Anda di halaman 1dari 2

9/16/2014 PERANAN IBU BAPA MEMUPUK SEMANGAT CINTA AKAN NEGARA DALAM KALANGAN ANAK-ANAK | KARANGAN BAHASA MELAYU

U SPM
http://karanganbahasamelayuspm.blogspot.com/2013/01/peranan-ibu-bapa-memupuk-semangat-cinta.html 1/2
Home Facebook Google Yahoo Twitter Kamus Dewan Online
KARANGAN BAHAGIAN A KERTAS 1 SPM KARANGAN BAHAGIAN B KERTAS 1 SPM
Monday, 21 January 2013
PERANAN IBU BAPA MEMUPUK SEMANGAT CINTA
AKAN NEGARA DALAM KALANGAN ANAK-ANAK
Pada era pascaperindustrian dan globalisasi yang serba mencabar akal dan minda, Malaysia telah menjadi
sebuah negara yang sedang membangun di mata dunia selepas kemerdekaan yang disambut pada tanggal 31
Ogos 1957. Kini, Malaysia duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara gergasi di pentas
antarabangsa. Bertitik tolak daripada itu, semangat cinta akan negara perlu ada dalam diri setiap masyarakat
bagi menghargai jasa tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan yang bertungkus lumus dalam mempertahankan
negara yang berdaulat ini. Oleh itu, keluarga perlu memainkan peranan yang sangat signifikan dalam
memupuk semangat cinta akan negara dalam diri anak-anak mereka.

Pada realiti, memang tidak dapat dinafikan bahawa ibu perlu mengambil inisiatif utama dengan membawa
anak-anak mereka ke tempat bersejarah seperti muzium. Di Malaysia, terdapat sebuah muzium iaitu
Muzium Negara yang mempunyai pelbagai khazanah orang pada zaman dahulu, pakaian istana, keris-keris
yang digunakan oleh tokoh terdahulu untuk menentang penjajah luar. Anak-anak bukan sahaja dapat
mengenali tokoh-tokoh terdahulu malah menerapkan semangat keberanian perwira-perwira negara yang
mengamalkan peribahasa biar putih tulang, jangan putih mata dalam mempertahankan negara suatu ketika
dulu. Salah satu tempat bersejarah yang tersohor ialah Melaka yang lebih dikenali sebagai Negeri
Bersejarah. Di Melaka, ibu bapa boleh menunjukkan tempat atau bangunan yang dibina oleh negara luar
yang pernah menjajah negara kita seperti bangunan Stadhyus. Oleh itu, bolehlah kita akui bahawa semangat
cinta akan negara dapat disemai melalui lawatan ke tempat-tempat bersejarah yang banyak terdapat di
Malaysia.

Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas, langkah yang seterusnya ialah
ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak. Berdasarkan peribahasa, Bapa Borek, Anak Rintik,
ibu bapa perlu menjadi ikon kepada anak-anak dalam menerapkan semangat cinta akan negara. Dalam
konteks ini, ibu bapa tidak sewajarnya menunjukkan etika yang bertentangan dengan semangat patriotisme
itu sendiri. Kita boleh ambil contoh perlakuan yang pernah menjadi isu suatu ketika dahulu iaitu seorang
warga Malaysia yang mempersendakan lagu Negaraku malah ada yang berani memijak bendera Jalur
Gemilang. Ibu bapa perlu menunjukkan semangat cinta akan negara melalui kibaran Jalur Gemilang dengan
bangga untuk diteladani oleh anak-anak. Secara tidak langsung, perbuatan ini akan menjadi ikutan kerana
mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Dengan cara ini juga, anak-anak akan sedar betapa pentingnya
semangat patriotisme ini. Tambahan pula, ibu bapa boleh bercerita tentang perjuangan tokoh-tokoh tanah
air yang berjuang hingga titisan darah yang terakhir demi mempertahankan negara yang tercinta daripada
ancaman penjajah. Tegasnya, peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya perlu dijadikan azimat oleh
ibu bapa untuk melentur anak-anak mereka menjadi seorang yang mempunyai semangat patriotisme sejak
kecil lagi.

Selain itu, pada masa ini ramai ibu bapa yang membimbing anak-anak mereka dalam menguasai subjek
Sejarah. Bagi segelintir pelajar, subjek Sejarah amat sukar dikuasai kerana banyak fakta yang perlu dihafal
dan diingati. Tambahan pula, mereka tidak pernah merasai keperitan tokoh-tokoh terdahulu yang bermati-
matian memperjuangkan tanah air yang bertuah ini. Oleh itu, ibu bapa tidak boleh memberi tekanan kepada
anak-anak dengan memaksa dan memarahi mereka jika gagal dalam subjek sejarah. Hal ini kerana, anak-
anak umpama kain putih, ibu bapalah yang perlu mencorakkannya dengan menerapkan semangat cinta akan
negara. Bertitik tolak daripada itu, ibu bapa perlu menyokong anak-anak mereka agar mereka tidak berasa
tertekan malah semangat bersemangat dalam mempelajari subjek Sejarah. Selain itu, ibu bapa boleh
menghantar anak-anak mereka menghadiri kelas tuisyen untuk menguasai subjek Sejarah demi
meningkatkan prestasi anak dalam subjek tersebut. Rentetan itu, penguasaan dalam subjek ini akan
membibitkan rasa cinta terhadap subjek Sejarah seterusnya melahirkan kecintaan terhadap negara.
KARANGAN BAHASA MELAYU SPM
CONTOH-CONTOH KARANGAN CEMERLANG SPM
9/16/2014 PERANAN IBU BAPA MEMUPUK SEMANGAT CINTA AKAN NEGARA DALAM KALANGAN ANAK-ANAK | KARANGAN BAHASA MELAYU SPM
http://karanganbahasamelayuspm.blogspot.com/2013/01/peranan-ibu-bapa-memupuk-semangat-cinta.html 2/2

Sebagai menggulung segala yang telah diperkataan di atas, ibu bapa perlu memainkan peranan dalam memupuk
masyarakat yang mempunyai semangat cinta akan tanah air. Pepohon pokok tidak akan berliuk lentuk jikalau tiada
angin yang meniupnya oleh itu, ibu bapa bertanggungjawab memupuk semangat cinta akan negara dalam diri
anak-anak. Sebenarnya, anak-anak merupakan tonggak utama dalam menjayakan visi kudsi Wawasan 2020 pada
masa hadapan. Kita mengakui hakikat bahawa uslub ini perlu dilakukan dan boleh dimulakan dengan langkah-
langkah yang telah disarankan di atas. Dengan berbuat demikian, anak-anak dapat memupuk malah menguatkan
semangat cinta akan tanah air dalam diri mereka. Nescaya, semangat patriotisme yang telah sebati dalam diri anak-
anak akan dapat melahirkan generasi muda yang mantap jati diri.
Posted by Subbash Ekambaram at 23:45
Labels: KARANGAN BAHAGIAN B KERTAS 1 SPM
Reactions:
kepujian (4) cemerlang (6) cemerlang tertinggi (18)
2 comments :

Anda mungkin juga menyukai