Anda di halaman 1dari 7

TUGASAN 2

Pelajar dikehendaki menulis contoh objektif 6 aras Taksonomi Bloom


Contoh objektif 6 aras Taksonomi Bloom berdasarkan:
I. Pengetahuan- Pada akhir pembelajaran pelajar dapat:
Menyenaraikan prinsip rekaan dalam seni.

II. Kefahaman- Pada akhir pembelajaran pelajar dapat:
Merumuskan apa yang diajar oleh guru.

III. Aplikasi- Pada akhir pembelajaran pelajar dapat:
Menyediakan bahan-bahan asas dalam menghasilkan sesebuah catan.

IV. Analisis- Pada akhir pembelajaran pelajar dapat:
Menghubungkait secara teori dan praktikal.

V. Sintesis- Pada akhir pembelajaran pelajar dapat:
Mereka cipta sesuatu produk/karya.

VI. Penilaian- Pada akhir pembelajaran pelajar dapat:
Mengkritik karya-karya yang dihasilkan.

Pilih salah satu tajuk/sub tajuk dalam sukatan PSV. Tuliskan 5 objektif P&P bagi setiap
domain. Nyatakan ulasan anda tentang kepentingan setiap objektif yang dipilih.
1. Domain kognitif
2. Domain afektif
3. Domain psikomotor
Reka Bentuk Industri ( Penghasilan Produk )
1. Kognitif
Objektif:
a) Pengetahuan
Pelajar dapat menyatakan kepentingan bidang reka bentuk industri.
Ulasan: Setelah mendapat pendedahan oleh guru, pelajar mendapati bidang reka
bentuk industri adalah amat penting dalam memajukan ekonomi negara.
Pelajar dapat menyatakan kepentingan bidang tersebut kepada guru . Di sini
berlakunya penerapan nilai murni ke dalam diri pelajar iaitu sifat berani.

b) Kefahaman
Pelajar boleh menerangkan penggunaan alatan dan bahan dalam
penghasilan sesuatu produk reka bentuk industri.
Ulasan: Setelah pelajar boleh menerangkan penggunaan alatan dan bahan dalam
penghasilan sesuatu produk reka bentuk industri, secara automatik sudah tentu
para pelajar telah memahami cara penggunaannya.
c) Aplikasi
Pelajar dapat menggunakan alat dan bahan dengan betul dalam
penghasilan produk.
Ulasan: Produk yang dihasilkan akan kelihatan menarik jika pelajar dapat
mengaplikasikan penggunaan alat dan bahan dengan sebaik mungkin . Maka
produk yang dihasilkan menjadi lebih menarik melalui penggunaan alat dan
bahan denggan sempurna.

d) Analisis
Pelajar dapat melakarkan dengan terperinci rekaan produk.
Ulasan: Jika pelajar dapat melakarkan dengan terperinci sesebuah rekaan produk,
maka pelajar akan dapat menghasilkan produk industri yang dikehendaki
dengan baik sekali berdasarkn lakaran yang dihasilkan.

e) Sintesis
Pelajar boleh merumuskan dan menyokong sebab sesebuah produk itu
dihasilkan.
Ulasan: Jika pelajar dapat merumuskan dan menyokong sebab sesebuah produk itu
dihasilkan, maka pelajar tersebut boleh menghasilkan produk dengan baik. Ini
adalah berdasarkan kajian dan penyelidikan yang dilakukan oleh pelajar.

2. Afektif
Objektif:
a) Menerima
Pelajar menjawab pertanyaan guru tenteng elemen penting dalam reka
bentuk industri.
Ulasan: Pelajar boleh menunjukkan penerimaan mereka dengan apa yang telah
diajar.

b) Memberi Maklumbalas
Pelajar boleh melaksanakan arahan yang diberikan oleh guru.
Ulasan: Pelajar dapat memberi maklumbalas dengan baik apabila melaksanakan
arahan yang diberikan oleh guru dengan baik.

c) Menilai
Pelajar boleh mencadangkan media atau alatan dan bahan yang sesuai
dalam penghasilan produk.
Ulasan: Cadangan yang disumbangkan pelajar boleh menjadikan seseorang pelajar
tersebut merasakan dirinya dihargai. Selain itu, pelajar akan menjadi lebih
berkeyakinan dan berani dalam membuat sesuatu keputusan dan
meluahkan pendapat.
d) Mengorganisasi
Pelajar boleh menyusun dan mengubahsuai reka bentuk dalam sesuatu
lakaran idea sesuatu produk.
Ulasan: Produk yang dihasilkan berfungsi dan menjadi lebih baik hasil daripada
penyusunan dan pengubahsuaian yang dilakukan.

e) Menghayati Nilai
Pelajar dapat melaksanakan tugasan yang diberikan dengan baik dan
sempurna.
Ulasan: Dengan melaksanakan tugasan tersebut telah menggambarkan bahawa pelajar
tersebut mempunyai perwatakan yang baik kerana mengikut arahan yang
diberikan dengan sempurna.

3. Psikomotor
Objektif:
a) Persepsi
Pelajar mengenalpasti atau memerhati segala contoh produk reka bentuk
industri yang ditunjukkan oleh guru.

Ulasan: Tindakan pelajar tersebut menunjukkan kesungguhan pelajar dalam setiap
tindakan yang diambil dalam proses P&P.

b) Set
Pelajar menunjukkan kemahiran yang sedia ada dalam
mengaplikasikannya dalam penghasilan produk.
Ulasan: tahap asas kemahiran yang diperolehi dalam pembelajaran sebelum ini
dapat dilihat dan dinilai.

c) Respons Berpandu
Pelajar memberikan tindakbalas dengan melaksanakan aktiviti dengan
baik dengan menggunakan pengetahuan sedia ada.
Ulasan: Pengembangan kemahiran dapat diberikan kepada pelajar berdasarkan
tugasan yang baru beserta penggunaan pengetahuan sedia ada.

d) Mekanisme
Pelajar dapat menggunakan kemahiran dalam mencantumkan bahagian-
bahagian dalam produk yang dihasilkan.
Ulasan: Ini akan mengasah lagi kemahiran sedia ada dalam diri para pelajar dalam
menghasilkan sebuah produk reka bentuk indusri yang berkualiti tinggi.

e) Respons Ketara Kompleks
Pelajar membaiki kesilapan yang dilakukan sebelumnya.
Ulasan: Hasil dari objektif tersebut akan memberikan kesempurnaan dan
pengekalan kemahiran kepada pelajar melalui proses pembaikan yang
dilakukan.
f) Adaptasi (Penyesuaian)
Pelajar mempelbagaikan fungsi yang terdapat pada produk yang direka.
Ulasan: Sifat kreatif akan lahir akan dalam diri pelajar apabila pelajar mencuba
sesuatu yang baru dan mengaplikasikannya dalam aktiviti harian.
g) Lakuan Tulen
Pelajar mencipta sesuatu produk dengan baik, kreatif, inovatif dan
berdasarkan idea sendiri.
Ulasan: Tahap kemahiran kendiri akan meningkat dalam diri pelajar. Selain itu,
keinginan untuk berubah menjadi lebih baik akan wujud dalam diri para
pelajar.

Anda mungkin juga menyukai