Anda di halaman 1dari 9

Bahan tambah makanan bahaya

Bahan tambah makanan bahaya

ADITIF MAKANAN - Apa yang perlu anda tahu?

Apakah itu aditif makanan (bahan tambah dalam makanan)?

Aditif makanan adalah bahan yang selamat dimakan yang ditambah


secara sengaja ke dalam makanan dalam kuantiti yang sedikit. Bahan
Aditif makanan tidak termasuk vitamin dan mineral. Namun demikian,
bahan aditif makanan adalah bersifat kimia dan dalam kuantiti yang
banyak boleh memudaratkan. Jika anda terus-terusan memakannya
atau jadi amalan secara berpanjangan, kimia ini akan lama kelamaan
akan berkumpul dalam badan anda dan boleh memudaratkan kesihatan
anda serta kesihatan keluarga anda.

Tujuan aditif makanan ditambah dalam makanan adalah untuk:

Memanjangkan jangka hayat penyimpanan


pengawet makanan contoh asid borik).

makanan

(sebagai

Meningkatkan kualiti makanan dan persembahan (tekstur, warna, rupa,


rasa dan konsistensi).

Menambah keenakan serta meningkat perisa makanan.

Memberi pilihan kepada pengguna.

Aditif makanan seharusnya tidak dikelirukan dengan bahan pencemaran


(kontaminan). Bahan pencemaran adalah bahan yang tidak ditambah
secara sengaja dalam makanan seperti logam berat, tinggalan racun
perosak dan drug veterinar.

Salah faham terhadap aditif makanan

Dalam konteks sains makanan, perkataan bahan kimia tidak


mempunyai maksud kerana udara, air, gula dan garam juga adalah
bahan kimia seperti aditif makanan. Perkara penting yang perlu diambil
perhatian adalah kebanyakan aditif makanan yang digunakan boleh
didapati secara semula jadi. Contohnya:

Pektin yang digunakan untuk memekatkan jem diperolehi daripada


tumbuhan.

Lesitin yang digunakan untuk menghalang pengasingan makanan


diperolehi daripada kuning telur.

Aditif semula jadi yang lain termasuk karamel sebagai pewarna, vitamin
C sebagai antipengoksida, agar daripada rumpair laut sebagai penstabil.

Salah faham mengenai aditif makanan telah membuat pengguna lebih


tertumpu kepada mengelakkan aditif makanan lebih daripada
mengamalkan diet yang seimbang.

Sejak bila aditif makanan digunakan dan kenapa?

Penggunaan aditif makanan telah menjadi amalan biasa sejak ratusan


tahun dahulu di mana aditif makanan ditambah ke dalam makanan
melalui pelbagai cara untuk membantu mengawet, menyedapkan,
mencampur, memekatkan atau mewarna makanan. Nenek moyang kita
telah menggunakan garam untuk mengawet daging dan ikan serta
rempah ratus untuk menyedapkan makanan. Sementara kuning telur
selalu digunakan bagi tujuan mengadunkan air dan minyak. Cuka serta
gula juga digunakan sebagai aditif makanan bagi mengawet buahbuahan dan membuat jeruk.

Jenis-jenis aditif makanan

Mengikut Peraturan-peraturan Makanan 1985, jenis-jenis aditif makanan


yang dibenarkan adalah:

Bahan pengawet

Bahan pewarna

Bahan perisa

Penambah perisa

Antipengoksida

Kondisioner makanan

Aditif
Makanan

Takrifan

Contoh aditif yang


dibenarkan

Contoh
makanan

yang
dibenarkan
ditambahka
n aditif
makanan
Bahan
Pengawet

Bahan pengawet Asid benzoik, asid


digunakan untuk sorbik, sulphur
mengawal
dioksida
pertumbuhan
kulat, bakteria
dan yis bagi
memanjangkan
jangka hayat
penyimpanan
makanan

Jem, jus
buah, cuka

Bahan
pewarna

Bahan pewarna Allura Red, Sunset


digunakan untuk Yellow, anthocyanin
menjadikan
makanan lebih
menarik dan
merangsang
selera makan

Kek, ais
krim,
minuman
berperisa

Bahan perisa

Bahan perisa
digunakan untuk
memberi dan
mengekalkan
rasa yang unik
bagi sesuatu
makanan

Ais krim,
minuman
berperisa

Penambah
perisa

Penambah
Monosodium
perisa digunakan glutamate (MSG)
untuk
menambah dan
memperkuatkan

Bahan perisa ais


krim (contohnya
vanila, strawberi,
durian dan lain-lain)
Bahan perisa untuk
minuman
(contohnya jagung,
oren, anggur dan
lain-lain)

Sos, susu
berperisa

rasa sesuatu
makanan
Antipengoksid
a

Antipengoksidaa
n berfungsi
untuk
melambatkan
proses
pengoksidaan
yang
menyebabkan
ketengikan
dalam makanan

Tokoferol Asid
askorbik,Butylated
hydroxytoulene (BH
T)

Marjerin,
mentega
kacang, krim
kelapa, gum
kunyah

Kondisioner
makanan

Kondisioner
makanan
ditambah dalam
makanan untuk
memberi fungsi
teknologi untuk
mendapatkan
makanan yang
dihasratkan
Jenis-jenis
kondisioner
makanan yang
dibenarkan
adalah :

Asid fosforik,
magnesium
karbonat, gum
xanthan, lecithin

Buah
berkaling,
coklat, kek,
biskut

1. Pengemulsi dan
agen antibuih
2. Penstabil,
pemekat, kanji
ubahsuai dan
agen pengelan
3. Pengawal asid
4. Enzim

5. Pelarut
6. Agen
antipengerakan

Bagaimana penggunaan aditif makanan dikawal?

Kementerian Kesihatan bertanggungjawab mengawal dan meluluskan


penggunaan aditif dalam makanan. Oleh kerana penggunaan aditif
digunakan secara meluas dalam makanan kawalan ketat terhadap
penggunaan
aditif
amatlah
penting.
Hanya
aditif
yang sesuai danselamat saja yang boleh ditambah pada makanan Soalannya adakah aditif yang digunapakai dalam jutaan
produk makanan sekarang sesuai atau memudaratkan
kesihatan?

Penggunaan aditif makanan hanya dibenarkan dalam makanan tertentu


sahaja dan kadar maksimum adalah ditetapkan seperti yang
disenaraikan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
Kementerian Kesihatan hanya meluluskan aditif makanan untuk
kegunaan dalam makanan apabila terdapat bukti kukuh bahawa aditif
makanan tersebut tidak mendatangkan kesan bahaya kepada kesihatan
manusia hasil dari penggunaannya. - Soalannya kenapa ACGIH
mengatakan tiada safe level untuk sebarang pendedahan
kepada bahan kimia?

Pada masa yang sama, Kementerian Kesihatan menjalankan program


pemantauan yang berterusan bagi memastikan penggunaan aditif
makanan mematuhi kadar yang dibenarkan di bawah PeraturanPeraturan Makanan 1985 - Soalannya, setiap Daerah hanya ada
2 orang Inspektor Kesihatan sahaja untuk kawal selia
beribu2 produk makanan. Setiap anggota kesihatan
tertakluk kepada pencapaian SKT. Sekiranya pencapaian

untuk tahun itu telah dicapai, mereka tidak akan bekerja


lagi memantau bahan tambah kimia dalam produk
makanan. Adakah 2 Inspektor Kesihatan ini mencukupi
untuk pemantauan bahan tambah kimia dalam makanan?

Bagaimana untuk mengetahui aditif makanan telah ditambah ke


dalam makanan?

Pengguna perlu membaca label. Di bawah undang-undang sedia ada,


apa-apa makanan yang telah ditambah dengan aditif makanan mesti
mempunyai penyataan "mengandungi (jenis aditif makanan yang
berkenaan) yang dibenarkan di senarai ramuan. Contohnya
"mengandungi pewarna yang dibenarkan".

Kadang kala label juga memberikan maklumat tambahan berkaitan jenis


aditif makanan secara spesifik yang telah ditambah ke dalam makanan.
Contohnya "mengandungi pewarna yang dibenarkan (Ponceau
4R)". Soalannya, Ponceau 4R adalah kimia. kesan jangka
panjang kepada kesihatan manusia belum diketahui.
Biasanya penarikan balik sesuatu produk makanan adalah
selepas terdapat laporan pengguna mendapat kanser,
penyakit buah pinggang @ saraf rosak dsbnya. Sebagai
contoh, FDA masih membenarkan penggunaan MSG
walaupun terdapat masalah kesihatan jika menggunakan
MSG ( cth: - Chinese Restaurants Syndrome ).

Ada juga label yang mengandungi maklumat tambahan di mana nombor


rujukan aditif yang digunakan di peringkat antarabangsa dinyatakan
pada
label
.Contohnya "mengandungi
pengemulsi
(sodium
pyrofosfat(E450) sebagai kondisioner makanan yang dibenarkan".

Bolehkah aditif memberi kesan sampingan yang menjejaskan


kesihatan kepada pengguna?

Terdapat segelintir pengguna yang alah terhadap sesetengah aditif


makanan. Namun demikian dengan penyataan aditif yang ditambah
pada label, pengguna yang alah terhadapnya dapat mengelakkan dari
memakan makanan yang mengandungi aditif tersebut.

Antara aditif yang biasa dikaitkan dengan kesan sampingan dan alahan
kepada pengguna adalah sulfur dioksida atau sulfit. Sulfur dioksida atau
sulfit boleh menyebabkan serangan lelah yang teruk bagi sesetengah
pengguna yang alah dengannya. Oleh itu penyataan"mengandungi
sulfur dioksida" diwajibkan sekiranya sulfit atau sulfur dioksida ditambah
melebihi 10mg/kg dalam makanan.

Sulfit atau sulfur dioksida merupakan bahan pengawet yang biasa


ditambah pada jeruk dan buah-buahan kering. Soalannya, serangan
lelah adalah tindakbalas serta merta badan manusia
kepada bahan kimia Sulfur Dioksida. Masalahnya, kesan
tindakbalas jangka panjang tubuh badan manusia kepada
pendedahan bahan kimia seperti Sulfur Dioksida dll tidak
diketahui dengan jelas. Mungkin dalam kesan jangka
panjang, kimia ini boleh sebabkan kecacatan bayi dalam
kandungan, IQ rendah, keguguran janin, masalah mandul,
barah, rosak saraf dan rosak buah pinggang adalah belum
dapat dibuktikan lagi. Sementara menunggu bukti ini jelas
kelihatan, anda sebagai pengguna akan menjadi tikus
ujikaji mereka !!! Kadang kadang apabila bukti telah jelas
dikemukakan pun, produk kimia beracun ini masih
digunakan dalam junk food yang dijual di kantin 2 sekolah
demi kepentingan keuntungan wang ringgit semata mata.

Aditif lain yang sering dikaitkan dengan kesan alahan adalah penambah
perisa Monosodium Glutamate (MSG). Kesan sampingan yang dikaitkan
dengan penggunaan MSG digolongkan ke dalam Sindrom Restoran
Cina. Ini kerana MSG banyak digunakan dalam masakan dan hidangan
di kalangan masyarakat Cina. Tanda-tanda sindrom ini termasuk panas
badan dan rasa menggelenyar di tengkuk dan belakang badan serta
perasaan tertekan di bahagian dada dan muka.

Walau bagaimanapun, kajian saintifik gagal membuktikan kesemua


kesan sindrom tersebut disebabkan secara langsung oleh MSG.
Sebaliknya kesan sampingan buruk hanya dialami oleh pengguna yang
alah terhadap MSG. Pernyataan "mengandungi Monosodium Glutamate
(MSG) sebagai penambah perisa yang dibenarkan" wajib dinyatakan
pada label makanan.Soalannya, penjual penjual makanan di
warung tepi jalan tidak pernah memberitahu & jauh sekali
melabel makanan yang mereka telah masak mengandungi
MSG !!!

Nasihat kepada pengguna

Pengguna dinasihatkan untuk selalu membaca label makanan sebelum


membeli makanan. Bagi pengguna yang alah terhadap makanan atau
aditif tertentu amatlah penting untuk membaca senarai ramuan pada
label makanan dan mengenal pasti makanan atau aditif yang perlu
dihindari yang boleh memberikan alahan.

Anda mungkin juga menyukai