Anda di halaman 1dari 2

REFORMASI RAMADAN DALAM KERANGKA MELAHIRKAN RIJAL MUTTAQI

Firman Allah swt (maksud; wahai orang-orang beriman difardhukan ke atas kamu berpuasa
sepertimana yang difardhukan ke atas umat terdahulu semoga kamu beroleh TAQWA. (Al
Baqarah;183)
Puasa merupakan kombinasi daripada himpunan jasmani, emosi, sosial serta terapi. Madrasah
Ramadhan mampu memberikan kekuatan kepada umat Islam khususnya kepada pejuang Harakah
Islamiyah bagi membina rijal muttaqin. Untuk membina rijal muttaqin Ramadhan menggariskan
beberapa siasah dan strategi yang mantap bagi melahirkan manusia yang berjuang menegakkan
kalimah Allah yang mulia. Strategi yang diambil dari Ramadhan perlu dihadham oleh setiap anggota
jemaah untuk dilaksanakan:
1.Melahirkan manusia quraani (dari aspek Nuzul Al Quran)
Quran Al karim perlu dinobatkan sebagai perlembagaan utama dalam aspek kehidupan
manusia. Ia merupakan satu aspirasi rakyat kearah menaja kemenangan berganda
Mengaplikasikan maknawi al quran dalam survival hidup manusia secara global dan
menyeluruh
Membuang segala rupa bentuk kelangsungan yang tidak berwatakkan al quran
Menghukum mereka yang amat nakal dengan alquran serta yang membuat terjahan keras
terhadapnya
Sentuhan al quran berkumandang di mana saja manusia berinteraksi dengan alam
Melaksanakan satu unit/ pusat/jabatan kajian al quran secara sistematik.
Berdialog dengan segala wasilahnya bagi memperkenalkan kandungan al quran

2.Melahirkan Mujahid (dari aspek perang badar)
Tugas utama ialah memahami serta menafsirkan makna jihad dalam kerangka keutamaan
yang kondusif dengan biaah
Perkasakan pusat pusat / institusi tarbiyah secara sistematik untuk melahirkan rijal.Ia
perlukan manhaj terkini secara muaasir
Melahirkan rijal perlu menjadi agenda utama dalam gerakerja jemaah
Perang Badar dan juga puasa dengan segala instrumennya sebagai paksi haraki dalam
melatih para mujahid serta memusnah kebejatan
3.Membina fikrah siasiyah (perang badar)
Menuju kearah mendapatkan KUASA(quwwah tamkiniyah) sebagai wasilah mengubah
Perlu meresapkan rasa nilai politik dalam menghadapi isu-isu yang menjelma apalagi secara
spontan
Menghadapi kekacauan siasah secara berhemah dan menghidupkannya dengan wajah
siasah Islamiyah

4.Menggerakkan jentera Politik/pilihanraya (perang badar) dengan mensasarkan kemenangan bagi
membina daulah
Mempersiapkan infrastruktur serta pejuang yang ikhlas serta berkemahiran
Membina pelbagai kekuatan strategi secara ijtihaadi berasaskan fiqh
Memantau kekuatan dan kelemahan musuh untuk dikaji pendekatan
Bersedia mendahulukan syura sebelum bertindak secara lebih bermakna

5.Membina kekuatan ekonomi/mal (puasa dan perang badar)
Setiap ahli dan jemaah perlu memikir kepadatan dan kelangsungan mal bagi mengukuh diri
serta jemaah
Budaya infaq perlu disegarkan secara yang lebih agresif sebagai wasilah persiapan jihad
Golongan mustadafin sebagai golongan sasaran untuk dibela dan diberikan penyelesaian
Lajnah ekonomi berperanan besar dalam menghasilkan keupayaan mal serta menjauhkan
kemerosotan akhlak mal yang berkait dengan pembaziran,penyelewengan dan lain-lain
Jangan jadikan isu mal sebagai penghalang kepada gerak jihad

6.Membina kekuatan jatidiri (puasa dan qiam)
Setiap ahli mesti mementingkan kesihatan diri melalui program makan dan pemakanan
Displin yang kuat perlu ditekankan dalam isu MAKAN
Allah menguji manusia dengan ujian MAKAN. Setiap ahli perlu melepasinya
Displin pemakanan mampu membina kekuatan lahir dan bathin
Puasa dengan segala maknanya mesti menjadi satu amalan utama bagi para pejuang
Pembinaan ruh merupakan barangan mahal bagi ahli jemaah




Us abu bakar hj hussain
Ipoh/07/07/2014

Anda mungkin juga menyukai