Anda di halaman 1dari 1

Percutian Menarik di Kampung Seri Menanti

Sabtu ,31 Mei 2014


Setelah berada di dalam perut bas lebih tiga jam,akhirnya saya tiba di stesen bas Muar.Jam
sudah menunjukkan pukul 4.30 petang,tetapi rakan lama saya masih tidak kelihatan.Namun
begitu,belum sempat saya menghubunginya,Adli ,rakan lama saya keluar dari kereta Proton Wira
dan segera berlari lari anak ke arah saya.
Suasana di Kampung Seri Menanti agak sunyi.Setelah solat isyak di masjid,saya mengikut
sahaja pelawaan Adli ke majlis sehari sepupunya.Majlis perkahwinan dan persandingan
diadakan pada waktu siang,manakala pada waktu malam pula diisi dengan persembahan
ghazal.
Ahad,1 Jun 2014
Ayah Adli,Haji Salleh membawa saya ke dusunnya di hujung kamung.Alangkah seronoknya dapat
menikmati buah buahan tempatan seperti rambutan,durian,dan manggis .Ketika saya dan Adli
leka menikmati buah-buahan tersebut,kelihatan Haji Salleh sibuk membersihkan persekitaran
dusun.
Pada waktu petang,sekitar jam 4.00 petang hinnga pukul 6.00 petang ,kami berdua
bersama-sama dengan penduduk kampung bermain laying-layang.Kami bermain di padang
Sekolah Seri Menanti.Hati saya berasa girang melihatkan layang-layang yang berwarna-warni
terbang di udara.
Pada waktu malam,saya kehairanan apabila mmelihat orang agak ramai berkunjung ke
dirumah Adli.Mereka kelihatan kurang sihat.Apabila saya bertanya kepada Adli,barulah saya
tahu akan tujuan mereka berkunjung ke rumah Adli untuk menerima rawatan tradisional
daripada Haji Salleh.
Isnin,2 Jun 2014
Kira-kira jam 10.00 pagi,ketika saya leka memancing ikan di parit,saya agak terkejut apabila
kereta ayah saya menuju ke rumah Adli.Saya menerima khabar buruk bahawa nenek telah
meninggal dunia.Saya terpaksa memendekkan percutian ini untuk mengikut ayah pulang ke
Melaka.
Akhir, sekali saya berharap saya akan bercuti lagi di Kampung Seri Menanti bersama
keluarga pula.Pada masa akan datang,itupun dengan izin ALLAH kelak.

Anda mungkin juga menyukai