Anda di halaman 1dari 14

1

2

Nabi Sulaiman a.s. () ialah anak Nabi Daud a.s. Allah SWT
mengangkatnya sebagai nabi dan rasul. Setelah baginda cukup umur dan
ayahandanya wafat, baginda dilantik menjadi raja di kerajaan Bani Israel. Nabi
Sulaiman berkuasa tidak hanya ke atas manusia, bahkan binatang dan makhluk
halus seperti jin dan lain-lain. Baginda juga boleh memahami bahasa semua
binatang.
Istana Nabi Sulaiman sangat indah. Ia
dibina hasil gotong royong antara manusia,
binatang, dan jin. Dinding istananya diperbuat
dari batu pualam, tiang dan pintunya dari emas
dan tembaga, atapnya dari perak, manakala
hiasan dan ukirannya dari mutiara dan berlian.
Pasir di taman milik baginda juga ditaburi
mutiara.
Sejak baginda masih kanak-kanak,
baginda sudah menunjukkan tanda-tanda
kecerdasan, ketajaman otak, kepandaian berfikir dan ketelitian ketika mengambil
sesuatu keputusan.
Suatu peristiwa yang memperlihat kebijaksanaan otak Nabi Sulaiman ialah
semasa baginda menghadiri persidangan negara bersama ayahandanya. Pada
masa itu, baginda baru berusia 11 tahun. Di dalam persidangan tersebut, dua orang
telah datang mengadu dan meminta Nabi Daud untuk menyelesaikan persengketaan
mereka; kebun tanaman salah seorang daripada lelaki
itu telah dimasuki oleh kambing-kambing ternakan
kawannya pada waktu malam. Hal ini menyebabkan
tanamannya rosak sebelum dia sempat menuainya.
Kawan yang diadukan juga mengakui kebenaran aduan
itu namun dia berasa tidak adil jika dia perlu membayar
ganti rugi kerana dia tidak berniat untuk membiarkan
ternakannya menceroboh kebun orang lain.
Oleh itu, Nabi Daud memutuskan bahawa si
penternak kambing harus menyerahkan kambing-
kambingnya kepada pemilik kebun sebagai ganti rugi
kerana cuai dalam menjaga ternakannya. Mendengar
keputusan yang dijatuhkan itu, Nabi Sulaiman pun berkata,
"Wahai ayahku, menurut
pertimbanganku keputusan yang
diambil seharusnya berbunyi
sedemikian: Kepada pemilik kebun
yang telah musnah tanamannya
hendaklah menerima haiwan
ternakan jirannya untuk dipelihara,
3

diambil hasil dan dimanfaatkan bagi keperluannya. Kebunnya pula perlu diserahkan
kepada si penternak kambing dan dikerjakan sehingga ia kembali kepada keadaan
asal. Dengan ini, kedua-dua pihak tidak akan memperoleh keuntungan atau
kerugian yang lebih daripada sepatutnya."
Cadangan yang diusulkan oleh Nabi Sulaiman itu disambut baik oleh dua
orang pengadu tadi, juga setiap orang yang berada di dalam persidangan itu.
Mereka kagum dengan kepandaian dan keberanian baginda melahirkan pendapat
meski baginda masih muda.
Bertitik tolak daripada peristiwa itu, kewibawaan Nabi Sulaiman semakin
terserlah dan ia juga dilihat sebagai bibit permulaan kenabian baginda.
Memandangkan kecerdasan akal yang ditonjolkannya, Nabi Daud menaruh
kepercayaan kepada baginda dengan mempersiapkannya sebagai penmerintah
kerajaan. Namun, kekanda Nabi Sulaiman, Absyalum tidak meredai beliau
melangkah bendul dalam heriarki pemerintahan dan mendakwa dia yang sepatutnya
dilantik menjadi putera mahkota. Absyalum mahu mendapatkan takhta itu daripada
ayahanda dan adindanya. Justeru, dia mula menunjukkan sikap baik terhadap rakyat
untuk meluaskan pengaruh.
Sampai suatu ketika,
Absyalum mengisytiharkan dirinya
sebagai raja dan merampas
kekuasaan ayahandanya sendiri.
Tindakannya itu mengakibatkan
huru-hara dalam kalangan Bani
Israel. Melihat keadaan tersebut,
Nabi Daud keluar dari
Baitulmaqdis, menyeberangi
Sungai Jordan dan menuju ke
Bukit Zaitun. Di situ, Nabi Daud
berdoa memohon petunjuk Allah supaya menyelamatkan kerajaannya daripada
dimusnahkan oleh anakandanya yang derhaka. Allah segera memberikan petunjuk
kepada Nabi Daud, iaitu memerangi Absyalum. Namun, sebelum memulakan
peperangan, Nabi Daud berpesan kepada bala tenteranya supaya tidak membunuh
anakandanya itu malah jika boleh ditangkap hidup-hidup. Walaubagaimanapun,
kuasa Allah melebihi segalanya dan ditakdirkan Absyalum mati ketika bertarung
dengan tentera bapanya.
Nabi Daud kembali ke Baitulmaqdis lalu menghabiskan sisa hidupnya selama
40 tahun di istana sebelum melepaskan takhta kepada Nabi Sulaiman. Kewafatan
ayahandanya memberikan kuasa penuh kepada baginda untuk memimpin Bani
Israel berpandukan kebijaksanaan yang dimilikinya. Firman Allah bermaksud: Dan
Kami kurniakan kepada Nabi Sulaiman kuasa menggunakan angin untuk
perjalanannya: sepagi perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa
sebulan, dan sepetang perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa
4

sebulan; dan Kami alirkan baginya mata air dari tembaga; dan (Kami
mudahkan) sebahagian dari jin untuk bekerja di hadapannya dengan izin
Tuhannya. Dan sesiapa dari jin itu yang menyeleweng dari perintah Kami,
Kami akan merasakannya (pukulan) dari azab api neraka.





























5

Nabi Sulaiman dan mukjizatnya

Nabi Sulaiman a.s. adalah salah seorang hamba Allah SWT yang terpilih
dalam kalangan hamba-Nya yang diberi kelebihan hikmah dan ilmu serta mukjizat
yang besar.
Antara mukjizat baginda ialah boleh memahami dan berinteraksi dengan jin
dan haiwan. Allah SWT juga telah memerintahkan angin kencang untuk membawa
Nabi Sulaiman a.s. ke sesuatu tempat, di samping menundukkan segolongan
syaitan dan jin supaya berkhidmat dengan baginda.





Allah berfirman dalam Surah al-Naml:
Dan sesungguhnya kami telah mengurniakan ilmu pengetahuan kepada
Nabi Daud dan Nabi Sulaiman; dan mereka berdua bersyukur dengan berkata:
"Segala puji tertentu bagi Allah yang dengan limpah kurnia-Nya memberi kami
kelebihan mengatasi kebanyakan hamba-hambaNya yang beriman". Dan Nabi
Sulaiman mewarisi (pangkat kenabian dan kerajaan) Nabi Daud; dan (setelah
itu) Nabi Sulaiman berkata: "Wahai umat manusia, kami telah diajar mengerti
bahasa pertuturan burung, dan kami telah diberikan serba sedikit dari tiap-tiap
sesuatu (yang diperlukan); sesungguhnya yang demikian ini adalah limpah
kurnia (dari Allah) yang jelas nyata".




6

Nabi Sulaiman dan semut

Suatu hari, sewaktu Nabi Sulaiman berjalan-
jalan, baginda terserempak dengan seekor semut
yang sedang mengangkat buah kurma. Baginda
terus mengamati semut itu sebelum memanggilnya
dan bertanya, Wahai semut kecil! Buah kurma itu
untuk apa?. Si semut menjawab, Ini adalah kurma
yang Allah SWT beri kepadaku sebagai makananku
selama satu tahun.
Nabi Sulaiman kemudian mengambil sebuah
botol lalu baginda berkata kepada si semut, Wahai semut. Masuklah kamu
ke dalam botol ini. Aku telah membahagikan kurma ini kepada dua dan aku
akan berikan separuh kepadamu untuk dimakan selama setahun. Aku akan
datang lagi pada tahun hadapan untuk melihat keadaanmu.
Setahun telah berlalu. Nabi Sulaiman datang melihat keadaan si
semut. Baginda mendapati kurma yang ditinggalkan kepada si semut itu tidak
banyak berkurang lalu baginda bertanya, Wahai semut mengapa kamu tidak
menghabiskan kurmamu?
Si semut pun menjawab, Wahai Nabi Allah, aku hanya menghisap air
dari kurma ini dan aku banyak berpuasa. Selama ini Allah SWT
memberikanku sebutir kurma setiap tahun tetapi pada kali ini engkau telah
memberiku separuh kurma sahaja. Aku takut tahun depan engkau tidak
memberi kurma lagi kepadaku kerana engkau bukanlah Allah Pemberi
Rezeki

Pada suatu masa yang lain, Nabi
Sulaiman dan pengikutnya sedang
berjalan-jalan. Apabila rombongan baginda
sampai di lembah semut, maka seekor
semut melaung kepada rakan-rakannya,
Hai semut-semut! Masuklah kamu ke
dalam sarang-sarangmu agar kamu tidak
dipijak oleh Sulaiman dan tentaranya
kerana mereka tidak perasan akan kita.
Nabi Sulaiman tersenyum mendengar kata-kata semut itu lantas
berdoa, Ya Tuhanku, berilkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat
yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada orang tuaku dan
untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku
dengan rahmat-Mu bersama-sama hamba-hamba-Mu yang soleh.




7


Nabi Sulaiman dan burung Hud-Hud

Sewaktu Nabi Sulaiman sedang mengadakan perjumpaan dengan
rakyatnya, baginda mendapati burung Hud-Hud tiada di dalam kumpulan
burung yang lain.
Mengapa aku tidak melihat hud-hud? Adakah dia tidak hadir?
Sesungguhnya aku akan menghukumnya dengan hukuman yang setimpal,
atau benar-benar menyembelihnya kecuali jika dia datang kepadaku dengan
alasan yang munasabah.















Tidak lama kemudian, burung Hud-Hud datang lalu ia berkata, "Aku
dapat mengetahui secara meliputi akan perkara yang engkau tidak cukup
mengetahuinya, dan aku datang kepadamu dari negeri Saba' dengan
membawa khabar berita yang diyakini kebenarannya. Sesungguhnya aku
dapati seorang perempuan memerintah mereka dan ia telah diberikan
kepadanya (serba sedikit) dari tiap-tiap sesuatu (yang
diperlukan) dan ia pula mempunyai singgahsana yang
besar. Aku dapati raja perempuan itu dan kaumnya
sujud kepada matahari dengan meninggalkan ibadat
menyembah Allah, dan syaitan pula memperelokkan
pada pandangan mereka perbuatan (syirik) mereka,
lalu menghalangi mereka dari jalan (yang benar); oleh
itu mereka tidak beroleh petunjuk, (Mereka dihalangi
oleh syaitan) supaya mereka tidak sujud menyembah
Allah
Maka Nabi Sulaiman membalas, Akan kami
lihat sama ada kamu benar atau kamu termasuk
dalam kalangan orang yang berdusta. Pergilah
8

dengan (membawa) suratku ini dan jatuhkan kepada mereka, kemudian kamu
berpalinglah dari mereka lalu perhatikanlah apa yang mereka bicarakan.










































9

Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis

Setelah mendengar berita daripada burung Hud-Hud, Nabi Sulaiman
mengarahkannya untuk mengutuskan surat mengandungi nasihat agar
menyembah Allah kepada Ratu Balqis. Namun, selesai membaca surat
tersebut, Ratu Balqis bertindak menghantar utusan bersama hadiah kepada
baginda.
Dalam Al-Quran diceritakan:
Maka apabila (utusan pembawa hadiah itu) datang menghadap
Nabi Sulaiman, berkatalah Nabi Sulaiman (kepadanya): "Tidaklah patut
kamu memberikan kepadaku pemberian harta benda, kerana apa yang
telah diberikan Allah kepadaku lebih baik dari apa yang telah diberikan-
Nya kepada kamu; (bukan aku yang memandang kepada pemberian
hadiah) bahkan kamulah yang bergembira dengan hanya kekayaan yang
dihadiahkan kepada kamu (atau yang kamu hadiahkan dengan perasaan
megah). "Kembalilah kepada
mereka, (jika mereka tetap
tidak mahu beriman) maka
sesungguhnya Kami akan
mendatangi mereka dengan
angkatan tentera yang
mereka tidak terdaya
menentangnya, dan kami
akan mengeluarkan mereka
dari negeri Saba' dengan
keadaan hina, menjadi orang-
orang tawanan."

Utusan itu kembali ke negeri Saba dan menceritakan pengalaman
yang dialami di Yaman sehingga Ratu Balqis berhajat untuk berjumpa sendiri
dengan Nabi Sulaiman. Keinginan Ratu Balqis itu diketahui oleh Nabi
Sulaiman terlebih dulu lalu baginda memerintahkan tenteranya yang terdiri
daripada manusia, haiwan dan jin untuk membuat persiapan bagi menyambut
kedatangannya. Nabi Sulaiman juga memerintahkan pasukannya supaya
membawa singgahsana Ratu Balqis ke istananya.





10

Pada ayat 38 hingga 40 di dalam surat Al-Naml ada diceritakan :
38. Berkata Sulaiman: Wahai
pembesar-pembesarku, siapakah
diantara kamu sekalian yang sanggup
membawa singgahsananya (Ratu
Balqis) kepadaku sebelum mereka
datang kepadaku sebagai orang yang
berserah diri.
39. Berkata Ifrit (yang cerdik)
dari golongan jin: Aku akan datang
kepadamu sebelum kamu berdiri dari
tempat dudukmu; sesungguhnya aku
benar-benar kuat untuk membawanya
lagi dapat dipercaya.
40. Berkatalah seorang yang
mempunyai ilmu dari buku-buku: Aku
akan membawa singgasana itu
kepadamu sebelum matamu berkedip. Maka tatkala Sulaiman melihat
singgasana tersebut berada di hadapannya, ia pun berkata: Ini
termasuk kurnia Tuhanku untuk menguji apakah aku bersyukur atau
mengingkari nikmat-Nya. Dan barang siapa yang bersyukur maka
sesungguhnya dia bersyukur untuk kebaikan dirinya sendiri dan barang
siapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Mulia.
Setibanya Ratu Balqis di istana Nabi Sulaiman, baginda bertanya,
Seperti inikah singgahsanamu? di mana Ratu Balqis menjawab, "Ya,
memang sama seperti singgahsanaku"
Ratu Balqis kemudian dipersilakan masuk ke dalam istana Nabi
Sulaiman. Walaupun begitu, ketika berjalan di istana itu, Ratu Balqis
terpedaya sekali lagi kerana dia menyangka ada air pada lantai istana
menyebabkan dia menyelak kainnya.
Firman Allah yang
bermaksud: Dikatakan
kepadanya; masuklah ke
dalam istana. Maka
tatkala dia (Ratu Balqis)
melihat lantai istana itu,
dikiranya ada air yang
besar lalu disingkapkan
kedua betisnya.
Berkatalah Sulaiman;
Sesungguhnya ia lantai
11

istana yang diperbuat daripada kaca". Berkatalah Balqis; "Ya Tuhanku,
sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah
diri bersama Sulaiman dan kepada Allah, Tuhan semesta alam."
Peristiwa tersebut menyebabkan Ratu Balqis berasa sangat malu dan
menyedari kelemahannya, lantas memohon ampun di atas kesilapannya.
Ratu Balqis akhirnya diperisterikan oleh Nabi Sulaiman.
12













































13













































14

Kewafatan Nabi Sulaiman

Al-Quran mengatakan bahawa tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan
kematian Nabi Sulaiman kecuali anai-anai yang memakan tongkatnya yang baginda
sandar kepadanya ketika rohnya dicabut.

Para jin yang sedang
mengerjakan bangunan di atas
perintahnya juga tidak
mengetahui bahawa Nabi
Sulaiman telah wafat
kecuali selepas mereka melihat
baginda jatuh tersungkur ke
lantai setelah tongkatnya
dimakan oleh anai-anai.



Berbagai-bagai versi cerita turut dikaitkan orang berkenaan ayat yang
menceritakan kewafatan Nabi Sulaiman. Walaupun begitu, disebabkan cerita-cerita
tersebut tidak diperkuat oleh mana-mana hadis yang sahih, maka majoriti memilih
untuk berpegang kepada Al-Quran sahaja.

Anda mungkin juga menyukai