Anda di halaman 1dari 47

TEKNIK PENGAJARAN

KEMAHIRAN
MEMBACA
R.RUBAH DEVI
M.SANDHI
D.MALATHY
LEW YEE MING
SOONG WEN JENG

Teknik
Pengajaran
Kemahiran
Membaca
Survey,
Question,
Read, Review,
Recite (SQ3R)
Know,
What,
Learn, How
(KWLH)
Read, Analogize,
Discuss, Apply,
Review/Research
(RADAR)
Lingkaran
Soalan,
Tatacerita
Bimbingan
Menjangka,
Teater
Pembaca
SURVEY, QUESTION,
READ, REVIEW,
RECITE (SQ3R)
Apakah teknik SQ3R ?
Teknik SQ3R digunakan oleh guru untuk membimbing pelajar
bagi meningkatkan kemahiran belajar pelajar.

Pelajar dapat membaca secara kendiri bagi memperkukuh
kemahiran berfikir .

Ini semua dapat dilakukan dengan memberi penekanan kepada
tinjauan

Maklumat diperoleh melalui penyoalan.

Pengukuhan maklumat dibuat dengan menyatakan kembali dan
menyemak semula
1. Survey - Tinjauan
Langkah membaca untuk mendapatkan gambaran
keseluruhan tentang apa yang terkandung dalam bahan yang
di baca.

Memfokuskan terhadap tajuk besar, tajuk kecil, gambar-
gambar, ilustrasi, lakaran grafik, membaca perenggan
pengenalan, perenggan akhir di bahagian-bahaigian buku
atau teks.

Menggunakan teknik bacaan pantas skimming dan
scanning.
2. Question - Soalan

Langkah yang memerlukan pelajar membina satu siri
soalan mengenai perkara yang ingin diketahui pelajar
berdasarkan topik/isu dalam teks.

Soalan boleh dibina dengan menggunakan prinsip 5W1H.

Dengan soalan yang dibina, pelajar akan cuba mencari
jawapan kepada soalan-soalan tersebut.


3. Read - Baca

Peringkat pelajar sebenarnya membaca bahan atau teks
tersebut secara aktif dan cuba mendapatkan jawapan bagi
soalan-soalan yang dikeemukakan sebelum ini.

Ketika membaca, pelajar akan menyenaraikan soalan
tambahan berdasarkan perkembangan kefahaman dan
keinginan mereka sepanjang melakukan pembacaan.

Pelajar juga akan mempersoal pendapat atau maklumat
yang ditemuinya dalam teks.

4. Recite Imbas kembali

Setelah selesai membaca, pelajar cuba mengingat kembali
apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah
diperoleh.

Pelajar menyenaraikan dan memilih maklumat yang
sesuai dan berkaitan dengan konteks tugasan.

Pelajar juga boleh mengemukakan jawapan kepada soalan
asal sebelum merujuk jawapan yang terdapat di dalam teks.

5. Review Baca semula

Pelajar dikehendaki membaca semula soalan dan
jawapan yang ditulis atau dicatat untuk mengesahkan
jawapan kepada soalan yang dibuat pada peringkat recite .

Pelajar juga perlu memastikan tiada maklumat atau
fakta penting yang tertinggal.


Membolehkan pelajar membaca secara kritis.

Meninjau perkara-perkara yang telah diketahui tentang
bahan tersebut untuk dikaitkan dengan pengetahuan dan
pengalaman pelajar.

Menarik minat pelajar untuk membaca perkara-perkara
yang hendak diketahui.

Mengenal pasti perkara-perkara yang telah dipelajari
dan perkara-perkara tambahan yang belum diketahui lagi.

TUJUAN SQ3R
KNOW, WHAT,
LEARN, HOW
(KWLH)
Apakah teknik KWLH ?

Teknik KWLH ialah satu teknik membaca secara kritis
yang memerlukan pelajar meninjau perkara-perkara
yang telah diketahui, yang akan diketahui dan yang telah
dipelajari.

Teknik ini bertujuan menggalakkan pelajar mencari
maklumat tambahan daripada pelbagai sumber.

Teknik ini juga sesuai dilaksanakan untuk bacaan
ekstensif dan kritis.


K (know) - Apa yang telah diketahui (sebelum membaca)

W (want) - Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca)

L (learned) - Apa yang telah diketahui (selepas membaca)

H (how) - Bagaimana untuk mendapat maklumat
tambahan yang berkaitan (untuk pembacaan seterusnya)

KWLH

K : What I know Know (Tahu)
Murid-murid mencatat maklumat yang sudah diketahui berdasarkan tajuk
atau perkara yang akan dibincangkan.

W : Want (Hendak/Ingin Tahu)
Murid-murid mencatat maklumat yang ingin diketahui dengan lebih lanjut
berdasarkan tajuk atau perkara yang dibaca.

L : What I learned Learn (Pelajari)
Murid-murid dikehendaki mencatat isi penting yang diperoleh daripada
bahan bacaan berdasarkan tajuk atau teks. Dengan perkataan lain, murid-
murid menjawab soalan yang dibina sendiri.

H : How much I want to know How (Bagaimana)
Murid-murid dikehendaki mencatat bagaimana, bila dan di mana untuk
mendapatkan maklumat yang belum lengkap berdasarkan teks yang diberi.
Murid-murid juga berupaya mengemukakan cadangan untuk merujuk
sumber lain.

CONTOH TEKNIK KWLH

1. Pelajar dapat mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan
bahan atau teks yang diberi untuk proses pengajaran dan
pembelajaran.

2. Pelajar sendiri dapat menentukan apa yang diperoleh
daripada bahan atau teks yang disediakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

3. Pelajar dapat menentukan maklumat tambahan yang perlu
dicari daripada sumber lain, selain sumber yang telah
disediakan.

4. Pelajar dapat mengetahui apa yang diperoleh daripada bahan
yang sedang diberikan (semasa).
TUJUAN KWLH
READ, ANALOGIZE,
DISCUSS, APPLY,
REVIEW/RESEARCH
(RADAR)
Apakah teknik RADAR ?
R (Read) - Membaca

A (Analogize) - Menganalogi

D(Discuss) - Berbincang

A( Apply) - Mengaplikasi

R(Review/Research) - Menyemak/
Menyelidik
Read (Membaca)
Pelajar dikehendaki membaca petikan serta mendapatkan maklumat yang
dikehendaki. Pelajar juga boleh mendapat maklumat daripada teks yang diberi
serta membandingkan dengan maklumat lain.
Analogize (Menganalogi)
Pelajar menerangkan bagaimana konsep , barang, idea, tempat berhubungkait
dan mempunyai persamaan.
Discuss (Berbincang)
Pelajar menyenaraikan persamaan yang terdapat pada barang, idea atau
tempat. Guru membantu pelajar membuat perbandingan serta menentukan
persamaan yang penting tentang konsep, barang, idea atau tempat.
Apply (Mengaplikasi)
Bincang secara mendalam tentang dua perkara yang dibandingkan.
Review/ Research
Membuat penyelidikan lanjutan tentang apa yang dibincangkan atau
merumus semula apa yang telah dibincangkan.

Mengesan pengetahuan baru dan
mengaitkannya dengan pengetahuan yang
telah diketahui.

Pelajar berpeluang untuk membandingkan
konsep yang akan dipelajari dengan
pengalaman atau pengetahuan sedia ada pada
diri mereka sendiri.

TUJUAN RADAR
LINGKARAN
SOALAN

Lingkaran soalan yang sesuai digunakan oleh guru berupaya
memantapkan penguasaan kemahiran membaca dalam diri murid-
murid.

Lingkaran soalan yang digunakan oleh guru ketika pengajaran dan
pembelajaran kemahiran membaca sewajarnya dijalankan
berdasarkan pendekatan yang sesuai.

Menurut Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam telah mencadangkan
empat pendekatan yang sesuai dijalankan dalam KBSR yang
diistilahkan sebagai pendekatan A, B,C dan D. Setiap pendekatan ini
mempunyai lingkaran soalan yang boleh digunakan oleh guru ketika
pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca.
LINGKARAN SOALAN
Pendekatan A
Guru menunjukkan gambar dan meminta murid menamakannya, berbual
tentang gambar dan menyerapkan isi pengetahuan daripada mata pelajaran
lain.

Guru seterusnya menunjukkan kad perkataan dan meminta murid
menyebutnya.

Murid diminta melekatkan kad perkataan pada gambar dan menyebutnya.


Setelah guru mengenepikan kad gambar, murid diminta pula membaca kad
perkataan.

Guru turut menunjukkan kad-kad suku kata satu persatu untuk perkataan
tadi misalnya, suku kata ba + ju.

Akhirnya, guru membahagikan suku kata tadi pada huruf dengan
menggunakan kad lain lalu meminta murid-murid membunyikan huruf-huruf
itu, iaitu a (a), b (beh), u (u), j (jeh) = ba (ba) + ju (ju) = baju.

Pendekatan B

Pada peringkat permulaan, dua huruf sahaja diperkenalkan kepada murid-
murid, iaitu huruf m dan s.

Tujuan pengenalan kedua-dua huruf ini adalah untuk menarik minat murid
di samping mempastikan mereka memahami konsep bunyi huruf.

Guru seterusnya menunjukkan kad huruf m dan s lalu membunyikan kedua-
duanya, manakala murid mengikut sebutan guru.

Guru berulang kali menunjukkan kad huruf dan membunyikannya hingga
murid dapat menyebutnya dengan betul.

Guru seterusnya meminta beberapa orang murid membaca bunyi huruf-
huruf tersebut secara kumpulan dan individu contohnya, mu.ka, saya

Pendekatan C

Melalui pendekatan ini, Raminah Sabra dan Rahim
Syam (1987:169-172) telah mengemukakan lapan
langkah pelajaran yang berbeza.

Sehubungan itu, lingkaran soalan yang boleh digunakan
oleh guru adalah berdasarkan kelapan-lapan langkah
pelajaran tersebut.


Guru memulakan dengan memperkenalkan bunyi dua atau tiga huruf vokal, a, i, u .

Kad imbasan digunakan untuk meminta murid membunyikan huruf tersebut beberapa
kali secara berselang seli.

Guru memperkenalkan bunyi satu huruf konsonan misalnya, k.

Murid diminta menggabungkan bunyi konsonan dengan bunyi vokal supaya menjadi
suku kata contohnya, ka ki ku.

Murid-murid diminta lagi untuk berlatih menyebutnya sebelum diminta
mencantumkan suku kata tersebut untuk menjadi beberapa perkataan yang bermakna
contohnya, ka+ki = kaki dan ku+ku = kuku.

Murid-murid diminta menyebut perkataan tersebut berulang kali dan
menggabungkannya menjadi frasa atau ayat yang bermakna contohnya,kuku kaki ku


Pelajaran 1 dan 2

Guru mengulang pelajaran lalu tentang bunyi huruf vokal a, i, u.

Guru memperkenalkan pula satu atau dua lagi bunyi konsonan, iaitu b dan s.

Guru meminta murid-murid melakukan latih tubi menyebut kedua-dua bunyi
tersebut dengan menggunakan kad imbasan.

Murid-murid diminta mencantumkan bunyi huruf b dan s dengan huruf-huruf
vokal a, i dan u agar menjadi bunyi ba, bi, bu, sa, sidan su.

Latih tubi dilakukan lagi sebelum murid-murid diminta mencantumkan suku
kata tersebut menjadi perkataan misalnya, ba+ba = baba, bu+bu = bubu.

Guru membina beberapa ayat dan meminta murid membacanya
contohnya, ibu baba.

Akhirnya, guru meminta murid membina perkataan dan ayat-ayat lain serta
membacanya.

Pelajaran 3
Pelajaran 4

Guru boleh menggunakan huruf-huruf dan suku kata dalam pelajaran 1,
2 dan 3 untuk membina pelbagai perkataan dan ayat untuk meminta murid
membacanya.

Seterusnya, guru meminta murid mencantum suku kata contohnya, ka,
ki, ku, ba, bi, bu menjadi beberapa perkataan dan meminta murid
membacanya.

Guru turut membina beberapa ayat misalnya, Abu buka bukuuntuk
murid-murid membaca.

Guru turut menggantikan perkataan Abu dengan perkataan lain
misanya, baba atau ibu sebagai latih tubi murid.

Guru seterusnya meminta murid membaca ayat contohnya, ibu baba
buka buku baba.

Pelajaran 5

Guru memperkenalkan kepada murid-murid bunyi dua atau tiga
konsonan lain misalnya, t, m dan d.

Guru meminta murid membina suku kata misalnya, ta, ti, tu.

Seterusnya, guru meminta murid membina perkataan misalnya,dada,
muda, uda dan membacanya.

Akhirnya, guru meminta murid membina frasa dan ayat daripada
perkataan berikut misalnya,

(i) dada dia budi ibu, (ii) mata dia budi uda.


Pelajaran 6
Guru meminta murid membina perkataan
suku kata tertutup misalnya, du+duk = duduk,
lalu membacanya.

Murid-murid seterusnya diminta membaca
ayat-ayat lain dan cerita berkaitan
misalnya, muka budak itu masam, budak itu
sakit kaki, ubat sakit kaki tidak ada.

Pelajaran 7

Guru memperkenalkan bunyi tiga konsonan lagi
misalnya, r, p, n.

Guru dan murid mencantumkan bunyi-bunyi konsonan ini
dengan bunyi-bunyi vokal, a, i, u.

Guru meminta murid membina perkataan dan ayat-ayat
baharu berdasarkan suku kata dan perkataan yang telah
dipelajari dalam pelajaran ini dan pelajaran sebelumnya serta
berlatih membacanya.

Pelajaran 8

Guru memperkenalkan bunyi vokal-vokal lain, iaitu o, e (pepet),e (taling).

Guru meminta murid membina suku kata berdasarkan huruf vokal o misalnya, bo +
tak = botak.

Guru seterusnya membina suku kata dengan vokal e pepet dan e taling untuk
membezakannya misalnya, emak dan esok.

Guru meminta murid membaca beberapa frasa atau ayat misalnya, (i) kotak besar itu
di situ (ii) ekor kuda.

Guru seterusnya meminta murid mencantum suku kata untuk menjadi perkataan atau
ayat yang bermakna dengan menulisnya di papan putih dan murid membacanya.

Akhirnya, guru memperkenalkan lebih banyak huruf konsonan misalnya, l, g, h, f, j, c,
y, z, w, q dan x serta memperkenalkan bunyi gabungan lambing huruf dalam ejaan
misalnya, ng = bising, nga = bunga, sy (sya) = syarat, gh (gha) = ghaib dan ny = nyanyi.


Pendekatan D
Melalui pendekatan ini, guru menunjukkan gambar dan meminta murid
menamakan serta berbual tentang gambar tersebut.

Guru memperkenalkan nama huruf-huruf tunggal misalnya, b, a, j, u dan
meminta murid menyebutnya.

Guru meminta murid mencantum huruf b dengan huruf a dan menyebutnya
serta huruf j dan huruf u dan membunyikannya.

Seterusnya guru meminta murid mencantumkan kedua-dua suku kata dan
menyebut perkataan, iaitu baju.

Guru menunjukkan pula kad perkataan baju dan meminta murid menyebutnya.

Guru mengulang untuk perkataan lain.

Akhirnya, guru menunjuk gambar dan perkataan yang telah dipelajari lalu
bertanya, Ini apa? kepada murid-murid

TATACERITA

Pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa
kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian
pelajar.

Penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam
kalangan pelajar dapat ditingkatkan.

Perkara yang perlu diberi perhatian dalam melaksanakan teknik bercerita
ialah:

a) Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat
permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita

b) Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan
kawalan mata.

c) Suara memainkan peranan yang penting dan harus dikawal supaya jangan
mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan

Tatacara dalam melaksanakan teknik
bercerita ialah:

(a) Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid

(b) Sesuaikan dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan

(c) Kaji cerita tersebut dan masukkan aspek-aspek bahasa

(d) Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting

(e) Lakukan latihan

(f) BBM seperti gambar dan objek sebenar boleh digunakan untuk menguatkan
penceritaan

(g) Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan
bahasa yang hendak disampaikan.

BIMBINGAN
MENJANGKA

Bimbingan menjangka adalah bimbingan yang diberi oleh guru
khususnya untuk membantu murid membaca dan memahami.

Hj Ismail Hj. Zakaria, Salmah Othman, Elly Chong (1992:86)
mengistilahkan bimbingan menjangka sebagai aktiviti membaca
terarah

Aktiviti bimbingan menjangka digunakan untuk
membimbing murid
membaca dan memahami petikan, rencana dan karya sastera.

Aktiviti ini juga sesuai untuk mengajar bacaan dan kefahaman k
epadakumpulan kecil atau keseluruhan kelas.

Terdapat lima langkah yang perlu diikuti oleh guru dan murid ke
tika menjalankan aktiviti bimbingan membaca.


LANGKAH 1

Guru perlu melakukan tinjauan terhadap pengetahuan dan pengalaman
sedia adamurid berkaitan petikan yang akan dibaca. Sekiranya pengetah
uan dan pengalaman murid kurang mencukupi maka,
guru perlu menjalankanbeberapa aktiviti awal, iaitu

(i) membaca petikan sepintaslalu,
(ii) menyampaikan isi utama petikan kepada murid,
(iii)menyenaraikan perkataan dan konsep baharu dan menghuraikan
maknanya dan
(iv) menggunakan gambar, foto, tayangan slaid atau filem sebagai
pengukuhan pengetahuan dan pengalaman murid tentang isi petikan.
LANGKAH 2

Sebelum pembacaan yang sebenarnya dijalankan,
guru menjelaskan kepada muridtentang tujuan pembacaan i
tu. Penyataan tujuan pembacaan dapatditunjukkan melalui
empat aktiviti, iaitu

(i) mendapatkan isi-isi utamapetikan,
(ii) memberi makna perkataan tertentu mengikut konteks,
(iii)mengemukakan pendapat tentang kesesuaian tajuk dan
(iv) menghuraikangerak balas afektif terhadap petikan.


LANGKAH 3

Guru menentukan had masa untuk murid membaca petikan
khususnya berdasarkan pembacaan senyap.

Pembacaan kuat pula dijalankan hanyauntuk interpretasi
terhadap sesuatu persoalan atau penghayatan
keindahan bahasa dalam petikan.

Teknik pengajaran bacaan kuat tidak
digalakkan untuk pengajaran dan pembelajaran dalam
peringkat ini.

LANGKAH 4

Perbincangan isi petikan dijalankan secara bersoal jawab
seperti yang dijalankan ketika aktiviti mengenal pasti tujuan
pembacaan.

Perbincangan juga boleh dijalankan berdasarkan pengalaman
baharu yang dialami oleh murid.

Perbincangan boleh dijalankan di peringkat kelas dan
dijalankan oleh guru dengan melibatkan murid secara aktif.

Guru boleh berperanan sebagai penasihat dan pemudah cara
jika perbincangan dijalankan dalam kumpulan kecil.

LANGKAH 5
Merupakan aktiviti pengayaan yang boleh dijalankan
berdasarkan aktiviti dalam keempat -
empat langkah sebelum ini.

Aktiviti pengayaan boleh dijalankan dalam kelas atau sebagai
kerjarumah berdasarkan tiga kaedah, iaitu :

(i) melakukan ilustrasi peristiwa dalam petikan,
(ii) menulis cerita berdasarkan tema yang sama dan
(iii) melakukan bacaan luas tentang tajuk yang dibaca.


TEATER PEMBACA
Apakah Teater Pembaca?


1. Satu cara menghidupkan sebuah skrip pendek. (boleh diambil dari buku teks)
2. Teater pembaca melibatkan pembaca membaca secara individu daripada skrip
pendek.
3. Teater pembaca dikenali sebagai teater minda kerana audiens dibiar untuk
membayangkan babak dan aksi daripada suara dan gerak isyarat yang simbolik
daripada pembaca.
4. Pelakon tidak perlu menghafal dialog.
5. Persembahan sepenuhnya membaca teks.
6. Aktiviti ini mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak badan terbatas
dan mimik muka.
7. Penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka membantu murid-
murid yang menjadi penonton memahami, menghayati dan merasakan seolah-
olah cerita yang disampaikan berlaku di hadapan mereka.
8. Tidak melibatkan ruang yang luas
9. Tidak perlukan latihan yang lama.
10. Boleh dilaksanakan secara spontan.
11. Sesuai dalam melatih keterampilan berbahasa, ia melibatkan gaya
pengucapan dan penyampaian yang bersahaja serta bersesuaian dengan situasi
dan watak yg dilakonkan.
12. Teater pembaca ini menekankan aspek 'membaca'.


Pelaksanaan Teater Pembaca

1. Beberapa orang pelajar dipilih berdasarkan kehendak
skrip.

2. Pelakon yang tiba gilirannya akan bergerak selangkah ke
hadapan dan membaca dialog dengan penuh perasaan.

3. Setelah selesai membaca dialognya, dia akan berundur ke
belakang. Ia akan dikuti dengan pelakon berikutnya, dan
begitulah seterusnya.


SEKIAN TERIMA
KASIH

Anda mungkin juga menyukai