Anda di halaman 1dari 7

Nota Kemahiran Proses Sains

Page 1 of 7
KEMAHIRAN PROSES SAINS
KPS ASAS 1 :KEMAHIRAN MEMERHATI

PENGERTIAN KEPENTINGAN PETUNJUK
Memerhati adalah proses mengumpul maklumat tentang objek dan
fenomena dengan menggunakan semua atau sebahagian daripada deria.
Alat atau instrumen boleh juga digunakan untuk membantu deria.

Pemerhatian kualitatif
Hanya deria digunakan untuk mengumpul maklumat
Pemerhatian kuantitatif
Pemerhatian lebih tepat secara membuat perbandingan (dari segi
ukuran), anggaran atau menggunakan instrumen
Pemerhatian perubahan
Pemerhatian fenomena yang mengalami perubahan fizikal atau kimia.
Diperhati secara kualitatif atau kuantitatif.

Kemahiran paling asas dalam sains. Mendahului dan diperlukan untuk
membentuk KPS lain (inferens, berkomunikasi, meramal, mengukur dan
mengelas)

Pemerhatian tidak dipengaruhi tafsiran atau interpretasi berdasarkan
pengalaman . Ciri pemerhatian adalah maklumat terus (first-hand
information)
Menimbulkan rasa
ingin tahu
Merangsangkan
pemikiran
Membolehkan
tafsiran dibuat
tentang
persekitaran
Membawa kepada
penyiasatan
selanjutnya
Seseorang yang menggunakan
kemahiran memerhati akan:
Menggunakan pelbagai deria dengan
berkesan untuk memperolehi
maklumat
Menggunakan alat/instrumen yang
direka bagi membantu deria untuk
membuat pemerhatian lebih
terperinci
Membuat perbandingan
Mengesan perbezaan dan persamaan
Mengenal ciri-ciri kelainan atau
istemewa
Mengenal susunan dan ketertiban
fenomena
Mengenal pasti butiran yang relevan
mengenai objek / fenomena
Menumpu perhatian kepada butiran
yang relevan yang terkandung dalam
maklumat yang banyak dan pelbagai
Menyedari perubahan yang berlaku
dalam persekitaran

KPS ASAS 2 : KEMAHIRAN MENGELAS

PENGERTIAN KEPENTINGAN PETUNJUK
Pengelasan ialah pengumpulan objek
dengan ciri sepunya yang boleh
diperhatikan ke dalam kumpulan yang
sama.

Objek boleh disusun mengikut setakat
Membolehkan kita menyusun sesuatu
mengikut peraturan umum
Memudahkan belajar sesuatu yang baru
dengan membandingkan ciri-cirinya dengan
pengelasan sedia ada
Menyedarkan kita bahawa pelbagai cara
Seseorang yang menggunakan kemahiran
mengelas akan :
Mengesan persamaan dan perbezaan yang
terdapat pada sesuatu yang dikelaskan
Mengumpul sesuatu berdasarkan ciri-ciri
sepunya
Nota Kemahiran Proses Sains
Page 2 of 7
mana ia menunjukkan sesuatu ciri.
Susunan bergantung kepada tujuan
klasifikasi dibuat.

Prinsip dikotomi biasa digunakan
dalam pengelasan.
boleh digunakan untuk mengelaskan benda
atau peristiwa
Menyedarkan kita bahawa pengelasan
menjadikan kefahaman lebih tersusun
Menghuraikan cara pengelasan yang
digunakan
Mengumpul sesuatu dengan menggunakan
pelbagai cara berdasarkan kriteria yang
berbeza.

KPS ASAS 3 : KEMAHIRAN MENGUKUR DAN MENGGUNAKAN NOMBOR

PENGERTIAN KEPENTINGAN PETUNJUK
Kemahiran ini adalah pemerhatian yang
dibuat secara kuantitatif dengan
menggunakan unit rujukan atau alat
berunit piawai.


Unit SI
Panjang, jarak : meter, kilometer
Isipadu : liter
Jisim : kilogram

Unit sembarangan (arbitrary unit) lebih
mudah diterima oleh kanak-kanak
contoh: depa, hasta, jengkal, depa.
Pemilihan alat yang betul dan teknik
mengukur yang jitu juga penting
Membolehkan seseorang :
Menggunakan alat-alat ukuran
dengan tepat
Menganggarkan jarak, luas,
isipadu dalam situasi-situasi yang
memerlukannya
Membuat ramalan atau inferens
dengan lebih tepat
Memperkembang kemahiran
mengiira
Menggunakannya dalam
kemahiran proses yang lain
Membiasakan diri dengan
ukuran-ukuran am yang diguna
dalam kehidupan seharian.
Semasa menggunakan kemahiran ini seseorang akan :
Menggunakan nombor untuk merekod ukuran dan
fenomena
Menggunakan alat pengukur
Mencatat bacaan yang diambil
Mencatat unit bagi ukuran yang diperolehi
Melakukan pengiraan pada bacaan
Membandingkan bilangan pada kumpulan berlainan
dengan menggunakan nombor
Menggunakan skala dan nisbah
Menggunakan unit yang piawai dalam ukuran yang
dibuat
Membandingkan masa, jarak, luas dan isipadu
dengan menggunakan unit yang berkaitan
Menyatakan kejituan ukuran yang dibuat
Menentukan pola yang wujud pada bacaan-bacaan
yang diperolehi.

KPS ASAS 4 : KEMAHIRAN MEMBUAT INFERENS

PENGERTIAN KEPENTINGAN PETUNJUK
Inferens ialah kenyataan tentang sesuatu objek atau
peristiwa berdasarkan pemerhatian yang merupakan
penerangan. Penerangan mungkin betul atau tidak.
Atau
Membuat kesimpulan awal untuk menerangkan sesuatu
Membolehkan kita :
Membuat tafsiran atau
penerangan awal untuk
sesuatu pemerhatian
Membuat hipotesis untuk
Menggunakan maklumat daripada
pemerhatian untuk membuat kesimpulan
awal
Mengemukakan pelbagai penerangan yang
mungkin daripada satu pemerhatian
Nota Kemahiran Proses Sains
Page 3 of 7
peristiwa berdasarkan sebab-sebab atau alasan-alasan
tertentu.

Inferens dibuat secara tidak langsung manakala
pemerhatian adalah secara langsung / ternampak
Banyak inferens boleh dibuat untuk satu pemerhatian.
Setiap inferens mungkin betul sehingga pemerhatian
seterusnya dibuat
membolehkan menyiasat
sesuatu
Menggunakan bukti-
bukti yang ada untuk
membuat penerangan
awal
Menggalakkan proses
pemikiran
Mengenal batasan-batasan inferens
Menguji betul atau tidak inferens dengan
pemerhatian lanjutan
Menggunakan inferens sebagai titik
permulaan untuk membuat pemerhatian
tambahan

KPS ASAS 5 : KEMAHIRAN MERAMAL

PENGERTIAN KEPENTINGAN PETUNJUK
Proses untuk menentukan dan menjangka peristiwa akan datang berasaskan
kepada pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh
dipercayai

Jangkaan dibuat berpandukan panduan-panduan berikut:
- menggunakan bukti semasa untuk menyatakan apa yang mungkin berlaku
- menentukan hasil yang mungkin daripada sesuatu tindakan.
- Yakin dengan ketepatan jangkaan yang dibuat.
- Mengesahkan satu kenyataan mengenai apa yang akan berlaku berdasarkan
bukti atau pengalaman lepas
Apabila meramal, soalan-soalan berikut dikemukakan:
- sekiranya ini berlaku, apakah akan berlaku seterusnya ?
- apakah akibatnya jika saya melakukan perkara ini ?
Perbezaan di antara pemerhatian, inferens dan ramalan
- Pemerhatian : Maklumat yang diperolehi melalui deria.
- Inferens : Mengapa ia terjadi ?
- Ramalan : Apakah yang dijangka akan dapat diperhatikan ?
Ramalan berbeza dengan tekaan. Tekaan adalah spekulasi yang dibuat tanpa
bukti / data
Semakin banyak data semakin tepat ramalan
Interpolasi dan ekstrapolasi graf biasanya digunakan untuk membuat
ramalan yang tepat
Membantu kita
menjangka apa
akan berlaku pada
masa akan datang
Memberi kita
peluang
menentukan
perlakuan atau
tindakan yang
sesuai terhadap
sesuatu kejadian
yang boleh berlaku
Menggalakkan
penggunaan
pengetahuan kita
untuk
menerangkan apa
yang mungkin
berlaku
Menggalakkan
pemikiran secara
kritis semasa
membuat sesuatu
jangkaan
Dalam proses meramal seseorang :
Menggunakan data yang lepas
atau ketika itu untuk menjangka
apa yang mungkin berlaku
Menggunakan pola sebagai
bukti bagi membuat sesuatu
jangkaan
Yakin dengan kejituan jangkaan
yang dibuat
Mengesahkan jangkaan
berlandaskan data atau
pengalaman yang lepas
Menentukan akibat atau hasil
yang mungkin daripada sesuatu
tindakan
Berwaspada ketika membuat
jangkaan bagi sesuatu corak agar
tidak melampaui bukti yang
diperolehi
Mengekstrapolasi data kepada
situasi yang baru
Membezakan ramalan daripada
tekaan
Nota Kemahiran Proses Sains
Page 4 of 7
KPS ASAS 6 : KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI

PENGERTIAN KEPENTINGAN PETUNJUK
Komunikasi merupakan cara untuk mengemukakan idea
atau menyampaikan maklumat dalam pelbagai bentuk
seperti lisan, tulisan, lukisan, model, jadual, graf,
gambarajah, carta, peta, simbol, persamaan matematik dan
sebagainya.

Kemahiran berkomunikasi juga meliputi kemahiran
mendengar idea orang lain dan bertindak balas kepada
idea itu.
Cara komunikasi dalam sains tidak terlalu menekankan
komunikasi lisan tetapi lebih kepada cara-cara lain seperti
tulisan, graf, gambarajah, model dan jadual.
Komunikasi berkesan mestilah jelas / tidak kabur dan
tepat
Graf : pembolehubah yang dimanipulasi biasanya pada
paksi -x dan pembolehubah yang bergerak balas pada
paksi -y
Membolehkan kita
menyampaikan idea,
perasaan dan keperluan
kita kepada orang lain.
Menguasai cara-cara
yang berlainan uantuk
menyampaikan
maklumat
Menyedari bahawa
maklumat perlu
disampaikan secara
jelas, tepat dan ringkas
Menyusun data yang
diperolehi supaya
mudah digunakan
kelak
Seseorang menggunakan kemahiran berkomunikasi
apabila dia :
Bertutur atau menulis untuk menjelaskan idea
atau pengertian sesuatu perkara kepada orang lain
Merekod, melukis, membuat nota daripada kajian
Menulis laporan eksperimen agar orang lain boleh
mengulangi eksperimen berkenaan
Menggunakan simbol atau persamaan matematik
untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu
perkara atau fenomena
Menggunakan tulisan, gambarajah, carta, graf dan
jadual dan lain-lain cara bagi menyampaikan
maklumat.
Mengemukakan soalan-soalan dengan jelas
Menggunakan bahan rujukan.

KPS ASAS 7 : KEMAHIRAN MENGGUNAKAN PERHUBUNGAN RUANG DAN MASA

PENGERTIAN KEPENTINGAN PETUNJUK
Proses memperihalkan
atau menunjukkan
lokasi, arah, bentuk
dan saiz sesuatu objek
dan perubahannya
mengikut masa
Menyedarkan kita bahawa
setiap perubahan itu
adalah mengikut masa
Membantu kita menyusun
peristiwa-peristiwa
mengikut kronologinya.
Semasa menggunakan kemahiran ini seseorang akan :
Menghuraikan kedudukan / lokasi dan masa
Menghuraikan perubahan arah, bentuk dan saiz objek mengikut masa
Memperihalkan perkaitan di antara jarak yang dilalui dan masa untuk objek yang
bergerak
Menyusun kejadian atau peristiwa mengikut kronologi
Menentukan magnitud perubahan yang berlaku berlandaskan kadar perubahan
Menentukan lokasi objek di dalam ruang dan menghuraikan kedudukannya
Memperihalkan rupa bentuk objek apabila melihat objek itu dari kedudukan atau
titik rujukan yang berlainan


Nota Kemahiran Proses Sains
Page 5 of 7
KPS BERSEPADU 1 : KEMAHIRAN MENTAFSIR DATA

PENGERTIAN KEPENTINGAN PETUNJUK
Proses memberi
penerangan rasional
tentang objek, peristiwa
atau pola daripada data
yang dikumpul. Data yang
dikumpul mungkin dalam
pelbagai bentuk seperti
jadual, gambarajah, graf,
gambar dan lain-lain lagi.
Membolehkan kita :
Mendapat sebanyak mungkin
maklumat daripada jadual, graf dan
gambarajah.
Melihat perhubungan di antara
pembolehubah-pembolehubah yang
terlibat.
Membuat sesuatu rumusan
Seseorang yang menggunakan kemahiran ini akan :
Membuat pernyataan tentang maksud yang boleh dirumuskan
daripada data yang dikumpul.
Mengesan pola atau corak yang terdapat pada data atau maklumat
yang dikumpul.
Menyatakan perhubungan yang boleh diperolehi daripada data atau
maklumat yang dikumpul.
Membuat suatu kesimpulan berdasarkan data yang dikumpul.
Menyatakan sama ada suatu kesimpulan disokong oleh data yang
ditunjukkan.

KPS BERSEPADU 2 : KEMAHIRAN MENGAWAL PEMBOLEHUBAH

PENGERTIAN KEPENTINGAN PETUNJUK
Dalam sesuatu penyiasatan, untuk memerhati hubungan antara dua
pembolehubah tertentu, salah satu daripadanya dimanipulasikan untuk
menghasilkan perubahan dalam pembolehubah yang kedua. Pada masa yang
sama, pembolehubah-pembolehubah lain yang mungkin mempengaruhi
keputusan dimalarkan. Tindakan inilah yang dinamakan mengawal
pembolehubah .

Apabila kita mengkaji perkaitan antara dua pembolehubah tertentu, salah satu
daripadanya (pembolehubah yang dimanipulasi) diubahkan. Perubahan
dalam pembolehubah ini akan menyebabkan perubahan dalam pembolehubah
bergerakbalas.
Mengawal pembolehubah bermaksud menjadikan sesuatu pembolehubah
itu malar
Pembolehubah bergerak balas = pembolehubah bersandar. Pembolehubah
dimanipulasi = pembolehubah tak bersandar
Pembolehubah dimalarkan = pembolehubah dikawal
Kawalan : eksperimen yang dilakukan sebagai standard (piawai) untuk
membanding supaya kesan pembolehubah yang dimanipulasi terhadap
pembolehubah yang bergerak balas dapat ditentukan.
membantu kita
menentukan dengan teliti
pembolehubah yang
menyebabkan sesuatu
kesan kepada keputusan
ujikaji yang dilaksanakan.
Menetapkan
pembolehubah-
pembolehubah tertentu
supaya tidak memberi
kesan kepada keputusan
ujikaji.
Membantu kita menentukan
bahawa sesuatu kesan
adalah disebabkan oleh
pembolehubah yang
dimanipulasi ke atas
pembolehubah gerakbalas.
Seseorang menguasai
kemahiran ini jika ia dapat :
Mengenal pasti
pembolehubah yang
dimanipulasi.
Mengenal pasti
pembolehubah
gerakbalas.
Mengenal pasti
pembolehubah lain yang
boleh memberi kesan ke
atas keputusan.
Menetapkan
pembolehubah-
pembolehubah yang
dikawal.
Nota Kemahiran Proses Sains
Page 6 of 7
KPS BERSEPADU 3 : KEMAHIRAN MENDEFINISI SECARA OPERASI

PENGERTIAN KEPENTINGAN PETUNJUK
Proses memberi definisi tentang sesuatu konsep dengan
menyatakan perkara yang boleh dilakukan dan
diperhatikan.
Ia membolehkan perbezaan di antara contoh dan bukan
contoh bagi konsep yang dihuraikan

Definisi secara operasi harus jelas supaya orang lain boleh
membuat ukuran tentangnya tanpa merujuk kepada orang
yang memberi definisi tersebut.
Menghuraikan konsep atau pembolehubah
itu dalam bentuk yang boleh dikendalikan
Membolehkan pemerhatian atau
pengukuran dilakukan bagi pembolehubah
dalam sesuatu penyiasatan
Membolehkan perbezaan dibuat di antara
contoh dan bukan contoh sesuatu konsep
Mentakrifkan sesuatu
istilah, situasi, konsep atau
pembolehubah dalam
konteks pengalaman
sendiri.
Menyatakan sesuatu
pembolehubah dalam
sebutan apa yang
diperhatikan atau apa
yang dilakukan

KPS BERSEPADU 4 : KEMAHIRAN MEMBUAT HIPOTESIS

PENGERTIAN KEPENTINGAN PETUNJUK
Kemahiran membuat hipotesis melibatkan
kemahiran mengemukakan sesuatu kenyataan
umum yang difikirkan benar bagi menerangkan
sesuatu perkara atau peristiwa. Kenyataan ini perlu
diuji terlebih dahulu untuk mengesahkan
kesahihannya

Kebolehan untuk
Memberi cadangan penerangan berasaskan
pemerhatian awal
Membuat deduksi logik berasaskan kefahaman
atau pengetahuan sedia ada
Membuat kenyataan dalam bentuk yang boleh
diuji

Perbezaan utama antara hipotesis dengan inferens
ialah hipotesis dapat diuji
Menggalakkan kemahiran berfikir
secara kritis semasa memilih
antara beberapa cadangan
penerangan
Membolehkan penerangan
peristiwa atau kejadian yang
berlaku di persekitaran
Memberi kesedaran bahawa
terdapat pelbagai penerangan bagi
pemerhatian
Memberi kesedaran bahawa
kenyataan dalam bentuk yang
boleh diuji diperlukan apabila
mencari jawapan kepada sesuatu
Semasa menggunakan kemahiran ini seseorang
akan :
Mengemukakan penerangan umum yang
selaras dengan pemerhatian-pemerhatian
yang diperolehi.
Mencadangkan penerangan berdasarkan
beberapa konsep atu prinsip sains
Menggunakan kefahaman dan pengetahuan
lepas bagi membuat sesuatu penerangan
Menyedari bahawa terdapat beberapa cara
untuk menerangkan sesuatu fenomena
Menyedari bahawa sesuatu penerangan itu
merupakan satu usul tentatif sahaja yang
diuji kesahihannya


Nota Kemahiran Proses Sains
Page 7 of 7

KPS BERSEPADU 5 : KEMAHIRAN MENGEKSPERIMEN

PENGERTIAN KEPENTINGAN PETUNJUK
Penggunaan beberapa kemahiran proses sains
dalam mencari jawapan kepada sesuatu persoalan
atau masalah

Kemahiran mengeksperimen melibatkan
- kemahiran proses sains asas dan kemahiran
proses sains bersepadu
- urutan langkah dalam mengeksperimen
membuat pemerhatian
membuat inferens
mencadangkan hipotesis
mencadangkan cara menguji hipotesis
mengenal pasti pembolehubah
menjalankan aktiviti
mengumpul maklumat
mentafsir maklumat
merumus sama ada hipotesis betul atau salah
(kesimpulan)
membolehkan murid-murid
mengaplikasi kemahiran-
kemahiran proses yang lain.
Boleh memberi jawapan kepada
soalan-soalan harian.
Boleh menentukan kebenaran
sesuatu penerangan
Menimbulkan kesedaran bahawa
sesuatu penerangan yang
diiberikan mungkin tidak betul
Menggalakkan murid berfikir
secara kritis semasa memilih cara
menguji hipotesis.
Menggalakkan murid berfikir
secara kreatif semasa
mencadangkan cara-cara menguji
hipotesis.
Memupuk sikap berdikari untuk
mencari penyelasaian sesuatu
masalah
Membuat hipotesis untuk menerangkan
sesuatu pemerhatian atau kejadian
Mencadangkan cara-cara menguji
hipotesisnya
Mengenal pasti pembolehubah-
pembolehubah yang terlibat pada aktiviti
yang hendak dilakukan
Melakukan aktiviti menguji hipotesisnya
dengan mengubah pembolehubah yang
dimanipulasi
Membuat catatan kuantitatif atau kualitatif
semasa menjalankan aktiviti
Menggunakan alatan yang sesuai
Membuat kesimpulan daripada data yang
dikumpul.


Disediakan oleh :
Sylvester Saimon Simin
Jabatan Sains dan Matematik
Maktab Perguruan Keningau Sabah.

Rujukan
1. Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia (1995). Buku Sumber Pengajaran Pembelajaran Sains Sekolah
Rendah, Jilid 2 : Mempelajari Kemahiran Proses Sains, Projek PIER, BPG
2. Poh Swee Hiang. (1997) . Pedagogi Sains 3 : Kemahiran Proses Sains . Kuala Lumpur : Budiman

Anda mungkin juga menyukai