Anda di halaman 1dari 18

JENIS-JENIS AYAT

.Ayat Penyata

Ayat Penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan.
Ayat penyata mempunyai tujuan untuk menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu
hal Ayat ini juga disebut sebagai ayat berita atau ayat keterangan. Contoh ayat penyata:
1. Nadiah seorang jurugambar
2. Penjual sayur itu sentiasa tersenyum.
3. Abdullah sedang tidur.
4. Bunga ros itu harum baunya.
5. Dewan Bahasa dan Pustaka terlibat dengan pembinaaan dan pengembangan bahasa

Ayat seruan

Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan nada atau intonasi seru untuk tujuan
melahirkan suatu keadaan perasaan, seperti takut, marah, takjub, geram, sakit, dan
sebagainya.

Dalam tulisan, intonasi seru digambarkan dengan tanda seru (!) yang diletakkan di akhir
ayat, sama ada ayat itu didahului oleh kata seru atau tidak. Kata-kata seru yang biasa
digunakan antaranya, ialah oh, amboi, wah, cis,eh, aduh, syabas, dan sebagainya.
1) Amboi, garangnya kakak kamu itu!
2) Wah, besarnya rumah kamu!
3) Syabas, kamu berjaya menewaskan saingan kamu itu!
4) Cis, tak kusangka kau musuh dalam selimut!

. Ayat Tanya

Ayat Tanya ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal. Contoh :
Apa yang kamu buat di sini? Kamu hendak pergi ke mana?

. Ayat Perintah

Ayat yang mengandungi unsur arahan atau kemahuan yang kuat oleh penutur terhadap
pendengar. Ayat ini diujarkan bertujuan untuk menimbulkan satu tindakan dan ditujukan kepada
orang kedua seperti kamu, awak dan engkau yang biasanya digugurkan. Ayat ini terdiri dari
ayat yang bertujuan untuk menyuruh, melarang, mempelawa dan meminta

Ayat perintah diujarkan dengan intonasi rendah dan menurun dengan nada keras pada
mana-mana perkataan yang hendak ditekankan maksudnya bertujuan untuk mendapat respon
pendengar. Ayat perintah boleh disertakan dengan partikel lah. Ini kerana, tanpa partikel lah,
nada suara ketika mengucapkannya dirasakan agak keras atau kasar. Dengan adanya partikel
lah, maka nada suara pada akhir ayat menjadi rendah untuk melembutkan perintah.
Contoh:Duduklah di tempat masing-masing

Ayat perintah ditandai dengan penggunaan kata khusus seperti jangan, usah, sila,
jemput, tolong, minta dan sebagainya.Contoh Ayat Perintah: Anda semua hendaklah hadir
untuk menduduki peperiksaan, Jangan tunjuk sikap buruk kamu itu.3. Silalah ke pentas utama.
4. Tolong jaga kebersihan kawasan rumah masing-masing. Ayat perintah dapat dibahagikan
kepada 4 iaitu
Ayat Suruhan
AyatPermintaan
Ayat Larangan
Ayat Silaan

JENIS-JENIS AYAT MAJMUK

Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat tunggal. Terdapat tiga jenis
ayat majmuk, iaitu:
a) Ayat majmuk gabungan
b) Ayat majmuk pancangan
c) Ayat majmuk campuran

Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat tunggal.
Ayat majmuk gabungan digabungkan dengan menggunakan kata hubung gabungan seperti
dan, serta, atau, tetapi, sambil dan sebagainya

Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang mengandungi satu ayat induk dan satu atau
beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan ke dalam ayat induk dengan menggunakan kata
hubung pancangan. Terdapat tiga jenis ayat majmuk pancangan, iaitu:
i) Ayat majmuk pancangan relatif
ii) Ayat majmuk pancangan komplemen
iii) Ayat majmuk pancangan keterangan

Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat,
iaitu terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau beberapa ayat majmuk.

SUSUNAN KONSTITUEN AYAT

Susunan konstituen ayat merujuk kepada kedudukan subjek dan predikat sama ada
pada permulaan atau pada akhir sesuatu ayat. Dalam binaan asas ayat, subjek menduduki
bahagian hadapan dan predikat menduduki bahagian belakang. Dalam keadaan tertentu, untuk
tujuan penekanan maksud, petikan boleh diletakkan pada bahagian hadapan ayat dan subjek
pula ditempatkan pada bahagian belakang. Ayat boleh disusun mengikut susunan biasa atau
susunan songsang.








MENGANALISIS AYAT DARI PETIKAN JURNAL

Perbincangan berikutnya, mengenai kupasan dan analisis ayat yang terdapat dalam
jurnal pendidikan Pelita Bahasa keluaran November 2013 terbitan Dewan Bahasa dan
Pustaka. Ulasan dan analisis ayat dibuat merujuk kepada beberapa artikel yang terdapat di
dalam jurnal . Dalam artikel ini, pelbagai jenis ayat telah digarap dan diadaptasi oleh penulisnya
SUSUNAN
KONSTITUAN AYAT
Susunan
songsang
Susunan biasa
untuk menyampaikan maklumat atau informasi kepada pembaca seperti penggunaan ayat
dasar, ayat tunggal, dan ayat majmuk.
Kajian dibuat dengan memilih beberapa ayat dari petikan dan ayat-ayat tersebut
dianalisis mengikut garis panduan soalan yang telah ditetapkan. Berikut adalah beberapa ayat
yang telah dianalisis

Ayat A -
Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2013 Peringkat Kebangsaan berlangsung
ketika semangat kemerdekaan tanah air tercinta dan pembentukan negara Malaysia masih
segar dan mekar dalam kalangan rakyat Malaysia.

Analisis Ayat:

Jenis Ayat Ayat penyata
Susunan Konstituen Susunan biasa
Bentuk Ayat Majmuk 1. Ayat majmuk gabungan susunan fakta berterusan
2. Ayat majmuk pancangan keterangan waktu


Jenis ayat di atas terdiri daripada ayat penyata yang mempunyai susunan biasa.
Kesemua susunan konstituen ayat-ayat tersebut adalah dalam binaan asas ayat, subjek
menduduki bahagian hadapan dan predikat menduduki bahagian belakang. Bentuk ayatnya
pula terdiri dari ayat majmuk gabungan susunan fakta berterusan kerana menggunakan
kata hubung dan sebanyak dua kali. Menurut Ahmad Khair Mohd Nor (2012:444)
perhubungan dibuat antara jenis ayat yang sama dan mempunyai hubungan makna yang logik.
Seterusnya terdapat ayat majmuk pancangan keterangan waktu menggunakan kata hubung
ketika. Keterangan waktu menjelaskan masa berlakunya kejadian dan perbuatan.

BIL AYAT
A1 Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2013 Peringkat Kebangsaan
berlangsung
KH ketika
A2 kemerdekaan tanah semangat air tercinta
KH dan
A3 pembentukan negara Malaysia masih segar
KH dan
A4 mekar dalam kalangan rakyat Malaysia.



Analisis Rajah Pohon Ayat 1
A1

A A KH
S P S P


FK FN FN FK


Majlis Bulan Peringkat berlangsung ketika
Pelancaran Bahasa 2013 Kebangsaan






Analisis Rajah Pohon Ayat 2:
A2 KH

P S

FN FK FN FK

KPeng KK KN KN KA

Semangat kemerdekaan tanah air tercinta dan




Analisis Rajah Pohon Ayat 3
A3 KH

P S

FA FN FN FK

KA KN KN KB KA


pembentukan negara Malaysia masih segar dan






Analisis Rajah Pohon Ayat 4:
mekar dalam kalangan rakyat Malaysia susunan songsang
rakyat Malaysia kekal dalam kalangan susunan biasa


A4


S p


FN FK

KN KN KA KS KN


rakyat Malaysia kekal dalam kalangan


AYAT B
Jangan sekali-kali mengambil mudah atau memandang remeh terhadap bahasa kerana bahasa
jiwa bangsa.

Analisis ayat:

Jenis Ayat Ayat Perintah -Jenis Larangan
Ayat Penyata
Susunan Konstituen Susunan biasa, satu subjek dan dua predikat
Bentuk Ayat Majmuk 1. Ayat Majmuk Gabungan susunan fakta menunjukkan pilihan
2. Ayat Majmuk Pancangan Keterangan

Ayat di atas terdiri dari jenis ayat perintah jenis ayat larangan seperti Jangan sekali-
kali mengambil mudah. Ayat larangan di atas menggunakan kata larangan jangan yang
bertujuan untuk menegah seseorang daripada melakukan sesuatu. Jenis ayat seterusnya ialah
ayat penyata iaitu memandang remeh terhadap bahasa serta, bahasa jiwa bangsa. Susunan
konstituen ketiga-tiga ayat ialah susunan biasa subjek diletakkan pada bahagian hadapan ayat
dan predikat pula diletakkan di bahagian belakang.

Bentuk ayat majmuk di atas ialah ayat majmuk gabungan jenis susunan fakta
menunjukkan pilihan kerana terdapat kata hubung atau yang menggabungkan ayat pertama
dan ayat kedua. Seterusnya terdapat ayat majmuk pancangan keterangan kerana ayat
seperti ini disambungkan dengan menggunakan kata hubung kerana. Keterangan yang
dimaksudkan ialah keterangan musabab menerangkan sebab terjadinya sesuatu hal atau
perbuatan.


Analisis Rajah Pohon Ayat:

A


A1 KH A2 A3


S P S P S P


FK FK FK FN FN FK

KN
Jangan mengambil atau memandang terhadap kerana jiwa
sekali-kali mudah remeh bahasa bahasa bangsa






AYAT C
Kita semua sedar bahawa wujud usaha terancang golongan tertentu untuk melemahkan
bahasa Melayu

Analisis ayat:

Jenis Ayat Ayat penyata
Susunan Konstituen Susunan biasa, satu subjek dan dua predikat
Susunan songsang
Bentuk Ayat Majmuk Ayat majmuk pancangan komplemen

Jenis ayat yang digunakan di atas ialah ayat penyata susunan biasa iaitu Kita semua
sedar dan wujud usaha terancang golongan tertentu serta ayat penyata susunan songsang
melemahkan bahasa Melayu. Terdapat tiga ayat di mana setiap ayat terdiri susunan
konstituen satu subjek dan satu predikat. Bentuk ayat majmuk di atas ialah ayat majmuk
pancangan komplemen. Ini kerana di dalam ayat terdapat penggunaan kata hubung
komplemen bahawa dan untuk. Menurut Suhaimi Mohd Salleh (2014:157) klausa pancangan
komplemen dapat dikenal pasti melalui penggunaan kata hubung komplemen bahawa atau
untuk. Klausa komplemen merupakan klausa pelengkap bagi klausa bebas.


Analisis Rajah Pohon Ayat 1:
A1 KH


S p


FN FK

KN KBil KS


Kita semua sedar bahawa
Analisis Rajah Pohon Ayat 2:

wujud usaha terancang golongan tertentu untuk susunan songsang
golongan tertentu wujudkan usaha terancang untuk susunan biasa


A2 KH


S p


FN FK

KN KB KK KAdv KN


golongan tertentu wujudkan usaha terancang untuk
















Analisis Rajah Pohon Ayat 3:

melemahkan bahasa Melayu susunan songsang
bahasa Melayu dilemahkan susunan biasa


A1


S p


FN FK

KN KBil KS


bahasa Melayu dilemahkan
















AYAT D
Kerajaan akan sentiasa memastikan kedaulatan bahasa kebangsaan terus terjamin dan
terpelihara.

Analisis ayat:
Jenis Ayat Ayat penyata
Susunan Konstituen Susunan biasa, satu subjek dan dua predikat
Bentuk Ayat Majmuk Ayat majmuk gabungan susunan fakta berterusan


Jenis ayat di atas ialah ayat penyata. Susunan konstituen ayat terdiri satu subjek iaitu
kerajaan dan dua predikat iaitu sentiasa memastikan kedaulatan bahasa kebangsaan terus
terjamin dan terpelihara. Bentuk ayat yang digunakan ialah ayat majmuk gabungan
susunan fakta berterusan kerana menggunakan kata hubung dan. Oleh kerana ayat-ayat
yang bergabung itu mempunyai unsur maka bahagian yang sama itu boleh digugurkan

Analisis Rajah Pohon Ayat 1:
1. Kerajaan akan sentiasa memastikan kedaulatan bahasa kebangsaan terus terjamin.
2. Kerajaan akan sentiasa memastikan kedaulatan bahasa kebangsaan terus terpelihara.
A 1 KH


A A

S P S P




FN FK FK FN FA


Kerajaan akan memastikan bahasa terus dan
sentiasa kedaulatan kebangsaan terjamin
Analisis Rajah Pohon Ayat 2:


A 2


A A

S P S P




FN FK FK FN FA


Kerajaan akan memastikan bahasa terus
sentiasa kedaulatan kebangsaan terpelihara
















AYAT E
Golongan cendikia yang aktif menghasilkan karya ilmiah dalam bahasa Melayu, khususnya
dalam bidang yang kritikal seperti perubatan, undang-undang, dan kejuruteraan perlu diberi
pengiktirafan dan penganugerahan.

Analisis ayat:

Jenis Ayat Ayat Penyata
Susunan Konstituen Susunan songsang, satu subjek dan dua predikat
Bentuk Ayat Majmuk 3. Ayat Majmuk Pancangan Relatif
4. Ayat Majmuk Campuran

Ayat di atas terdiri dari jenis ayat penyata. Susunan konstituen ayat adalah dalam
susunan biasa binaan asas ayat, subjek menduduki bahagian hadapan dan predikat menduduki
bahagian belakang. Bentuk ayat majmuk yang terdapat di atas ialah ayat majmuk pancangan
relatif atau ayat relatif . Ini kerana klausa pancangan relatif dikenal pasti melalui penggunaan
kata hubung relatif yang. Pemancangan klausa relatif berlaku dalam unsur subjek iaitu
Golongan cendikia yang aktif dan dalam unsur perdikat iaitu dalam bidang yang kritikal.
Bentuk keseluruhan ayat di atas adalah ayat majmuk campuran kerana menggabungkan tiga
klausa dengan menggunakan kata hubung yang, seperti dan dan.

BIL AYAT
A1 Golongan cendikia yang aktif menghasilkan karya ilmiah dalam bahasa Melayu,
Klausa khususnya dalam bidang yang kritikal seperti perubatan, undang-undang, dan
kejuruteraan
Klausa perlu diberi pengiktirafan dan penganugerahan








Analisis Rajah Pohon Ayat:

1. Golongan cendikia yang aktif menghasilakn karya ilmiah dalam bahasa Melayu

A1


S p


FN FK

FK FN

FN FN
Rel
KBil KN KK FN KS KN KN

Golongan cendikia yang aktif menghasilkan karya ilmiah dalam bahasa Melayu















RUMUSAN ANALISIS

Secara keseluruhannya petikan ini menceritakan tentang peranan Bahasa Kebangsaan
dalam mengikat perpaduan antara kaum di Malaysia. Saya mendapati penulis telah
menggunakan laras bahasa yang tinggi untuk menyampaikan maklumat kepada pembaca.
Dalam erti kata lain hanya mereka yang mempuyai ilmu dan pengetahuan tentang Bahasa
Melayu sahaja yang dapat menilai setiap sintaksis yang dicoretkan.

Penulis telah banyak menggunakan jenis ayat penyata dan ayat majmuk. Ayat-ayat
majmuk yang digunakan ialah ayat majmuk campuran. Contohnya - Menganalisis ayat
perenggan 20 m/s 31 Golongan cendikia yang aktif menghasilkan karya ilmiah dalam
bahasa Melayu, khususnya dalam bidang yang kritikal seperti perubatan, undang-
undang, dan kejuruteraan perlu diberi pengiktirafan dan penganugerahan. Dalam ayat ini
banyak kata hubung digunakan seperti yang, dan, seperti. Dari segi binaan ayat majmuk
campuran lazimnya panjang kerana menggabungkan sekurang-kurangnya tiga klausa, dengan
menggunakan sekurang-kurangnya dua jenis kata hubung.

Saya telah menganalisis lima ayat daripada petikan ini. Setiap ayat tersebut terdiri dari
setiap jenis ayat majmuk. Antaranya ialah ialah ayat majmuk gabungan, ayat majmuk
pancangan relatif, ayat majmuk pancangan komplimen, ayat majmuk pancangan keterangan
dan ayat majmuk campuran.

Seterusnya saya telah menggunakan rajah pohon sebagai medium untuk
menyampaikan dan mengkategorikan semua jenis ayat tersebut ke dalam komponen ayat
dasar yang lebih kecil mengikut konstituen subjek dan konstituen predikat. Rajah pohon adalah
cara untuk meneliti atau untuk menganalisis peringkat dan unsur yang mendirikan sesuatu ayat.
Sebagai contoh, bermula daripada ayat (A) konstituen subjek (S) diisi oleh frasa (F) frasa nama
manakala konstituen predikat (P) diisi oleh frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa
sendi nama dan berakhir dengan kata (K) iaitu kata kerja , kata nama, kata hubung, kata
bilangan dan kata adjektif.

Melalui analisis ayat yang telah dilakukan tehadap jurnal Dewan Bahasa di atas serta
rujukan terhadap beberapa sumber yang telah dijalankan, jelaslah bahawa untuk membina
ayat yang baik dan standard perlulah mempunyai kemahiran dalam bidang morfologi dan
sintaksis. Dengan menguasai bidang sintaksis ini seseorang dapat menyampaikan informasi
dengan tepat dan sesuai dengan situasi serta dapat difahami oleh audien. Laras bahasa dan
kesantunan bahasa juga dapat diaplikasi secara kreatif dan menarik kerana bidang sintaksis
menyediakan asas binaan ayat, pola-pola ayat, jenis-jenis ayat serta pelbagai jenis ayat
majmuk yang memerlukan pengguna yang menggunakannya sesuai dengan kehendak dan
tujuan.

Secara amnya setiap ayat itu terdiri daripada bentuk, binaan, struktur dan konstruktif
ayat. Ayat-ayat ini akan terbentuk apabila kita membuat kajian tentang hukum atau rumus
tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok
perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.

Anda mungkin juga menyukai