Anda di halaman 1dari 14

Pencemaran udara: Kementerian nasihat guna

topeng muka


Cuaca panas dan kering ketika ini menyumbang kepada keadaan berjerebu di sekitar Kuala Lumpur, semalam.



KUALA LUMPUR 14 Julai - Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai menggunakan topeng muka ketika
melakukan aktiviti luar memandangkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kebanyakan kawasan mencatatkan
bacaan sederhana.
Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, langkah berjaga-jaga dengan memakai topeng muka perlu bagi
mengelak sebarang implikasi kesihatan yang tidak diingini.
"Selain memakai topeng muka, kita sarankan agar orang ramai minum air yang banyak kerana cuaca panas dan
kering berkemungkinan akan menimbulkan pelbagai masalah kesihatan lain," katanya.
Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Liver Update Kesembilan di sini hari ini.
Hadir sama Presiden Yayasan Hati Malaysia (MLF), Tan Sri Dr. Ismail Merican.
Dalam pada itu, Tiong Lai turut mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dengan wabak denggi sepanjang Julai
hingga September kerana tempoh itu sering menyaksikan paras jangkitan tertinggi saban tahun.
Menurut beliau, bagaimanapun, dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, sebanyak 18 kes kematian dicatatkan
berbanding 69 kematian pada tempoh yang sama tahun lalu.
"Walaupun jumlah kes denggi berjaya dikurangkan mencecah 57 peratus pada tahun ini, namun sepanjang tempoh
ini orang ramai diingatkan agar lebih berhati-hati," katanya.

Artikel
Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0715&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri
&pg=dn_12.htm#ixzz385UmLldB
Utusan Melayu (M) Bhd
ADITIF MAKANAN - Apa yang perlu anda tahu?
Apakah itu aditif makanan?
Aditif makanan adalah bahan yang selamat dimakan yang ditambah secara sengaja ke dalam makanan dalam
kuantiti yang sedikit tetapi tidak termasuk vitamin dan mineral.
Tujuan aditif makanan ditambah dalam makanan adalah untuk:
Memanjangkan jangka hayat penyimpanan makanan
Meningkatkan kualiti makanan dan persembahan (tekstur, warna, rupa, rasa dan konsistensi)
Menambah keenakan makanan
Memberi pilihan kepada pengguna
Aditif makanan seharusnya tidak dikelirukan dengan bahan pencemaran (kontaminan). Bahan pencemaran adalah
bahan yang tidak ditambah secara sengaja dalam makanan seperti logam berat, residu racun perosak
dan drug veterinar.
Salah faham terhadap aditif makanan
Sesetengah orang percaya aditif makanan itu adalah bahan kimia dan justeru itu, ia seharusnya diharamkan
penggunaannya. Dalam konteks sains makanan, perkataan bahan kimia tidak mempunyai maksud kerana udara,
air, gula dan garam juga adalah bahan kimia seperti aditif makanan.
Perkara penting yang perlu diambil perhatian adalah kebanyakan aditif makanan yang digunakan boleh didapati
secara semula jadi. Contohnya:
Pektin yang digunakan untuk memekatkan jem diperolehi daripada tumbuhan.
Lesitin yang digunakan untuk menghalang pengasingan makanan diperolehi daripada kuning telur.
Aditif semula jadi yang lain termasuk karamel sebagai pewarna, vitamin C sebagai antipengoksida, agar
daripada rumpair laut sebagai penstabil.
Salah faham mengenai aditif makanan telah membuat pengguna lebih tertumpu kepada mengelakkan aditif makanan
lebih daripada mengamalkan diet yang seimbang.
Sejak bila aditif makanan digunakan dan kenapa?
Penggunaan aditif makanan telah menjadi amalan biasa sejak ratusan tahun dahulu di mana aditif makanan
ditambah ke dalam makanan melalui pelbagai cara untuk membantu mengawet, menyedapkan, mencampur,
memekatkan atau mewarna makanan. Nenek moyang kita telah menggunakan garam untuk mengawet daging dan
ikan serta rempah ratus untuk menyedapkan makanan. Sementara kuning telur selalu digunakan bagi tujuan
mengadunkan air dan minyak. Cuka serta gula juga digunakan sebagai aditif makanan bagi mengawet buah-buahan
dan membuat jeruk.
Jenis-jenis aditif makanan
Mengikut Peraturan-peraturan Makanan 1985, jenis-jenis aditif makanan yang dibenarkan adalah:
Bahan pengawet
Bahan pewarna
Bahan perisa
Penambah perisa
Antipengoksida
Kondisioner makanan
Aditif
Makanan
Takrifan Contoh aditif yang
dibenarkan
Contoh
makanan
yang
dibenarkan
ditambahkan
aditif
makanan
Bahan
Pengawet
Bahan pengawet digunakan
untuk mengawal
pertumbuhan kulat, bakteria
dan yis bagi memanjangkan
jangka hayat penyimpanan
makanan
Asid benzoik, asid
sorbik, sulphur dioksida
Jem, jus
buah, cuka
Bahan
pewarna
Bahan pewarna digunakan
untuk menjadikan makanan
lebih menarik dan
merangsang selera makan
Allura Red, Sunset
Yellow, anthocyanin
Kek, ais krim,
minuman
berperisa
Bahan perisa Bahan perisa digunakan
untuk memberi dan
mengekalkan rasa yang
unik bagi sesuatu makanan
Bahan perisa ais krim
(contohnya vanila,
strawberi, durian dan
lain-lain) Bahan perisa
untuk minuman
(contohnya jagung,
oren, anggur dan lain-
lain)
Ais krim,
minuman
berperisa
Penambah
perisa
Penambah perisa
digunakan untuk
menambah dan
memperkuatkan rasa
sesuatu makanan
Monosodium glutamate
(MSG)
Sos, susu
berperisa
Antipengoksida Antipengoksidaan berfungsi
untuk melambatkan proses
pengoksidaan yang
menyebabkan ketengikan
dalam makanan
Tokoferol Asid
askorbik,Butylated
hydroxytoulene (BHT)
Marjerin,
mentega
kacang, krim
kelapa, gum
kunyah
Kondisioner
makanan
Kondisioner makanan
ditambah dalam makanan
untuk memberi fungsi
teknologi untuk
mendapatkan makanan
yang dihasratkan Jenis-
jenis kondisioner makanan
yang dibenarkan adalah :
1. Pengemulsi dan
agen antibuih
2. Penstabil,
pemekat, kanji
ubahsuai dan
agen pengelan
3. Pengawal asid
4. Enzim
5. Pelarut
6. Agen
antipengerakan
Asid fosforik,
magnesium karbonat,
gum xanthan, lecithin
Buah
berkaling,
coklat, kek,
biskut
Bagaimana penggunaan aditif makanan dikawal?
Kementerian Kesihatan bertanggungjawab mengawal dan meluluskan penggunaan aditif dalam makanan. Oleh
kerana penggunaan aditif digunakan secara meluas dalam makanan kawalan ketat terhadap penggunaan aditif
amatlah penting. Hanya aditif yang sesuai dan selamat saja yang boleh ditambah pada makanan.
Penggunaan aditif makanan hanya dibenarkan dalam makanan tertentu sahaja dan kadar maksimum adalah
ditetapkan seperti yang disenaraikan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Kementerian Kesihatan hanya
meluluskan aditif makanan untuk kegunaan dalam makanan apabila terdapat bukti kukuh bahawa aditif makanan
tersebut tidak mendatangkan kesan bahaya kepada kesihatan manusia hasil dari penggunaannya.
Pada masa yang sama ,Kementerian Kesihatan menjalankan program pemantauan yang berterusan bagi
memastikan penggunaan aditif makanan mematuhi kadar yang dibenarkan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan
1985.
Bagaimana untuk mengetahui aditif makanan telah ditambah ke dalam makanan?
Pengguna perlu membaca label. Di bawah undang-undang sedia ada, apa-apa makanan yang telah ditambah
dengan aditif makanan mesti mempunyai penyataan"mengandungi (jenis aditif makanan yang berkenaan) yang
dibenarkan di senarai ramuan. Contohnya "mengandungi pewarna yang dibenarkan".
Kadang kala label juga memberikan maklumat tambahan berkaitan jenis aditif makanan secara spesifik yang telah
ditambah ke dalam makanan. Contohnya "mengandungi pewarna yang dibenarkan (Ponceau 4R)".
Ada juga label yang mengandungi maklumat tambahan di mana nombor rujukan aditif yang digunakan di peringkat
antarabangsa dinyatakan pada label .Contohnya"mengandungi pengemulsi (sodium pyrofosfat(E450) sebagai
kondisioner makanan yang dibenarkan".
Bolehkah aditif memberi kesan sampingan yang menjejaskan kesihatan kepada pengguna?
Terdapat segelintir pengguna yang alah terhadap sesetengah aditif makanan. Namun demikian dengan penyataan
aditif yang ditambah pada label, pengguna yang alah terhadapnya dapat mengelakkan dari memakan makanan yang
mengandungi aditif tersebut.
Antara aditif yang biasa dikaitkan dengan kesan sampingan dan alahan kepada pengguna adalah sulfur dioksida
atau sulfit. Sulfit atau sulfur dioksida merupakan bahan pengawet yang biasa ditambah pada jeruk dan buah-buahan
kering.
Sulfur dioksida atau sulfit boleh menyebabkan serangan lelah yang teruk bagi sesetengah pengguna yang alah
dengannya. Oleh itu penyataan "mengandungi sulfur dioksida" diwajibkan sekiranya sulfit atau sulfur dioksida
ditambah melebihi 10mg/kg dalam makanan.
Aditif lain yang sering dikaitkan dengan kesan alahan adalah penambah perisa Monosodium glutamate (MSG).
Kesan sampingan yang dikaitkan dengan penggunaan MSG digolongkan ke dalam Sindrom Restoran Cina. Ini
kerana MSG sering digunakan dalam masakan dan hidangan di kalangan masyarakat Cina. Tanda-tanda sindrom ini
termasuk panas badan dan rasa menggelenyar di tengkuk dan belakang badan serta perasaan tertekan di bahagian
dada dan muka.
Walau bagaimanapun, kajian saintifik gagal membuktikan kesemua kesan sindrom tersebut disebabkan secara
langsung oleh MSG. Sebaliknya kesan sampingan buruk hanya dialami oleh pengguna yang alah terhadap MSG.
Pernyataan "mengandungi Monosodium glutamate (MSG) sebagai penambah perisa yang dibenarkan" wajib
dinyatakan pada label makanan.
Nasihat kepada pengguna
Pengguna dinasihatkan untuk selalu membaca label makanan sebelum membeli makanan. Bagi pengguna yang alah
terhadap makanan atau aditif tertentu amatlah penting untuk membaca senarai ramuan pada label makanan dan
mengenal pasti makanan atau aditif yang perlu dihindari yang boleh memberikan alahan.
Semakan akhir : 3 April 2014
Penulis : Pn. Norrani binti Eksan
Penyemak : Pn. Norrani binti Eksan








Pencemaran Udara
by mazwani
Klasifikasi Pencemaran Udara
Pencemaran udara dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu:

Pencemaran Udara Primer
Penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada proses pembakaran yang tidak
lengkap adalah punca pencemaran udara primer. Proses ini menyebabkan zarah-zarah yang halus
terampai-ampai di udara dan memberi kesan sampingan kepada kesihatan kita. Kebanyakan
pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan industri dan penggunaan
dapur arang atau kayu.
Pencemaran Udara Sekunder
Pencemaran udara sekunder pula adalah tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dan membentuk
dengan gas-gas yang tidak diperlukan oleh benda hidup. Sulfur dioksida memerlukan gas seperti karbon
monoksida dan sufur monoksida (pencemar primer) untuk membentuk gas-gas lain. Sebagai contoh,
gabungan sulfur dioksida, sulfur monoksida dan wap air akan menghasilkan asid sulfurik. Tindakbalas
antara pencemar primer dengan gas-gas terampai di atmosfera akan menghasilkan peroksid asetil nitrat
(PAN).

Jenis-jenis Bahan Pencemar
Antara jenis-jenis bahan pencemar adalah seperti berikut :
Sulfur dioksida
Karbon monoksida
Nitrogen dioksida dan ozon
Alergen
Plumbum dan logam-logam lain
Punca Pencemaran


Pencemaran udara boleh berpunca daripada :
Pelepasan asap kenderaan
Penghasilan bahan pencemaran oleh kilang
Pembakaran di tempat pelupusan
Pembakaran terbuka di bandar
Pembakaran hutan
Pelepasan habuk - pembakaran sisa kayu/ sekam padi
Bahan-bahan sisa bandaran - sampah-sarap , sisa-sisa makanan
Aktiviti Masyarakat - membakar sampah, memasak menggunakan arang/ kayu, merokok

Kesan Pencemaran
Kesan-kesan pencemaran udara :
Kesihatan terjejas
Pertanian yang tidak produktif
Kemalangan mudah berlaku - akibat penglihatan yang kabur
Mengotorkan persekitaran - habuk
























Tenaga Biomass Tenaga boleh diperbaharui
by EDITOR on Apr 5, 2014 6:52 am No Comments

Apa yang anda fahami tentang istilah tenaga biojisim (biomass). Rencana ringkas ini akan
membincangkan topik ini.
Secara ringkas, tenaga biojisim merupakan tenaga yang terhasil daripada bahan-bahan yang berasal
dari tumbuhan. Istilah biojisim (Biomass) berasal daripada perkataan Inggeris yang digabung
iaitu biology dan mass. Makna asalnya memberi maksud jisim sesuatu bahan biologi.
Bagaimanapun daripada sudut istilah, biomass sering dirujuk kepada tenaga daripada bahan-bahan
tumbuhan itu.
Sebenarnya manusia telah menggunakan biomass sejak dari zaman purba lagi sebagai sumber
tenaga untuk memasak, memanaskan badan, melebur logam dan pembuatan senjata. Belakangan ini
minat untuk menggunakan tenaga biomass sebagai sumber tenaga semakin mendapat tempat. Ini
kerana bahan biomass boleh diperolehi dengan mudah dengan jumlah yang banyak, boleh
diperbaharui dan dapat mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api fosil yang semakin
berkurangan.


Bumi kita dipenuhi dengan pelbagai tumbuhan samada yang tumbuh meliar atau ditanam.
Tumbuhan-tumbuhan ini merupakan rumah simpanan bagi tenaga solar dan bahan kimia. Sumber
tumbuh-tumbuhan ini yang datang samada dari darat atau lautan dipanggil biomass. Biomass juga
merangkumi segala hasil tumbuh-tumbuhan khusus untuk sumber tenaga atau hasil buangan yang
berpunca daripada pelbagai kayu-kayan, tanaman dan juga bahan buangan perbandaran. Biomass
boleh mengandungi pelbagai bahan, kandungan utamanya ialah selulosa, lignin, hemiselulosa,
sedikit minyak dan pelbagai unsur lain. Unsur kimia utama bagi semua bahan ini ialah karbon dan
hidrogen.


Biomass dianggap sebagai sumber yang boleh diperbaharui kerana karbon dioksida dari atmosfera
dan air dari bumi bergabung melalui proses fotosintesis menghasilkan karbohidrat yang merupakan
asas binaan utama biomass. Melalui proses fotosisintesis, tenaga solar disimpan dalam ikatan kimia
antara molekul-molekul tumbuhan. Apabila biomass dibakar secara cekap, oksigen dari atmosfera
bertindak dengan karbon dalam biomass menghasilkan karbon dioksida dan air. Ini boleh
menghasilkan biomass yang baru. Oleh itu, biomass dikatakan sebagai satu sumber tenaga penting
yang boleh diperbaharui dan mempunyai potensi mengurangkan penggunaan sumber tenaga fosil
yang semakin berkurangan.


Kaedah menukar Biomass kepada tenaga.
Terdapat beberapa kaedah yang berkesan untuk menukar biomass kepada tenaga. Antara kaedah
utama ialah pembakaran, penapaian alkohol dan pencernaan anaerobik.


Pembakaran

Cara yang paling ringkas ialah pembakaran bagi menghasilkan tenaga. Walaupun proses
pembakaran ini mudah dan telah digunakan sejak zaman dahulu kala lagi, tetapi hari ini
pembakaran mesti dijalankan dengan cara yang moden agar tidak menghasilkan pencemaran udara
yang memudaratkan. Tenaga haba yang boleh diperolehi dalam proses pembakaran ini boleh
digunakan untuk pelbagai tujuan seperti pemanasan bahan dan ruang dan juga untuk menghasilkn
wap panas (stim) bagi penjanaan elektrik.


Penapaian alkohol

Dalam proses ini karbohidrat daripada bahan organik biomass ditukar kepada gula di dalam satu
reaktor biologi dengan kawalan suhu yang rapi. Proses ini sama dengan proses pembuatan arak
tetapi produk yang dihasilkan boleh dijadikan bahan api. Oleh itu hasil utamanya ialah etanol atau
metanol.
Untuk pembakaran di dalam sebuah enjin, biasanya etanol atau metanol ini dicampur dengan bahan
pembakar cecair lain untuk dijadikan bahan pembakar yang lebih sesuai dan campuran ini dikenali
sebagai gasohol.


Pirolisis

Proses pirolisis melibatkan pemanasan bahan biomass pada suhu yang tinggi dalam keadaan tanpa
oksigen atau jumlah oksigen terhad. Dalam proses ini bahan organik terurai menjadi pelbagai gas
dan karbon. Gas-gas yang terhasil kemudiannya dikondensasikan menjadi cecair untuk digunakan
semula sebagai bahan bakar atau sumber bahan kimia.

Pencernaan anaerobik

Proses ini melibatkan penguraian bahan organik dan tak organik tanpa kewujudan oksigen molekul
dengan menggunakan mikroorganisma tertentu. Mikroorganisma yang bertanggungjawab menukar
sebatian organik yang kompleks kepada asid organik mudah seperti asid asetik dan asid propinik.
Kemudian asid-asid ini ditukarkan kepada gas metana dan karbon dioksida.
- See more at: http://www.majalahsains.com/2014/04/tenaga-biomass-tenaga-boleh-diperbaharui/#sthash.X
R8hJuFz.dpuf











SUMBER
TENAGA

Written by Administrator
Tuesday, 15 November 2011 04:21
Apakah itu Tenaga? Definisi tenaga diberikan oleh Kamus Oxford Fajar (Edisi Ketiga) sebagai keupayaan untuk membuat
kerja. Sumber Tenaga adalah bahan asas yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga.
Sumber Tenaga secara amnya boleh dibahagikan kepada empat kategori;
Sumber Tenaga Utama
Sumber Tenaga Sekunder
Sumber Tenaga Yang Boleh Diperbaharui
Sumber Tenaga Yang Tidak Boleh Diperbaharui.
1. Sumber Tenaga Utama Yang Tidak Boleh Diperbaharui
Sumber Tenaga Utama Yang Tidak Boleh Diperbaharui terdiri daripada berikut:
Bahan Api Fosil - Minyak mentah, arang batu dan gas asli adalah contoh sumber tenaga utama yang tidak boleh
diperbaharui.
Minyak mentah ataupun petroleum adalah sejenis serbatian hidrokarbon cecair yang berwarna gelap dan pekat yang
biasanya didapati di bahagian asas kerak bumi.
Arang batu adalah pepejal hitam semula jadi dan digunakan sebagai bahan bakar secara meluas.
Gas Asli adalah sejenis sebatian hidrokarbon dalam bentuk gas dan terbentuk di lapisan magma bumi.
Bahan Api Mineral Uranium semula jadi seperti Uranium-234, Uranium-235 dan Uranium-238.
Uranium adalah unsur logam radioaktif yang berwarna kelabu atau keperakan.
2. Sumber Tenaga Utama Yang Boleh Diperbaharui
Sumber Tenaga Utama Yang Boleh Diperbaharui terdiri daripada berikut:
Solar Ia adalah sinaran cahaya dan haba dari matahari
Angin Ia adalah pergerakan udara
Air Pasang Surut Paras air laut yang naik turun akibat kesan putaran bumi dan tarikan graviti bulan.
Biomass Ia adalah sisa-sisa hutan (seperti pokok-pokok mati, cawangan dan tunggul pokok), serpihan kayu dan sisa-sisa
pepejal perbandaran.Biomass juga merangkumi pertanian dan sisa haiwan.
Geothermal Ia adalah tenaga yang tersimpan di dalam bumi. Contohnya tempat yang mempunyai tenaga geothermal
adalah di kolam-kolam air panas.
3. Sumber Tenaga Sekunder
Sumber Tenaga Sekunder adalah sumber tenaga yang telah berubah bentuk daripada sumber tenaga utama melalui proses
penukaran tenaga. Sumber tenaga sekunder juga merujuk kepada pembawa tenaga kerana tenaga adalah dalam bentuk
yang boleh bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.
Penukaran sumber tenaga daripada sumber tenaga utama kepada sumber tenaga sekunder adalah penting untuk
pengunaan yang lebih mudah dan memberi manfaat kepada aktiviti-aktiviti pengguna. Contoh tenaga sekunder adalah
tenaga elektrik dan bahan bakar hidrogen. Penggunaan bahan bakar hidrogen sebagai sumber tenaga sekunder masih
terhad dan penggunaannya dijangka bertambah pada masa hadapan.
Sebagai contoh Hidrogen digunakan sebagai bahan bakar dalam roket. Kapal angkasa mengunakan bateri yang
berasaskan sel bahan api hidrogen untuk menjalankan sistem komputer. Tenaga sekunder yang lain adalah tenaga elektrik
dan kegunaannya adalah pelbagai, misalnya untuk menjanakan perkakasan dan peralatan elektrik seperti penyaman udara,
peti sejuk, ruang serta pemanasan air, lampu dan lain-lain lagi.
Thanesh Kumar
Federation of Malaysian Consumers Associations (FOMCA)



Asid benzoik pengawet selamat?
DR. BAHRAIN SAMAH, MD (AM ), RH (AHG)
4 Jun 2014
MAKANAN tinggi antioksidan membantu mempercepatkan penyingkiran asid hippuric. Makanan yang
dikeluarkan dari kilang untuk tujuan komersil dan dijual kepada orang ramai perlu memenuhi kriteria
utama iaitu ia memiliki hayat penyimpanan (shelf life) yang panjang.
Secara umum maksud hayat penyimpanan ialah jangka masa sesuatu bahan/barangan masih boleh
digunakan, selamat untuk dimakan atau masih boleh diperdagangkan. Pada bungkusan makanan yang
dikeluarkan oleh kilang shelf life boleh didapati dengan meneliti istilah tamat tempoh (expiry date).
Jika tamat tempoh yang dinyatakan seperti Disember 2016, maka makanan tersebut boleh bertahan dari
tempoh ia dikeluarkan hingga tarikh tamat tempoh tersebut. Untuk mengetahui tempoh sebenar
ketahanan sesuatu makanan ialah tarikh tamat tempoh tolak tarikh pengeluaran.
Bagaimanapun ketahanan sesuatu produk walaupun dibungkus rapi bergantung kepada faktor tertentu.
Selagi ia masih berada dalam bungkusan maka hayat ketahanannya adalah lama. Apabila bungkusan
telah dibuka maka hayat ketahanannya akan berkurangan walau pun ia mengandungi pengawet.
Sesetengah produk makanan termasuk makanan tambahan contohnya dalam bentuk jus yang
dibotolkan akan tahan (tidak rosak) selama berminggu-minggu asalkan botol ditutup dengan sempurna
dan disimpan dalam peti ais yang sempurna suhu dinginnya.
Keadaan sama berlaku kepada makanan lain juga contohnya gel yang dibungkus dalam sachet yang
memang direka untuk sekali makan untuk setiap uncang.
Makanan atau makanan tambahan seperti ini perlu dihabiskan setiap kali bungkusan dibuka. Pertama
kerana sudah tertentu pihak pengeluar makanan tambahan tersebut mereka pengambilan satu uncang
sebagai dos optimum.
Kedua ialah apabila bungkusan dibuka dan bahan yang tertinggal walaupun ditutup rapi serta disimpan
dalam peti ais namun nilai nutriennya dikhuatiri akan merosot.

Bakteria baik jahat
Untuk pengetahuan pembaca, pengawet bukan sahaja menjadi bahan biasa ditambah dalam
pengeluaran bahan makanan terproses, malah ia juga ditambah ke dalam makanan tambahan.
Pengawet ditambah ke dalam jus kesihatan. Ia ditambah ke dalam sediaan gel tidak kira gel apa pun.
Bagaimana penulis mengetahuinya?

Suatu ketika dahulu, bertindak sebagai jururunding dalam membantu membangunkan produk tambahan
untuk sebuah syarikat, penulis pernah berurusan dengan sebuah syarikat pembuatan makanan
tambahan.
Menurut pakar formulasi produk syarikat pengeluar makanan tambahan tersebut, selain bahan asas,
pengawet amat diperlukan dalam pembuatan produk makanan tambahan. Antara pengawet yang biasa
digunakan ialah asid benzoik dan garamnya iaitu natrium benzoat.
Penulis mencadangkan agar pakar formulasi produk hanya menggunakan asid sorbik atau garamnya
iaitu natrium sorbat sahaja sebagai pengawet tanpa menggunakan asid benzoik. Cadangan penulis
tersebut adalah berdasarkan asid sorbik adalah jauh lebih selamat daripada asid benzoik.
Pada masa sama penulis memang tahu asid sorbik yang lebih selamat sebenarnya membawa maksud ia
hanya berupaya menjadikan sesuatu makanan tahan lebih lama pada tahap yang lebih rendah
berbanding asid benzoik.
Menurut pakar tersebut asid benzoik perlu digandingkan dengan asid sorbik bertujuan menjadikan
produk tahan lama berbanding penggunaan asid benzoik secara bersendirian atau asid sorbik secara
bersendirian.
Beliau yang berkelulusan sarjana muda dalam bidang teknologi pemakanan dan bekerja hampir sepuluh
tahun sebagai pakar formulasi produk di syarikat tersebut berkata, kedua-dua asid sorbik dan asid
benzoik bertindak secara sinergi dalam menjadikan sesuatu produk makanan tambahan tahan lama.
Tambahnya, penggunaan asid sorbik semata-mata tanpa menggunakan asid benzoik menyebabkan
makanan tambahan hanya tahan untuk beberapa minggu. Sebaliknya menggunakan asid sorbik dan asid
benzoik secara bersama akan menyebabkan sesuatu makanan tambahan tahan bertahun-tahun.
Penggunaan asid benzoik dan garamnya menerima kritikan hebat daripada pelbagai persatuan dan
orang perseorangan.
Alasan mereka ialah asid benzoik yang masuk ke dalam tubuh bersama makanan yang dimakan
dipercayai akan merosakkan sel termasuk DNA. Ia juga dipercayai mengganggu keharmonian flora usus
yang terdiri daripada populasi bakteria baik dan bakteria jahat.
Pengambilan makanan yang mengandungi asid benzoik atau garamnya dipercayai menjadikan populasi
bakteria baik-jahat menjadi tidak seimbang. Populasi bakteria baik akan terjejas yang akan
mengakibatkan bakteria jahat membiak di luar kawalan. Ketidakseimbangan bakteria baik-jahat ini akan
mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan.
Sebaliknya menurut golongan yang mempertahankan penggunaan asid benzoik, peratusan yang
digunakan dalam makanan adalah rendah. Kadar yang rendah dipercayai tidak memudaratkan
keseimbangan populasi bakteria baik-jahat.

Berasas tumbuh-tumbuhan
Golongan pengkritik berkata, oleh kerana asid benzoik disintesis daripada bahan petroleum maka sudah
tertentu terdapat bahan kimia pencemar atau bersifat karsinogen (menyebabkan kanser) yang
menyertainya.
Mereka yang mempertahankan penggunaan asid benzoik pula berkata sebarang pengawet digunakan
dalam makanan adalah terdiri daripada gred makanan.
Maksudnya ialah kadar bahan pencemar atau bersifat karsinogen biasanya berada dalam julat yang
dibenarkan. Penulis bersetuju dengan alasan ini. Jadi, adakah asid benzoik selamat dimakan termasuk
yang ditambah dalam produk makanan tambahan? Sebenarnya asid benzoik terdapat dalam pelbagai
jenis tumbuh-tumbuhan.
Tumbuh-tumbuhan membina asid benzoik dengan mengubah asid cinnamic. Seterusnya tumbuh-
tumbuhan membina sebatian berguna daripada asid benzoik seperti sebatian yang membantu
mempertahan kehidupannya (mencegah serangan mikrob atau serangga), mengawal tumbesaran dan
menarik perhatian agen pendebungaan.
Asid gallic iaitu sejenis antioksidan yang berkuasa merupakan detivatif asid benzoik. Beberapa jenis asid
methoxybenzoic ditemui saintis namun sifat terapeutik untuk manusia masih belum diketahui.
Jadi, kesimpulannya jika ia wujud secara semula jadi dalam tumbuh-tumbuhan di mana bahagian
tertentu tumbuh-tumbuhan seperti buah dan daun adalah makanan kita maka penggunaan asid benzoik
sebagai pengawet adalah selamat. Ia selamat selagi ia ditambah menurut had yang dibenarkan.
Dalam tubuh, asid benzoik diubah kepada asid hippuric. Asid hippuric akan dibuang daripada tubuh
sepenuhnya dalam air kencing.
Kajian mendapati pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran membantu mempercepatkan
pembuangan asid hippuric.
Jadi pemakan makanan yang mengandungi asid benzoik harus menjalani gaya hidup sihat termasuk
makan makanan berkhasiat dengan nilai antioksidan yang tinggi.

Anda mungkin juga menyukai