Anda di halaman 1dari 4

KACANG SOYA

Utk Rasa boleh dicampur dengan berbagai aroma seperti vanilla, coklat, durian, tawar (tanpa gula)
dan sebagainya.

Cara membuatnya & Peralatan yang diperlukan :
Satu dapur gas dan tongnya
Periuk besar dan 1 senduk kayu
Blender (untuk skala kecil) atau mesin (untuk skala besar)
Kain sifon (untuk menapis) dan dibahagi 2

2 guni plastic ukuran 20 liter yang salah satunya dibuat lubang dan satu lagi dibiarkan
Plastik tahan panas secukupnya (ukuran boleh disesuaikan dgn harga yg akan dijual)
getah ikat secukupnya

3 baldi besar
1 guni kain/plastic

Bahan yang diperlukan :
Air sejuk 15 liter (3/4 isi ember yang 20 ltr)
Kacang Soya 1 kg
Gula Putih 2 kg
Garam 2 sudu makan
Perasa Tiruan - vanilla, coklat, pandan, jagung dsb secukupnya (ikut kehendak anda)
Pewarna makanan untuk memutihkan (ikut kehendak anda)

Cara Pembuatan :

1. Rendamlah kacang soya selama 4 6 jam ( cth rendam pukul 9 malam untuk diproses esoknya
pukul 3 pagi)

2. Langkah pertama pemrosesan adalah memanaskan air 15 liter menggunakan periuk besar

3. Kemudian, masukkan gula dan garam ke dalam baldi

4. Sambil menunggu air mendidih, buang kulit kacang soya dengan cara masukkan rendaman kacang
tadi ke dalam guni dan di pijak2 dengan kaki hingga kulit2nya mengelupas (pastikan kaki anda bersih
dan pakai kasut but).

setelah itu masukkan semula ke dalam baldi berisi air bersih sambil di kisar2 sampai kulitnya
mengelupas,

kemudian buang kulit (biasanya berada di atas kerana ringan ) dan bilas hingga air bilasan betul2
jernih (tidak keruh tanda sudah bersih) hal ini penting sebab kulit itulah yang membuat rasa tidak
sedap dan berbau.

5. Setelah air mendidih kecilkan api dan ambil sedikit airnya untuk memblender

6. Blenderlah kacang yang sudah dicuci tersebut sedikit demi sedikit hingga lembut menggunakan air
mendidih tadi

7. Setelah sudah diblender semua, masukkan kacang yang telah hancur ke dalam panci tadi dan
besarkan apinya

8. kacaulah selalu supaya pemanasan dalam periuk serata

9. Tunggu hingga mendidih (utk tahu sudah mendidih, air akan meruap hingga permukaan atas
periuk)

10. Matikan api segera jika sudah mendididh

11. Tapis menggunakan kain sifon ke dalam baldi yang berisi gula dan garam yang sudah disediakann
tadi, ramas dan buang hampasnya

12. kacau hingga sekata

13. Tapis sekali lagi menggunakan kain sifon ke dalam baldi yang lain

14. Jika ingin membuatnya beraneka rasa, bahagikan susu kacang soya tersebut ke dalam bekas kecil
dan letak pewarna juga perasa kesukaan

15. Bungkus susu kacang soya dalam keadan panas tersebut dengan menggunakan plastic sesuai
ukuran yang ingin dipasarkan lalu rendam secepatnya ke dalam air biasa (suhu normal)

16. Susu kacang soya yang anda buat, kini sedia dipasarkan

17. Jika ada modal lebih belilah peti sejuk besar, utk disimpan lebih lama

**********************************************************************************


















Resepi 2

Susu Kacang Soya [ninoZ]

bahan2:
kacang soya - rendam semalaman
air secukupnya
daun pandan
hirisan halia muda [jika suka]
gula secukupnya [gula merah bleh..gula melaka pun bleh]
secubit garam

Cara

1. basuh kacang soya bersih2 n blend bersama air hingga halus..[byk air tu agak agak la..jgn cair sgt]
2. tapiskan dgn kain kasa at least 2 kali utk elak susu kacang soya berserdak
3. pastu masak di atas api sederhana n kacau sentiasa..
4. masukkan daun pandan n hirisan halia serta secubit garam
5. once mendidih bleh tutup api ..
6. masukkan gula secukup rasa
7. siappp!!


Taufu Fah [ninoZ]

bahan-bahan:
300g kacang soya
1 tsp serbuk gibson@sei ko fah [bleh beli kat kedai singseh]
3 tbsp mumbung tepung jagung
125 ml air mendidih
3.75 litre air

utk sirap:
gula / gula melaka
daun pandan
halia muda - ketuk
air
[masak semua bahan sirap hingga gula larut then tapiskan]

1. rendam kacang soya selama 4-5 jam till kembang
2. campur serbuk gibson, tepung jagung n air mendidih hingga rata..
3. tapis ke dalam periuk aluminium beso..set aside
4. bahagi 3 kacang soya tu n then blend setiap bahagian dgn secawan air hingga halus..
5. perah dgn kain kasa..
6. ulang sampai kacang soya habis
7. then tapiskan sekali lagi dgn kain kasa ke dalam periuk besar..
8. tambahkan baki air n kacau rata
9. masak susu kacang soya tu dgn api sederhana..
10.kacau sentiasa sampai cam kuar bubble kecik2 kat permukaan dia..buih2 tu dicedok keluar n keep
on kacau sampai mendidih
11.the moment susu kacang soya tu mendidih..tuang kedalam bancuhan gibson n tepung jagung n
cepat2 cedok keluar buih2 kat permukaan bancuhan..segera tutup periuk dgn tuala kemudian
tudung periuk [nak elak wap air jatuh balik dlm taufu fah]
biar dlm 40 minit tanpa diusik hingga taufu fah tu menjadi

12.cedokkan taufu fah ke dalam bekas kecil n hidangkan bersama sirap..
13.siappp!!

Variasi:
1] kalau nak taufu fah pandan..masukkan pati daun pandan ke dlm air yg dibancuh dgn susu kacang
soya [make sure total air+ pandan tu still 3.75 liter]

] nak makan sebagai savoury pun bleh..

3] buat gravy cam kita masak utk tofu lembut tu..with chunks or chicken or seafood ke

Anda mungkin juga menyukai