Anda di halaman 1dari 10

3.

Memerhati Mengelas Mengukur dan menggunakan nombor Membuat inferens Meramal Berkomunikasi Menggunakan perhubungan ruang dan masa Mentafsir maklumat Mendefinisi secara operasi Mengawal pemboleh ubah Membuat hipotesis Mengeksperimen 4. Memerhati-Proses mengumpul maklumat tentang objek dan fenomena menggunakan sebahagian atau semua deria Boleh dilakukan secara kualitatif dan kuantitatif Pengetahuan konsep diperlukan dalam pemilihan dan penaksiran pemerhatian yang dibuat Petunjuk memerhati-Menggunakan deria rasa, penglihatan, bau, pendengaran dan sentuhan Mengenal pasti ciri dan kualiti sesuatu konsep Mengenal ciri-ciri yang ganjil atau yang mempunyai kelainan Memperihalkan perbezaan dan persamaan yang dikesani Memperihal akan perubahan yang berlaku Mengenal pasti tertib sesuatu kejadian yang berlaku Menggunakan alat bagi membantu deria untuk membuat kajian terperinci 5. Mengelas-Proses memerhati dan mengenal pasti perbezaan dan persamaan antara objek atau fenomena berdasarkan ciri atau sifat yang sepunya. Mengasingkan dan mengumpul objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing. Petunjuk mengelas- Kenal pasti ciri umum sekumpulan item Beri nama kepada kumpulan item itu Kenal pasti ciri lain Memasukkan item berciri sama ke dalam kumpulan yang lebih kecil Ulangi langkah di atas sehingga semua item dapat dikumpulkan dalam suatu kumpulan 6..Mengukur dan menggunakan nombor- Kebolehan membuat pemerhatian secara kuantitatif yang melibatkan penggunaan alat piawai Petunjuk mengukur dan menggunakan nombor-Boleh mengira dan membandingkan bilangan item di dalam kumpulan yang berlainan Menggunakan nombor untuk merekod fenomena Membandingkan objek-objek menggunakan nombor Menggunakan alat dengan betul Mencatat bacaan dengan tepat Mencatat unit dengan betul Memilih dan menggunakan unit yang piawai dengan betul Membandingkan masa, jarak, luas dan isi padu dengan unit yang berkaitan Boleh mengenal pola dalam jadual-jadual nombor Menentukan kejituan ukuran tertentu Menggunakan skala dan menerangkan nisbah 7.Membuat inferens-Proses membuat kesimpulan awal untuk menerangkan peristiwa atau objek berdasarkan pemerhatian. Pengalaman lepas digunakan sebagai asas untuk membuat kesimpulan awal tersebut. Kesimpulan yang dibuat ini mungkin benar atau tidak. Petunjuk membuat inferens-menggunakan maklumat daripada pemerhatian untuk membuat kesimpulan awal yang munasabah membuat pelbagai tafsiran yang mungkin daripada satu pemerhatian mengenal had-had inferens menguji kejituan inferens dengan pemerhatian tambahan menggunakan inferens sebagai alat menentukan pemerhatian tambahan 8. Meramal-Proses untuk menentukan dan menjangka peristiwa yang akan berlaku. Berdasarkan kepada pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai. Petunjuk mramal-menggunakan data yang lepas atau ketika itu untuk menjangka apa yang mungkin berlaku menggunakan pola sebagai bukti bagi membuat sesuatu jangkaan menentukan hasil yang mungkin daripada sesuatu tindakan mengesahkan jangkaan

berlandaskan data atau pengalaman yang lepas mengekstrapolasi data kepada situasi yang baru membezakan ramalan daripada tekaan 8. Berkomunikasi-Kemahiran yang merujuk kepada kebolehan menerima, memilih dan mempersembahkan maklumat atau idea dalam pelbagai bentuk Petunjuk Berkomunikasi-Kenal pasti ciri umum sekumpulan item Bercakap, mendengar atau menulis atau menjelaskan idea atau makna kepada rakan Merekod maklumat daripada kajian Meneliti maklumat yang ingin disampaikan Memilih cara atau alat komunikasi yang bersesuaian Menyediakan bahan yang diperlukan untuk penyampaian Menggunakan bahan rujukan Menentukan sasaran yang akan menerima maklumat 9. Menggunakan perhubungan ruang dan masa-Kebolehan memperihalkan atau menunjukkan lokasi, arah, bentuk dan saiz sesuatu objek dan perubahannya mengikut masa Petunjuk menggunakan perhubungan ruang dan masa-Memperihalkan lokasi dengan masa Memperihalkan perubahan arah dengan masa Memperihalkan bentuk dengan masa Memperihalkan perubahan saiz dengan masa Menyusun peristiwa kejadian mengikut kronologi Menentukan magnitud perubahan yang berlaku berdasarkan kadar perubahan Menentukan kedudukan objek dan menghuraikan kedudukannya di dalam ruang Menghuraikan rupa bentuk objek dilihat dari kedudukan yang berlainan Menerangkan perhubungan di antara masa dan jarak objek yang bergerak 10. Mentafsir maklumat-Kebolehan memberi penerangan rasional tentang objek, fenomena, atau pola berdasarkan maklumat yang dikumpul. Petunjuk mentafsir-Mengumpul pelbagai data melalui pemerhatian untuk membuat pernyataan tentang maksudnya Mengesan pola atau corak yang terdapat berdasarkan maklumat yang diperoleh Menyatakan hubungan di antara maklumat Membuat kesimpulan berdasarkan data yang dikumpulkan 11. Mendefinisi secara operasi-Proses memberi definisi tentang sesuatu konsep atau keadaan dengan menyatakan perkara yang perlu dilakukan dan diperhatikan. Petunjuk-Mentakrif istilah, konsep atau pemboleh ubah dalam konteks pengalaman sendiri. Membuat pernyataan apa yang diperhatikan dan apa yang dibuat. 12. Mengawal pembolehubah-Pemboleh ubah boleh jadi satu faktor, keadaan atau hubungan yang boleh diubah dalam suatu kejadian atau sistem yang dikaji Pemboleh ubah dimanipulasikan untuk menghasilkan perubahan dalam pemboleh ubah kedua (pembolehubah bergerakbalas) Pemboleh ubah lain yang mungkin mempengaruhi keputusan perlu dimalarkan (pemboleh ubah dimalarkan) Petunjuk-Menentukan pemboleh ubah yang relevan dalam penyiasatan Menentukan pemboleh ubah yang akan - dimanipulasi (tak bersandar), - bergerak balas (bersandar) dimalarkan. Menentukan apakah perubahan yang perlu dilakukan keatas pemboleh ubah yang dimanipulasikan 13. Membuat hipotesis-Proses menghasilkan satu kenyataan umum yang difikirkan benar berdasar inferens, untuk menerangkan suatu perkara atau peristiwa. Merupakan suatu ramalan mengenai hubungan antara dua atau lebih pembolehubah. Boleh diuji untuk membuktikan kesahihannya.

Petunjuk membuat hipotesis- mengenal pasti pemboleh ubah membuat inferens yang munasabah menentukan hubungan di antara dua pemboleh ubah berdasarkan inferens 14. Mengeksperimen-Kebolehan melaksanakan prosedur untuk menguji sesuatu hipotesis. Merupakan kemahiran proses sains peringkat tinggi. Petunjuk-Membuat pemerhatian Mengemukakan soalan serta membuat inferens Membuat hipotesis yang boleh diujikan Mengawal pemboleh ubah / mendefinisikan secara operasi Menentukan peralatan yang diperlukan bagi suatu eksperimen Menjalankan eksperimen dan memerhati serta merekod data Menganalisis dan mentafsir data Membuat kesimpulan Melapor keputusan eksperimen yang telah dijalankan
12. Kemahiran Mengeksperimen Takrif menyiasat iaitu merancang, memanipulasi pembolehubah dan menguji hipotesis untuk membuat keputusan Mengeksperimen adalah aktiviti yang menggabungkan semua kemahiran proses sains. Anda mengeksperimen dengan merancang penyiasatan, bermula dengan membina hipotesis dan menyatakan pembolehubah yang dimanipulasi, bergerak balas dan malar. Seterusnya anda merekabentuk kaedah mengumpul data, diikuti dengan pelaksanaan mengumpul data, mentafsir maklumat, menerangkan hasil eksperimen dan membuat kesimpulan atau keputusan. Mengeksperimen tidak sama dengan menjalankan eksperimen kerana menjalankan eksperimen bererti anda hanya melaksanakan langkah-langkah penyiasatan yang telah disediakan kepada anda.

Hasil eksperimen disebarkan kepada umum melalui penulisan laporan amali. Maklumat yang perlu ada ialah 1.Penyataan masalah atau soalan kajian yang dikaji 2.Penyataan hipotesis yang diuji 3.Penyataan tentang pembolehubah 4.Penerangan tentang langkah-langkah penyiasatan yang dijalankan 5.Jadual untuk merekod bacaan termasuk bilangan penyiasatan yang dijalankan 6.Graf jika berkaitan 7.Penyataan yang menghubungkait pembolehubah-pembolehubah 8.Perbandingan di antara dapatan eksperimen dan hipotesis untuk mengenalpasti samada

hipotesis diterima atau disangkal.

Aktiviti 1. Dengan menggunakan bahan-bahan yang dipaparkan:1 gabus,6 keping plastik sebagai

kipas roda,1 pisau,1 lidi satay,2 botol air mineral, salur getah dan corong 1. Bina satu roda air.Berhati-hati semasa menggunakanpisau untuk memotong gabus. 2. Kaji dua faktor yang mempengaruhi kadar pusingan roda air. 3. Nyatakan secara terperincisemua kemahiran proses sains yang terlibat dalam eksperimen ini.

2. Dengan menggunakan bahan-bahan yang terdapat di rumah (seperti di dalam gambar rajah) seperti tuala, plastik,pembaris panjang, bekas bulu tangkis dan guli, Jalankan eksperimen untuk menentukan rintangan pada permukaan yang berbeza. Nyatakan kemahiran proses yang terdapat dalam eksperimen secara terperinci.

11. Kemahiran Membina Hipotesis Takrif membuat generalisasi atau tekaan awal yang boleh diuji berdasarkan beberapa siri pemerhatian dan inferens. Kemahiran membina hipotesis bergantung kepada kebolehan anda dalam ..... 1. membuat pemerhatian yang tepat dan menerangkannya secara terperinci atau merekodkan pemerhatian dalam bentuk gambar rajah, jadual dan graf. 2. mentafsir inferens dan data secara tepat 3. mengenalpasti pola, ciri-ciri sepunya dan 'trend' dalam maklumat 4. membuat penerangan tentang pemerhatian , inferens dan data 5. memberi sebab yang munasabah terhadap setiap hipotesis 6. merancang dan menjalankan eksperimen untuk setiap hipotesis 7. membanding dan membeza data yang menyokong dan tidak menyokong sesuatu hipotesis 8. menyemak hipotesis dengan dapatan ujikaji 9. membezakan inferens daripada hipotesis

Bila dan mengapa perlu membina hipotesis? 1.Hipotesis dibina sebelum penyiasatan atau eksperimen. 2.Hipotesis membimbing pelajar dalam menentukan data yang akan dikumpul dalam eksperimen. 3.Hipotesis yang boleh diuji membantu pelajar merancang eksperimen, iaitu dalam merancang prosedur eksperimen, alat komunikasi yang akan digunakan dan cara bagaimana menganalisis data. 4.Kemahiran berfikir secara kritis diterap semasa menentukan perkaitan antara pembolehubah. 5.Hipotesis menjadi panduan semasa langkah membuat kesimpulan logikal di akhir eksperimen

Bagaimana membina hipotesis? Kenal pasti pembolehubah yang dimanipulasi, pembolehubah bergerak balas dan pembolehubah malar Tulis satu penyataan spesifik yang menghubungkait antara pembolehubah yang dimanipulasi dan pembolehubah bergerak balas. Perlu nyatakan bagaimana pembolehubah yang pertama mempengaruhi pembolehubah kedua.

Contoh hipotesis yang dibina berdasarkan pemerhatian Anda pernah memerhati bahawa gula pasir larut lebih cepat di dalam air panas berbanding air sejuk. Daripada pemerhatian tersebut anda mungkin membina hipotesis, "Semua bahan yang larut dalam air akan melarut lebih cepat di dalam air panas berbanding air sejuk"

Hipotesis yang dibina berdasarkan pemerhatian perlu diuji berkali-kali dengan menggunakan pelbagai bahan untuk menetusahkan hipotesis tersebut. Bahan yang diketahui larut dalam air dimasukkan dalam bekas berisi air panas dan bekas berisi air sejuk. Masa untuk melarut dicatat. Jika masa untuk melarut dalam air panas sama dengan atau lebih lama daripada masa melarut di dalam air sejuk, maka hipotesis tidak disokong oleh dapatan eksperimen. Hipotesis perlu diubahsuai atau diganti baru seperti,

"Kebanyakan bahan yang larut dalam air akan melarut lebih cepat di dalam air panas berbanding air sejuk" Contoh hipotesis yang dibina berdasarkan inferens Sebatang paku dililit dengan dawai bergelung yang dipasang pada bekalan elektrik. Apabila arus mengalir di dalam dawai bergelung, paku itu dapat menarik klip kertas. Jika bilangan lilitan ditambah bilangan kertas klip yang melekat pada paku turut bertambah. Inferens yang mungkin anda buat ialah apabila bilangan lilitan gegelung bertambah, lebih banyak klip kertas yang ditarik oleh paku kerana kekuatan medan elektromagnet paku juga bertambah. Hipotesis yang dapat dibina berdasarkan inferens ialah, "Semakin banyak lilitan gegelung semakin kuat medan elektromagnet terhasil pada paku." Seterusnya hipotesis ini diuji untuk mendapatkan data yang akan menyokong atau menyangkal hipotesis tersebut. Bagaimana menilai hipotesis anda?

Bandingkan hasil eksperimen dengan hipotesis yang dibina.Jika dapatan eksperimen menyokong hipotesis, maka hipotesis itu boleh diterima. Jika sebaliknya hipotesis tersebut perlu diubahsuai atau diganti dengan yang baru.

Aktiviti Anda dikehendaki menyiasat faktor-faktor yang mempengaruhi masa untuk memasak kentang. Beri empat faktor dan bagi setiap faktor bina hipotesis yang boleh anda uji.

Kemahiran Mendefinisi Secara Operasi 10. Kemahiran mendefinasi secara operasi

Takrif memberi takrifan kepada pembolehubah dengan memerihalkan secara spesifik dan jelas tentang cara untuk memerhati dan mengukur perubahan yang berlaku ke atas pembolehubah itu.

Untuk menentukan pembolehubah yang akan anda definisi secara operasi, anda perlu menyoal, "Adakah terdapat alat pengukur untuk mengukur perubahan ke atas pembolehubah ini?" Jika tidak ada alatan yang khusus, pembolehubah itu perlu didefinisi secara operasi. Kemahiran mendefinisi secara operasi boleh digunakan untuk pembolehubah yang dimanipulasi atau pembolehubah yang bergerak balas. Definisi yang diberi boleh berbeza antara seorang pengkaji dengan pengkaji lain walaupun mereka merujuk kepada pembolehubah yang sama.

Contoh Mendefinisi secara operasi "pertumbuhan anak pokok" Anda boleh mendefinisinya sebagai ......... 1.Ketinggian anak pokok iaitu jarak dari aras tanah ke pucuk daun yang tinggi sekali. Anda perlu menggunakan pembaris meter atau pita pengukur untuk mengukur ketinggian tersebut setiap lima balas hari. Perbezaan ukuran akan mewakili pertumbuhan anak pokok. 2.Bilangan daun pada anak pokok. Anda perlu mengira jumlah daun yang terdapat pada pokok itu selepas setiap dua minggu. Penambahan bilangan daun menunjukkan terdapat pertumbuhan pada anak pokok. 3.Ukurlilit batang pokok. Anda perlu menandakan batang pokok yang hendak diukur. Dengan menggunakan pita pengukur atau benang dan pembaris, anda boleh mendapatkan ukurlilit batang pada bahagian yang bertanda selepas dua minggu. Anak pokok mengalami pertumbuhan jika ukurlilit bertambah. 4.Jisim anak pokok dan pasu. Anda boleh menggunakan neraca alur tigaan atau penimbang elektronik untuk menimbang anak pokok dan pasu pada masa awal eksperimen. Selepas sebulan anak pokok dan pasu ditimbang semula. Jika terdapat perbezaan jisim ini bermakna anak pokok telah mengalami proses pertumbuhan.

Aktiviti Anda dikehendaki memberi definisi secara operasi kepada 1. kadar penyejatan air

2. bahan yang larut dalam air Kemahiran Mengawal Pembolehubah 9. Kemahiran Mengawal Pembolehubah Takrif mengenal pasti dan mengendali semua faktor atau pembolehubah yang boleh memberi kesan kepada hasil eksperimen. Hanya satu pembolehubah sahaja yang diubah secara sistematik sepanjang eksperimen sementara pembolehubah lain ditetapkan untuk menjamin kebolehpercayaan keputusan eksperimen Tiga jenis pembolehubah: 1. Pembolehubah yang dimanipulasi atau pembolehubah tidak bersandar - pembolehubah yang sengaja diubah secara sistematik untuk menghasilkan perubahan kepada pembolehubah lain. 2. Pembolehubah bergerak balas atau pembolehubah bersandar - pembolehubah yang berubah akibat daripada perubahan pada pembolehubah lain. Pembolehubah ini diperhatikan sepanjang eksperimen. 3. Pembolehubah malar atau pembolehubah tetap - pembolehubah yang dikekalkan tanpa sebarang perubahan sepanjang eksperimen. Pembolehubah ini boleh mempengaruhi pembolehubah bergerak balas tetapi ditetapkan nilai atau keadaannya supaya kesannya ke atas semua percubaan ujian adalah sama dan boleh diabaikan. Oleh itu ahli sains hanya mengkaji hubungan di antara pembolehubah yang dimanipulasi dan pembolehubah bergerak balas.

Pembolehubah perlu dikenalpasti sebelum memulakan eksperimen supaya anda dapat menentukan ....... apa yang akan diukur atau diubah / pembolehubah manipulasi) bagaimana mengukur pembolehubah manipulasi apakah yang akan diperhatikan dalam eksperimen / pembolehubah bergerak balas bagaimana mengukur pembolehubah bergerak balas apakah faktor-faktor yang dikekalkan sepanjang eksperimen

Contoh Sebuah elektromagnet dapat menarik lebih banyak klip kertas jika bilangan sel kering bertambah di dalam litar. Bilangan sel kering boleh diubah untuk menentukan kesannya kepada elektromagnet. Pembolehubah yang dimanipulasi : bilangan sel kering dalam litar Pembolehubah bergerak balas : bilangan klip kertas yang tertarik kepada elektromagnet Pembolehubah malar : jenis bateri, saiz dan panjang dawai, jenis litar, saiz dan jenis klip kertas, prosedur untuk menarik klip kertas Aktiviti Anda dikehendaki mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kadar penyejatan air. Berikan empat pembolehubah yang dimanipulasi dan terangkan bagaimana ia mempengaruhi pembolehubah yang bergerak balas

Kemahiran Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa 8. Kemahiran Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa Takrif Menghuraikan perubahan parameter dengan masa. Contoh parameter seperti lokasi,arah, bentuk, saiz, isipadu, berat dan jisim. contoh Amin meletakkan ais ke dalam bekas dan suhu ais diukur setiap 5 minit. Amin merekodkan Pemerhatian di dalam jadual 1. Huraikan hubungan antara suhu dengan masa. Buat kesimpulan berdasarkan keputusan. 7. Kemahiran Mentafsir Maklumat

Takrif memberi penerangan tentang pola/ perhubungan berdasarkan maklumat yang dikumpul atau memperihal secara bermakna tentang pemerhatian yang telah dibuat

Secara umumnya, perihalkan maklumat yang tersurat dan cari maksud yang tersirat.

Masihkah anda ingat dengan dua jadual di bawah ini? Soalan yang perlu dicari jawapannya... Apakah yang diwakili oleh setiap lajur? Apakah kecenderungan menurun setiap lajur? Apakah perkaitan antara lajur-lajur tersebut?

Kemahiran Berkomunikasi 6. Kemahiran Berkomunikasi Takrif memindahkan maklumat atau idea kepada orang lain melalui lisan dan tulisan seperti teks, gambar rajah, peta, graf, persamaan matematik, jadual dan lain-lain. Jika anda mendapati diri anda sedang menerima maklumat atau menyebarkan maklumat, atau berkongsi maklumat maka anda sedang berkomunikasi. Anda juga berkomunikasi apabila anda dapati berada dalam suasana....... berkata-kata, mendengar atau menulis untuk menyampai idea atau sesuatu maksud. merekod hasil dapatan sesuatu penyelidikan. melukis dan mengambil nota. menjelaskan sesuatu dengan menggunakan simbol. menggunakan carta ,graf dan jadual untuk menyampai maklumat. menyoal dengan jelas. menggunakan rujukan. menulis laporan eksperimen supaya orang lain dapat membaca dan mencubanya. Alat-alat komunikasi yang boleh anda guna untuk menjelaskan atau menghuraikan sesuatu tindakan, objek atau peristiwa ditunjukkan dalam Jadual 1.

Perihalkan A, B ,C dan D.. Alat komunikasi bagi A adalah simbol, B adalah carta ,C pula jadual manakala D adalah graf Aktiviti. Anda cuba menenggelamkan satu objek ke dalam air seperti ditunjukkan dalam gambar di bawah. Apakah yang akan berlaku jika anda menarik tangan keluar. Ulang langkah ini dengan menggunakan objek seperti dalam senarai. Rekod pemerhatian menggunakan grafik yang sesuai. Objek yang disenarai seperti span(sponge), duit syiling, belon, kain towel dan botol plastik kosong

Anda mungkin juga menyukai