Anda di halaman 1dari 15

Teori Perkembangan Artistik Oleh

Victor Lowenfeld
Peringkat Drawing Realism/
The Gang Age (9 12 tahun)
Kanak-kanak mula menyedari tentang diri
sebagai seorang ahli rakan sebaya dan
masyarakat - kumpulan rakan sebaya lebih
menarik perhatian mereka
Perbezaan jantina mula dirasakan mula
bergerak mengikut rakan sebaya sama jantina
Lukisan menampakkan ciri-ciri perbezaan
jantina melalui ciri rambut dan pakaian

Objek atau gambar yang dilukis berdasarkan
kepada kesedaran tampak sahaja bukan
melalui pengamatan
Menggunakan warna bagi menggambarkan
sesuatu objek seperti hijau untuk pokok, biru
untuk awan dan sebagainya
Memasukkan lebih banyak objek dalam
lukisan mereka
Kefahaman ruang digambarkan melalui kesan
tindan-tindih objek
Objek tidak lagi diletakkan atas garis dasar
satah, tetapi memahami garis horizon di
mana, objek banyak bertumpu di bahagian
bawah (tanah)
Kadar banding (propotion) pada lukisan orang,
dilakukan secara naturalistik.
Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz
Mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil
karya sendiri
Mula membandingkan karya dengan karya
rakan sebaya menjadikan mereka berhati-
hati dan sedikit individualistik serta
menitikberatkan kualiti karya yang dihasilkan


Peringkat Pseudo-naturalistic/
Reasoning (12 14 tahun)
Mula peka dengan konsep realistik dalam
menghasilkan lukisan
Menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz
rasional imej
Lebih gemar melukis melalui peniruan atau
melalui objek di hadapan mata dengan lukisan
menerusi imaginasi
Lukisan diolah lebih natural dan mula
memahami konsep ruang objek yang jauh
bersaiz lebih kecil berbanding yang dekat
Lukisan yang dihasilkan jarang dikongsi
bersama dengan rakan sebaya dan perasaan
malu dan rendah diri akan timbul sekiranya
lukisan yang dihasilkan tidak menarik



Peringkat Period If Decision/ Adolescent
Art In High School (14 17 tahun)
Peringkat penekanan terhadap proses
penghasilan karya seni dan penciptaan objek
Memperlihatkan kematangan di dalam
membuat keputusan dan pemilihan bahan
yang sesuai untuk menghasilkan karya seni
Mula membuat kritikan diri, idealistik dan
menyedari peranannya dalam masyarakat
Kefahaman tentang ruang, objek dan
perlambangan menjadi lebih matang
Lukisan menjadi penting kepada mereka
sebagai media melahirkan emosi, perasaan,
respon terhadap sesuatu dan penyataan
fikirannya
Mula mengembangkan minat dan kemahuan
untuk mendapatkan kemahiran seni

Anda mungkin juga menyukai