Anda di halaman 1dari 4

2

PEMIKIRAN KRITIS DAN KREATIF




1.0 PEMIKIRAN KRITIS

Pemikiran kritis merupakan kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk
menilai kemunasabaha atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kesahan
atau kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan
menggunakan alas an dan bukti munasabah
Menurut Maimunah Osman, 2004,(Kemahiran Berfikir. Kuala Lumpur :
Pearson-Prentice Hall), konsep pemikiran ini merupakan suatu pertimbangan
sesuatu idea dengan cara menilai, membezakan dan menyal sama ada sesuatu
perkara iu benar atau salah. Dengan alasan-alasan yang dikemukakan semasa
berhujah dapat membantu dalam membuat keputusan. Oleh itu, melalui
pemikiran kritis, seseorang dapat mencari kebenaran dengan mengasingkan
perkara yang dianggap silap dan mengenepikannya. Apabila kebenaran
diperoleh seseorang dapat membuat keputusan dengan epat dan tindakan yang
wajar boleh diambil.
Para pelajar yang didedahkan dengan pemikiran kritis lebih bersedia
menghadapi masalah yang lebih kompleks dan perubahan teknologi yang berlaku
secara mendadak. Ini adalah kerana pelajar tersebut telah mempunyai kebolehan untuk
bertindak secara efektif yang diperolehi melalui pemikiran kritis.
Antara contoh kemahiran berfikir secara kritis adalah membanding dan
membezakan. Ini bermaksud Mengkaji persamaan dan perbezaan antara dua atau lebih
daripada dua perkara berdasarkan aspek-aspek yang tertentu. Perkara yang dikaji boleh
merupakan sesuatu objek, peristiwa, organisma, idea, sistem, atau institusi.
Konsep pemikiran membanding dan membezakan ini boleh diaplikasikan dalam
kehidupn seharian seperti pemilihan jenis fabrik atau tekstil yang dilakukan oleh pereka
fesyen sempena sambutan perayaan Aidilfitri dan perayaan Deepavali. Selain itu
pemilihan fabrik juga boleh dilakukan untuk membezakan fabrik yang sesuai dengan
majlis perkahwinan atau majlis Anugerah Bintang Popular.
3

Bagi seorang doktor pula, aplikasi membanding dan membezakan boleh dilihat
menerusi jenis-jenis penyakit. Contohnya dalam kawasan hospital dimana perbezaan
wad atau bilik pesakit telah yang dibezakan mengikut jenis penyakit.
Selain itu konsep membanding dan membezakan juga diaplikasikan dalam
bidang kejuruteraan dan pembinaan rumah serta dalam industri kimia. Dalam situasi
begini seorang jurutera atau buruh telah membandingkan jenis-jenis logam yang boleh
digunakan untuk pembinan rumah atau jambatan.
Kerjaya seorang anggota polis memerlukan pengetahuan am yang pelbagai.
Contohnya seseorang anggota polis harus mengetahui perbezaan jenis dadah untuk
membezakan hukuman pengedar dadah mengikut jenis dadah yang dibawa.
Pemikiran Kritis yang kedua ialah membuat inferens. Daripada segi bahasa
formalnya, inferens adalah "kesimpulan awal". Tetapi, untuk lebih memahaminya, dalam
bahasa tidak formal bermaksud "sebab yang mungkin". ini bermaksud apabila timbul
sesuatu permasalahan, kita mungkin akan cuba meneka pelbagai sebab yang dirasakan
relevan dengannya. Namun, ia masih tidak boleh dianggap sebagai "sebab yang betul"
selagi tidak dijalankan sebarang penyiasatan (eksperimen) ke atasnya.
Sebagai contoh membuat inferens adalah seperti berikut:
Sebelum membuat inferens, pemerhatian awal harus dimulakan terlebih dahulu.
Pemerhatian ialah apa yang diperhatikan dengan menggunakan deria mata, telinga,
sentuhan, bau dan lidah untuk mengesan perubahan keadaan asal lalu dibuat
perbandingan terhadap sesuatu ujikaji, fenomena, gambarajah, jadual, graf, carta dan
pernyataan ayat. Contohnya berdasrkan gambar rajah dibawah:


Kambing A Kambing B


4

Pemerhatian :
i. Kambing A lebih besar daripada Kambing B
ii. Kambing B lebih kecil daripada Kambing A

Maka Inferens yang dapat disimpulkan ialah:
i. Kambing B tidak mendapat makanan yang cukup dari Kambing A.
ii. Kambing B merupakan baka yang kecil daripada Kambing A
iii. Kambing B berpenyakit berbanding Kambing A

Secara kesimpulannya, kepentingan kemahiran berfikir secara kritis ialah dapat
mewujudkan kecekapan dan keupayaan menggunakan minda, dapat menilai
kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea. Selain itu, kemahiran ini juga bertujuan
untuk meneliti kebernasan, kebaikan, dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat
pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alas an dan bukti yang munasabah.
Seterusnya kemahiran ini juga penting untuk memperbaiki idea yang sudah sedia ada
dan menilai idea-idea baru dalam konteks pradigma lama.

2.0 PEMIKIRAN KREATIF

Pemikiran kreatif didefinisikan sebagai operasi berfikir yang dapat mengembangkan idea atau
mencipta idea, hasil, metafora, analogi dan definisi, ataupun mereka-cipta sesuatu yang baru.
Ianya merupakan satu jenis pemikiran di mana seseorang dapat memikirkan pelbagai idea baru
yang belum difikirkan oleh orang lain untuk menyelesaikan sesuatu masalah.Seorang guru
perlu cekap dalam menjana pemikiran kreatif di kalangan murid-muridnya. Contohnya, guru
perlu memberikan peneguhan positif dalam bentuk ganjaran dan hadiah apabila murid-murid
dapat melahirkan idea-idea yang kreatif dan unik.
Antara ciri-ciri pemikiran kreatif adalah:
i. Sengaja menghasikan idea baru, konsep baru dan tanggapan baru. Maksudnya
idea yang dikemukakan menyimpang jauh daripada idea yang ada sekarang.
ii. Mengutamakan cara lain untuk melihat sesuatu yang sedang difikirkan. Semakin
banyak sudut pandangan yang digunakan semakin baik.
5

iii. Memberi fokus kepada usaha mahu mengubah idea yang ada pada masa ini.
Maksudnya, tujuan utama pemikiran ini ialah untuk membawa perubahan, bukan
untuk meneruskan idea sekarang.
iv. Mencari cara baru untuk menggantikan penyelesaian yang sedang digunakan
sekarang. Maksudnya, pemikiran ini cuba membuang cara kerja yang ada hari ini
dan menggantikannya dengan yang baru.
v. Pemikiran ini mengganggap idea yang baik tidak perlu kelihatan logik pada
awalnya, Ia gemar menggunakan logik songsang. Sebagai contoh, biasanya
orang menyapu garam pada ikan sebelum digorengkan. Logik songsang
mengatakan goreng ikan dahulu, baru sapu garam.
vi. Menumpukan perhatian kepada kemungkinan-kemungkinan yang mungkin akan
berlaku pada masa akan datang, maksudnya, pemikiran ini gemar
membayangkan apa yang akan terjadi akibat adanya idea yang 'gila-gila' itu.
Antara contoh pemikiran kreatif ialah menjana dan menghasilkan idea baru. Maksud
menghasilkan idea baru ialah satu sumber idea yang boleh dihasilkan oleh individu
untuk menghasilkan produk baru. Dalam dunia yang serba moden dan canggih ini
pelbagai alat telekomunikasi telah diperkenalkan seantero dunia seperti telefon bimbit,
komputer, televisyen dan sebagainya. Jika diperhatikan alatan ini telah melalui pelbagai
fasa. Jika dahulu komputer sangat berat dan agak sukar untuk dibawa kemana-mana.
Pemikiran kreatif ini telah membawa kepada penciptaan laptop seterusnya notebook.
Sehingga hari penciptaan baru telah dihasilkan iaitu penciptaan ipad, tab dan
sebagainya.
Individu yang kreatif tidak semestinya menghasilkan produk yang baru sahaja
kerana kreatif ini membawa pelbagai definisi.individu yang kreatif telah mencipta nama
di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Kreatif ini tidak tertumpu pada bidang
seni sahaja malah pelbagai bidang seperti sastera, pendidikan sukan dan sebagainya.
Kesimpulannya, pemikiran kritis dan kreatif haruslah seiring agar kejayaan dapat
dicapai. Dalam sistem pendidikan kedua-dua pemikiran ini wajar diaplikasikan agar
pertumbuhan minda para pelajar dapat dirangsang.

Anda mungkin juga menyukai