Anda di halaman 1dari 15

1.

KEMAHIRAN PROSES SAINS

K E M A H I R A N P R O S E S S A I N S

KEMAHIRAN PROSES SAINS ASAS Memerhatikan Mengelaskan Mengukur menggunakan nombor Membuat inferens Meramalkan Komunikasi Menggunakan hubungan masa dan ruang

Langkah kajian atau penyelidikan yang melibatkan kemahiran tertentu serta yang memerlukan langkah-langkah berikut: Perancangan Melaksanakan aktiviti Mengumpul data Pengorganisasian dan intepretasi data Kesimpulan Kemahiran ini dapat diklasifikasikan kepada :

KEMAHIRAN PROSES SAINS BERSEPADU Mentafsir maklumat Mendefinisi secara operasi Mengawal pembolehubah Membuat hipotesis Mengeksperimen

1.1

KEMAHIRAN PROSES SAINS ASAS

a)

MEMERHATI

MEMERHATI

Menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpulkan maklumat tentang objek dan fenomena.

Hasil pemerhatian merupakan fakta sains yang boleh digunakan untuk melakukan proses sains asas yang lain. Melibatkan semua deria secara bersama untuk mengesan maklumat yang sebanyak mungkin tentang objek yang diperhatikan - pemerhatian secara langsung.

Perlu cuba menyatakan ukuran yang spesifik tentang objek yang diperhatikan. Pemerhatian kuantitatif (pemerhatian secara tidak langsung) mengukur objek dengan alat Pemerhatian negatif boleh diterima, contohnya tidak berbau PERINGATAN Jangan menambah tafsiran berdasarkan pengalaman. Tidak perlu menyatakan sebab mengapa sesuatu objek kelihatan begitu. Tidak perlu memberi pendapat.

b)

MENGELASKAN

MENGELASKAN

Menggunakan pemerhatian untuk mengasing atau mengumpul objek atau fenomena berdasarkan ciri yang sama.

Dibuat berdasarkan ciri yang dapat diperhatikan Penggunaan diktomi semasa menyisih objek-objek ke dalam kategori tertentu. Satu objek hanya boleh dikelaskan di bawah satu kategori, iaitu kriteria yang digunakan dapat membezakan objek-objek yang dikelaskan.

Kriteria yang berlainan boleh digunakan untuk mengelas set objek yang sama untuk menghasilkan pengelasan yang berlainan. Contoh : Mengelas warna dan bentuk Bahan : satu set bentuk yang diperbuat daripada kad manila - segitiga hijau, segitiga oren, segiempat hijau, segiempat kuning, bulatan hijau dan bulatan biru. Bentuk-bentuk

Hijau

Bukan Hijau

Bukan segitiga H hijau O

Bukan segitiga oren

H = Hijau, O = oren, B = Biru, K = Kuning

c)

MENGUKUR DAN MENGGUNAKAN NOMBOR

MENGUKUR DAN MENGGUNAKAN NOMBOR

Membuat pemerhatian secara kuantitatif dan menggunakan nombor atau alat berunit piawai atau alat yang diseragamkan sebagai unit rujukan.

Merupakan proses mencari setakat mana, atau sebanyak berapa sesuatu bahan. Melibatkan kuantiti dan menggunakan nombor. Asas ukuran ialah ulangan suatu unit berkali-kali. Untuk menguasai kemahiran mengukur, membuat anggaran adalah penting. Untuk membuat anggaran, benda yang dianggar itu dibandingkan dengan imej mental tentang sesuatu objek yang diketahui ukurannya.

Alat ukuran terdiri daripada dua jenis iaitu piawai(pembaris, bikar, neraca dan sebagainya) dan bukan piawai (jengkal, kaki, hasta dan sebagainya).

d)

MEMBUAT INFERENS

MEMBUAT INFERENS

Membuat kesimpulan awal yang munasabah, yang mungkin benar atau tidak benar untuk menerangkan sesuatu peristiwa atau pemerhatian.

Inferens dibuat secara tidak langsung manakala pemerhatian adalah secara langsung dan ternampak. Inferens yang berkait dengan dengan pemerhatian secara logic adalah munasabah dan boleh diterima, walaupun inferens itu mungkin benar atau sebaliknya.

Untuk menguji kebenaran inferens, eksperimen perlu dijalankan. Inferens juga boleh dikaitkan dengan pengalaman. Digunakan untuk membuat pemerhatian yang lanjut dengan cara memberi penerangan kepada sesuatu fenomena.

e)

MERAMAL

MERAMAL

Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau berdasarkan data.

Pengalaman boleh merujuk kepada pengetahuan sedia ada yang dimiliki oleh pembuat ramalan. Data yang boleh dipercayai pula merujuk kepada set data yang dikumpulkan secara sah.

Panduan ketika membuat ramalan: 1. Menggunakan bukti atau data semasa 2. Menentukan hasil mungkin dari tindakan 3. Yakin dengan ketepatan jangkaan yang dibuat 4. Mengesahkan jangkaan daripada bukti dan pengalaman lepas 5. Semakin banyak data yang diperoleh, semakin berkeyakinan untuk membuat ramalan.

f)

BERKOMUNIKASI

BERKOMUNIKASI

Menerima, memilih, menyusun dan mempersembahkan maklumat atau idea dalam bentuk tulisan, lisan, jadual, graf, rajah, atau model.

Komunikasi merupakan cara untuk mengemukakan idea atau menyampaikan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti : Lisan, tulisan, lukisan, jadual, graf, gambarajah, model, carta, peta, simbol, persamaan matematik dan sebagainya

Kepentingan Berkomunikasi 1. Menyampai idea, perasaan, dan keperluan kepada orang lain 2. Menguasai cara yang pelbagai bagi menyampaikan maklumat 3. Maklumat perlu jelas, tepat dan ringkas 4. Menyusun dan menyisih data dengan kemas dan teratur

g)

MENGGUNAKAN PERHUBUNGAN RUANG DAN MASA

PERHUBUNGAN ANTARA RUANG DAN MASA

Memerihalkan perubahan parameter seperti lokasi, arah, bentuk, saiz, isipadu, berat, dan jisim dengan masa.

Merupakan konsep paling asas dalam sains fizikal. Menceritakan objek dengan merujuk kepada ruang dan masa melibatkan pemerihalan dan perbandingan objek berkenaan dari segi saiz, kedudukan, arah pergerakan, dan perubahan bentuk atau pola sepanjang suatu jangka masa.

Kepentingan kemahiran ini: a) Menyedarkan kita bahawa setiap perubahan itu adalah mengikut masa b) Membantu kita menyusun peristiwa mengikut kronologi

1.2

KEMAHIRAN PROSES SAINS BERSEPADU

K E M A H I R A N P R O S E S S A I N S B E R S E P A D U

Mentafsir maklumat

Mendefinisikan secara operasi

Mengawal pemboleh ubah

Membuat hipotesis

Mengeksperimen

a)

MENTAFSIR MAKLUMAT

Memberikan penerangan yang rasional tentang objek, peristiwa atau pola daripada data yang dikumpul.

Kepentingan mentafsir data membolehkan kita: a) Mendapat sebanyak mungkin maklumat dari jadual, graf M E N T A F S I R M A K L U M A T dan gambarajah b) Melihat hubungan antara pembolehubah yang terlibat c) Membuat sesuatu rumusan.

Data yang dikumpul boleh berbentuk : kualitatif ataupun kuantitatif

Jenis-jenis data

Gambar

Graf

Jadual

Tulisan

Garisan

Bar

Carta pai

10

b)

MENDEFINISI SECARA OPERASI

Memberi tafsiran tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang dilakukan dan diperhatikan.

M E N D E F I N I S I S E C A R A O P E R A S I

Tujuan : memberikan konsistensi dan ketepatan dalam penyelidikan saintifik

Digunakan untuk mendefinisikan pembolehubah atau fenomena yang tidak dapat diukur secara langsung

CONTOH 1 Berikut adalah dua kenyataan mengenai asid : A : Asid ialah bahan yang mengandungi hidrogen B : Asid adalah bahan yang menukarkan kertas litmus biru kepada merah. Apakah perbezaan kenyataan di atas? Tentukan yang mana satu definisi secara operasi? Jawapan: Kenyataan B : Asid menukarkan kertas litmus boleh dilakukan dan diperhatikan manakala kenyataan A tidak boleh diperhatikan. Kenyataan B ialah definisi secara operasi.

11

c)

MENGAWAL PEMBOLEHUBAH

Definisi : mengenalpasti dan mengawal pembolehubah yang boleh mempengaruhi eksperimen. M E N G A W A L P E M B O L E H U B A H

Dalam sesuatu penyiasatan, satu pembolehubah dimanipulasikan untuk memerhatikan hubungannya dengan pembolehubah bergerak balas.

Jenis-jenis pembolehubah

Dimalarkan

Manipulasi

Bergerak balas

Dikekalkan sepanjang eksperimen

Berubah sepanjang eksperimen

Hasil keputusan

12

d)

MEMBUAT HIPOTESIS

Membuat suatu pernyataan umum tentang hubungan antara pembolehubah yang difikirkan benar bagi menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa. Pernyataan ini boleh diuji untuk menentukan kesahihannya. M E M B U A T H I P O T E S I S

Hubungan antara pembolehubah bergerak balas dan pembolehubah dimanipulasikan.

LANGKAH MENGUJI KESAHIHAN HIPOTESIS

1. Mengenalpasti pembolehubah 2. Merancang aktiviti/eksperimen yang akan dijalankan 3. Menguji hipotesis yang dibina 4. Mengenalpasti maklumat/data 5. Membuat kesimpulan mengenai hipotesis

13

d)

MENGEKSPERIMEN

Merancang dan menjalankan penyiasatan untuk menguji sesuatu hipotesis, mengumpulkan data, mentafsirkan data sehingga mendapat rumusan daripada penyiasatan itu. M E N G E K S P E R I M E N

PELAN EKSPERIMEN

1. Objektif 2. Hipotesis 3. Langkah-langkah perlaksanaan 4. Menyiasat 5. Memerhati dan mentafsir data 6. Keputusan 7. Kesimpulan

14

15

Anda mungkin juga menyukai