Anda di halaman 1dari 11

Tugasan 2

Aktiviti 1
Apakah Pengawetan ?
Pengawetan adalah salah satu kegiatan yang sering dilakukan dalam makmal
biologi. Pengawetan terutama dilakukan terhadap tumbuhan dan hewan yang susah
ditemukan atau hanya diperoleh dari tempat-tempat tertentu, misalnya dari laut atau gunung.
Dengan terawetnya bahan-bahan tersebut, maka kita dapat menggunakan spesimen untuk
jangka masa yang lama. Beberapa kegiatan sebelum melakukan pengawetan, kita harus
melakukan pengumpulan spesimen yang akan diawetkan iaitu tumbuhan atau haiwan. Cara
pengawetan kedua bahan ini agak berbeza. Khusus untuk tumbuhan, terutama tumbuhan
yang berukuran besar biasanya tidak dilakukan pengawetan basah, tetapi dilakukan
pengawetan kering, iaitu dibuat herbarium. Pengawetan terdiri daripada dua cara yang
paling mudah itu pengawetan kering dan pengawetan basah. Kedua-dua cara awetan ini
sebenarnya membantu memudahkan manusia mengkaji sesuatu benda hidup dalam
tempoh yang lama.

Pengawetan Kering
Pengawetan hanya memerlukan tiga hingga empat langkah untuk diikuti. Satu
proses pengawetan hanya memerlukan sehari untuk disiapkan. Bahan yang digunakan
untuk membuat pengawetan juga mudah diperolehi dengan harga yang murah. Antara
langkah yang harus diikuti untuk membuat pengawetan ialah seperti berikut ;-

Langkah 1
Perkara yang harus dilakukan pada mulanya ialah mengumpul serangga untuk
diawet. Pengumpulan serangga memerlukan beberapa teknik supaya serangga yang
dipilih dan ditangkap tidak rosak ataupun mengalami sebarang kecederaan.
Serangga harus dipilih mengikut tujuan pengawetan. Ada yang memerlukan
serangga kecil ataupun serangga yang mempunyai sayap. Terdapat beberapa alatan
yang digunakan untuk menangkap serangga. Antaranya ialah jaring serangga, beg
plastik, botol spesimen, forsep dan sebagainya.
Langkah 2
Perkara seterusnya ialah mematikan serangga. Ia boleh dilakukan dengan dua cara
iaitu:
a) mengikat serangga di dalam beg plastik dengan ketat untuk sehari.
b) meletakkan serangga dalam bekas yang mengandungi kloroform.

Ini akan membuat serangga mati di dalam bekas. Langkah keselamatan harus
diambil kira apabila menggunakan bekas yangmengandungi kloroform.

Langkah 3

Serangga yang dimatikan haruslah dikering bawah cahaya matahari. Pengeringan ini
akan memastikan spesimen yang dibuat itu akan tahan lama. Proses ini juga akan
melambatkan proses jangkitan kuman. Proses ini juga boleh dijalankan dengan
meletakkan spesimen serangga di dalam oven.

Langkah 4
Seterusnya proses pengepinan serangga dijalankan. Ia harus dijalankan dengan
betul supaya tidak mencederakan serangga tersebut. Tubuh- tubuh serangga harus
dipin supaya mengelakkannya daripada bergerak. Proses pengepinan bagi setiap
serangga adalah berbeza mengikut jenis serangga. Kebanyakkan serangga akan
dipinkan mengikut saiz No, 5.




Langkah 5
Akhirnya spesimen akan dipinkan ke atas satu polisterin kecil. Satu bingkai telah
dibuat untuk meletakkan spesimen serangga tersebut dengan kemas. Sebagai
langkah akhir spesimen yang diletakkan dalm bingkai akan dibalut dengan pembalut
plastik untuk mengelakkan jangkitan kuman.


Langkah 6
Sebagai pelengkap bagi proses pengawetan kering ini, label yang mengandungi
nama biasa dan nama saintifik serangga, habitat, tempat ditangkap dan juga tarikh
membuat spesimen akan dilekatkan dalam bingkai tersebut. Label tersebut haruslah
berada pada bahagian kanan bawah bingkai tersebut. Label ini penting untuk
sesuatu spesimen apabila ia dijadikan sebagai bahan rujukan nanti.


Pengawetan Basah
Pengawetan basah bermaksud spesimen diawet di dalam larutan pengawet yang
sesuai. Etanol dan formalin merupakan dua jenis bahan yang sering digunakan sebagai
bahan pengawet. Etanol adalah bahan pengawet yang terbaik tetapi harganya jauh lebih
mahal daripada formalin. Etanol sering digunakan untuk mengawetspesimen yang bersaiz
kecil sahaja,manakala formalin pula digunakan untukmengawet spesimen yang bersaiz
besar. Balang spesimen merupakan bekasterbaik untuk menyimpan spesimen. Balang reka
ganti yang sesuai boleh digunakan. Botol-botol kaca tanpa warna, tinggi, bermulut lebar dan
mempunyai penutup seperti botol Nescafe adalah sesuai. Pengawetan basah sesuai
digunakanuntuk menyimpan spesimen haiwan kecil. Pengawetan basah juga sesuai untuk
mengekalkan warna asal spesimen tumbuhan.
Pengawetan Spesimen Ikan
Suatu perkara yang perlu diperhatikan untuk pengawetan ikan ialah mengusahakan
agar ikan tetap baik seperti keadaan sebelum diawetkan. Keadaan sisik-sisik dan sirip
perlulah kelihatan seperti sedia kala serta badan ikan itu sendiri tidak berbengkak atau
berkerut. Warna ikan juga dapat dikekalkan seperti keadaan sedia kala.

Berikut ini adalah kaedah pengawetan ikan:
Langkah 1
Ikan yang akan diawetkan sebaiknya telah mati tapi masih segar, atau jika ikan yang
akan digunakan masih hidup kita dapat bius dengan perendaman dengan air ais.





Langkah 2
Sebelum dimasukan ke dalam formalin, ikan-ikan yang berukuran besar dengan
panjang lebih dari 150 mm, sebaiknya dituris pada bagian perut sebelah kanan
sepanjang kurang lebih 30mm. Ini bertujuan untuk bahan pengawet ( formalin)
terserap ke dalam rongga otot, supaya organ-organ dalam usus tidak membusuk. Di
dalam bahagian tubuh ikan, bahagian rongga perut merupakan bagian yang paling
mudah membusuk. Bagian yang dituris perlulah pada bahagian kanan tubuh ikan,
kerana bahagian kiri digunakan untuk melihat ciri-ciri morfologi ikan. Jika ikan yang
diawetkan cukup tebal, seperti ikan tongkol ( Euthynus sp), maka otot daging
dikanan tulang kiri harus dituris.


Langkah 3
Setelah ikan direndam dalam formalin selama lebih kurang satu minggu, cuci di
dalam air atau direndam dalam air mengalir selama dua hari.

Langkah 4
Ikan ikan yang telah dicuci ( dibersihkan dari formalin),dimasukkan dalam alkohol
70%. Jika ikan akan tetap disimpan dalam formalin, maka formalin harus diganti
dalam masa tertentu.

Langkah 5
Setiap spesimen ikan yang diawetkan harus disimpan dalam bekas yang dilabel.



Langkah 6
Untuk menghilangkan bau formalin pada ikan, ikan tersebut terlebih dahulu direndam
selama beberapa minit dalam NaOHSO
3
dan Na
2
SO
3
dalam perbandingan 60 gram
NaHSO
3
dan 90 gram Na
2
SO
3
untuk tiap satu liter air .



Pengawetan Kering
Serangga Dan Tumbuhan
Pengawetan Kering Bunga Raya






Pengawetan kering saya
gunakan bunga raya putih atau
lebih dikenali sebagai Hibiscus
Rosasinensis
1
Bunga dipotong daripada
batang pokok dengan berhati-
hati supaya daun dan kelopak
bunga tidak rosak.
2
Bunga raya diletakkan di papan
nipisdan dilekatkan dengan
menggunakan salotap.
3





4
Bunga raya ditutup lagi dengan
sekeping papan nipis untuk
tujuan proses pengeringan.
5
Bata diletakkan di atas papan
nipis bertujuan untuk supaya
menekan bunga raya untuk
proses pengeringan.
6
Bunga diletakkan di tempat
yang telah ditetapkan dan
dilabelkan.

Pengawetan kering Serangga



1
Proses yang dilakukan sepanjang
pengawetan kering serangga ialah
pertama sekali menangkap
serangga itu sendiri. Serangga
yang saya gunakan ialah cengkerik
atau lebih dikenali dengan nama
Gryllus assimilis
2
Proses memengsankan serangga
sebelum diawet. Proses ini
memerlukan penutup yang kedap
udara untuk memastikan serangga
tidak terkeluar. Dalam proses ini,
klorofom diperlukan untuk
memengsankan serangga tersebut.
3
Selepas cengkerik
dipengsankan/dimatikan, proses
lain yang perlu dilakukan ialah
meletakkan cengkerik di polesterin
yang disediakan khas. Kemudian,
cucukkan cengkerik dengan pin.
Pastikan badan cengkerik tidak
patah atau tercabut.


4
Letakkan cengkerik dan pinkan.
Pastikan jangan pin cengkerik
tanpa kertas kerana badan
cengkerik sangat kecil. Langkah ini
supaya tidak merosakkan badan
cengkerik.
5
Langkah terakhir sekali ialah
masukkan cengkerik ke dalam oven
untuk memastikan cengkerik dapat
dikeringkan. Masukkan selama 40
minit. Kemudian, selepas itu
masukkan ke dalam bingkai.

Anda mungkin juga menyukai