Anda di halaman 1dari 7

1

EDUTAINMENT : MENINGKATKAN KEBERKESANAN PdP BIOLOGI



NORSHAMSIAH BINTI SAMSUDIN
SMK KOTA SAMARAHAN

ABSTRAK


Pelajar-pelajar Tingkatan 4 Sains 1 dan 4 Sains 2 yang mengambil
matapelajaran Biologi menghadapi masalah dalam menjawab soalan Biologi
semasa Ujian Diagnostik dan Ujian Progresif 1. Mereka tidak dapat menjawab
dengan baik dan hasilnya markah Biologi mereka rendah.
Kebanyakan daripada mereka beranggapan bahawa matapelajaran
Biologi ini membosankan kerana mereka terpaksa menghafal fakta-fakta di
dalam buku teks.
Markah purata bagi setiap ujian telah diambil bagi Ujian Diagnosti, Ujian
Progresif 1 dan Peperiksaan Pertengahan Tahun. Di antara ujian-ujian tersebut,
elemen edutainment telah diaplikasikan oleh guru semasa PdP.

1. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Setiap tahun, markah Peperiksaan Pertengah Tahun Biologi akan turun
berbanding dengan Ujian Diagnostik dan Ujian Progresif 1. Alasan yang biasa
diberikan oleh pelajar ialah lebih banyak topic perlu dipelajari bagi Peperiksaan
Pertengahan Tahun berbanding dengan dua ujian sebelumnya.
Guru bercadang untuk menjadikan matapelajaran Biologi lebih menarik
untuk dipelajari supaya pelajar tidak merasa terbeban untuk membaca topik-
topiknya. Memandangkan pelajar tingkatan 4 adalah dari generasi Z, dimana
mereka lahir dan hidup dengan penuh kemanjaan dan keselesaan, sudah tentu
mereka tidak mahu memilih untuk hidup susah. Pada mereka, memilih untuk
menghafal adalah satu kehidupan yang sukar. Jadi, guru bercadang untuk
mewujudkan suasana fun dan entertaining di dalam bilik darjah. Tujuannya
adalah supaya pelajar mula untuk memilih Biologi sebagai matapelajaran
kegemaran mereka. Sekiranya ini terjadi, untuk mereka belajar dirumah
matapelajaran ini tidak lagi akan menjadi bebanan kepada mereka.

2
2. Fokus Kajian

Saya menfokuskan kajian saya terhadap usaha untuk menarik minat
pelajar terhadap matapelajaran Biologi. Elemen entertainment sebolehnya
dimasukkan ke dalam setiap PdP.

3. Objektif Kajian

Objektif umum untuk kajian tindakan ini adalah untuk mewujudkan
suasana yang menarik di dalam bilik darjah semasa PdP Biologi dijalankan.
Dengan ada suasana yang menarik semasa PdP, pelajar akan menjadi lebih
berminat untuk belajar. Gejala pelajar tidur semasa PdP atau ponteng dari kelas
juga akan berkurangan.
Objektif khusus :
1. Menarik minat pelajar terhadap matapelajaran Biologi.
2. Memastikan pelajar memahami konsep Biologi dengan mudah.
2. Memastikan keputusan peperiksaan Biologi pelajar meningkat.

4. Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran saya adalah semua pelajar Tingkatan 4 Sains 1 dan 4
Sains 2 yang mengambil matapelajaran Biologi.

5. Pelaksanaan Kajian
5.1 Tinjaun Masalah
Berdasarkan keputusan peperiksaan Pertengahan Tahun dari tahun-
tahun lepas, didapati kebanyakan pelajar gagal untuk menunjukkan prestasi
yang baik berbanding dengan Ujian Progresif 1. Hasil dari perbualan saya
dengan pelajar-pelajar ini, mereka mengatakan bahawa topik yang perlu
dipelajari bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun adalah lebih banyak berbanding
dengan Ujian Progresif 1, sedangkan mereka merasakan masa terlalu singkat
untuk mereka menguasai semua topik-topik tersebut.
3
Perkara ini perlu diberi perhatian kerana ia boleh memberi impak yang
negatif kepada pelajar. Ada sesetengah daripada mereka mula hilang minat
terhadap matapelajaran Biologi.
5.2 Tindakan yang Dijalankan
Aktiviti 1 : Compose Poem and Song
Dalam kumpulan, pelajar diminta untuk memilih satu topik daripada Bab
3 : Movement of Substances Across the Plasma Membrane untuk dijadikan lagu.
Sebelum mereka memulakan perbincangan, guru menunjukkan satu contoh lagu
yang dihasilkan daripada bab yang sama.
Aktiviti ini turut dibantu oleh English Teaching Assistance (ETA) untuk
memastikan sajak yang dihasilkan adalah betul dari segi tatabahasa.
Setelah siap sajak tersebut, pelajar diberi kebebasan untuk sama ada
mencipta rentak lagu mereka sendiri berdasarkan lirik sajak tadi atau memilih
rentak lagu sedia ada dan menggunakan lirik sajak tadi. Di akhir aktiviti ini,
setiap kumpulan mempersembahkan hasil lagu mereka.
Pemerhatian
Pada peringkat permulaan, pelajar agak lambat dalam menghasilkan lirik-
lirik lagu. Ini mungkin disebabkan mereka tidak biasa dengan menghasilkan lirik
yang melibatkan topik-topik sains. Setelah kumpulan yang pertama berjaya
menghasilkan lagu mereka, kumpulan yang lain mula menunjukkan semangat
untuk membuat lagu-lagu mereka.
Refleksi
Walaupun aktivti ini memakan masa dan dirasakan agak sukar bagi
pelajar, tetapi selepas mereka mempersembahkan hasil lagu mereka, mereka
merasa sangat puas hati. Lagu-lagu mereka mendapat pujian daripada guru-guru
yang dijemput khas untuk menjadi juri. Jelas terbayang kepuasan di wajah
mereka.

Aktiviti 2 : Power Point Presentation dan Membuat Folio
Dalam kumpulan, pelajar diberi tugasan yang berlainan untuk
menerangkan setiap subtopik daripada Bab 4 : Chemical Composition of the Cell.
Setiap kumpulan, harus menjawab hasil pembelajaran yang telah ditugaskan
kepada mereka. Hasil daripada perbincangan mereka, mestilah dipersembahkan
4
kepada rakan-rakan sekelas dalam bentuk power point presentation. Hasil
mereka juga perlu dikompilasi kan dalam bentuk folio. Format folio itu adalah
terpulang kepada kreativiti kumpulan masing-masing.
Pemerhatian
Pada permulaan tugasan, setiap kumpulan memerlukan penerangan
daripada guru untuk memastikan mereka mendapat fakta yang betul. Pelajar
juga menunjukkan semangat kerjasama yang tinggi bagi menghasilkan dua
perkara dalam masa yang singkat.
Refleksi
Terdapat kumpulan yang sangat kreatif dalam menghasilkan power point
presentation dan folio mereka. Terdapat juga sebilangan pelajar yang suka untuk
berada di depan untuk mengajar. Secara keseluruhan, pelajar berjaya
menggunakan pendekatan project-based learning dalam aktiviti ini.

Aktiviti 3 : Menghasilkan Peta Minda i-Think
Setiap pelajar diminta untuk menghasilkan peta alir bagi menunjukkan
proses Mitosis dan Meiosis. Pelajar diminta untuk menghasilkan peta alir beserta
dengan gambar bagi setiap fasa. Pelajar juga diminta untuk menerangkan
keadaan kromosom bagi setiap fasa.
Pemerhatian
Terdapat sebilangan pelajar menunjukkan sikap positif dengan mencari
maklumat tambahan daripada internet. Hasil peta alir mereka juga menunjukkan
usaha yang baik daripada pelajar.
Refleksi
Hasil kerja pelajar sangat memuaskan memandangkan mereka
melakukan peta alir ini secara individu. Saya yakin pelajar akan lebih memahami
topik ini sekiranya mereka mencari maklumat sendiri.

5.3 Penilaian
Penilain dibuat berdasarkan keputusan Ujian Diagnostik 1, Ujian
Progresif 1 dan Peperiksaan Pertengahan Tahun.


5
5.3.1 Perbandingan markah-markah ujian
Kelas : 4 Sains 1
BIL NAMA Ujian Diagnostik Ujian Progresif 1 PPT
1 ABANG MAIZAD NAQIB BIN ABANG SAPRI 20 37 46
2 ALI AHMAD BIN ALI RAHMAN 23 43 47
3 ALIF BIN SUJUL BUSTARI 18 33 44
4 DAYANG NUR AMIRA BINTI AWANG ASWANDY 21 39 46
5 DEBORAH ANAK FO MING 34 63 75
6 FIKRI ROHAIZAD BIN ROSLAN 14 26 32
7 HARMIZI BIN OTHMAN 24 44 55
8 IZATI FAZWANI BINTI FAUZI 15 28 33
9 JEREMY ANAK JOUN 23 43 56
10 KHAIRULHAMIZ BIN ISMAIL 14 26 40
11 KHURUL AIN BINTI HARON 37 69 62
12 LEE JUN TECK 21 39 60
13 MOHD HAZIQ BIN HAMDAN 28 52 51
14 MOHD. NURRIZQIL ARIF BIN ZULPAKAR 15 28 40
15 MUHAMAD FITRI BIN MALEK 21 39 40
16 MUHAMMAD ANUGERAH IMAN BIN HASNAN x 38 36
17 MUHAMMAD REZKY DWIAFIAN 20 37 40
18 MUHAMMAD SYAZWAN ARIF BIN HALIN 20 37 36
19 NADZIRAH 'IZZATI BINTI HASABDULLAH 19 35 40
20 NATALIE SURAU ANAK PAUL NATU 27 50 58
21 NORAZAH BINTI BUJANG 26 48 48
22 NUR AFIFAH BT OTHMAN 27 50 67
23 NUR AMANINA BINTI ADAM 20 37 42
24 NUR NAEL' AWATEEF BINTI HARUN 26 48 43
25 SYAZA NOREEN BELINDA BINTI SOPIAN 13 24 21
26 SYED MOHAMAD TIRMIDZI BIN WAN AHMAD 13 24 31
MARKAH PURATA : 22 40 45




6
Kelas : 4 Sains 2
BIL NAMA Ujian Diagnostik Ujian Progresif 1 PPT
1 ASMAHAMIYAH BINTI AMEN 24 28 34
2 CARMEN ANAK PERANGKA 30 40 44
3 DAYANG AZREENA BINTI AWANG ROSLAN 41 47 46
4 ELLEXSON THOMAS ANAK LIDAM 31 23 30
5 FATIN NURAIN BINTI RIPOT 28 29 28
6 HAMEDAH BINTI MAJELAN 22 43 36
7 JENIFFER RHOSMEENA ANAK BENNET 31 33 33
8 JUSTINA AK WALES 39 62 52
9 MOHD. BAZIL BIN MOHD. AZAM 28 23 28
10 NAAIMAHIZA HURUL AINI BINTI KAMIL 33 24 37
11 NOORNAJMA AQILAH BINTI YATIMAN 26 24 38
12 NUR SHAFIRA BINTI SAINI 31 68 58
13 NURISNA FARISHA BINTI ISMAIL 41 41 41
14 NURUL HIDAYAH HADIRI 30 33 42
15 NURZAWANI IZZATI BINTI HAMZAH 43 37 31
16 REBECCA EVA ANAK MUYANG 39 41 41
17 RUDY UNGGANG ANAK RICHARD CHURT 22 11 27
18 SABARINA BINTI JAIDIL 31 15 25
19 SANDRA BONG SIAW HUI 41 54 41
20 SYAFIQAH BINTI HAMDEN 28 28 33
21 THERESA CHAI IRENE 33 49 53
22 VALERIE RABAI ANAK GEMBAR 33 28 24
MARKAH PURATA : 32 36 37









7
5.3.2 Graf Peningkatan Purata Markah bagi Setiap Kelas


Hasil daripada markah purata bagi setiap kelas, jelas menunjukkan terdapat
peningkatan markah bagi setiap ujian. Ini adalah satu keputusan yang sangat
memberangsakan kerana ianya jarang berlaku. Pencapaian ini merupakan
rangsangan kepada pelajar untuk terus meningkatkan markah Biologi mereka.
Ini kerana keyakinan diri mereka mula meningkat.

5.4 Refleksi Kajian
Kajian ini menunjukkan modul pembelajaran yang tidak terhad kepada teknik
pengajaran satu hala. Sebaliknya, ia lebih melibatkan para pelajar mencari
maklumat dengan bimbingan guru. Kaedah mencari makluma ini juga
dilaksanakan dengan teknik yang menarik. Ini adalah untuk menarik minat
generasi Z terhadap matapelajaran Biologi.

6. Cadangan untuk kajian seterusnya
Adalah dicadangkan supaya lebih banyak aktiviti dari modul edutainment
dikaji keberkesanannya. Saya percaya bahawa ianya mampu memberi impak
yang positif terhadap proses PdP. Diharapkan juga supaya kajian seperti ini
dapat dimurnikan atau ditambahbaik oleh pengkaji di masa akan datang.
22
40
45
0
10
20
30
40
50
1 2 3
P
e
r
a
t
u
s

Ujian/Peperiksaan
Purata Markah
Bagi Setiap
Ujian/Peperiksaa
n 4S1 Biologi
2014
32
36
37
28
30
32
34
36
38
1 2 3
P
e
r
a
t
u
s

Ujian/Peperiksaan
Purata Markah
Bagi Setiap
Ujian/Peperiksaa
n 4S2 Biologi
2014

Anda mungkin juga menyukai