apakah yang dimaksudkan dengan penterjemahan? Penterjemahan merupakan
proses memindahkan sesuatu daripada bahasa sumber kepada bahasa sasaran.
Tujuan utama penterjemahan adalah untuk menghubungkan anggota dalam
masyarakat dwibahasa atau multibahasa.
Kamus Dewan (1986:1247) mendefinisikan terjemahan sebagai ...pindahan
dari suatu bahasa ke suatu bahasa yang lain, alihan bahasa, salinan ....
Penterjemahan merupakan perbuatan memindahkan sesuatu isi atau teks ke
dalam bahasa lain atau menukarkan bahasa teks tersebut.
Menurut Ramli Salleh (1986), konsep penterjemahan boleh dibahagikan kepada
dua, iaitu konsep lama dan konsep baharu. Konsep lama penterjemahan
mengkehendaki penterjemah memberikan perhatian kepada bentuk apabila
penterjemah mengekalkan unsur-unsur stilistik seperti rima rentak, permainan
kata, struktur tatabahasa yang luar biasa, dan lain-lain supaya menyerupai teks
asli. Konsep baharu pula mementingkan respons pembaca terjemahan, iaitu
reaksi yang sama dengan reaksi pembaca teks asal. Prinsip-prinsip
penterjemahan telah bertambah bebas dengan pengertian bahawa pemahaman
dan emosi daripada pembaca itu diutamakan.
9.2
TOPIK 9 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN
PENDEKATAN
186
9.2.2 Siapakah Dia Penterjemah?
Penterjemah ialah seseorang yang menterjemah dokumen bertulis daripada
satu bahasa ke dalam bahasa lain.
Penterjemah juga membaca dan menulis bahan bahasa khusus atau bahasa
umum di samping mematuhi peraturan bahasa , makna, struktur ayat,
tatabahasa, tanda baca, dan sebagainya.
Penterjemah kebiasaannya mengkhusus dalam bidang tertentu misalnya
pemasaran, kewangan, teknologi dan sebagainya.
Penterjemah kebiasaannya menterjemah bahan ke dalam bahasa
ibundanya.
9.2.3 Konsep dan Definisi Penterjemahan (Translation)
Penulis Definisi
J.C. Catford (1965) Penggantian bahan tekstual dalam satu bahasa (bahasa
sumber) daripada bahan tekstual yang serupa dalam bahasa
yang lain (bahasa sasaran).
Ian F. Finlay (1971) Terjemahan boleh didefinisikan sebagai satu persembahan
teks dalam bahasa yang berlainan daripada tulisan
asalnya.
Dostert (1979) Cabang sains gunaan bahasa yang khususnya berkaitan
dengan permasalahan atau fakta pemindahan makna
dari satu set simbol .. ke satu set simbol yang lain...
Newmark (1981) Penterjemahan merupakan satu kesenian yang terangkum
usaha menggantikan mesej dan/atau pernyataan bertulis
dalam sesuatu bahasa dengan mesej dan/atau pernyataan
yang sama dalam bahasa lain.
G.Van Slype (1983) Dari segi tradisional, penterjemahan dilihat sebagai proses
penggantian teks bertulis dalam bahasa sumber dengan
bahasa sasaran dan mengambil kira persamaan makna
semaksimum mungkin. Dari segi pandangan moden pula,
penterjemahan membawa maksud proses pemindahan
mesej yang dilahirkan dalam bahasa sasaran. Hal ini juga
mengambil kira pemaksimuman persamaan dari segi
kandungan mesej, ekspresif, konotatif, metalinguistik, fatik,
dan puitis.
TOPIK 9 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN
PENDEKATAN
187
9.2.4 Perkara-Perkara Asas dalam Penterjemahan
Apakah anda berminat untuk menjadi seorang penterjemah? Pernahkah anda
terfikir syarat-syarat yang diperlukan untuk memenuhi kriteria seorang
penterjemah? Menurut Ainon Muhammad (1994), terdapat beberapa pra-syarat
untuk menjadi penterjemah:
Pertama, mengetahui bahasa sumber dengan baik yakni kecekapan dalam
bahasa pertama (bahasa sumber). Anda hendaklah menguasai bahasa
sumber atau bahasa teks yang hendak diterjemahkannya, bukan setakat
mengetahui makna perkataan-perkataannya malah tahu selok-belok
penggunaan dan ciri-ciri tertentu bahasa tersebut. Di samping itu, anda juga
perlu mengetahui ekspresi idiomatik dalam bahasa sumber. Jika
penterjemah tidak dapat menguasai teks sumber dengan baik, kemungkinan
berlakunya salah terjemah dan menyebabkan berlakunya ketaksaan dari
makna.
Contoh Salah Betul
Ive to go for
good. Ive got a
letter telling me.
Saya akan pulang. Saya
baru menerima surat
yang meminta saya
harus pergi.
Saya terpaksa pulang.
Saya telah menerima
surat yang meminta
saya pulang.
Apakah kesilapan yang tertera dalam terjemahan di atas? Kelihatan bahawa kata
akan dipadankan dengan kata sendi for merupakan padanan yang salah untuk
menerangkan ayat. Kata sendi for menunjukkan tempoh masa. Oleh itu, for
good membawa bermaksud pelaku akan pergi untuk selama-lamanya. Kata
kerja got bermaksud kata kerja yang digunakan untuk menceritakan perbuatan
yang lampau. Kata baru menunjukkan perbuatan kini dan bukan lampau.
Oleh itu, unsur nahu dapat menunjukkan padanan perkataan yang digunakan
tidak sesuai atau tidak tepat dari segi terjemahannya.
Kedua, anda perlu mengetahui bahasa sasaran/bahasa penerima dengan
baik yakni kecekapan dalam bahasa kedua (bahasa sasaran). Sebagai
penterjemah, anda hendaklah juga dapat menguasai bahasa sasarannya
dengan baik. Malah ada yang berpendapat seharusnya lebih baik daripada
bahasa sumbernya sebab ini boleh memastikan yang cara pernyataannya
tidak berbau terjemahan.



TOPIK 9 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN
PENDEKATAN
188
Contoh Salah Betul
I dont know. I feel
dead. Everything in
the past is gone
Entahlah. Saya
merasakan seakan-
akan mati. Semuanya
telah hilang.
Entahlah. Saya
merasakan seakan-
akan mati. Semuanya
telah tiada lagi.
Apakah kesilapan yang dapat anda kesan daripada contoh di atas? Kata kerja
hilang dipadankan dengan gone. Kata gone menunjukkan semuanya tiada lagi.
Kenyataan ini diperkukuhkan dengan ayat yang sebelumnya, manakala hilang
diterjemahkan secara literal. Dalam konteks bahasa Melayu, kata ini membawa
pengertian bahawa sesuatu yang hilang boleh dijumpa semula. Lebih sesuai kata
ini dipadankan dengan : Semuanya tiada lagi.
Ketiga, anda perlu mengetahui subjek yang hendak diterjemahkannya, iaitu
pengetahuan tentang bidang. Individu yang mengetahui dua bahasa belum
mencukupi untuk menjadi penterjemah yang baik. Penterjemah hendaklah
seelok-eloknya mengetahui bidang yang hendak diterjemahkannya
sekurang-kurangnya pada peringkat asas. Anda juga mestilah sekurang-
kurangnya mengetahui laras yang digunakan dalam bidang tersebut.
Namun hakikat perlu anda sedari bahawa kelayakan ini lazimnya sukar
diperolehi, lebih-lebih lagi dalam bidang yang terlalu khusus.

Contoh Salah Betul
Touching your heart. Menyentuh jantung
anda.
Menyentuh jiwa
anda.
Where money lives. Di mana wang hidup. Wang anda cergas
sentiasa.

Dua contoh di atas merupakan iklan dan pastinya laras bahasa yang digunakan
ialah laras bahasa iklan. Apakah kesilapan yang nyata dalam laras iklan
tersebut? Untuk menjadi penterjemah yang baik, anda perlu mempunyai
pengetahuan dalam bidang iklan supaya terjemahan yang dihasilkan sesuai dan
tepat. Pemilihan kata antara jantung atau jiwa bergantung kepada kemahiran
penterjemah mentafsir teks asal dan keperluan untuk khalayak. Sama juga
halnya dengan kata hidup dan cergas sentiasa. Terjemahan iklan mestilah
memaparkan idea asal kerana iklan merupakan alat komunikasi yang membawa
mesej kepada penggunanya. Seseorang yang tidak biasa dengan laras iklan pasti
akan melakukan kesalahan dalam menterjemah iklan tersebut.
TOPIK 9 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN
PENDEKATAN
189
Keempat, anda perlu mengetahui teori dan proses terjemahan. Pengetahuan
tentang teori dan proses terjemahan akan memperlengkap lagi seseorang
untuk menghasilkan terjemahan yang baik. Penterjemah perlulah
mengetahui prinsip-prinsip terjemahan bagi menghasilkan terjemahan yang
bermutu.

Contoh Formal Dinamik
With the Maybank
esteem card. A card
that entitles you to
enjoy a range of
benefits.
Dengan Maybank Esteem
Kad. Kad yang
menyediakan anda
pelbagai kemudahan
yang menguntungkan.
Kad Maybank Esteem
menyediakan pelbagai
kemudahan yang
menguntungkan anda.
Apakah pendekatan yang digunakan dalam penterjemahan di atas? Jelas sekali,
teks sumber diterjemahkan melalui dua pendekatan, iaitu formal dan dinamik.
Seorang penterjemah yang mempunyai pengetahuan tentang teori dan
pendekatan dalam penterjemahan dalam membezakan kedua-dua kaedah, dan
memilih yang paling sesuai untuk teks tersebut dengan mengambil kira
khalayak yang akan membacanya.
Kelima, anda perlu mengetahui latar belakang budaya bahasa sumber dan
bahasa sasaran. Pengetahuan umum tentang subjek lain yang tidak berkaitan
secara langsung dengan tajuk terjemahan. Anda perlulah mengetahui budaya
kedua-dua bahasa untuk memastikan ketepatan sesuatu hasil terjemahan. Ini
kerana norma atau nilai budaya sesuatu bangsa itu berbeza antara satu
dengan yang lain.

Contoh Salah Betul
Several
summers ago
Ketika musim bunga
dua tiga tahun lalu
Ketika musim panas
dua tiga tahun lalu

Apakah kaitan pengetahuan budaya dengan terjemahan di atas? Dalam ayat di
atas, terjemahannya tidak tepat kerana penterjemah merujuk kepada musim
bunga sedangkan yang dimaksudkan oleh penulis asal ialah musim panas.
Kebolehan mengesan persamaan atau perbezaan antara dua budaya merupakan
kelebihan bagi seorang penterjemah. Ini akan melatih penterjemah agar peka
terhadap persekitaran dan berhati-hati dalam pemilihan kata yang sesuai dalam
menterjemah sesuatu teks sumber.
TOPIK 9 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN
PENDEKATAN
190
TEORI TERJEMAHAN
9.3.1 Apakah Yang Anda Faham Tentang Teori
Terjemahan?
Teori ialah kenyataan tentang prinsip umum, berasaskan hujahan yang
munasabah dan disokong oleh bukti, yang bertujuan untuk menjelaskan sesuatu
fakta, peristiwa atau fenomena. Tahukah anda, bahawa teori sebenarnya
menjawab soalan mengapa? Apakah ciri-ciri utama bagi sesuatu teori?
Terdapat empat ciri utama, iaitu:
Empirisisme (mestilah diuji)
Determinisme (mestilah boleh diramal)
Kehematan (mestilah mudah)
Keumuman (mestilah tuntas)
9.3
Apakah perbezaan antara penterjemah dengan penginterpretasi?
AKTIVITI 9.2
(a) Huraikan konsep terjemahan, penterjemah, dan penterjemahan.
(b) Jelaskan lima perkara asas yang diperlukan bagi seorang
penterjemah.
SEMAK KENDIRI 9.1
TOPIK 9 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN
PENDEKATAN
191
Ciri tersebut boleh diringkaskan seperti rajah rajah 9.8 di bawah:
Rajah 9.8: Ciri-Ciri Utama Sebuah Teori
Apakah syarat dan keutamaan bagi sebuah teori terjemahan?
Pertama, tujuan teks, iaitu penterjemah perlulah setia kepada penulis teks
asal dan menyedari tujuan asal teks tersebut ditulis.
Kedua, tujuan menterjemah, iaitu penterjemah perlu memastikan bahawa
kekuatan perasaan dan pujukan dalam teks asal memberikan kesan yang
sama kepada pembaca seperti kepada pembaca teks asal.
Ketiga, pembaca dan latar teks, iaitu penterjemah perlu mengkaji pembaca
atau khalayaknya, tahap pendidikan pembaca, latar sosial pembaca, dan
sebagainya.
Keempat, mutu karya dan pertanggungjawaban teks. Penterjemah mestilah
menganggap setiap perbezaan pada makna yang ditulis oleh penulis
mempunyai makna tersendiri lebih diutamakan.
Apakah yang dapat anda rumuskan tentang teori terjemahan?
Teori terjemahan ialah cabang ilmu linguistik yang menghuraikan aspek-
aspek bahasa, kebudayaan dan komunikasi yang berperanan dalam amalan
terjemahan.
Teori penterjemahan merupakan satu kaedah yang mendasari kerja-kerja
penterjemahan.
Teori ini menjadi panduan kepada penterjemah supaya mematuhi peraturan
serta mengelakkan mereka melakukan kesilapan dalam penterjemahan.
TOPIK 9 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN
PENDEKATAN
192
9.3.2 Perkembangan Teori Terjemahan
George Steiner dalam bukunya After Babel (1975) membahagikan penulisan
tentang amalan dan sejarah penterjemahan kepada empat tempoh, iaitu:
Tempoh pertama bermula dengan kenyataan Cicero dan Horace tentang
terjemahan hinggalah kepada penerbitan Tytler tentang prinsip
penterjemahan pada tahun 1791. Ciri yang utama bagi tempoh ini ialah
tumpuan empirikal langsung yakni kenyataan dan teori penterjemahan
berakar umbi daripada kerja penterjemahan amali. Pada zaman Rom,
penterjemahan kata-demi-kata merupakan pendekatan yang digunakan.
Penggantian setiap kata dalam bahasa sumber (Yunani) ke dalam bahasa
sasaran (Latin) dilakukan oleh komuniti pada zaman tersebut.
Tempoh kedua bergerak sehingga penerbitan Larbaud pada tahun 1946 yang
mencirikan penyelidikan hermeneutik dan teori dengan perkembangan
perbendaharaan kata dan pendekatan penterjemahan. Isu terjemahan literal
dan terjemahan bebas sudah dibicarakan seribu tahun yang lalu.
Tempoh ketiga bermula dengan penerbitan tentang penterjemahan mesin
dalam tahun 1940-an yang dicirikan dengan linguistik struktural dan teori
komunikasi yang dibawa masuk ke dalam penterjemahan.
Tempoh keempat dikatakan wujud bersama-sama dengan yang ketiga
bermula pada tahun 1960-an dan dicirikan oleh pengakasan kepada
hemeneutik, melibatkan persoalan metafizikal ke dalam penterjemahan dan
interpretasi. Pendek kata, unsur ini membuka dunia penterjemahan kepada
disiplin luar seperti filologi, kajian bandingan, statistik leksikal, etnografi dan
sebagainya. Walaupun pembahagian Steiner menarik dari satu perspektif
tetapi ianya menggambarkan kesukaran mengkaji penterjemahan secara
diakronik kerana tempoh pertama merangkumi jarak hampir 1,700 tahun
manakala tempoh dua yang akhir merangkumi hanya 30 tahun sahaja.
Etienne Dolet (1509-1546) telah menerbitkan prinsip-prinsip penterjemahan pada
tahun 1540 (Abdullah Hassan:2000). Antara kandungannya ialah:
Penterjemah hendaklah benar-benar memahami isi dan hasrat penulis teks
sumber.
Penterjemah mestilah juga menguasai dengan baik bahasa sumber dan
bahasa penerima terjemahan itu.
Seterusnya, penterjemah tidak boleh menterjemah perkataan demi perkataan
oleh sebab perbuatan itu akan merosakkan makna asal dan membinasakan
keindahan teks sumber.
TOPIK 9 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN
PENDEKATAN
193
Penterjemah hendaklah menggunakan bentuk-bentuk bahasa yang biasa
digunakan dalam bahasa penerima.
Penterjemah mestilah mencipta semula kesan keseluruhan teks sumber yang
betul melalui pemilihan dan susunan perkataan yang dibuatnya (Abdullah
Hasan, 2000).
Abraham Cowley (1656) muncul pada kurun ke-17 dan ke-18 membawa aliran
terjemahan sastera yang radikal di Eropah (Abdullah Hassan:2000).
Terjemahan dilakukan tanpa kongkongan asalkan sahaja dirasakan
terjemahan itu dapat mengekalkan semangat karya asal yakni makna yang
terkandung dalam teks sumber.
Penterjemah boleh membuang atau menambah mengikut perkiraannya
sendiri.
Penterjemah mestilah memastikan sekurang-kurangnya terjemahan itu terasa
tulen serta mudah dan bersahaja.
Cowley mengkritik penterjemah yang menterjemah karya puisi berdasarkan
kata-demi-kata. Beliau mengatakan kaedah tersebut akan menghilangkan
keindahan yang terdapat dalam karya puisi atau prosa.
Dryden (1697) pula memberikan tiga jenis terjemahan, (Rainer:1992) iaitu:
Metafrasa (metaphrase), terjemahan perkataan demi perkataan dan baris demi
baris.
Parafrasa (paraphrase), iaitu terjemahan yang setia mengikuti karya asal,
tetapi yang diikuti ialah maknanya, bukan perkataannya.
Tiruan (imitation), iaitu menterjemah secara bebas, bukan setakat mengubah
perkataan dan makna, tetapi kedua-duanya sekali bila dirasakan perlu
dilakukan demi semangat teks tersebut.
George Campbell (1789) menulis buku tentang sejarah dan teori terjemahan.
Menurut beliau, tiga prinsip terjemahan yang baik, (Abdullah Hassan : 2000)
iaitu :
Mengekalkan makna yang terkandung dalam teks sumber.
Mengekalkan semangat dan sifat-sifat teks sumber dengan menggunakan
keistimewaan bahasa penerima.
Memastikan sekurang-kurangnya terjemahan itu terasa tulen serta mudah
dan bersahaja perubahannya.
TOPIK 9 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN
PENDEKATAN
194
Alexander Fraser Tytler (1790) menerbitkan buku The Principles of Translation.
Tiga prinsip terjemahan yang dikemukakan oleh beliau, iaitu :
Sesuatu terjemahan itu hendaklah mengekalkan semua makna yang
terkandung dalam teks sumber.
Stail dan gaya karangan terjemahan itu mestilah sama sifatnya dengan stail
dan gaya teks sumber.
Kesan terjemahan itu mestilah dapat dirasakan seperti karangan tulen sahaja.
Tytler mengemukakan teknik yang agak moden dan dapat
dipertanggungjawabkan. Sebarang tambahan boleh dibuat sekiranya hal itu
mempunyai hubungan yang penting dengan makna asal atau dapat menjelaskan
lagi hal yang dibicarakan. Pengurangan perkataan perlu dilakukan jika
perkataan-perkataan itu tidak berfungsi dan hal itu tidak mencacatkan makna
asal. Beliau juga menekankan bahawa penulis mesti membuat keputusan sendiri
tentang kekaburan teks asal dan memilih makna yang secocok dengan konteks
terdekat. Beliau berpandangan bahawa menjadi satu kesalahan penterjemah
mengekalkan kekaburan atau keragaman dalam teks asal dan memberikan lebih
daripada satu makna. Kesimpulan, Dryden membuka zaman terjemahan yang
terlalu bebas manakala Tytler mengakhiri zaman tersebut.
Eugene Nida (1964) pula mengemukakan enam aspek penting dalam teori
terjemahan, iaitu penyalinan semula maklumat, persamaan bukan keserupaan,
persamaan sejadi/bersahaja (formal), persamaan terdekat (dinamik), keutamaan
makna, dan kepentingan gaya. Secara ringkas dapat menghuraikan pendekatan
Nida seperti Rajah 9.9 di bawah :
Rajah 9.9 : Pendekatan Nida (1964)
TOPIK 9 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN
PENDEKATAN
195
Pertama, dalam penyalinan semula maklumat, tugas utama penterjemah
ialah menyalin semula maklumat yang terkandung dalam teks asal ke dalam
bahasa penerima. Penterjemah tidak boleh lari daripada hakikat ini tetapi
tidak dapat dinafikan dalam proses penyalinan semula, maklumat tersebut
akan berlaku sedikit penyesuaian semula pada tatabahasa dan pilihan kata.
Implikasinya ialah bagi mengekalkan makna, gaya bahasa terpaksa
dikorbankan.
Kedua, persamaan bukan keserupaan. Penterjemah mestilah berusaha untuk
mencari persamaan bukan keserupaan atau identiti teks tersebut. Oleh itu
tugas penterjemah ialah menyalin semula maklumat bukan menyalin bentuk
bagaimana maklumat itu diungkapkan.
Ketiga, persamaan sejadi/bersahaja (formal). Terjemahan ini merupakan
usaha untuk mengekalkan bentuk bahasa sumber sedapat mungkin
walaupun ekspresi tersebut tidak begitu natural sebagaimana bahasa
sumber. Terjemahan yang baik ialah terjemahan yang tidak dirasakan teks
terjemahan apabila dibaca teks tersebut, malah kita seperti membaca teks asal
yakni kesinambungan pembaca tidak terganggu. Terjemahan ini hampir
sama dengan terjemahan kata demi kata. Terjemahan mestilah dilakukan
dengan menggunakan ciri-ciri bahasa Melayu (bahasa sasaran). Implikasinya
ialah teks sastera Inggeris tidak mungkin boleh diterjemahkan dengan
menggunakan bahasa Melayu klasik tetapi menggunakan bahasa Melayu
moden supaya teks tersebut seolah-olah baru ditulis. Perkara utama di sini
ialah terjemahan tidak boleh bersifat terjemahan kebudayaan tetapi
terjemahan bahasa semata-mata.
Keempat, persamaan terdekat (dinamik). Ini kerana tidak ada dua bahasa
yang menyerupai satu sama lain sama ada pada makna antara dua perkataan
dalam bahasa itu atau pada cara bagaimana perkataan-perkataan dalam
bahasa itu disusun mengikut peraturan nahunya. Tidak ada persamaan
mutlak antara bahasa-bahasa.
Kelima, keutamaan makna. Makna mestilah diberikan prioriti kerana
kandungan mesej itu yang mesti disampaikan oleh penterjemah. Hal ini
bermakna penterjemah perlu melakukan perubahan yang radikal supaya
maklumat yang disampaikan dapat dikekalkan dalam bahasa penerima.
Keenam, kepentingan gaya. Walapun gaya merupakan aspek kedua penting
berbanding dengan kandungan tetapi unsur ini juga tetap penting dalam
penterjemahan. Gaya yang baik akan memberikan kesan kepada sesuatu teks
khususnya dalam penterjemahan puisi yang seharusnya tidak berbentuk
prosa atau penjelasan. Bentuknya kekal. Sama juga halnya dengan pantun.
TOPIK 9 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN
PENDEKATAN
196
PENDEKATAN LANGSUNG DALAM
PENTERJEMAHAN
Apakah yang anda faham tentang pendekatan langsung? Terjemahan langsung
bermaksud pendekatan yang sedaya mungkin setia pada teks sumber dari segi
makna, nahu (sintaksis dan morfologi), gaya serta kesan terhadap pembaca asal.
Penterjemah cuba mencari kesempurnaan dan kemiripan teks asal sebaik
mungkin. Lazimnya pendekatan ini sangat sesuai dalam wacana sastera,
perundangan, agama dan teks kudus seperti al-Quran dan Injil. Abdullah Hasan
(2000) mengatakan bagi penterjemahan lama, mereka sangat mengutamakan
bentuk teks asal. Cara ini menyebabkan banyak kesilapan pada terjemahan yang
mereka hasilkan. Terjemahan langsung dibantu oleh tanggapan petunjuk
komunikasi (notion of communication clue). Petunjuk komunikasi bermaksud
potensi untuk menyampaikan interpretasi yang dikehendaki daripada bahasa
sumber berasaskan persekitaran kognitif asal.
Apakah ciri-ciri bagi pendekatan langsung? Ciri-ciri penterjemahan langsung
adalah seperti yang berikut:
Penterjemah harus bebas daripada konteks pendengar sasaran tetapi mereka
mesti bergantung pada konteks bahasa sumber.
Pendengar sasaran mesti membiasakan diri dengan konteks bahasa sumber.
Andaian yang disampaikan mestilah bersifat interpretif yang mempunyai
kemiripan maksimum antara bahasa sumber dan bahasa sasaran.
Penterjemah menumpukan perhatian kepada bentuk teks yang
diterjemahkan dan mengekalkan unsur-unsur stilistik seperti rima, rentak,
permainan kata karya bahasa supaya menyerupai teks asal.
Pendekatan yang dinyatakan di atas dapat dibahagikan kepada kelompok di
bawah:
Semantik
Formal
9.4
Berdasarkan buku tulisan George Mounin (1991) bertajuk Masalah Teori
Terjemahan, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, bincangkan masalah-
masalah yang terdapat dalam teori terjemahan.
AKTIVITI 9.3
TOPIK 9 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN
PENDEKATAN
197
Relevans
Harfiah
Literal
Pendekatan tidak langsung dapat diringkas berdasarkan Rajah 9.10 di bawah:
Rajah 9.10 : Pendekatan Tidak Langsung
9.4.1 Semantik
Aliran ini dominan pada kurun ke-15 hingga kurun ke-19 kerana kegiatan
terjemahan karya agung seperti teks sastera dan teks agama begitu aktif pada
masa itu. Apakah yang dimaksudkan dengan pendekatan semantik?
Terjemahan semantik atau makna menghuraikan makna konteks yang terdapat
dalam teks asal setepatnya, setakat yang dibenarkan oleh struktur dan sintaksis
bahasa sasaran (Newmark, 1992: 61).
Siapakah tokoh yang mengkaji pendekatan ini? Newmark (1981) mengatakan
terjemahan semantik lebih rendah mutunya daripada teks asal. Terjemahannya
sukar difahami kerana struktur nahunya masih lagi terpengaruh dengan nahu
bahasa sumber teks. Terjemahan jenis ini juga seolah-olah cuba mencipta semula
setepat-tepatnya nada dan sifat khusus teks asal. Apakah ciri-ciri penting bagi
sebuah pendekatan semantik? Apabila anda menggunakan pendekatan ini,
perkataan asal tidak disentuh langsung malah makna perkataan itu mesti
diterjemahkan ke dalam bahasa sasaran.
Terjemahan semantik hanya berkisar dalam budaya bahasa asal yakni
mengekalkan unsur budaya dalam teks sumber.
TOPIK 9 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN
PENDEKATAN
198
Terjemahan semantik hanya menolong pembaca memahami konotasi yang
melibatkan utusan dan mesej penting dalam teks asal.
Aliran ini menegaskan bahawa makna perkataan yang mengungkapkan
mesej sebenar teks asal lebih penting daripada isi dan bentuk sesuatu teks.
Selain itu, penterjemah juga cuba mengekalkan ideolek penulis yakni bentuk
ungkapan khusus bagi penulis asal lebih utama daripada semangat bahasa
sasaran.
Terjemahan semantik pada asasnya ditujukan khas kepada penulis teks asal
dengan harapan penulis tersebut dapat memahami karyanya dalam bentuk
terjemahan dan seterusnya dapat menilai karya tersebut (Newmark, 1981).
Penekanan terjemahan semantik terhadap makna yang terkandung dalam
setiap perkataan memperlihatkan kesesuaian kaedah ini bagi wacana
politik, saintifik, teknikal, teks keagamaan atau kitab suci atau ungkapan
peribadi. Bagi karya sastera klasik pula, kaedah ini akan mengekalkan zaman
dan budaya asalnya, selain slanga, dan dialek.
Newmark (1981) berpandangan terjemahan ini bersifat halus, lebih menyeluruh
serta kurang menggunakan kata pinjaman kerana unsur budaya diterjemahkan
secara langsung. Penterjemah aliran ini juga tidak dibenarkan sama sekali
mentafsir, mengadaptasi atau mengubah suai isi dan makna teks asal. Apakah
peranan pembaca dalam pendekatan terjemahan semantik? Pembacalah
berperanan sebagai pentafsir yang membuat tafsiran bagi apa-apa frasa
mengikut keperluan mereka.
9.4.2 Formal
Pendekatan formal diklasifikasikan sebagai jenis terjemahan langsung kerana
kesetiaan dengan teks sumber. Pendekatan formal bertujuan menghasilkan
terjemahan berkualiti dalam bentuk struktur nahu dan mesej teks asal. Cuma
bahasa yang membezakan teks asal dan teks terjemahan. Siapakah tokoh yang
mempelopori pendekatan ini? Pendekatan formal ialah aliran terjemahan yang
diperkenalkan oleh Eugene A. Nida (1964). Kaedah ini berlawanan dengan
terjemahan dinamik. Istilah formal berantonim dengan istilah dinamik.
Apakah ciri-ciri penting bagi pendekatan formal?
Pendekatan formal amat menekankan bentuk formal (bentuk asal) dan isi
kandungan teks yakni bentuk dan struktur asal tidak boleh diubah.
Pendekatan ini juga boleh digolongkan sebagai terjemahan langsung yang
setia kepada teks sumber.
TOPIK 9 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN
PENDEKATAN
199
Pendekatan ini bertujuan untuk menghasilkan terjemahan berkualiti dalam
bentuk struktur nahu dan mesej teks asal. Unsur yang membezakan teks asal
dengan teks terjemahan ialah bahasa.
Dalam kaedah ini, penterjemah tidak dibenarkan mengubah suai atau
mengadaptasi teks asal khususnya unsur budaya asal. Unsur budaya
mestilah dikekalkan selain unsur bentuk dan struktur wacana asal yakni
pemenggalan perenggan, tanda bacaan, koma dan noktah.
Pendekatan ini bagaimana pun membenarkan penterjemah membuat nota
kaki sebagai keterangan tambahan bagi memudahkan pembaca sasaran.
Inilah yang dilakukan dalam terjemahan kitab Injil. Hal ini perlu kerana
banyak unsur budaya, adat resam dan unsur geografi telah dikekalkan.
Siapakah yang sering menggunakan pendekatan ini? Pendekatan formal amat
sesuai untuk latihan amali seseorang penterjemah muda yang baru
berkecimpung dalam dunia terjemahan. Terjemahan formal tidak mempunyai
nilai guna yang tinggi untuk pembaca bahasa penerima kerana ciri-ciri khusus
pada bahasa sumber hanya bermakna dalam konteks bahasa itu sahaja. Apabila
ciri-ciri itu dipindahkan ke bahasa penerima, ciri-ciri itu tidak bermakna lagi
kerana tidak sesuai untuk pembaca.
9.4.3 Relevans
Siapakah yang memperkenalkan pendekatan ini? Teori relevans ini mula
diperkenalkan oleh Sperber dan Wilson (1986) yang dikatakan bersumber
daripada ilmu kognitif. Namun begitu teori relevans sebenarnya telah
dikembangkan oleh anak didik Sperber, iaitu Gutt (1992) yang menggolongkan
teori ini dalam pendekatan langsung. Apakah yang ditekankan dalam
pendekatan ini? Teori relevans dalam penterjemahan menitikberatkan budaya,
makna, dan kesan sebenar teks sumber. Kemiripan serupa dipentingkan yang
berbeza dengan pendekatan terjemahan bebas yang menterjemah sehingga ke
peringkat mentafsir. Teori relevans menekankan bentuk komunikasi yang dapat
difahami oleh penutur dan pendengar. Penutur (penulis teks) seharusnya
menjamin apa yang dibualkan benar-benar relevan dan mudah difahami oleh
pendengar (pembaca kedua dari segi penterjemah). Perbualan itu mestilah
mencapai kerelevanan yang optimal (Nor Hashimah, 1992).
Apakah ciri-ciri dalam pendekatan relevans?
Dalam teori relevans, terjemahan langsung dianggap sebagai petikan kata-
kata secara langsung. Oleh itu, aktiviti penterjemahan dikategorikan sebagai
penggunaan bahasa secara interpretif.
TOPIK 9 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN
PENDEKATAN
200
Petikan kata-kata secara langsung bermakna satu contoh ujaran komunikasi
yang dilafazkan atau ditulis bagi mengatakan kesamaan terhampir dengan
keaslian maksud teks asal (Sperber dan Wilson, 227 dipetik daripada Fauzi
Jumingan, 2003). Antara keistimewaan petikan langsung ialah kesamaannya
dan ketepatannya dengan teks asal dari segi bentuk leksikal dan struktur
ayat.
Kesetiaan dengan teks sumber (untuk penterjemahan) bukan setakat pada
apa yang dimaksudkan (makna) tetapi merangkumi juga cara bagaimana
(stilistik) maksud makna itu dipersembahkan. Dalam penterjemahan
langsung, segala ciri linguistik teks sumber dikekalkan. Dengan itu, khalayak
penterjemah mampu menstruktur semula makna teks sumber berdasarkan
makna yang dimaksudkan oleh penulis asal. Ini disebabkan teks sumber
mempunyai andaian kontekstual tersendiri yang perlu dikekalkan. Oleh itu,
konteks teks sumber juga dikekalkan dalam penterjemahan.
Apakah bidang yang sesuai bagi pendekatan relevans? Penerapan teori relevans
amat sesuai digunakan dalam penterjemahan teknikal khususnya penggunaan
konsep pinjam terjemah yang lazim digunakan dalam penggubalan istilah
teknikal, budaya dan konsep yang tidak mempunyai padanan dalam bahasa
sasaran (teks terjemahan).
9.4.4 Harfiah
Apakah yang anda faham tentang pendekatan harfiah? Terjemahan harfiah ialah
penterjemahan kata demi kata. Terjemahan harfiah bermaksud penterjemah
menterjemahkan perkataan teks sumber satu demi satu tanpa satu kata pun
ditinggalkan. Istilah ini mula diperkenalkan pada abad pertama sebelum masihi
oleh penulis Roman, iaitu Cicero dan Horace. Sehingga kurun ke-19, terjemahan
harfiah merupakan latihan amali yang berbau filologi bersumberkan pembaharu
budaya yang cuba menyelamatkan kesusasteraan. Terjemahan di sini dibuat
setepat mungkin berdasarkan makna sebenar teks. Terdapat pandangan yang
mengatakan bahawa aliran ini sama dengan literal. Walau bagaimanapun,
harfiah merupakan terjemahan yang paling setia dengan teks berbanding literal.
Hal ini disebabkan kesepadanan satu lawan satu dalam teks sumber
dibandingkan dengan teks sasaran tanpa mengira perbezaan kedua-dua bentuk.
Apakah ciri-ciri pendekatan harfiah?
Dalam linguistik, istilah harfiah dinamakan terjemahan struktur nahu
(Catford,1965:2).
Terjemahan ini melibatkan proses menterjemah sistem nahu kedua-dua
bahasa seperti pemilihan morfem yang sesuai. Kaedah ini sesuai digunakan
TOPIK 9 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN
PENDEKATAN
201
dalam kajian mengenai sistem nahu sesuatu bahasa asing beroperasi bagi
individu yang mempunyai pengetahuan bahasa asing yang terhad.
Catford juga mengkelaskan terjemahan ini sebagai terjemahan menyeluruh
kerana terjemahan ini melibatkan morfem, kata, frasa, klausa, dan ayat.
Lazimnya terjemahan ini melibatkan dua bahasa serumpun seperti bahasa
Inggeris dan bahasa Perancis. Namun begitu konsep ini kurang sesuai bagi
dua bahasa yang berbeza sistem nahunya.
9.4.4 Literal
Apakah perbezaan antara pendekatan harfiah dengan pendekatan literal?
Terjemahan literal dimaksudkan sebagai pendekatan yang setia pada teks
sumber dengan menumpukan kepada salah satu struktur atau bentuk nahu
bahasa teks asal sahaja. Terjemahan ini masih memelihara kemurnian nahu
bahasa sumber tetapi pada masa yang sama menjaga kegramatisan nahu bahasa
sasaran. Ciri ini membezakannya dengan aliran terjemahan harfiah yang patuh
dan setia sepenuhnya dengan nahu bahasa sumber.
Apakah ciri-ciri pendekatan literal?
Terjemahan literal masih bersifat relatif dan telus kerana terjemahan jenis ini
masih lagi menghormati konsep kebebasan menterjemah pada hierarki nahu
tertentu.
Terjemahan literal diklasifikasikan sebagai terjemahan langsung kerana
pendekatan ini masih mengekalkan bentuk dan struktur nahu bahasa sumber
meskipun tidak semuanya.
Kesetiaan pendekatan ini lebih kepada unsur nahu dan bukan unsur budaya.
Dari segi strategi penterjemahan, terjemahan literal dianggap jelas dan jujur
khususnya dalam penterjemahan teks teknikal. Malah dalam penterjemahan
moden khususnya teks bukan sastera, banyak penterjemah menggunakan
pendekatan literal kerana pendekatan ini sehampir mungkin sama dengan
keaslian dan ketulenan teks asal.
Pendekatan ini mengekalkan salah satu bentuk teks asal seperti morfem atau
fonetik.
Terjemahan literal merupakan salah satu strategi dalam menterjemahkan karya
puisi yang dilakukan oleh Lefevere (1975). Walau bagaimanapun, bagi
terjemahan puisi, terjemahan menyeluruh untuk semua bentuk nahu seperti
terjemahan harfiah tidak digalakkan.
TOPIK 9 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN
PENDEKATAN
202
(a) Huraikan empat jenis pendekatan langsung dalam penterjemahan.
(b) Bincangkan klasifikasi yang diputuskan oleh Nida dalam teori
penterjemahan yang dikemukakannya.
PENDEKATAN TIDAK LANGSUNG DALAM
PENTERJEMAHAN
Terjemahan tidak langsung merupakan pendekatan yang kurang setia dengan
teks asal. Pendekatan ini membenarkan penterjemah mengadaptasi, mengubah
suai, menokok tambah, dan membuang unsur-unsur morfologi, sintaksis,
semantik, stilistik dan bentuk wacana asal. Pendekatan ini menekankan pembaca
sasaran sebagai khalayak utama bagi sebuah karya terjemahan. Pendekatan ini
juga menekankan keselesaan pembaca sesebuah karya terjemahan tidak
menghadapi sebarang kesukaran semasa membaca teks terjemahan. Penterjemah
adakalanya mentafsir bagi pihak pembaca. Pendekatan ini sesuai bagi karya
ilmiah, akhbar dan bacaan umum. Pendekatan yang dinyatakan di atas dapat
dibahagikan kepada kelompok di bawah:
Komunikatif
Dinamik
Bebas
Idiomatik
Pendekatan tidak langsung dapat diringkas berdasarkan Rajah 9.11 di bawah:
9.5
AKTIVITI 9.4
Pilih satu teks terjemahan kreatif dan bincangkan pendekatan yang telah
digunakan oleh penterjemah tersebut.
SEMAK KENDIRI 9.2
TOPIK 9 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN
PENDEKATAN
203
Rajah 9.11: Pendekatan Tidak Langsung
9.5.1 Komunikatif
Apakah yang dimaksudkan dengan komunikatif? Komunikatif bermaksud
penterjemah akan menghasilkan terjemahan yang mempunyai kesan pada
pembacanya yang sehampir mungkin seperti kesan yang terdapat pada pembaca
teks asal. Terjemahan merupakan satu bentuk komunikasi yang merujuk kepada
hubungan antara penulis sumber dengan pembaca sasaran melalui penterjemah
sebagai perantara. Penterjemahan komunikatif lebih banyak menumpukan
kepada pembaca kedua, yang sudah pasti mengharapkan pembacaan yang
lancar tanpa kesamaran dan sebanyak mungkin pemindahan unsur asing ke
dalam budaya dan juga bahasanya.
9.5.2 Dinamik
Apakah yang dimaksudkan dengan dinamik? Terjemahan dinamik bermaksud
bahawa mesej teks asal yang hendak disampaikan ke dalam teks sasaran sama
dari segi kesan pembacaan. Teori dinamik Nida ini menggunakan tiga kata
kunci: persamaan, terdekat dan bersahaja. Pendekatan dinamik memerlukan tiga
proses penting, iaitu proses analisis, proses pemindahan mesej dan proses
menstruktur semula nahu bahasa sasaran. Terjemahan dinamik tidak
mengandungi unsur-unsur import unsur asing yakni tidak berbau terjemahan
sebaliknya seperti ditulis dalam bahasa penerima. Bagi terjemahan dinamik,
yang serupa bukanlah jumlah perkataan tetapi jumlah idea, yakni jumlah
maklumat perlu sama tidak ada maklumat yang tertinggal atau ditokok
tambah.
Menurut Nida, pendekatan dinamik sesuai diterapkan dalam penterjemahan
Injil kerana bahasa asal teks Injil sukar difahami oleh masyarakat Kristian moden
pada masa kini. Selain itu, pendekatan ini sesuai diterapkan dalam
TOPIK 9 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN
PENDEKATAN
204
penterjemahan kreatif seperti cerpen dan novel. Istilah pendekatan dinamik
menghasilkan empat pedoman yang perlu menjadi pegangan penterjemah, iaitu:
Keselarasan konteks pembaca sasaran lebih diutamakan daripada cara
sesuatu maklumat dikemukakan atau keselarasan perkataan demi perkataan.
Dua perkataan yang yang sama mungkin berlainan ertinya dalam konteks
tertentu. Terjemahan mestilah menepati konteks.
Persamaan dinamik hendaklah diutamakan daripada keselarasan formal.
Penerimaan pembaca yang ditekankan supaya pembaca teks asal dan teks
terjemahan mengalami kefahaman, perasaan dan tindakan yang sama.
Bentuk-bentuk bahasa yang didengar hendaklah diutamakan lebih dahulu
daripada bentuk bertulis. Dalam kes tertentu apabila teks itu akan lebih
banyak didengar daripada dibaca sendiri dalam hati.
Keperluan pembaca sasaran hendaklah lebih diutamakan daripada bentuk
bahasa. Ini akan membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh
pembaca teks terjemahan.
9.5.3 Bebas
Apakah yang dimaksudkan dengan bebas? Terjemahan bebas menumpukan
kepada teks sasaran agar teksnya kelihatan bersahaja, sejadi, dan memudahkan
pembaca kedua. Perkataan dalam teks asal kurang diberikan perhatian. Kaedah
ini juga dikenali sebagai sense for sense translation (terjemahan secara makrifat)
serta berlawanan dengan istilah terjemahan literal dan terjemahan harfiah (kata
demi kata).
Secara linguistiknya, terjemahan bebas bermaksud pengadaptasian atau
penyesuaian pada peringkat tertinggi dalam sistem nahu kedua-dua bahasa
yang terlibat. Dengan kata lain, penterjemah hanya mengambil isi dan maklumat
penting sahaja dalam teks sumber tetapi mengubah, mengadaptasi, membuang,
dan membetulkan segala bentuk dan struktur nahu teks asal. Apakah ciri-ciri
pendekatan ini?
Terjemahan bebas lebih berorientasikan teks sasaran berbanding terjemahan
literal yang juga mementingkan teks sasaran tetapi dalam ruang lingkup
yang cukup terbatas.
Dalam terjemahan bebas, pesanan, amanat dan mesej amat diberikan
perhatian. Bentuk bahasa asal kurang ditumpukan. Oleh itu, penterjemah
sedaya upaya menyampaikan maklumat dengan segala kemampuan dan
kreativiti yang ada.
TOPIK 9 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN
PENDEKATAN
205
Anda akan mendapati bakat penterjemah amat penting untuk menghasilkan
terjemahan yang mengandungi gagasan dan pengalaman penulis asalnya
dengan penambahan gagasan dan pengalaman penterjemah sendiri. Karya
ini akan menjadi lebih menarik kerana penterjemah akan menitikberatkan
segala peraturan kebahasaan teks sumber di samping mengutamakan
pesanan dan amanat asal yang harus disampaikan.
Walau bagaimanapun, terdapat juga penterjemah bebas yang terlalu bebas
dalam penterjemahannya sehingga menyimpang jauh daripada tugas sebenar
penterjemahan. Hal ini seharusnya ditangani dengan lebih berhati-hati sekiranya
penterjemah ingin berbuat demikian.
9.5.4 Idiomatik
Idiom ialah bentuk ungkapan yang unik yang terdapat dalam sesuatu bahasa.
Kemampuan seseorang untuk menterjemah bentuk-bentuk idiom daripada satu
bahasa kepada bahasa yang lain sangat bergantung kepada penguasaan bahasa
sumbernya. Penterjemah dapat menterjemahkan idiom-idiom itu sekiranya dia
memang mengetahui maknanya.
Apakah yang dimaksudkan dengan pendekatan idiomatik? Pendekatan ini
bermakna penterjemah akan menterjemahkan makna teks asal semurni mungkin
tetapi dalam acuan bahasa teks sasaran seasal mungkin. Dengan perkataan lain,
mesej teks sumber diterjemah setepat mungkin tetapi dalam bahasa sasaran
kelihatan terjemahan itu bersahaja dan tidak berbau terjemahan. Pengetahuan
mengenai makna perkataan-perkataan tertentu dalam bahasa itu atau hukum
tatabahasanya tidak dapat membantu dia mengetahui sama sesuatu bentuk itu
mesti ditafsirkan sebagai idiom atau tidak, lebih-lebih lagi jika idiom itu bukan
daripada jenis perumpamaan. Perumpamaan ialah idiom yang mudah dicamkan
walaupun maknanya tidak mudah ditafsirkan.
Apakah ciri-ciri pendekatan ini?
Terjemahan ini tidak menepati makna sepenuhnya. Penterjemah bebas
memilih, sama ada menggunakan cara semantik, komunikasi atau kedua-dua
sekali untuk mencapai persamaan terdekat. Hal ini bergantung kepada
personaliti penterjemah dan nilai estetik.
Tidak ada sistem yang tepat untuk menterjemah idiom, peribahasa,
metafrasa dan kata nama. Sekiranya terdapat yang sepadan dalam bahasa
Melayu, penterjemah harus menggunakannya.
Mesej teks sasaran dapat dibaca oleh pembaca sasaran sama seperti dalam
teks asal. Hal ini dapat dicapai bukan setakat penstrukturan semula dan
TOPIK 9 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN
PENDEKATAN
206
pengadaptasian struktur tetapi juga dengan menyatakan secara tersurat apa
yang diniatkan oleh penulis asal.
Sekiranya terdapat perkara yang kabur, taksa dan makna mengelirukan,
penterjemah perlu menjelaskan dalam teks terjemahan secara eksplisit
(tersurat).
Sejarah penterjemahan buku di Malaysia lebih tertumpu kepada terbitan
buku-buku agama (tauhid, usuludin, fekah, dan tasauf).
PKM, DBP, UM, PPM, UM, ITNM merupakan badan kerajaan dan bukan
kerajaan yang terlibat dalam penterjemahan.
Zaba merupakan tokoh yang banyak membantu pemantapan kegiatan
penterjemahan melalui PKM.
Konsep dan definisi istilah terjemah, penterjemah dan penterjemahan.
Lima perkara asas bagi keperluan seorang penterjemah:
Mengetahui bahasa sumber dengan baik
Mengetahui bahasa sasaran dengan baik
Mengetahui subjek yang hendak diterjemahkan
(a) Huraikan konsep komunikatif dalam penterjemahan.
(b) Bezakan pendekatan bebas dengan pendekatan dinamik dalam
penterjemahan.
SEMAK KENDIRI 9.3
AKTIVITI 9.5
Pilih satu filem yang mempunyai sari kata dalam bahasa Melayu dan
analisis teks tersebut berdasarkan teori dan pendekatan dalam
penterjemahan.
TOPIK 9 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN
PENDEKATAN
207
Mengetahui teori dan proses terjemahan
Mengetahui latar belakang budaya dan bahasa sumber dan bahasa
sasaran
Teori terjemahan ialah cabang ilmu linguistik yang menghuraikan aspek-
aspek bahasa, kebudayaan dan komunikasi yang berperanan dalam amalan
terjemahan.
Etienne Dolet (1509-1546), Dryden (1697) George Campbell (1789), Alexander
Fraser Tytler (1790) dan George Steiner (1975) merupakan antara beberapa
tokoh yang membicarakan tentang teori penterjemahan.
Eugene Nida (1964) pula mengemukakan enam aspek penting dalam teori
terjemahan, iaitu:
Penyalinan semula maklumat
Persamaan bukan keserupaan
Persamaan sejadi/bersahaja (formal)
Persamaan terdekat (dinamik)
Keutamaan makna
Kepentingan gaya
Terjemahan langsung bermaksud pendekatan yang sedaya mungkin setia
pada teks sumber dari segi makna, nahu (sintaksis dan morfologi), gaya serta
kesan terhadap pembaca asal. Penterjemahan langsung dibahagikan kepada
kelompok semantik, formal, relevans, harfiah dan literal.
Terjemahan tidak langsung merupakan pendekatan yang kurang setia
dengan teks asal.
Pendekatan tidak langsung dapat dibahagikan kepada kelompok
komunikatif, dinamik, bebas dan idiomatik.
TOPIK 9 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN
PENDEKATAN
208
Bahasa sasaran
Bebas
Dinamik
Formal
Harfiah
Idiomatik
Komunikatif
Literal
Penterjemah
Penterjemahan
Relevans
Semantik
Teori terjemahan
Terjemah
Abdullah Hassan dan Ainon Muhamad. (2000). Teknik dan teori
terjemahan. Kuala Lumpur: Persatuan Penterjemah Malaysia.
Abdullah Sanusi Ahamad (1966). Peranan pejabat karang mengarang.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Ainon Muhamad (1980). Pengantar Terjemahan. Kuala Lumpur :
Penerbitan Adabi.
Belham K. (2002). Sejarah Awal Penerbitan Terjemahan. Jurnal Dewan
Bahasa. September, hlm. 30 35.
Catford, J.C. (1965). A linguistic theory of translation. London: Oxford
University Press.
Bozena Henisz-Dostert, R.Ross Macdonald [and] Michael Zarechnak (1979)
Machine translation. The Hague: Mouton Publishers.
Fauzi Jumigan. (2001). Aliran dan teori Penterjemahan Moden. Monograf
Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu, Bil. 6 Julai 2001. Serdang :
Universiti Putra Malaysia.
Finlay, Ian. (1971). Translating. Edinburgh: The University Press Limited.
Harun al-Rashid, (1991). The Usuli Scholars on Language and Translation
Problem dlm. Pragmatik penterjemahan ; prinsip dan Amalan
Menuju Ke Abad 21. Prosiding Penterjemahan Antarabangsa ke-3
pada 27 Ogos 1991.
TOPIK 9 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN
PENDEKATAN
209
George Steiner. 1975. After Babel : Aspects of language and translation.
New York, USA : Oxford University Press.
Kamus Dewan. (1986). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Newmark, Peter. (1981. Approaches to translation. Oxford: Pergamon.
Nida, E.A. & C.R. Taber, 1974. The theory and practice of translation.
Leiden : E.J. Brill, Leiden.
Nida, E.A. (1964). Towards a science of translation. Leiden: E. J. Brill.
Nor Hashimah Jalaluddin. (1993). Terjemahan atau Tafsiran: Satu Konflik
Jurnal Dewan Bahasa, Jilid 37 Bil.12 Disember 1993 hlm. 1102-1108.
Norizah Ardi. (1994). Terjemahan Sepintas Lalu. Pelita Bahasa. Oktober.
Norizah Ardi 2000. Perkembangan dan Fungsi Terjemahan Sebelum
Merdeka. Jurnal Dewan Bahasa Jilid 44. Bil. 9 September, hlm. 975-
988.
Hajah Samsiah Haji Mohd. Diah. (1995). Karya kreatif Steinbeck: Satu
penilaian berdasarkan model penulisan karya kreatif. Latihan Ilmiah,
Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Le Feal, Karla Dejean. (1987). Putting translation theory into practice. Tel
Aviv: Babel.
Puteri Roslina Abdul Wahid. (2007). Pengantar penterjemahan Bahasa
Melayu. Puchong: Scholar Press Sdn. Bhd.
Ramli Saleh. (1987). Sebab-sebab kesalahan bahasa di dalam penterjemahan.
kesalahan bahasa dalam Bahasa Malaysia Abdullah Hasan, Mashudi
Kader dan Hasnah Ibrahim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Shahrudin Ali (2005). kertas kerja berjudul Cabaran, insiatif dan dasar
penterjemahan dan globalisasi ilmu: Perspektif ITNMB
dibentangkan dalam Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke-10
di Sabah.
Sharifah Haji Malek. (1996). Usaha-usaha penterjemahan di Malaysia.
Universiti Malaya: Latihan Ilmiah.
Susan Bassnett. (1980). Translation studies. England: Routledge.
Schulte,rainer. (1992). Theories of translation: An anthology of essays from
Dryden to Derrida. Chicago, USA : University of Chicago Press.
Teoh Boon Seong & Ng Beng Lean. (1994).Masalah terjemahan brosur
bank Jurnal Dewan Bahasa, Jilid 38, Bil 2 Februari 1994 hlm. 150 -
161.
TOPIK 9 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN
PENDEKATAN
210
Tytler, Alexander Fraser. (1978). Essays on The Principles of Translation.
Amsterdam: John Benjamin B.V.
Van Slype, G., Guinet, J.F. Seitz, F. & Benejam, R., (1983). Better Translation
for Better Communication. London: Pergamon Press.
Woodhouselee, Alexander Fraser Tytler. (1978). Essays on the principles of
translation. Amsterdam: John Benjamins.

Anda mungkin juga menyukai