Anda di halaman 1dari 4

Permainan Tradisional

Usaha-usaha Memelihara Permainan Tradisional



Siapa? Apakah yang perlu dilakukan
1. Kerajaan menyediakan prasarana
2. Media massa mengadakan promosi
3. Pihak sekolah memperkenalkan permainan tradisional melalui aktiviti kokurikulum

Pendahuluan
Apakah itu
permainan
tradisional?
- Jenis permainan yang diwarisi daripada nenek moyang /
permainan yang diwarisi sejak zaman-berzaman
- Menurut Kamus Dewan, permainan tradisional merujuk kepada
permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesuatu
masyarakat dahulu kala untuk satu tempoh yang tertentu
Siapa yang main?
- Contoh
- Dalam kalangan remaja / orang dewasa sepak raga bulatan,
gasing, wau
- Dalam kalangan kanak-kanak teng-teng, konda-kondi,
congkak, layang-layang
- Ada permainan secara individu dan ada berpasukan
Kebaikan / tujuan
permainan
tradisional
- Untuk memnuhi masa terluang pada waktu petang / hujung
minggu
(* masa itu emas)
- Mewujudkan dan meningkatkan komunikasi dalam masyarakat
- Mengeratkan hubungan / silaturahim dalam kalangan anggota
masyarakat
- Sebagai hiburan / mengurangkan tekanan setelah penat lelah
bekerja
- Dapat memupuk nilai tradisi warisan budaya
Sambutan
generasi muda
- Masih lagi dimainkan tetapi semakin lama semakin dipinggirkan
terutama oleh golongan muda di negara ini
- Dianggap ketinggalan zaman
- Terlalu mengutamakan permainan moden yang lebih canggih
seperti Play Station 3, permainan dalam internet dan sebagainya
Kesannya
- Penggiat budaya kecewa melihat senario ini
- Masyarakat belia di negara ini sudah tidak lagi memandang
tinggi permainan budaya sendiri
- Hilangnnya jati diri
- Terhakisnya semangat patriotik
- Permainan tradisional yang merupakan warisan budaya negara
kemungkinan akan pupus ditelan zaman
Usaha
memelihara
permainan
tradisional
- Oleh yang demikian, pelbagai pihak perlu mengambil tindakan
tertentu untuk memastikan permainan ini terus wujud dalam
minda masyarakat kita.
(* tak lepuk dek hujan, tak lekang dek panas)

Isi 1: Kerajaan Menyediakan Prasarana
Siapa dan apa
yang perlu
dilakukan?
- Kerajaan menyediakan tempat-tempat atau gelanggang yang
lebih banyak untuk memudahkan rkayat turut serta bermain
permainan ini
Mengapa?
- Kewujudan gelanggang / prasarana ini memberikan peluang
kepada semua lapisan masyarakat untuk bersama-sama
menikmati permainan ini
Di mana?
- Prasarana ini dibina di kawasan ekreasi dan taman permainan
atau di kawasan berhampiran dengan kediaman orang ramai
Mengapa?
- Mudah dikunjungi ketika waktu senggang / hujung minggu
- Tempat ini sering menjadi tumpuan orang ramai
Kesannya
- Kekerapan bermain permainan ini berupaya untuk mewuudkan
satu kesedaran tentang kepentingan permaiann budaya warisan
ini. (* tak kenal maka tak cinta)
- Memperkenalkan permainan tradisional kepada kanak-kanak dan
golongan muda
- Meningkatkan minat terhadap permainan tradisional
- Dapat menyuburkan permainan tradisional semula (* patah
tumbuh hilang berganti)
Ayat penegasan
- Oleh itu, pembinaan gelanggang yang cukup oleh pihak
berwenang mampu memberikan nafas baru kepada
keseinambungan permainan warisan budaya ini.
Isi 2 : Peranan Media Massa mengadakan promosi
Siapa?
Pihak media massa pula sebagai penyalur maklumat utama di
negara kita perlu berperanan mempromosikan permainan
tradisional
Bagaimana?
Menyalurkan maklumat dalam internet
Menyiarkan rancangan berkaitan dengan permainan tradisional di
televisyen
Memaparkan iklan atau informasi tentang permainan tradisional
dalam media cetak
Masyarakat tahu akan cara penyediaan bahan / alat permainan
tradisional
Kesannya
Masyarakat akan mula menaruh minat terhadap permainan
tradisional
Mendapat maklumat / informasi secukupnya tentang cara
bermain, peraturan yang perlu dipatuhi, teknik permainan dan
yang lain-lain berkenaan dengan permainan tradisional
Mengapa
maklumat ini
penting?
Pemahaman yang jelas tentang permainan tradisional ini
kemudiannya akan dijelmakan dalam bentuk kesungguhan
masyarakat mencuba untuk mengekalkan dan memainkan
permainan ini sekerap mungkin dalam kehidupan harian mereka
Ayat penegasan
Sesungguhnya, promosi yang sesuai dan kena pada sasaran
memberikan suatu dimensi baru pada permainan ini untuk terus
hidup dan berkembang dalam masyarakat moden kita

Isi 3 : Peranan sekolah memperkenalkan permainan tradisional dalam aktiviti kokuriulum
Siapa?
Apakah yang
dilakukan
Selain itu, pihak sekolah boleh menjadikan permainan tradisional
ini sebagai salah satu benuk sktiviti kokurikulum yang disertai
oleh murid
Bagaimana?
Contohnya?
Mewujudkan kelab permainan tradisional untuk disertai oleh
murid
Kelab Seprak Raga, Kelab Congkak, Kelab Wau dan Layang-
layang
Membuat poster tentang permainan tradisional
Cara
menggalakkan
penyertaan?
Mengadakan pertandingan permainan tradisional
Menyediakan sijil dan hadiah
Mengadakan kerjasama dengan badan-badan kesenian /
Kementerian Belia dan Sukan
Meminta khidmat jurulatih yang terlatih di setiap gelanggang
yang telah disediakan itu. Kewujudan jurulatih ini memastikan
murid menerima latihan yang tepat tentang sesuatu permainan itu
dan berupaya mengajarkan ilmu itu kepada rakan-rakan mereka
pula
Mengapa?
Tindakan ini memastikan mruid-murid kita terdedah kepada
jenis-jenis permainan tradisional sejak muda lagi dan memahami
kepentingan mengekalkan permainan ini.
(* ibarat melentur buluh, biarlah dari rebungnya)
Kesannya
Langkah ini memastikan berlakunya kesinambungan dalam
memainakan permainan yang semakin dilupakan lantaran
tiadanya tunjuk ajar yang tepat tentang permainan tersebut
Kesedaran yang dipupuk sejak awal ini mampu memberikan
impak yang mendalam dalam jiwa seseorang murid sehinggalah
mereka memasuki alam dewasa
Ayat penegas
Jadi, pihak sekolah wajar menjadikan permainan ini sebagai satu
aktiviti kokurikuum sekolah yang penting untuk disertai oleh
murid.
Penutup Kesimpulan (Ayat rumusan, Ayat cadangan, Ayat harapan)
Ayat rumusan
(ada kaitan
dengan kehendak
soalan)
Konklusinya, pelestarian permainan tradisional dapat dijadikan
realiti jika langkah-langkah yang proaktif dilaksanakan dengan
sebaik-baik mungkin.
(* Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih)
Ayat cadangan
Sehubungan dengan itu, semua pihak harus berganding bahu bagi
memastikan permainan tradisional terus bernyawa. Jika kita
masih leka dan alpa mungkin permainan yang menjadi warisan
nenek moyang ini akan terus terkubur tanpa nisan.
Ayat cadangan
Pihak berkuasa yang berperanan penting dalam memastikan
khazanah negara terus gah menongkah arus perlu bersungguh-
sungguh untuk menjayakan hasrat ini.
Ayat harapan
Dengan ini, diharapkan agar warisan budaya yang menjadi
tunjang dalam membentuk jati diri rakyat Malaysia akan terus
hidup subur dan membiak ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.

Anda mungkin juga menyukai