Anda di halaman 1dari 8

GARIS PANDUAN

PENGIRAAN
NISBAH PLOT
DAN KAWASAN
PLINTH




























1.0 DEFINISI NISBAH PLOT

Nisbah plot adalah satu ukuran intensiti pembangunan yang di cadangkan
berbanding dengan keluasan tapak. Berdasarkan Bahagian 1, Seksyen 2 - Akta
267, Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan, 1982 mendefinisikan Nisbah Plot
sebagai nisbah di antara jumlah luas lantai sesuatu bangunan dan luas plot
bangunan itu.


2.0 PENENTUAN KELUASAN TAPAK DAN RUANG LANTAI

2.1 Keluasan tapak yang termasuk di dalam pengiraan nisbah plot adalah:

i. Keluasan tapak (kasar) plot tanah termasuk bahagian yang terlibat
dengan serahan tanah (pembesaran jalan dan jalan susur). Ianya
juga termasuk kawasan tapak tanah Kerajaan yang akan dipohon
untuk tujuan dicantum dengan tanah pemaju sebagai sebahagian
pembangunan.

2.2 Keluasan tapak yang tidak termasuk di dalam pengiraan nisbah plot
seperti berikut:

i. Tapak yang terlibat dengan pengambilan balik tanah (tidak
termasuk ke dalam pengiraan).

2.3 Ruang lantai yang tidak termasuk di dalam pengiraan nisbah plot :

i. Ruang lantai bagi cadangan tempat letak kereta
ii. Ruang lantai bagi gerai penjaja di bawah pengawasan,
pengendalian, pembahagian gerai serta penentuan kadar sewa
ditentukan oleh DBKL.
iii. Ruang terbuka atau berbumbung tanpa dinding seperti bumbung
podium, breezeway column, beranda, cantilever atau ruang
rekreasi.










3.0 KAEDAH PENGIRAAN

3.1 KIRAAN MENGIKUT JENIS PEMBANGUNAN

3.1.1 Pembangunan Satu Jenis Kegunaan

Melibatkan cadangan hanya satu kegunaan dalam satu
permohonan, ianya terdiri daripada :

a) Pejabat atau;
b) Belibelah atau;
c) Hotel/pangsapuri servis

Contoh 1 - Cadangan satu blok pejabat 20 tingkat yang
mengandungi TLK. Di paras 2 dan 3 dan basemen 1 4

i) Luas tapak : 50,000 kp
ii) Luas lantai (tidak termasuk ruang letak kereta) : 289,868 kp

CARA PENGIRAAN

Nisbah plot : Cadangan luas lantai (pejabat) / Luas tapak

: 289,868 kp : N.P 5.79
50,000 kp

Contoh 2 - Cadangan Hotel (Cadangan satu blok jenis sederhana
7 tingkat (103 bilik) dengan 3 tingkat basemen tempat letak kereta.

i) Luas tapak : 7,736 kp
ii) Cadangan luas Lantai hotel : 44,981 kp

CARA PENGIRAAN

Nisbah plot : Cadangan luas lantai (Hotel) / Luas Tapak

: 44,981 kp : N.P 5.8
7,736 kp

Nota: Ruang lantai bagi kemudahan perkhidmatan hotel termasuk
restoran, dewan, kolam renang, gimnasium, aked, coffe
house dan lain-lain adalah termasuk di dalam pengiraan
nisbah plot
CARA PENGIRAAN KAWASAN PLINTH

1.0 Definisi Kawasan Plinth

Mengikut (Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982),
Akta 267, kawasan plinth adalah Kadar Kawasan Sesuatu Lot
Yang Diliputi Oleh Bangunan.

Kawalan kawasan plinth membenarkan lebih banyak
perancangan kawasan kegunaan awam seperti kawasan
hijau dan kawasan permainan kanak-kanak yang boleh
diguna sama. Kawasan Plinth bangunan yang kecil
berbanding keluasan tapak memberikan persekitaran yang
harmoni dengan adanya lebih banyak ruang di aras tanah
di sesuatu pembangunan.































2.0 Maklumat Asas dan Penentuan Tapak Bagi Pengiraan
Kawasan Plinth

Maklumat asas sebelum membuat pengiraan kawasan
plinth adalah :

a. Penentuan Keluasan tapak yang diliputi bangunan
b. Penentuan Keluasan tapak pembangunan


a. Penentuan Keluasan Tapak Yang Diliputi Bangunan

Kawasan yang diliputi bangunan adalah ukuran luas
perimeter dinding luar bangunan.

Struktur bangunan yang tidak dikira sebagai plinth
adalah:

i. Struktur bagi tujuan rekreasi (gazebo, pergola,
wakaf)
ii. Bangunan pencawang TNB luar bangunan
iii. Pondok pengawal
iv. Anjung kereta
v. Balkoni
vi. Cucur atap
vii. Kolam renang@fish pond, fountain di aras tanah


b. Penentuan Keluasan Tapak Pembangunan

Bagi sesuatu cadangan pembangunan, tapak-
tapak berikut tidak diambil kira sebagai keluasan
tapak untuk kiraan kawasan plinth:

i. Tapak yang terlibat dengan serahan kemudahan
awam (jalan, parit)





3.0 Pengiraan Kawasan Plinth

Kawasan Plinth dikira dengan membahagikan keluasan
tapak yang diliputi bangunan dengan keluasan tapak.

Kawasan Plinth = Keluasan tapak diliputi bangunan x 100
Keluasan Tapak









































Sempadan tapak
cadangan
Kawasan tapak yang
diliputi bangunan
3.0 Contoh Kiraan Kawasan Plinth

i. Luas lantai tapak bangunan = 20,000 kp.
ii. Luas tapak cadangan = 40,000kp.

Kawasan Plinth = Keluasan lantai tapak bangunan x 100
Keluasan Tapak

= 20,000kp x 100 = 50%
40,000kp


4.0 Penetapan Kawasan Plinth Mengikut Jenis Pembangunan

4.1 Pembangunan Kediaman (Plinth 50%)

Kawasan Plinth yang dibenarkan sehingga 50% adalah
bangunan kediaman berbilang tingkat (pangsapuri).

4.1 Pembangunan Selain Kediaman (Kawasan Plinth 60%)

Kawasan Plinth yang dibenarkan adalah 60% seperti
bangunan perdagangan (Kompleks Perniagaan,
Pejabat dan Hotel (Free Standing Building).

Nota: Kawasan Plinth sehingga 70% adalah dibenarkan
hanya bagi pembangunan Perdagangan free
standing (Kompleks Perniagaan, Pejabat dan Hote)
dengan syarat ruang di tingkat bawah unjuran
(Cantilever tidak melebihi 15 kaki dan tidak melebihi
anjakan bangunan yang ditetapkan dari sempadan
lot) digunakan bagi tujuan kemudahan awam
(pejalan kaki atau kawasan lapang). Ketinggian
unjuran Cantilever tersebut juga hendaklah tidak
kurang 6 meter dari aras tanah seperti rajah berikut:

























































Ketinggian
unjuran
6 meter
Unjuran
kawasan
anjakan
Cantilever
15 kaki
Garisan sempadan lot
Garisan sempadan lot
Ruang digunakan untuk pejalan
kaki atau kawasan lapang

Anda mungkin juga menyukai