Anda di halaman 1dari 139

1

MODUL KURSUS TITAS


SILIBUS BARU
SEM 1: 2008-2009






2
KATA PENGANTAR


Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) yang diwajibkan ke atas semua pelajar
universiti awam di negara ini sejak sesi akademik 1998/99 adalah suatu kursus yang sungguh
unik. Tidak ada universiti di mana-mana negara lain di dunia yang mempunyai kursus seperti
kursus TITAS. Keunikan kursus TITAS terletak pada dua perkara. Pertama, isi kandungan kursus
ini dikira cukup istimewa. Kedua, kursus ini diwajibkan ke atas semua pelajar institusi pengajian
tinggi (IPT) awam tanpa mengira bidang pengajian mereka. Oleh itu, kursus ini tidak ada
tandingnya dari segi sasaran pelajarnya.

Yang menjadikan isi kandungan kursus TITAS istimewa ialah tumpuannya kepada ilmu
ketamadunan dan pengetahuan tentang tamadun-tamadun terbesar di dunia. Turut dimuatkan
dalam kursus ini ialah perbincangan tentang isu masa depan tamadun umat manusia
termasuklah isu peranan dialog tamadun yang banyak diperkatakan dewasa ini. Dalam era
masyarakat antarabangsa yang pernah dikejutkan dengan teori pertembungan
tamadun/peradaban (clash of civilizations) rumusan Samuel P. Huntington pada tahun 1993
pembelajaran tentang ilmu ketamadunan dan tamadun-tamadun besar dunia memang dikira
menarik dan ia dianggap sebagai mempunyai kesignifikanan yang tersendiri. Dunia ingin tahu
sama ada teori pertembungan tamadun seperti yang diutarakan oleh Huntington berasas atau tidak.
Dari segi sejarahnya, kewujudan kursus TITAS mempunyai hubungkait dengan reaksi hangat
pelbagai pihak di merata tempat di dunia terhadap teori Huntington. Kursus TITAS mahu
menunjukkan kepada dunia bahawa apa yang sebenarnya berlaku dalam sejarah tamadun
umat manusia khususnya di sebelah Asia bukanlah pertembungan dan konflik tamadun tetapi
sebaliknya adalah interaksi membangun, pertukaran idea dan barangan budaya dan proses
pinjam meminjam antara tamadun.

Saya tidak mengatakan bahawa kursus TITAS telah diwujudkan semata-mata atas
pertimbangan untuk menjawab teori Huntington. Ada banyak pertimbangan lain seperti yang akan
saya jelaskan nanti. Tetapi sebagai salah seorang yang terlibat dalam mengasaskan kursus ini saya
ingat benar bahawa usaha untuk menyediakan perspektif hubungan antara tamadun yang berupa
alternatif kepada teori Huntington bagi keperluan para pelajar pusat pengajian tinggi memang
muncul dalam pertimbangan para pengasas kursus ini. Dengan kata lain, kelahiran kursus TITAS
telah turut dipengaruhi oleh polemik antarabangsa di sekitar isu teori pertembungan tamadun
Huntington.

Pemuatan kupasan tentang isu dialog tamadun dalam kursus TITAS juga mempunyai
hubungkait dengan teori Huntington. Dialog tamadun adalah salah satu reaksi terhadap teori
tersebut. Sewaktu saya memegang jawatan Timbalan Naib Canselor (Akademik, Penyelidikan &
Sumber Manusia) Universiti Malaya (1995-2000) saya telah mengambil inisiatif menubuhkan
Pusat Dialog Peradaban pada tahun 1996. Di antara tujuannya ialah untuk menggalakkan
dialog antara budaya dan tamadun, khususnya antara dunia Islam dan Barat. Seperti banyak
pihak lain di dunia yang cukup memahami percaturan politik antarabangsa Amerika Syarikat
kita memandang serius terhadap teori Huntington bukan kerana kebenaranya tetapi kerana
implikasi politiknya kepada dunia. Kita penuh yakin bahawa teori itu tidak benar. Tetapi kita
sedar bahawa di Amerika Syarikat teori yang kurang berasas kadangkala boleh diambil oleh para
pembuat dasar untuk dijadikan dasar negara yang boleh mengancam keselamatan dan kedamaian
banyak negara di dunia. Sehubungan dengan isu ini kita juga sedar bahawa Huntington adalah
seorang ilmuwan yang mempunyai hubungan rapat dengan kelompok-kelompok tertentu di
kalangan pembuat dasar dan pendesak politik. Sebagai kuasa terbesar di dunia Amerika Syarikat
3
boleh menggunakan kuasanya untuk menterjemahkan teori kepada realiti. Kebimbangan terhadap
pengaruh teori Huntington adalah beralasan.

Bagi menunjukkan betapa seriusnya pihak kita terhadap program dialog tamadun demi
membendung kesan-kesan negatif teori Huntington maka pada bulan Mac 1995 Universiti Malaya
telah menganjurkan seminar antarabangsa mengenai Islam dan Konfusianisme. Pada tahun
berikutnya Huntington sendiri telah datang ke Malaysia atas undangan Universiti Malaya untuk
menghadiri seminar tentang hubungan antara Islam, Jepun dan Barat. Sejak itu Pusat Dialog
Peradaban telah mengadakan banyak dialog tamadun di berbagai-bagai peringkat secara
berterusan hingga sekarang ini. Yang saya ingin menarik perhatian di sini ialah bahawasanya
dialog-dialog tamadun antarabangsa di peringkat awal inisiatif dialog tersebut telah
mempengaruhi falsafah dan isi kandungan kursus TITAS. Pemilihan Pusat Dialog Peradaban
Universiti Malaya sebagai sekretariat dan penyelaras pertama kursus TITAS adalah juga kerana
peranan penting yang dimainkan olehnya pada bahagian kedua dekad 1990an dalam
memperkembang dan mempopularkan aktiviti dialog tamadun di negara ini.

Walaupun dialog tamadun terus berkembang dan menjadi semakin popular di dunia
sehingga mendorong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengisytiharkan tahun 2001
sebagai Tahun Dialog Antara Tamadun, namun tidak ada institusi pengajian tinggi di dunia yang
telah mengambil langkah untuk mewujudkan program pengajian tamadun dan ketamadunan untuk
para pelajar masing-masing selain di Malaysia. Apabila saya memaklumkan wujudnya kursus
TITAS kepada pihak-pihak tertentu dalam program-program dialog antarabangsa yang saya hadiri
mereka berasa kagum dengan kursus ini. Menurut mereka alangkah baiknya sekiranya negara-
negara lain mencontohi Malaysia dalam hal ini. Kali terakhir saya mendengar reaksi positif di
peringkat antarabangsa terhadap kursus TITAS ialah sewaktu saya menghadiri seminar
antarabangsa tentang Perikatan Tamadun-Tamadun (Alliance of Civilizations) tajaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Doha, Qatar pada bulan Februari 2006. Seminar itu telah
dirasmikan oleh Kofi Annan, Setiausaha Agung PBB ketika itu. Ternyatalah bahawa keunikan
kursus TITAS telah diakui oleh pihak-pihak yang menyedari kewujudan dan matlamatnya.

***********

Adalah diakui bahawa tidak semua tamadun dunia diajarkan dalam kursus TITAS. Sebagai
sebuah kursus pengajian bernilai sekadar dua unit, adalah mustahil baginya untuk memuatkan
pengetahuan dan perbincangan tentang semua tamadun manusia yang masih hidup. Pemilihan
yang bijaksana perlu dibuat. Hanya tamadun-tamadun tertentu dipilih untuk dijadikan bahan
pembelajaran para pelajar.

Pertimbangan terpenting dalam membuat pemilihan ini adalah kepentingan negara. Kita
semua sedia maklum bahawa Malaysia adalah sebuah negara majmuk yang berbilang bangsa,
agama dan kebudayaan. Fakta sosial ini menjadikan isu perpaduan kaum sebagai isu negara
yang terpenting. Oleh yang demikian, tamadun-tamadun yang dipilih untuk diajar mestilah
yang paling relevan dengan cita-cita negara untuk mewujudkan perpaduan di kalangan
rakyatnya yang berbilang bangsa dan agama. Ini bermakna bahawa tamadun-tamadun yang
dipilih seharusnya mempunyai hubungan rapat dengan pandangan dan cara hidup kelompok-
kelompok etnik dan agama di negara ini.

Dalam kursus ini, selaras dengan hakikat kepelbagaian masyarakat negara ini, empat buah
tamadun dipilih untuk dibincangkan secara khusus dalam bab-bab yang berasingan. Tamadun-
tamadun ini ialah tamadun Islam, tamadun Melayu, tamadun India dan tamadun Cina. Selain
tamadun-tamadun ini tamadun Barat moden juga dibincangkan. Cuma ia tidak dibincangkan
4
sebagai sebuah bab yang berasingan. Sebaliknya, beberapa aspek peranan dan pengaruh tamadun
Barat moden dalam sejarah umat manusia ada dibincangkan dalam hubungannya dengan
keempat-empat tamadun tersebut. Sedikit sebanyak perbincangan tentang tamadun Barat terdapat
dalam setiap bab buku ini. Khususnya, terdapat perbincangan tentang bagaimana tamadun Islam,
tamadun Melayu, tamadun India dan tamadun Cina masing-masing pada zaman moden menerima
pengaruh daripada tamadun Barat moden.

Kewajaran kursus TITAS adalah disandarkan pada hakikat bahawa melalui pengaruh
masing-masing dan juga pengaruh bersama, tamadun Melayu, tamadun India, tamadun Cina,
tamadun Islam dan tamadun Barat moden telah meninggalkan kesan mendalam ke atas
perkembangan ciri-ciri kepelbagaian masyarakat Malaysia. Dalam konteks ini kedudukan
tamadun Melayu adalah paling istimewa. Selain merupakan tamadun kepada kelompok etnik yang
terbesar di negara ini tamadun Melayu juga merupakan tamadun yang paling banyak dipengaruhi
oleh empat tamadun yang lainnya. Pengaruh tamadun India, tamadun Cina, tamadun Islam dan
tamadun Barat moden ke atas pembangunan tamadun bangsa Melayu ternyata besar sekali.
Hubungan ketamadunan yang terjalin dalam sejarah antara tamadun-tamadun besar ini elok
diketahui oleh para pelajar kerana ia boleh menimbulkan kesedaran dan rasa penghargaan yang
tinggi terhadap kekayaan warisan budaya masyarakat Malaysia hari ini.

Salah satu tujuan utama kursus TITAS ialah untuk menyumbang kepada pencapaian
cita-cita negara untuk mewujudkan perpaduan dan keharmonian di kalangan rakyat negara
ini. Menerusi pengajian tamadun-tamadun yang telah dipilih adalah diharapkan bahawa para
pelajar akan lebih maklum tentang latarbelakang sejarah kepelbagaian masyarakat kita.
Mereka akan dapat melihat penonjolan nilai-nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan dalam diskusi
tentang setiap tamadun yang diketengahkan. Dengan itu mereka akan memahami bahawa ada
banyak kesamaan pada nilai-nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan yang mendasari tamadun-
tamadun yang dikaji, termasuk nilai-nilai yang bersifat keagamaan. Memang para pelajar akan
dapati bahawa tamadun-tamadun ini mempunyai perbezaan dalam banyak aspek. Tetapi yang
pentingnya ialah kesedaran bahawa terdapat banyak juga nilai sepunya yang menyatukan
tamadun-tamadun ini.

Kesedaran ini mempunyai nilai pendidikan yang sangat tinggi. Kesedaran mendalam di
kalangan rakyat tentang nilai-nilai sepunya adalah suatu perkara yang amat dihargai oleh
setiap masyarakat majmuk yang jujur dan gigih untuk menyelesaikan masalah-masalah
daripada kepelbagaian budayanya kerana ia boleh membantu memupuk perpaduan rakyat.
Nilai-nilai sepunya boleh dianggap sebagai jambatan budaya yang menghubungkan antara
satu tamadun dengan yang lain. Setiap pengajar kursus TITAS boleh menjelaskan bagaimana
nilai-nilai sepunya ini berperanan dalam pembangunan tamadun dalam setiap tamadun yang
diperkatakan. Sebagai contoh, dengan berpandukan buku ini dia boleh merujuk kepada nilai-nilai
sepunya dalam institusi keluarga; nilai-nilai keilmuan sepunya; unsur-unsur sepunya dalam
kosmologi dan sains; dan seterusnya.

Perbezaan yang wujud antara satu tamadun dengan yang lain juga perlu ditangani
dengan bijaksana. Perlu ada sikap positif terhadap perbezaan sama ada perbezaan dari segi
kepercayaan, anutan nilai, pendapat atau adat resam. Sikap positif ini perlu diterjemahkan
kepada amalan toleransi terhadap cara hidup lain yang tidak sebulu dengan cara hidup kita
dalam kehidupan harian. Adalah diakui bahawa perbezaan budaya boleh mencetuskan
ketegangan dan konflik antara budaya. Tetapi perbezaan juga boleh dilihat sebagai salah satu
manifestasi hikmah kepelbagaian dalam alam ciptaan Tuhan dan dalam dunia kehidupan manusia.
Oleh itu, ia boleh dilihat sebagai sumber kekuatan masyarakat. Adalah menjadi harapan kursus
TITAS ini agar pendedahan para pelajar kepada tamadun yang berbagai-bagai ini tidak akan
5
menimbulkan tanggapan yang salah dalam fikiran mereka terhadap realiti kepelbagaian agama
dan budaya di negara ini. Kita tidak mahu mereka bersikap pesimistik terhadap masa depan
negara semata-mata kerana ada terlalu banyak unsur perbezaan yang memisahkan antara satu
kekompok etnik dan agama dengan yang lain. Sebaliknya, kita ingin melihat mereka bersikap
optimistik dan mempunyai keyakinan bahawa cabaran kemajmukan dan kepelbagaian terhadap
kesejahteraan negara boleh diatasi.

Kita menganggap kursus TITAS sebagai berjaya dari segi menyumbang kepada
keharmonian agama dan kaum sekiranya kesedaran mendalam terhadap kepentingan nilai-nilai
bersama sebagai faktor penyatuan masyarakat dan kesedaran mendalam terhadap kepentingan
perbezaan dan kepelbagaian sebagai punca kekayaan dan kekuatan masyarakat dapat dipupuk
dalam diri pelajar. Pendekatan yang dianjurkan di sini terhadap penyelesaian masalah
kepelbagaian tamadun, agama dan budaya tidak bertujuan untuk melemahkan pegangan seseorang
pelajar kepada ajaran-ajaran agama dan nilai-nilai ketamadunan yang dipercayaainya. Tidak ada
percanggahan antara pendekatan yang dimaksudkan dengan komitmen kepada nilai-nilai tradisi
sendiri. Yang hendak dicapai menerusi pendekatan tersebut di atas ialah rukun hidup
bermasyarakat yang boleh menjamin kesejahteraan, keharmonian dan perpaduan bagi
masyarakat majmuk seperti Malaysia. Seorang pelajar Islam, misalnya, boleh berpegang teguh
pada nilai-nilai hidup yang diajarkan oleh agama Islam tetapi pada masa yang sama bersedia
untuk menunjukkan toleransi terhadap agama dan budaya lain.

Ada banyak lagi nilai kebaikan yang terdapat pada kursus TITAS ini. Demi memelihara
kesinambungan nilai-nilai murni yang sangat ditekankan dalam pelbagai tamadun tradisional bab
terakhir buku ini menumpukan perhatian kepada isu-isu semasa yang boleh mengancam dan
menghakis nilai-nilai tersebut. Bolehlah kursus TITAS disifatkan sebagai suatu usaha terpuji
untuk memelihara nilai-nilai ketamadunan daripada terhakis oleh kuasa-kuasa anti-tamadun
zaman kontemporari supaya pembangunan sebenar tamadun manusia boleh diteruskan. Sudah
semacam diterima sebagai sebuah bentuk hikmah oleh ahli-ahli ilmu ketamadunan bahawa agama
adalah merupakan intisari tamadun. Oleh sebab itu kedudukan dan peranan agama dalam setiap
tamadun yang dipelajari mendapat liputan yang lebih luas daripada aspek-aspek tamadun yang
lain. Dalam kes tamadun Islam sudah pastinya kedudukan dan peranan agama menjadi sangat
tertonjol kerana penamaan tamadun itu sendiri berasaskan agama Islam.

Dalam perspektif ini agama memainkan peranan penting dalam memastikan bahawa
nilai-nilai ketamadunan yang murni akan terus terpelihara. Rata-rata di dunia hari ini
generasi muda sudah terputus dengan sejarah zaman silam. Bagi kebanyakan mereka sejarah
tidak lagi penting untuk diketahui. Sudah menjadi suatu trend dalam kehidupan mereka untuk
tidak lagi menghormati nilai-nilai tradisional. Sebaliknya nilai-nilai ini dilihat sebagai suatu
yang sudah usang dan tidak relevan lagi kepada cara hidup zaman sekarang. Masalah-masalah ini
berlaku pada tahap yang paling ketara dan paling kritikal di dunia Barat. Tetapi fenomena-
fenomena negatif ini sudah banyak menular ke dalam masyarakat Malaysia sendiri. Adalah
diharapkan kurus TITAS dapat membantu dari segi membendung penularan gejala-gejala
negatif ini ke tahap yang serius yang boleh memusnahkan tamadun. Tamadun manusia yang
semata-mata bersifat atau berbentuk material dan sudah kehilangan nilai-nilai kemanusiaan
yang bersifat spiritual sebenarnya tidak layak lagi digelar tamadun. Tamadun seperti itu tak
ubah seperti jasad manusia tanpa ruh. Dengan kata lain, pada hakikatnya tamadun kebendaan
semata-mata sudah pun merupakan sebuah tamadun yang sudah mati atau yang sudah sampai ke
penghujung hayatnya. Oleh yang demikian, amat mustahak nilai-nilai ketamadunan sejati terus
terpelihara dalam masyarakat kita.


6
Seperti yang telah saya tegaskan sebelum ini isu dialog antara tamadun juga mendapat
tempat dalam kursus TITAS ini. Saya ingin menjelaskan lebih lanjut tentang isu ini tetapi dengan
merujuk secara lebih khusus kepada situasi di negara kita. Pada pendapat saya, pemuatan isu ini
dalam kursus adalah suatu keputusan yang sangat bijak. Dalam masyarakat majmuk yang
berbilang agama dan berbilang bangsa amat mustahak diadakan pelbagai jenis dialog di
berbagai-bagai peringkat yang boleh mempertemukan kelompok-kelompok agama dan etnik
yang berlainan. Tujuannya ialah supaya mereka saling kenal mengenali dan supaya wujud
persefahaman di kalangan mereka. Dialog seharusya dilihat sebagai suatu usaha untuk
memperkukuhkan perpaduan masyarakat. Dialog yang diperlukan bukan aktiviti bermusim dan
yang berbentuk seminar sahaja. Ia harus dilihat sebagai aktiviti komprehensif yang meliputi
semua usaha untuk mencari persefahaman di kalangan semua kelompok agama dan etnik di
negara ini. Yang paling penting sekali ialah dialog antara agama, budaya dan tamadun
hendaklah dibudayakan dalam masyarakat kita.

Adalah menjadi harapan kita semua agar buku ini dapat memberi manfaat kepada semua
pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus TITAS di institusi-institusi pengajian tinggi awam
kita; baik kepada para pensyarah yang mengajar mahu pun kepada para pelajar yang diwajibkan
mengikuti kursus ini. Malah kita berharap buku ini juga akan menarik perhatian masyarakat
umum supaya masyarakat seluruhnya akan terdidik dengan nilai-nilai ketamadunan dan
mempunyai sikap positif terhadap dialog budaya dan tamadun.

Mei 2008
7
BAB 1

PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN



1.1. KEPENTINGAN TAJUK

i. Keperluan mengkaji/memahami ilmu dan isu-isu ketamadunan hari ini, dalam konteks
Malaysia dan konteks global
ii. Hubungkait dengan idea pembinaan Negara Malaysia
iii. Bidang ini sebagai wahana pewacanaan isu-isu seperti kepelbagaian budaya, jihad,
hegemoni barat dan lain-lain
iv. Idea clash of civilisation, peri pentingnya dialog, cabaran globalisasi dan pembinaan
serta pemerkasaan jatidiri bangsa.

Terdapat beberapa persoalan yang selalu berbangkit dalam polemik tentang tamadun dan
ketamadunan. Antaranya, termasuklah persoalan yang sangat asas, misalnya, apakah tamadun?
Apakah yang menjadi landasan dalam memahami pengertian dan konsep tamadun? Apakah
ukuran, nilai atau penanda aras bagi menentukan tahap pencapaian ketamadunan bagi sesuatu
tamadun? Atau, persoalan yang lebih umum sifatnya, seperti, apakah yang menjadi rujukan bagi
menentukan suatu bangsa atau sesuatu masyarakat itu bertamadun atau sebaliknya?

Persoalan-persoalan ini sebenarnya bukanlah perkara baru. Ianya sudah sekian lama
menjadi polemik dalam dunia pemikiran ketamadunan dan peradaban manusia. Debat
mengenainya boleh ditelusuri seawal zaman Greek lagi apabila Plato mengemukakan konsep polis
dalam karyanya The Republic yang merujuk kepada bentuk dan jenis masyarakat yang mencapai
tahap kemajuan dan juga kewujudan institusi-institusi budaya, politik dan kemasyarakatan dalam
rangka jalinan hubungan sosialnya. Di kalangan pemikir Islam, al-Farabi misalnya
mengemukakan konsep al-madinah al-fadilah, manakala Ibn Khaldun mengemukakan umran
badawi dan umran hadhari. Kesemua ini adalah bagi menjawab persoalan-persoalan yang
berkisar di sekitar peradaban dan ketamadunan. Tujuannya tiada lain kecuali untuk
memperjelaskan konsep dan makna peradaban dan ketamadunan itu dan seterusnya
mengemukakan kerangka konseptualnya tentang apakah bentuk dan rupa peradaban dan tamadun
yang diimpikan oleh manusia.

Ruang lingkup perbahasan tamadun dan ketamadunan sememangnya cukup luas, seluas
ruang lingkup kehidupan manusia itu. Bagi menjelaskan subjek yang luas ini, kita memerlukan
suatu pendekatan yang dapat memandu memberi kefahaman yang lebih jelas tentang segi-segi
penting dan elemen-elemen asas dalam proses pembinaan tamadun.

Bagi tujuan ini, pendekatan yang lebih wajar adalah memulakannya dengan
mengenengahkan suatu gambaran umum tentang istilah-istilah yang lazim digunakan dalam
perbincangan dan wacana ketamadunan. Penjelasan ini amat perlu kerana kegagalan memahami
konsep-konsep atau istilah-istilah itu akan menyebabkan tersimpangnya pemahaman dan tersasarnya
pandangan tentang tamadun dan ilmu ketamadunan itu. Ini secara langsung akan membolehkan seseorang
mendapatkan intipati daripada konsep-konsep itu dan seterusnya membina pandangan dunia (world view)
serta kerangka rujukan (frame of reference) apabila membicarakan isu-isu ketamadunan dan peradaban
secara khusus.

8
Kerangka rujukan ini penting kerana pengajian ketamadunan itu perlu di bina di atas asas
epistemologi yang jelas dan bertitik tolak daripada premis yang disesuaikan dengan acuan pandangan
dunia yang tertentu bersandarkan latar budaya, ideologi dan agama di mana ianya dibina. Matlamat
daripada pembinaan dan kefahaman tentang pandangan dunia ini tidak lain daripada untuk menjanakan
upaya intelektual bagi membolehkan ukuran bertamadun dan tidak bertamadunnya sesuatu masyarakat atau
bangsa atau komuniti itu dibuat.

Ringkasnya, untuk terlibat dengan perbahasan tentang tamadun dan ketamadunan, seorang itu
perlu memahami dan mengenal pasti apakah kriteria dan asas rujukan bagi menentukan tahap dan
pencapaian sesuatu tamadun berdasarkan teori-teori ketamadunan yang dikemukakan samada klasik,
moden maupun kontemporari. Pada masa yang sama ia juga mampu mengenal pasti dan dengan
pengetahuan itu berupaya menggunakan acuan dan sistem nilai sendiri dalam menilai apa jua bentuk
budaya dan peradaban yang datang dari luar.


1.2. PENGAJIAN KETAMADUNAN (CIVILISATIONAL STUDIES) DAN SEJARAH
TAMADUN (HISTORY OF CIVILIZATION)

"History is for human self-knowledge ... the only clue to what man can do is what man has done. The value
of history, then, is that it teaches us what man has done and thus what man is." Robin G. Collingwood
(1946)

Sering berlaku khilaf dalam pemahaman antara pengajian ketamadunan dan sejarah tamadun.
Ekoran daripada keadaan ini menuntut dijelaskan perbezaan dan pertalian atau hubung kait antara
pengajian ketamadunan dengan sejarah tamadun? Penjelasan ini lebih-lebih lagi diperlukan kerana kajian
ketamadunan harus dibina di atas asas epistemologi yang betul dan mengikut acuan dan berasaskan prinsip
dan fundamental tertentu. Ini perlu bagi mengelakkan kecelaruan antara membincangkan tamadun sebagai
suatu konsep dan tamadun sebagai suatu realiti sosial dalam sejarah manusia.

Sebagai satu bidang ilmu dan pengetahuan, pengajian ketamadunan membicarakan teori, konsep-
konsep asas, ciri serta sifat tamadun secara konseptual, teoretikal dan abstrak, manakala sejarah tamadun
pula merujuk kepada pengalaman yang dilalui oleh sesuatu tamadun daripada segi pencapaian, jatuh
bangun, kemajuan dan kemundurannya atau ringkasnya kajian mengenai masa lampau. Secara amnya
pengajian ketamadunan tidaklah begitu terikat kepada batasan masa/zaman manakala sejarah tamadun
lazimnya dibatasi oleh faktor masa.

Namun demikian perspektif ini tidak bertujuan mengasingkan pengajian sejarah tamadun dengan
pengajian atau kajian ketamadunan. Ini kerana antara kedua-duanya tidak boleh malah tidak mungkin dapat
dipisahkan. Tanpa sejarah, kajian ketamadunan akan menjadi sesuatu subjek yang hampa, usang dan
kosong seperti halnya dengan bakul yang tiada berisi. Oleh itu sejarah mesti selamanya menjadi komponen
asas dalam kajian ketamadunan kerana melalui sejarahlah ilmu dan teori ketamadunan dibentuk, dibina dan
dikembangkan. Di samping sejarah, komponen-komponen dan disiplin-disiplin pengetahuan yang lain juga
menjadi komponen pentingnya termasuk agama, falsafah, kajian bandar, sosiologi, antropologi,
kebudayaan, sains dan teknologi, seni dan kesusasteraan. Bahkan semua disiplin ilmu yang menghuraikan
tentang manusia dan kehidupan serta persekitarannya adalah termasuk di bawah ruanglingkup disiplin
yang memperkukuhkan bidang kajian ketamadunan. Ertinya pengajian ketamadunan adalah suatu bidang
yang sangat hidup, versatile, luas dan bersifat inter-disiplin serta pelbagai disiplin.

Secara teorinya pengajian ketamadunan, di samping bersifat inter-disiplin, merentasi perbincangan
tentang masa lampau, masa kini dan masa depan. Ringkasnya perbezaan antara pengajian ketamadunan
dan pengajian sejarah tamadun hanyalah daripada segi fokus dan bukannya subjek. Cuma penjelasan ini
diperlukan bagi membetulkan persepsi yang melihat kedua-dua pengajian ini adalah sama dan serupa.




9
1.3. TAKRIF DAN CIRI-CIRI TAMADUN

Perkataan tamadun digunakan bagi menggambarkan kemajuan sesebuah masyarakat khausunya dari
sudut ilmu pengetahuan dan fizikal. Dari perspektif semasa, perkataan tamadun merujuk kepada
pencapaian yang tinggi dalam sains dan teknologi (S&T) selari dengan penonjolannya dalam tamadun
Barat. Perkataan tamadun itu sendiri adalah dari bahasa Arab yang telah diterima pakai dalam bahasa
Melayu (dalam bahasa Indonesia istilah peradaban lebih popular penggunaannya). Dari sudut etimologinya
ia berasal daripada kalimah maddana iaitu kata kerja merujuk kepada perbuatan membuka bandar atau kota
serta perbuatan memperhalus budi pekerti. Daripada perkataan ini diterbitkan perkataan madani yang
merupakan sifat nama. Madani merujuk kepada sifat sesuatu yang berkaitan dengan pembangunan
perbandaran serta kehalusan budi pekerti yang terpuji. Kedua-dua perkataan maddana dan madani sendiri
sebenarnya berasal daripada deen yang bermaksud agama, iaitu menggambarkan kehidupan beragama.

Secara tidak langsung, pengertian tamadun menekankan dua perkara yang penting iaitu kehalusan
budi pekerti dan pembangunan perbandaran atau penempatan. Secara lebih sempurna, tamadun boleh
ditakrifkan sebagai sejumlah pencapaian dan pembangunan dalam segala perlakuan, pemikiran dan
kemajuan (seperti S&T, kesenian, kesusasteraan dan lain-lain) yang tinggi, baik, halus dan sopan ke arah
pembentukan peribadi dan komuniti yang memiliki personaliti, tatasusila dan budi pekerti yang terpuji
untuk membentuk sebuah masyarakat atau negara bangsa.

Selain daripada itu, perkataan yang sering digunakan dalam bahasa Inggeris untuk memberi
maksud tamadun ialah civilization. Perkataan ini berasal daripada perkataan civitas dalam bahasa Latin
yang bermaksud bandar atau kota. Seperti hadarah dan peradaban, civilization juga membawa maksud
yang menekankan penggabungan antara ketinggian budaya dan kemajuan kebendaan.

Di antara penulis yang boleh dianggap pelopor dalam bidang pengajian ini antaranya adalah Jurji
Zaydan dan Farid Wajdi, di samping beberapa tokoh lain seperti Muhammad Abduh dan Malik Bennabi.
Bagaimana pun penulis yang lebih awal mengupas dan mengenengahkan idea pengajian ketamasunan ini
adalah Ibn Khaldun. Ibn Khaldun menggunakan istilah umran bagi menjelaskan makna dan maksud
tamadun yang merangkumi organisasi sosial dan budaya. Istilah tamadun diperkenalkan secara khusus bagi
pengajian ini oleh Jurji Zaydan apabila beliau menerbitkan karyanya yang masyhur Tarikh al-Tamaddun
al-Islami. Muhammad Abduh menggunakan istilah madaniyyah (daripada akar perkataan yang sama
dengan tamaddun).

Dalam korpus berbahasa Melayu pula, sekurang-kurangnya dua istilah yang sering digunakan iaitu
tamadun dan peradaban. Kedua-dua istilah itu juga bukanlah kata asal bahasa Melayu. Kedua-duanya
adalah pinjaman perkataan Arab. Dalam korpus penulisan berbahasa Melayu, sebelum kedatangan Islam
perkataan yang dugunakan bagi maksud peradaban adalah budaya yang bertunjang kepada ketinggian nilai
dan kehalusan budi. Hal ini dicerminkan dalam adat resam dan tradisi bangsa Melayu zaman berzaman.
Pada ketika ini kalimah Melayu yang sering digunakan bagi menggambarkan peningkatan kehidupan
masyarakat ini adalah kemajuan atau pembangunan. Namun begitu perkataan maju dan kemajuan ternyata
mempunyai konotasi yang jauh lebih sempit daripada tamadun. Sesudah kedatangan Islam istilah-istilah
bahasa Arab diguna dengan meluas dan kemudiannya diiktirafkan dan diterima pakai sebagai perkataan
atau istilah Bahasa Melayu.


1.4. AGAMA DAN TAMADUN

Agama adalah satu aspek yang tidak boleh diabaikan dalam kajian ketamadunan. Fenomena agama penting
difahami kerana ia merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia. Berasaskan fahaman sekular
agama melibatkan kepercayaan (belief) terhadap suatu yang bersifat transcendent dan beyond.
4


Manakala tamadun merujuk kepada suatu tingkat pencapaian daripada segi pembangunan sosial,
keadaan masyarakat yang berperadaban atau menjadi bertamadun. Ianya bermaksud suatu masyarakat yang
mencapai tahap maju dalam bidang sosial, seni dan sains yang mempunyai kompleksiti daripada segi
budaya yang dibentuk dalam kelompok tertentu berasaskan epoch yang tertentu.
10

Bagi menghuraikan hubungan antara tamadun dengan agama, suatu pendekatan yang bersifat
kefalsafahan diperlukan. Ia harus bertitik tolak daripada konsep manusia sebagai agen tamadun par
exellence. Oleh kerana tamadun dibina atas acuan dan bentuk serta latar budaya masyarakat yang tertentu
maka faktor keagamaan atau sistem kepercayaan sesuatu masyarakat itu tidak dapat diketepikan dan/malah
ianya dalam banyak keadaan menjadi faktor penentu.

Hal yang demikian ini dapat dibuktikan melalui singkapan sejarah tamadun-tamadun besar dunia.
Tamadun-tamadun dunia yang pernah muncul seperti Aztec, Sumeria/Babylonia, Masir Purba, China,
Indus-Ganges misalnya mempunyai tradisi sistem kepercayaan yang mendominasi malah menentukan imej
tamadun tersebut.

Kehidupan berbudi pekerti mulia dan bermoral tinggi merupakan perkara penting dalam kehidupan
bertamadun. Pembinaan sifat tersebut pada diri seseorang berkait rapat dengan kepercayaan beragama
dalam kehidupan seorang manusia. Agama berperanan membentuk pandangan semesta seseorang dan
sesebuah masyarakat serta perilaku tindakan mereka dalam kehidupan. Daripada bukti tamadun-tamadun
silam, dapat dilihat bagaimana agama mempunyai kaitan yang begitu rapat dengan tamadun. Bukti-bukti
peninggalan dan barangan tamadun-tamadun silam yang dapat dilihat sehingga ke hari ini menggambarkan
penghayatan yang tinggi terhadap kehidupan beragama.

Namun begitu, bukan semua tamadun dipengaruhi dengan kuat oleh agama sebagaimana tamadun
Barat kontemporari yang lebih cenderung memencilkan nilai-nilai keagamaan dalam kehidupan
masyarakatnya. Selain daripada itu, terdapat beberapa tamadun yang turut mengumpulkan pelbagai agama
yang berbeza sebagai pegangan masyarakat. Fenomena ini dapat dilihat dalam zaman tamadun Islam yang
lalu, apabila tidak semua yang bernaung di bawah tamadun itu terdiri dari kalangan masyarakat Islam.

Berasaskan pandangan para sarjana umumnya, terdapat sekurang-kurangnya dua aliran iaitu yang
bependapat agama mempunyai pengaruh dan peranan yang besar terhadap tamadun di satu pihak dan
mereka yang skeptikal terhadap peranan agama disatu pihak yang lain. Sebagai contoh, Arnold Toynbee
berpendapat in the course if its evolution, a civilisation produced, among other things, a universal state
and higher form of religion. Namun seorang lagi sarjana Amerika, Thomas Berry berpendapat bahawa
tamadun ketimuran (oriental civilisation) seperti China dan India tidak dapat difahami sepenuhnya kecuali
dengan merujuk kepada agama-agama besar Asia. Manakala Edward Sullivan ketika mengulas dan
mengiktiraf peranan Islam dalam pembinaan tamadun Islam mencatatkan Muslim civilisation was the
product of Muslim religion.

Para sarjana Islam dalam bidang ini pula telah membuat penegasan tentang kedudukan, peranan
serta pengaruh Islam sebagai pemangkin kebangunan tamadun Islam. Muhammad Abduh misalnya dalam
Tafsir al-Quran telah membuat suatu generalisasi bahawa semua tamadun (madaniyyat) dibangunkan di
atas asas agama. Manakala Ali Shariati pula menekan persoalan peranan Islam sebagai faktor utama dalam
proses kebangunan Tamadun Islam.


1.5. HUBUNGAN TAMADUN DENGAN BUDAYA

Dalam kehidupan bertamadun, masyarakatnya manusia dicirikan sebagai masyarakat yang memiliki
budaya yang tinggi dan terpuji. Budaya merujuk kepada tatacara mereka bertindak ke atas persekitaranmya
(termasuk persekitaran sosial) dalam menguruskan kehidupan secara kolektif. Berbudaya tinggi dan terpuji
pula merujuk kepada kehalusan budi dan kesempurnaan moral yang dipaparkan dalam kehidupan mereka.
Bagaimanapun tamadun berbeza daripada budaya apabila dilihat dari dua keadaan berikut

a) Pengaruh dan natijah tamadun berkekalan lebih lama berbanding dengan pengaruh dan natijah
budaya. Dengan pengertian lain sesuatu natijah budaya yang kekal lama dalam sesebuah masyarakat
merupakan natijah tamadun. Sebagai contoh, kesetiaan kepada maharaja merupakan satu natijah
tamadun dalam masyarakat Jepun meskipun sistem politik mereka telah jauh berbeza daripada
11
keadaan silam. Cara mereka berpakaian dan pemilihan jenis makanan pula merupakan natijah budaya
kerana telah mengalami banyak perubahan dalam tempoh seratus tahun ini.

b) Tamadun melampaui batas-batas kenegaraan dan wilayah sedangkan budaya selalunya dikaitkan
dengan negara atau wilayah tertentu. Tamadun Islam misalnya mengandungi beberapa budaya
mengikut negara atau wilayah yang berbeza. Sebagai contoh, budaya masyarakat Islam di rantau
Melayu berpakaian berbeza daripada masyarakat Islam di Semenanjung Arab sungguhpun mereka
berada di bawah naungan ketamadunan Islam.

Tamadun dan Bangsa

Lazimnya sesuatu bangsa mempunyai pertalian yang rapat dengan sejarah, tradisi dan budaya kawasan
geografi tertentu. Manakala tamadun pula bersifat universal melintasi sempadan geografi yang secara
langsung melampaui batasan bangsa dan kebangsaan. Terdapat tamadun yang dibangun dan dimiliki oleh
lebih daripada satu bangsa atau kaum seperti tamadun Barat yang mengandungi beberapa bangsa atau
kaum di Eropah dan Amerika Utara. Manakala Tamadun Islam telah bangun dan berkembang dengan di
latari oleh pelbagai budaya dan bangsa. Secara teorinya, tamadun dan bangsa mempunyai kaitan walaupun
selalunya tamadun melampaui batasan kebangsaan. Namun demikian imej sesuatu tamadun itu banyak
ditentukan oleh bangsa yang menerajui tamadun itu. Sebagai contoh yang dekat ialah tamadun Islam yang
berkembang di Alam Melayu yang memperluhatkan imej dan citra keMelayuannya, pada waktu yang sama
meletakkan Islam sebagai asas sistem nilai dan landasannya.

1.6. PROSES DAN KARAKTERISTIK TAMADUN

Clive Bell dalam bukunya Civilization menghujahkan antara perkara yang amat penting dalam tamadun
ialah kewujudan leisured class iaitu kewujudan mereka yang bersedia memberikan masa lapangnya
(surplus time) untuk membantu orang lain (Clive Bell, Civilization: An Essay, London: Penguin Book,
1938)

Merujuk pandangan Bell di atas, ada dua kata kunci penting yang menjadi asas memahami tahap
pencapaian ketamadunan iaitu leisured class dan surplus time. Beliau melihat tamadun sebagai
manifestasi kejayaan menyediakan suatu keadaan di mana anggota masyarakat itu mempunyai masa untuk
melakukan aktiviti berhibur dengan adanya masa senggang. Ini selari dengan pandangan yang melihat
bahawa antara ciri masyarakat bertamadun adalah yang dapat menzahirkan kreativitinya melalui aktiviti
masa senggang seperti merekacipta hasil seni dan berkarya.

Sebagai suatu proses, tamadun merupakan evolusi yang berlaku dalam sesuatu masyarakat
daripada kehidupan desa kepada kehidupan bandar, daripada kehidupan tidak tetap kepada kehidupan
menetap. Proses inilah yang menjadi asas pembentukan dan pemikiran mengenai tamadun manusia.
Peringkat-peringkat proses ini menjadi fokus pelbagai bidang ilmu berkaitan pengajian ketamadunan yang
mana tiap-tiap peringkat proses itu merupakan peringkat yang mempengaruhi peringkat seterusnya.

Secara amnya proses yang dilalui oleh sesuatu masyarakat daripada tidak bertamadun kepada
bertamadun itu dapat dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu bermula dengan masyarakat
simpel/mudah kepada masyarakat modern dan kompleks. Dalam proses ini sesuatu masyarakat mengalami
proses peringkat pertama iaitu menyediakan keperluan asas bagi diri dan keluarganya, makanan, pakaian,
tempat tinggal dan keselamatan.

Proses ini akan berterusan iaitu bermula daripada usaha memenuhi keperluan asas sehinggalah
kepada keupayaan memenuhi keperluan-keperluan yang bersifat mewah dan yang bukan lagi bersifat
asas.
Dalam proses peningkatan ini manusia melalui berbagai lapisan taraf hidup yang mana melibatkan
peningkatan dan penambahan bagi keperluan asas. Masyarakat menjadi bertambah maju dengan
peningkatan prasarana dalam kehidupan dan perubahan konsep tentang apa yang dikatakan asas dan apa
12
yang dikatakan mewah. Berbezanya konsep keperluan asas itu juga adalah sebahagian daripada petunjuk
penting yang menentukan tahap pencapaian sesuatu masyarakat dalam bidang ketamadunan. Sebagai
contoh barangan mewah pada peringkat awal proses ketamadunan kemudiannya berubah menjadi barangan
keperluan asas pada peringkat berikutnya. Sebagai contoh, pakaian adalah keperluan asas bagi menutup
bahagian-bahagian tertentu tubuh manusia tetapi kemudiannya pakaian yang sempurna menjadi keperluan
asas kepada masyarakat manusia yang sudah bertambah maju. Manakala pada peringkat seterusnya
pakaian yang bersesuaian dengan keadaan tertentu manjadi keperluan asas mungkin kepada orang
tertentu (yang berkedudukan) dan seumpamanya. Proses yang berikutnya mungkin lebih menjurus kepada
jenis pakaian yang dikaitkan juga dengan status sosial seseorang kerana pakaian pada ketika ini bukan lagi
keperluan asasi tetapi berfungsi sebagai lambang kedudukan sosial seseorang.

Selain itu, aspek kehidupan yang lain juga bergerak selari dengan pergerakan tamadun seperti
pendidikan. Pada masa lampau kebolehan menulis adalah suatu yang jarang-jarang dimiliki oleh seseorang
dan ianya merupakan suatu keistimewaan kepada sesiapa yang memiliki kebolehan itu. Contohnya, pada
zaman jahiliah Arab, mereka yang berupaya menulis dianggap seorang yang sangat istimewa dalam
masyarakat. Tetapi perkembangan tamadun kemudiannya meunjukkan bahawa kebolehan yang seumpama
itu bukan lagi sesuatu yang istimewa, malahan mereka yang tidak memiliki keupayaan itu pula dianggap
ketinggalan atau kekurangan. Bahkan pada ketika ini salah satu petunjuk yang digunakan bagi mengukur
pencapaian sesuatu masyarakat atau bangsa adalah kadar celik hurufnya.

Setiap tamadun mempunyai ciri-ciri atau penonjolan yang tersendiri seperti tamadun Yunani yang
terkenal dengan kesusasteraan falsafah dan keseniannya, tamadun Cina dengan kerafnya manakala
tamadun Islam pula terkenal dengan perspektif pandangan dunia yang menyeluruh dan perkembangan
sains dan teknologi. Di samping terdapat keistimewaan tertentu pada tamadun-tamadun yang berbeza,
tamadun juga mempunyai ciri-ciri dasar dan asas yang bersifat sejagat seperti berikut


a) Kewujudan penempatan masyarakat manusia di sesebuah kawasan atau beberapa kawasan yang
disatukan membentuk kota, bandar, kepolisan atau madinah.
b) Peningkatan kualiti kehidupan yang lebih sempurna, seterusnya terhasil peningkatan jangka hayat
penghidupan yang lebih stabil dan panjang.
c) Kewujudan sistem organisasi dan institusi sosial dalam bidang politik, pentadbiran, ekonomi dan
pendidikan yang sempurna dan teratur.
d) Kemunculan satu bahasa atau beberapa bahasa yang serumpun dengan satu sistem tulisan yang
tersendiri bagi menjadi perantaraan komunikasi, perakaman, penyampaian dan pewarisan khazanah
tamadun dalam pelbagai bidang ilmu.
e) Kewujudan sistem perundangan yang teratur dan sistem nilai serta moral yang berwibawa yang
dikuatkuasakan untuk mengatur perlakuan dan tindak tanduk masyarakatnya dalam segala kegiatan
kehidupan.
f) Kelahiran dan peningkatan daya reka cipta dalam penciptaan teknologi dan pembinaan bagi
menyempurnakan lagi keselesaan kehidupan.
g) Kelahiran dan perkembangan daya kreativiti dalam menghayati falsafah, kesenian, kesusasteraan dan
nilai estetika yang tersendiri.


1.7. KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

Perubahan pada sesebuah masyarakat daripada kehidupan tidak bertamadun kepada kehidupan bertamadun
agak sukar digambarkan secara lengkap. Perubahan tersebut boleh jadi berlaku secara beransur-ansur atau
secara drastik. Namun secara lebih menyeluruh dapat dikenal pasti beberapa faktor pendorong kepada
kemunculan tamadun-tamadun dunia sebelum ini seperti berikut:

a) Kedudukan yang strategik. Kedudukan yang sesuai dapat membantu membangunkan sesebuah
penempatan dan membolehkan penduduk atau penerokanya memperoleh sumber-sumber semula
jadi untuk kelangsungan kehidupan. Faktor geografi yang merujuk kepada kesesuaian lokasi telah
dilihat menyebabkan kemunculan tamadun Cina di lembah Huang-He dan Yang Tze. Selain itu,
13
tamadun India di Lembah Ganges dan Brahmaputra, serta tamadun Mesopotamia di Lembah Tigris
dan Euphrates, dan tamadun Mesir di Lembah Nil. Begitu juga dengan tamadun Melaka di
pinggiran Selat Melaka.

b) Rangsangan keagamaan dan kerohanian. Ajaran agama dan amalan rohani mendorong manusia
supaya menghayati nilai-nilai kehidupan yang tulus dan suci, seterusnya membawa kepada
kehidupan bertamadun. Sesebuah masyarakat yang menghayati kehidupan beragama akan
berusaha memastikan kehidupan mereka mencapai kesempurnaan kemanusiaan, agar dapat
melahirkan ketinggian budaya hinggalah membawa kepada kehidupan bertamadun. Kemunculan
tamadun Islam misalnya begitu dipengaruhi oleh rangsangan nilai daripada penghayatan cara
hidup Islam yang kamil berserta dorongan langsung daripada risalah wahyu.

c) Pembangunan ilmu dan penghayatan nilai. Penghayatan yang tinggi terhadap moral dan nilai
terpuji oleh pemimpin dan masyarakatnya. Nilai-nilai murni yang wujud pada masyarakat pastinya
menggalakkan kecintaan kepada ilmu dan nilai-nilai murni yang lain seperti kreativiti, ketekunan,
kerajinan, semangat berdisiplin dan sebagainya. Nilai-nilai murni yang wujud pada pemimpin pula
sudah pasti menggalakkan kepimpinan yang berhemat, bertanggungjawab dan jujur yang
seterusnya mendorong rakyatnya berganding bahu untuk membangunkan negara. Penghayatan
nilai-nilai murni telah direalisasi oleh kesemua tokoh tamadun silam seperti Plato dan Aristotle
dalam tamadun Yunani, Lao Tze dan Kung Fu-Tze dalam tamadun Cina, Kautilya dan Samkara
dalam tamadun India serta al-Farabi, al-Mawardi, al-Ghazali dan Ibn Khaldun dalam tamadun
Islam.

d) Tekanan kehidupan. Kesengsaraan hidup yang dialami oleh sesebuah masyarakat. Kehidupan
yang sengsara dan menderita boleh mendorong masyarakat bekerjasama menggemblengkan tenaga
untuk membebaskan diri mereka daripada belenggu tersebut. Situasi demikian boleh menjadikan
masyarakat itu lebih berdisiplin dan kreatif untuk membangunkan kehidupan mereka. Hakikat ini
bersesuaian dengan pepatah Inggeris yang menyatakan keperluan kehidupan merupakan ibu
segala reka cipta (necessity is the mother of invention). Dalam konteks zaman moden, kemunculan
negara Jepun sering kali dikaitkan dengan penderitaan masyarakatnya selepas kekalahan mereka
dalam Perang Dunia Kedua.

e) Interaksi dengan tamadun lain. Toleransi yang tinggi terhadap sumbangan tamadun-tamadun
yang lain. Semangat untuk mewujudkan interaksi antara tamadun merupakan satu rangsangan dan
dorongan kepada pemupukan kehidupan bertamadun. Toleransi menggambarkan sikap
keterbukaan untuk menerima sumber-sumber yang baik daripada tamadun-tamadun lain, yang
akhirnya dapat membantu kemunculan tamadun baru. Sikap sebegini diamalkan oleh tokoh-tokoh
penting tamadun-tamadun sebelum ini jelas menampakkan toleransi dan saling hubungan antara
tamadun. Tamadun Islam contohnya merupakan tamadun yang telah bersikap terbuka untuk
menerima sumber-sumber ilmu daripada tamadun Yunani, tamadun Parsi, tamadun India dan
tamadun Cina.

Seterusnya natijah kemunculan sesebuah tamadun dapat digambarkan oleh perilaku dan budaya
masyarakat yang tinggi dalam pentadbiran dan perekonomian. Pada zaman kegemilangan sesebuah
tamadun dapat diperhatikan pencapaian-pencapaian yang luar biasa dalam pelbagai bidang seperti
kesenian, kesusasteraan, pemikiran dan falsafah, serta penciptaan teknologi yang seterusnya berkembang
dalam tamadun-tamadun selepas itu. Hakikat ini menerangkan bahawa kegemilangan dan kecemerlangan
bukanlah monopoli sesebuah tamadun tertentu.

Namun, bagi sesebuah tamadun itu, setelah melalui zaman kecemerlangan pasti juga akan
mengalami zaman kemerosotan. Dalam sejarah terdapat beberapa tamadun mampu bertahan dalam satu
tempoh masa yang begitu panjang. Sebagai contoh tamadun Romawi berlangsung dari zaman Augustas
sehingga ke zaman Aurelius (30 SM -180 M). Begitu juga dengan tamadun Islam Uthmaniyyah dari tahun
masehi 1299 sehingga 1922, iaitu lebih daripada enam kurun. Adakah benar hukum sejarah yang sentiasa
berputar, menyebabkan kemerosotan sesebuah tamadun?

14
Menurut Ibn Khaldun kebangunan dan kemerosotan sesebuah tamadun itu adalah mengikut hukum
putaran sejarah. Pada peringkat permulaan ia berjaya kerana nilai-nilai baik, tetapi selepas mencapai
kejayaan, nilai-nilai tersebut merosot kerana limpahan kemewahan dan penyelewengan. Sebaliknya para
sarjana yang lain berpendapat sesebuah tamadun itu merosot bukanlah disebabkan hukum sejarah.
Kemerosotan sesebuah tamadun itu boleh dielakkan sekiranya mereka belajar dari sejarah dengan
mengekalkan nilai-nilai yang baik. Berdasarkan sejarah, sesebuah tamadun itu boleh merosot kerana
faktor-faktor berikut:

a) Berlakunya ketidakadilan dengan wujudnya jurang perbezaan yang begitu ketara antara golongan
kaya dengan miskin. Sebagai contoh, situasi seperti ini dapat diperhatikan di penghujung tamadun
Romawi pada kurun ketiga dan keempat Masehi.

b) Berleluasanya penindasan dan kezaliman sehingga persoalan hak-hak kemanusiaan diketepikan sama
sekali. Kehidupan bertamadun sudah tidak bermakna lagi apabila sistem ketatanegaraan dan
perundangan tidak dihormati malah dicabuli dengan sewenang-wenangnya. Sebagai contoh, wilayah-
wilayah kolonial yang merupakan sebahagian daripada tamadun Barat telah tumbang disebabkan
penindasan dan kezaliman yang dilakukan.

c) Berlakunya keruntuhan moral dan nilai dalam masyarakat terutama di kalangan pemimpin yang
menandakan musnahnya penghayatan terhadap budi pekerti yang murni dan mulia. Berdasarkan
sejarah kemerosotan tamadun Yunani, tamadun Romawi dan tamadun Islam boleh dikaitkan dengan
keruntuhan moral dan nilai terutama di kalangan pemimpin. Seorang penyair Arab, Ahmad Shawqi
(1868 - 1932) pernah menukilkan dalam salah satu puisinya Sesungguhnya tertegaknya sesebuah
umat itu adalah disebabkan ketinggian akhlaknya. Sekiranya akhlak mereka hilang maka umat
tersebut akan lenyap.

d) Wujud sikap tertutup yang tidak mahu menerima perubahan terutamanya dari segi perubahan
teknologi atau perubahan dalam struktur politik, ekonomi dan sosial. Sikap sebegini pasti akan
merencatkan daya kreativiti dan inovasi sesebuah masyarakat dan seterusnya menyebabkan mereka
berada dalam keadaan yang beku atau jumud berpanjangan. Seorang tokoh pemikir masa kini,
Edward de Bono menyatakan bahawa sikap tertutup merupakan halangan yang paling besar terhadap
penganjakan paradigma (paradigm shift). Dalam sejarah dapat dilihat bagaimana tamadun Islam
Uthmaniyyah mengalami keruntuhan dan dalam disebabkan sikap tertutup yang tidak mahu
menerima perubahan teknologi dan sosial.

e) Berlakunya malapetaka atau bencana alam yang menyebabkan kerosakan secara besar-besaran.
Faktor seperti ini juga merupakan salah satu penyebab kemerosotan sesebuah tamadun.
Bagaimanapun, faktor ini di luar kawalan manusia untuk menghalangnya daripada berlaku.


1.8. PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA TAMADUN

Terdapat banyak perbezaan dan persamaan antara satu tamadun dengan satu tamadun yang lain. Ciri-ciri
perbezaan dan persamaan antara tamadun boleh dilihat terutamanya dari sudut teologi, epistemologi dan
etika. Sebagai contoh, persoalan teologi berhubung dengan konsep monoteisme Islam begitu berbeza
daripada metafizik Buddhisme yang tidak menerima konsep Tuhan Pencipta (Creator God). Hinduisme
pula sebaliknya, menerima konsep Tuhan walaupun manifestasi monoteismenya berbeza daripada Islam,
Kristian dan Yahudi. Islam, Kristian dan Yahudi dilihat secara umum merupakan agama-agama
monoteistik, tetapi kepercayaan monoteisme mereka berbeza antara satu sama lain.

Persoalan-persoalan teologi, sering dilihat menimbulkan percanggahan pendapat antara satu
tamadun dengan satu tamadun yang lain. Malahan, percanggahan juga tidak dapat dielakkan berlaku dalam
sesebuah agama itu sendiri. Sekiranya dibandingkan dengan persoalan teologi, persoalan etika sebenarnya
kurang menimbulkan kontroversi. Hakikat ini dapat menjelaskan bahawa dialog tamadun atau peradaban
boleh berlangsung dalam keharmonian sekiranya fokus lebih ditumpukan kepada persoalan etika. Dalam
konteks melihat perbezaan dan persamaan antara tamadun, tujuh persoalan etika berikut dikemukakan:
15
! Alam sekitar
Hidup secara harmoni dengan alam sekitar merupakan satu prinsip yang diterima oleh kesemua agama.
Berdasarkan pengajaran sesetengah agama, alam sekitar dilihat sebagai anugerah Tuhan. Manusia pula
dipertanggungjawabkan sebagai khalifah (custodian atau steward) yang berperanan sebagai penjaga alam
sekitar. Bagi Islam, Buddhisme dan beberapa aliran Kristian memelihara alam sekitar bermakna
menggunakan anugerah Tuhan secara bertanggungjawab. Tetapi dalam beberapa tamadun tertentu,
memelihara alam sekitar diberi pentafsiran pasif sehingga alam sekitar itu disembah dan dilihat sebagai
Divine Power. Sungguhpun terdapat perbezaan pandangan ini, namun tamadun-tamadun tradisional secara
umumnya tidak memusnahkan alam sekitar.

! Keluarga
Tamadun-tamadun tradisional begitu menghayati prinsip keluarga sebagai asas pembentukan masyarakat.
Keluarga yang dimaksudkan pada lazimnya ialah keluarga extended. Dalam sesebuah keluarga tradisional,
telah menjadi warisan turun-temurun amalan menentukan kedudukan antara kaum lelaki dan kaum
perempuan melalui hierarki kuasa. Menurut konfusianisme kesetiaan dan pertalian yang erat melalui
konsep kekeluargaan sebegini merupakan penafian hak seseorang dan bertentangan dengan keadilan.
Konsep kekeluargaan dalam pengajaran Islam pula begitu mementingkan kasih sayang dan hormat-
menghormati. Berdasarkan hakikat tersebut, bukanlah persoalan kedudukan kaum lelaki dan kaum
perempuan dalam sesebuah keluarga itu yang menjadi persoalan utama, tetapi setiap mereka harus
menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam lingkungan kasih sayang dan hormat-menghormati.

! Komuniti
Komuniti sangat penting dan berpengaruh dalam menentukan personaliti dan identiti seseorang manusia.
Komuniti juga dapat memastikan bahawa nilai-nilai dan norma-norma murni dalam masyarakat sentiasa
dihormati. Di samping itu, komuniti dapat memberi sokongan moral, material dan psikologikal kepada
anggota-anggotanya. Dikotomi individu dan komuniti jarang wujud dalam masyarakat tradisional. Kedua-
dua pihak berpegang pada nilai-nilai moral tertentu yang lazimnya bersumberkan agama atau kuasa
transenden. Bagaimanapun, fenomena seperti ini bukanlah bermakna seseorang itu tidak mempunyai
identiti tersendiri dalam komuniti tradisional. Dalam sejarah ketamadunan manusia, dapat diperhatikan
bagaimana identiti seseorang dan kemantapan komuniti mencapai keseimbangan dalam beberapa tradisi
tertentu seperti Islam dan Buddhisme.

! Kerajaan
Falsafah tamadun-tamadun tradisional amat menekankan persoalan moral atau akhlak sebagai dasar
sesebuah kerajaan. Peranan dan tanggungjawab kerajaan dijelaskan melalui peranan dan tanggungjawab
seseorang raja. Sifat-sifat raja yang saksama dan adil merupakan tema utama tamadun-tamadun silam.
Dalam tamadun Cina, tulisan Moh-Tze, Lao-Tze, Kung Fu-Tze, Meng Tze dan beberapa tokoh-tokoh yang
lain sangat menekankan perkara ini. Begitu juga dalam tamadun India, Kautilya membincangkan ciri-ciri
kepimpinan yang saksama dan adil. Manakala dalam tamadun Islam, al-Farabi, al-Mawardi, al-Ghazali dan
Ibn Khaldun turut menumpukan perhatian kepada persoalan yang sama. Kesetiaan kepada raja dan
perlindungan yang diberikan oleh raja kepada rakyat merupakan dimensi penting kerajaan dalam tamadun-
tamadun tradisional. Hubungan ini lazimnya dilandasi oleh semangat feudalisme yang tebal. Namun
demikian, kesetiaan yang diberikan oleh rakyat tetap berpandukan nilai-nilai moral. Sekiranya seseorang
raja melanggar lunas-lunas keadilan, maka ketika itu rakyat boleh menyanggah dengan tujuan untuk
membetulkannya.

! Ekonomi
Dalam tamadun-tamadun tradisional, kegiatan ekonomi berlaku dalam konteks Moral Semesta (Moral
Universe). Dalam ajaran Buddhisme, wujud konsep hak-hak kehidupan sebagaimana yang termaktub
dalam salah satu daripada eightfold path. Dalam ajaran Islam, prinsip yang berkaitan dengan halal dan
haram mempunyai hubungan yang rapat dengan persoalan akhlak. Hakikat ini menjelaskan bahawa wujud
kegiatan ekonomi yang boleh mempertingkatkan tahap moral manusia sebagaimana juga wujud kegiatan
ekonomi yang boleh merosakkan moral manusia. Konsep wang, laba, ganjaran, pasaran dan
sebagainya sangat dipengaruhi oleh pertimbangan-pertimbangan moral. Bagaimanapun, kenyataan ini
bukanlah bermakna tidak terdapat penipuan, rasuah atau bentuk-bentuk penyelewengan yang lain seperti
yang berlaku dalam kegiatan ekonomi moden.
16
! Pendidikan
Dalam tamadun-tamadun tradisional, matlamat utama pendidikan adalah untuk pembinaan sifat-sifat
mulia seseorang (character-building) melalui proses pengajaran ilmu. Menyedari akan perkara tersebut,
dimensi inner-Being diberi penekanan penting dalam konsep pendidikan Islam, Kristian, Hinduisme dan
agama-agama yang lain. Manusia perlu mengetahui dan menguasai dirinya dahulu sebelum mampu
menguasai persekitaran luaran melalui pengetahuannya tentang alam. Cuma cara transformasi ini berlaku
berbeza dari satu tradisi ke tradisi yang lain. Dalam ajaran Islam persoalan tauhid memainkan peranan
penting dalam transformasi manusia, tetapi dalam ajaran Buddha dan beberapa aliran ajaran Hindu,
transformasi sifat dapat dicapai melalui proses mencari diri sendiri.

! Kesihatan
Sepertimana bidang-bidang dalam masyarakat yang lain, konsep kesihatan dalam tamadun-tamadun
tradisional tidak terpisah daripada pandangan semesta sesebuah agama. Sifat penting konsep kesihatan
tamadun-tamadun tradisional ialah pandangan dan pendekatan holistiknya. Holistik bermakna suatu
pandangan yang mengakui bahawa kesihatan seseorang dipengaruhi oleh alam sekitarnya yang lebih luas,
lebih menyeluruh dan saling berhubungan. Mengubati penyakit, menurut konsep holistik bermakna
memulihkan keseimbangan seseorang dan melalui proses ini dapat dipulihkan keharmonian dalam tubuh
badan pesakit dan seterusnya keseimbangan dalam kehidupannya.

Berdasarkan pemerhatian terhadap kehidupan bertamadun, jelas bahawa teras kepada konsep-
konsep kehidupan dan pencapaian matlamat hidup dalam tamadun-tamadun tradisional mempunyai
beberapa ciri persamaan. Namun begitu, dalam persoalan-persoalan tertentu, terutamanya yang berkaitan
dengan teologi wujud beberapa perbezaan yang harus kita fahami. Memahami persamaan dan perbezaan
antara satu tamadun dengan tamadun yang lain seharusnya mendorong kita untuk lebih bersikap toleransi
ke arah mewujudkan keharmonian sejagat. Kesimpulannya, mengetahui persoalan-persoalan dasar
berkaitan dengan ilmu ketamadunan membuka ruang kepada seluruh manusia untuk berinteraksi secara
positif ke arah kehidupan yang lebih saksama.


1.9. INTERAKSI ANTARA TAMADUN

Walaupun setiap tamadun mempunyai keistimewaan tersendiri, sifat sebenar sesebuah tamadun tidak
tertutup. Sesungguhnya telah wujud saling hubungan atau interaksi antara tamadun sama ada di peringkat
perkongsian nilai, pemikiran, institusi dan keinsanan yang berlaku sepanjang sejarah. Saling hubungan
seperti ini dilihat telah melahirkan kesan-kesan positif meskipun terdapat juga kesan-kesan negatif.
Kewujudan interaksi antara tamadun lahir disebabkan oleh semangat toleransi yang tinggi serta sikap
saling menghormati antara sesebuah tamadun dengan sesebuah tamadun yang lain. Keterbukaan seperti ini
memungkinkan berlakunya percambahan pemikiran dan budaya lalu mengelakkan kebekuan atau
kejumudan yang boleh menyebabkan kemerosotan sesebuah tamadun.Perbincangan mengenai interaksi
boleh dijelaskan dengan merujuk kepada jenis-jenis interaksi yang wujud, iaitu seperti berikut:

! Interaksi Dalam Lingkungan Budaya Yang Sama
Interaksi dalam lingkungan budaya yang sama merujuk kepada hubungan satu budaya dalam sesuatu
kaum seperti contohnya orang Melayu yang terdiri dari pelbagai suku kaum seperti orang Jawa,
Banjar, Bugis, Mandaling dan sebagainya yang pastinya mempamerkan kepelbagaian budaya dan adat
resam keturunannya. Begitu juga dengan orang Cina, yang mempunyai pelbagai suku kaum seperti
Hakka, Kantonis, Hainan, Teochew dan sebagainya. Manakala bagi orang India seperti Malayalam,
Punjabi dan sebagainya.

Saling hubungan masyarakat Muslim dan Hindu di India memberi contoh tepat interaksi ini.
Walaupun mereka mempunyai pegangan agama yang berbeza tetapi tidak dari segi budaya, seperti
golongan masyarakat Hindu di India Utara menerima unsur-unsur keislaman dalam budaya berpakaian,
pemakanan dan seni bina. Manakala masyarakat Muslim di India pula menerima unsur-unsur tertentu
termasuk seni bina, muzik, pemakanan dan gaya hidup masyarakat Hindu. Secara umumnya setiap satu
kelompok masyarakat mengamalkan kebudayaan yang hampir sama, tetapi terdapat dalam suasana
17
atau upacara majlis tertentu akan memperlihatkan kelainan budaya yang diamalkan menurut suku
kaum masyarakat tersebut.

! Interaksi Dengan Budaya Dan Peradaban Yang Berbeza
Interaksi jenis ini menerangkan bagaimana antara satu kaum yang berlainan budaya dan kepercayaan
agama dapat saling berinteraksi walaupun tinggal di satu lokasi atau negara yang sama.Interaksi antara
masyarakat Muslim dan Buddhisme di Asia Tenggara boleh dijadikan rujukan. Dalam konteks
hubungan sosial, masyarakat Muslim berinteraksi dengan masyarakat Buddha di Thailand, Kemboja,
Indonesia (Jawa) dan Malaysia sebelum zaman kolonial lagi. Meskipun agama dan budaya hidup
mereka begitu berbeza dan segi metafizik dan teologi, hak-hak masyarakat Buddha untuk
mengamalkan agama mereka begitu dihormati di negara-negara yang kebanyakan penduduknya terdiri
daripada penganut-penganut Islam. Kewujudan kuil-kuil seperti Borobudur di Pulau Jawa yang
majoriti penduduknya penganut-penganut Islam merupakan lambang kepada sikap toleransi seperti ini.

! Interaksi Antara Peradaban Yang Dominan Dengan Yang Tidak Dominan
Interaksi antara Islam dengan Yahudi dan Islam dengan Kristian pada saat kelahiran Islam di
Semenanjung Arab memperlihatkan bagaimana interaksi antara peradaban yang dominan dengan yang
tidak dominan. Hak masyarakat Yahudi, Kristian dan kelompok-kelompok kaum yang lain diberi
jaminan perlindungan dalam Piagam Madinah yang digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w. sendiri.
Tempat-tempat peribadatan kedua-dua kaum ini diberi perlindungan, malah penganut agama Yahudi
dan Kristian bebas mengamalkan agama mereka tanpa sebarang ketakutan. Pengiktirafan hak agama-
agama bukan Islam untuk mengamalkan agama mereka selagi mereka tidak mengganggu atau
menceroboh Islam atau masyarakat Muslim merupakan salah satu prinsip yang penting dalam sistem
keadilan Islam.

Sepanjang sejarah ketamadunan Islam dan zaman pemerintahan Umayyah sehingga zaman
pemerintahan Uthmaniyyah, masyarakat Yahudi dan Kristian hidup harmoni dan damai di tengah-
tengah masyarakat Muslim yang merupakan majoriti. Selain bebas mengamalkan agama masing-
masing, beberapa individu Yahudi dan Kristian diberi kepercayaan menduduki tempat-tempat tinggi
dalam pentadbiran kerajaan Islam, terutamanya di bumi Andalusia (Sepanyol). Penulis dan sarjana dari
kalangan masyarakat Yahudi dan Kristian terus memberi sumbangan kepada perkembangan tamadun
Islam.

! Contoh Interaksi Dalam Sejarah
Selain daripada contoh-contoh yang dikemukakan sebelum ini, terdapat banyak lagi contoh dalam
sejarah yang boleh diambil sebagai rujuk dan pengajaran yang baik. Antaranya ialah interaksi antara
tamadun Hinduisme dan tamadun Buddhisme pada zaman silam. Buddhisme sebagai sebuah agama
yang lahir dalam masyarakat Hindu, memiliki ciri-ciri tertentu dan falsafah Hinduisme, termasuklah
Karma (Rebirth), Dhamma (Righteousness) dan Mokhsa (Liberation). Selepas Buddha dan misinya,
reformasi Hinduisme dipengaruhi pula oleh pemikiran-pemikiran tertentu dan Buddhisme termasuklah
kritikannya terhadap sistem kasta, pemusatan kuasa rohaniah dengan golongan Brahmin, penafian hak-
hak tertentu kaum wanita dan lain-lain. Situasi seperti ini menunjukkan kedua-dua pihak memperoleh
manfaat daripada kewujudan interaksi antara tamadun.

Saling hubungan dan interaksi antara Islam dan Konfusianisme telah bermula sejak kurun
ketujuh Masehi lagi. Pada peringkat awal, interaksi ini berlaku dalam bentuk perdagangan, iaitu antara
saudagar-saudagar Arab dan Parsi dengan saudagar-saudagar Cina. Terdapat saudagar-saudagar Arab
dan Parsi yang bermastautin di China, dan melalui proses interaksi termasuklah perkahwinan, mereka
menjadi sebahagian daripada masyarakat tempatan. Dalam Dinasti Tang, Dinasti Sung, Dinasti Yuan
dan Dinasti Ming, beberapa tokoh-tokoh Islam muncul memberikan sumbangan yang penting kepada
perkembangan tamadun Cina. Terdapat di kalangan mereka yang dipertanggungjawabkan menjadi
gabenor wilayah dan terdapat pula di kalangan mereka yang ditugaskan menjadi panglima tentera laut
seperti Zheng He. Beberapa tokoh Islam yang lain turut memberi sumbangan kepada pemikiran
Konfusianisme seperti Liu Zhi dan Ma Zhu di samping sumbangan kepada bidang astronomi, seni bina
dan juga penghasilan peralatan ketenteraan. Yang lebih menarik lagi, sarjana-sarjana Cina yang
beragama Islam mendapati bahawa dalam bidang etika, terdapat banyak kesejajaran antara pengajaran
18
Islam dan pengajaran Konfusianisme. Disebabkan hal tersebut, beberapa sarjana Islam berbangsa Cina
mempelajari Konfusianisme seperti juga terdapat sarjana-sarjana Konfusianisme menunjukkan minat
yang sama terhadap Islam. Kesemuanya ini dapat menggambarkan kesan yang positif daripada
interaksi antara tamadun.


1.10. DIALOG ANTARA TAMADUN PERADABAN

a) Pengertian Dialog Dan Perkara-perkara Yang Berkaitan Dengannya

Dialog ialah sebuah komunikasi dua hala antara individu (pihak) yang mempunyai pegangan atau
pandangan yang berbeza rnengenai sesuatu subjek atau perkara yang tertentu, dengan tujuan ingin
mencapai kebenaran yang bertambah lagi daripada pihak yang satu lagi itu. Mungkin takrifan ini
kelihatan mudah dan tidak diperlukan. Anggapan ini tidak tepat kerana di dalam banyak situasi yang
kononnya merupakan suatu dialog, dialog sebenarnya tidak berlaku kerana ada pihak yang
menganggap dirinya sudah pun mempunyai penyeiesaian mahu pun kebenaran mutlak mengenai
sesuatu perkara dan apa yang dia inginkan daripada rakan dialognya hanyalah penerimaan semata-
mata.
5


Hari ini pakar bidang ini menggelarkan zaman ini sebagai Zaman Dialog (The Age of Dialogue)
yang menggantikan Zaman Monolog yang telah pun berlalu. Pertukaran ini berlaku lantaran
berlakunya anjakan paradigma yang diakibatkan oleh perkembangan sains dan teknologi yang begitu
pesat. Dalam konteks barat juga dialog telah menjadi satu keperluan baru akibat kesedaran yang
muncul mengenai betapa pelbagainya masyarakat manusia di dunia ini dari segi geografi budaya dan
agama. Dan seperti yang telah dijelaskan, kesedaran mengenai kepelbagaian ini berlaku oleh kerana
berkembangnya teknologi ICT dan teknologi transportasi misalnya yang membuatkan dunia semakin
kecil.

Dari perspektif lain pula, contohnya dan sudut pandangan kita di dunia rantau ini, dialog yang
berlaku hasil atau kerana pertembungan bangsa Melayu dengan yang lain telah berlaku melalui
perdagangan khasnya, untuk sekian lama. Oleh itu sepatutnya kemahiran berdialog yang baik dan
berhemah telah sebati dengan masyarakat kita. Namun dalam konteks dialog dihargai secara sedar, di
dalam masyarakat kita dialog antara peradaban bukanlah merupakan sesuatu yang menjadi keutamaan
sehingga beberapa dekad kebelakangan ini.

Untuk dialog menjadi mekanisme perpaduan yang berkesan, di antara lain kita memerlukan
pendedahan ilmiah untuk memungkinkan kita membuat penilaian yang tepat mengenai sifat dan
tamadun masing-masing. Penilaian yang tepat ini bukan hanya akan membantu kita meneruskan
perasaan muhibbah antara tamadun sekalipun kita rnengakui wujud perbezaan antara kita, tetapi apa
yang penting dapat membantu memampankan konsep tamadun Malaysia. Melalui dialog kita boleh
membincangkan perkara-perkara yang boleh atau perlu disepakati.

Idea dan prinsip asas tamadun Malaysia perlu dihayati bukan melalui stance atau pendekatan yang
apologetic mahu pun defensive tetapi rnelalui pendekatan yang fitrah dan berasaskan fakta sejarah dan
realiti kehidupan, keadaan dan sifat negara kita yang sebenarnya. Melalui dialog, kita boleh
memanfaatkan keadaan dimana nilai-nilai tamadun-tamadun yang diwarisi rakyat Malaysia banyak
mempunyai persamaan dari segi adab dan kehidupan beradab, manusia dan kemanusiaan, kepentingan
alam tabii atau environment dan keperluan hidup berharmoni dengannya.

Generasi baru kini mungkin telah banyak melupai pelbagai hikmah dan peninggalan tamadun kita
sehingga kadangkala kita merasakan kehidupan kita sudah kehilangan paksi dan arah tuju. Oleh kerana
itu cara mengembalikan atau mencungkil semula khazanah tamadun ini perlulah dipergiatkan dan
dialog adalah mekanisme utama proses tersebut.



19
b) Bagaimana Membudayakan Dialog? Bentuk Dan Praktik Dialog Di Malaysia

Sehingga kini dan mulai tahun-tahun 1980an misalnva memang sudah ada pihak-pihak yang telah
memulakan usaha-usaha konkrit untuk mengadakan dialog contohnya dialog antara agama di dalam
negara kita. Di peringkat elit, kemajuan dialog telah tercapai kerana ia melibatkan sanjana, pakar
agama dan cendekiawan. Namun di samping hasil daripada dialog-dialog ini memerlukan pelaksanaan
strategi-strategi keamanan yang tertentu, perlu juga dialog berlaku diperingkat yang lebih awam.
Untuk kita mempunyai lebih banyak lagi pilihan mungkin elok kita memahami bentuk-bentuk dan
jenis-jenis dialog yang boleh dilaksanakan.
6


# Dialog Kehidupan Seharian
Di dalam kehidupan seharian masyarakat dari pelbagai kaum dan agama saling memperkaya fahaman
masing-masing dengan mempraktikkan nilai-nilai peradaban dan tradisi mereka melalui proses
bekerjasama, bekomunikasi dan hidup bersama-sama di dalam konteks pekerjaan, sekolah, penggunaan
hospital, transportasi awam dan lain-lain.

# Dialog Kemasyarakatan
Di sini dialog lebih berbentuk praktikal melalui melakukan sesuatu kerja atau tugas secara bersama-
sama. Para pendialog disatukan oleh matlamat sepunya yang ingin dicapai walaupun mereka
mempunyai latarbelakang yang berbeza. Sebagai contoh kera-kerja ini mungkin berbentuk projek
mengutip derma mangsa bencana alam seperti malapetaka Tsunami atau projek menghapuskan
kemiskinan, di mana motivasi membuat sumbangan tidak perlu penghuraian secara race-specific atau
religion-specific. Projek menyelesaikan masalah sebegini juga sememangnva merupakan permulaan
yang baik bagi dialog peradaban bermula dan memberikan aktiviti berdialog, motivasi yang mampan.

c) Prinsip-Prinsip Dialog

Untuk memastikan dialog, khasnya yang bermotifkan perpaduan berasaskan kefahaman yang tulen,
mungkin baik sekiranya beberapa prinsip membimbing yang harus diambilkira difahami terlebih
dahulu.
7


a) Sebab utama dialog diadakan ialah untuk kedua-dua pihak mempelajari sesuatu, dan sesudah itu
melalui atau mengalami perubahan ke arah kebaikan yang bertambah lagi dalam konteks situasi
yang dihadapi.
b) Dialog khasnya dialog agama atau peradaban mestilah merupakan projek yang bermanfaat kepada
kedua buah pihak yang terlibat dan ia boleh berlaku secara intra dan juga inter peradaban.
c) Setiap perserta dialog perlulah hadir dalam keadaan yang ikhlas.
d) Setiap peserta mestilah boleh atau berupaya mendefinisikan diri dan pandangan (kepercayaan-
kepercayaan dan nilai-nilai) yang dipegangnya dengan jelas.
e) Peserta dialog mestilah cuba memahami persepsi dan pengalaman rakan dialognya.
f) Peserta dialog mestilah bersifat kritikal secara minima terhadap interpretasinya terhadap tradisi
orang lain.
g) Peserta dialog perlulah tidak mempunyai pra-andaian yang tidak boleh diubah lagi tentang apakah
perkara-perkara yang tidak akan dipersetujui.

Daripada prinsip-prinsip ini kita mungkin dapat memahami, kenapa atau bagaimana dialog dikatakan
sebagai

Pertemuan di antara hati dan fikiran
Pengalaman berjalan bersama di dalam projek-projek yang dianggap panting bagi kedua pihak
Bukan suatu debat di mana ada yang kalah atau yang menang

Di samping kita memahami prinsip-prinsip dan makna dialog itu, ada juga pengkaji dan pengamal
dialog yang bercakap tentang etika dan etiquette berdialog. Contohnya semasa berdialog perlulah agama
dan cara beramal pihak-pihak yang terlibat dihormati. Dialog bukanlah peluang atau tempat agama
diubahsuai atau dikritik. Aspek atau peradaban yang bersabit dengan articles of faith tidak boleh disentuh
20
di dalam dialog. Di dalam agama, ini disebut sebagai dimensi yang inter-personal. Apa yang boleh
disentuh mungkin ialah dimensi inter-personal atau pun dimensi sosial sesebuah agama itu (contohnya
yang berkaitan dengan isu keadilan, simpati kepada mereka yang tertindas, kekeluargaan dan lain-lain).

Etika dan etiket berdialog juga menganjurkan sikap bersetuju untuk tidak bersetuju, menghormati
perbezaan, menghargai ketidakbolehan pihak-pihak tertentu untuk menerima sesuatu pandangan,
keikhlasan, simpati dan empati, kesabaran dan alertness (kepantasan memahami sesuatu ).

d) Halangan Kepada Dialog

Untuk memastikan dialog berupaya dijalankan dengan baik amat panting juga halangan-halangan kepada
dialog difahami. Di antara halangan-halangan ini termasuklah faktor-faktor berikut:-
! Conversion atau fenomena bertukar agama. Ramai orang beranggapan bahawa dialog tidak wajar
diadakan kerana ia boleh mengakibatkan pendialog mengubah agamanya.
! Rasa rendah diri (inferiority complex) - perasaan rasa rendah diri dan tidak bersedia untuk
berdialog membuatkan ramai orang tidak bersedia untuk berdialog.
! Innuendo sosial perasaan tidak senang apabila di kalangan penganut yang sama akan ada pihak-
pihak yang mempersoalkan ketulenan iman seseorang itu terhadap agamanya sekiranya ia berbaik-
baik dengan penganut agama atau peradaban lain.
! Syak wasangka - sering wujud rasa curiga terhadap para penganjur dan pendialog terhadap tujuan
dialog diadakan.
8


Jelaslah betapa halangan-halangan ini akan dapat diatasi sekiranya etika berdialog diamalkan, iaitu
dengan setiap agama dan peradaban dihormati dan ciri-ciri serta prinsip-prinsip agama atau peradaban
tersebut tidak dijadikan bahan untuk dinegosiasikan. Di sini mungkin kita boleh mengandaikan di dalam
konteks masyarakat kita bahawa penghormatan terhadap konsep tamadun Malaysia juga dijadikan salah
satu prinsip ini.

e) Situasi Dialog Di Malaysia Dan Di Peringkat Global

Di peringkat global bolehlah dikatakan bahawa semangat dan praktik dialog sebenarnya telah pun banyak
dibangkitkan. Pada tahun 1999 misalnya di dalam The Islamic Symposium on Dialogue, negara-negara
O1C misalnya telah menerbitkan sebuah deklarasi mengenai dialog peradaban. Deklarasi ini telah diterima
sebagai satu resolusi semasa perhimpunan agung Bangsa-Bangsa Bersatu 53/22 yang telah
mengisytiharkan tahun 2001 sebagai Tahun Dialog Antara Peradaban Sedunia.

Di antara lain deklarasi mengenai dialog peradaban yang dikemukakan ke persada dunia telah dipandu
oleh ajaran-ajaran dan nilai-nilai agama mengenai digniti manusia, keadilan, toleransi, meraikan
kepelbagaian umat manusia serta peningkatan dialog ke arah kesalingfahaman berdasarkan sifat saling
menghormati.

Pengistiharan yang telah diusulkan oleh negara Iran ini amatlah berkaitan dengan surah Al-Hujurat (49) :
13 misalnya:

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang Iake-laki dan seorang perempuan dan
menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal.
Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di
antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal

Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa berdialog adalah satu tanggungjawab bagi
masyarakat Malaysia hari ini. Memahami hakikat ini Malaysia telah menekankan betapa penting dan
perlunya diadakan Dialog Antarabangsa sebagai satu-satunya jalan mencari keamanan di dalam dunia yang
dipenuhi kebencian, kecurigaan dan keganasan khususnya selepas peristiwa September 11 tahun 2OOl.
Negara kita menekankan bahawa hanya melalui dialog akan dapat ditanamkan rasa penghargaan,
pemahaman dan penerimaan yang sebenar akan hakikat pelbagainva peradaban, budaya dan agama di
dunia ini di samping sebab-sebab sebenarnya terorisme wujud. Sekali gus dialog ini juga akan dapat
21
menyanggah teori clash of Civilisations Samuel Huntington tersebut. Mesej ini telah disampaikan oleh
Perdana Menteri di dalam ucapannya di Perhimpunan Agung PBB yang ke-59 pada tahun 2004 misalnya.

Sebelum itu di dalam ucapannya yang lain di Oxford Centre of Islamic Studies, Perdana Menteri
telah juga menawarkan Kuala Lumpur sebagai pusat dialog peradaban antarabangsa. Secara intra-
peradaban gagasan Islam Hadhari YAB pula boleh dilihat sebagai satu usaha tulen dan konkrit ke arah
penyatuan, perpaduan dan pengukuhan tamadun dalam konteks peradaban Malaysia.

Dengan itu satu aspek dialog intra-peradaban Malaysia hari ini ialah usaha mengadakan berbagai
seminar dan bengkel menjelaskan Islam Hadhari misalnya.
9



1.11. KESIMPULAN

Demi kesinambungan negara bangsa Kumpulan-kumpulan Etnik di Malaysia perlu bersatu di atas nilai-
nilai sepunya serta bersikap patriotik dan TITAS adalah satu wahana dalam memberi pengisian ke arah
tersebut. Pendedahan terhadap mengenali latar belakang tamadun masing-masing boleh memupuk rasa
kesalingfahaman di antara satu sama lain.

Ilmu tentang ketamadunan penting hari ini kerana ia memberikan faktor-faktor yang boleh
membantu ke arah pembinaan dan kejayaannya dan juga sebaliknya apakah perkara-perkara yang boleh
membawa kepada keruntuhannya tamadun? Ilmu tentang ketamadunan amat relevan kerana manusia
dewasa ini sedang berada di persimpangan jalan. Kejayaan fizikal yang begitu tinggi melalui sains dan
teknologi malangnya telah diiringi oleh falsafah dan pandangan semesta atau worldview yang melihat
hanya yang material itu wujud, penting dan beroperasi di dalam kehidupan. Secara mudah dapat
digambarkan bahawa gerakan Englightenment di barat dan falsafah scientism telah mempengaruhi sistem-
sistem pemikiran moden sehingga apa yang dapat dilihat hari ini adalah peminggiran nilai-nilai murni yang
menjamin hubungan baik yang diperlukan antara manusia sesama manusia, manusia dan persekitarannya
(environmentnya) yang pula banyak bergantung kepada hubungan manusia dan Tuhannya.

Justeru, walaupun kelahiran sesebuah tamadun itu banyak bergantung kepada kedudukannya yang
strategik dari segi perolehan sumber-sumber semulajadi, dan lokasi geografi (kemunculan tamadun Cina
di lembah Huang-Ho dan Yang Tsi, tamadun India di Lembah Ganges dan Brahmaputra, tamadun
Mesopotania di Lembah Tigris dan Euphrates, tamadun Mesir di Lembah Nil dan Tamadun Melaka di
pinggiran Selat Melaka); kemunculan sesebuah tamadun banyak berkaitan dengan rangsangan keagamaan
dan kerohanian.

Di peringkat global, dialog telah menjadi penting setelah berlakunya bebarapa peristiwa
bersejarah yang di antaranya termasuklah teori Clash of Civilisations , Samuel Huntington sekitar 1996
yang pula ada hubungan dengan berakhirnya perang dingin di antara US dan Russia serta robohnya
tembok Berlin. Ketika itu ada pihak yang merasakan Negara Amarika mungkin menghadapi ancaman
musuh yang baru dikenal pasti berasal dari tamadun seperti tamadun Islam dan Cina (the green and
yellow peril). Ini ditambah pula dengan peristiwa-peristiwa tragis yang termasuklah peristiwa september 11
yang begitu masyhur itu dan juga situasi global di mana pelbagai masyarakat di merata tempat telah
menjadi bertambah berbilang kaum,agama atau tamadun.
10


Rata-rata telah diterima bahawa hari ini dialog yang membuahkan persefahaman merupakan
prasyarat pembinaan hubungan yang adil dan saksama antara pelbagai peradaban. Dialog memungkinkan
perbezaan dan persamaan diwujudkan.
Namun suatu perkara yang amat kritikal di dalam dialog ialah setiap pihak yang berdialog perlulah
memahami diri dan golongannya di dalam semua dimensi yang ingin didialogkan dengan sebaik-baiknya.
Dengan lain-lain perkataan wujud adab (etiquette) mahupun etika berdialog.
11


Di Malaysia dialog peradaban amat perlu bukan hanya sebagai wahana dasar bagi kesinambungan
tamadun Malaysia keseluruhannya disamping dialog itu penting untuk membina tapak atau asas nilai
spiritual yang kukuh bagi memastikan pembangunan dan kemajuan materail yang begitu pantas kita lalui
22
tidak meminggirkan keperluan pembangunan insan yang merupakan tujuan akhir segala pembangunan
material-fizikal tersebut.

Budaya berdialog amat perlu disuburkan dalam konteks negara kita untuk memperkukuhkan
jalinan perpaduan negara dan integrasi nasioanal yang merupakan kunci ketuanan dan kelangsungan
kewujudan negara seperti yang kita fahaminya hari ini.

Walaupun secara umumnya, kita bertuah di Malaysia kerana tidak mengalami konflik perkauman
mahupun konflik keagamaan yang membimbangkan, namun bebarapa peristiwa yang boleh dianggap
serius mengingatkan kita bahawa mendasari hubungan baik antara budaya ada juda isu keadilah sosial dan
ekonomi. Di dalam


SOALAN PERBINCANGAN

1. Bincangkan ciri-ciri asas yang membezakan antara sesuatu masyarakat bertamadun dan tidak
bertamadun
2. Bincangkan rasional dan kepentingan pengajian ketamadunan dalam usaha membina peradaban dan
tamadun Malaysia
3. Jelaskan kepentingan dialog antara tamadun dalam konteks masyarakat majmuk Malaysia


RUJUKAN

Al-Attas, S.M. Naquib, (1996). Masyarakat Madani Malaysia: Satu Gagasan, Konvensyen Masyarakat
Madani, September 19-21, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Azizan Baharuddin (ed), Dialog Peradaban Menurut Perspektif Islam, Pusat Dialog Peradaban, Universiti
Malaya, 2005 hal. 80-85.

Azizan Baharuddin, Communalities in Religious Harmony kertas kerja ASEM Interfaith Dialogue, Bali,
20-22 Julai 2005

Bell, Clive., (1938), Civilization: An Essay, London: Penguin Book

Bertrand Fort, (2005), One Year of Culture and Civilisations Dialogue 2003/2004, Asia-Europe
Foundation, Singapore

Collingwood, R.G, (1994 rev. ed.), The Idea of History, London: Oxford University Press

Edmund Terrence Gomez, Tracing the Ethnic Divide:Race, Rights and Redistribution in Malaysia in
Joanna PfaffCzarnecka et al (eds.) Ethnic Futures-The State and Identitiy Po/itics in Asia, Sage
Publications, London,1999, m.s. 167.

Esposito, John L., (1995). The oxford Encyclopedia of the Modern Islamic World, Vol III. Oxford
University Press, Oxford.

Ibn Khaldun, Abdul Rahman, (1995), Mukadimah Ibn Khaldun (terj.), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &
Pustaka

Karen Armstrong, A History of God - The 4000 Year Quest o Judaism, Christianity and Islam, Ballantine
Books, New York, l993.

Mohd Nor Yusoff & Nafisiah Hj . Abdul Rahman Impak Globalisasi Dalam Sistem Kehidupan
Masyarakat Melayu, Jurnal Tasawwur Islam UITM, Jilid 6, Sept m.s. 42-62.

23
Muhammad Kamarul Kabilan & Zaharah Hassan (ed.), (2005), Readings on Ethnic Relations in a
Multicultural Society, Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM m.s. 3-10.

Nik Aziz Nik Pa, Cabaran Sains Terhadap Umat Islam Masa Kini dan Masa Hadapan dlm azizan
Baharuddin (ed.) Pelajar-pelajar Melayu dan Pendidikan Sains, Akademi Pengajian, UM, 1993
m.s. 25-61

Osman Bakar, (1997), Islam and civilizational dialogue: The quest for a truly universal civilization, Kuala
Lumpur: University of Malaya Press

Samuel Huntington (1996) The Clash of Civilisations and the remaking the world order. New York. Simon
and Schuster

Schweitzer, Albert, (1987 new ed.), The Philosophy of Civilization, New York: Prometheus Books

Swidler, Leonard, Dialogue in Malaysia and the Global Scenario, Centre for Civilisational Dialogue, UM,
2003 ms. 23

Syed Ali Tawfik Al-Attas & Ng Tieh Chuan, Abdullah Ahmad Badawi, Pelanduk Publications, Kuala
Lumpur 2005

The New Encyclopedia Britannica, Vol XVI, Chicago, 1998.

Toynbee, Arnold Joseph, (1972), A Study of history, London: Oxford University Press

Zaid Ahmad, (2003), The Epistemology of Ibn Khaldun, London & New York: RoutledgeCurzon

Zaid Ahmad, Ibn Khalduns approach in civilisational studies in Massimo Campanini, (2005), Studies on
Ibn Khaldun, Corso Milano, Italy: Polimetrica International Scientific Publisher

Zaid Ahmad, Multiculturalism and religio-ethnic plurality: The Malaysian experience in Culture and
Religion: An Intedisciplinary Journal (Routledge Taylor & Francis Group) vol.8 no.2 2007

24
BAB 2

TAMADUN ISLAM


HASIL PEMBELAJARAN

Selepas mempelajari bab ini, pelajar dapat:

1) Menjelaskan secara terperinci pandangan semesta Islam
2) Menghuraikan keunikan konsep Tamadun Islam
3) Menjelaskan konsep Jihad dan peranannya dalam kebangkitan Tamadun Islam
4) Menganalisis kebangkitan semula Islam dan penerapannya di Malaysia


2.0 PENGENALAN

Islam mula diperkenalkan kepada manusia pertama iaitu Adam a.s. Ia merupakan pemberitahuan dan
peraturan yang diwahyukan oleh Allah S.W.T. Kemudian wahyu itu diperkuatkan dengan perlantikan
rasul-rasul yang bermula dengan Nabi Adam a.s dan berakhir dengan Nabi Muhammad s.a.w. Risalah
Islam yang diturunkan kepada rasul-rasul adalah sesuai dengan zaman, jumlah manusia dan kebudayaan
umat ketika itu. Islam diturunkan kepada manusia untuk membimbing mereka ke jalan yang benar supaya
mereka mencapai kesejahteraan hidup, dunia dan akhirat.

Penganut Islam wajib beriman kepada Allah Yang Maha Esa selaku pencipta alam semesta dan
mematuhi segala suruhan dan menjauhi laranganNya. Tanpa petunjuk dari Allah S.W.T, manusia akan
sesat kerana akal fikiran dan pengalaman manusia amat terbatas. Manusia tidak mempunyai kemampuan
untuk memahami masalah ketuhanan, kehidupan selepas mati, perkara-perkara ghaib seperti malaikat,
syurga dan neraka, pembalasan amal dan sebagainya, kerana itulah Allah S.W.T mengutus dan
mengangkat ratusan ribu nabi dan rasul yang bermula dengan Nabi Adam a.s dan diakhiri dengan Nabi
Muhammad s.a.w. Secara umumnya tugas rasul-rasul dan nabi-nabi dalam menyampaikan ajaran keimanan
adalah sama walaupun ada perbezaan dari segi syariat dan hukum di antara mereka selaras dengan keadaan
dan zaman masing-masing.

Dalam perjalanan sejarah tamadun manusia yang panjang, ramai manusia yang terus-menerus
menentang serta membantah pengajaran-pengajaran Allah S.W.T yang dibawa oleh utusan Allah S.W.T,
lalu dengan kasih sayang dan belas kasihan Allah S.W.T, Dia telah menurunkan kitab-kitab agar manusia
dapat membaca, memahami dan melaksanakan segala arahanNya. Tujuannya untuk menegakkan
kepercayaan Tauhid (kepercayaan kepada Allah Yang Maha Esa), menghindarkan mereka dari syirik
kepada Allah S.W.T, terpengaruh dengan hawa nafsu yang liar dan mengajar mereka supaya mematuhi
segala ajaran Allah S.W.T dan menjauhkan diri dari laranganNya.

Sejarah Islam telah menunjukkan bahawa keistimewaan yang terkandung dalam Islam telah
mampu membentuk satu tamadun yang mengangkat tinggi martabat manusia, menuju kesejahteraan hidup,
dunia dan akhirat. Tamadun Islam telah muncul dan menempa kegemilangan yang tiada tolok bandingnya
lantaran kesyumulan dan kesepaduan Islam itu sendiri yang menjadi intipati kepada Tamadun Islam.
Akhirnya Tamadun Islam telah berjaya mendepani zaman dan menjadi rujukan kepada pembinaan tamadun
manusia sehinggalah ke hari ini.


2.1 PANDANGAN HIDUP ISLAM

Islam adalah Ad-Din yang diturunkan oleh Allah S.W.T melalui perantaraan al=Rasul s.a.w. Ia merujuk
kepada satu cara hidup yang lengkap merangkumi semua aspek hidup manusia. Islam merangkumi aspek
25
akidah, syariah dan akhlak. Kesemuanya telah dihuraikan malah dipraktikkan oleh Rasulullah s.a.w semasa
hayat baginda dan diikuti oleh para sahabat serta umat Islam seluruhnya.


2.1.1 PENGERTIAN ISLAM

Dari segi bahasa kalimah Islam mengandungi tiga perkara utama iaitu:

a) Tulen, suci dari sebarang kecacatan zahir dan batin
b) Damai, aman atau sejahtera
c) Taat dan menyerah

Pengertian Islam dari segi syarak ialah mentauhidkan Allah S.W.T, patuh dan tunduk kepadaNya serta
beriman dengan ajaran yang dibawa oleh para rasul yang diutuskan oleh Allah S.W.T sejak dari Nabi
Adam a.s hinggalah kepada Nabi Muhammad s.a.w. sebagai nabi dan rasul yang terakhir.

Justeru itu sesiapa yang mengikuti agama selain dari apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w
sesudah kedatangannya tidak akan diterima oleh Allah S.W.T. Islam yang dibawa oleh Muhammad s.a.w
telah disempurnakan ajarannya oleh Allah S.W.T dan dia telah meredhaiNya untuk diikuti. Firman Allah
S.W.T dalam Surah Ali Imran ayat 85 yang bermaksud :
Sesiapa yang mencari din (agama) selain daripada din (agama) Islam maka dia termasuk
dalam golongan mereka yang rugi di akhirat nanti"

Allah S.W.T juga berfirman dalam Surah Al-Maidah ayat 5 yang bermaksud :
Hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu iaitu Islam dan Aku kurniakan
nikmat kepada kamu dan Aku reda Islam itu agama kamu.


2.1.2 KANDUNGAN ISLAM

Rasulullah s.a.w telah menjelaskan Islam adalah agama tertinggi yang tidak ada tandingannya.
Ketinggiannya dapat dinilai dan dilihat dalam kandungan pengajarannya yang merangkumi seluruh aspek
keperluan manusia, baik dari segi akidah, syariah dan akhlak bermatlamat untuk memberi kebahagiaan
kepada manusia dari segi kejiwaan dan kebendaan dunia dan akhirat. Kandungan Islam terbahagi kepada 3
prinsip asas yang utama iaitu; AQIDAH, SYARIAH dan AKHLAK.

A) AKIDAH

Akidah merupakan dasar terpenting dalam Islam. Baik atau buruk natijah hidup seseorang di sisi Allah
S.W.T adalah bergantung kepada akidah yang dianuti oleh mereka. Akidah dalam Islam merupakan
kepercayaan atau keimanan kepada hakikat dan nilai-nilai mutlak, tetap dan kukuh dalam jiwa setiap
Muslim.

Berdasarkan maklumat wahyu, Muslim dapat mengenali Allah S.W.T secara tepat. Allah S.W.T
mempunyai kuasa mutlak dalam kehidupan makhluk. Dialah yang mencipta manusia, binatang dan
tumbuh-tumbuhan. Dialah juga yang mencipta langit dan bumi serta segala isi kandungannya dan seluruh
makhluk di langit dan di bumi memerlukan rahmat dan pertolonganNya untuk terus hidup.

Berasaskan akidah tauhid ini manusia dapat membebaskan dirinya dari tunduk dan patuh kepada
sesuatu yang bersifat makhluk, sama ada dalam bentuk berjirim ( benda) atau roh yang telah menguasai
diri manusia sepanjang sejarah. Dengan keyakinan ini manusia meletakkan tempat pergantungan,
perlindungan dan pengabdian hanya kepada Allah S.W.T semata-mata.

Akidah tauhid juga menjadi tunjang kepada pembinaan Tamadun Islam. Tamadun Islam bergerak atas
dasar akidah dan lunas-lunas hukum Islam. Seluruh kehidupan ummahnya mesti berlegar dalam ruang
26
lingkup keagamaan. Seluruh aktiviti-aktiviti hidup mesti berpaksikan keimanan kepada Allah S.W.T. Asas-
asas akidah Islam ialah:

a) Beriman kepada Allah
b) Beriman kepada Malaikat
c) Beriman kepada Kitab-Kitab
d) Beriman kepada Rasul-rasul
e) Beriman kepada Hari Akhirat
f) Beriman kepada Qadha dan Qadar

Akidah Islam membebaskan manusia daripada kecelaruan hidup, yang tidak mempunyai matlamat
kehidupan yang jelas. Akidah Islam membimbing manusia kepada matlamat kehidupan yang benar iaitu
keredhaan Allah S.W.T.

Akidah Islam akan melahirkan tamadun yang mantap di mana manusia yang menggerakkan Tamadun
Islam adalah seseorang atau masyarakat yang mempunyai keperibadian yang unggul meliputi tingkah-laku,
percakapan dan gerak-geri hati. Akidah Islam yang telah meresap ke dalam jiwa dan lubuk hati seseorang
akan menimbulkan kesan-kesan positif di antaranya dapat kita gariskan seperti berikut:

i. Akidah Islam melahirkan seorang yang yakin kepada Allah S.W.T Yang Maha Esa. Keyakinan
itulah yang menggerakkan seluruh tingkah-lakunya, percakapannya dan gerak-gerinya untuk mencari
keredhaan Allah S.W.T.
ii. Akidah Islam melahirkan insan yang mempunyai akhlak cemerlang dan terpuji dan tersisih dari sifat-
sifat buruk. Akidah yang mantap akan melahirkan manusia yang bertakwa, tawadhu, ikhlas, redha,
amanah dengan segala sifat terpuji yang lain di samping menyingkirkan sifat-sifat yang buruk seperti
dengki, sombong, ria, takabur dan seumpamanya yang boleh membawa masalah sosial dalam
masyarakat.
iii. Akidah akan melahirkan seseorang yang optimis dan yakin kepada diri sendiri untuk bekerja bagi
mencapai kejayaan di dunia di samping tidak lupa mencari keredhaan Allah S.W.T supaya mendapat
kebahagiaan di akhirat.
iv. Akidah Islam melahirkan insan dan masyarakat yang teguh pendiriannya, mempunyai prinsip dan
tidak mudah terpengaruh dengan persekitaran yang mengancam nilai dan akhlak manusia terutama
dengan pelbagai pengaruh hasil kemajuan teknologi maklumat di zaman ini. Ia mampu membeza dan
memilih nilai-nilai yang positif dan menolak nilai-nilai yang negatif yang boleh merosakkan
keperibadian insan dan masyarakat.
v. Akidah Islam yang teguh mampu membawa manusia dan masyarakat maju ke hadapan dalam segala
bidang. Sejarah membuktikan masyarakat Arab telah berubah daripada satu masyarakat yang tidak
dikenali kepada sebuah masyarakat yang digeruni. Akidah Islam telah mengangkat darjat mereka.
Mereka menguasai hampir separuh dari bumi ini. Mereka menguasai pentadbiran dan maju dalam
pelbagai disiplin ilmu pengetahuan.
vi. Akidah Islam membentuk manusia berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan dan mencegah dari
kemungkaran. Ini akan melahirkan masyarakat yang harmoni dan aman tenteram. Tiada jenayah atau
pencerobohan ke atas sesiapa disebabkan mereka yakin kepada hari pembalasan.
vii. Akidah Islam akan melahirkan manusia yang tidak mudah putus asa atau hilang harapan. Iman di
dalam hati akan memberi ketenangan yang luar biasa.
viii. Akidah Islam akhirnya melahirkan manusia yang sanggup berjihad ke jalan Allah S.W.T walaupun
harta dan nyawa menjadi taruhan. Bilal bin Rabah sanggup mati kerana mempertahankan akidahnya
begitu juga dengan keluarga Ammar bin Yasir. Demikianlah para sahabat yang lain, sanggup
mengorbankan harta dan nyawa untuk mempertahan dan menyebarkan Islam ke seluruh dunia. Ini
adalah kesan dari akidah Islam yang meresap di dalam jiwa dan lubuk hati mereka.
ix. Akidah Islam yang ada dalam hati umat Islam kini mungkin tidak begitu mantap menyebabkan
mereka tidak dapat mencapai kegemilangan sebagaimana umat Islam di zaman Nabi Muhammad
s.a.w dan para sahabat. Umat Islam pada hari ini begitu rapuh akidahnya. Lantaran itu mereka mudah
terpengaruh dengan berbagai-bagai unsur negatif. Kemunduran umat Islam kini kerana mereka
semakin jauh dari menghayati akidah Islam yang sebenar.
27
x. Akidah Islam melahirkan insan soleh. Insan yang melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah
S.W.T dan meninggalkan segala jenayah dan kemungkaran.


B) SYARIAH

Terminologi syariah atau syariat yang biasa diungkap dalam Bahasa Melayu sebenarnya berasal daripada
Bahasa Arab. Secara literalnya perkataan syariah membawa dua maksud yang berbeza tetapi mempunyai
kefahaman yang saling berkait di antara satu sama lain. Pertamanya, ia membawa maksud sumber air dan
keduanya bererti pembawaan atau jalan yang jelas dan lurus. Pengertian pertama diasaskan kepada
kebiasaan ungkapan orang Arab manakala pengertian yang kedua merujuk kepada maksud ayat ke 18
dalam Surah al-Jathiyah:
Kesudahannya Kami jadikan engkau (Wahai Muhammad dan utuskan engkau)
menjalankan satu syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum ugama; maka turutlah
syariat itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak
mengetahui (perkara yang benar).

Dari segi istilah atau teknikalnya frasa syariah membawa maksud segala hukum-hakam yang telah
ditetapkan oleh Allah S.W.T untuk hambaNya melalui perantaraan para RasulNya. Dinamakan hukum-
hakam ini dengan syariah kerana ia adalah lurus tanpa ada kepalsuan (simpang-siur) dari jalan yang benar.
Syariah juga membawa pengertian mengenai segala perintah Allah S.W.T ke atas hambaNya yang terdiri
daripada seluruh hukum-hakam yang diperturunkan melalui para RasulNya samada perintah tersebut
berkaitan dengan perbuatan amali atau iktiqadi. Syariah juga membawa maksud ad-din (pergantungan) dan
juga al-millah (kecenderungan).

Perkataan syariah dan pecahannya disebut di dalam al-Quran sebanyak empat kali. Perkataan-
perkataan tersebut tertera dalam ayat-ayat berikut, antaranya dalam Surah Al-Syura ayat 13 dan 21, Surah
al-Maidah ayat 48 dan surah al-Jaathiah ayat 18. Menurut huraian lain oleh para ulama dan sarjana Islam,
perkataan syariah yang terdapat dalam al-Quran itu mempunyai dua makna iaitu pengertian yang khusus
dan pengertian yang umum. Bagi pengertian yang khusus, syariah dimaksudkan dengan segala hukum
yang telah diperundangkan oleh Allah S.W.T. untuk mengatur segenap aspek kehidupan manusia.
Manakala bagi pengertian yang umum pula, syariah diertikan sebagai din atau millah yang juga bermaksud
agama. Lantaran itu, ia juga merujuk kepada mana-mana sistem hidup sama ada yang digubal oleh manusia
atau yang diwahyukan dari langit. Namun, hanya apabila ia diturunkan secara wahyu oleh Allah S.W.T
kepada para RasulNya, ia disebut sebagai syariah Islam. Misalnya disebut sebagai syariat/h Nabi Ibrahim
a.s, syariah Nabi Musa a.s, syariah Nabi Isa a.s dan syariah Nabi Muhammad s.a.w. Segala syariat nabi-
nabi terdahulu dengan sendirinya telah tidak terpakai lagi selepas syariat Nabi Muhammad s.a.w., penutup
segala nabi .

Berdasarkan huraian di atas dapat difahami bahawa syariah ialah segala perintah Allah S.W.T dalam
bentuk hukum atau peraturan yang bersifat menyeluruh dan sangat luas bidang kuasanya. la merangkumi
seluruh titah perintah dan ketentuan Allah S.W.T yang diwahyukan samada yang ditegaskan di dalam al-
Quran ataupun yang berasaskan kepada al-Sunnah. Di dalamnya terdapat aspek-aspek i'tiqadiyyah atau
batiniyyah (hal-hal yang berkaitan dengan akidah dan keimanan), 'amaliyyah (hal-hal yang berkaitan
dengan ibadat, muamalat, munakahat dan jenayah iaitu hal-hal yang menyentuh mengenai perbuatan atau
perlakuan lahiriah manusia dalam konteks hubungan atau interaksi mereka dengan Allah S.W.T, sesama
manusia, dan alam lain) dan juga aspek akhlaqiyyah (yang membahaskan mengenai budi pekerti atau
moral manusia sebagai individu dalam bermasyarakat dan bernegara).

Sebagai suatu sistem hidup yang bersumberkan wahyu Ilahi, syariah bersifat muqaddas iaitu sangat
murni serta terpelihara daripada sebarang cacat cela mahupun kekurangan. Kebenarannya pula bersifat
mutlak. Lantaran itu, orang-orang kafir yang cuba mencabarnya tidak pernah berjaya. Cakupannya pula
bersifat komprehensif dan syumul, kuatkuasanya bersifat universal dan ia dijamin kekal terpelihara hingga
ke hari akhirat. Meneliti kupasan syariah secara literal dan teknikal, menjelaskan bahawa keperluan
manusia kepadanya adalah tidak dapat dinafikan sama sekali bersesuaian dengan sifatnya sebagai sumber
28
air untuk kelangsungan kehidupan manusia dan kebenaran atau kejelasannya daripada sebarang kepalsuan
dan kebatilan.

Secara umumnya, keseluruhan isi kandungan syariah Islam dapat dibahagikan kepada tiga kategori
iaitu dari segi skop, perlaksanaan dan penguatkuasaan. Dari segi skopnya, syariah Islam menaungi perkara-
perkara berikut:
i. Hubungan antara manusia dengan Allah S.W.T dan alam ghaib yang lain.
ii. Hubungan antara manusia sesama manusia.
iii. Hubungan antara manusia dengan makhluk-makhluk lain di muka bumi ini sama ada haiwan,
benda-benda atau tumbuh-tumbuhan.

Dalam aspek perlaksanaan kepada perintah dan larangan Allah S.W.T pula, syariah
Islam terbahagi kepada tiga iaitu :
i. Kewajipan yang menjadi tanggungjawab individu serta harus dilaksanakan di peringkat individu.
Contohnya ialah perintah-perintah yang khusus ditujukan kepada individu terutama sekali dalam
konteks hubungan langsung seseorang hamba dengan Penciptanya iaitu ibadah-ibadah khusus
seperti solat, puasa dan lain-lain.
ii. Perintah perlaksanaan yang dianjurkan supaya dilakukan secara kolektif atau berjamaah. Seluruh
perintah dalam al-Quran yang ditujukan secara kolektif dikategorikan sebagai tanggungjawab
bersama setiap umat Islam. Contohnya ialah seperti perintah melakukan dakwah, jihad,
menegakkan amar makruf dan nahi mungkar serta tuntutan-tuntutan fardhu kifayah yang lain.
iii. Perintah yang tidak mampu atau tidak boleh dilaksana di peringkat individu mahupun kolektif
tetapi ia menjadi tugas serta kewajipan pemerintah. Perintah ini adalah berkaitan dengan
perlaksanaan hukuman bagi kesalahan jenayah seperti hudud, qisas dan takzir.

Jelas sekali pembahagian ini menunjukkan tanggung jawab serta peranan yang harus dimainkan oleh
setiap muslim di peringkat individu, masyarakat dan negara. Sekaligus ia menggambarkan kesyumulan
Islam itu sendiri.


C) AKHLAK

Akhlak dalam Islam bukan suatu teori, kerana konsepnya tidak sama dengan konsep etika yang dibawa
oleh Barat. Akhlak dalam Islam ialah sikap rohaniah yang memuliakan tingkah laku (perbuatan) manusia
terhadap Allah S.W.T, terhadap diri sendiri dan makhluk lain, sesuai dengan suruhan dan larangan serta
petunjuk al-Quran dan Hadis. Nilai yang baik disebut akhlak mahmudah dan nilai yang keji disebut
akhlak mazmumah.

Akhlak adalah perkataan Arab, iaitu kata jamak (plural) dari perkataan al-khuluq yang bermaksud
budi pekerti, tingkah laku dan tabiat . Perkataan ini pula adalah pecahan daripada perkataan al-khalaq yang
bererti ciptaan . Al-Quran menyatakan hakikat ini dalam firmanNya dalam Surah al-Sajdah ayat 5 yang
bermaksud :
Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya dan dimulakannya kejadian
manusia berasal dari tanah

Manusia dicipta dengan penuh keindahan (sebaik-baik kejadian). Keindahan tersebut meliputi
lahiriah (fizikal) dan batiniah (spiritual dalaman) diri manusia. Keindahan ciptaan fizikal diistilahkan
sebagai al-khalq seperti raut muka, warna kulit, tinggi rendah tubuhnya dan sebagainya. Sementara
keindahan dalaman diri manusia terangkum dalam istilah al-khuluq yang menggambarkan keindahan jiwa,
meliputi kehendak, inspirasi dan sebagainya. Oleh itu apabila seseorang dikatakan baik khuluq dan
khalqnya, ia bermaksud orang tersebut baik sifat lahiriah dan batiniah nya.

Dari sudut istilah, Imam al-Ghazali mendefinisikan akhlak sebagai sifat yang tertanam dalam jiwa
seseorang dan darinya terbentuk perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan fikiran terlebih
dahulu. Apabila keadaan jiwa tersebut terbit perbuatan yang baik dan terpuji menurut akal dan syariah, ia
29
dinamakan akhlak yang baik. Sekiranya yang keluar itu perbuatan yang buruk, ia dinamakan akhlak yang
buruk.

Pembentukan akhlak merupakan usaha melahirkan modal insan yang berperibadi mulia; sepadu
dan seimbang antara keperluan rohani, jasmani, mental dan emosi. Melahirkan individu sedemikian tidak
semudah yang digambarkan melalui tulisan, ceramah, motivasi, teori dan angka hasil daripada pelbagai
kajian. Gembelingan usaha dan tenaga yang sepadu dari pelbagai pihak; individu, masyarakat dan negara
amat diperlukan untuk menjana keperibadian Muslim di kalangan umat Islam.


2.1.3 CIRI-CIRI/SIFAT-SIFAT KEISTIMEWAAN ISLAM

Islam adalah al-din yang diturunkan oleh Allah S.W.T yang bersifat Maha Sempurna, sunyi dari sebarang
bentuk kekurangan dan kelemahan. Justeru peraturan yang diturunkanNya mempunyai ciri-ciri
keistimewaannya yang tersendiri yang membezakannya dengan peraturan dan agama ciptaan manusia.
Antara ciri-ciri keistimewaannya ialah :
i. Rabbani.
Islam adalah agama yang secara sah dan rasmi diturunkan oleh Allah S.W.T. Syariat yang ada
didalamnya adalah wahyu, bukan ciptaan manusia bahkan bukan juga rekaan Nabi (Yunus:15). Ini
bermakna Islam adalah agama untuk seluruh ummat manusia di mana juga mereka berada dan hingga ke
akhir zaman (al-Anbiya:107).
ii. Sesuai dengan fitrah dan akal manusia.
Segala hukum yang telah diturunkan oleh Allah S.W.T tidak bertentangan dengan akal manusia, bahkan
akal tersebut jika betul-betul digunakan ia akan menemukan keagungan dan keesaan Allah S.W.T. Adapun
yang nampak bertentangan ialah kerana akal manusia (kerana keterbatasannya) tidak dapat memahami dan
mentafsirkan apa yang dikehendaki dan dimaksudkan oleh Allah S.W.T. Segala apa yang disyariatkan itu
pada hakikatnya sesuai dan menepati fitrah manusia, kerana Allah S.W.T sajalah yang amat mengetahui
hakikat dan kejadian manusia (al-Rum:30,al-Baqarah:164).
iii. Tidak Membebankan
Allah tidak mensyariatkan sesuatu perintah yang diluar kemampuan manusia, disamping itu juga Allah
S.W.Ttelah memberikan keringanan (rukhsah) pada keadaan-keadaan tertentu. Di dalam Islam tidak ada
sesuatu yang sulit difahami kerana kerumitannya. Asas tauhid Islam jelas kerana segalanya telah
diterangkan oleh al-Quran, tidak ditokok-tambahkan oleh golongan tertentu, sebagaimana yang terjadi
pada sebahagian agama. Seseorang itu mempunyai akses langsung kepada Allah S.W.T tanpa perlu adanya
perantara, semua orang sama taraf disisi Allah S.W.T.
iv Menyeluruh
Ini bermakna bahwa Islam memberikan teori yang lengkap dan mendalam tentang alam semesta
bagaimana ia diciptakan, ciri-cirinya dan bagaimana ia berjalan mengikuti ketetapan Allah S.W.T. Begitu
juga tentang penciptaan manusia dan kehidupan.
v. Sederhana dan seimbang.
Posisi Islam tidak terlalu menumpukan pada ruhaniyyah sehingga melupakan material, Islam merangkumi
dunia dan akhirat tidak menumpukan pada akhirat sehingga melupakan dunia dan Islam juga tidak
menghinakan dunia, akan tetapi menempatkannya pada tempat yang betul. Islam juga memberikan
gambaran yang tidak ekstrim dalam sesuatu hal tetapi tegas dalam hal yang berkaitan dengan prinsip,
individu dan masyarakat sama pentingnya tidak boleh mengorbankan maslahah orang ramai demi
30
kepentingan individu tetapi tidak pula maslahah orang ramai dijadikan legalisasi untuk mengorbankan
kepentingan individu.
vi. Positif
Islam adalah agama yang positif. Islam memberikan kesan yang positif dalam kehidupan manusia,
hubungannya dengan sesama manusia dan hubungannya dengan Allah S.W.T akan semakin erat. Ini dapat
dibuktikan dengan kehidupan seorang muslim yang lebih tenang dan bahagia dibanding dengan orang tidak
beragama atau yang beragama lain. Seorang muslim tahu akan kebahagiaan sebenar yang jauh dari
materialistik, ia selalu merasa adanya perlindungan dan rahmat Allah S.W.T.
vii. Sesuai untuk sepanjang zaman.
Setiap hukum dalam Islam mengambil kira keadaan manusia dan memberikan keringanan bila
berhalangan. Oleh kerana itu tidak boleh dikatakan tidak sesuai dengan perkembangan zaman, kerana fiqih
Islam sebenarnya dapat menjawab segala masalah/perkembangan baru dalam kehidupan manusia, selama
pintu ijtihad masih terbuka kepada mujtahid.
viii. Tetap dan Anjal
Syariat yang Allah tetapkan tidak akan berubah, ini berbeza dengan undang-undang manusia yang selalu
berubah dan dipinda. Tidak ada yang kurang lengkap atau yang salah dalam Syariat Allah, adapun yang
berkembang dalam fiqih Islam itu adalah Ijtihad, masing-masing ulama berijtihad sesuai dengan keadaan
dan perkembangan semasa, dengan syarat tidak bercanggah dengan nas yang telah ada dalam Quran dan
Sunnah.

2.2 KONSEP TAMADUN ISLAM

Tamadun boleh ditakrifkan sebagai sejumlah pencapaian dan penerokaan dalam segala perlakuan,
pemikiran dan penciptaan yang baik (termasuklah dalam bidang senibina dan lain-lain kemahiran), halus,
sopan santun bagi pembentukan peribadi, akhlak, tatasusila, adab, tingkahlaku dan budi bahasa yang mulia
bagi individu dan juga sesuatu kelompok manusia yang membentuk sebuah bangsa atau negara bangsa .

Tamadun mempunyai pengertian lebih luas daripada politik, ekonomi dan teknologi. Ianya
merangkumi pencapaian sesuatu bangsa dalam bidang kehidupan termasuklah seni dan nilai estetika
seperti senibina, seni lukis, kesusateraan dan sebagainya adalah sebahagian daripada komponen tamadun.

2.2.1 PENGERTIAN TAMADUN ISLAM

Secara umumnya pengertian tamadun dan tamadun Islam mempunyai perkaitan daripada aspek bahasa dan
istilah. Terdapat pengertian tamadun menurut bahasa yang berbagai antaranya :

1. Bahasa Arab
Terdapat beberapa istilah yang dirujuk dalam konteks tamadun. Antara istilah-istilah tersebut ialah
madaniah, tamadun dan hadharah. Ibn Khaldun dalam karyanya Muqaddimah telah menggunakan istilah
umran (digunakan dalam kajian tentang bandar-bandar atau ibu kota yang memiliki kawasan tanah yang
didiami dan penempatan, keadaan tinggal menetap, berkembang, subur dan maju) dan hadharah (suatu
daerah, kota, bandar, kampung atau tanah yang diusahakan) sebagai berlawanan dengan istilah badi atau
badawi

2. Bahasa Inggeris dan Latin

Istilah civilization berhubung kait dengan kemajuan dalam kehidupan manusia yang membentuk peradaban
dan tamadun. Ini menunjukkan bahawa istilah civilization yang dimaksudkan sebagai tamadun manusiawi
31
lebih merujuk kepada kemajuan jati diri manusia untuk membangunkan kehidupan dalam pelbagai
peringkat terutamanya peringkat negara.

Selain daripada definisi di atas, terdapat di kalangan sarjana Islam yang memberikan definisi
berhubung dengan tamadun Islam. Antaranya ialah Syed Muhammad Naquib Al-Attas yang mengaitkan
tamadun sebagai keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila
dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya.

Ibn Khaldun pula mengatakan tamadun ialah pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan
asasi kehidupan sehingga dapat membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih
halus dan mempunyai nilai-nilai seni.

Selain daripada definisi di atas, terdapat di kalangan sarjana Islam yang memberikan definisi
berhubung dengan tamadun Islam. Antaranya ialah Syed Muhammad Naquib Al-Attas yang mengaitkan
tamadun sebagai keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila
dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya.

Ibn Khaldun pula mengatakan tamadun ialah pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan
asasi kehidupan sehingga dapat membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih
halus dan mempunyai nilai-nilai seni.

Secara umumnya Tamadun Islam adalah cetusan daripada memartabatkan Islam sebagai Al-Din
iaitu satu cara hidup yang lengkap selaras dengan fitrah manusia yang memberi penekanan kepada
hubunagan manusia dengan manusia, hubungan manusia sesama manusia dan hubungan manusia dengan
Alam.

Sebagai kesimpulan masyarakat Islam dikawal dan dilindungi oleh Allah dari segala aspek
pemujaan kepada manusia dan kekuasaan selain dari Allah S.W.T. Anggota masyarakat menjadi tonggak
kepada kecemerlangan tamadun dan selaras dengan peranan manusia sebagai khalifah Allah di muka
bumi.


2.2.2 PRINSIP DAN MATLAMAT TAMADUN ISLAM

Tamadun Islam dibina berdasarkan kepada prinsip-prinsipnya yang luhur yang merangkumi matlamat yang
jelas. Ia menekankan kepada pembangunan hidup manusia di dunia dan kesejahteraan hidup di akhirat.
Pada umumya prinsip dan matlamat Tamadun Islam merangkumi
a) Pengabdian diri kepada Allah S.W.T di dalam seluruh kegiatan hidup
b) Berorganisasi atas asas akidah yang menjamin dari sifat menyeleweng dan kezaliman
c) Keagungan dan keluhuran nilai kemanusiaan berbanding dengan nilai kebendaan
d) Berfungsinya nilai-nilai kemanusiaan yang menyebabkan berkembangnya sifat kemanusiaan
manusiawi bukan sifat kebinatangan
e) Kesucian dan keharmonian hidup keluarga
f) Melaksanakan tugas khilafah di bumi Allah dengan mengikut panduan Allah S.W.T dan sentiasa
memegang janji dan amanah Allah

Matlamat Tamadun Islam juga ialah untuk memartabatkan Islam sebagai AI-Din iaitu satu cara hidup yang
yang lengkap selaras dengan fitrah manusia. Manusialah pemacu dan penggerak kepada tamadun. Dalam
konteks pembinaan tamadun manusia, Islam menekankan aspek hubungan manusia seperi berikut :


i. Hubungan Manusia Dengan Allah
Hubungan manusia dengan Pencipta iaitu Allah S.W.T ialah beribadat mengikut prosedur yang ditetapkan
oleh Allah S,W.T dan Rasulnya Nabi Muhammad s.a.w. Ia melibatkan hubungan antara hamba dengan
Penciptanya. Hubungan tersebut merupakan hubungan paling tinggi dan mulia dalam kehidupan manusia,
mengatasi hubungan yang wujud antara manusia sesama manusia atau makhluk lain.
32
ii. Hubungan Manusia Sesama Manusia
Manusia dijadikan oleh Allah S.W.T dari asal keturunan yang satu iaitu Adam a.s. Oleh yang demikian
hubungan manusia dengan manusia yang lain adalah sebagai sebuah keluarga yang berasal dari jiwa yang
satu. Justeru dalam perhubungan mereka seharian perlulah mengikut aturan yang telah ditentukan oleh
Allah S.W.T dalam menjamin agar tidak timbul kezaliman, perseteruan malah hubungan yang wujud
dalam setiap lapangan kehidupan samada yang bersifat peribadi mahupun kemasyarakatan berasaskan
tolong menolong dan hormat menghormati. Ini adalah kerana masyarakat muslim adalah masyarakat yang
terbentuk berdasarkan konsep kesatuan ummah. Ini menjadikan masyarakat Islam sebuah masyarakat yang
berbentuk sejagat, tidak bersifat perkauman, tidak bersifat kebangsaan serta tidak terbatas dalam
lingkungan sempadan geografi dan politik. Bagi masyarakat muslim, hanya satu ukuran yang mendapat
tempat di sisi Allah Yang Maha Mencipta iaitu ketakwaan kepadaNya, di samping berbuat baik kepada
sesama manusia. Firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat 13 bermaksud :

Wahai umat manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan
perempuan dan kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku (puak)
supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra anatara satu sama lain.
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di
antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha
mengetahui lagi maha mendalam pengetahuanNya.

iii. Hubungan Manusia Dengan Alam
Allah S.W.T telah mencipta alam semesta ini untuk dinikmati oleh makhluk ciptaanNya Manusia sebagai
khalifah Allah S.W.T di muka bumi ini telah dipertanggungjawabkan untuk memelihara alam ini. Allah
S.W.T telah memberikan panduanNya kepada manusia berhubung dengan hubungan yang sepatutnya
dengan alam. Firman Allah S.W.T dalam Surah al-Araf ayat 56 yang bermaksud :

Janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi setelah Allah menyediakan segala yang
membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang
(kalau-kalau tidak diterima). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang
yang berbuat kebajikan.

Menurut Islam, manusia dan alam adalah makhluk ciptaan Allah S.W.T namun manusia diberikan
taraf lebih tinggi berbanding dengan makhluk lain lantaran kelebihan akal dan tanggungjawab sebagai
khalifah. Tugas yang perlu dilaksanakan oleh manusia sebagai khalifah ialah merealisasikan akidah tauhid
dalam kehidupannya. Asas pembangunan tamadun manusia yang hakiki bermula daripada cara hidup yang
dianjurkan oleh Islam, dan hanya Islam yang mampu untuk memakmurkan dunia ini dengan sebaik-
baiknya. Manusia perlu memelihara dan memulihara alam sekitar mengikut peraturan-peraturan Allah
S.W.T atau sunnatullah.


2.2.3 MANIFESTASI DAN SIFAT-SIFAT TAMADUN ISLAM

Tamadun Islam sebagai sebuah tamadun yang berasaskan wahyu mempunyai manifestasinya yang
bertujuan untuk melahirkan hubungan harmoni manusia dengan Allah S.W.T, hubungan sesama manusia
dan alam sejagat. Ia juga memiliki sifat-sifat yang menjadikannya cukup unik dan istimewa berbanding
dengan tamadun lain. Manifestasi Tamadun Islam adalah untuk melindungi dan memelihara lima perkara
yang dianggap penting dalam tamadun manusia iaitu :

i. Menjaga Agama

Agama Islam sebagai anugerah dan nikmat yang dikurniakan oleh Allah adalah sistem hidup yang perlu
dipertahankan oleh penganutnya. Agama Islam adalah agama Allah S.W.T dan menjadi pilihan Allah
S.W.T (Ali Imran, 3:19, 85; al-Maidah, 5:3). Bagi orang yang telah memilih Islam, maka mereka wajib
menunaikan tanggungjawab sebagai muslim dan sekiranya keluar daripada Islam maka mereka dikira
murtad. Bagi menjamin supaya iman dan agama ini terpelihara maka Islam mengenakan hukuman yang
berat bagi orang yang keluar daripada agama Islam ataupun golongan yang murtad.
33
ii. Menjaga Nyawa

Hak untuk hidup telah dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada manusia. Nyawa manusia tidak boleh
dilakukan sewenang-wenangnya. Sesiapa yang membunuh manusia lain tanpa sebab-sebab yang di
haruskan oleh syarak mereka dianggap melakukan jenayah yang akan dikenakan hukuman berat. Islam
juga melarang penganutnya dari membunuh diri sendiri.

iii. Menjaga Akal

Islam sangat mengambil berat tentang pemeliharaan akal fikiran. Pemeliharaan akal fikiran wajib ke atas
setiap manusia kerana ia akan membawa kepada kesempurnaan akal dan menunjukkan kesempurnaan
makhluk manusia berbanding dengan makhluk lain. Justeru Islam melarang daripada sesuatu yang boleh
menggugat kewarasan akal.

iv. Menjaga Kehormatan Dan Keturunan

Allah S.W.T mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian dan kehormatannya perlu dijaga dan dikawal.
Kehormatan diri manusia seperti maruah diri, kehormatan keturunan dikawal menerusi sistem
perkahwinan. Perkara-perkara negatif seperti berzina, seks bebas, hubungan luar tabii dilarang keras oleh
Islam bertujuan semata-mata untuk memelihara kehormatan dan kemuliaan keturunan manusia.

v. Menjaga Harta Benda

Islam telah menetapkan dan memberikan garis panduan mengenai hak untuk memiliki harta benda dan
kewajipan untuk mempertahankannya. Sesiapa yang cuba untuk melucutkan harta seseorang tanpa
kebenaran seperti mencuri, menyamun dan menipu akan dikenakan hukuman yang berat.

Secara umumnya Tamadun Islam meliputi segala pencapaian dan kemajuan dalam setiap lapangan
kehidupan oleh sesebuah bangsa atau ummah sama ada pencapaian dalam daya intelektual, keilmuan,
teknologi dan pembuatan, ekonomi dan kewangan, etika dan akhlak yang berpaksikan keesaan kepada
Allah S.W.T. dan keredhaannya selaras dengan Firman Allah S.W.T dalam Surah Saba ayat 15 yang
bermaksudnya:
Sesungguhnya bagi Kaum Saba ada tanda (kekuasaan Tuhan) di tempat kediaman
mereka iaitu dua buah kebun di sebelah kanan dan di sebelah kiri. (Kepada mereka
dikatakan) Makanlah olehmu dari rezeki yang (dianugerahkan) Tuhanmu dan
bersyukurlah kepada Nya. Negerimu adalah negeri yang baik dan (Tuhanmu) adalah
Tuhan yang Maha Pengampun.


Tamadun Islam juga meletakkan akidah, syariah dan akhlak sebagai asas untuk membangunkan
manusia, kerana manusialah yang akan membangun dan memakmurkan alam ini. Ia memiliki sifat-sifat
khusus serta tersendiri. Sifat-sifat tersebut menjadikan Tamadun Islam sebagai satu tamadun yang sentiasa
mampu bertahan dengan cabaran tanpa mengira sempadan masa dan geografi. Antara sifat-sifat tersendiri
dan unik Tamadun Islam ialah:


SIFAT-SIFAT TERSENDIRI DAN UNIK TAMADUN ISLAM:

i. Universal atau sejagat
Kesejagatan merupakan suatu sifat yang istimewa bagi Tamadun Islam. Kesejagatan bermaksud Tamadun
Islam dapat dilihat dan dikesan di mana sahaja di muka bumi ini tanpa sempadan geografi, asalkan
menjadikan Islam sebagai al-din. Di mana wujudnya din Islam, maka di situ berkembangnya Tamadun
Islam.



34
ii. Terbuka
Faktor keterbukaan merupakan salah satu sifat Tamadun Islam yang membolehkannya mudah diterima
oleh kebanyakan manusia. Keterbukaan dalam konteks ini bermaksud Tamadun Islam yang wujud tidak
terbatas kepada sempadan tertentu. Tamadun Islam dapat menerima malah menggalakkan penerusan unsur-
unsur yang terdapat pada tamadun-tamadun lain, selama mana tidak bertentangan dengan syariat Islam.
Atas dasar keterbukaan ini, dapat dilihat pada hari ini betapa berwarna-warninya Tamadun Islam, sesuai
dengan keadaan serta situasi setempat.

iii. Sesuai Sepanjang Zaman
Tamadun Islam bermula dengan penurunan wahyu kepada nabi terakhir iaitu Nabi Muhammad s.a.w. di
Gua Hira. Peristiwa turunnya wahyu tersebut telah menjadikan Tamadun Islam sebagai satu-satunya
tamadun dunia yang dapat ditentukan dengan tepat tarikh kelahirannya. Bermula dari saat tersebut,
Tamadun Islam mula dan akan terus wujud tanpa sempadan masa dan sesuai untuk semua manusia di
sepanjang zaman.

iv. Toleransi Terhadap Tamadun Dan Budaya Lain
Salah satu elemen yang membolehkan Tamadun Islam berkembang tanpa sempadan masa dan geografi
adalah sifat toleransi serta keterbukaannnya terhadap agama dan budaya lain. Tamadun Islam berkembang
ke luar dari Semenanjung Tanah Arab dan dapat diterima dengan mudah oleh masyarakat tempatan. Ini
kerana Islam menjamin hak-hak asasi masyarakat tempatan, sama ada beragama Islam ataupun bukan
Islam. Bagi masyarakat tempatan yang menganut Islam, mereka masih boleh terus mengamalkan budaya
serta adat resam mereka selagi tidak bertentangan dengan batasan syarak. Manakala bagi masyarakat bukan
Islam, hak-hak kemanusiaan mereka terus terpelihara, sama ada dari sudut kebebasan beragama,
berbudaya, keselamatan dan sebagainya. Melalui sifat toleransi tersebut, keharmonian serta keamanan
dapat dikekalkan dalam masyarakat setempat.

v. Kesatuan Dalam Kepelbagaian
Akidah merupakan asas serta titik tolak yang mendasari Tamadun Islam. Akidah berperanan menyatukan
segala bentuk pencapaian serta kemajuan yang dicapai oleh Tamadun Islam, agar segalanya dinaungkan di
bawah kekuasaan Pencipta Yang Maha Berkuasa iaitu Allah S.W.T. Keimanan kepada Allah mewujudkan
satu tamadun yang mempunyai nilai setara dari semua sudut, iaitu segala-galanya berpunca dan kembali
kepada Allah S.W.T. Kepelbagaian penemuan, pencapaian dan perkembangan yang sentiasa berlaku dalam
Tamadun Islam merupakan sebahagian daripada manifestasi keimanan umat Islam kepada Allah S.W.T.

vi. Keseimbangan Antara Rohani Dan Jasmani
Tamadun Islam sentiasa mengajar umatnya agar mewujudkan keseimbangan antara rohani dan jasmani,
spiritual dan fizikal. Islam tidak melihat kejayaan serta keutuhan tamadun manusia dari sudut jasmani atau
fizikal sahaja. Islam mengiktiraf kewujudan manusia dalam dua entiti utama iaitu unsur rohani dan unsur
jasmani atau fizikal. Kedua-dua entiti tersebut sentiasa bersepadu, seiringan dan tidak terpisah sama sekali.
Ada ketikanya, peranan jasmani lebih penting dan ada masanya peranan rohani lebih menyerlah. Namun,
kedua-duanya sentiasa tetap bersepadu.

vi. Rabbani
Tamadun Islam agak berbeza dengan tamadun-tamadun lain kerana Tamadun Islam didasari oleh nilai-nilai
ketuhanan dan keagamaan. Sumber, matlamat, metod dan tujuan kehidupan manusia dalam Islam telah
ditetapkan oleh Allah S.W.T. Allah S.W.T telah menentukan sumber yang menjadi pedoman kehidupan
manusia. Sumber tersebut seterusnya diaplikasikan dalam meletakkan tumpuan serta metod kehidupan.
Islam membenarkan perjalanan kehidupan manusia yang mempunyai pelbagai tujuan duniawi, di samping
melaksanakan satu-satunya matlamat kehidupan iaitu pengabdian diri kepada Allah S.W.T.

vii. Sempurna Dan Menyeluruh
Islam telah memberikan panduan serta pedoman yang sempurna untuk kehidupan manusia secara
menyeluruh. Tidak ada suatu perkara yang tidak diberikan panduannya oleh Islam. Aspek akidah dan
kepercayaan, peraturan dan kehakiman, akhlak dan hubungan antara manusia sesama manusia atau dengan
alam sekeliling, dan lain-lain telah digariskan oleh Islam melalui ajarannya yang disampaikan oleh
Rasulullah s.a.w.
35
viii. Idealistik Dan Realistik
Secara idealnya, Islam meletakkan kesempurnaan sebagai tahap tertinggi yang ingin dicapai oleh setiap
individu. Kesempurnaan mungkin sukar untuk dicapai, namun ia dapat diusahakan melalui pengawasan
berterusan oleh undang-undang serta peraturan Allah S.W.T. Dengan itu, kehidupan manusia sentiasa
terpelihara dan berada di atas landasan Ilahi. Teras usaha mencapai kesempurnaan tersebut adalah
kesederhanaan dan kesempurnaan dalam setiap aktiviti kehidupan manusia. Idea tersebut adalah realistik
apabila kita melihat bahawa kehidupan manusia berlangsung di atas dunia yang nyata. Dunia yang nyata
merupakan simbolik tentang hakikat kewujudan dan kebenaran Allah S.W.T.


2.2.3 SUMBER TAMADUN ISLAM

Tamadun Islam mempunyai sumber-sumbernya tersendiri yang memungkinkan ia berkembang dan mampu
memenuhi keperluan manusia.

2.2.4.1 Al-Quran
Sumber utama Tamadun Islam ialah al-Quran. Kitab yang diturunkan oleh Allah S.W.T adalah suci
mengandungi nilai mukjizat yang tinggi samada dari sudut akidah, syariah, akhlak dan moral, bahasa,
persejarahan, pemikiran dan intelektual, ketamadunan, rahsia alam semesta dan sebagainya. Ia sesuai
sepanjang zaman dan lengkap, sesuai dengan tahap manusia dan ketamadunan.

Kandungannya menggalakkan manusia berfikir untuk mencapai kesejahteraan hidup, memberi dorongan
dan semangat mereka untuk meneroka alam di segenap bidang. Segala kegiatan dan kemajuan yang dicipta
dikehendaki mengikuti lunas-lunas yang telah ditetapkan.

2.2.4.2 Al-Sunnah
Al-Quran menggariskan prinsip-prinsip asas, kemudian dihurai dan diperincikan oleh al-Sunnah. Ia
merupakan sumber inspirasi umat Islam untuk membentuk, membangun dan mengembangkan tamadun
mereka.

Sesuatu pembaharuan yang dibuat, boleh dikatakan tamadun, tetapi tidak boleh digolongkan
sebagai Tamadun Islam kalau bertentangan dengan sumber-sumber ini. Ringkasnya, semua sudut tamadun
Islam dicorakkan di atas acuan al-Quran dan al-Sunnah. Daripada al-Quran dan al-Sunnah dicerakinkan
akidah, syariah dan akhlak untuk dilaksanakan dalam kehidupan manusia. Pelaksanaannya ditunjukkan
oleh Rasulullah s.a.w. dan para ulama selepas baginda.

2.2.4.3 Ijtihad
Dalam tamadun manusia banyak perkembangan baru berlaku . Sebahagian daripada pembaharuan itu tidak
jelas dari segi hukumnya, kerana tidak terdapat secara nyata dalam Al-Quran dan Al-Sunnah. Oleh itu
menjadi peranan ulama atau cendikiawan Muslim untuk mengolah hukum terhadap perkara-perkara baru
berdasarkan keilmuan yang mereka miliki dengan merujuk kepada sumber Al-Quran dan al-Sunnah.

Justeru itu umat Islam digalakkan untuk membuat kajian dan meneroka bidang-bidang demi
kepentingan kemajuan umat Islam khususnya dan dunia amnya selama mana tidak bercanggah dengan
tuntutan syariat Islam.

2.2.4.4 Tamadun Dan Budaya Lain
Dalam membina tamadun, Islam tidak menolak sumber-sumber yang datang daripada tamadun lain yang
tidak bercanggah dengan nilai-nilai Islam. Hal ini dapat dilihat dengan jelas, misalnya apabila Islam datang
ke dalam masyarakat Arab, masyarakat Barat ataupun masyarakat Timur, Islam menerima nilai-nilai baik
masyarakat berkenaan yang tidak bertentangan dengan syariatnya.

Tamdun Islam pada dasarnya banyak dipengaruhi oleh Tamadun Arab yang menekankan
kepentingan dalam perkembangan kebudayaanya. Tamadun Arab dipanggil Tamadun Islam apabila Islam
berjaya menyatukan orang-orang Arab, Parsi, Turki dan suku-suku bangsa lain. Agama Islam yang dibawa
oleh Nabi Muhammad S.A.W telah mengubah sistem politik, ekonomi dan sosial msyarakat Tanah Arab.
36
Begitu juga di peringkat awal orang Islam belum mengenali tulisan dimana kebanyakan daripada
ahli-ahli Akademik dan saintis yang aktif dalam tamadun ini terdiri dari orang-orang Yahudi, Kristian dan
Zorastrian serta mereka yang baru memeluk Islam. Oleh itu Tamadun yang berkembang di timur Tengah
berasal dari banyak tradisi.

Kesan dari interaksi antara Tamadun Islam dengan tamadun lain telah memperkayakan Tamadun
Islam. Misalnya hasil interaksi dengan Tamadun Parsi dan Byzantium masyarakat Islam telah mengambil
dan mengubahsuai berbagai bentuk lembaga dan organisasi kenegaraan dan ketenteraan. Dari tamadun
Yunani pula diambil aspek falsafah dan ilmu, dari tamadun India pula diambil matemtik dan ilmu bintang.
Tamadun China pula memberi sumbangan bagaimana teknik membuat kertas. Dari tamadun Mesir Islam
memperkembangkan teknologi membuat dakwat dan secara langsung gabungan antara dua teknologi ini
telah membantu perkembangan keilmuan Islam. Secara umumnya dasar keterbukaan Tamadun Islam dan
mudah berintegrasi dengan tamadun lain sebagai pemangkin kepada pengkayaan khazanah dalam
Tamadun Islam


2.3 KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM

Islam bermula sebagai sebuah agama dengan penurunan wahyu pertama di Mekah pada tahun 610 Masehi
dan sebagai sebuah negara dan tamadun pada tahun 622 Masehi iaitu selepas berlakunya peristiwa Hijrah
ke Madinah. Sesudah itu, selama 10 tahun Rasulullah S.A.W. mendidik dan membentuk para sahabatnya
dengan Islam secara amalan dan penghayatan sehingga terbinanya generasi Islam pertama. Keadaan ini
berterusan sehingga kewafatan baginda pada tahun 632 Masehi.

Sesudah itu, para sahabat baginda dan pengikut-pengikut para sahabat itu meneruskan perjuangan
baginda sehinggalah ke penghujung zaman Khulafa al-Rasyidin iaitu pada tahun 660 Masehi dan telah
menyebarkan Islam ke seluruh Semenanjung Arab, Mesir, Syria, Iraq dan Teluk Parsi.

Selepas itu, Tamadun Islam telah diganti oleh daulah atau dinasti Bani Umayyah yang bermula
pada tahun 661 Masehi yang menyebarkan Islam ke Afghanistan, Transaxonia, Multan dan Armenia.

Apabila Daulah Umayyah dijatuhkan oleh Bani Abbasiyah pada tahun 750 Masehi dan
menubuhkan Daulah Abbasiyah, era Daulah Abbasiyah dikatakan sebagai era kemuncak Tamadun Islam.
Perluasan pengaruh Islam telah sampai ke seluruh Afrika Utara, Andalusia, seluruh India Utara dan
Anatolia (Turki). Di zaman inilah meningkatnya perkembangan ilmu pengetahuan, seni, teknologi dan
pembangunan negara serta lahirnya ilmuan-ilmuan Muslim yang terulung iaitu Ibn Sina (980-1037 M),
seorang tokoh falsafah, sains dan perubatan, Ibn al-Haitham (965-1039M) tokoh fizik dan Matematik dan
juga al-Ghazali (1058-1111 M) tokoh falsafah dan Tasauf (Sayyed Hussein Nasr , 1984).

Selama 736 tahun Islam telah berjaya bertapak di bumi Eropah (Sepanyol) sehinggalah pada tahun
1492 Masehi, Sultan Muhammad II telah dilucutkan dari takhtanya oleh tentera Kristian. Pada tahun 1258
Masehi, tentera-tentera Monggol di bawah kepimpinan Hulagu Khan telah menakluk Kota Baghdad.
Sementara itu, Daulah Uthmaniah Turki telah diasaskan secara rasminya sekitar 1300 Masehi dan
mencapai kemuncaknya apabila Sultan Muhammad II al-Fatih yang berjaya menguasai Constantinople
pada tahun 1453. Kerajaan Uthmaniah berjaya melebarkan empayar mereka ke Eropah Timur iaitu Bosnia,
Serbia, Croatia, Bulgaria, Austria, Hungry dan juga Macedonia. Begitu juga perluasan daerah empayar
mereka telah berkembang sehingga ke Timur Laut Mediterranean, pesisir Laut Merah, pesisir Laut Hitam
dan juga seluruh wilayah Afrika Utara serta Teluk Parsi.

Di India pula pada tahun 1526, Zahiruddin Babar setelah terusir dari Asia Tengah, masuk ke India
dan mengalahkan Sultan Delhi di Panipat telah menubuhkan kerajaan Mughal (Moghul) yang tegak selama
332 tahun. Zaman kemuncaknya pada kurun ke 17 telah menguasai ke seluruh benua kecil India. Kerajaan
Moghul musnah apabila sultan terakhirnya Bahadur Shah Zafar digulingkan oleh kuasa British pada 1858,
sekali gus juga mengakhiri 1000 tahun pemerintahan Islam di India.

37
Di akhir kurun ke 18, Kerajaan Uthmaniah Turki mula menjadi lemah dan sedikit demi sedikit
wilayahnya di Eropah Timur dan utara Afrika terlepas dari penguasaan mereka samada kepada kuasa
Eropah ataupun kepada serpihan kerajaan Islam yang lain. Kerajaan Uthmaniah yang berdiri teguh selama
637 tahun akhirnya runtuh apabila sultan terakhirnya iaitu Sultan Abdul Hamid telah digulingkan dari
pemerintahannya oleh Kumpulan Belia Turki atau The Young Turks pimpinan Jeneral Mustaffa Kamal
yang seterusnya dilantik menjadi Presiden Turki seumur hidup. Dengan ini, maka berakhirlah sistem
khilafah dalam Islam sekaligus era kecemerlangan Tamadun Islam mulai malap. Sehingga negara-negara
umat Islam mulai dijajah oleh Barat satu persatu dan akhirnya menjadi negara yang mundur dan tidak
berwibawa.


2.4 SUMBANGAN TAMADUN ISLAM KEPADA PERADABAN DUNIA

Keagungan sains dan teknologi hasil daripada semangat penyelidikan yang dicetuskan oleh Islam. Selama
lapan abad (897M-1492M) orang-orang Islam menjadi perintis dan pelopor tamadun di Andalus
(Sepanyol). Didorong oleh semangat cintakan ilmu orang-orang Islam menjadi pemimpin dan guru dalam
kegiatan keilmuan di institusi pendidikan di Andalus pada masa itu.

2.4.1 Faktor-Faktor Kecemerlangan
Tradisi mengkaji dengan bebas di samping menghargai fikiran manusia merupakan kejayaan di dalam
kehidupan intelektual Muslim. Ini selaras dengan ayat al-Quran pertama yang diturunkan lepada nabi
Muhammad s.a.w dengan seruan bacalah dan perkataan al-Qalam (pena) membuktikan bahawa Islam
menganjurkan umatnya agar menuntut ilmu. Ia juga menunjukkan bahawa tingginya nilai ilmu serta
kedudukannya dari perspektif Islam.

Selain itu terdapat beberapa faktor lain yang mendorong lepada kecemerlangan Tamadun Islam
sehingga dapat memberi sumbangan yang besar kepada kebangkitan Tamadun Islam sehingga dapat
menerajui tamadun dunia di abad-abad pertengahan.

i. Gesaan al-Quran dan al-Sunnah
Ajaran al-Quran dan al-Sunnah yang tertanam kukuh di jiwa umat Islam ketika itu menjadikan mereka
orang-orang yang cintakan ilmu dan berusaha mengembangkannya kepada penduduk Andalus. Dengan
kerjasama dari pemerintah telah membina sekolah dan bandar. Kanak-kanak dari keluarga miskin
diberikan pendidikan secara percuma. Ini membangkitkan kesedaran yang tinggi mengenai pentingnya
ilmu pengetahuan kepada masyarakat Andalus yang selama ini diabaikan dari aspek pendidikan.

Umat Islam telah mengembangkan ilmu tradisi seperti tafsir, hadis, fekah, ilmu-ilmu moden yang
mencakupi matematik, astronomi, geografi dan lain-lain. Sejarah telah mencatatkan bahawa di bawah
pemerintahan dan pentadbiran Islam, hampir tidak ada rakyat Andalus yang buta huruf.

ii. Galakan Pemerintah
Sepanjang pemerintahan Islam di Andalus (711 1492M) fenomena naungan politik para pemerintah
terhadap kegiatan intelektual menjadi sebahagian daripada pencapaian Umat Islam di Eropah. Ilmu dan
intelektual tidak berkembang tanpa dorongan pemerintah Islam ketika itu.

Bermula daripada 711M sehingga zaman kemuncak, iaitu 756 1031M setiap lapisan masyarakat
diperkenalkan dengan sistem pembelajaran yang itensif dan komprehensif dalam semua bidang. Buku-
buku dan guru-guru serta sarjana islam telah dibawa masuk ke Andalus dan di masa yang sama pemerintah
telah menaja pelajar-pelajar untuk mendalami semua bidang ilmu yang boleh membina masyarakat. Di
antara khalifah yang sangat berdedikasi dalam bidang keilmuan ialah Abdul Rahman al-Ausat. Baginda
telah melibatkan diri secara langsung dalam kegiatan-kegiatan keilmuan. Baginda telah membina universiti
dan menaungi ulamak dengan ganjaran yang sewajarnya dengan elaun-elaun yang tertentu.
Khalifah al-Hakam telah mengambil iniasiatif dengan mendirikan perpustakaan dan membeli
buku-buku rujukan serta mengumpulnya dengan tujuan mempercepatkan lagi usaha pendemokrasian ilmu
di kalangan masyarakat. Beliau turut mengundang para cendikiawan dari setiap pelusuk negara seperti
Baghdad, Damsyik dan Iskandariah. Masjid dan istana turut dijadikan tempat menyebarkan ilmu. Hampir
38
seluruh Andalus mempunyai pusat pengajian dan universiti, antaranya di Seville, Granada, Toledo,
Valencia dan Cordova yang muncul sebagai pusat intelektual yang terpenting di Eropah.

iii. Kesetabilan Andalus
Kestabilan politik, ekonomi dan social di Andalus turut menjadi penyumbang kepada perkembangan ilmu
pengetahuan. Keistimewaan masyarakat Andalus yang bersifat majmuk seperti Islam, Yahudi dan Kristian
telah mewujudkan daya saing dan budaza ilmu yang memberangsangkan. Ia juga melahirkan ulama dan
ahli fekah dari pelbagai bangsa. Fenomena kepelbagaian bangsa, budaza, tamadun dan keharmonian kaum
di antara penduduk Andalus telah memberi dorongan kepada semua lapisan masyarakat untuk
mendapatkan ilmu pengetahuan di camping memantapkan lagi identiti, komuniti dan intelektual.

Pemerintah Andalus juga telah membuka ruang kepada wanita untuk menimba ilmu dan terlibat
dengan urusan intelektual. Sejarah telah mencatatkan tidak kurang dari 100 orang wanita Andalus telah
terlibat dalam penulisan mashaf ketika itu.

Selain dari orang Islam, khalifah telah memberi pengiktiran kepada cendikiawan bukan Islam,
antaranya ialah Moses bin Maimon dan Salomn ben Gabirol dari bangsa Yahudi. Kedua-dua mereka
terdiri dari ahli falsafah dan banyak mencurahkan tenaga dalam aktiviti penterjemahan.

Kestabilan yang ada di Andalus telah menjadi faktor kecemerlangan kepada Tamadun Islam di
Andalus yang akhirnya menjadi sumber kekuatan kepada tamadun dunia secara keseluruhannya.

iv Kerjasama Para Ulama dan Cendikiawan
Faktor yang mempercepatkan perkembangan ilmu pengetahuan di Andalus ialah kerjasama dan usaha
tanpa mengenal jemu oleh para ulama dan cendikiawan. Semasa pembukaan Andalus, para cendikiawan
dan ulama telah bersama-sama ke Andalus sebagai tentera. Mereka datang ke Andalus bersama ilmu dan
pengetahuan yang disebarkan kepada penduduk Andalus dengan meyebarkan akidah Islam dan
menyelesaikan permasalahan mengenai syariah dan fekah. Ibn Hazm (994 1064M) umpamanya
merupakan ilmuan Muslim yang agung di Andalus. Beliau seorang ahli fikir sasterawan dan hakim,
mampu menguasai pelbagai bidang ilmu. Begitu juga dengan Ibn Firnas Yahya dan Yahya al-Ghazal.

Kepesatan kegiatan intelektual ini disebabkan para ulama dan ilmuan Islam yang menghadapi
cabaran ilmiah daripada pemeluk Islam yang baru. Hujjah-hujjah falsafah dan ilmu lojik mereka yang
kukuh terpaksa ditanggani dengan hujjah-hujjah yang lebih mantap. Justeru itu para cendikiawan dan
ilmuan Muslim perlu memperlengkapkan diri dengan ilmu dan kaedah falsafah serta perbahasan yang lebih
dinamik dan mampan. Jelasnya gandingan mantap antara ulama Islam telah menjadi faktor kepada
kecemerlangan ketamadunan di Eropah.

2.4.2 Pengaliran Ilmu Islam ke Eropah

Dalam menganalisa pengaliran ilmu-ilmu Islam ke Eropah, para sejarawan sepakat mengatakan terdapat
beberapa faktor pendorong seperti peranan orang-orang Mozarrab, perdagangan, hubungan diplomatik,
aktiviti penterjemahan, pembukaan Pulau Sicily dan pembukaan Andalus.

i. Peranan Orang-Orang Mozarrab

Mozarrab adalah panggilan kepada masyarakat Kristian, ia diambil dari bahasa Arab, Mustaribun
(Orang-orang yang diarabkan), iaitu orang-orang Kristian yang tertarik dan mengamalkan beberapa aspek
kebudayaan Arab dan Islam. Mereka turut belajar bahasa Arab di samping bahasa Latin dan Romawi.
Orang-orang Muzarrab memainkan peranan yang penting dalam penyebaran ilmu Islam ke Eropah.
Dengan mempelajari bahasa Arab, mereka berpeluang membaca karya-karya dan hasil penulisan orang-
orang Islam. Mereka juga membelanjakan wang yang banyak untuk mendirikan perpustakaan bagi
menempatkan koleksi-koleksi bahasa Arab.



39
ii. Hubungan Diplomatik

Sejarah telah mencatatkan bahawa telah wujud hubungan diplomatik di antara negara-negara Eropah dan
Andalus lantaran sikap mereka yang berhasrat memajukan Eropah setanding dengan Andalus, antaranya
England, Perancis, Jerman dan Belanda. Mereka telah menghantar delegasi yang terdiri dari relajar-pelajar
ke Andalus untuk menuntut ilmu seperti sains, kesenian, pertukangan dan lain-lain. Mereka juga telah
menghantar pembesar dan putera raja mereka untuk melanjutkan pelajaran di Andalus bagi mendalami dan
mempelajari setiap aspek kemajuan yang dimiliki oleh orang-orang Islam.

Ketika itu Universiti Cordova yang diasaskan oleh Abdul Rahman sebagai universiti yang
terkemuka ketika itu. Ia menampung bukan sahaja pelajar-pelajar Islam, malah pelajarnya juga terdiri dari
orang-orang Kristian dan Yahudi dari seluruh dunia termasuk dari Eropah, Afrika dan Asia.

iii. Aktiviti Penterjemahan

Seiringan dengan kemasukan pelajar-pelajar dari seluruh dunia, aktiviti penterjemahan semakin giat
dilakukan. Antara pusat penterjemahan yang masyhur ketika itu ialahToledo yang telah berjaya melahirkan
cendikiawan yang pakar dalam pelbagai bidang.

Buku-buku yang sering diterjemahkan meliputi bidang matematik, astronomi, mantik, perubatan,
kimia dan botani. Penterjemahan berlaku dari bahasa Arab ke Bahasa Latin dan sebaliknya. Dengan
aktiviti penterjemahan ini, berlaku pemindahan ilmu secara aktif dan meluas.

iv. Pembukaan Sicily

Setelah berada di bawah kekuasaan Islam selama 800 tahun, Sicily berperanan secara langsung dalam
pemindahan ilmu ke Eropah. Kedudukannya yang strategik, ditengah-tengah perjalanan antara Eropah dan
Afrika, mendorong ia menjadi pusat intelectual yang penting ketika itu.

Antara faktor yang mempercepatkan proses pemindahan ilmu ini ialah guru-guru yang mengajar di
sekolah dan masjid dikecualikan dari berkhidmat di bidang ketenteraan. Ini membolehkan mereka memberi
tumpuan kepada bidang-bidang pengajaran. Peranan pemerintah yang turut mencintai ilmu dan berusaha
memperkembangnya turut menpengaruhi situasi ini.

Abad ke 10 dan 11 M, Qairawan telah muncul sebagai pusat kegiatan keilmuan di Afrika Utara.
Hasilnya ramai cendikiawan dan Ulama Islam telah muncul di Sicily antaranya ialah Hamzah al-Basri,
seorang ahli filologi dan sasterawan dan Muhammad bin Khurasan, seorang yang mahir dalam bidang
qiraat. Tokoh-tokoh lain ialah Abdul Haq bin Muhammad dan Ibnu Zaraf yang pakar dalam bidang llmu
Kalam, Asad bin al-Furut dalam bidang ilmu fekah.

2.4.3 Kegiatan-kegiatan Keilmuan dan Intelektual

Bidang intelektual telah mendapat peruntukan yang paling besar dari pemerintah Andalus. Sekolah dan
universiti dibina di seluruh pelusuk negara. Situasi ini turut menjadi tumpuan masyarakat Eropah untuk
menimba pelbagai disiplin ilmu yang tidak mungkin mereka perolehi di negara mereka sendiri. Istana-
istana khalifah dan gabenor turut dijadikan tempat pertemuan para intelektual untuk berbincang dan
mencari formula-formula baru bagi meninggikan lagi tahap pendidikan yang sedia ada.

Antara aspek yang menonjol ketika itu ialah :

i. Ekonomi
Kedatangan Islam ke Andalus mampu mengasaskan satu bentuk ekonomi baru yang dikenali sebagai
ekonomi mediteranean melalui sistem perladangan, perindustrian dan perdagangan. Orang-orang Islam
yang memang terkenal di bidang perniagaan dan perdagangan telah menyumbangkan kepakaran dan
kemahiran mereka dalam mengembangkan lagi pengaruh Islam ke Eropah. Mereka mendirikan kedai-kedai
dan gedung-gedung perniagaan yang beroperasi mengimpot barang-barang dari seluruh dunia. Hubungan
40
perdagangan dengan Eropah melalui jalan darat manakala dengan Asia dan Afrika melalui jalan laut.
Bandar-bandar palabuhan di Andalus menjadi tumpuan kapal-kapal dagang asing seperti Venice dan
Iskandariah.

Di sektor pertanian orang-orang Islam turut memperkenalkan metod-metod baru seperti pembinaan
empangan, sistem saliran, tali air, jambatan dan jalan-jalan raya yang lebih baik di seluruh Andalus
meliputi Toledo, Cordova, Marsille dan Valencia. Tanaman buah-buahan seperti delima, limau dan industri
ulat sutera dijalankan secara aktif.

ii. Perubatan
Warisan yang ditinggalkan oleh Hipcrates (360M) dan Galen (210M) dianggap otoriti awal dalam bidang
perubatan. Hasil dari pengamatan dan kajian oleh ilmuan Muslim, telah diterjemah dan diterima pakai oleh
sarjana Islam dengan beberapa penambahan yang lebih baik.

Ilmu-ilmu ini telah diintegrasikan dengan ilmu perubatan Nabi Muhammad s.a.w. yang telah
diwarisi Sejas tahun pertama Hijrah. Antara tokoh yang penting dalam bidang ini ialah Ibnu Bajah, Ibn
Tufail, Ibn Rusd dan al-Katib. Mereka ini terkenal dengan physician, manakala Ibn Hazm membahagikan
ilmu perubatan kepada dua iaitu perubatan jiwa (spiritual), jenis-jenis organ, penyakit dan puncanya serta
cara penyediaan ubat yang betul. Yang kedua ialah penggunaan ubatan dan surgery.

Tokoh-tokoh lain ialah al-Razi yang telah menulis lebih dari 200 buah buku. Antara bukunya yang
terrenal ialah al-Hawi dan kitab al-Asrar mengenai penyakit cacar, buah pinggang, mata, hidung, telinga
dan jantung. Ibn Sina melahirkan kitab yang masyhur, qanun fi al-Tibb yang membicarakan tentang dadah,
patologi dan cara penggunaan ubat yang menjadi bahan rujukan utama dalam bidang perubatan kini. Ibn
Rusyd telah menulis buku perubatan yang komprehensif iaitu Kulliyyat fi al-Tibb yang memberi ulasan
secara terperinci mengenai anatomi, fisiologi, penyakit-penyakit, simpton dan rawatannya, ubat-ubatan
serta pemeliharaan kesihatan.

iii. Astronomi
Ilmu astronomi juga mendapat tempat di Andalus. Di antara pakar dalam bidang ini ialah al-Farghani telah
menulis tentang bintang-bintang. Selepas beliau, muncul pula Abu Masyar dan al-Battani yang telah
membuat beberapa pembetulan pada karya-karya Ptolemy dan menentukan ketepatan gerhana matahari.

Al-Zarqali pula dari Toledo merupakan seorang ahli astronomi dan matematik. Beliau telah
mencipta sebuah jam air yang boleh menunjukkan masa pada waktu siang dan malam serta menyusun
nama-nama hari dalam setiap bulan.
Pada keseluruhannya sarja astronomi Islam telah berjaya meninggalkan kesan yang mendalam dan
besar dalam bidang astronomi dan seterusnya telah memberi laluan kepada generasi kemudian untuk terus
membuat kajian dan penyelidikan.

iv. Matematik
Andalus turut melahirkan sarjana terkemuka dalam bidang Matematik. Antara yang termasyhur ialah al-
Karmani dari Cordova. Beliau telah memperkenalkan matematik Ikhwan al-Safa ke Andalus. Sarjana
Muslim telah mengemukakan kepada dunia mengenai ilmu algebra dalam bentuknya yang asli.

Nama lain yang masyhur ialah al-Khawarizmi. Beliau memperkenalkan persoalan darab dan
bahagi mengikut cara algebra. Bukunya Hisab al-Jabar wa al-Muwabala telah digunakan di Eropah
sehingga abad ke 16M. Sumbangan al-Khawarizmi yang lain ialah angka sifar yang digunakan dengan
begitu meluas sama ada oleh sarjana Islam mahupun Barat.

v. Senibina
Di Andalus, bandar dan kawasannya telah diperindah dan diperlengkapkan dengan binaan masjid, pasar,
istana, tempat-tempat mandi dan lain-lain binaan yang indah. Masjid dan istana merupakan dua binaan
penting dan pusat kepada semua aktiviti, maka ia dibina dengan senibina yang istimewa dan indah.

41
Seni hias menjadi satu elemen yang penting bukan sahaja di bandar Andalus, malah juga di
bandar-bandar Islam yang lain seperti Kufah, Basrah, Kaherah dan lain-lain. Unsur-unsur alam menjadi
pilihan umat Islam dalam menghias tempat-tempat tersebut. Para pemerintah biasanya memberi galakan
dengan mengupah sesiapa sahaja sama ada orang Islam atau bukan Islam yang mempunyai bakat dalam
seni hiasan bagi mencapai keindahan yang paling maksima. Pada masjid dan istana dibinakan menara dan
pintu gerbang serta ukiran yang sangat tinggi nilai senibinanya.


2.5 TAMADUN ISLAM ERA PASCA PENJAJAHAN

Pada era kolonial Barat, banyak negara-negara Islam yang dijajah mula mengalami kemunduran dan
keruntuhan akibat serangan dan kongkongan dari kuasa-kuasa besar dunia seperti Eropah, Rusia, Amerika
dan sebagainya. Kejatuhan dan kelemahan masyarakat Islam adalah disebabkan oleh serangan yang kuat
dari pihak kolonial di samping ketiadaan semangat jihad di dalam jiwa masyarakat Islam serta pemimpin-
pemimpinnya.

Dr. Yusuf al-Qardhawi, sarjana Islam kontemporari telah merumuskan empat medium utama ke arah
penguasaan Barat ke atas umat Islam melalui :

i. Sistem Pengajaran dan Pendidikan
Dalam proses penjajahan, pihak kolonial Barat menggunakan sistem pendidikan dengan membina sekolah
dan institusi pendidikan yang mengguna pakai sistem pendidikan Barat yang menekankan kepada aspek
kebudayaan Barat dengan matlamat menjauhkan umat Islam yang dijajah, dari ajaran Islam yang sebenar.
Atas dasar pemodenan, mereka telah menghantar pelajar dari beberapa negara umat Islam seperti Turki dan
Mesir, ke Barat untuk menimba ilmu pengetahuan dan mereka balik ke negara asal mereka dengan celupan
Barat. Golongan ini berfahaman sekular yang memisahkan agama dari kehidupan sebagai contoh di Turki
seorang tokoh Nasionalis, Ziya Gokalp (1875 -1924) yang kemudiannya dikenali sebagai Bapa
Nasionalisme Turki. Beliau merupakan seorang pemuja Tamadun Barat. Berlandaskan pemikiran sekular,
beliau mengganggap agama hanya merupakan satu kepercayaan atau ritual sahaja. Dengan itu, ilmu
pengetahuan seperti psaikologi, sosiologi, biologi, fizik, matematik tidak ada hubungan sama sekali dengan
agama.

Seorang lagi tokoh nasionalis Turki ialah Mustafa Kamal Atatuk (1881 1934), beliau digelar
sebagai Bapa Sekular Turki. Beliau melaksanakan penghapusan institusi keagamaan dan apa sahaja yang
berkaitan dengan agama Islam disingkirkan. Selepas memegang tampuk pemerintahan pada tahun 1923,
beliau memusnahkan ajaran Islam sebagai satu cara hidup dengan menggantikan sistem pemerintahan
berasaskan sekularisme dan nasionalisme. Mustafa Kamal Atatuk dalam proses pembaratan, merupakan
pengikut setia yang berkiblatkan Barat dalam semua aspek dan memisahkan Turki dari tradisi Islam.
Kemuncak sekularismenya, masjid-masjid telah ditutup, pakaian Barat diwajibkan malah memakai tarbus
atau songkok merupakan satu kesalahan dan hijab bagi wanita Islam diharamkan. Pada tahun 1926
diluluskan Turkis Civil Code untuk menggantikan undang-undang syariah. Sehingga kini, Turki merupakan
sebuah negara Islam yang berfahaman sekular dan mempertahankan nilai-nilai Barat dalam semua aspek
kehidupan.

Di Mesir, sekularisme bermula dengan kejatuhan negara itu ke tangan Napoleon Bonaparte
(kolonial Perancis) pada tahun 1798. Proses pembaratan Mesir secara meluas bermula pada zaman
pemerintahan Muhammad Ali (1795 1845) apabila dikirim pelajar-pelajar Mesir ke England, Perancis,
Itali dan Austria. Selepas itu berkembanglah pemikiran Tamadun Barat di Mesir melalui kemunculan Al-
Tahtawi (1801 1873), diikuti oleh Qasim Amin, Ali Abd al-Raziq, Taha Hussain dan lain-lain. Menurut
Dr. Ali Syariati. Orang-orang Asia, Afrika, diajar bagaimana cara berfikir, berpakaian, berkeinginan
malah bagaimana harus bersedih dan bergembira mengikut cara Barat, selain dari membina hubungan
sosial dan berbelanja. Ini berarti satu kebudayaan baru telah diperkenalkan secara tidak langsung melalui
penduduk tempatan yang mendapat pendidikan dari Barat. Mereka diterapkan dengan pemikiran bahawa
apa jua yang datang dari Barat adalah lambang kemodenan dan kemajuan. Di India, Syed Ahmad Khan,
melalui sokongan kolonial British, telah menubuhkan Muhammadan Anglo-Oriental College (Aligarh)
menurut model University Cambridge yang bercorak pendidikan sekular dan liberal. Menurut Abul Hasan
42
Ali al-Nadwi, sistem ini mempunyai dua kelemahan iaitu bersifat sekular dan dualisme. Ia mendapat
tentangan dari ulamak kerana tunduk kepada nilai Tamadun Barat dan akan mempengaruhi akidah dan
akhlak masyarakat Islam.

ii. Akhbar dan Media Massa
Akhbar dan media massa memainkan peranan yang besar dalam penerapan ideologi dan gaya hidup Barat
kepada masyarakat Islam di negara yang dijajah. Ia merupakan saluran utama kepada massa yang
menyebabkan perubahan cara berfikir, aspek nilai dan cara hidup keseluruhannya. Ia dilakukan dalam
bentuk berita, rencana, kesusasteraan yang kreatif serta gambar-gambar yang mempersonakan. H. A. R.
Gibb dalam bukunya yang berjudul Modern Trends In Islam menyatakan bahawa institusi sekolah dan
kolej sahaja belum cukup untuk menyebarkan fahaman Barat, malah ia juga perlu disampaikan kepada
masyarakat umum melalui media massa terutama akhbar kerana menurut beliau akhbar adalah media yang
paling berkesan dan berpengaruh di dunia Islam ketika itu.

iii. Serangan sosial
Selain dari sistem pendidikan dan media massa, diperkukuhkan pula dengan medium serangan sosial
terutama dalam aspek kebudayaan. Ia berlaku secara langsung dan tidak langsung yang menyerap dalam
masyarakat Islam dan mengakibatkan rasa kekaguman yang melampau kepada cara hidup Barat dengan
mengenepikan sistem hidup Islam yang dipandang kolot dan ketinggalan zaman.

Menurut Malik Ben Nabi, aliran pengkaguman Barat yang disebut modernist ini merupakan tiruan
tanpa keaslian. Di India, muncul Syed Ahmad Khan (1817 1898) yang berusaha untuk mentafsirkan al-
Quran berasaskan semangat modenisme Barat iaitu berasaskan nilai-nilai rasionalisme, materialisme,
saintisme, naturalisme, relativisme, evolusionisme dan sebagainya. Antara pendapat serta tindakan beliau
ialah menolak mukjizat dalam Islam, menolak hukum Islam yang dianggap tidak lagi sesuai dengan zaman
moden seperti hukum hudud. Beliau beranggapan hukuman hudud ini hanya sesuai dengan masyarakat
primitif dan tidak sesuai di zaman moden.

Selain itu, budaya keruntuhan sosial telah mula merosakkan diri umat Islam, terutamanya para
remaja yang sentiasa inginkan kepada keseronokan dan hiburan. Semakin ramai umat Islam yang kabur
terhadap nilai adat, budaya dan pegangan agama masing-masing yang sebenarnya. Kekeliruan ini kita lihat
di mana-mana samada terhadap anak-anak remaja bahkan juga golongan dewasa Islam. Di Malaysia,
sindrom bergaya dengan pakaian ala Barat yang mendedahkan aurat di sana-sini semakin popular. Remaja
wanita Islam bertudung kepala sebaliknya memakai baju singkat dan ketat sehingga mendedahkan
bahagian perut dan belakang. Begitu juga kita lihat artis-artis pujaan, bagaimana mereka tampil sebagai
seorang yang bersyukur, mengucapkan salam sedang dari aspek yang lain menerima imej Barat. Amat
mengelirukan sekali percampuran antara nilai ini terutamanya bagi generasi muda yang masih mentah
dalam membuat penilaian. Inilah sebahagian dari bahana budaya global yang dicipta oleh Barat menerusi
dominasi dan globalisasi.

Budaya global sering dikaitkan dengan unsur negatif terutamanya terhadap masyarakat Islam
kerana ia jelas didominasi oleh Barat yang mempunyai pertentangan nilai dengan Islam dalam banyak
aspek. Ia dibimbangi menghakis jatidiri umat Islam itu sendiri sedangkan jatidiri umat Islam adalah
berkait rapat dengan akidah atau ajaran Islam itu sendiri. Apakah Islam akan turut lenyap dengan
terhakisnya pegangan Islam dari hati umatnya. Jawapannya ialah benar, bahkan ia sememangnya agenda
yang sangat terancang bagi meruntuhkan sosial dan akhlak serta menjauhkan umat Islam dari nilai agama
dan budayanya.

Rentetan daripada pengaruh Amerikanisasi serta Zionisasi dalam sosial, hasilnya berleluasa
budaya hedonistik di kalangan generasi Muslim. Budaya hedonistik ialah budaya seronok di mana mereka
berpegang kepada falsafah hidup untuk menikmati keseronokan dan mereka akan memburu keseronokan
hidup dengan apa jua cara. Budaya ini berkait rapat dengan hiburan, pornografi, dadah, seks bebas dan
lain-lain. Remaja Muslim terkinja-kinja tanpa haluan di pesta-pesta hiburan atau konsert-konsert dari awal
malam sampai pagi tanpa mempedulikan pelajaran, kewajipan agama dan batas-batas pergaulan Islam.
Remaja yang dianggap sebagai harapan masa depan Islam adalah sasaran utama dengan menyediakan
pelbagai jenis tarikan hiburan, keseronokan, dan kelalaian menerusi media-massa, media elektronik,
43
internet dan sebagainya. Budaya Ilmu yang bertunjangkan akal fikiran, pengkajian, pembelajaran dan
penyelidikan semakin jauh dan dingin dalam diri remaja Muslim. Walhal pemupukan budaya ilmu adalah
faktor penting kecemerlangan umat Islam di masa lampau. Budaya ilmu yang sepatutnya dititik beratkan
dianggap berat dan membebankan.

Peningkatan gejala sosial juga berpunca dari hambatan pengaruh Barat dalam bidang ekonomi,
politik dan sosial itu sendiri. Tekanan ekonomi dan penguasaan syarikat-syarikat gergasi multi nasional
semakin meningkatkan kadar inflasi dan kemiskinan di negara-negara membangun umat Islam.
Kebanjiran pendatang Indonesia, Bangladesh dan Pakistan ke Malaysia adalah contoh yang representatif
dalam isu ini. Kebanjiran itu pula akan membentuk satu masalah baru bagi negara yang dikunjungi.
Antara kesan sampingannya ialah kegiatan perzinaan, pelacuran, jenayah pembunuhan, rompak, rogol,
ragut, samun dan berbagai lagi.

iv. Pengaruh Sekularisme
Menurut sejarah, sekularisme bermula pada zaman Renaisans ketika memuncaknya pergerakan sosial
humanisme yang menonjolkan kehebatan manusia .Pergerakan sosial ini timbul ekoran bantahan dan
tentangan terhadap fahaman keagamaan pada era zaman pertengahan. Dengan meresapnya unsur
sekularisme dalam peradaban Barat, maka wujudlah pemisahan antara alam tabii dengan alam
ghaib. Dalam hal ini, sekularisme dikaitkan dengan pemisahan antara agama dengan kehidupan secara
keseluruhannya.

Melalui proses penjajahan, sekularisme diterap masuk ke dalam negara umat Islam dalam semua
aspek hidup terutama sistem pentadbiran dan ianya berterusan sehingga ke hari ini walaupun negara umat
Islam telahpun mencapai kemerdekaan. Fahaman sekularisme pula telah lama disebar dan dibajai oleh
pihak Barat dan umat Islam yang mirip kepada Barat . Fahaman ini disenangi oleh nafsu amarah manusia
sedang melanda umat Islam dan menjadi wabak yang menghakis komitmen kepada nilai-nilai agama.
Sekiranya fahaman ini tidak dibendung dan tidak ditangani segera dengan berkesan maka akan terhakis dan
runtuhlah jatidiri generasi tua dan muda umat Islam kini. Pegangan mereka kepada agama akan luntur
bahkan semakin menipis dan larut. Pastinya umat Islam akan terus berpecah-belah menurut fahaman yang
berbagai ragam sehingga mereka menjadi alat untuk meruntuhkan agama mereka sendiri.

Hasil dari penjajahan kolonial Barat, umat Islam mula menyedari kepentingan untuk mereka
kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Era ini disebut sebagai era kebangkitan semula Islam dari
seluruh aspek meliputi aspek politik, intelektual, pendidikan, ekonomi, media dan sosial. Dalam dunia
Islam, bibit-bibit yang telah disemai oleh mujaddid dakwah dan juru islah klasik telah memberi sumber
inspirasi kepada generasi Islam di abad ke 20. Natijahnya muncullah gerakan tajdid di Asia Barat, Benua
India dan tersebar ke Afrika dan Asia Tenggara, terutamanya di Tanah Melayu. Fenimena ini merupakan
kebangkitan semula Islam untuk memperbaharui kefahaman dan amalan Islam secara menyeluruh.

Kebangkitan islam telah bertapak dan sedang berkembang di negara Islam termasuklah Mesir,
Sudan, Turki, Pakistan, Indonesia dan tidak terkecuali, Malaysia. Kejayaan Ayatullah Khomeini merubah
wajah Iran kepada kepimpinan Islam meletakkan ia sebagai sebuah kuasa Islam yang dihormati. Iran
sebelum ini dianggap sebagai sekutu Barat yang paling berpengaruh di Asia Barat ketika di bawah
pemerintahan Shah Riza Pahlawi, malahan mempunyai hubungan dan perjanjian rahsia dengan rejim
Yahudi di Israel. Kebangkitan Islam di Iran telah memberi kesan kepada gerakan Islam di seluruh dunia
selepas tahun 80an.

Kebangkitan Islam sehingga kini sudah menghampiri satu kurun lamanya. Ia masih jauh untuk
sampai kepada matlamatnya, iaitu menerajui kepimpinan tamadun manusia walaupun ia mempunyai segala
potensi. Menurut Sayyid Qutb, ia hanya akan berjaya bila ia digerakkan oleh kumpulan yang penuh dengan
keimanan dan terus istiqamah. Dalam konteks ini, pentingnya arus kebangkitan Islam pada hari ini
berusaha untuk menemukan metodologi yang sesuai dan menggabungkan seluruh potensi yang ada untuk
mengajak umat Islam untuk terus bangkit memperkasakan diri dan masyarakat dari segenap aspek. Di
samping itu arus kebangkitan ini perlulah dijalankan melalui institusi yang mengajak kepimpinan umat
Islam supaya kembali kepada ajaran Islam dan memperkukuhkan diri untuk menghadapi cabaran semasa.
44
Ia juga harus mengambil kira perubahan kualiti dan kuantiti dalam kehidupan umat islam secara
menyeluruh, mendalam, teliti, kepakaran dan analisis.


2.6 JIHAD DALAM ISLAM

Kalimah jihad secara umumnya bermaksud setiap usaha yang memerlukan curahan tenaga dan kekuatan
demi untuk mencapai matlamat dan cita-cita mulia dan ideal untuk menegakkan kebenaran dan kebaikan
demi untuk memartabatkan Islam di bumi Allah serta mengharapkan ganjaran dan keampunannya.

2.6.1 Jihad Nafsu
Manusia dicipta dari dua unsur iaitu jasmani dan rohani. Jin, iblis dan syaitan adalah musuh asli dan abadi
manusia yang pernah berlaku dalam sejarah kehidupan manusia sebagaimana Adam a.s dan Hawa pernah
termakan pujukan syaitan kerana memakan buah dari pokok yang dilarang oleh Allah S.W.T sehingga
mereka berdua dikeluarkan dari syurga .

Al-Quran menerangkan secara jelas dan terperinci segala tektik dan teknik tipu daya syaitan untuk
menyesatkan manusia. Perang kemusnahan iblis dan syaitan terhadap manusia bermatlamatkan
merosakkan merosakkan ketulinan akidah dan tauhid terhadap Allah, keikhlasan ibadah dan ubudiah dan
kejernihan dan kesucian akhlak muslim.

Oleh itu jihad nafsu ialah segala usaha dan kesungguhan untuk membersihkan jiwa dan
menyucikan hati dan sifat-sifatnya yang rendah dan keji untuk diisi dengan sifat-sifat yang mulia dan
terpuji. Demikian juga jihad dan perjuangan untuk membersihkan dan menyucikan jiwa dari kegelapan dan
kekotoran syirik untuk diisi dengan kejernihan dan sinar tauhid. Begitu juga segala usaha rohani untuk
membina keikhlasan hati nurani dalam beribadah kepada Allah.

Satu unsur yang sangat penting dalam syariat Islam ialah penghayatan ruh jihad dikalangan
ummahnya. Jihad satu konsep yang umum merangkumi segala aspek perjuangan menegakkan Agama
Islam yang suci. Ia bermula dari usaha menguasai diri sendiri sebagai muslim yang setia, membina
keluarga Islam yang utuh sebagai asas kepada pembinaan masyarakat Islam yang kukuh, melaksanakan
ajaran dan segala peraturan Islam dalam kehidupan. Jihad juga menekankan aspek mempertahan kan
kesucian Islam sama ada peringkat diri, keluarga masyarakat dan negara dari ancaman musuh dari dalam
dan luar.

Unsur yang penting dalam jihad ialah kesungguhan dan dedikasi dalam melaksanakannya. Ia
dilambangkan dengan pengorbanan dua faktor kehidupan ia itu harta dan nyawa. Umat Islam misalnya
perlu bangkit daripada kemelut kejahilan dan kemiskinan demi untuk memartabatkan semula imeg
ummahnya di mata dunia.

Segala keadaan dan situasi yang ada disekeliling umat Islam sekarang menunjukkan bahawa
perjuangan atau jihad yang perlu dihadapi oleh umat Islam sejagat lebih menyeluruh. Ia bermula daripada
jihad agung (al-Jihad al-Akbar), iaitu menguasai diri sendiri supaya berdisiplin penuh mengikut kaedah
dan tatacara Islam sampailah kepada membina semula kecemerlangan dan kegemilangan tamadun Islam.
Sebagai sebuah agama dan juga tamadun sekali gus Islam perlu menguasai semua bidang kehidupan
seperti pendidikan dan keilmuan, ekonomi dan kewangan, politik dan pemerintahan, sains dan teknologi,
persenjataan dan ketenteraan dan banyak lagi bidang-bidang kehidupan yang perlu diolah semula demi
untuk mengembalikan keunggulan tamadun Islam.

2.6.2 Jihad Ilmu dan pendidikan
Umat Islam harus melihat kepentingan ilmu dan teknologi sebagai amat releven untuk mengangkat
martabatnya. Globalisasi yang mendatangi kita kini amat mencabar dan kesannya amat hebat. Umat Islam
jangan bersikap simplistik terhadap perubahan dan kemajuan. Isu utamanya bagaimana kita menangani dan
mengurus perubahan. Ia memerlukan strategi yang tinggi kebijaksanaan yang hebat supaya perubahan atas
nama globalisasi tidak menjadikan kita penjajahan bentuk baru. Umat Islam perlu mengarahkan maksud
jihad kepada pembangunan ilmu dan pendidikan, hidupkan budaya penyelidikan dan penerokaan kepada
45
bidang-bidang baru dalam dunia intelektual kini. Dalam masa yang sama kita mampu menampilkan
keunggulan ilmu-ilmu dan proses pendidikan yang Islami supaya akhirnya umat Islam mampu bangun
dengan acuannya sendiri.

Al Quran sering memaparkan tentang tradisi membaca atau iqra bahkan ayat pertama yang
diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W menjelaskan konsep ini. Begitu juga konsepulul albab yang
memberikan fokus kepentingan ilmu dan peranan para ilmuan dalam Membangunkan tamadun. Al Quran
memberikan keutamaan berfikir berasaskan kekuatan akal dan menginsafi berasaskan peristiwa-peristiwa
dan musibah yang terjadi dan keutamaan merenung, mengkaji dan menyelidik mengenai hakikat kejadian
alam dan hubungan dengan manusia berasaskan prinsip Al-Quran.

2.6.3 Jihad Mempertahankan Kesucian Islam
Bagaimanana pula pentafsiran Islam mengenai jihad mempertahan kan Islam dan Ummahnya dari
pencerobohan musuh-musuh Islam sebagaimana yang berlaku kepada umat Islam di Palestin yang ditindas
oleh rejim Yahudi. Isu Palestin adalah isu pencerobohan zionis terhadap kesucian Islam bumi Palestin dan
masjid al Aqsa yang di muliakan oleh Allah. Rakyat Palestin telah mencuba berbagai cara dalam usaha
untuk membebaskan bumi Palestin dan untuk mendapatkan semula hak mereka yang telah dirampas oleh
tentera zionis Yahudi. Di antaranya melalui perjanjian damai, persidangan, perundingan dengan mengikut
pelan damai yang dianjurkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Begitu juga Amerika Syarikat yang
menjadi sekutu Israel telah menabur janji untuk memberikan kekuasaan dan sebuah negara Palestin yang
merdeka juga melalui jalan buntu.

Rakyat Palestin yang telah muak dengan janji-janji kosong ini telah bangkit memilih jalan lain
untuk merungkai permasalahan yang menimpa mereka dengan bangkit menentang, berjuang menerusi
jihad memerangi tentera Israel yang telah mencabuli hak-hak mereka, membunuh, merampas tanah orang
Islam menyeksa dan membunuh kanak-kanak, memerangi kaum lelaki, menganyayai wanita melailui
ugutan dan berbagai-bagai penderaan yang dilakukan oleh tentera zionis tersebut.

Dalam situasi begini Jihad dalam artikata memerangi musuh Islam adalah amat wajar dan tidak
boleh dipinggirkan dengan begitu sahaja terutama dalam konsep membina kekuatan persenjataan dan
ketenteraan yang maju dan canggih.


2.7 KEBANGKITAN SEMULA ISLAM DAN PENERAPANNYA DI MALAYSIA

Gerakan kebangkitan semula Islam bertujuan mengatasi kelemahan dalaman masyarakat Islam yang
didominasi oleh kuasa penjajah Barat sekular. Ia bermula di akhir abad ke-18 dan menjadi semakin hebat
di akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Pada tahun 70-an dan 80-an wujud dua fenomena utama iaitu
gerakan dakwah sama ada kumpulan NGO mahupun badan-badan kerajaan juga program penerapan nilai
Islam oleh kerajaan dalam pentadbiran, perbankan, pendidikan, perundangan dan kepenggunaan.

2.7.1 Penerapan Nilai-Nilai Islam Dalam Pentadbiran
Agama Islam bukan sahaja meliputi amal ibadah yang khusus. Ia merangkumi keseluruhan aspek
kehidupan manusia. Pembangunan yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia bertujuan untuk membaiki taraf
hidup rakyat keseluruhannya. Ini adalah usaha yang bertujuan untuk kebaikan selaras dengan kehendak
Islam.

Penerapan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran di Malaysia ialah segala usaha untuk
mempertingkatkan daya produktiviti negara melalui amalan nilai-nilai amanah, rajin, bersih, tekun serta
usaha untuk menegakkan masyarakat di jalankan dengan lancar, teratur dan efisyen sesuai dengan
kehendak Islam. Pembentukan budaya kerja yang berasaskan nilai-nilai tersebut adalah tidak bercanggah
dengan budaya bukan Islam kerana ia adalah nilai-nilai universal yang boleh diterima oleh manusia
sejagat.

Penerapan nilai-nilai positif yang membina sangat penting bagi sesebuah masyarakat yang sedang
pesat membangun seperti Malaysia. Rancangan ini seiring dengan usaha-usaha pembangunan fizikal yang
46
sedang berkembang. Ia diasaskan kepada empat prinsip iaitu kesejagatan, tidak menyulitkan, memelihara
kemaslahatan umum dan melaksanakan keadilan.

Rasional dasar penerapan nilai-nilai Islam adalah seperti berikut ;

i. Pembangunan negara sebelum ini lebih mementingkan kepada aspek kebendaan. Dengan dasar
yang dilaksanakan ini, pembangunan bersepadu yang menggabungkan aspek kerohanian dan kebendaan
dijalankan secara seimbang.

ii. Islam sebagai agama rasmi negara mengandungi prinsip-prinsip dan nilai-nilai murni untuk faedah
dan keselamatan manusia sejagat. Nilai-nilai ini dapat membenteras berbagai jenayah seperti rasuah, salah
guna kuasa, pecah amanah dan lain-lain yang berleluasa dewasa ini.

iii. Kemajuan dan pembangunan sesebuah masyarakat memerlukan bimbingan. Nilai-nilai Islam dapat
memberikan bimbingan tersebut dalam membentuk masyarakat supaya tidak dilanda arus pemikiran yang
dapat merosakkan maruah sesebuah negara.

Kerajaan Malaysia telah memilih pentadbiran sebagai bidang yang khusus dalam menerapkan nilai-nilai
Islam pada masa ini. Pentadbiran dipilih sebagai pilihan utama berdasarkan kepada perhatian yang
diberikan oleh Islam membuktikan betapa pentingnya pentadbiran kerana ia menjadi jambatan bagi
melaksanakan usaha-usaha perkembangan Islam dan penghayatannya. Sekiranya pentadbiran pincang,
sudah tentu sesuatu rancangan akan gagal dan terbengkalai.

2.7.2 Aplikasi Prinsip Islam Dalam Aspek Ekonomi
Sebagai sebuah negara Islam, Malaysia telah mengambil langkah yang wajar untuk memastikan sistem
kewangan Islam berfungsi selaras dengan prinsip-prinsip syariah yang telah digariskan oleh al-Quran dan
al-Sunnah dari segi matlamat dan operasinya. Tujuan utama ialah untuk memenuhi keperluan umat Islam
terhadap satu sistem yang benar-benar menepati lunas syariah sebagai satu sistem kewangan yang
komprehensif serta mampu bersaing dengan sistem konvensional yang telah wujud sekian lama.

Sejarah penubuhan Bank Islam Malaysia Berhad telah bermula semenjak tahun1970an lagi. Usul
penubuhan bank Islam di negara-negara Islam telah dibincang di peringkat antarabangsa apabila seruan ini
dikemukakan oleh perwakilan negara Mesir dan Pakistan dalam Mesyuarat Kedua Menteri-Menteri Luar
Negara Islam dalam tahun 1971. Berikutan daripada usul tersebut, kajian demi kajian telah dibuat untuk
merealisasikan penubuhan bank Islam ini. Kajian-kajian ini kemudiannya telah dikemukakan dalam
Mesyuarat Pertama Menteri-Menteri Kewangan Negara-Negara Islam pada Disember 1973.

Bank Islam telah diperbadankan sebagai sebuah syarikat berhad di bawah Akta Syarikat 1965 pada
1 Mac 1983 dengan nama Bank Islam Malaysia Berhad, selepas kerajaan mempersetujui penubuhannya
sebagai menyambut seruan umat Islam negara ini. Bank Islam telah memulakan perniagaannya 4 bulan
kemudian iaitu pada 1 Julai 1983 sebagai bank Islam pertama di Asia Tenggara dengan modal permulaan
RM80 juta. Penubuhan Bank Islam adalah untuk meyakinkan kepada orang ramai bahawa sistem
kewangan Islam ini boleh berdaya saing dan memberi manfaat bukan sahaja kepada orang Islam, bahkan
juga kepada orang-orang bukan Islam.

Bank Islam juga telah memperluaskan skop operasinya dengan memperkenalkan produk-produk
seperti Pakej Pembiayaan Peribadi, Akaun Simpanan Wadiah, Akaun Simpanan Ijraa dan Skim Ar-Rahnu.
Mulai Jun 1997.

Bertepatan dengan Konsep Islam sebagai al-Din, agama untuk dunia dan akhirat, setiap ibadah
yang difardukan oleh Allah S.W.T memberi manfaat dunia dan akhirat. Atas keyakinan wajib menunaikan
haji bagi mereka yang mampu, umat Islam terdorong untuk menyimpan wang bagi membolehkan mereka
melaksanakan rukun Islam yang kelima tersebut. Bagi mengelakkan unsur riba yang haram di sisi Islam,
berbagai kaedah tradisional menyimpan wang diamalkan. Ada juga yang menjual ternakan dan harta benda
warisan bagi mencukupkan perbelanjaan ke Tanah Suci, yang mana akhirnya mengakibatkan tekanan
ekonomi ke atas diri sendiri dan keluarga, semasa dan sekembalinya mereka dari menunaikan fardhu haji.
47
Amalan ini juga secara tidak langsung turut merosakkan struktur ekonomi luar bandar serta mengancam
pertumbuhan ekonomi negara.

Untuk memberi kemudahan kepada bakal haji dalam merealisasikan hasrat murni mereka, pada
tahun 1969 lahirlah Lembaga Urusan dan Tabung Haji atau ringkasnya Tabung Haji, yang ditubuhkan di
bawah Akta 8, Akta Lembaga Urusan dan Tabung Haji 1969. Perbadanan ini wujud hasil penerimaan
kertas kerja Profesor Di Raja Ungku Aziz bertajuk Rancangan membaiki Ekonomi Bakal-bakal Haji
pada tahun 1959.
Tabung Haji ditubuhkan bukan sahaja untuk menguruskan pemergian jemaah haji ke Tanah Suci,
malah ia juga berfungsi sebagai suatu badan alternatif kepada umat Islam di Malaysia untuk menyimpan
wang sambil melabur secara halal dan mengikut lunas-lunas Islam.

Demi menjamin kesinambungan daya saingnya dalam era globalisasi satu kajian telah dibuat
dalam tahun 1995 bagi meluaskan lagi skop dan peranan Tabung Haji. Dari itu, pada 1 Jun 1995 akta baru
Tabung Haji iaitu Akta 535, Akta Lembaga Tabung Haji 1995 dikuatkuasakan yang memansuhkan akta
lama dan nama Lembaga Urusan dan Tabung Haji digantikan dengan Lembaga Tabung Haji pada 28 Ogos
1997, dan serentak dengan itu huruf TH diperkenalkan sebagai singkatan nama menggantikan perkataan
Tabung Haji.

Secara umumnya kerajaan telah berusaha untuk mengembangkan lagi produk-produk perbankan
Islam sehingga mampu menerajui hub halal yang terkenal di seluruh dunia. Ternyata sistem Islam berjaya
menegakkan keadilan yang jauh dari sifat penipuan dan gharar yang diharamkan oleh Islam untuk
menjamin kesejahteraan hidup manusia.

2.7.3 Pendekatan Islam Hadhari
Selaras dengan ini kerajaan telah memperkenalkan dasar Islam hadhari dengan memberi penekanan pada
aspek pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban.

Konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Y. A. B. Perdana Menteri, Dato seri Abdullah Hj.
Ahmad Badawi, malah telah dijadikan dasar dalam pembangunan negara adalah satu usaha untuk
mengenengahkan Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap dan menyeluruh meliputi seluruh ruang
lingkup kehidupan manusia di samping mengembalikan semula kegemilangan Islam di persada dunia.
Sesungguhnya Islam berkemampuan untuk menyelesaikan bukan hanya permasalahah di peringkat
peribadi, tetapi juga menggarap persoalan keluarga, masyarakat, negara dan ummah. Sebab itu, semua
agenda pembangunan ummah, peradaban negara dan keutuhan bangsa perlu digarap untuk sama-sama
bangkit bersama keterbilangan Islam sebagai al-Din yang diredai Allah. Firman Allah yang bermaksud:
Pada hari ini telahku sempurnakan untukmu agamamu, dan telah Kucukupkan
kepadamu nikmatKu, dan telah Kuredhai Islam itu menjadi agama bagimu.

Kerajaan telah merangka pelbagai agenda pembangunan yang selaras dengan tuntutan Islam
melalui pendekatan seimbang dalam aspek-aspek spiritual, ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan, undang-
undang dan sebagainya. Kerajaan menyedari bahawa Islam bukanlah satu agama bersifat ritual semata-
mata, tetapi agama yang bersifat praktikal iaitu diturunkan untuk mengatur kehidupan masyarakat secara
realistik. Dengan itu, suatu pendekatan yang dikenali sebagai Islam Hadhari telah diperkenalkan untuk
membangkitkan kesedaran baru kepada masyarakat terhadap konsep sebenar ajaran Islam, dengan harapan
akan dapat memacu pembangunan ummah dan negara (JAKIM, 2005).

Ketika menjawab soalan berhubung dengan Islam Hadhari, Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Dato Dr. Abdullah Md. Zin telah menjawab (Mujaini Tarimin, 2005):

Islam Hadhari adalah konsep Islam yang menekankan kepada aspek pembangunan,
misalnya pendidikan Islam, pengurusan pentadbiran yang baik, unsur ketamadunan yang
baik, pembangunan yang baik, bukan sahaja fizikal tetapi merangkumi kerohanian,
pembangunan yang berkaitan dengan agama, pendidikan dan juga ekonomi Islam.

48
Beberapa prinsip Islam Hadhari telah dirangka bagi merangsang perubahan minda umat Islam
secara menyeluruh dan sistematik yang tidak bersifat sektor atau partisan, yang sudah tentunya
memerlukan satu perubahan pandangan global umat Islam. Selaras dengan itu, konsep hidup sebagai
pengabdian kepada Allah dan konsep kerja sebagai ibadah, manusia sebagai khalifah dan kewajipan
mencapai kekuatan dalam semua bidang kehidupan akan ditekankan, khususnya dalam memenuhi prinsip-
prinsip maqasid al-syariyyah yang sentiasa berkembang seperti menjaga, memartabat dan memperkasa
agama, akal, nyawa, harta dan keturunan. Pendekatan Islam Hadhari adalah untuk membuktikan keupayaan
Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh yang sentiasa mengamalkan prinsip kesederhanaan atau
wasatiyyah, sesuai dengan tuntutan agama Islam. Ia juga selaras dengan dasar-dasar negara yang dilaksana
masa kini dan yang akan dicapai pada masa hadapan seperti Wawasan 2020, Dasar Pembangunan Negara
dan sebagainya. Pendekatan Islam Hadhari menekankan nilai-nilai pembangunan sejagat yang sama sekali
tidak bercanggah dengan konteks masyarakat majmuk.

Perkataan hadharah berasal dari perkataan Arab, hadara iaitu kata lawan bagi badawah. Ibnu
Khaldun seorang ahli sosiologi dan sejarawan Arab yang terkenal yang memperkenalkan istilah hadarah
dalam membicarakan tentang peradaban insan. Kata ini juga bermaksud sekumpulan manusia yang tinggal
kekal di sesuatu tempat atau kota atau wilayah dan tanah pertanian. Penggunaan istilah ini akhirnya
disamakan dengan kata tamadun. Menurut M. A. J Beg hadarah lebih tepat dimaksudkan dengan
kebudayaan (culture). Beliau menjelaskan bahawa perkataan umran lebih popular digunakan di abad
ke14M dan istilah hadarah pula lebih popular dalam abad ke 20M (M. A. J Beg, 1982).

Mengikut Kamus Dewan, masyarakat yang beradab atau bertamadun ialah masyarakat yang
memiliki tingkat kemajuan dalam kehidupan jasmani dan rohani. Tamadun dinyatakan sebagai satu
keadaan masyarakat yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta
perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik dan lain-lain) yang tinggi.

Takrif Islam Hadhari yang diperkenalkan di Malaysia bermaksud suatu pendekatan pembangunan
manusia, masyarakat dan negara Malaysia yang bersifat menyeluruh, berdasarkan kepada perspektif
Tamadun Islam. Sebagai huraiannya ia bolehlah dihuraikan sebagai berikut:
i. Pendekatan Islam Hadhari diperkenalkan kerana ia lebih lengkap dan menyeluruh berbanding
pendekatan Islam secara juzie atau terpisah-pisah seperti Islam bersifat politik (al-Islam al-Siyasi),
Islam bersifat tasawuf (al-Islam al-Sufi) dan seumpamanya.
ii. Islam Hadhari membawa maksud ajaran Islam yang memberi fokus kepada kehidupan untuk
meningkatkan kualiti hidup masyarakat bertamadun dan mempunyai peradaban unggul bagi
menghadapi cabaran alaf baru seperti ledakan teknologi maklumat, dunia tanpa sempadan, ekonomi
global, budaya materialisme, krisis identiti, jatidiri serta penjajahan fikiran.
iii. Pendekatan Islam Hadhari, tidak menolak pentingnya aspek ritual dalam pembinaan tamadun. Ini
kerana pandangan hidup, sistem nilai, kestabilan jiwa dan kemajuan rohaniah merupakan tonggak
kepada pembinaan tamadun yang luhur

Justeru Islam Hadhari ini juga boleh ditakrifkan sebagai penghayatan Islam yang mempunyai sifat-
sifat kemajuan peradaban, lawan kepada Islam Rajie yang mempunyai sifat-sifat kemunduran.

2.7.2.1 Visi, Misi dan Objektif Islam Hadhari

Visi Islam Hadhari adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh, iaitu sebuah
negara maju mengikut acuan sendiri. Konsepnya ialah negara yang mempunyai masyarakat membangun
dan memiliki ilmu, berkemahiran dan berketrampilan serta tergambar sebagai golongan yang berakhlak,
berbudi dan berbudaya yang berpaksikan kepada kepercayaan agama.

Misi Islam Hadhari pula ialah melaksanakan agenda pembangunan negara dan ummah
berlandaskan pendekatan Islam yang universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan berimbang. Objektif
Islam Hadhari ialah bagi melahirkan individu dan masyarakat Islam yang mempunyai kekuatan spiritual
(rohani), akhlak, intelektual, material, mampu berdikari, berdaya saing, melihat kehadapan, inovatif serta
cekap menangani cabaran semasa serta bijaksana, rasional, praktikal dan damai.

49
Memandangkan kepada visi, misi dan objektif Islam Hadhari yang sangat besar manfaatnya
kepada Islam dan umatnya, yang diperkenalkan oleh pemimpin kita pada hari ini, maka semua pihak
perlulah menyusun strategi yang bersepadu, termasuklah kementerian-kementerian yang menjadi asas
pembangunan moral dan akhlak rakyat, pendidikan, penerangan dan media, kesenian dan kebudayaan serta
lain-lain jabatan agar visi, misi dan objektif ini akan menjadi kenyataan (Ismail Ibrahim, 2005).

2.7.2.2 Prinsip-Prinsip Asas Islam Hadhari

Prinsip-Prinsip Islam Hadhari adalah dirangka menurut acuan yang diadunkan supaya amalan dan
pendekatannya tidak akan menimbulkan salah faham dan kebimbangan kepada mana-mana pihak dalam
sesebuah negara yang komposisi rakyatnya berbilang agama dan berbilang kaum. Pendekatan ini juga
adalah untuk memperkasa umat Islam supaya berupaya menghadapi cabaran dunia semasa. Prinsip-prinsip
tersebut ialah :
i. Keimanan dan Ketaqwaan Kepada Allah
Kewajaran meletakkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T sebagai prinsip Islam
Hadhari yang pertama adalah sesuatu yang tepat. Ini adalah kerana akidah atau keimanan merupakan
sesuatu yang asas di dalam kehidupan seseorang sama ada untuk pembangunan individu mahupun
masyarakat.

Kedudukan akidah dalam Islam berada di tahap yang paling asas dan terpenting dalam pembinaan
Tamadun Islam. Kepincangan akidah bererti musnahlah segala-galanya, kerana akidah adalah ibarat nadi
kepada jasad manusia, asas kepada sebuah binaan atau akar kepada sebatang pokok. Oleh itu rosaknya
bererti binasalah badan, binaan dan pokok tersebut. Sehubungan dengan itu Allah S.W.T telah berfirman
dalam Surah Ibrahim ayat 24 27 yang bermaksud :

Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan, kalimah yang baik
seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu
memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin TuhanNya, Allah membuat perumpamaan
itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat. Dan perumpamaan kalimah yang buruk, seperti
pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi, tidak dapat
tetap (tegak) sedikitpun. Allah meneguhkan iman orang-orang yang beriman dengan ucapan yang
teguh itu dalam kehidupan di dunia dan dicakhirat, dan Allah menyesatkan orang-orang yang
zalim dan memperbuat apa yang Dua kehendaki.

Ulamak tafsir, Al-Maraghi menyatakan bahawa maksud kalimah yang baik yang terdapat dalam ayat
ini ialah iman yang thabit di dalam hati orang-orang yang beriman yang akan mengangkat amal pelakunya
ke langit. Allah S.W.T telah membuat perumpamaan kalimah iman itu adalah umpama pokok yang tetap
akarnya menjunam jauh ke dalam bumi, dahan-dahannya pula menjulang ke langit dan mengeluarkan buah
setiap masa. Ia bermaksud apabila keimanan dan hidayah Allah S.W.T telah menyelubungi hati seseorang,
maka ia akan melimpah dan memberikan sinar kepada hati-hati anggota masyarakatnya, umpama cahaya
elektrik yang mampu menerangi kegelapan.

Al-Maraghi juga menyatakan bahawa Allah S.W.T mengumpamakan kalimah yang buruk sebagai
kekafiran dan syirik yang tidak mempunyai asas yang kuat dan tidak mampu menahan angin badai yang
melanda, iaitu akan musnah dan tidak akan memberi manfaat kepada manusia.

Dr. Yusof al-Qardhawi telah menyifatkan iman sebagai kepercayaan yang meresap ke dalam hati,
dengan penuh keyakinan, tidak bercampur syak dan ragu, serta memberi pengaruh bagi pandangan hidup,
tingkah laku dan perbuatan sehari-hari. Justeru itu iman bukanlah sekadar ucapan lidah, bukan sekadar
perbuatan dan juga bukan hanya pengetahuan tentang rukun-rukun iman.

Keimanan ini jugalah yang mendasari seluruh sistem dan dimensi kehidupan manusia. Ia
merangkumi seluruh aspek yang membabitkan persoalan al-Ilahiyyat (ketuhanan Allah S.W.T.), al-
Nubuwwat (kenabian dan kerasulan Muhammad s.a.w dan para nabi yang diutuskan), al-Ruhaniyyat
(makhluk-makhluk hidup yang ghaib daripada pandangan manusia) dan al-Ghaybiyyat (alam ghaib seperti,
Barzakh, Mahsyar, Sirat, Mizan, al-Jannah dan al-Nar). Keimanan juga meliputi keimanan dan keyakinan
50
terhadap semua Rukun-rukun Iman iaitu beriman kepada Allah S.W.T, para malaikatNya, kitab-kitab-Nya,
para rasulNya,

ii. Kerajaan Adil dan Beramanah
Adil adalah memberi yang hak kepada yang berhak akan haknya, mengikut kadar masing-masing. Ini
bersesuaian dengan firman Allah S.W.T dalam surah an-Nahl : 90 yang bermaksud :
Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan serta memberi bantuan
kepada kaum kerabat, dan melarang daripada melakukan perbuatan yang keji dan
mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini),
supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.

Islam Hadhari meletakkan amalan tadbir urus yang baik dan adil serta amanah kepada semua lapisan
rakyat. Pengurusan negara yang cekap, adil, amanah (tidak boros dan perbelanjaan berhemah) melahirkan
negara yang baik, maju, dan dirahmati Allah S.W.T.

iii. Rakyat Berjiwa Merdeka
Salah satu prinsip utama pendekatan Islam Hadhari ialah mewujudkan rakyat yang berjiwa merdeka.
Antara ciri jiwa merdeka ialah berfikiran kreatif dan inovatif. Masyarakat yang berjiwa merdeka dapat
melahirkan buah fikiran yang dinamik dan positif sehingga mampu melahirkan idea-idea baru yang
bermanfaat bagi memartabatkan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Ini selaras dengan firman Allah
S.W.T dalam al-Quran Surah al-Isra ayat 70 bermaksud:

Dan sesungguhnya kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan kami telah beri mereka
menggunakan berbagaibagai kenderaan di darat dan di laut; dan kami telah memberikan
rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta kami telah lebihkan mereka
dengan selebih-lebihnya atas makhluk-makhluk yang telah kami ciptakan.

Masyarakat hendaklah mengatasi belenggu pemikiran yang terjajah, bersikap terbuka kepada kemajuan dan
perubahan orang lain, tidak bersikap jumud dalam menghasilkan pemikiran berdaya maju dan menolak
amalan-amalan negatif yang boleh menyebabkan jiwa terus terbelenggu.

iv. Penguasaan Ilmu Pengetahuan
Kemampuan menguasai ilmu pengetahuan secara integratif boleh menjadikan kita memiliki kekuatan
pengetahuan yang pelbagai dan semasa supaya kecemerlangan intelektual dapat dikembangkan, kekuatan
peribadi dapat ditampilkan dan ketangkasan jasmani dapat dibangunkan. Proses ini perlu bagi melahirkan
insan seimbang dan harmonis seperti yang terdapat dalam matlamat Falsafah Pendidikan Negara Kita.

Melalui pengukuhan ilmu fardu ain yang dilengkapkan dengan penguasaan ilmu fardu kifayah,
hasrat untuk mencapai kecemerlangan terbuka luas. Melalui sistem pendidikan yang melengkapi dwi
pengkhususan dan double major, kita boleh melahirkan sumber tenaga yang mampu menerajui program
pembangunan negara dan ummah.

Usaha penggalian dan penerokaan serta penemuan ilmu sains dan teknologi amat digalakkan dalam
tradisi islam. Amat disedari umat islam ketinggalan dalam penguasaan sains dan teknologi pada masa kini.
Sewajarnya usaha pengkajian dan penyelidikan (tadabbur) dijadikan matlamat keilmuan supaya asas
pembangunan intelek, rohani dan jasmani dapat berlaku secara seimbang, menyeluruh dan teratur.

v. Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif
Dalam usaha untuk memajukan negara, aspek ekonomi turut sama diberi keutamaan oleh islam.
Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif memberikan satu pendekatan yang menggabungkan
kepada usaha memantapkan amalan ekonomi yang berakhlak dengan kemampuan melaksanakan aktiviti
ekonomi secara berkesan sesuai denagn perkembangan ekonomi di dalam negara dan diperingkat
antarabangsa.

Usaha-usaha untuk memantapkan keadilan dan kestabilan ekonomi di dalam negara akan terus
diberi keutamaan. Melalui strategi pembasmian kemiskinan, mencapai guna tenaga penuh, kestabilan paras
51
harga dan pertumbuhan ekonomi yang mapan, keadilan dan kestabilan ekonomi akan dapat dicapai.
Bahkan strategi tersebut menepati aspirasi Islam Hadhari.

vi. Kehidupan Berkualiti
Islam pada permulaannya memberi tumpuan yang penting kepada pencapaian kehidupan masyarakat
secara berkualiti. Mencapai tahap kehidupan yang tinggi dalam kesemua aspek keperluan adalah matlamat
utama agama. Bahkan islam menuntut semoga setiap individu berusaha menguasai ilmu dan kemampuan
untuk berjaya dalam kehidupan di dunia. Kehidupan akhirat adalah hasil daripada kemampuan individu
melaksanakan kehidupan yang berkualiti dari kesemua aspek termasuk aspek kerohanian, fizikal dan
material.

Kehidupan berkualiti akan dicapai melalui kejayaan negara memenuhi keperluan kehidupan asasi
seperti memelihara amalan beragama, kemampuan memajukan taraf pendidikan, menghayati kehidupan
yang aman, hak memiliki harta dan jaminan kepada generasi masa hadapan yang cemerlang.

vii. Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita
Pendekatan pendidikan Islam Hadhari memberi kemuliaan insan itu diberikan kepada setiap individu tanpa
diskriminasi, sama ada sebagai kumpulan majoroti atau minoriti. Hak-hak mereka dijamin oleh undang-
undang negara. Jaminan tersebut meliputi nyawa, agama, harta, kehormatan dan akal. Dalam Islam ia
terkandung dalam matlamat pensyariatan syariat Islam (Maqasid as-Syariah). Oleh itu tidak boleh berlaku
penafian hak-hak tersebut atau alasan menjadi kumpulan kecil atau perbezaan jantina. Penafian dan
halangan ke atas hak-hak tersebut adalah salah dari segi undang-undang.

Implikasi daripada jaminan tersebut meletakkan kumpulan minoriti dan wanita dapat menikmati
apa jua yang dinikmati oleh kumpulan majoriti dan lelaki. Mereka berhak untuk turut sama dalam
pembangunan negara dan menikmati apa jua yang dinikmati oleh kaum-kaum lain. Mereka boleh
menyertai dalam pentadbiran negara aktiviti ekonomi, sosial, pendidikan, agama dan politik. Isu mengenai
hak-hak wanita telah diberi perhatian yang khusus oleh kerajaan dalam menggubal dasar negara seperti
termaktub dalam Dasar Wanita Negara.

viii. Keutuhan Budaya Dan Moral
Keutuhan budaya dan moral amat penting dalam menguatkan benteng dan jati diri rakyat Malaysia
daripada terjebak dalam gejala keruntuhan akhlak, khususnya di kalangan generasi muda kerana mereka
adalah aset negara.

Dengan memiliki keutuhan budaya dan moral yang tinggi, negara akan dapat melahirkan
masyarakat Malaysia yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi, bebas daripada belenggu
masalah sosial, memiliki jati diri yang tinggi dan tidak mudah terpengaruh dengan budaya asing yang
bertentangan dengan budaya negara kita.

ix. Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar
Dalam mengejar pembangunan negara, manusia sering mengeksploitasi kekayaan alam semula jadi.
Perbuatan seperti pembakaran hutan secara berleluasa, pembalakan tidak terkawal dan penggondolan bukit
mengakibatkan alam sekitar musnah dan menyumbang kepada bencana alam seperti banjir kilat, tanah
runtuh dan pemanasan bumi.

Masyarakat Malaysia perlu dididik tentang kepentingan menghargai alam semula jadi melalui
penerapan nilai-nilai murni dan tanggungjawab alam sekitar, penerapan sains dan teknologi berteraskan
ajaran agama serta aktiviti penyelidikan dan pembangunan alam sekitar yang terancang dan tersusun.

x. Kekuatan Pertahanan dan Perpaduan
Setiap negara semestinya memiliki kekuatan pertahanan yang dapat menjamin keselamatan, keamanan dan
kesejahteraan rakyat. Melalui kekuatan pertahanan negara dapat menangkis sebarang bentuk pencerobohan
daripada negara lain.

52
Kekuatan persenjataan sahaja tidak mampu mempertahankan negara terutama di Malaysia yang
terdiri daripada rakyat pelbagai etnik atau lebih dikenali sebagai masyarakat majmuk. Dalam keadaan ini,
kerajaan harus berusaha untuk mengeratkan perpaduan antara kaum, sekali gus mengelakkan pembaziran
tenaga dan kewangan dalam menyelesaikan masalah yang berpunca daripada perbalahan sesama etnik.

Pendekatan Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia memfokuskan pada aspek
pembangunan dan pembinaan tamadun berpandukan pandangan semesta Islam. Penekanan diberikan pada
usaha mempertingkatkan kualiti kehidupan rakyat Malaysia melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan
dan pembangunan fizikal tanpa mengira kaum dan agama.

Pelaksanaan dasar-dasar kerajaan berlandaskan pendekatan Islam Hadhari yang menekankan nilai-
nilai pembangunan sejagat dan mengambil kira kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang
mempunyai penduduk pelbagai keturunan dan agama atau masyarakat majmuk. Pelaksanaan Islam Hadhari
sama sekali tidak membelakangkan masyarakat bukan Islam, mereka bebas menjalankan aktiviti ekonomi,
sosial dan politik sebagaimana yang di tekankan dalam sepuluh prinsip Islam Hadhari.


2.8 KESIMPULAN

Islam adalah agama yang bersifat sejagat, untuk seluruh manusia. Kemunculannya telah memberi sinar
baru kepada dunia yang malap dengan nilai-nilai jahiliyah, kepada dunia petunjuk dan rahmat. Islam telah
membawa perubahan kepada tamadun manusia dengan bertunjangkan akidah, berpaksikan perlaksanaan
syariat dan dihiasi dengan nilai-nilai akhlak mulia. Kemunculan Islam sebagai way of life telah
membentuk tamadun besar dunia serta memberi sumbangan kepada kebangkitan Eropah dan dunia
keseluruhannya. Tamadun Islam bermula dari zaman Rasulullah s.a.w. sehingga kini mempunyai dua
matlamat utama, iaitu menjana tamadun kemanusiaan dan membangunkan tamadun fizikal. Segala
perlakuan manusia sebagai penggerak tamadun mestilah berteraskan al-Quran dan al-Sunnah serta
sumbangan intelektual muslim dalam membangunkan dunia sejagat


RUJUKAN

Ibn. Khaldun, (1995) Mukaddimah, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

M.A.J. Beg (1982), Islamic and Western Concepts of Civilization, Kuala Lumpur : University of Malaya
Press.

R. G. Collingwood (1947), The New Leviathan Or Man, Society, Civilization And Barbarian, Oxford.

Sayyed Hossein Nasr, Science and Civilization in Islam, Dewan Pustaka Fajar, 1984, Shah Alam

Huntington, S. P. 1996. The Clash of Civilization and New World Order, New Delhi : Penguin Books.

Ziauddin Sardar, 1979, The Future of Muslim Civilisation, London : Croom Helm London.

Hashim Musa, Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia Menghadapi Globalisasi Barat, Universiti
Malaya dan Pusat Dialog Peradaban 2004, Kuala Lumpur.

Braudel, Fernard, 1993, A History of Civilization, Penguin BooksMahayudin Yahya, (1998), Tamadun
Islam, Shah Alam : Fajar Bakti.

Mustafa Hj. Daud, 1999, Tamadun Islam, Kuala Lumpur : Utusan Publication Sdn. Bhd.

Azhar Hj. Md.Aros, TITAS I, Fajar Bakti Sdn.Bhd, 2000, Shah Alam, Selangor

53
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (2005), Islam Hadhari Satu Penjelasan, Putrajaya : Penerbitan Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Mujaini Tarimin dan S. Salahudin Suyurno (2005), Islam Hadhari : Konsep dan Cabaran, Dlm.
Pembangunan Masyarakat Islam Hadhari, Shah Alam : Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam
(CITU) UiTM

Ismail Ibrahim (2005), Islam Hadhari dan Pembangunan Islam di Malaysia, Dlm. Pembangunan
Masyarakat Islam Hadhari.

Nik Mohd Rosdi Nik Ahmad (2006), Konsep Islam Hadhari, Kertas Kerja Dalam Bengkel Pemantapan
Pengajaran CTU 101, Anjuran Pusat Pemikiran dan kefahaman Islam, UiTM pada 14 15 Jun
2006.

Al-Maraghi, Ahmad Mustaffa (T.th.), Tafsir al-Maraghi, Jil.5, T.tpt : Dar al-Fikr.

Abdullah Mohamad Said (1999), Pengurusan Sumber dan Alam Sekitar, Shah Alam : Biroteks ITM.

Abdul Rahman Nawas dll (1995), Tamadun Islam, Kuala Lumpur: Pustaka Abdul Majid.

Asiah Ali, 2005. Tamadun Islam dan Tamadun Barat : Satu Analisa, Kertas Kerja Dalam Prosiding
Seminar Pemantapan Kurikulum TITAS dan Hubungan Etnik Peringkat Kebangsaan 2005,
Anjuran Kementerian Pengajian Tinggi dan Pusat Pemikiran dan kefahaman Islam, UiTM pada 9
-11 Jun 2005.

Abul Hasan Ali al-Hasany An-Nadwy, (terj.) Bey Arifin, 1984, Kerugian Dunia Kerana Kemunduran
Umat Islam, Singapura, Pustaka Nasional.

Muhammad Yusuf Ibrahim. 1991. Aspek dan Perkebangan Falsafah Sejarah Dunia Barat. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka .

Sulaiman Nordin. 1993. Sains Falsafah dan Islam: Kuala Lumpur: Pusat Pengajian Umum UKM.

Hamka. 1994. Sejarah Umat Islam: Singapura: Pustaka Nasional.

Mahmood Zuhdi, Jihad Dari Perspektif Islam, Kertas Seminar Kebangsaan Jihad Dari Perspektif Islam, 12
Julai 2003,Anjuran Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan
Sultan Idris

Mohamad Kamil Abdul Majid, 2001, Pertembungan Tamadun Islam Dengan Kolonialisme Barat,dalam
Tamadun Islam Dan Tamadun Asia: Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.





54
BAB 3

TAMADUN MELAYU: TERAS TAMADUN MALAYSIA


3.0 PENGENALAN

Tamadun Melayu adalah satu tamadun yang telah lama bertapak di rantau Asia Tenggara. Tamadun ini
telah berkembang dari kebudayaan orang Melayu, yang tergolong dalam kumpulan penduduk asal rantau
ini (Ahmad Hakimi 1998, 2006; Nik Hassan Suhaimi 1994; 1999). Perkembangan kebudayaan Melayu dari
zaman batu lama (paleolitik) sehingga kepada kemunculan tamadun Melayu terawal di rantau ini adalah
satu perbincangan yang begitu panjang sekali dan tidak akan dibincangkan dalam penulisan ini.
Sebaliknya, perbincangan dalam kertas ini lebih tertumpu kepada bukti-bukti kewujudan tamadun Melayu
yang awal dan bagaimana tamadun Melayu memainkan peranan yang penting dalam pembentukan
tamadun Malaysia.

Tamadun Melayu adalah satu konsep yang kompleks. Ianya tidak boleh disamakan dengan konsep-
konsep yang lain seperti ras, kebudayaan, dan bahasa. Keempat-empat konsep di atas merujuk kepada
perkara-perkara yang berbeza dan pada waktu yang sama mempunyai pertalian yang begitu rapat sekali
antara satu sama lain. Sebagai contoh, bahasa Melayu tidak semestinya dituturkan oleh orang-orang yang
datangnya dari ras dan kebudayaan yang sama. Di Malaysia, terdapat beberapa kumpulan etnik yang
berbeza yang boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Pada waktu yang sama, ada terdapat orang-orang
Melayu yang boleh bertutur dalam bahasa-bahasa yang lain seperti bahasa Arab dan bahasa Inggeris.
Perbincangan lanjut tentang keempat-empat konsep di atas akan dibincangkan di bawah ini.

Tamadun Melayu telah mengalami proses perkembangan yang lama dan melalui beberapa
manifestasi yang berbeza. Manifestasi-manifestasi ini penting dalam pembentukan tamadun Melayu.
Penerimaan agama Islam sebagai asas tamadun Melayu merupakan perkembangan yang paling penting dan
membentuk sebuah tamadun Melayu Islam yang cemerlang, gemilang, dan terbilang.

Tamadun Melayu merujuk kepada sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang
secara luasnya digolongkan sebagai kumpulan orang Melayu, tertumpu kepada suatu wilayah di Asia
Tenggara yang dikenali dengan pelbagai nama seperti gugusan Kepulauan Melayu (Malay Archipelago),
gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia, Nusantara, Alam Melayu, dan Tanah Jawi. Dua perkara penting
yang mewarnai tamadun wilayah ini ialah bahasa Melayu, yang menjadi bahasa perhubungan luas (lingua
franca) di seluruh kawasan ini, dan agama Islam yang menjadi pelengkap kepada pembentukan tamadun
Melayu.

3.0.1 Konsep Melayu
Sebelum perbincangan tentang konsep Melayu boleh dimulakan, terdapat beberapa istilah atau konsep asas
yang perlu diperjelaskan terlebih dahulu. Konsep-konsep ini adalah seperti masyarakat, dan kumpulan
etnik. Masyarakat hanyalah merujuk kepada satu kumpulan manusia. Kumpulan etnik merujuk kepada satu
kumpulan manusia yang terdiri daripada satu kebudayaan.

Istilah Melayu sebenarnya boleh merujuk kepada tiga perkara yang berbeza, iaitu ras (gentetik atau
biologi), kebudayaan, dan bahasa. Ras adalah satu istilah yang digunakan dalam bidang biologi dan
merujuk kepada satu kumpulan genetik yang mempunyai ciri-ciri fizikal yang hampir sama. Apabila istilah
Ras
4
Melayu digunakan, ianya hanya merujuk kepada kumpulan orang Melayu yang boleh diasingkan
daripada kumpulan lain dari segi ciri-ciri fizikal luaran dan kebudayaannya. Dalam kerangka pemikiran
bidang biologi, kumpulan ini adalah satu kumpulan kembang-biak (breeding population) yang berfungsi
secara terasing. Sungguhpun demikian, manusia sedunia pada hari ini tergolong dalam satu spesis iaitu

4
Istilah ras dan rumpun Melayu seringkali digunakan bertukar-ganti. Rumpun adalah istilah yang digunakan dalam
pergaulan umum manakala ras adalah istilah yang lebih tepat dan ilmiah.
55
Homo sapiens. Dari segi genetiknya, semua manusia di dunia pada hari ini mempunyai persamaan DNA
sebanyak 99.8% dan mampu berkahwin antara satu sama lain untuk melahirkan zuriat. Perbezaan dari segi
genetik antara manusia sebenarnya tidak begitu penting; sebaliknya perbezaan dari segi kebudayaan lebih
memainkan peranan untuk membezakan kumpulan-kumpulan ras ini.

Kebudayaan pula merujuk kepada ilmu pengetahuan sesuatu kumpulan manusia yang diwarisi dan
diturunkan daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain. Ilmu pengetahuan ini berfungsi seolah-
olah seperti satu sistem pengoperasian manusia oleh kerana ianya memberitahu manusia bagaimana untuk
berfungsi dengan manusia lain, alam sekitar, dan kuasa-kuasa ghaib. Apabila kita berinteraksi dengan
manusia lain, kita mengetahui bagaimana untuk menampilkan diri kita dengan orang yang kita temui.
Apabila kita berada di dalam sesuatu persekitaran, kita mengetahui bagaimana untuk mencari makanan.
Apabila kita berhadapan dengan kuasa-kuasa yang ghaib pula, kita mengetahui bagaimana untuk
mengurangkan kesan negatif terhadap kita.

Bahasa adalah sistem percakapan yang digunakan untuk berhubung dengan penutur-penutur
bahasa yang sama. Ras Melayu (atau rumpun Melayu) selalunya bertutur dalam kumpulan keluarga bahasa
Melayu-Indonesia yang mengelompokkan bersama-samanya sub-keluarga bahasa-bahasa Melayu, Jawa,
Sunda, Madura, Acheh, Minangkabau, Sasak, Melanau, Iban, Bajau, Murut, Bugis, dan Sulu. Keluarga
bahasa Melayu-Indonesia pula terangkum dalam Rumpun Bahasa Austronesia (Austronesia membawa
maksud orang-orang kawasan pulau-pulau selatan dan bahasanya merangkumi bahasa-bahasa yang
dituturkan dalam kawasan Asia Tenggara dan juga kepulauan Pasifik. Pada satu masa dahulu, rumpun
bahasa Austronesia dikenali dengan nama rumpun bahasa Malayo-Polinesia, manakala rumpun bahasa
Austronesia itu sendiri tergolong di dalam Filum Austrik) seperti berikut:



(RAJAH 1: Kedudukan Rumpun Bahasa Austronesia).

3.0.2 Wilayah Kebudayaan Melayu

Wilayah kebudayaan Melayu merujuk kepada satu konsep yang dipegang oleh masyarakat Melayu. Ianya
merangkumi kawasan-kawasan di mana tersebarnya ras (rumpun) Melayu dari pulau Madagaskar ke
kepulauan Pasifik. Secara umumnya, pusat teras wilayah ini adalah kawasan kepulauan Asia Tenggara
yang menjadi pusat kepada ras (rumpun) Melayu, bahasa Melayu, kebudayaan Melayu dan tamadun
Melayu.

(PETA 1: Wilayah Kebudayaan Melayu - dari Ensaiklopedia Kebudayaan dan Sejarah Melayu
terbitan DBP).

Di dalam wilayah kebudayaan Melayu, khususnya di kepulauan Asia Tenggara, terdapat konsep
perantauan. Orang-orang Melayu bergerak bebas di dalam kawasan perantauan dan apabila berada di luar
kampung atau kerajaan asal, mereka dianggap sebagai orang merantau. Orang yang merantau dianggap
sebagai sebahagian daripada orang Melayu. Dalam kerangka pemikiran masyarakat Melayu, kami
membawa maksud orang Melayu tempatan manakala kita membawa maksud orang Melayu di
seperantauan.

Orang Melayu membezakan orang Melayu dengan orang-orang dari kebudayaan lain. Kami dan
orang kita digunakan untuk merujuk kepada orang-orang Melayu manakala orang asing digunakan untuk
merujuk kepada orang-orang dari luar kawasan wilayah atau perantauan Melayu.

3.0.3 Takrif Perlembagaan Malaysia
Dalam Perkara 160, Perlembagaan Malaysia, orang Melayu ditakrifkan sebagai:

i. secara lazimnya berbahasa Melayu,
i. secara lazimnya mengamalkan adat istiadat Melayu, dan
ii. beragama Islam.
56
3.0.4 Istilah Bumiputera dan Pribumi


3.1 ASAL- USUL TAMADUN MELAYU

Secara umumnya, apabila kita membincangkan tamadun Melayu, kita merujuk kepada kemunculan
masyarakat yang mempunyai susunan struktur sosial yang kompleks (Johnson dan Earle 2000). Manusia
yang tinggal di kawasan bandar memerlukan susunan struktur masyarakat yang kompleks untuk
membolehkan pengekalan cara kehidupan perbandaran. Ahli-ahli masyarakat yang mengkhusus dalam
tugas-tugas tertentu seperti pentadbiran, penguatkuasa, pemimpin, pedagang, dan petani diperlukan dalam
sebuah organisasi masyarakat yang berfungsi sebagai satu entiti.

Kemunculan masyarakat kompleks boleh dikaitkan dengan kemunculan pusat-pusat kerajaan
Melayu awal. Kerajaan-kerajaan Melayu awal mempunyai susunan struktur masyarakat yang kompleks
dengan raja sebagai pemimpin, pembesar-pembesar, pedagang-pedagang, dan petani-petani sekurang-
kurangnya. Oleh yang demikian, kemunculan tamadun Melayu secara langsung boleh dikaitkan dengan
kemunculan pusat-pusat kerajaan Melayu.

3.1.0 Asas Pembentukan Tamadun Melayu
Apabila kita cuba menjejaki semula perkembangan kebudayaan Melayu, kita akan dapati bahawa
masyarakat Melayu telah bertapak di kawasan Asia Tenggara sekurang-kurangnya 5,000 tahun dahulu
(Ahmad Hakimi 2006; Bellwood 1997). Jika kita menerima pandangan sarjana-sarjana barat dalam bidang
arkeologi (seperti Bellwood 1997 dan von Heine Geldern 1945 terlebih awal) yang mengatakan bahawa
orang-orang Melayu (pada waktu itu dikenali dengan label penutur bahasa Austronesia) datang berhijrah
ke kawasan Asia Tenggara mengikuti laluan air dari kawasan utara pada zaman batu baru (neolitik),
anggaran kemunculan masyarakat Melayu di kawasan ini adalah sekitar 5,000 tahun dahulu.

Akan tetapi, sarjana-sarjana tempatan (seperti Nik Hassan Suhaimi 1993) menolak pendapat
tersebut dan mengatakan bahawa orang Melayu adalah penduduk asal kawasan Asia Tenggara. Pendapat
ini mengambil kira bahawa pada satu masa dahulu (sebelum 10,000 tahun dahulu), kawasan Asia Tenggara
ini merupakan satu dataran besar yang merangkumi pulau Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu, Pulau
Jawa, dan juga Pulau Borneo. Jika kita menerima pendapat tersebut dan menggunakan pentarikhan tapak
pra-sejarah yang terawal di Semenanjung Tanah Melayu iaitu tapak Paleolitik Kota Tampan, kita
mendapati bahawa orang Melayu telah wujud di kawasan ini lebih daripada 12,000 tahun dahulu, sebelum
kenaikan paras laut akibat pencairan glasier dan ais di kawasan kutub-kutub utara dan selatan pada akhir
zaman geologi pleistosen (Ahmad Hakimi 1998).

Sungguhpun masyarakat dan kebudayaan Melayu mungkin telah wujud lebih awal di kawasan
Asia Tenggara, asas kepada kemunculan tamadun (atau perbandaran) dan susunan masyarakat kompleks
dibentuk dengan penguasaan teknologi pertanian tetap pada zaman neolitik (Ahmad Hakimi 2006, 1998).
Secara umumnya, zaman neolitik (atau zaman batu baru) memperlihatkan perubahan teknologi yang
berteraskan kepada penubuhan tempat tinggal tetap (atau petempatan) sepanjang tahun (untuk menjaga
tanaman) dan pertanian tetap (untuk menghasilkan makanan yang mencukupi sepanjang tahun).

Kebolehan untuk menghasilkan makanan (tanpa bergantung kepada pengumpulan sumber
makanan mengikut musim di tempat-tempat yang berlainan) adalah teknologi yang penting oleh kerana
apabila manusia sudah mampu untuk menghasilkan makanan mereka sendiri, langkah seterusnya menujuk
tamadun adalah penghasilan makanan yang berlebihan. Sebelum manusia mampu untuk menghasilkan
makanan yang berlebihan, setiap orang terpaksa bekerja untuk mendapatkan makanan yang diperlukannya
sendiri. Penghasilan makanan yang berlebihan membolehkan sebahagian daripada masyarakat untuk bebas
mengkhusus kepada pekerjaan-pekerjaan tertentu tanpa bekerja untuk menghasilkan makanan mereka;
mereka boleh mendapatkan makanan dengan memberikan hasil kerja kepakaran mereka kepada petani-
petani (sistem barter). Kemunculan pengkhususan pekerjaan sepenuh-masa di kalangan orang-orang
sesebuah petempatan mengakibatkan kemunculan susunan masyarakat kompleks yang terdapat di dalam
perbandaran.

57
Tamadun atau perbandaran adalah satu cara kehidupan manusia. Terdapat banyak teori yang
dikemukakan oleh sarjana-sarajan dari pelbagai bidang pengajian untuk menerangkan tentang sebab-sebab
kemunculan tamadun. Pada waktu yang sama, terdapat pelbagai bentuk-bentuk tamadun yang berlainan di
dunia ini. Kepelbagaian ini menunujukkan kepelbagaian keperluan dan pengubahsuaian manusia. Setiap
satu tamadun adalah satu manifestasi yang unik dan amat sukar untuk membuat perbandingan secara
langsung antara tamadun-tamadun yang berlainan. Tidak semua kumpulan atau kebudayaan manusia
mewujudkan tamadun.

3.1.2 Kemunculan Tamadun Melayu Hasil Penguasaan Laluan Perdagangan
Manifestasi tamadun Melayu yang terawal di kawasan Asia Tenggara adalah dalam bentuk kerajaan-
kerajaan Melayu awal (Ahmad Hakimi 1998, 2006; Nik Hassan Suhaimi 1994, 1999). Kerajaan-kerajaan
Melayu awal ini adalah kerajaan-kerajaan pra-Islam. Antara contoh-contoh kerajaan-kerajaan Melayu pra-
Islam yang awal adalah Oc Eo di Funan (sekarang Vietnam), Langkasuka di Thailand Selatan, Kuala
Selinsing di Perak, dan Lembah Bujang di Kedah.

Kerajaan-kerajaan Melayu ini memerlukan sokongan daripada sistem ekonomi yang kuat,
khususnya dalam aktiviti penghasilan makanan untuk menampung keperluan penduduk-penduduk
sesebuah perbandaran. Apabila kita meninjau manifestasi tamadun-tamadun di luar Asia Tenggara, kita
akan dapati bahawa sebahagian besar dari tamadun-tamadun ini sememangnya berasaskan kepada aktiviti
pertanian (atau agraria). Akan tetapi, sebahagian besar daripada kerajaan-kerajaan Melayu awal di kawasan
Asia Tenggara lebih tertumpu kepada aktiviti-aktiviti maritim.

Tidak dapat dipertikaikan bahawa kerajaan-kerajaan Melayu telah wujud sekurang-kurangnya
2,500 tahun dahulu di Malaysia jika kita melihat kesan-kesan peninggalan arkeologi masyarakat Melayu di
Lembah Bujang, Kedah dan juga di Kuala Selinsing, Selangor (Ahmad Hakimi 1998, 2006; Bellwood
1997; Nik Hassan Suhaimi 1994, 1999). Kedua-dua kerajaan Melayu awal ini meninggalkan bukti
arkeologi yang menunjukkan bahawa pelabuhan-pelabuhan yang dirikan oleh mereka terlibat dengan
perdagangan jarak jauh. Perdagangan jarak jauh menunjukkan rangkaian perhubungan yang besar dan
memerlukan petempatan yang agak lama dan tetap untuk memudahkan pengekalan perhubungan tersebut.
Secara umumnya, perdagangan jarak jauh dikuasai oleh pemimpin sesebuah kerajaan, satu lagi petanda
kewujudan susunan masyarakat kompleks.

Sarjana-sarjana menjangkakan bahawa lokasi Semenanjung Malaysia pada satu masa dahulu
begitu penting sekali untuk laluan perdagangan yang melalui perairan Selat Melaka (Ahmad Hakimi 1998,
2006; Bellwood 1997; Braddell 1935; Coedes1968; Quaritch Wales 1957; Wheatley 1980). Pelabuhan-
pelabuhan di Semenanjung Malaysia memainkan peranan sebagai tempat berehat yang penting untuk
kapal-kapal layar untuk meneruskan perjalanan samada ke barat ataupun ke timur mengikut musim yang
bersesuaian. Pelabuhan-pelabuhan sedemikian berkembang untuk membentuk tamadun-tamadun (atau
perbandaran) Melayu yang awal.

Tamadun Melayu awal yang terbentuk di Kuala Selinsing berbeza daripada yang terdapat di
Lembah Bujang oleh kerana ianya tidak berfungsi sebagai sebuah pusat keagamaan. Pada waktu yang
sama, maklumat dari peninggalan arkeologi yang ditemui di Kuala Selinsing mencadangkan bahawa
tamadun ini tidak dipengaruhi oleh kebudayaan Hindu-Buddha. Beberapa artifak yang ditemui di tapak
arkeologi ini menunjukkan bahawa penghuninya menggunakan sistem tulisan Pahlavi (atau Sanskrit) untuk
menulis dalam bahasa Melayu (Nik Hassan Suhaimi 1991).

3.1.3 Bukti-Bukti Ketamadunan Kerajaan Melayu Awal
Kita dapati bahawa tamadun-tamadun awal yang terdapat di kawasan Asia Tenggara selalunya dibentuk
oleh orang-orang Melayu (sila lihat Braddell 1935; Coedes1968; Quaritch Wales 1957; Wheatley 1980).
Kebudayaan orang-orang Melayu berjaya menghasilkan tamadun-tamadun awal di rantau Asia Tenggara
oleh kerana teknologi orang Melayu pada waktu itu mampu untuk menguasai laluan-laluan perdagangan
jarak jauh yang melalui kawasan-kawasan perairan kerajaan-kerajaan Melayu awal. Kemampuan ini
membezakan masyarakat Melayu daripada masyarakat-masyarakat lain di rantau Asia Tenggara, yang
selalunya lebih tertumpu ke kawasan pendalaman Asia Tenggara.
58
Selepas kemunculan kerajaan-kerajaan Melayu awal ini, perkembangan seterusnya dalam tamadun
masyarakat Melayu adalah dalam bentuk kerajaan-kerajaan Melayu Islam. Kemunculan erajaan-kerajaan
Melayu Islam adalah penting dalam perkembangan tamadun masyarakat Melayu oleh kerana
penggabungan antara kebudayaan Melayu dan agama Islam membentuk satu tamadun Melayu yang baru,
satu tamadun yang menjadi asas kepada identiti kebudayaan Melayu dan yang menjadi teras kepada
pembentukan tamadun Malaysia.

Tamadun adalah satu istilah yang mempunyai pelbagai makna. Kepelbagaian makna yang terdapat
untuk tamadun adalah kerana istilah ini digunakan dalam pelbagai bidang-bidang pengajian, dan juga
dalam percakapan seharian. Bagi memudahkan perbincangan tentang takrif tamadun yang paling sesuai,
penulis telah membuat beberapa kesimpulan penting iaitu cuba mentakrifkan tamadun mengikut ciri-ciri
yang jelas, nyata, tepat, dan boleh diukur (mengikut falsafah sains yang menumpukan kepada pemerhatian
empirikal). Untuk tujuan kursus ini, penulis menggunakan takrif-kerja untuk tamadun yang datangnya dari
bidang antropologi kebudayaan. Takrif-kerja untuk tamadun adalah suatu masyarakat yang mempunyai
penyusunan masyarakat komplex (pengkhususan pekerjaan dan sistem susun lapis masyarakat dengan
tahap-tahap sosial yang berbeza) dan tinggal menetap di sebuah kawasan kecil yang dikenali dengan nama
perbandaran.

Sungguhpun terdapat banyak kerajaan-kerajaan Melayu awal, sebahagian besar daripada kerajaan-
kerajaan tersebut tidak mempunyai ciri-ciri yang menepati takrif-kerja tamadun seperti yang dinyatakan di
atas (Ahmad Hakimi 1998, 2006). Namun demikian, kerajaan-kerajaan Melayu awal yang menunjukkan
pengaruhi Hindu-Buddha dengan jelas menunjukkan ciri-ciri tamadun yang dinyatakan (Ahmad Hakimi
1998, 2006; Braddell 1935; Coedes1968; Quaritch Wales 1957; Wheatley 1980). Ini adalah kerana bandar-
bandar atau petempatan-petempatan ataupun pusat-pusat keagamaan kerajaan-kerajaan Melayu awal ini
mempunyai pembinaan monumental (besar) yang menggunakan batu. Penggunaan batu untuk pembinaan
memerlukan pakar-pakar dalam bidang pembinaan, pakar-pakar yang mengkhusus dalam pekerjaan
mereka sepenuh masa. Contoh-contoh kerajaan-kerajaan Melayu awal yang menunjukkan pengaruh Hindu-
Buddha adalah i) Angkor Wat di Kampuchea, ii) Borobudur di Pulau Jawa, Indonesia, dan iii) Lembah
Bujang, di Kedah, Malaysia.

3.1.4 Empayar Melayu Awal
Kebanyakan daripada kerajaan-kerajaan Melayu yang terawal tidak begitu besar dan tidak mampu
berkembang luas. Ini mungkin kerana kerajaan-kerajaan ini tidak mempunyai asas-asas perbandaran yang
mencukupi untuk menampung jumlah penduduk yang tinggi jika kita mengambil kira teori-teori barat
tentang keperluan-keperluan sesebuah perbandaran dan tamadun. Akan tetapi, kita dapati bahawa terdapat
dua empayar Melayu yang agak besar dan merangkumi kawasan yang luas iaitu Empayar Funan dan
Empayar Sri Vijaya. Sememangnya Empayar Sri Vijaya jauh lebih luas daripada Empayar Funan. Akan
tetapi terdapat sedikit persamaan di antara kedua-dua empayar ini. Kedua-duanya mampu menguasai
laluan perdagangan di kawasan mereka. Penguasaan ini mungkin dilakukan mengikut cara yang agak
berbeza daripada apa yang berlaku di Eropah dan kawasan-kawasan lain di dunia ini.

Salah satu cara pemikiran masyarakat Melayu adalah pembentukan kerajaan-kerajaan dan
empayar-empayar berdasarkan pengaruh. Konsep ini berbeza daripada pemikiran Eropah Barat yang
mengembangkan wilayah melalui penaklukan dan penetapan sempadan wilayah secara fizikal. Oleh kerana
masyarakat Melayu pada dasarnya adalah kumpulan manusia yang tinggal di kawasan kepulauan, mereka
kurang memberi perhatian kepada penguasaan fizikal wilayah mereka. Ini adalah kerana orang-orang yang
tidak bersetuju sentiasa boleh belayar keluar dari sesuatu tempat untuk menuju ke tempat lain. Penguasaan
kawasan bukannya berdasarkan kepada penguasaan tanah, sebaliknya berteraskan kepada penguasaan
laluan air serta kebolehan menarik orang datang ke sesuatu tempat (jumlah penduduk di kawasan
kepulauan Melayu tidak begitu tinggi dan pembinaan sebuah perbandaran memerlukan orang datang untuk
tinggal di kawasan tersebut). Konsep penguasaan ini mungkin menyebabkan tamadun Melayu tidak
mempunyai peninggalan ciri-ciri fizikal sama seperti yang terdapat di kawasan-kawasan lain di dunia ini
(malahan masih terdapat banyak kerajaan-kerajaan Melayu awal seperti Langkasuka dan Beruas di
Malaysia, dan juga termasuk Sri Vijaya yang masih belum dikenalpasti kedudukannya sehingga ke hari ini.


59
3.1.5 Teori-Teori Kedatangan Agama Islam ke Asia Tenggara
Terdapat beberapa teori yang berbeza tentang kedatangan agama Islam ke Asia Tenggara. Secara
umumnya, agama Islam dikatakan datangnya melalui tiga lalaun iaitu i) secara langsung melalui lalauan
perdagangan laut dari kawasan negara-negara Arab, ii) melalui laluan perdagangan darat ke benua kecil
India dahulu, sebelum sampai ke kawasan Asia Tenggara, dan iii) melalui laluan perdagangan darat (yakni
laluan sutera) ke negara China dahulu sebelum mengikuti laluan perdagangan laut ke kawasan Asia
Tenggara. Walau bagaimanapun laluan kedatangan agama Islam ke Asia Tenggara, kedatangan agama
Islam telah mengubah bentuk tamadun Melayu.

Sebelum kedatangan agama Islam, tamadun-tamadun Melayu yang terawal dipengaruhi oleh
agama-agama Hindu dan Buddha. Agama-agama Hindu dan Buddha telah menghasilkan tamadun-tamadun
Melayu yang berlainan dan berlawanan. Sentiasa terdapat persaingan antara tamadun-tamadun Melayu
yang beragama Hindu dengan tamadun-tamadun Melayu yang beragama Buddha untuk menguasai laluan
perdagangan. Tamadun-tamadun Melayu yang terawal tidak berasaskan kepada kedua-dua agama tersebut,
dan oleh yang demikian, tidak mampu untuk menguasai perdagangan di kawasan ini. Kemunculan agama
Islam mengubah bentuk-bentuk tamadun Melayu dan memaksa orang-orang Melayu untuk memeluk
agama Islam bagi membolehkan mereka menguasai perdagangan di kawasan ini.

3.1.6 Bukti-Bukti Kesultanan Melayu Islam
Kedatangan agama Islam membentuk satu tamadun Melayu yang baru dan boleh dikatakan mengukuhkan
(atau memantapkan) tamadun Melayu. Empayar Kesultanan Melayu yang tidak asing lagi bagi masyarakat
Malaysia adalah Empayar Kesultanan Melayu Melaka. Empayar Melaka dan lain-lain kesultanan Melayu
Islam menjadi pusat-pusat keintelektualan dan kesusasteraan Melayu. Begitu banyak sekali karya-karya
kesusasteraan yang dihasilkan oleh kesultanan-kesultanan Melayu Islam seperti Hikayat Raja-Raja Pasai,
Hikayat Amir Hamzah, Hukum Kanun Melaka, Undang-Undang Laut Melayu, Adat Raja-Raja Melayu,
Hikayat Hang Tuah dan Sulalat al-Salatin (atau Sejarah Melayu).

3.1.7 Ringkasan Sejarah Pembentukan Tamadun Melayu
Orang-orang Melayu menghasilkan tamadun-tamadun awal di kawasan Asia Tenggara. Selepas masyarakat
Melayu berjaya menghasilkan tamadun-tamadun awal tersebut, mereka telah menggabungkan kebudayaan
mereka dengan ajaran-ajaran agama Islam untuk membentuk tamadun-tamadun Melayu Islam yang
dianggap sebagai zaman kegemilangan tamadun Melayu. Apabila orang-orang Eropah mula datang ke
kawasan Malaysia, mereka berhadapan dengan kerajaan-kerajaan Melayu Islam.

Orang-orang Inggeris pula telah mengesahkan kedaulatan kerajaan-kerajaan Melayu di Malaysia
dengan membuat perjanjian-perjanjian dengan kerajaan-kerajaan Melayu Islam tersebut. Kerajaan
penjajahan Inggeris telah mengekalkan kerajaan-kerajaan Melayu dan membuat pengubahsuai-
pengubahsuaian tertentu untuk membolehkan mereka mentadbir kerajaan-kerajaan tersebut.
Pengubahsuaian-pengubahsuaian yang dilakukan oleh kerajaan penjajahan Inggeris masih kekal pada hari
ini.
Terdapat kesinambungan dari kerajaan-kerajaan (Tamadun) Melayu awal ke kerajaan Islam
Melayu Melaka hingga ke kerajaan persekutuan Malaysia yang sedia ada. Sistem penyusunan kerajaan
persekutuan Malaysia adalah hasil daripada kerajaan-kerajaan Melayu Islam yang telah diubahsuai oleh
kerajaan penjajahan Inggeris, satu perkembangan yang mengambil masa lebih 500 tahun. Jika kita
mengambil kira bahawa kerajaan-kerajaan Melayu Islam tersebut telah berkembang dari kerajaan-kerajaan
Melayu awal, perkembangan kerajaan-kerajaan Melayu dari dahulu sehingga ke hari ini telah mengambil
masa sekurang-kurangnya 2,000 tahun.


3.2 KETAMADUNAN KESULTANAN MELAYU

Bukti-bukti untuk menunjukkan ketamadunan kerajaan-kerajaan Melayu awal telah dibincangkan di
bahagian awal penulisan ini. Bukti bagi kerajaan-kerajaan Islam Melayu agak berbeza daripada daripada
kerajaan- kerajaan Melayu awal. Bukti fizikal untuk ketamadunan kurang jelas. Ini adalah kerana kerajaan-
kerajaan Islam Melayu tidak membina bangunan-bangunan monumental yang dibuat daripada batu.

60
Sebaliknya, bukti untuk ketamadunan kerajaan-kerajaan Islam Melayu lebih menjurus kepada
perkembangan ilmu pengetahuan. Perkembangan ilmu pengetahuan yang dihasilkan oleh Tamadun Melayu
Islam ke seluruh kawasan Asia Tenggara dan kepulauan Melayu menunjukkan kehebatan pengaruhnya.
Falsafah sesuatu tamadun menunjukkan pencapaian ahli-ahli fikirnya yang mengkhusus kepada
penghasilan ilmu. Ahli-ahli fikir ini selalunya dinaungi oleh kerajaan-kerajaan Melayu Islam yang terdapat
pada waktu itu.

Seperti yang diketahui ramai, penggunaan bahasa Melayu tersebar luas di rantau Asia Tenggara
dan juga kepulauan Melayu. Selain daripada bahasa Melayu sebagai sebuah bahasa lingua franca,
penggunaannya menunjukkan bahawa bahasa Melayu itu dikaitkan dengan bahasa orang-orang yang
bertamadun. Kita dapati bahawa terdapat penulisan yang dihasilkan oleh tamadun Melayu di antara 10,000
ke 14,000 naskah-naskah Melayu yang memperkukuhan kehebatan tamadun Melayu.


3.3 INTERAKSI KESULTANAN MELAYU DENGAN PENGARUH ASING

Oleh kerana kesultanan-kesultanan Melayu Islam selalunya adalah sebuah kerajaan maritim (maritime
state) yang berteraskan kepada perdagangan, ianya sentiasa bertembung dengan kumpulan-kumpulan etnik
yang lain. Terdapat beberapa cara bagaimana pertembungan-pertembungan tersebut berlaku, seperti yang
terdapat di bawah ini.

3.3.1 Bekerjasama.
Kesultanan-kesultanan Melayu telah bekerjasama dengan kuasa-kuasa dari kawasan negara-negera Arab,
India, dan China untuk menjalankan perdagangan di antara mereka. Kerjasama yang dilakukan di antara
kuasa-kuasa ini telah berjalan untuk membolehkan perdagangan yang banyak sekali berjalan sehinggalah
ianya dimusnahkan oleh kuasa-kuasa Eropah.

3.3.2 Rampasan Kuasa.
Kuasa-kuasa Eropah seperti Portugis, Belanda, Sepanyol, dan Perancis telah cuba untuk menguasai
perdagangan yang bermula dari kawasan kepulauan Melayu dan pada waktu yang sama juga menguasai
perdagangan yang melalui kawasan jajahan mereka. Selain daripada menguasai perdagangan, kuasa-kuasa
Barat ini, terutamanya Portugis, Sepanyol, dan Belanda, telah cuba untuk menyebarkan agama Kristian di
kalangan orang-orang Melayu yang pada waktu itu kebanyakannya beragama Islam.

3.3.3 Naungan/Diplomasi.
Pihak Inggeris telah masuk ke kawasan kepulauan Melayu pada mulanya untuk berdagang dengan orang-
orang tempatan. Lama-kelamaan, pihak Inggeris juga telah turut campur tangan dalam politik tempatan
untuk memastikan pulangan ekonomi mereka hasil daripada penguasaan perdagangan dapat dijaminkan.
Oleh yang demikian, pihak Inggeris telah lebih banyak menggunakan cara-cara diplomasi untuk
melibatkan diri dengan pentadbiran tempatan. Setelah berjaya menguasai sesebuah kawasan atau wilayah,
pihak Inggeris telah cuba menggunakan konsep naungan (pada pemikiran mereka) untuk mentadbir
wilayah-wilayah mereka, dengan memberi sebab bahawa wilayah-wilayah tersebut mendapat banyak
keuntungan daripada naungan yang diberikan oleh pihak Inggeris.


3.4 INTERAKSI KESULTANAN MELAYU DENGAN INGGERIS

Apabila pihak Inggeris datang ke kawasan Tanah Melayu, mereka telah membuat perjanjian-perjanjian
dengan kerajaan-kerajaan Melayu Islam yang mereka temui untuk mendapatkan kebenaran untuk
melakukan kegiatan-kegiatan ekonomi termasuk perdagangan di dalam tanah naungan kerajaan-kerajaan
tersebut. Pada waktu yang sama, mereka juga telah membuat perjanjian-perjanjian tertentu untuk
mendapatkan hak terhadap kawasan-kawasan tertentu, supaya kawasan-kawasan tersebut boleh
dibangunkan mengikut keperluan kerajaan penjajahan Inggeris. Apabila pihak Inggeris membuat perjanjian
dengan kerajaan-kerajaan Melayu Islam, secara langsung mereka mengakui bahawa kerajaan-kerajaan
tersebut mempunyai kuasa dan hak terhadap kawasan-kawasan tanah naungan mereka. Pada waktu yang
sama, perjanjian-perjanjian tersebut merupakan perbuatan bertamadun (mengikut tata cara yang sempurna)
61
di antara kerajaan Inggeris dengan kerajaan-kerajaan Melayu Islam, perbuatan yang dilakukan antara dua
pihak yang bertamadun. Oleh yang demikian, pihak Inggeris mengiktirafkan tamadun Melayu dengan
kelakuan mereka menandatangani perjanjian-perjanjian dengan kerajaan-kerajaan Melayu Islam.

3.4.1 Perjanjian-Perjanjian dengan Pihak Inggeris
Terdapat beberapa perjanjian-perjanjian yang telah ditandatangani di antara kerajaan Inggeris dengan
kerajaan-kerajaan Melayu Islam untuk mendapatkan hak-hak menetap di beberapa kawasan di
Semenanjung Tanah Melayu. Antara perjanjian-perjanjian tersebut adalah dengan (sila lihat Andaya dan
Andaya 2001; Jessy 1972; Khoo 1973; Khoo Kay Kim 2001: INTAN 1991; Tan 1976; Zainal Abidin
1980):

(i) kerajaan Kedah;
! 1786 Pulau Pinang di beri kepada pihak Inggeris, dan
! 1800 - Province Wellesley diberi kepada pihak Inggeris.

(ii) kerajaan Johor;
! 6 Februari 1819 - Pentadbiran Singapura diberi kepada Inggeris.

(iii) kerajaan Perak
! 18 Oktober 1826 - Daerah Dindings dan Pulau Pangkor diberi kepada Inggeris

Kerajaan Inggeris juga telah membuat perjanjian-perjanjian tertentu untuk mendapatkan hak-hak
tertentu ke atas kawasan-kawasan tanah tertentu di kawasan Pulau Borneo (Andaya dan Andaya 2001;
INTAN 1992; Jessy 1972). Di bawah ini, disenaraikan bagaimana tiga kawasan akhirnya jatuh ke tangan
kerajaan Inggeris:

(i) Sarawak.
Pada asalnya, kerajaan Brunei telah memberi kawasan Sarawak kepada James Brooke pada September
1842 sebagai balasan kepada usaha-usaha beliau yang membantu kepentingan kerajaan Brunei (Andaya
dan Andaya 2001; INTAN 1992; Jessy 1972). Pada waktu yang sama, James Brooke diberi gelaran Raja
Sarawak. Raja-Raja Brooke yang datangnya dari keturunan James Brooke telah memerintah Sarawak
sehinggalah ianya diserahkan kepada kerajaan Inggeris.

(ii) Pulau Labuan.
Melalui perjanjian di antara kerajaan Brunei dan kerajaan Inggeris, Pulau Labuan telah diserahkan kepada
kerajaan Inggeris pada tahun 1846 (Andaya dan Andaya 2001; INTAN 1992; Jessy 1972). Pulau Labuan
dimasukkan di bawah pentadbiran Negeri-Negeri Selat (yang termasuk Singapura, Pulau Pinang dan
Melaka).

(iii) Sabah
Perjanjian-perjanjian yang akhir menyatukan Sabah adalah agak kompleks (Andaya dan Andaya 2001;
INTAN 1992; Jessy 1972). Pada mulanya, kerajaan Brunei telah memberikan hak-hak pajakan selama 10
tahun ke atas kawasan-kawasan naungannya di Sabah (waktu itu digelar North Borneo) kepada Claude Lee
Moses pada tahun 1865. Kemudiannya, Moses telah menjual kepentingan beliau (iaitu hak-hak pajakan) di
North Borneo kepada Joseph Torrey, yang diberi gelaran Raja North Borneo. Baron von Overbeck pula
telah mengambil-alih kepentingan Torrey dan membuat perjanjian dengan Sultan Sulu pada 1878 untuk
menggabungkan semua kawasan-kawasan yang pada hari ini dikenali dengan nama negeri Sabah. Akhir
sekali, Alfred Dent telah membeli kesemua kepentingan-kepentingan Overbeck dan juga Torrey pada
1880. Akhirnya North Borneo diserahkan kepada kerajaan Inggeris.

Perjanjian-perjanjian Inggeris dengan kerajaan-kerajaan Melayu Islam di Malaysia Barat dan
Malaysia Timur telah secara langsung mengiktirafkan hak-hak kerajaan-kerajaan tersebut terhadap
kawasan-kawasan yang tersebut di atas dan secara tidak langsung mengangkat kerajaan-kerajaan tersebut
ke taraf yang sama dengan kerajaan Inggeris. Ianya juga menunjukkan bahawa kerajaan-kerajaan Melayu
mempunyai tahap ketamadunan (civility) yang membenarkan pihak Inggeris membuat perjanjian dengan
mereka.
62

3.5 KEMUNCULAN SISTEM PENTADBIRAN SEKULAR

Kemunculan sistem pentadbiran sekular yang memecahkan kuasa kepada dua, yakni kuasa agama dan
kuasa sekular, diperkenalkan oleh pihak Inggeris buat kali pertamanya di Semenanjung Tanah Melayu
apabila Perjanjian Pangkor
ditandatangani pada 1874. Sistem pentadbiran sekular yang diperkenalkan selepas perjanjian ini
menjadi asas kepada sistem pentadbiran sekular yang masih lagi digunakan pada hari ini. Sungguhpun
demikian, peranan Raja-Raja Melayu dalam pentadbiran sekular, seperti yang dinyatakan dalam Perjanjian
Pangkor, bermakna bahawa sebahagian daripada tradisi tamadun Melayu masih dikekalkan dalam sistem
pentadbiran pada hari ini.

3.5.1 Perjanjian Pangkor
Perjanjian Pangkor adalah perjanjian yang paling penting dalam sejarah pembentukan negara
Malaysia(Andaya dan Andaya 2001; INTAN 1992; Jessy 1972; Tan 1976). Perjanjian ini ditandatangani
pada 20 Januari 1874. Perjanjian Pangkor mengubah struktur pentadbiran kerajaan Melayu Perak. Sebelum
perjanjian ini, kerajaan Perak dianggap sebagai sebuah kerajaan yang mengamalkan sistem pemerintahan
kuasa raja mutlak(absolute monarchy). Dalam kerangka perjalanan sistem ini, Sultan (atau Raja)
mempunyai kuasa sepenuhnya untuk melakukan apa-apa saja tanpa perlu mendapat persetujuan daripada
sesiapa pun.

Perjanjian Pangkor mengubah sistem pentadbiran negeri Perak dengan mengurangkan kuasa Sultan
sehinggakan Sultan hanya mempunyai kuasa terhadap perkara-perkara tentang agama Islam dan adai
istiadat kebudayaan Melayu (Andaya dan Andaya 2001; INTAN 1992; Jessy 1972; Tan 1976). Semua
perkara-perkara yang lain digolongkan bawah kuasa Residen. Sultan, sebagai seorang ketua adat-istiadat,
hanya mendengar nasihat Residen dan terpaksa mengikut nasihat-nasihat beliau dalam perkara-perkara
yang berlainan dengan hal-hal agama Islam dan adat istiadat kebudayaan Melayu.

Antara 14 perkara-perkara yang dipersetujui dalam Pengajian Pangkor, tiga perkara menjelaskan
tentang perlantikan Residen dan bidang kuasanya (Andaya dan Andaya 2001; INTAN 1992; Jessy 1972;
Tan 1976). Mengikut perjanjian tersebut, Residen mesti dirujuk dalam semua perkara dan semua nasihat
beliau dilaksanakan kecuali perkara- perkara tentang agama Islam dan kebudayaan Melayu. Kuasa untuk
memungut cukai dan kuasa pengagihan cukai serta pentadbiran am negeri dilaksanakan di atas nasihat
Residen. Seperti yang telah dinyatakan terlebih dahulu, nasihat Residen perlu dilaksanakan dalam perkara-
perkara yang di bawah bidang kuasa beliau.

Sistem pentadbiran kerajaan menggunakan residen ini adalah pembaharuan yang dibawa oleh
orang Inggeris kepada sistem kerajaan Melayu Islam. Sistem ini berkait rapat dengan sistem pentadbiran
yang terdapat di United Kingdom pada waktu itu dan berasal dari pengalaman orang-orang Inggeris
dengan sistem pemerintahan di Raja yang terdapat dinegara mereka. Sistem ini masih kekal di negeri-
negeri Melayu dalam Persekutuan Malaysia pada hari ini, cuma jawatan Residen itu diubah nama menjadi
Menteri Besar.

3.5.2 Sistem Residen Inggeris di Tanah Melayu
Apabila orang-orang Inggeris telah menetap beberapa ketika di kawasan Malaysia, kepentingan-
kepentingan ekonomi mereka di kawasan ini menjadi besar dan penting. Mereka mendapati bahawa
kepentingan-kepentingan ekonomi mereka berkait rapat dengan kestabilan politik di kerajaan-kerajaan
Melayu Islam di Malaysia pada waktu itu. Mereka mula campur tangan dengan pentadbiran kerajaan-
kerajaan Melayu apabila mereka membuat perjanjian-perjanjian dengan kerajaan-kerajaan tersebut dan
mewujudkan sistem Residen Inggeris untuk memudahkan pentadbiran.

Antara perjanjian-perjanjian yang ditangani oleh pihak Inggeris untuk melaksanakan sistem
Residen Inggeris adalah seperti berikut (Andaya dan Andaya 2001; INTAN 1992; Jessy 1972; Tan 1976):

! 1874- Perjanjian Pangkor dengan Perak
! 1874- Perjanjian dengan negeri Selangor
63
! 1874- Perjanjian dengan Sungai Ujong (Negeri Sembilan)
! 1888- Perjanjian dengan negeri Pahang
! 1896 Perjanjian dengan keseluruhan Negeri Sembilan

3.5.3 Negeri- negeri Melayu Bersekutu
Untuk memudahkan pentadbiran kerajaan penjajahan Inggeris, pihak Inggeris telah membentuk negeri-
negeri Melayu di Semenanjung Tanah Melayu sebagai sebuah unit pentadbiran (atau persekutuan) yang
diberi gelaran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Federated Malay States) pada 1 Julai 1896 (Andaya dan
Andaya 2001; INTAN 1992; Jessy 1972; Tan 1976). Empat negeri-negeri Melayu yang menjadi ahli dalam
Negeri-Negeri Melayu bersekutu adalah Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Pentadbiran
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dilaksanakan di bawah sistem pentadbiran persekutuan yang diketuai
oleh seorang Residen-Jeneral. Penyatuan ini tidak mengubah kuasa-kuasa ataupun kedudukan Raja-Raja
Melayu. Hanya kuasa-kuasa Residen-Residen British di peringkat negeri dikurangkan; mereka terpaksa
mengikut arahan Residen-Jeneral. Residen-Jeneral menguasai sepenuhnya pengurusan kewangan setiap
negeri.

Kemunculan sistem pentadbiran persekutuan untuk Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ini adalah
satu lagi pengubahsuaian yang dilakukan oleh pihak Inggeris yang sangat penting dalam pembentukan
sistem kerajaan Malaysia yang terdapat pada hari ini. Ini adalah kerana jawatan Residen-Jeneral yang
diwujudkan pada waktu itu boleh dikatakan menjadi templet atau asal-usul jawatan Perdana Menteri yang
ada pada hari ini.

3.5.4 Majlis Raja-Raja Melayu (Durbar) yang Pertama

Selain daripada perkembangan sistem pentadbiran, pembentukan Negeri Melayu-Melayu Bersekutu juga
melibatkan satu perkembangan penting dalam sistem pemerintahan Raja-Raja Melayu. Persiadang Raja-
Raja Melayu yang pertama dilangsungkan pada tahun 1897 di Kuala Kangsar, yang telah mengetemukan
Duli-Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak, Sultan Selangor, Sultan Pahang dan Yang Di Pertuan Besar
Negeri Sembilan. Persidangan Raja-Raja Melayu ini menjadi asas kepada pembentukan Majlis Raja-Raja
Melayu yang terdapat pada hari ini, satu institusi yang memainkan peranan penting di Malaysia. Ianya
adalah salah satu simbol yang menunjukkan kesinambungan dari kerajaan Melayu awal hinggalah ke
kerajaan Malaysia pada hari ini.

3.5.5 Negeri- negeri Melayu Tak Bersekutu

Negeri-Negeri Melayu Tak Bersekutu (Non-Federated Malay States) merujuk kepada kerajaan-kerajaan
(atau negeri-negeri) Melayu yang tidak ditadbir oleh kerajaan penjajahan Inggeris sebagai satu unit
pentadbiran seperti Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Andaya dan Andaya 2001; INTAN 1992; Jessy
1972; Tan 1976). Lima kerajaan-kerajaan Melayu yang digolongkan dalam kumpulan ini adalah Kedah,
Perlis, Kelantan, Terengganu, dan Johor. Terdapat beberapa sebab mengapa kerajaan-kerajaan ini tidak
bergabung dengan Negeri-Negeri Melayu bersekutu. Salah satu sebabnya adalah kerana negeri-negeri
Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu pada mulanya di bawah naungan kerajaan Siam. Negeri-negeri ini
hanya diserahkan kepada pihak British pada tahun 1909 apabila Perjanjian Bangkok ditandatangani
diantara pihak British dengan pihak Siam.


3.6 PERANG DUNIA KEDUA: PENDUDUKAN JEPUN

Pendudukan Jepun semasa perang dunia kedua banyak membuka mata masyarakat Melayu untuk menuntut
kemerdekaan dari pihak British. Pemerintahan Jepun tidak mengganggu atau mengubah sistem-sistem
kerajaan Melayu. Secara tidak langsung, pemerintahan Jepun mengiktirafkan kedaulatan kerajaan-kerajaan
Melayu. Polisi pemerintahan Jepun yang cuba mendapatkan sokongan daripada masyarakat tempatan (iaitu
orang Melayu) untuk menentang pihak British memberi kesedaran kepada masyarakat Melayu tentang
kemampuan mereka sendiri dan kelemahan pihak British. Kemampuan pihak Jepun untuk mengalahkan
pihak British dalam masa yang begitu singkat sekali menunjukkan kepada masyarakat Melayu bahawa
64
pihak British boleh ditewaskan. Masyarakat Melayu mula melihat pihak British sebagai lawan yang boleh
dikalahkan dan bukannya sebagai tuan yang perlu diikuti perintahnya.


3.7 KEBANGKITAN SEMANGAT KEBANGSAAN MELAYU

3.7.1 Kebangkitan Awal
Kebangkitan semangat nasionalisme Melayu mungkin bermula sebelum Perang Dunia Kedua. Akan tetapi
gerakan ini mendapat sokongan ramai dengan penubuhan Malayan Union (Andaya dan Andaya 2001;
Ibrahim 1981; INTAN 1992; Jessy 1972; Tan 1976). Gerakan nasionalisme Melayu ini mungkin mendapat
semangat baru untuk menentang pihak British apabila mereka melihat bagaimana tentera Inggeris mampu
dikalahkan tentera Jepun. Mereka juga mendapati bahawa kerajaan penjajahan Jepun juga kurang memberi
perhatian kepada keperluan-keperluan masyarakat Melayu. Oleh sebab yang demikian, semangat
kebangsaan mula timbul di kalangan masyarakat Melayu untuk membentuk sebuah negara bangsa (nation
state) yang tersendiri.

3.7.2 Gerakan Inteligensia Melayu
Gerakan inteligensia Melayu yang menerajui gerakan nasionlisme Melayu terdiri daripada orang-orang
cerdik pandai Melayu yang telah mendapat pendidikan dari Sekolah-Sekolah Melayu, Sekolah-sekolah
(atau Pondok-Pondok) Agama, dan Sekolah-Sekolah Inggeris.

Dengan kebangkitan semangat nasionalisme Melayu, muncullah parti-parti politik Melayu seperti
Parti Kebangsaan Melayu (PKMM), UMNO dan PAS (Andaya dan Andaya 2001; Ibrahim 1981; INTAN
1992; Jessy 1972; Tan 1976).

3.7.3 Bantahan kepada Penubuhan Malayan Union
Malayan Union ditubuhkan pada 1 Februari 1946 (Andaya dan Andaya 2001; Ibrahim 1981; INTAN 1992;
Jessy 1972; Tan 1976). Penubuhan Malayan Union adalah satu idea yang datangnya dari pihak kerajaan
penjajahan Inggeris yang cuba untuk menggabungkan semua negeri-negeri Melayu dan dua negeri-negeri
Selat di Semenanjung Tanah Melayu sebagai satu unit pentadbiran.

Malayan Union ditubuhkan pada 1 April 1946 hasil daripada perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
yang ditandatangani oleh sembilan Raja Raja Melayu dan Pesuruhjaya Tinggi British (Andaya dan
Andaya 2001; Ibrahim 1981; INTAN 1992; Jessy 1972; Tan 1976). Ianya menggabungkan negeri- negeri
Melayu dari Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu)
dengan dua negeri- negeri Selat iaitu Pulau Pinang dan Melaka.

Raja-Raja Melayu sebenarnya dipaksa untuk menandatangani perjanjian untuk menyerahkan kuasa
mereka dan penubuhan Malayan Union (Andaya dan Andaya 2001; Ibrahim 1981; INTAN 1992; Jessy
1972; Tan 1976). Penubuhan Malayan Union ditentang hebat oleh masyarakat Melayu dan Raja-Raja
Melayu. Sesetengah ahli-ahli sejarah berpendapat bahawa penubuhan Malayan Union ini mencetuskan
semangat kebangsaan atau nasionalisme yang membawa kepada kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
pada 31 Ogos 1957.

Penentangan yang hebat terhadap penubuhan Malayan Union oleh masyarakat Melayu berkait
rapat dengan kemarahan mereka terhadap pihak British yang cuba melupakan sejarah kemunculan pihak
British memerintah negeri-negeri Melayu (melalui perjanjian-perjanjian). Pihak British juga cuba membuat
satu entiti politik baru yang tidak mengambil kira kepentingan kuasa-kuasa tempatan (yakni kesultanan
Melayu) yang telah memegang kuasa dengan sah sebelum kedatangan (dan campur tangan) pihak British.
Sememangnya pihak British telah menggunakan kuasa politik dan diplomasi untuk mengambil-alih kuasa
di negeri-negeri Melayu. Sungguhpun sedemikian, perubahan-perubahan yang telah dibuat oleh pihak
British sebelum Malayan Union sentiasa menggabungkan sistem-sistem yang dibentuk oleh tamadun
Melayu dengan sistem-sistem pihak British. Tindakan pihak British untuk memansuhkan kuasa raja-raja
Melayu di bawah Malayan Union akhirnya gagal dan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu selepasnya
mengekalkan penggabungan sistem-sistem tamadun Melayu dan pihak British yang sedia ada.

65




3.8 PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

Penubuhan Malayan Union itu sendiri berjaya ditewaskan dan pada 1 Februari 1948 Persekutuan Tanah
Melayu diisytiharkan hasil daripada Perjanjian Negeri Negeri dan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
pada 21 Januari 1948 yang ditandatangi oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu (Andaya dan
Andaya 2001; Ibrahim 1981; INTAN 1992; Jessy 1972; Tan 1976). Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu
adalah hasil daripada Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu yang ditandatangani oleh sembilan Duli-Duli
Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dengan Pesuruhjaya Tinggi British. Sembilan Negeri-Negeri Melayu
(iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Johor, Kedah, Perlis, Kelantan, dan Terengganu) dan dua
negeri-negeri Selat (Pulau Pinang dan Melaka) menjadi ahli-ahli kepada Persekutuan Tanah Melayu.

Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu mengekalkan sebahagian daripada ciri-ciri tamadun
Melayu dan menjadi asas kepada kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan pembentukan Persekutuan
Malaysia. Pembentukannya penting oleh kerana ciri-ciri kerajaan persekutuan yang dibentuk semasa
Persekutuan Tanah Melayu juga menjadi asas kepada ciri-ciri kerajaan persekutuan Persekutuan Tanah
Melayu yang mencapai kemerdekaan dan juga kerajaan persekutuan Persekutuan Malaysia selepas itu.


3.9 KOMUNISMA (PKM) DAN DARURAT

Selepas perang dunia kedua, ideologi komunisma cuba diperkembangkan di kawasan ini oleh Parti
Komunis Malaya (atau PKM). Ideologi komunisma ini berkait rapat dengan kejayaan parti komunis di
negara China. Ideologi ini dianggap sebagai ideologi alternatif kepada ideologi demokrasi barat dan
mendapat sokongan daripada segolongan masyarakat Cina di sini. PKM menentang pemerintahan kerajaan
Inggeris dan kerajaan Malaysia selepas itu dalam usaha mereka untuk menjatuhkan kerajaan yang sedia
ada dan menggantikannya dengan pemerintahan komunis. Banyak nyawa terkorban akibat usaha-usaha
penentangan PKM, kemudahan infrastruktur negara juga turut dimusnahkan. PKM hanya menyerah diri
kepada kerajaan Malaysia pada tahun 1990.

Kegagalan PKM berkait rapat dengan penentangannya kepada ideologi kebangsaan yang terdapat
pada hari ini. Ideologi komunisma mempunyai nilai-nilai yang bercanggah dengan nilai-nilai tamadun
Melayu dan juga nilai-nilai tamadun-tamadun yang lain di Malaysia seperti tamadun Cina dan tamadun
India. Nilai komunisma yang paling ketara percanggahannya dengan nilai tamadun-tamadun lain adalah
bahawa agama (atau kepercayaan) tidak diperlukan untuk kehidupan manusia.


3.10 KEMERDEKAAN DAN PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan Pembentukan Persekutuan Malaysia seterusnya merupakan
sebahagian daripada proses perubahan dan kesinambungan tamadun Melayu yang bermula daripada dahulu
sehingga ke hari ini. Proses pembentukan sebuah sistem pentadbiran moden bermula dengan Perjanjian
Pangkor, dan telah terus berkembang semenjak itu. Pengubah-suaian sistem-sistem tamadun Melayu
dengan memasukkan komponen-komponen sistem pentadbiran British membentuk sebuah sistem baru
yang akhirnya menggabungkan kedua-duanya sekali dengan menggunakan nilai-nilai teras tamadun
Melayu.

3.10.1 Proses Pembentukan Negara Bangsa

3.10.1.1 Kewarganegaraan Sebagai Kontrak Sosial
Kewarganegaraan menjadi satu perkara yang penting dalam perundingan-perundingan untuk membentuk
perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Terdapat banyak tolak-ansur untuk mendapatkan persetujuan
daripada pihak-pihak yang terlibat. Akhirnya persetujuan kewarganegaraan dalam perlembagaan menjadi
66
satu kontrak sosial antara kerajaan persekutuan dengan rakyat. Orang-orang Melayu menjadi warganegara
secara otomatik dan mereka berpayungkan kepada Raja-Raja Melayu. Masyarakat bukan-Melayu menjadi
warganegara dengan syarat-syarat bahawa mereka menerima kedaulatan Raja-Raja Melayu, menerima
Islam sebagai agama rasmi persekutuan, menerima Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, dan
menerima kewujudan hak istimewa Orang-Orang Melayu.


3.10.1.2 . Struktur Kerajaan Persekutuan

3.10.1.3 Penerapan Simbol-Simbol Tamadun Melayu
Terdapat banyak simbol-simbol tamadun Melayu yang diterapkan ke dalam pembentukan Persekutuan
Tanah Melayu dan Persekutuan Malaysia selepas itu. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan
Persekutuan Malaysia selepas itu mengekalkan simbol-simbol tamadun Melayu. Lagu Negaraku juga
menggunakan simbol-simbol yang datangnya dari tamadun Melayu. Bendera Malaysia juga mencerminkan
tamadun Melayu. Monumen-monumen Negara Malaysia seperti Istana Negara, Parlimen, Masjid Negara,
Muzium Negara, Tugu Negara, Stadium Merdeka, dan Stadium Negara juga turut menggunakan simbol-
simbol daripada tamadun Melayu.

3.10.2 Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Banyak penulisan-
penulisan telah dibuat tentang bagaimana kemerdekaan ini dicapai. Tujuan penulisan ini bukannya untuk
membincangkan dengan panjang lebar bagaimana proses mendapatkan persetujuan dari kerajaan Inggeris
itu berjalan. Perkara yang lebih penting untuk tujuan ini adalah bagaimana kesinambungan dari Tamadun
Melayu ke Tamadun Malaysia diteruskan.

Antara perkara-perkara yang lebih penting dalam proses mencapai kemerdekaan Persekutuan
Tanah Melayu adalah bagaimana parti-parti politik bergabung untuk membentuk satu Perikatan (Andaya
dan Andaya 2001; Ibrahim 1981; INTAN 1992; Jessy 1972; Tan 1976). Tiga parti politik besar yang
mewakili tiga kumpulan etnik terbesar di Semenanjung Tanah Melayu, UMNO, MCA dan MIC, telah
memainkan peranan yang penting untuk mewujudkan Perikatan (sekarang ini dinamakan Barisan
Nasional). Gabungan parti-parti ini berjaya menerajui Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya
Persekutuan Malaysia dari waktu sebelum merdeka sehinggalah pada hari ini. Kejayaan gabungan ini
bekerjasama melebihi 50 tahun adalah satu kejayaan yang berkait rapat dengan falsafah orang Melayu
tentang tinggal sama dengan kumpulan-kumpulan etnik yang lain.

Kerajaan yang dipimpin oleh Barisan Nasional pada masa sekarang ini merupakan satu kerajaan
yang melakukan kerjasama serta bermesyuarah di antara parti-parti politik yang berlain. Pemikiran untuk
bekerjasama ini adalah satu idea baru pada waktu itu dan mencerminkan falsafah kebudayaan Melayu yang
mana sentiasa persetujuan dicapai melalui mesyuarah bersama. Pemikiran ini menunjukkan bahawa
kesinambungan Tamadun Melayu sehingga ke hari ini masih diteruskan.

3.10.3 Penubuhan Persekutuan Malaysia
Persekutuan Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963. Penubuhan Persekutuan Malaysia
menggabungkan negeri-negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu dengan negeri-negeri Sabah (dahulunya
British North Borneo), Sarawak, dan Singapura. Negeri-negeri yang baru digabungkan dengan Persekutuan
Tanah Melayu pada satu masa dahulu merupakan tanah kerajaan-kerajaan Melayu Islam. Oleh kerana
negeri-negeri ini telah dipisahkan daripada kerajaan-kerajaan Melayu Islam yang asal, mereka tidak
mempunyai sultan atau raja sebagai ketua negeri. Sebaliknya seorang gabenor dilantik untuk mengambil
alih tugas-tugas rasmi adat istiadat yang sepatutnya dimiliki oleh sultan atau raja.


Ciri Utama Struktur Kerajaan Malaysia
Struktur kerajaan Malaysia yang diamalkan pada hari ini masih lagi mengekalkan ciri-ciri tertentu yang
datangnya kerajaan-kerajaan Melayu Islam sebelum kedatangan Inggeris. Walaubagaimanapun, struktur ini
telah diubahsuai oleh pihak Inggeris apabila mereka campur tangan dalam hal-hal kerajaan-kerajaan
67
Melayu. Pengubahsuaian-pengubahsuaian yang telah dilakukan itu dikekalkan pada peringkat negeri-
negeri.

Pada peringkat kerajaan persekutuan, ketua negara adalah Duli Yang Maha Mulia Yang Di-
Pertuan Agong. Beliau mempunyai persamaan dengan sistem kerajaan Melayu Islam lama di mana, beliau
mengambil tempat Sultan atau Raja.

Ketua kerajaan (juga dikenali dengan ketua eksekutif) yang melaksanakan undang-undang dan
pentadbiran negara adalah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Jawatan beliau mempunyai persamaan
dengan jawatan Residen Inggeris pada masa kerajaan-kerajaan Melayu Islam ditadbir oleh pihak Inggeris.

Jika kita lihat pula pada struktur kerajaan negeri-negeri di Malaysia yang mempunyai Sultan
ataupun Raja, kita akan dapati bahawa Ketua Negeri adalah Duli Yang Maha Mulia Sultan, Yang Di-
Pertuan Besar, ataupun Raja. Penyusunan ini mengekalkan ketua kerajaan-kerajaan Melayu Islam seperti
asal.

Akan tetapi, setiap negeri sekarang ini mempunyai Ketua Menteri yang mentadbir sesuatu negeri
hampir sama seperti yang telah dilakukan oleh Residen-Residen Inggeris pada satu masa dahulu. Hampir
tiada pengubasuaian yang dilakukan pada struktur pemerintahan kerajaan-kerajaan negeri apabila
Persekutuan Tanah Melayu dan selepasnya Persekutuan Malaysia dibentuk.

Orang Melayu, Bumiputera dan Pribumi
Dengan penubuhan Persekutuan Malaysia, istilah-istilah Bumputera dan Pribumi terpaksa dijelaskan.
Berbeza daripada kawasan Semenanjung Tanah Melayu, kawasan Malaysia Timur khususnya mempunyai
pelbagai kumpulan-kumpulan etnik asli. Secara umumnya, istilah Orang Asli hanya digunakan di Malaysia
Barat dan tidak dianggap sesuai untuk digunakan di Malaysia Timur. Oleh yang demikian istilah
bumiputera digunakan untuk menunjukkan kumpulan-kumpulan etnik yang asalnya dari kawasan Malaysia
Timur sendiri.

Pembezaan ini terpaksa dilakukan sungguhpun terdapat pendapat di kalangan sesetengah sarjana
Malaysia bahawa orang-orang bumiputera di Sabah dan Sarawak juga orang Melayu (ataupun rumpun
Melayu). Ini adalah kerana Perlembagaan Malaysia mentakrifkan orang Melayu sebagai orang yang
berbahasa Melayu, mengamalkan kebudayaan Melayu dan beragama Islam.


3.11 PEMANTAPAN NEGARA BANGSA MALAYSIA

Selepas kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan Persekutuan Malaysia, program-program
pembangunan negara dijalankan untuk mempertingkatkan kemampuan negara dan juga tahap kehidupan
orang awam. Tragedi rusuhan perkauman pada 13 Mei 1969 telah mengubah pemikiran kerajaan Malaysia,
yang bertanggapan (sebelum itu) bahawa masyarakat pelbilang kaum di Malaysia mempunyai pemikiran
sehaluan dan mampu bekerja-sama. Ekoran daripada tragedi tersebut, kerajaan Malaysia telah
memperkenalkan pelbagai program pembaharuan untuk mengubah keadaan yang sedia ada untuk
membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bersatu. Pemantapan negara bangsa Malaysia menjadi
hasrat kerajaan Malaysia. Kesemua daripada perubahan-perubahan yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia
mendapat sokongan daripada parlimen. Antara perkara-perkara yang dimulakan pada waktu itu adalah
Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, dan dan
Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dalam pembentukan perkara-perkara di atas, nilai-nilai tamadun Melayu
diterapkan sebagai nilai-nilai asas seperti yang terdapat di dalam perlembagaan Malaysia. Sejarah tamadun
Melayu dan jumlah bilangan masyarakat Melayu sebagai kumpulan etnik terbesar juga memainkan
peranan dalam penerimaan nilai-nilai tamadun Melayu sebagai nilai-nilai asas kepada pembentukan
kebudayaan kebangsaan dan bangsa Malaysia.




68

3.12 SAINS, SENI, DAN TEKNOLOGI KETAMADUNAN MELAYU

Sains, kesenian, dan teknologi yang dihasilkan oleh tamadun Melayu adalah sesuatu yang unik dan
mencerminkan keperluan-keperluan serta nilai-nilai kebudayaan Melayu. Sebahagian daripada sains,
kesenian, dan teknologi ini bukannya rekaan tamadun Melayu, namun demikian, ianya telah diubahsuai
mengikut citarasa kebudayaan Melayu sehinggakan ianya menjadi satu bentuk lain yang menunjukkan
daya kreatif kebudayaan Melayu dan juga kebijaksanaan tempatan (local genius).

3.12.1 Sains Tamadun Melayu
Tamadun Melayu menghasilkan satu sistem sains tepat yang tersendiri berdasarkan kepada keperluan-
keperluan kebudayaan Melayu. Sebahagian daripada sistem sains tepat yang dihasilkan oleh tamadun
Melayu boleh dilihat daripada sistem sukatan atau penakatan Melayu. Pengukuran jarak (seperti sejengkal,
sedepa, hasta, dan rantai) dan timbangan (seperti cupak, gantang, dan koyan) adalah berbeza daripada
sistem-sistem penekatan lain dan berkaitan rapat dengan keperluan serta pengalaman masyarakat Melayu.

3.12.2 Kesenian Tamadun Melayu
Tamadun Melayu juga menghasilkan pelbagai bentuk kesenian. Kesenian ini boleh dilihat daripada dua
aspek, ketara (tangible) dan tidak ketara (intangible). Di antara kesenian yang berbentuk ketara adalah seni
persembahan (seperti tarian Melayu dan Mak Yong) dan artifak (seperti jaring, pukat, bubu, songket dan
busana). Kesenian-kesenian berbentuk tidak ketara pula adalah seperti pemikiran Melayu (syair,
peribahasa, dan pantun).

3.12.3 Ilmu dan Teknologi Tamadun Melayu
Tamadun Melayu banyak menghasilkan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan teknologi. Ilmu-ilmu teknologi
yang dihasilkan (dan diubahsuai) oleh tamadun Melayu menunjukkan kebijaksanaan tempatan (local
genius). Sebahagian daripada ilmu-ilmu ini boleh dilihat daripada pembinaan (istana, masjid, dan rumah)
dan pembuatan barang-barang keperluan harian (seperti keris dan songket). Perbezaan hasil teknologi
tamadun Melayu dengan tamadun-tamadun lain mempunyai kaitan dengan sumber-sumber yang boleh
diperolehi dan juga keperluan serta nilai-nilai kebudayaan Melayu.


3.13 NILAI (WORLD-VIEW) TAMADUN MELAYU

Secara umumnya, nilai-nilai yang menjadi asas kepada tamadun Melayu berteraskan kepada nilai-nilai
agama Islam. Kesemua nilai-nilai tersebut berkaitan rapat dengan konsep iman yang terdapat dalam agama
Islam. Nilai-nilai asas ini boleh dilihat di dalam ungkapan-ungkapan Melayu seperti peribahasan,
perumpamaan, dan pepatah-pepatih. Terdapat pelbagai senarai yang boleh dibuat untuk menunjukkan nilai-
nilai tersebut. Untuk keperluan buku ini, sebahagian daripada nilai-nilai tamadun Melayu yang lebih
penting disenaraikan dan diperjelaskan di bawah ini.

3.13.1 Keimanan/Ketakwaan kepada Allah swt.
Keimanan dan ketakwaan kepada Allah swt adalah perkara yang paling penting dalam agama Islam. Ianya
melibatkan banyak perkara-perkara yang menjadi pengangan (pemikiran atau falsafah) asas kepada
kehidupan manusia di dunia ini. Mentaati segala yang dituntut dan meninggalkan segala yang dilarang oleh
Allah swt adalah sebahagian daripada cara-cara bagaimana orang Melayu (dan orang Islam) beriman dan
bertakwa kepada Allah swt.

3.13.2 Ketaatan kepada Sultan dan Menghormati Pemimpin
Sejarah tamadun Melayu berkaitan rapat dengan kesultanan Melayu. Masyarakat Melayu taat-setia kepada
Sultan/Raja semenjak zaman-zaman awal tamadun Melayu lagi. Ianya satu sifat turun-menurun yang
diikuti dan diajar oleh orang-orang Melayu sehingga ke hari ini. Masyarakat Melayu juga menghormati
pemimpin. Nilai-nilai ini adalah nilai-nilai yang asas dalam tamadun Melayu.

3.13.3 Kepatuhan kepada Undang-Undang
69
Masyarakat Melayu adalah satu kumpulan manusia yang patuh kepada undang-undang, seperti yang boleh
dilihat dalam hukum-hukum adat. Orang-orang Melayu memahami kedaulatan hukum-hukum adat
semenjak dahulu lagi dan mengikut peraturan-peraturan serta undang-undang akibat daripada pemahaman
mereka terhadap kedaulatan hukum-hukum adat.


3.13.4 Mendahului yang Tua
Tamadun Melayu memberi keutamaan kepada yang tua atau berusia. Nilai ini berkaitan dengan
pemahaman masyarakat Melayu bahawa orang-orang yang lebih berusia mempunyai lebih banyak
pengalaman berbanding dengan orang-orang yang muda. Pengalaman adalah sesuatu yang sentiasa
dipandang penting dalam masyarakat Melayu. Golongan muda digalakkan merantau untuk mencari
pengalaman lain.

3.13.5 Saling Hormat-Menghormati Orang Lain
Tamadun Melayu juga tidak memandang rendah kepada orang lain. Oleh yang demikian, orang-orang
Melayu saling hormat-menghormati orang lain. Penghormatan diberikan kepada orang lain yang turut
menghormati orang Melayu. Orang-orang Melayu selalunya memberi penghormatan terlebih dahulu
kepada orang-orang lain. Orang-orang yang tidak membalas penghormatan yang diberikan akan dipandang
rendah.

3.13.6 Meraikan Tetamu
Meraikan tetamu adalah satu nilai yang penting dalam masyarakat Melayu. Mengikut ajaran agama Islam,
tetamu membawa rezeki kepada tuan rumah. Oleh yang demikian, tetamu sentiasa dipandang dengan baik
oleh orang Melayu dan diraikan dengan sebaik-baiknya.

3.13.7 Bertimbang Rasa
Tamadun Melayu sentiasa menggalakkan perasaan bertimbang rasa. Orang Melayu sentiasa cuba
memikirkan perasaan dan keadaan orang lain sebelum membuat apa-apa keputusan. Pemikiran bertimbang
rasa memerlukan kita tidak mengikuti perasaan kita sahaja; ianya memaksa kita mengambil kira perasaan
orang lain, yakni menimbang perasaan kita dengan perasaan orang lain.

3.13.8 Bersopan-santun, berbudi pekerti
Bersopan-santun dan berbudi pekerti sebahagian daripada nilai-nilai tamadun Melayu yang berkaitan
dengan beradab (atau civilised). Masyarakat Melayu menganggap bahawa orang-orang yang beradab
sebagai halus (atau refined) budi pekertinya manakala orang-orang yang tidak beradab sebagai kasar.

3.13.9 Bermesyuarah/Bermuafakat
Bermesyuarah atau bermuafakat adalah cara bagaimana masyarakat Melayu cuba mencapai persetujuan
ramai. Golongan ramai diberi peluang untuk menyuarakan pendapat-pendapat mereka dan persetujuan
dicapai dengan mengambil kira semua pendapat-pendapat.

3.13.10 Bergotong-royong
Salah satu daripada ciri-ciri tamadun Melayu adalah melakukan pekerjaan secara bergotong-royong. Nilai
ini sebahagian daripada nilai-nilai kebudayaan Melayu yang berteraskan kepada kepentingan kehidupan
secara kumpulan (dan bukannya kepentingan kehidupan bersendirian seperti yang diikuti oleh masyarakat
Eropah Barat).

3.13.11 Bekerja Bersungguh-Sungguh
Masyarakat Melayu mementingkan nilai bekerja bersungguh-sungguh. Nilai ini juga sebahagian daripada
ajaran agama Islam yang menuntut pekerjaan yang halal dan kesungguhan bekerja. Mengikut pemikiran
ini, hasil pekerjaan kita akan menjadi sebahagian daripada darah dan daging kita dan juga ahli-ahli
keluarga kita. Apabila kita melakukan pekerjaan yang haram atau tidak melakukan pekerjaan kita dengan
sempurna, perkara-perkara yang tidak elok akan menjadi sebahagian daripada diri kita sendiri dan ahli-ahli
keluarga kita. Ianya mampu untuk membuat kita menjadi orang-orang yang tidak elok.


70
3.14 HUBUNGAN TAMADUN MELAYU DENGAN TAMADUN-TAMADUN LAIN DI
MALAYSIA

Masyarakat Melayu di Malaysia pada hari ini sentiasa berinteraksi dengan tamadun-tamadun lain, bukan
saja dengan masyarakat-masyarakat yang menetap di Malaysia, akan tetapi juga dengan tamadun-tamadun
luar. Hubungan dan interaksi di antara masyarakat Melayu dengan masyarakat lain selalunya bersifat
positif. Keadaan ini bermula dengan sifat tamadun Melayu yang sentiasa terbuka kepada unsur-unsur
luaran. Sifat keterbukaan ini pula berpunca daripada sejarah kebudayaan Melayu yang tinggal di kawasan
kepulauan.

3.14.1 Orang Melayu Penduduk Kawasan Kepulauan
Orang Melayu pada asalnya adalah penduduk kawasan kepulauan (iaitu kawasan tanah besar dan
kepulauan Asia Tenggara). Lokasi pulau-pulau di kawasan ini memisahkan orang-orang Melayu secara
fizikal dan mengasingkan mereka daripada mudah untuk berinteraksi dengan kumpulan-kumpulan manusia
lain. Keadaan ini memaksa orang Melayu untuk berinteraksi dengan mana-mana kumpulan manusia yang
datang ke kawasan mereka untuk mendapat khabar berita dari jauh dan pada waktu sama untuk berdagang.
Perdagangan ini penting untuk membolehkan orang-orang Melayu tempatan memperolehi keperluan-
keperluan lain yang tidak terdapat di kawasan mereka.

3.14.2 Orang Melayu Bersifat Heterogeneous
Keadaan orang Melayu yang tinggal di kawasan kepulauan memisahkan mereka secara fizikal dari
kumpulan-kumpulan orang Melayu yang lain. Pemisahan fizikal ini mengurangkan dan menyukarkan
interaksi antara kumpulan-kumpulan orang Melayu yang berbeza. Ianya juga membolehkan kemunculan
perbezaan-perbezaan kebudayaan tempatan. Perbezaan-perbezaan ini menjadikan orang-orang Melayu
bersifat heterogeneous atau pelbagai. Kepelbagaian ciri-ciri kebudayaan masyarakat Melayu ini berterusan
oleh kerana masayarakat Melayu tidak pernah disatukan oleh mana-mana satu kerajaan atau empayar
Melayu (ataupun bukan Melayu) untuk membentuk satu negara bangsa atau empayar seperti yang berlaku
di tempat-tempat lain seperti di Cina dan di Rum
5
.

3.14.3 Sifat Terbuka Kepada Luar
Tamadun Melayu selalunya mempunyai sifat terbuka kepada kedatangan orang-orang luar. Sifat ini
berkaitan dengan sejarah masyarakat Melayu yang tinggal di kawasan-kawasan kepulauan. Penerimaan
kedatangan orang luar adalah sebahagian daripada keperluan masyarakat yang menetap di kawasan
kepulauan untuk mempertingkatkan kemampuan diri mereka. Tanpa kedatangan orang luar, masyarakat
tempatan tidak mampu untuk mengikuti perkembangan-perkembangan baru dan akan lama-kelamaan
menjadi ketinggalan zaman. Masyarakat Melayu memahami hakikat tersebut dan sentiasa terbuka kepada
luar untuk membolehkan peningkatan dalam diri mereka.

3.14.4 Penerimaan Pandangan Luar
Selain daripada bersifat terbuka, tamadun Melayu juga sentiasa menerima pandangan-pandangan dari luar.
Masyarakat Melayu begitu mudah sekali menerima pendapat-pendapat berbeza yang dibawa oleh
pendatang-pendatang. Penerimaan perbezaan pendapat ini tidak bermakna orang-orang Melayu akan
bersetuju dengan pendapat-pendapat luaran. Masyarakat Melayu biasa melihat kelainan dan tidak
menanggap kelainan itu sebagai sesuatu yang merbahaya. Ini adalah kerana lokasi kepulauan
membolehkan interaksi dengan kumpulan-kumpulan manusia yang berbeza. Oleh kerana masyarakat
Melayu mengetahui kewujudan kelainan dan mampu berhadapan dengan kelainan, mereka juga mampu
menerima pandangan dari luar.

3.14.5 Memberi Peluang Kepada Kemampuan Luar
Kemampuan tamadun Melayu untuk menerima pandangan dari luar adalah satu sifat yang berkaitan rapat
dengan kesediaan masyarakat Melayu untuk memberi peluang kepada kemampuan luar. Kesediaan untuk

5
Hanya kerajaan Jepun sahaja berjaya untuk menguasai hampir kesemua kawasan kepulauan Melayu di Asia
Tenggara pada waktu perang dunia kedua. Kerajaan Jepun hanya menduduki kawasan ini buat beberapa tahun dan
tidak pernah cuba untuk memerintah keseluruhan kawasan ini sebagai satu wilayah atau memaksa penghuni-penghuni
(orang-orang Melayu dan rumpun Melayu) kawasan ini untuk berfikir sebagai satu kumpulan.
71
memberi peluang kepada kemampuan luar adalah sifat tamadun Melayu yang membolehkan masyarakat
Melayu berubah mengikut keperluan semasa. Pada waktu sama, kesediaan ini juga mencerminkan
pemahaman masyarakat Melayu bahawa terdapat pelbagai cara-cara yang berbeza untuk melakukan
sesuatu.

3.14.6 Bermesyuarah/Bermuafakat
Salah satu mekanisma yang terdapat dalam tamadun Melayu untuk mencapai sesuatu keputusan adalah
melalui proses bermesyuarah atau bermuafakat. Proses bermesyuarah atau bermuafakat adalah proses di
mana semua orang-orang yang terlibat akan mengeluarkan pendapat mereka dan berbincang untuk
mencapai sesuatu keputusan bersama. Ini adalah satu proses yang berkemungkinan bermula semasa
masyarakat Melayu masih lagi mempunyai organisasi masyarakat (yang berdasarkan kepada pertalian
darah atau keluarga) pada peringkat perkampungan. Organisasi masyarakat pada peringkat ini tidak
dipimpin oleh seorang ketua yang mempunyai kuasa mutlak seperti seorang raja; sebaliknya kepimpinan
sesuatu perkampungan berdasarkan kepada persetujuan ramai. Sungguhpun ketua kampung mempunyai
kuasa, akan tetapi kuasa tersebut berdasarkan kepada pengaruh yang diperolehinya (berkaitan dengan
pangkat dalam keluarga dan usia). Beliau terpaksa mendapatkan persetujuan ramai sebelum sesuatu
keputusan boleh diterima. Cara bermesyuarah dan bermuafakat ini masih boleh dilihat di dalam proses
membuat keputusan yang dilakukan oleh Barisan Nasional semasa perbincangan dengan parti-parti
komponennya.

3.14.7 Interaksi Orang Melayu dengan Orang Bukan Melayu
Interaksi yang berlaku antara orang-orang Melayu dan orang-orang bukan Melayu di Malaysia
menunjukkan ciri-ciri biasa kumpulan etnik terbesar (iaitu masyarakat Melayu). Sama seperti kebanyakan
negara-negara lain, kumpulan etnik terbesar selalunya mempunyai sesuatu nilai yang dipandang tinggi oleh
kumpulan-kumpulan etnik yang lebih kecil. Kita boleh melihat perkara ini di negara-negara lain seperti
Amerika Syarikat, Great Britain, Australia, India, dan Singapura. Orang-orang dari kumpulan-kumpulan
etnik yang lain sentiasa cuba untuk memasuki kumpulan etnik yang terbesar di negara-negara tersebut.

Di Malaysia, sungguhpun terdapat persamaan dari segi perasaan untuk memasuki kumpulan etnik
terbesar, terdapat satu kelainan yang berkaitan dengan pemikiran terhadap tamadun atau peradaban. Jika
kita kaji sebab-sebab mengapa masyarakat kumpulan etnik lain cuba menjadi ahli-ahli kumpulan etnik
terbesar di negara-negara di atas, kita akan dapati bahawa ianya berkaitan dengan nilai prestij dan kuasa.
Akan tetapi, memasuki kumpulan etnik Melayu bermula jauh lebih awal daripada kemunculan negara-
negara di atas. Istilah masuk Melayu merujuk kepada perubahan nilai-nilai kebudayaan dan juga bertukar
agama untuk menganut agama Islam. Perubahan sedemikian telah wujud semenjak kemunculan Islam di
kepulauan Melayu.

Perkara yang lebih penting berkaitan dengan perbuatan masuk Melayu adalah persepsi masyarakat
rumpun Melayu di Asia Tenggara pada satu masa dahulu. Menjadi orang Melayu menjadi satu perbuatan
yang dipandang tinggi oleh masyarakat rumpun Melayu di kepulauan Melayu oleh kerana orang Melayu
dikaitkan dengan Tamadun Melayu, satu pencapaian yang dianggap sebagai pencapaian peradaban
tertinggi di kalangan masyarakat kepulauan Melayu. Oleh yang demikian, perbuatan masuk Melayu juga
boleh dianggap sebagai menerima pencapaian Tamadun Melayu serta nilai-nilai Tamadun Melayu untuk
menjadi pedoman hidup.

Sungguhpun masuk Melayu adalah satu kaedah untuk orang-orang lain menjadi ahli masyarakat
Melayu yang diterima ramai, terdapat kumpulan-kumpulan etnik lain yang tidak mahu berubah
sepenuhnya. Kumpulan-kumpulan ini mungkin tidak begitu selesa dengan keperluan untuk menganut
agama Islam sebagai teras kepada perbuatan masuk Melayu. Namun demikian, terdapat kumpulan-
kumpulan etnik lain yang mengikut cara-cara kebudayaan Melayu seperti Baba Nyonya dan Chitty.
Kumpulan-kumpulan seperti ini mengubah kebudayaan-kebudayaan mereka sehingga ianya hampir
menyerupai kebudayaan Melayu. Masyarakat Melayu secara umumnya berinteraksi secara positif dengan
kumpulan-kumpulan ini dan tidak menyekat ahli-ahli kumpulan ini dalam perkara-perkara biasa selain
daripada perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islam.


72
3.15 RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Tamadun Melayu muncul di kawasan Asia Tenggara dengan kemunculan kerajaan-kerajaan Melayu awal.
Selalunya kerajaan-kerajaan Melayu awal menunjukkan pengaruh dari kepercayaan Hindu-Buddha. Ini
adalah kerana kerajaan-kerajaan tersebut membina monumen-monumen besar dari batu. Akan tetapi
terdapat bukti-bukti arkeologi yang mencadangkan bahawa terdapat juga kerajaan-kerajaan Melayu awal
muncul pada waktu yang sama dengan kerajaan-kerajaan pengaruh Hindu-Buddha, akan tetapi tidak
menunjukkan pengaruh Hindu-Buddha. Perkara penting yang juga perlu diambil perhatian adalah bahawa
kebanyakan daripada kerajaan-kerajaan awal yang terdapat di Asia Tenggara adalah kerajaan-kerajaan
yang dibentuk oleh orang-orang Melayu.

Kerajaan-kerajaan Melayu awal ini menjadi lebih mantap apabila ianya menerima agama Islam.
Pembentukan kerajaan-kerajaan Melayu Islam di rantau Asia Tenggara dianggap sebagai zaman
kegemilangan tamadun Melayu. Kerajaan Melayu Islam yang sering dikaitkan dengan negara Malaysia
adalah kerajaan Melayu Islam di Melaka.

Selepas Melaka ditawan oleh orang-orang Portugis, penguasaan orang-orang Melayu terhadap
perniagaan dan laluan perdagangan di kawasan Asia Tenggara menurun. Orang Belanda mengambil alih
tempat orang Portugis di Melaka setelah beberapa ketika. Akhir sekali, untuk kawasan yang kelak akan
menjadi Malaysia, orang Inggeris pula datang untuk mengaut kekayaan yang terdapat di sini.

Orang-orang Inggeris mengubah sistem pentadbiran kerajaan-kerajaan Melayu Islam yang terdapat
di Malaysia. Perubahan-perubahan yang dilakukan oleh kerajaan penjajahan Inggeris masih kekal pada hari
ini. Sungguhpun, sistem pentadbiran di Malaysia pada hari ini agak berbeza daripada sistem pentadbiran
asal kerajaan-kerajaan Melayu Islam, akan tetapi ianya pada asasnya masih mengekalkan Raja-Raja
Melayu sebagai ketua-ketua negeri dan negara. Pengekalan sistem ini menunjukkan kesinambungan antara
Tamadun Melayu dan Tamadun Malaysia. Kesinambungan ini adalah sebab mengapa Tamadun Melayu
menjadi teras kepada Tamadun Malaysia.


RUJUKAN

A. Aziz Deraman (2003). Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia: Suatu Analisis Perkembangan
Kebudayaan di Malaysia. Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Rahman Abdullah (2000). Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara Sebelum dan Sesudah
Pengaruh Islam. Siri Pengajian Sejarah. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.
Bhd.

Abdullah Ishak. (1990). Islam Di Nusantara (Khususnya di Tanah Melayu). Petaling Jaya, Selangor:
Al-Rahmaniah, Badan Dakwah dan Kebajikan Islam Malaysia.

Abdullah Jusoh (1989). Pengenalan Tamadun Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Abdula Rahman Abdullah. (1999). Falsafah Alam Semesta Di Nusantara. Siri Pengajian Sejarah. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Ahmad Hakimi Khairuddin. (2006). Arkeologi dan Sejarah Kebudayaan Melayu: Satu Tinjauan Awal,
Purba 24:1-10.

_______________________(1998). Arkeologi Pra-Sejarah dan Pengajian Melayu, dalam
Pengajian Sastera dan Sosiobudaya Melayu: Memasuki Alaf Baru. Hashim Awang A.R., Zahir
Ahmad dan Zainal Abidin Borhan (eds.). Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti
Malaya.
73

Ahmad Hakimi Khairuddin dan Faridah Che Husain. (2006).Isu-isu Kontemporari Dalam Tamadun
Islam dan Tamadun Melayu, dalam Tamadun Islam dan Tamadun Melayu. Siri Teks Pengajian
Tinggi. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya

Ahmad Sarji bin Abdul Hamid. (1993). Beberapa Etos Pembangunan Negara (Nation Building Ethos).
Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara.

Amir A. Rahman. (1990). Pengantar Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Andaya, Barbara Watson dan Leonard Y. Andaya. (2001). A History of Malaysia. Edisi Kedua.
Houndmills, Basingstoke, Hampshire: Palgrave.

Asmah Haji Omar. (1983). The Malay Peoples of Malaysia and Their Languages. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

_______________. (1988). Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bellwood, Peter S. (1997). Prehistory of the Indo-Malaysian Archipelago. Edisi Semakan. Honolulu:
University of Hawai'i Press.

Braddell, Roland. (1935). An Introduction to the Study of Ancient Times in the Malay Peninsula and the
Straits of Malacca, Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society, XIII(2):70-
109.

Coedes, G. (1968). The Indianized States of Southeast Asia (Histoire ancienne des etats hindouises
d'Extreme-Orient, Edisi Ketiga). Wlater F. Vella (peny.). Diterjemahkan oleh Susan Brown
Cowing. Kuala Lumpur: University of Malaya Press. (Teks asal dalam bahasa Perancis).

Collins, James T. (1993). Istilah 'Melayu Proto' Takrif Etnografi, Linguistik, dan Arkeologi, dalam Tinta
Kenangan: Sumbangan Sempena Persaraan dan Perlantikan Naib Canselor, Profesor
Datuk Mohd Taib Osman, Nik Safiah Karim (penyunting). Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian
Melayu, Universiti Malaya.

________________. (1998). Malay, World Language: A Short History. The History of Malay
Monograph Series. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dartford, G. P. (1953)..The Growth of the British Commonwealth. Part One: 1558-1815. London:
Longmans, Green and Co.

Hancock, W. K. (1943). Empire in the Changing World. A Penguin Special. New York, New York:
Penguin Books.

Harper, T. N. (2001). The End of Empire and the Making of Malaya. Cambridge: Cambridge
University Press.

Hashim Musa, Zainal Abidin Borhan, Othman Mohd Yatim, Ahmad Hakimi Khairuddin dan Mohd Taufik
Arridzo Mohd Balwi. (2006). Konsep, Latar Belakang dan Pandangan Semesta Masyarakat
Melayu, dalam Tamadun Islam dan Tamadun Melayu. Siri Teks Pengajian Tinggi. Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Higham, C.F.W. (1996a). Archaeology and Linguistics in Southeast Asia: Implications of the Austric
Hypothesis, dalam Indo-Pacific Prehistory: The Cheng Mai Papers, P.S. Bellwood (peny.).
Canberra: Australian National University.

74
_______________(1996b). A Review of Archaeology in Mainland Southeast-Asia, Journal of
Archaeological Research, 4(1):3-49.

Huntington, Samuel P. (1998). The Clash of Civilizations and the Remaking of World Order. London:
Touchstone Books, An Imprint of Simon & Schuster UK Ltd.

Ibrahim Mahmood. (1981). Sejarah Perjuangan UMNO: Suatu Penyingkapan Kembali Sejarah
Perjuangan Bangsa Melayu Menuju Kemerdekaan. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.

Jessy, Joginder Singh. (1972). Malaysia, Singapore & Brunei: 1400 - 1965. Edisi Semakan. Tanjong
Tokong, Pulau Pinang: Darulaman Publications.

Johnson, Allen W. dan Timothy Earle. (2000). The Evolution of Human Societies: From Foraging
Group to Agrarian State. Edisi Kedua. Stanford, California: Stanford University Press.

Kamarudin Jaffar dan Hazami Habib (penyunting). (1993). Wawasan 2020. Kuala Lumpur: Institut Kajian
Dasar.

Khoo, Gilbert. (1973). A History of South-East Asia Since 1500. Oxford Progressive History. Kuala
Lumpur: Oxford University Press.

Khoo Kay Kim. (2001). Malay Society: Transformation & Democratisation. A Stimulating Study on
the Evolution of Malay Society. Kelana Jaya, Selangor: Pelanduk Publications.

Lim Kit Siang (1978). Time Bombs in Malaysia. With a Special Commentary on the 1978 General
Elections and more speeches and illustrations. Edisi Kedua. Petaling Jaya, Selangor: Democratic
Action Party.

Malaysia. Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). (1991). Malaysia Kita. Kuala Lumpur: Institut
Tadbiran Awam Negara.

Muhammad Yusoff Hashim (1992). The Malay Sultanate of Malacca: A Study of Various Aspects
of Malacca in the 15th and 16th Centuries in Malaysian History (Kesultanan Melayu Melaka).
Diterjemahkan oleh D. J. Muzaffar Tate. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (Teks asal
dalam bahasa Melayu).

Murfett, Malcolm H., John N. Miksic, Brian P. Farrell and Chiang Ming Shun. (1999). Between Two
Oceans: A Military History of Singapore From First Settlement to Final British Withdrawal.
Singapore: Oxford University Press.


Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman (t.t). Menyusuli Asal Usul Orang Melayu: Dari Perspektif
Arkeologi Semenanjung Malaysia, dalam Sejarah dan Proses Pemantapan Negara-Bangsa:
Prosiding Kongress Sejarah Malaysia Kedua, Jilid II. Nik Hassan Suhaimi, Mohd. Samsuddin
dan Kamaruzaman Yusoff (peny.). Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia.

____________________________. (1999). Arkeologi Pra-Islam Pesisir Selat Melaka: Evolusi atau
Migrasi. Syarahan Perdana Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi, Selangor: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Oppenheimer, S. (2000). Austronesian Homeland in Southeast Asia: A Genetic Perspective, kertaskerja
yang dibentangkan di Seminar Borneo Research Council, di Kuching, Sarawak dari 10 hingga
14 Julai 2000.



75
Rahmah Bujang, Yaacob Harun, Mohammad Nazzri Ahmad dan Ahmad Hakimi Khairuddin. (2006).
Kesenian, Proses Sosialisasi, dan Pembudayaan Masyarakat Melayu, dalam Tamadun Islam
dan Tamadun Melayu. Siri Teks Pengajian Tinggi. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Siti Hajar Abu Bakar Ah. (2002).Pengantar Dasar Sosial Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Malaya.

Syed Hussein Al Atas. (1964). Archaeology, History and the Social Sciences in Southeast Asia,
Federation Museums Journal, IX:21-31.

Syed Muhammad Naquib Al-Attas. (1999). Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu: Suatu
Mukaddimah mengenai Peranan Islam dalam Peradaban Sejarah Melayu-Indonesia, dan
Kesannya dalam Sejarah Pemikiran, Bahasa, dan Kesusasteraan Melayu. Kuala Lumpur:
Angkatan Belia Islam Malaysia.

Tan Ding Eing. (1976). A Portrait of Malaysia and Singapore. Oxford Progressive History. Singapore:
Oxford University Press.

Tweedie, M.W.F. (1957). The Prehistory of Malaya. 2
nd
Edition. Singapore: Donald Moore.

______________(1953). The Stone Age in Malaya, Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic
Society, 26(2). (Monograph on Malay Subjects, No. 1).


Wan Abdul Kadir Yusoff dan Zainal Abidin Borhan (peny.). (1985). Ideologi dan Kebudayaan
Kebangsaan. Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Zainal Abidin Borhan dan Ahmad Hakimi. (1996).Alam Melayu: Tradisi dan Modeniti, dalam Tradisi
dan Kemodernan, Safrin, Subhilhar dan Sudirman (penyunting). Medan, Indonesia: Penerbit
Universitas Sumatera Utara.

Zainal Abidin Borhan, Ahmad Hakimi Khairuddin dan Noor Hasnoor Mohamad Nor. (2006). Tamadun
Melayu Sebagai Asas dan Kelangsungan Tamadun Malaysia, dalam Tamadun Islam dan
Tamadun Melayu. Siri Teks Pengajian Tinggi. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya

Zainal Abidin Abdul Wahid. (1992). Sejarah Malaysia: Pentafsiran dan Penulisan. Syarahan Perdana
Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi, Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zainal Kling et. al. (2000). Arkeologi dan Sejarah Kebudayaan Melayu: Satu Tinjauan Awal, dalam
Kajian Antropologi dan Sosiologi Melayu. Kertas Kerja yang dibentangkan oleh Profesor Datuk
Zainal Kling dalam Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu, anjuran DBP dan UPSI, di
Perpustakaan Negara, Kuala Lumpur, pada 24-25 Ogos 2000.
76

BAB 4

TAMADUN INDIA


HASIL PEMBELAJARAN

Selepas mempelajari bab ini, pelajar dapat:

Untuk menerangkan isi kandungan yang relevan dalam Tamadun India sebagai faktor lengkap kepada
tamadun-tamadun Asia yang lain.
Untuk membincangkan keistimewaan Tamadun India dan meningkatkan tahap kefahaman dan
penghargaan terhadapnya.
Untuk menghayati sumbangan dan pengaruh Tamadun India kepada manusia, khususnya masyarakat
Malaysia.


4.0 PENGENALAN

Manusia sentiasa ingin memperbaiki taraf kehidupan mereka. Mereka sanggup bekerja keras untuk
mencapai hasrat ini. Atas dasar inilah pelbagai tamadun muncul di dalam dunia. Pada zaman awal
kebanyakan tamadun bermula di tepian sungai kerana penduduk-penduduknya menetap di kawasan-
kawasan sungai untuk mendapat kemudahan seperti makanan, minuman dan juga berhubung dengan
orang lain. Keadaan sedemikian wujud juga di benua kecil India.

Walaupun tarikh sebenar bermulanya Tamdun India sukar dikesan, namun tamadun ini tetap
mempunyai satu sejarah yang panjang dan berlangsung sehingga hari ini. Oleh kerana tempoh
tamadun ini begitu lama, maka beberapa aspek seperti sosial, corak kehidupan masyarakat, budaya,
politik, struktur pemerintahan, pendidikan, sains, falsafah, agama, ekonomi, kesenian dan sebagainya
terkandung di dalamnya. Tamadun India bersifat dinamik dan dapat menyesuaikan diri dengan setiap
zaman yang berkembang maju itu.

Tamadun India sangat berpengaruh dan dapat membantu setiap insan dalam dunia untuk
menyempurnakan penghidupannya. Tanpa mengira bahasa, bangsa, agama ataupun negara, tamadun
ini boleh menyumbang kepada perkembangan dunia yang serba moden yang mendukung aspek sains
dan teknologi ini.


4.1 KONSEP DAN TAKRIF

4.1.1. Tidak dapat dinafikan bahawa pusat lahirnya dan berkembangnya Tamadun India ialah negara
India. Tamadun ini unik kerana perkembangannya meliputi banyak aspek seperti agama,
spirituilisme, falsafah, matematik, ekonomi, fizik, seni, budaya, astronomi dan sebagainya.
Namun begitu, tamadun ini unggul kerana mengandungi beberapa agama seperti Hindu, Islam,
Buddha, Jaina dan Sikh. Walaupun tamadun ini dianggap tertua di dalam dunia, ia masih sangat
relevan bukan sahaja kepada penduduk India malah kepada manusia sejagat kerana intipatinya
sesuai dipraktikkan oleh manusia tanpa mengira bahasa, bangsa, agama dan negara. Tamadun
yang begitu mendalam dan meluas isi kandungannya, masih segar di negara kita Malaysia.
Semenjak orang-orang India berhijrah ke rantau Asia Tenggara, khusunya Semenanjung Tanah
Melayu, pengaruh tamadun ini sudah mula dirasai. Lama-kelamaan sehingga hari ini
pengaruhnya dapat dilihat di dalam pelbagai aspek kehidupan orang-orang Malaysia walaupun
mereka menganut agama lain dan menggunakan bahasa yang lain. Pada masa sekarang boleh
77
dikatakan isi kandungan tamadun ini sangat relevan bagi negara kita bukan hanya untuk
mengeratkan hubungan dan mendukung perpaduan, malah melengkapkan warganegara dengan
pengetahuan yang begitu tinggi mutunya.

4.1.2. Kedatangan atau penghijrahan orang-orang India ke rantau Asia Tenggara dan Persekutuan Tanah
Melayu berlaku dalam beberapa fasa. Pada awalnya mereka datang sebagai pahlawan semasa
pemerintahan Raja Chola di India. Bukti-bukti menunjukkan bahawa orang-orang India pernah
bertapak di kawasan Kedah. Peringkat kedua ialah kedatangan orang-orang India sebagai
pedagang khususnya selepas pembukaan Melaka yang menjadi pusat perniagaan di rantau ini.
Mereka bersama-sama dengan pedagang Arab dan Cina menjalankan perniagaan di rantau ini.
Fasa ketiga menyaksikan penghijrahan orang-orang India dengan jumlah yang banyak semasa
pemerintahan Inggeris. Mereka dibawa masuk sebagai buruh untuk bekerja di sektor
perladangan dan lain-lain bidang tertentu.


4.2. WILAYAH

4.2.1. Kedudukan Geografi
Negara India terletak di antara Lautan Hindi dan Pergunungan Himalaya. Negara ini boleh dibahagi
kepada India Utara dan India Selatan. Pergunungan Vindhya merupakan sempadan yang membahagikan
India Utara dan India Selatan. India Utara terbentang sehingga ke kawasan Himalaya di utara manakala
India Selatan terbentang dari Sungai Tapti di Pergunungan Vindhya hingga ke Kannyakumari di selatan.
Ini bermakna Tamadun India berkembang luas daripada dua bahagian tersebut dan perkembangannya
juga menyaksikan perbezaan yang ketara.

4.2.2. Tamadun Indo-Arya
Penduduk-penduduk di India Utara pada amnya dikenali sebagai masyarakat Indo-Arya. Bahasa Sanskrit
menjadi bahasa utama dalam kumpulan bahasa-bahasa Indo-Arya. Empat buah Veda iaitu Rig, Yajur,
Sama dan Atharva menjadi pegangan kuat bagi masyarakat ini. Keempat-empat Veda atau kitab ini
mencerminkan aspek pemikiran, kepercayaan, amalan dan kehidupan masyarakat Indo-Arya.
Tamadunnya bermula dari Sungai Indus.

4.2.3.Tamadun Dravida
Rakyat di India Selatan pula dikenali sebagai masyarakat Dravida. Bahasa Tamil menjadi asas untuk
semua bahasa Dravida. Kepercayaan, pemikiran, amalan dan kehidupan penduduk-penduduk kawasan
ini adalah berasaskan kepada Saivisme dan Vaisanavisme. Tamadun Dravida ini banyak dibicarakan
dalam puisi-puisi Sangam.


4.3 SEJARAH, KERAJAAN DAN PENTADBIRAN BANGSA, BAHASA EPOCH

a) Zaman Prasejarah (10 000 S.M. 1000 S.M.)

i. Zaman ini meliputi tiga peringkat iaitu Zaman Batu Awal (Paleolitik), Zaman Batu
Pertengahan (Mesolitik) dan Zaman Batu Baru (Neolitik).
ii. Zaman Paleolitik memperlihatkan masyarakat yang sudah mula memperolehi kemahiran
teknologi. Terdapat teknologi pembuatan yang menghasilkan alatan batu untuk memburu.
Kehidupan mereka agak sederhana di mana mereka mengumpul makanan dan berpindah
randah (nomad).
iii. Zaman Mesolilitk menyaksikan perubahan dalam kehidupan masyarakat. Mereka tidak
berpindah randah tetapi sudah mempunyai tempat tinggal yang tetap. Mereka menjalankan
kegiatan pertanian dan penternakan. Mereka mahir dalam pertukangan dan masih membuat
barang-barang daripada batu.
iv. Zaman Neolitik menyaksikan penduduk yang mahir menjalankan kegiatan pertanian,
menternak binatang, membuat pinggan mangkuk dan membuat perhiasan. Bentuk budaya
sudah muncul. Penempatan yang tetap bermula dengan pembinaan rumah-rumah dan konsep
78
perkampungan wujud. Rumah dibuat daripada tanah lumpur. Terdapat lukisan-lukisan yang
menghiasi pinggan mangkuk.

b) Zaman Protosejarah (3000 S.M. 1500 S.M.)

i. Zaman ini bermula di Lembah Sungai Indus. Tamadun yang muncul dalam zaman ini dianggap
tertua dan terpenting kerana pencapaiannya dalam bidang ekonomi dan kebudayaan yang begitu
unggul
ii. Aspek-aspek seperti perancangan bandar, pembinaan rumah, hubungan perdagangan dengan
pihak luar dan penyembahan kepada Tuhan Siva dapat diperhatikan.
iii. Kedudukan Sungai Indus dan sumber aslinya telah membolehkan masyarakat tempatan
menceburkan diri dalam bidang pertanian. Keadaan ini secara tidak langsung membantu untuk
membina perkampungan yang tetap. Kemahiran membuat peralatan besi dan gangsa
menghasilkan pelbagai alat keperluan seharian.
iv. Dua buah bandar iaitu Harappa dan Mohenjadaro telah memberi banyak maklumat tentang
tamadun India pada masa ini. Kehidupan di bandar secara tersusun telah bermula. Penduduk
berkebolehan dalam hal perancangan bandar dan mengadakan peraturan kesihatan. Sistem
saluran dan bekalan air diadakan.

c) Zaman Awal

# Zaman Vedik (1500 S.M. - 1000 S.M)
Zaman ini menyaksikan kedatagan masyarakat Arya dari Asia Tengah. Mereka berjaya menjadi
penduduk tetap di India dan berinteraksi dengan masyarakat tempatan. Pergaulan ini melahirkan
satu masyarakat yang dikenali sebagai Indo-Arya. Orang-orang Arya menghalau keluar
masyarakat Dravida yang dahulunya menetap di kawasan tersebut ke selatan dan dengan itu
keruntuhan Tamadun Indus mula berlaku. Orang-orang Arya mengamalkan cara penghidupan
mengikut kitab Veda yang memperkayakan unsur kebudayaan dan amalan keagamaan.

# Zaman Empayar Maurya (326 S.M. -185 S.M.)

(i) Apabila orang-orang Arya mengalih pengaruh mereka ke bahagian timur, khususnya di
persekitaraan Lembah Ganges, tumpuan di Lembah Indus sudah berkurangan. Pada masa
inilah Magadha mendirikan Empayar Maurya.

(ii) Dinasti Maurya memberi sumbangan yang baik terutamanya dalam bidang agama.
Buddhisme dan Jainisme menjadi popular kerana pemerintah memeluk agama-agama ini.
(iii) Dua orang tokoh yang masyhur dalam Empayar Maurya ialah Chandragupta Maurya dan
Asoka. Chandragupta Maurya mengasaskan pemerintahan yang sistematik yang membawa
kepada terbentuknya empayar. Pemerintah yang bernama Bindusura mengembangkan
empayar sehingga menguasai sebahagian besar di India.
(iv) Raja Asoka terkenal kerana selepas peperangan Kalinga baginda memeluk agama Buddha
dan menjadi penaung untuk menyebarkannya ke negara-negara luar seperti China.
(v) Zaman ini juga menghasilkan kitab yang bernama Arthasastra karya Kautilya yang
sehingga hari menjadi pengaruh kuat dalam soal-soal pemerintahan.

# Zaman Empayar Gupta (280-550 T.M)
Zaman ini dikenali juga sebagai zaman klasik kerana perkembangan kesusasteraan Hindu
khususnya dalam seni bina kuil. Dua karya iaitu Sakunthala dan Kama Sutra dihasilkan
pada zaman ini. Raja-raja dapat melancarkan kempen ketenteraan untuk menghapuskan
ancaman pihak musuh.





79
# Zaman Sangam (300 S.M. 300 T.M)

(i) Zaman ini merujuk kepada pemerintahan di bahagian selatan India. Zaman ini sangat
penting dalam sejarah Tamil kerana menjadi akar umbi bagi kerajaan-kerajaan Tamil di
Selatan India.
(ii) Tiga buah kerajaan yang terkenal dalam zaman ini ialah Chera, Chola dan Pandya.
Sumbangan ketiga-tiga kerajaan ini dalam pelbagai bidang tidak dapat ditandingi
sehingga hari ini.
(iii) Kerajaan Chera memerintah bahagian yang dikenali sebagai Kerala pada hari ini dan
kawasan di bahagian barat Tamil Nadu. Ibu negerinya ialah Vanji.
(iv) Kawasan Tiruchi dan Thanjavur menjadi tanah pemerintahan raja-raja Chola. Ibu
negerinya ialah Uraiyur tetapi Kaveripoompattinam menjadi pelabuhan yang penting.
(v) Madurai dan bahagian di selatan Tamil Nadu diperintah oleh raja-raja Pandya. Mereka
menamakan Madurai sebagai ibu negeri.

Sumbangan:
! Pemerinathan yang saksama memudahkan perkembangan sastera Tamil. Banyak karya
klasik yang tiada tandingnya sehingga hari ini dihasilkan. Pattupattu dan Ettuttokai ialah
dua koleksi terbesar yang dihasilkan.
! Raja-raja sangat mementingkan kebajkan rakyat.
! Agama Hindu berkembang dan pemujaan mendapat tempat utama di kalangan rakyat.

# Zaman Gelap (250 T.M.- 600 T.M)
i) Zaman ini memperlihatkan pemerintahan oleh raja-raja Kalabhra yang datang dari Utara
India. Mereka berjaya menundukkan raja-raja Chera, Chola dan Pandya untuk memerintah
Negara Tamil. Mereka menjadi penaung bagi agama Buddha dan Jaina yang secara tidak
langsung menggantikan kepercayaan agama tradisi orang-orang Tamil. Walaupun begitu,
zaman gelap juga memberi sumbangan dalam bidang sastera, pendidikan, budaya dan sosial.

Sumbangan:
! Pengaruh daripada Sastera Sanskrit mengutamakan prinsip-prinsip moral dan karya-karya
bertemakan etika dikarang.
! Empat kelas sosial iaitu Brahmin, Ksatriya, Vaisya dan Sudra diperkenalkan.
! Sistem Arya mempengaruhi kehidupan orang-orang Tamil khusunya dalam upacara
perkahwinan.
! Tiga karya agung iaitu Tirukkural, Cilappatikaram dan Manimekalai dihasilkan.


# Zaman Pallava (600 T.M. - 900 T.M.)
Kerajaan Pallava menggantikan pemerintahan Kalabhra. Raja-raja ini banyak membantu
dalam meningkatan kembali kegemilangan zaman keagamaan Hindu.Raja-raja
mengembalikan pemerintahan Tamil di India Selatan.

Sumbangan:
! Pemerintah membantu memulihkan pergerakan bhakti dalam mazhab Saiva dan
Vaisnava.
! Raja-raja membantu menyebarkan Saivisme dan Vaisnavisme. Kitab Panniru
Tirumurai dan Nalayirat Tivya Pirapantam dihasilkan. Kedua-dua kitab ini masih
menjadi panduan kepada agama-agama ini. Golongan nayanmar (wali-wali mazhab
Saivisme) dan kumpuln alvar (wali-wali mazhab Vaisnavisme) menyumbangkan
tenaga mereka untuk menyampaikan mesej suci agama-agama ini.
! Pembinaan kuil-kuil berlaku secara besar-besaran.




80
# Zaman Chola (900 T.M. 1350 T.M)
Zaman Chola merupakan zaman yang paling subur dalam sejarah negara Tamil. Tempoh
antara kurun 9 hingga pertengahan kurun 13 memperlihatkan zaman gemilangan kerajaan
ini kerana pada masa itulah mereka melancarkan serangan-serangan luar dan
memperluaskan sayap ke Dataran Ganga, Myanmar dan Sri Lanka.

Sumbangan:
Usaha kerajaan Pallava untuk membina kuil-kuil Hindu diteruskan oleh raja-raja Chola.
Usaha ini secara tidak langsung mengembangkan Hinduisme khususnya Saivisme.
Zaman ini menyaksikan karya-karya sastera yang asalnya dalam bahasa Sanskrit
ditulis semula dalam bahasa Tamil sesuai dengan kebudayaan tempatan.
Kamparamayanam karya Kampan adalah satu contoh yang disadurkan daripada
Ramayana.
Zaman ini juga menyaksikan kelahiran karya-karya bercorak tatabahasa.


d) Zaman Pertengahan

@ Islam dan Dinasti Mughal (1526 T.M. 1857 T.M.)

(i) Zaman ini dianggap penting kerana menyaksikan kedatangan Islam dan pengaruhnya
yang begitu berkesan diperhatikan di bahagian India Utara. Proses Islamisasi berlaku
dengan pesat tetapi kuasa tempatan yang memerintah masih berterusan terutamanya di
Selatan India.
(ii) Pengaruh Islam bermula daripada kawasan-kawasan pelabuhan dan pada abad ke-11
sudah wujud beberapa Kerajaan Islam. Bermula dengan Dinasti Subaktigin, diikuti
dengan Kerajaan Ghori, Kerajaan Khilji dan berakhir dengan Kerajaan Mughal, Islam
telah memiliki satu tempoh yang gemilang dalam sejarah negara India.
(iii) Kerajaan Mughal bukan sahaja kerajaan akhir di India tetapi merupakan kuasa dominan
selama 400 tahun di India. Kerajaan ini diperintah oleh raja-raja yang hebat seperti
Babur, Humayun, Akbar, Jahangir, Shah Jahan dan Aurangzeb.

Sumbangan:
Islam menyebabkan kemuculan satu budaya komposit.
Unsur-unsur Islam dan Hindu dapat disaksikan dalam aspek bahasa, kesusasteraan,
perubatan, astronomi, muzik, tarian, senibina, senilukis dan sebagainya.
Ajaran sufi yang menggalakan kasih sayang untuk penyatuan dengan Tuhan juga
mempengaruhi orang-orang tempatan.

@ Kerajaan Vijayanagar (1350 T.M. 1750 T.M.)

Apabila Islam berkuasa di bahagian Utara India, Kerajaan Viyayanagar mula menakluki
kawasan Tamil Nadu di selatan. Raja-raja ini didapati berbangsa Telugu dan mula bertapak
apabila menghulurkan bantuan kepada pemerintah tempatan yang takut kepada serangan Muslim
dari bahagian Utara India. Namun demikian jasa mereka tetap wujud.

Sumbangan:
Dalam bidang agama, Saivisme dan Vaisnavisme terselamat daripada ancaman agama lain.
Kerajaan membantu dan menentukan persefahaman antara agama.
Banyak kuil dibina dan kuil lama terus dipelihara.
Teks agama dan falsafah diberi ulasan yang jelas.
Teks-teks yang menerangkan ajaran Islam turut dihasilkan. Penyair-penyair Islam juga
muncul dan seorang bernama Umaru Pulavar termasyhur kerana karya Cirappuranam yang
menerangkan agama Islam.
Genre baru yang dikenali sebagi sastera minor atau pirapantam muncul pada masa ini.
e) Zaman Eropah (1750 T.M. 1947 T.M.)
81

Perkembangan agama Kristian dan usaha untuk mencari bahan rempah mendorong orang Eropah
datang ke India. Pada mulanya orang-orang Portugis menjejak kaki di Goa. Selepas itu, Inggeris
masuk ke India dan akhirnya mengambil alih pentadbiran negara India secara keseluruhan.
Inggeris memerintah India bagi satu tempoh yang panjang dan menghadapi pelbagai tentangan
daripada orang tempatan. Namun demikian, mereka dapat mematahkan segala halangan dan
akhirnya terpaksa memberi kemerdekaan kepada India.

Sumbangan:
Inggeris menyebarkan agama Kristian. Penduduk yang dipinggirkan melalui sistem kasta
cuba memeluk agama baru ini.
Orang-orang Kristian membantu memperkembangkan sastera tempatan. Banyak karya
diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris.
Bentuk prosa diperkenalkan.
Muzik dan drama mendapat perhatian orang ramai. Genra seperti novel dan cerpen mula
digunakan.


4.4 MASYARAKAT DAN BUDAYA

4.4.1. Sistem Keluarga
i. Masyarakat India boleh dibahagikan kepada masyarakat Indo-Arya dan masyarakat Dravida.
Kumpulan Indo-Arya berasal dari kawasan Asia Tengah dan menetap di India Utara. Masyarakat
Dravida pula menetap di bahagian selatan India.

ii. Terdapat susunlapis masyarakat mengikut Veda yang diistilahkan sebagai Ashrama dharma. Ianya
adalah empat peringkat kehidupan - Brahmacarya, Grahasta,Vanaprasta, Sannyasa.

iii. Peringkat Brahmacarya meliputi individu yang berusia sehingga 24 tahun. Dalam peringkat ini
pembelajaran diutamakan. Individu diasuh untuk menerima pendidikan informal sehingga 12 tahun
dan kemudian diajar pendidikan yang lebih formal. Tahap ini menentukan seseorang itu menerima
ilmu pengetahuan dan pendidikan di samping mendisiplinkan diri dalam usaha menempuh
kehidupan selanjutnya.

iv. Peringkat kedua iaitu Grahasta ialah kehidpan berumah tangga. Walaupun pembelajaran elok
diteruskan, namun seseorang itu mempunyai tugas kepada keluarga dan masyarakat. Tahap ini
memerlukan seseorang itu melaksanakan tanggungjawabnya kepada keluarga. Melahirkan anak-
anak yang baik budi pekerti mereka dan memelihara keharmonian keluarga menjadi aspek yang
penting. Peringkat ini menjadi nadi bagi tiga tahap lain.

v. Vanaprasta atau peringkat ketiga dalam sistem ini memohon seseorang itu mengalih pandangan
kepada unsur-unsur yang lebih serius dan memikirkan tentang hal kerohanian dan keduniaan.
Mereka digalak menjadi pertapa dan bermeditasi.

vi. Dalam peringkat Sannyasa seseorang itu tidak mempunyai perkaitan dengan hal-hal duniawi tetapi
menyebarluaskan idea dan pengetahuan tentang kehidupan suci. Mereka tidak lagi mengutamakan
kebendaan atau memiliki hawa nafsu. Malah keinginan untuk mencapai kesempurnaan hidup
memuncak pada tahap ini.

vii. Suatu hal yang penting dalam struktur keluarga dalam masyarakat India ialah keistimewaan yang
diberi kepada kaum wanita. Sejak peradaban Lembah Indus kaum wanita dihormati dan diberi
kedudukan yang tinggi. Namun begitu, kaum wanita terhad kebebasan mereka. Pada usia muda
mereka berada di bawah jagaan ibu bapa dan apabila sudah berkahwin mereka berada dalam
lingkungan keluarga dan suami. Fungsi wanita seolah-olah mengasuh anak dan menjaga suami
sahaja. Di sebaliknya wanita juga disifatkan sebagai boneka kepada tradisi masyarakat atasan
mengikut catatan dalam karya Arthasastra. Wanita dikehendaki menceburkan diri dalam bidang
82
tarian muzik. Perkara-perkara ini mungkin merendahkan sifat wanita tetapi peranan kaum wanita
dalam kehidupan sosial masyarakat tidak boleh diperkecilkan.


4.4.2. Sistem Kasta
i. Ia merupakan satu institusi yang unik dalam Tamadun India. Pelbagai komen yang negatif
dilemparkan terhadap konsep ini yang mengaitkannya dengan agama. Sebenarnya agama Hindu
tidak mendukung konsep ini dan beberapa tokoh telah menolak kehadirannya dalam agama.
Namun begitu, sistem ini masih wujud dengan menonjolkan idea yang tidak seimbang. Sebenarnya
sistem ini menitikberatkan idea kelas dalam masyarakat. Setiap kelas mempunyai peranan masing-
masing dan tidak perlu bertikai tentang hieraki mereka.

ii. Empat kasta yang utama ialah Brahmin, Ksatriya, Vaisya dan Sudra. Brahmin ialah golongan
pendidik. Tugas mereka ialah mengajar dan menghasilkan lebih banyak guru-guru agama. Ksatriya
menjadi golongan pemerintah. Mereka harus menjaga keamanan dan keselamatan negara. Vaisya
pula golongan peniaga yang menguruskan perdagangan. Kelas Sudra merupakan golongan pekerja.


4.4.3. Bahasa dan Kesusasteraan
i. Dua bahasa utama ialah bahasa Sanskrit dan bahasa Dravida. Bahasa Sanskrit digunakan oleh
kumpulan Indo-Arya. Bahasa ini digunakan dalam penulisan kitab-kitab Veda walaupun ianya
berubah dari segi fonologi dan morfologi dengan bertukar kepada loghat Prakrit dan Pali. Tokoh
Panini yang digelar sebagai sarjana tatabahasa telah menyusun satu sistem tatabahasa yang lengkap
dalam bahasa Sanskrit. Walaupun kini bahasa Sanskrit hanya wujud sebagai bahasa persuratan,
bahasa Hindi, Urdu dan Tamil masih digunakan.

ii. Kecemerlangan bahasa Sanskrit tidak dapat dinafikan. Kitab Veda yang suci itu ditulis dalam
bahasa Sanskrit. Beberapa aliran falsafah menerangkan intinya dengan menggunakan bahasa
Sanskrit. Tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahasa Sanskrit menyumbang kepada perkembangan
kesusasteraan dan falsafah.

iii. Bahasa Dravida merangkumi beberapa bahasa yang penting di bahagian Selatan India. Bahasa-
bahasa Tamil, Telugu, Malayalam dan Kannada dianggap penting. Bahasa-bahasa ini dituturkan
seperti berikut.

Bahasa Negeri
Tamil Tamil Nadu
Telegu Andhra Pradesh
Malayalam Kerala
Kannada Karnataka

Rajah 1. Rumpuan Bahasa di Selatan India

iv. Di antara bahasa-bahasa tersebut, bahasa Tamil dianggap sebagai bahasa tertua. Ada cendekiawan
berpendapat bahasa Dravida ini telah wujud sebelum tibanya orang-orang Arya. Kajian juga
menunjukkan hadirnya ungkapan-ungkapan Dravidia dalam kitab-kitab Veda.

v. Kesusasteraan Sanskrit mengandungi banyak karya yang bermutu dan memiliki ajaran yang
matang. Kesusasteraan Vedik, epik Mahabharata dan Ramayana, dan drama tergolong ke dalam
kesusasteraan Sanskrit.

vi. Kesusasteraan Vedik disusun pada tempoh 1500 T.M. hingga 300 S.M. Istilah Sruti dan Smriti
digunakan untuk menerangkan kesusasteraan Vedik. Ajaran-ajaran yang diwahyukan oleh Tuhan
Maha Esa kepada para pendeta disebut Sruti. Manakala segala tafsiran dan ulasan tentang sastera
ini dan diperturunkan kepada generasi akan datang dikatakan smriti.

83
Kitab-Kitab
Veda
Tempoh Isi Kandungan
Rig 1500 S.M Mazmur dan pujian kepada Dewa-
Dewi
Yajur 1500-1000 S.M. Mazmur yang digunakan dalam
upacara
Sama 1500-1000 S.M. Antologi mazmur Rig Veda
bersama muzik
Atharva 1200 S.M. Koleksi mazmur untuk menjauhkan
diri daripada penyakit, kematian,
sihir,dsb.

Rajah 2. Kitab-Kitab Veda


vii. Ramayana merupakan epik yang terkenal dan banyak dibaca. Valmiki menghasilkannya antara
tahun 200 S.M. hingga 200 T.M. Epik ini mengandungi sejumlah 24000 seloka. Setiap orang
Hindu menghormati epik terbesar ini. Ramayana dianggap sebagai sebuah kitab yang memiliki
unsur-unsur nilai tertinggi dan prinsip-prinsip ideal yang tiada sebarang kecacatan. Kekuatan cerita
dan nilai yang terkandung di dalam menyebabkannya diterjemah ke dalam beberapa bahasa dunia.

viii. Sinopsis Ramayana - Ramayana ialah kisah tentang RAMA (lambang kebaikan). Epik Ramayana
menggambarkan bagaimana seorang individu harus menjalani kehidupan dan juga bagaimana
seorang raja patut memerintah dan melaksanakan tugas. Pada masa dahulu seorang raja yang
bernama Dasaratha memerintah negara yang digelar Ayodhya. Baginda ini mempunyai tiga
orang permaisuri, namun tidak dikurniakan anak. Oleh itu, baginda mengadakan satu yagna
(upacara pengorbanan). Hasil daripadanya baginda direstui dengan empat orang putera.
Kausalya, isteri pertamanya melahirkan Rama. Kaikeyi, isteri kesayangan baginda melahirkan
Bharata. Laxman dan Shatrugna dilahirkan oleh Sumitra, isteri ketiga baginda. Keempat-empat
putera ini diasuh dan dididik oleh beberapa orang pendeta sehingga mereka menjadi pahlawan.

Pada suatu hari Pendeta Viswamitra meminta Dasaratha menghantar Rama bersamanya
untuk membunuh seorang perempuan jahat. Rama dan Laxman mematuhi arahan itu, dan terus
mengikuti Viswamitra. Selesainya tugas ketiga-tiga insan ini pergi ke Mithila, sebuah kerajaan
yang diperintah oleh raja Janaka. Di sana Rama berjaya mematahkan busar dan kemudian
berkahwin dengan Sita, puteri kepada Janaka.

Mereka hidup dengan gembira. Raja Dasaratha hendak menyerahkan takhtanya kepada
Rama dan mengisytiharkan tarikh pertabalan. Berita ini menggembirkan semua orang kecuali
Kaikeyi yang cemburu dan mahu putera kandungannya menjadi raja. Kaikeyi menggunakan dua
perjanjian yang diberi oleh Dasaratha. Takdir berkuasa dan Kaikeyi yang begitu sayang kepada
Rama memohon kepada Dasaratha supaya menabalkan Bharata sebagai raja dan menghantar
Rama ke hutan rimba selama empat belas tahun. Rama, Sita dan Laxman berlepas ke hutan.
Dasaratha tidak dapat melihat kesengsaraan ini lalu meninggal dunia. Apabila Bharatha kembali
daripada rumah saudaranya segala hal diketahuinya. Beliau marah dan terus ke hutan untuk
memohon ampun dan meminta Rama pulang ke negara. Rama enggan berbuat demikian atas
alasan hendak mendukung permintaan ibu bapanya. Sebagai pengganti Bharata pulang dengan
menjunjung paduka Rama.

Di dalam hutan Rama menghadapi banyak masalah. Surpanaka, adik kepada Raja Ravana,
pemerintah negara Sri Lanka, cuba mimikat Rama tetapi gagal. Kemudian beliau cuba mendekati
Laxman dengan hasrat yang sama. Laxman memotong hidung Surpanaka. Perkara ini
menimbulkan kemarahan Ravana yang kemudian melarikan Sita. Hal ini disiasat oleh Hanuman,
kawan baik Rama. Dengan itu peperangan sengit tercetus antara Rama dengan Ravana. Akhirnya
Ravana dikalahkan dan Sita diselamatkan. Tempoh empat belas tahun pun selesai. Rama pulang
ke negara asalnya dan memerintah dengan adil.
84

Ajaran moral epik ini ialah kebaikan akan sentiasa mengatasi kejahatan. Dalam apa jua keadaan
pun, seseorang itu harus menjalani kehidupan dengan mendukung nilai-nilai murni.

ix. Epik Mahabharata dihasilkan oleh pujangga Vyasa antara tahun 400 S.M. dan 400 T.M. Epik ini
merangkumi lebih daripada 74,000 seloka dan dimuatkan dalam 18 buah buku. Epik ini diterima
sebagai karya puisi yang terpanjang di dunia.

x. Sinopsis Mahabharatha - Epik ini berkisar pada perebutan kuasa takhta dalam kerajaan
Hastinapura. Perebutan ini berlaku antara dua kumpulan adik beradik dalam keluarga yang
sama. Mereka digelar sebagai Kaurava dan Pandava. Kumpulan Kaurava mengandungi sebanyak
seratus orang anak dan bapa mereka ialah Raja Dhritarashtra. Pandava berjumlah lima orang
anak kepada Raja Pandu yang mati akibat kena sumpahan. Kelima-lima putera ini bernama
Yudhisthira, Arjuna, Bheema, Nakula dan Sahadeva. Kesemua ini sangat taat setia dan
bertanggungjawab. Mereka mendukung nilai-nilai yang baik yang menjadi teladan kepada
manusia sejagat sehingga hari ini. Sebaliknya, kumpulan Kaurava yang diketuai oleh
Duroyadhana diselubungi dengan sifat kebencian dan kecemburuan. Mereka bertekad hendah
menghapuskan Pandava melalui apa cara pun.

Pandava berkahwin dan Draupadi menjadi isteri kesayangan mereka. Kaurava menjadi marah
dan menjemput Pandava untuk berjudi. Takdir berkuasa dan Pandava hilang takhta, kerajaan dan
harta. Mereka dikenakan hukuman untuk berada di dalam hutan selama 12 tahun. Selepas
menjalani penjara itu mereka akan dipulangkan kerajaan. Namun demikian, temu janji yang
dibuat oleh Kaurava tidak dilaksanakan.

Sri Krishna yang sentiasa menyebelahi keadilan menjadi utusan perdamaian. Baginda berjumpa
dengan Kaurava lalu memohon mematuhi janji yang telah dibuat. Keengganan mereka
mengakibatkan peperangan yang dinamakan Peperangan Kurukshetra. Dewa Krishna sendiri
menjadi pemandu kepada Arjuna untuk mengalahkan Kaurava. Krishna melafazkan kitab
Bhagavadgita kepada Arjuna. Setelah berperang dengan sengit, Kaurava ditundukkan. Selepas
itu, Pandava memerintah negara Hastinapura dengan adil dan saksama.

Epik ini mengajar manusia supaya berpegang kepada janji dan jangan sekali-kali memiliki sifat-
sifat negatif.

xi. Bhagavadgita merupakan sebahagian daripada epik Mahabharata. Bhagavadgita mengandungi
ajaran agama yang bercorak falsafah. Dalam peperangan antara Pandava dan Kaurava, Arjuna
menghadapi dilema kerana diwajibkan membunuh saudara dan ahli-ahli keluarganya. Sri Krishna
memahami perasaan Arjuna dan cuba menasihati beliau tentang kebenaran untuk mencapai taraf
hidup yang sempurna. Sri Krishna menerangkan bahawa (a) seseorang itu harus bertindak dan
menjalankan tanggungjawab dengan tidak mengharapkan sebarang balasan; (b) seseorang itu perlu
menyerahkan dirinya kepada Tuhan; (c) disiplin rohani dan jasmani sangat penting; (d) sifat-sifat
seperti hawa nafsu, kemarahan, haloba, dengki dan sebagainya hendaklah dikikiskan.

xii. Natya Sastra ialah sebuah buku yang mengandungi aspek drama, muzik dan tarian. Segala hal
berkaitan dengan persembahan, teater ataupun konvensi pentas, teknologi penerbitan, gaya artis
dan sebagainya diselitkan dalam buku ini. Harus diketahui bahawa setiap gerakan dalam tarian,
khusunya tarian klasik Bharatha Natyam, mempunyai makna yang luas.

xiii. Kesusasteraan Dravida khasnya Sastera Tamil
Tolkappiyam adalah buku tatabahasa yang pertama dan masih menjadi teks rujukan sehingga pada
hari ini. Walaupun penciptanya, Tolkappiyar, menerangkan dengan terperinci aspek fonologi,
morfologi dan sintaksis bahasa Tamil, beliau juga memasukkan tema-tema yang harus digunakan
dalam penggubalan puisi. Buku ini menjadi pegangan bukan sahaja kepada ahli-ahli bahasa tetapi
juga pujangga yang mencipta puisi. Puisi-puisi dalam Kesusasteraan Sangam sepenuhnya
mematuhi segala peraturan yang terdapat dalam Tolkappiyam.
85

Dua tema unggul yang diterangkan oleh Tolkappiyar ialah akam dan puram. Akam bermaksud
cinta suci di antara seorang teruna dengan seorang anak dara. Puram pula bererti keperwiraan
seseorang. Dengan kata-kata lain, akam menunjukkan sifat dalaman manakala puram
menggambarkan sifat luaran.

xiv. Kesusasteraan Sangam sebenarnya mengandungi dua koleksi yang disebut Ettutokai dan
Pattupattu. Ettutokai merujuk kepada antologi lapan buah teks yang temanya terdiri daripada
akam, puram atau kedua-duanya sekali. Begitu juga Pattupattu atau koleksi nyanyian.

Istilah akam membawa erti di dalam, rumah, tempat, kawasan pertanian, dada dan minda. Dalam
bidang budaya dan sastera akam adalah cinta, rahsia hidup (batiniah) dan asas prinsip dalaman.
Puisi-puisi akam menggambarkan inspirasi batin, cinta; sesuatu yang harus dirasa dan difahami;
sesuatu yang perlu dibayangkan kepada mereka yang telah mengalaminya ataupun mempunyai
pengalaman tentangnya.

Puram merupakan faktor luar daripada cinta. Puisi puram merangkumi riwayat hidup pahlawan,
kehidupan pengorbanan diri, kehidupan penderma dan pemurah, kehidupan insan yang agung,
kehidupan dari segi kesederhanaan tragedi kehidupan sejak kelahiran hingga kematian. Kesemua
ini mendapat inspirasi dari prinsip asas cinta.

Satu kaedah yang unik ialah klasifikasi tempat dalam sastera Tamil. Sifat-sifat fizikal alam
menjadi dasar klasifikasi ini. Lima kawasan yang dikenalpasti ialah Kurinci (kawasan
pergunungan), Mullai (kawasan hutan), Marutam (kawasan sawah), Neytal (kawasan pantai) dan
Palai (kawasan kering).

xv. Tirukkural
Tirukkual merupakan sastera klasik yang penting dan tertua di dalam Kesusasteraan Tamil. Karya ini
dianggap sebagai khazanah sastera dunia kerana isi kandungannya dan pemikiran yang disebut di
dalamnya dapat dibandingkan dengan sastera-sastera etika lain di dunia. Tirukkural telah menjadi kitab
pegangan hidup kepada masyarakat Tamil sejak beberapa abad. Raja-raja di Tamil Nadu menganggap
Tirukkural sebagai sumber inspirasi yang terpenting dalam usaha memerintah secara adil dan bijaksana.
Pengarangnya ialah pujangga Tiruvalluvar.

Tirukkural memiliki 1330 koplet. Terdapat 130 bab kesemuanya. Setiap bab mengandungi 10
koplet. Tirukkural dibahagi kepada tiga bahagian iaitu Kebenaran (Aram/Dharma), Kenegaraan
(Porul/Artha) dan Cinta (Inbam/Kama). Ketiga-tiga bahagian ini dikenali sebagai muppal atau trivarga.

Bahagian pertama menegaskan bahawa perhubungan manusia dengan dirinya, jiwanya,
kehidupan sendiri, kehidupan mesra dan segala hal berkait rapat dengan dirinya merupakan satu aspek
sahaja dalam kehidupan manusia di dunia ini. Ada juga perhubungan dengan masyarakat, negara,
generasi, raja, keperluan asas bagi kebendaan dan sosial, kehidupan umum dan sebagainya. Bahagian
kedua membicarakan tanggungjawab pemerintah terhadap rakyat, negara dan jajahan-jajahan di
bawahnya. Sifat-sifat raja dan juga rakyat diterangkan. Bahagian ketiga menegaskan bahawa seorang
insan yang telah memperkembangkan sahsiahnya dalam aspek moral dan spirituil, dan seorang yang
melibatkan diri dengan kehidupan sosial dan politik, berhak untuk bergembira dan memiliki kehidupan
sendiri.

Sebenarnya, karya Tirukkural melambangkan cita-cita kemanusiaan yang amat sederhanad dan
ia membicarakan berbagai corak soalan tentang sikap manusia terhadap dirinya sendiri dan terhadap
dunia luas.



4.4.4. Agama
86
i. Agama Hindu atau Hinduisme merupakan satu cara hidup.Agama Hindu sering disebut dengan
istilah Sanatana dharma yang bermaksud agama yang kekal abadi. Hinduisme adalah salah satu
agama yang besar di dunia tetapi berbeza dengan agama lain kerana tiada pengasas.Tarikh
bermulanya agama ini juga tidak diketahui. Bukti pertama tentang munculnya agama ini dikesan
dalam Tamadun Lembah Sungai Indus pada masa 4000 tahun dahulu. Perlu disebut patung-patung,
mohor dan objek-objek yang dijumpai dalam ekskavasi mengukuhkan usia lama agama ini.

ii. Biasanya agama Hindu dibahagi kepada enam mazhab mengikut Tuhan yang disembah.

Tuhan Mazhab
Siva Saivisme
Vishnu Vaisnavisme
Sakti Sakta
Muruga Kaumaram
Ganesha Ganapatiyam
Surya Sauram

Rajah 3: Mahzab Hinduisme

i. Hinduisme adalah agama yang terua di dunia. Dengan memiliki lebih dari bilion penganut, agama
ini merupakan agama yang ketiga besar dalam bumi ini. Hinduisme merangkumi idea-idea agama,
falsafah dan budaya. Ia juga mengandungi amalan yang bersifat kepercayaan kepada kelahiran
semula, Tuhan yang mutlak, peraturan sebab dan efek, mengagungkan keadilan dan keinginan unuk
melepaskan diri dari kelahiran dan kematian yang semuanya berasal dari India. Ada juga pendapat
bahawa agama itu adalah amalan hidup.
ii. Setiap agama yang berkembang maju dalam dunia ini sentiasa mendukung disiplin dan prinsip yang
dihuraikan di dalamnya. Walaupun terdapat penganut yang menyalahtafsirkan nilai-nilai itu yang
boleh membawa kepada keretakan dalam masyarkat seagama itu dan menyebabkan ketegangan
antara penganut agama lain, namun memahami setiap nilai atau panduan hidup itu akan merapatkan
manusia sejagat kerana semua agama berasaskan perbincangan yang sama, mungkin melalui
kaedah yang berbeza.
iii. Dalam Hinduisme terdapat lima prinsip yang utama. Lima prinsipnya ialah (i) Kewujudan Tuhan
yang tunggal, (ii) Manusia itu suci, (iii) Perpaudan melalui percintaan, (iv) harmoni agama dan (v)
pengetahuan tentang sungai yang suci, kitab yang suci dan mantra yang suci. Sepuluh disiplin yang
bersifat universal ialah kejujuran (satya), kesederhanaan (ahimsa), tidak berzina (brahmacharya),
tidak merompak (Asteya), kesucian (aparigraha), kebersihan (shaucha), kepuasan (santosh),
mengaji kitab (swadhyaya) dan penjimatan (Tapas).
iv. Etika atau nilai-nilai menjadi inti utama setiap agama. Etika mengambil tempat yang istimewa
dalam agama Hindu. Nilai-nilai ini boleh diberi pelbagai definisi. Di sini nilai boleh berhubung
dengan ekspresi atau kepercayaan terhadap sesuatu objek, kualiti atau tingkah laku. Nilai secara
positif menerangkan kebaikan atau hasrat dan sebagai negatif menghuraikan keburukan atau
pengharaman. Nilai-nilai ini boleh menetapkan matlamat kehidupan, membentuk keperibadian
seseorang ataupun menjadi benchmark untuk menilai kelakuan individu dan masyarakat.
v. Hindusime membezakan antara kebaikan dan keburukan ataupuan yang diterima dan yang dilarang.
Etika ini diajar melalui teladan oleh pemimpin dan guru, insan-insan yang suci (sadhus) dan orang
zahid (sagas). Terdapat beberapa orang guru yang berkebolehan untuk melakukan perkara-perkara
yang ajaib kerana memiliki anugerah Tuhan. Selain itu, kitab-kitab Hindu juga memberi panduan
tentang moraliti. Sebagai contoh, epik Ramayana (dalam kesusasteraan Melayu diadurkan sebagai
Hikayat Seri Rama) mencadangkan nilai-nilai seperti tidak membunuh, tidak merompak, tidak
berzina, tidak minum arak dan sebaliknya memelihara sikap persaudaraan, menghormati semua
jenis hidupan (ahimsa), mengamalkan makanan sayur-sayuran dan menghormati yang tua. Tidak
terdapat satu pusat agama yang berwibawa teapi agama ini berkembang atas ikatan dan
tanggungjwab keluarga dan masyarakat.


87
iii. Agama Buddha
Buddhisme berkembang bebas daripada pengaruh Veda. Agama ini diasaskan oleh Siddhartha Gautama.
Baginda adalah putera kepada Raja Suddhodana Gautama, seorang raja daripada suku bangsa Shakya di
India. Baginda dilahirkan pada 563 S.M. Semasa kelahiran diramal bahawa baginda akan menjadi
Maharaja jika sanggup memerintah atau akan menjadi Buddha jika menjalani kehidupan bertapa. IbuNya
meninggal seminggu selepas kelahiranNya. Baginda diperbesarkan oleh adik ibuNya, juga isteri kedua
Suddhodana. Sejak kecil lagi, Buddha sudah meminati kehidupan bertafakur. Terkejut dengan sikap
Buddha, ayahandaNya mewujudkan satu dunia keseronokan dan mengahwinkanNya dengan Yasodhara.
Mereka dianugerah dengan seorang putera yang diberi nama sebagai Rahula dan suasana ketika itu
sangat mesra.

Pada satu hari sesuatu yang aneh berlaku. Siddhartha menaiki kereta kuda hendak pergi melihat
beberapa taman. Dalam perjalananNya baginda ternampak seorang tua yang sedih dan berputus asa,
seorang lagi yang menderita kerana penyakitnya dan beberapa orang yang mengusung mayat ke tempat
perkuburan. Bertanya kepada pemanduNya, baginda diberitahu segala ini adalah perkara biasa. Pada hari
yang berikut baginda berhadapan dengan seorang pertapa yang memberitahu bahawa ia hendak mencari
jalan pembebsan bagi dirinya dan semua umat. Keempat-empat peristiwa ini membawa kesan yang
mendalam kepada Buddha. Baginda meninggalkan istanaNya, berjubah sebagai seorang zahid berjalan
menuju ke arah hendak mencari kebenaran.

Buddha pada ketika itu hanya berusia dua puluh sembilan tahun. Selama enam tahun baginda
cuba berpuasa dan menyeksa diri tetapi tidak memperolehi sebarang jawapan bagi soalanNya. Baginda
menyedari bahawa menyeksa diri sendiri tidak berguna. Baginda teringat kepada pengalaman awal
tentang meditasi mistik dan mengamalkan mod disiplin. Baginda duduk di bawah pokok ara yang
kemudian digelar Bodhi dan bermeditasi. Akhirnya Buddha menerima kesedaran (Enlightenment).
Baginda terus bermeditasi dan segala rintangan dapat diketepikan dan akhirnya menjadi Buddha.
Baginda mula menyampaikan khutbah pertama di Taman Rusa berhampiran Varanasi. Sahabat-sahabat
lamaNya menjadi kumpulan pengikut pertama. Baginda mengembara jauh untuk mengajar doktrinNya.
Baginda mangkat pada tahun 483 S.M. ketika berusia lapan puluh tahun, di sebuah desa dekat Bandar
Kusinagara. Sebelum kemangkatanNya baginda sempat bertitah kepada pengikut utamaNya yang
bernama Ananda. Ananda, mungkin beberapa orang daripada kamu menganggap kata-kata Tuan sudah
berakhir kerana Tuan sudah tiada lagi. Tetapi ia tidak benar. Segala kebenaran dan Peraturan Dunia,
yang telah saya ajar akan menjadi Guru bila saya sudah pergi. Buddha merupakan Tuan yang sempurna
dan tiada sebarang perkara yang remeh-temeh, ujarNya.

Dhamma
Dhamma ialah perkataan bahasa Pali yang membawa maksud Dharma. Ajaran dharma bukan ditujukan
kepada sesuatu kumpulan atau kelas tertentu. Ia merupakan prinsip kepada masyarakat dunia. Buddha
bersabda, Buatlah sesuatu kepada orang lain yang kamu sendiri mahu orang lain melakukannya kepada
kamu. Jangan sekali-kali cuba membuat kejahatan. Intipati ajaran Buddha tentang dharma terdapat
dalam khutbah pertama yang disampaikan oleh Buddha di Taman Rusa. Ia menjadi asas kepada konsep
Roda Dharma. Buddha mahukan pengikutNya berpegang jalan tengah dan menolak kedua-dua sikap
mengagungkan diri dan menghina diri. Berdasarkan ini, Buddha menerangkan Empat Kebenaran Mulia
dan Lapan Jalan Mulia. Buddha sendiri mengasaskan Sangha, satu angkatan yang mengandungi biara.
Tiga formula yang utama angkatan ini ialah:

Tiga Formula
Buddham saranam gacchami
(Saya menyerah diri kepada Buddha)
Dharmam saranam gacchami
(Saya menyerah diri kepada Undang-Undang)
Sangham saranam gacchami
(Saya menyerah diri kepada Angkatan)

Rajah 4: Formula Buddha

88
Matlamat Buddhisme ialah mengatasi samsara ataupun roda kelahiran semula. Seseorang harus
mengikis karma dengan menjauhi diri daripada perbuatan jahat. Terdapat dua bahagian dalam ajaran ini
iaitu Empat Kebenaran Mulia dan Lapan Jalan Mulia.

Empat Kebenaran Mulia
Buddha mengemukakan empat kebenaran mulia yang merupakan penemuan utamaNya. Baginda
berperanan sebagai seorang saintis sosial dapat memerhatikan kehidupan manusia dan mengetahui setiap
insan menghidap sejenis penderitaan atau penyakit. Baginda menamakannya sebagai Empat Kebenaran
Mulia (Four Noble Truths). Setiap insan perlu memahami dalam kehidupan manusia memang ada
penderitaan. Kesengsaraan ini berpunca daripada perbuatan kita sendiri. Kita harus mengenal pasti
penderitaan itu. Identiti tentang jenis penderitaan akan memudahkan kita mencari sebab ianya wujud.
Kita janganlah berputus asa dengan penderitaan kerana setiap penderitaan boleh diatasi. Seseorang kini
perlu mencari jalan atau cara untuk melepaskan diri daripada segala penderitaan.


Empat Kebenaran Mulia
Penderitaan itu universal (duhkha)
Ada punca segala penderitaan (duhkha samudaya)
Penderitaan itu boleh diatasi (duhkha nirodha)
Ada cara untuk mengatasi penderitaan (duhkha nirodha marga)

Rajah 5: Kebenaran Mulia

Perlu difahami bahawa dalam kategori kesedihan, kedua-dua pengalaman pahit dan manis dimasukkan.
Kepakaran tidak perlu untuk mengenalpasti benda-benda yang menyedihkan atau sebaliknya. Penemuan
Buddha dikatakan merangkumi segala yang menyedihkan, perwujudan empirik meliputi keadaan yang
sering berubah dan pengulangan kelahiran dan kematian. Ini bererti segalanya berhubung dengan jasad
dan minda yang kompleks dan bukanlah realiti. Segala sifat seperti keseronokan, kesedihan, sensasi
berhubung dengan deria, idea, konsep berhubung dengan intelek, kecenderungan, dorongan, kerelaan
berhubung dengan kekuatan diri semuanya adalah tidak tetap, bersifat seketika dan penuh dengan
kesengsaraan. Pendek kata, kelahiran semula adalah kesakitan. Tiada kesedihan yang wujud bersama
jasad. Segala yang direkcipta adalah kesedihan.

Segala penderitaan ada puncanya. Buddha menyebutnya sebagai roda empirik yang mengandungi 12
rangkaian iaitu:
kecuaian (avidya)
kecenderungan (samskara)
kesedaran tentang kuasa karma (vijnana)
nama dan bentuk (nama rupa)
lima organ deria dan minda (sadayatana)
hubungan antara deria dengan objek (sparsa)
sensasi (vedana)
nafsu (trsna)
bergantung kepada pengwujudan (upadana)
bertekad untuk lahir (bhava)
kelahiran (jati)
usia tua dan kematian (jara marana)

Doktrin dua belas rangkaian ini merupakan utama dalam punca kesedihan. Ia bermaksud setiap
faktor akan diikuti dengan faktor yang berikut dan membentuk satu rangkaian. Konsep utama di sini
ialah kesedihan berpunca daripada kecuaian. Perlu ditegaskan bahawa kecuaian di sini bererti tidak
menyedari kepentingan Empat Kebenaran Mulia.

Kebenaan yang ketiga ialah kesedihan dapat ditamatkan apabila kita melepaskan segala sifat
keinginan dan kehendak. Kecuaian menggalakkan kita mencari keseronokan dan tindakan itu membawa
kesengsaraan. Kita sentiasa cuai tentang kebenaran bahawa diri kita ini tidak kekal dan tiada sebarang
89
benda yang tetap. Apabila kesedihan dapat dihapuskan, nirvana atau keamanan yang agung dan kekal
abadi akan tercapai.

Segala penderitaan boleh dihapuskan melalui kaedah tertentu. Buddha menyebutkannya sebagai
Dhammapada atau Lapan Jalan Mulia. Pembebasan adalah bertentangan dengan proses ikatan dan
kesedihan. Lapan jalan mulia membantu mengubah proses itu dan membebaskan individu.

Lapan Jalan Mulia
Buddha mengemukakan ajaran Lapan Jalan Mulia untuk menghapuskan penderitaan dan kesengsaraan di
kalangan manusia. Lapan disiplin yang tergolong dalam panduanNya bukanlah langkah-langkah yang
diamal secara berturut-turut. Semuanya hendaklah dipraktikkan serentak. Jika dicuba serentak, seseorang
dapat berinteraski dan menguatkan aspek-aspek itu. Ia akan membawa kepada transformasi yang
menyeluruh dan sublimasi kebolehan individu. Pencapaiannya merupakan kemenangan di mana
kesedihan terhapus.

Lapan Jalan Mulia
Pandangan yang betul (Kefahaman)
Aspirasi yang betul (Cita-Cita)
Pertuturan yang betul (Komunikasi)
Kelakuan yang betul (Aksi)
Kehidupan yang betul (Sara Hidup)
Usaha yang betul (Daya Usaha)
Minda yang betul (Mental)
Konsentrasi yang betul (Meditasi)

Rajah 6: Jalan Mulia

Buddha mencadangkan lapan cara untuk mencapai kesempurnaan hidup atau nirvana. Pandangan yang
betul tentang kerja-kerja amal dan perbuatan yang membawa kebaikan harus diketahui. Aspirasi yang
betul perlu berkisar pada sifat tidak gelojoh, tidak membenci, dan sebagainya. Pertuturan hendaklah
benar dan jangan sekali-kali membohongi orang ataupun memfitnahkan orang lain. Tindakan yang baik
ialah tidak membunuh, tidak mencuri dan tidak melakukan zina. Kehidupan yang baik bermaksud
menjalani kehidupan yang halal tanpa rasuah atau mengumpulkan harta melalui cara haram. Setiap
orang harus bertekad untuk mencapai sesuatu melalui usaha yang murni. Minda yang betul bererti setiap
orang harus memahami jasad, perasaan dan hubungan minda dengan objek. Meditasi yang betul akan
memudahkan kita menjauhi diri daripada lima perkara buruk membunuh, mencuri, menipu, meminum
arak dan berzina.

Mazhab Hinayana dan Mahayana
Semasa pemerintahan Raja Asoka, ajaran Buddha berkembang maju dan tersebar luas. Dalam peredaran
masa interpretasi Buddha dan kehendak semasa oleh pengikutNya telah membawa kepada dua mazhab
utama Hinayana dan Mahayana. Kumpulan Hinayana disebut Teravata atau doktrin orang
berpengalaman. Ia menegaskan kehidupan astetik. Pengikut mazhab ini mendakwa bahawa merekalah
memelihara doktrin asal Buddha. Buddhisme Hinayana terkenal di kawasan selatan seperti India Selatan,
Sri Lanka, Myanmar, Negeri Thai dan Asia Tenggara. Pendukung mazhab Mahayana mengakui bahawa
pembebasan hanya dapat dicapai melalui Bodhisattva atau guru sebagai orang perantaraan. Mazhab ini
tersebar ke Tibet, Mongolia, Korea, China dan Jepun.

Etika Buddhisme
Etika Buddhisme didapati sangat popular di kalangan rakyat pada masa itu kerana ia banyak
mempengaruhi kehidupan mereka. Buddha sebenarnya menggariskan sebanyak sepuluh peraturan untuk
dihayati dan diikuti oleh semua. Di antaranya lima dianggap universal dan dinamakan Pancasila. Tidak
membunuh,tidak bercakap bohong, tidak mrompak, menghindari daripada hawa nafsu, dan tidak minum
arak.

90
iv. Agama Jaina
Jainisme adalah salah sebuah agama yang lama di India. Ia mendahului segala catatan yang terdapat di
dalam kitab-kitab Hindu. Ia adalah asli dan bersifat unik berbanding dengan sistem-sistem lain dalam
benua India.

Jainisme diasaskan oleh manusia dan diamalkan oleh orang yang telah mencapai pengetahuan yang
sempurna dan kawalan kendiri. Mereka juga bebas daripada segala ikatan duniawi. Manusia bersifat
demikian dianggap memiliki unsur-unsur ketuhanan. Jainisme diasaskan oleh Mahavira (597-527 S.M.)
lebih kurang 2600 tahun dahulu. Baginda merupakan seorang putera yang memperolehi kemewahan,
kesenangan dan perkhidmatan dengan mudah. Apabila baginda mencapai usia 30 tahun, baginda
meninggalkan keluargaNya dan keluar daripada istana. Baginda menjadi rahib untuk mengikis segala
kesakitan, kesedihan dan penderitaan yang dialami dalam kehidupan ini. Baginda bermeditasi selama dua
belas setengah tahun untuk mengatasi hasrat, perasaan dan hubungan. Akhirnya baginda mencapai
enlightenment. Selepas itu, baginda merantau berjalan kaki untuk menyebarkan kepada rakyat tentang
kebenaran eternal. Usaha ini diteruskan sehingga saat akhir hayatnya pada usia 72.

Ajaran-ajaran Mahavira ditulis dalam bahasa Prakrit, bahasa lisan orang ramai. Para cendekiawan
kemudian menuliskannya dalam bahasa klasik Sanskrit. Semasa pemerintahan Chandragupta Maurya,
Jainisme di bawah pimpinan Badbahu (400 S.M.) tersebar luas ke seluruh bahagian Selatan India.

Sembilan Prinsip
Realisme dan relativisme agama Jaina digambarkan dalam skema kategorinya. Agama Jaina mengakui
realiti sebanyak sembilan kategori.

Sembilan Prinsip yang diucapkan
roh atau kesedaran (Jiva)
jirim yang tidak hidup (Ajiva)
sebab memenuhi karma (Asrava)
ikatan dengan karma (Bandha)
pahala (Punya)
dosa (Papa)
menghentikan karma (Samvara)
pengikisan karma (Nirjara)
pembebasan (Moksha)
Rajah 7: Prinsip Jainisme

Jiwa itu banyak. Semuanya bersifat eternal iaitu tidak direkacipta. Satu klasifikasi jiwa berdasarkan
jumlah akal dikemukakan.

Jumlah Akal Deria Contoh
Satu sentuhan bumi, air, api, udara,
tumbuhan, pokok.
Dua sentuhan, rasa siput dan cacing
Tiga sentuhan, rasa, hidu kala jengking, semut, kutu, pijat
Empat sentuhan, rasa, hidu,
penglihatan
lalat, nyamuk, lebah, rama-rama
Lima sentuhan, rasa, hidu,
penglihatan,
pendengaran
manusia, haiwan
Enam lima deria dan minda manusia
Rajah 8 : Enam Jenis Akal
Ajiva bererti tidak bernyawa. Pahala dapat diperolehi melalui kebajikan, kata-kata mesra dan pemikiran
yang sihat. Doa muncul akibat perbuatan, pemikiran dan kata-kata jahat. Seseorang boleh menyebabkan
pengaliran masuk karma melalui pemikiran dalaman dan luaran. Hubungan bermakna ikatan dengan
91
karma. Sekatan membawa maksud menghentikan kemasukan karma. Karma ini kemudian digugurkan.
Akhirnya jiwa mencapai moksa atau pembebasan.


Svetambara dan Digambara
Jainisme menarik perhatian segala lapisan manusia - kaya dan miskin, raja dan orang ramai, lelaki dan
perempuan, putera dan pendeta. Setelah kemangkatan Mahavira, Jainisme memiliki dua mazhab iaitu
Digambara dan Svetambara. Sekolah-sekolah ini tidak banyak berbeza dari segi prinsip dan ideologi.
Hanya beberapa amalan membezakan kumpulan ini. Kumpulan Digambara tidak mementingkan pakaian
kerana kompas adalah pakaiannya. Hal ini tidak patut disalahtafsirkan kerana kebogelan di sini
bermaksud seorang yang telah melepaskan segala-galanya termasuk pakaian dalam dunia dan menarik
diri daripada kehidupan rutin untuk menumpukan perhatian terhadap pengetahuan mutlak. Manakala
pendeta Svetambara memakai pakaian yang berwarna putih. Kedua-dua kumpulan ini menerima etika
dan falsafah sebagai pegangan asas.

Etika Jainisme
Etika Jainisme ialah kesederhanaan, kasih sayang dan tidak menyakitkan segala benda hidup melalui
pertuturan, pemikiran dan tindakan. Ia adalah agama yang mengutamakan cinta kepada semua benda
hidup. Orang-orang Jain perlu mengambil sumpah tentang lima perkara:
! kesederhanaan (Ahimsa) iaitu tidak menyakitikan mana- mana benda hidup
! kebenaran (Satya) - hanya bercakap benar
! tidak mencuri (Asteya) - tidak merampas atau mengambil harta orang lain
! kesucian (Brahmacharya) - tidak meminati keseronokan
! tidak bergantung (Aparigraha)- bebas dari segala-segalanya.


v. Agama Sikh
Ajaran agama Sikh yang diasaskan oleh Guru Nanak (1469-1539) dan sembilan orang Guru Sikh
termaktub dalam Sri Guru Granth Sahib Ji. Kitab suci tersebut menjadi Guru selama-lamanya bersama
kaum Khalsa.
Mesej Guru Nanak dalam ajarannya menyentuh kod moral (morality) dan kerohanian (spirituality)
serta semangat kemanusiaan (humanity) tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan gender dalam
masyarakat. Guru Nanak mengasaskan agama Sikh dengan berpandukan sekiranya hendak mendekati
(menyayangi) Tuhan maka haruslah kita mempunyai perasaan sayang antara satu sama lain dalam
sesebuah masyarakat.

Agama Sikh merupakan agama monoteisme dan kepercayaan utama ialah mengenai kewujudan
ketuhanan yang Satu, iaitu bersifat nirankar (tidak berbentuk/formless), abadi, amat berkuasa dan manusia
tidak dapat menghuraikannya. Penganut Sikh percaya bahawa Tuhan wujud di mana-mana jua dan Tuhan
sajalah yang mempunyai segala sifat kesempurnaan. Penganut Sikh menyebut nama Tuhan dengan
perkataan Waheguru bermakna Tuhan yang menakjubkan. Guru Nanak menekankan konsep
persaudaraan sesama manusia (Tully dan Jacob 1986: 17). Dalam sesi pengembaraannya (udasis), Guru
Nanak menyampaikan mesej sejagat supaya umat manusia mematuhi ajaran agama masing-masing secara
komited dan ikhlas.

Sri Guru Gobind Singh Ji (1675-1708) merupakan Guru terakhir dalam sejarah Sikh. Beliau
mempunyai minat yang mendalam dalam bidang pendidikan termasuk menguasai bahasa Punjabi, fasih
berbahasa Sanskrit, Braj dan Parsi serta membaca pelbagai teks klasik. Gobind Rai juga memiliki sifat
keindahan (estetika) dalam mengubah puisi dan menulis skrip Gurmukhi dalam bentuk kaligrafi (Harbans
Singh 1999: 58). Beliaulah satu-satu insane yang menyelamatkan agama ini daripada ancaman agama lain.


Kepercayaan Agma Sikh
! Kepercayaan kepada Tuhan yang Satu
! Kepercayaan kepada Guru
92
! Kepercayaan kepada Sri Guru Granth Sahib Ji
! Kepercayaan kepada kebebasan
! Kepercayaan kepada sistem demokrasi

Etika Agama Sikh

Pertama: Kebenaran merupakan prinsip peraturan yang paling asas dan utama dalam ajaran agama Sikh.
Misalnya, bercakap benar dan melakukan sesuatu perbuatan dengan jalan yang benar serta mengutamakan
kebenaran adalah dituntut oleh agama Sikh. Walaupun kebenaran adalah pahit dan jalan yang amat sukar
dilalui, menjalani kehidupan dengan penuh kebenaran sesungguhnya diredhai oleh Waheguru.

Kedua, ialah sifat kejujuran dan ia berkait rapat dengan sifat kebenaran. Misalnya, bersikap jujur bukan
sahaja merupakan satu sifat mulia, malah sesuatu yang mendapat perhatian dan dititikberatkan oleh semua
ajaran agama. Manusia akan mendapat ketenangan jiwa, kebahagiaan batiniah dan hati yang luhur dengan
mengamalkan sifat-sifat kejujuran dalam kehidupan mereka.

Ketiga, penganut Sikh perlu mempunyai sifat ketahanan diri yang teguh dan mengikuti segala ajaran
agama Sikh untuk mendekati Waheguru. Agama Sikh juga menyeru umatnya belajar daripada kesilapan
yang lalu. Hal ini kerana manusia yang berjaya sebenarnya telah mempelajari segala kesilapan dan
kegagalan masa lalu sehingga membolehkan mereka memperbaiki daya ketahanan diri masing-masing.

Keempat, cara hidup berkeluarga atau gristhi ashram dimestikan dan semula jadi sifatnya. Dalam agama
Sikh, kehidupan berkeluarga penting kerana selain menyahut seruan Guru, mereka juga seharusnya
melaksanakan tangggungjawab kepada keluarga. Agama Sikh memandang mulia kepada individu yang
mengamalkan cara hidup berkeluarga dan mementingkan perkahwinan dalam kehidupan mereka.

Kelima: sifat ketaatan juga penting dalam kehidupan seseorang penganut Sikh agar individu tidak berbelah
bahagi terhadap ajaran agama Guru-guru Sikh. Mereka juga harus mempunyai sifat ketaatan dan
komitmen yang tinggi terhadap bangsa dan negara mereka kerana agama Sikh mengajar umatnya supaya
tidak mementingkan diri sebaliknya mengutamakan kebajikan umat manusia lain.


4.4.5.Aliran Falsafah

i. Istilah Falsafah India merujuk kepada beberapa tradisi pemikiran falsafah yang berakar umbi di
India termasuk Falsafah Hindu, Falsafah Buddha dan Falsafah Jaina. Falsafah India mempunyai satu
sejarah yang panjang dan berterusan yang memperlihatan fasa perkembangan yang jelas. Pemikir India
memandang falsafah sebagai satu amalan yang perlu dipelihara untuk memahami kehidupan dalam dunia
ini. Sudah menjadi kebiasaan bagi penulis India untuk menjelaskan pada bahagian awal hasil karya
mereka tentang cara ia dapat membantu mencapai matlamat manusia.

Sekolah-sekolah falsafah India boleh dibahagi kepada ortodoks (astika) dan heterodoks (nastika)
berasaskan penerimaan kewibawaan kitabVeda.


Falsafah India
Ortodoks Pengasas Heterodoks Pengasas
Nyaya
(logik)
Gautama Carvaka
(materialisme)
Carvaka
Vaisesika
(atom)
Kanada Buddha
(kepercayaan)
Buddha
Samkhya
(enumerasi)
Kapila Jaina
(etika)
Mahavira
Yoga
(meditasi)
Patanjali
93
Mimamsa
(ritual)
Jaimini
Vedanta
(tradisi
Upanisad)
Sankara


Rajah 9 : Sistem-Sistem India

ii. Carvaka ialah materialisme. Seorang pendeta yang bernama Carvaka dipercayai sebagai pengasas
sistem materialisme ini. Tempohnya bermula selepas era Upanisad tetapi sebelum perkembangan
Buddhisme. Carvaka mengkaji sumber dan kesahan pengetahuan manusia tentang realiti. Bagi orang-
orang Carvaka, persepsi (Pratyaksa) adalah sumber tunggal dan kriteria pengetahuan. Hanya yang dapat
dipersepsi melalui pancaindera dianggap benar. Mereka menolak aspek inferens dan testimoni sebagai
sumber pengetahuan. Mereka membahas dan membantah kewujudan inferens. Jisim diterima sebagai
realiti. Kehadiran Tuhan dan jiwa tidak boleh dipersepsi atau dialami dan oleh itu patut ditolak. Tiada
syurga dan neraka. Hanya jisim wujud dan akan terus hadir. Jisim diterima sebagai penyebab material
yang efisyen dalam dunia. Konsep Hedonisme menjadi satu sifat yang penting. Walaupun terdapat
pengikut yang cuba menentang Hedonisme, namun semua menerima kepentingan masyarakat, undang-
undang dan disiplin.

iii. Falsasah Buddha diasaskan oleh Gautama Buddha (563-483 S.M.). Buddhisme mementingkan
kehidupan yang tidak tetap dan penderitaan yang bersangkut paut dengannya. Semua benda yang
bernyawa dan tidak bernyawa terus berubah. Tiada yang tetap atau kekal abadi. Kehidupan ini penuh
dengan kesengsaraan atau dukha yang berpunca daripada kecuaian. Karma berakar daripada kecuaian.
Ianya dibawa dari satu kelahiran hingga satu kelahiran lain. Ini bermaksud keadaan dalam kehidupan
pada masa ini adalah disebabkan oleh karma pada kelahiran terdahulu. Pemikran, pertuturan dan
tindakan yang lampau boleh mempengaruhi pengwujudan masa ini. Satu unsur yang menarik dalam
Buddhisme ialah doktrin yang menolak jiwa. Berbeza dengan falsafah utama yang lain, Buddhisme tidak
menerima jiwa atau atman sebagai entiti kekal. Ia mengutarakan teori nirvana iaitu pembebasan
sepenuhnya daripada penderitaan. Nirvana dapat dicapai melalui pengetahuan sempurna, keamanan
sempurna dan kearifan yang sempurna.

iv. Jainisme menerima Mahavira (599-527 S.M.) sebagai pengasasnya. Beliau diterima sebagai
Tirthankara yang kedua puluh empat. Falsafah Jaina tidak mendukung Veda sebagai kitab yang
berwibawa. Ia bersifat ateis dan menolak konsep Brahman sebagai pencipta dunia. Dunia ini dipercayai
bersifat eternal dan tidak bersempadan. Orang-orang Jaina mengklasifikasi semua benda sebagai yang
hidup(jiva) dan bukan hidup (ajiva). Jiva hadir dalam jasad ini. Sifat unggulnya ialah kesedaran.
Terdapat jumlah jiva yang tidak terhad dan digred berdasarkan pancaindera. Jiva itu bukan tetap dan
boleh berubah dari satu badan ke badan lain.

v. Nyaya diasaskan oleh Gautama. Nyaya menerima falsafah Vaisesika. Perbezaannya ialah
Vaisesika mementingkan teori manakala Nyaya mengutamakan amalan. Nyaya mengakui Tuhan tetapi
pengasasnya tidak melibatkan diri dengan perbincangan masalah pengwujudan Tuhan. Bagi Nyaya, jiva
adalah benda tunggal, eternal dan hadir. Kesedaran bukanlah atribut penting jiva, tetapi hadir secara
tidak sengaja. Pembebasan sempurna ialah ketiadaan kesakitan dan keseronokan. Ia juga meliputi
pembebasan daripada roda kelahiran dan kematian.

vi. Kanada, seorang cendekiawan, mengasaskan sistem Vaisesika. Sistem ini juga purba seperti
Buddhisme dan Jainisme. Kanada mengemukakan teori atom. Ianya ersifat pluralistik dan mengandungi
tujuh kategori - benda (dravya), kualiti (guna), tindakan (karma), universal (samanya), khusus (visesa),
inherens (amavaya) dan tidak wujud (abhava). Bagi sistem ini setiap efek adalah satu permulaan baru. Ia
menolak sama sekali teori pengwujudan sebagai penyebab efek. Sekolah ini tidak banyak membicarakan
tentang Tuhan tetapi para komentator kemudian telah merujuk kepada jiva utama yang sempurna dan
kekal abadi. Sistem ini menerima Tuhan sebagai penyebab utama dunia. Atom-atom eternal adalah
penyebab jisim dunia. Vaisesika juga mengakui 9 benda - lima bercorak material dan empat sebagai
94
bukan material. Lima benda material merangkumi bumi, air, api, angin dan atmosfera. Ruang, masa, jiva
dan minda merupakan bukan material.

vii. Samkhya adalah falsafah popular yang diasaskan oleh Kapila. Dua aliran falsafah iaitu Samkhya
(realistik) dan Vedanta (idealistik) berkembang berasaskan kitab Upanisad. Samkhya menggabungkan
doktrin asas Samkhya dan Yoga. Perlu difahami bahawa Samkhya bercorak teori manakala Yoga adalah
aspek praktikal. Sistem ini menerima dua realiti iaitu Prakriti (jisim) dan Purusha (roh). Baginya kedua-
dua jisim dan roh adalah benar. Ia bercorak pluralistik kerana mendukung prinsip bahawa roh itu
banyak. Prakriti yang bukan individu juga tidak sedar. Ianya dipengaruhi oleh roh dan wujud sebagai
objek pengalaman jiwa. Prakriti mengandungi tiga sifat atau guna - (i) Sattva - kesucian, kehalusan dan
kelembutan; (ii) Rajas - aktiviti dan gerakan; (iii) Tamas - kecuaian, tidak sensistif dan tidak bertindak.

viii. Patanjali mencadangkan sistem Yoga. Yoga berkait rapat dengan Samkhya dan bersifat praktikal.
Dalam karya yang dinamakan Yoga-Sutra ajaran ini diselitkan. Karya ini menunjukkan cara mencapai
emansipasi melalui kawalan citta yang mengandungi intelek, ego dan minda. Kaedah ini digelar
astanga-yoga yang dibahagi kepada lapan peringkat. (i) Yama - kawalan diri daripada aktiviti immoral
luar; (ii) Niyama - kawalan kendiri untuk memelihara nilai dan etika kehidupan; (iii) Asana - postur
badan untuk bermeditasi; (iv) Pranayama - cara mengawal pernafasan; (v) Pratyahara - menolak
pancaindera; (vi) Dharana - konsentrasi; (vii) Dhyana - meditasi; (viii) Samadhi - penyatuan. Yoga
berakhir dengan penyerahan diri kepada Tuhan. Ia hanya mendukung kewujudan satu Tuhan dan tidak
ada purusha sepertiNya.

ix. Mimamsa yang bererti menyiasat dan memperolehi pengetahuan menerima kewibawaan Veda.
Jaimini diterima sebagai pengasasnya. Mimamsa sepenuhnya menerima Veda dan mengutamakan
testimoni lisan. Ia menerima kata-kata atau sabda sebagai pengetahuan unggul.

x. Vedanta berasaskan Upanisad dipopularkan oleh Sankara. Berbanding dengan sistem-sistem lain,
Vedanta lebih muda dan perkembangannya berlaku dalam tempoh terdekat. Vedanta meliputi bukan
sahaja ajaran Upanisad malah tetapi juga segala komentar interpretasinya. Tiga komentar mengenai
falsafah Upanisad dijalankan oleh Sankara (advaita), Ramanuja (Visistadavita) dan Madhava (dvaita).
Sekolah-sekolah ini memfokuskan falsafah Vedanta. Ia menerangkan cakerawala, roh individu dan
Tuhan. Tuhan mempunyai pengetahuan dan kuasa yang tidak digugat. Tetapi roh individu terjerumus
dalam karma yang menyebabkannya terikat kepada hasrat dan nafsu. Ini menyebabkan kelahiran yang
tidak terhad jumlahnya. Transmigarasi dari satu kelahiran ke satu kelahiran bergantung kepada karma.
Oleh itu, pembebasan atau moksha menjadi matlamat hidup individu.


4.5. PANDANGAN SEMESTA DAN NILAI-NILAI

4.5.1. Pandangan Semesta

i. Sifat Penerimaan
a. Negara India bukan sahaja menyaksikan tiga zaman malah menerima pentadbiran Hindu, Muslim
dan Inggeris. Penghijrahan penduduk berlaku yang menyebabkan muculnya unsur-unsur budaya,
tradisi, agama, falsafah, bahasa, idea dan sebagainya.
b. Memang berlaku perbezaan- kebaikan dan keburukan, toleransi dan kefanatikan, perpaduan dan
perpecahan, kesetiaan dan ketidaksetiaan, kerjasama dan individualism, keadilan dan
ketidakadilan. Tetapi perbezaan hendaklah digunakan untuk mewujudkan perpaduan seperti kata
perpaduan dalam kepelbagaian

ii. Sifat Toleransi
(i) Dasar pendidikan Inggeris diperkenalkan oleh penjajah Inggeris. Walaupun ianya bertentangan
dengan pendidikan tempatan, namun orang-orang India menerima dengan sikap terbuka kerana
ilmu yang terkandung di dalamnya. Kebanyakan ahli-ahli pendidik menganggap mempelajari
lebih dari satu bahasa akan membawa manfaat kepada rakyat.
95
(ii) Negara India mempunyai rakyat yang bertutur menggunakan bahasa berdasarkan negeri
masing-masing. Mereka sanggup mempraktikkan sikap kebebasan berbahasa.
(iii) Unsur kedaerahan sangat kuat di Negara India. Bahasa, agama, kedudukan geografi semuanya
membezakan rakyat. Tetapi sikap toleransi dan sifat hormat-menghormati telah
menyatupadukan mereka.

4.5.2. Nilai-nilai
i. Ajaran Bhagavadgita dan isi kandungan karya Tirukkural mengutarkan nilai-nilai hidup yang
penting. Segala perilaku manusia yang bercorak norma-norma hidup diterangkan secara
terperinci dalam teks-teks ini.

ii. Empat nilai iaitu Dharma, Artha, Kama dan Moksha perlu didukung oleh setiap orang Hindu.
Nilai-nilai ini hendaklah diamalkan dalam pemikiran, pertuturan dan kegiatan setiap masa.

iii. Dua lagi nilai yang sangat bermakna ialah karma (perbuatan) dan ahimsa (kesederhanaan).


4.6. PENCAPAIAN DALAM PELBAGAI BIDANG

4.6.1. Seni halus

i. Tamadun India juga mencapai kecemerlangan dalam sektor seni halus. Tiga aspek yang
terkandung dalam seni halus ialah tarian, muzik dan drama. Sebuah karya yang dinamakan Natya
Sastra yang dihasilkan oleh Bharata menerangkan semua jenis seni halus ini. Tarian klasik
misalnya, Bharata Natyam dan juga Kathak dipersembahkan serentak dengan muzik dan drama.
Kedua-dua jenis tarian ini mempunyai persamaan dengan muzik di utara India dan Karnatka.

ii. Tarian dalam Tamadun India sudah mencapai satu tahap yang tinggi. Ianya diadakan oleh
masyarakat India bukan sedar hiburan tetapi juga mengandungi unsur-unsur keagamaan. Siva,
Krishna dan Ganesha dikaitkan dengan tarian. Satu imej Tuhan Siva membayangkan tarian yang
dikenali Tarian Kosmik. Perkara-perkara yang penting dalam taian ialah muzik, pakaian, gerakan,
ekspresi dan emosi. Terdapat tujuh jenis tarian klasik India yang utama.

iii.
Jenis tarian Tempat berasal Komponen Utama
Bharatha Natyam India Selatan mod (bhava),
muzik (raga)
rima (tala)
Odissi Orissa nritta
abhinaya
Kuchipudi Andra Pradesh natya
nritta
nritya
Kathak India Utara mod,
muzik,
rima
Mohini Attam Kerala abinaya,
nritta,
nritya
Manipuri Manipur nritta,
nritya,
natya
Kathakali Kerala abinaya

Rajah 10: Jenis Tarian India
96
iv. Bharatha Natyam merupakan tarian klasik India yang dipersembahkan di kuil-kuil di selatan India.
Empat orang adik beradik memberi kod dan mendokumentasikan ia sebagai satu seni
persembahan. Ianya disampaikan sebagai satu tradisi hidup daripada generasi kepada satu generasi
yang lain. Pada hari ini Bharatha Natyam ditari oleh kedua-dua penari lelaki dan perempuan.
Gerakan, postur dan irama yang seimbang telah membawa koreografi yang unik.

v. Odissi berasal sebagai tarian ritual di kuil-kuil di Utara India. Pada hari ini namanya merujuk
kepada teknik tarian di negeri Orissa di bahagian timur India. Tarian Odissi memiliki dua fasa -
gerakan badan mengikut rentak dan masa dan gerakan dan ekspresi muka untuk menggambarkan
cerita atau tema.

vi. Kuchipudi berasal dari Andra Pradesh di bahagian Selatan India. Teknik dalam tarian ini
menggunakan gerakan kaki dan badan dengan pantas. Gerakan tangan dan ekspresi muka
digunakan dan lakonan diselitkan dengan dialog oleh penari. Ianya boleh disembahkan secara solo
ataupun dalam kumpulan.

vii. Kathak pada asalnya ditari oleh orang-orang Kathak yang bermaksud pencerita. Tarian ini
diadakan di kuil dan juga tempat awam.Muzik yang diiringi menghidupkan lagi cerita dalam tarian
ini. Pada masa ini, teknik ini meliputi kepantasan kaki mengikut irama dan muzik. Kecantikan
tarian dan identitinya terus dikekalkan.

viii. Mohiniattam yang popular di negeri Kerala di bahagian barat daya India.Tarian ini dapat memikat
para penonton kerana sifat demikian. Pakaian berwarna putih dan keemasan, dandanan rambut
yang menarik dan gerakan yang indah mempunyai unsur estetika. Penari-penari telah membawa
pembaruan dan mengembangkannya.

ix. Manipuri adalah satu tarian indah di India. Berasal di Utara India ia dinamakan berdasarkan
Manipur yang bermaksud tanah permata. Tarian ini bukan sahaja menjadi komponen ritual harian
malah dipersembahkan di majlis perkahwinan. Ianya ditari oleh lelaki dan perempuan.

x. Kathakali ialah salah satu bentuk teater yang lama di dunia. Ia berasal dari Kerala, India. Ianya
disembahkan secara kumpulan di mana penari mengambil peranan berasaskan tema mitos Hindu,
khususnya Ramayana dan Mahabharata. Cara menghiaskan diri adalah satu unsur unik dalam
tarian ini. Gerakan di dalamnya penting kerana ia seolah-olah memberi pertuturan dan cerita. Ia
dipersembahakan sepanjang malam. Pada masa dahulu, teruna sahaja melakonkan peranan wanita
tetapi kini lebih ramai kaum wanita turut serta.

4.6.1.1. Muzik dan seninya berkembang seiring dengan seni tari. Irama (tala) dan melodi (raga) adalah
dua kombinasi yang digunakan serentak. Umumnya muzik sangat penting dalam Tamadun
India. Salah seorang Dewi pemujaan Dewi Saraswathi atau Dewi Kebaikan dan Pendidikan
memiliki alat veena di tangannya. Alat-alat muzik di India boleh dikategori sebagai tata (tali),
avanaddha (dram), Ghana (ideophone) dan susira (angina). Alat-alat muzik di India Selatan
dan di India Utara berbeza.







Rajah 11: Alat Muzik India

4.6.1.2. Drama di India biasanya diselitkan dengan tarian dan muzik. Taridra merupakan jenis awal
dalam seni drama. Teater, penats, teknik produksi, persembahan dan artis adalah aspek penting
dalam seni drama. Pada masa awal, drama diadakan semata-mata untuk menghibukan para
India Utara India Selatan
sitar veena
sahnai natasvaram
tabala mirdanga
97
penonton. Isi kandungan seperti falsafah dan unsur dramatis meninggikan nilai seni drama India.
Segala keterangan tentang drama dimuatkan dalam karya Natya Sastra.

4.6.2. Seni Bina
Tamadun India menjadi unggul kerana kesempurnaan dalam bidang seni bina. Ianya sudah mula
berkembang sejak Zaman Tamadun Lembah Indus lagi. Kedudukan geografi negara India sedikit
sebanyak telah mempengaruhi corak seni bina ini. Batu dan kayu yang mudah didapati menjadi
sumber utama dalam pembinaan pada peringkat awal. Kemudian batu-bata mula digunakan dan
kemahiran pertukangan orang-orang India mencapai kecemerlangan khasnya pada pemerintahan
Kerajaan Maurya. Zaman Pertengahan memperlihatkan lebih banyak batu digunakan di mana
jurubina memiliki kepakaran yang tinggi dalam penghasilan seni.

Seni bina Budddha jelas kelihatan semasa pemerintahan Raja Asoka. Walaupun
kemahiran pertukangan batu sudah mencapai peringkat tinggi, kini untuk membezakan bentuk
lama dimensi baru menggunakan geometri iaitu empat segi dan bulat menjadi pilihan. Sesuai
dengan simbol Buddha atau lebih diketahui Undang-Undang Roda bentuk baru dipraktikkan.
Jenis-jenis seni bina Buddha ialah Stupa Buddha (bentuk separuh bulat yang diukir kata pada
batu) yang didirikan di persimpangan jalan; Stambhas (bentuk tiang yang diukir dengan ayat-ayat
suci Buddha) yang didirikan sebagai monument; Seni bina gua di mana dindingnya dihiasi dengan
ukiran yang menggambarkan kehidupan Buddha; Vedika Batu atau pagar yang mengelilingi stupa
Buddha juga diukir dengan sejarah kehidupan Buddha; Torana Buddha atau pintu gerbang yang
diperbuat batu juga diukir hikayat Buddha pada permukaan.

Seni bina Hindu merupakan satu lagi keistimewaan dalam Tamadun India. Hinduisme
yang sangat rapat dengan kehidupam masyarakat Hindu turut mempengaruhi bentuk pembinaan
kuil. Zaman Gupta mungkin menjadi titik tolak bagi pembinaan kuil yang jelas. Seni bina kuil
ditentukan oleh peraturan, perancangan, pemilihan tapak, mitologi dan astronomi. Umumnya
terdapat dua bentuk - bulat dan empat segi. Bentuk empat segi lebih kukuh berbanding dengan
bentuk bulat. Penyembahan sangat diutamakan dalam agama Hindu. Kuil bukan sahaja tempat
ibadat tetapi juga tempat suci dan pusat menghimpunkan rakyat dari aneka lapisan. Struktur yang
penting dalam seni bina Hindu ialah Shihkara (bentuk kereta kuda), vimana (menara pyramid),
ratha (bentuk binatang atau burung) dan gopuram (pintu masuk kuil).

Seni bina Islam menjadi penting setelah kemasukan Islam. Agama Islam membawa dimensi baru
dalam sejarah seni bina Tamadun India. Seni bina ini merupai seni bina bahagian timur
khususnya Parsi. Pembinaan masjid menampakkan kemahiran para jurubina. Pada awalnya masjid
menggunakan bentuk gabungan Hindu-Islam, di mana pada halaman tengah terdapat tiang-tiang
dengan kubah kecil di atas pintu gerbang utama. Menara besar yang dinamakan Qutb-Minar
ditulis dengan ayat-ayat suci pada bahagian hadapannya. Pemerintah Islam telah membantu
perkembangan seni bina Islam. Satu contoh yang diiktiraf dunia sehingga hari ini ialah Taj Mahal
yang terletak di Agra. Bentuk Taj Mahal masih menjadi bukti tentang kecemerlangan seni bina
Islam.

4.6.3. Seni Ukir
Satu lagi aspek yang memperkaykan Tamadun India ialah seni ukir yang merangkumi pembuatan
patung, tiang-tiang yang terukir dan kehalusan seni pahat. Seni ukir ini bukan sahaja memudahkan
masyarakat menghayati aspek seni malah seni ukir ini berkait rapat dengan agama. Artifak-artifak
yang ditemui sejak bermulanya tamadun jelas membuktikan keunggulan seni ini. Bidang ini terus
diperkembangkan oleh sekolah-sekolah tertentu. Aliran Mathura menggalakkan patung-patung
diperbuat daripada batu pasir merah manakala aliran Gandhara mempunyai gaya yang serupa
dengan gaya Rom

4.6.4. Seni Lukis
Kuil dan candi di India dipenuhi dengan lukisan yang indah. Di samping untuk tujuan
keseronakan, elemen-elemen keagamaan juga diselitkan. Gambar yang berkaitan dengan agama
98
seperti cerita mitos dan wajah Dewa-Dewa dapat diperhatian di kuil India. Lukisan biasa yang
menggunakan warna tertentu juga tersebar luas.

4.6.5 Sains

4.6.5.1.Matematik
Tamadun India memberi angka sifar kepada dunia. Dengan kelahiran beberapa teori matematik
dan tersebar luas sejak zaman Islam, ilmu ini terus berkembang untuk digunakan di seluruh dunia.
Penulis utama tentang matematik klasik India terdiri daripada Aryabhata, Brahmagupta and
Bhaskara II. Mereka menyumbangkan idea mengenai sistem pernomboran, sifar, nombor negatif,
kira-kira dan algebra. Trigonometri khususnya sain dan kosain diperkembangkan lagi. Konsep
matematik ini telah disebar ke negara-negara Timur Tengah, China dan Eropah.

4.6.5.2. Astronomi
Astronomi klasik India direkodkan dalam kesusasteraan dari Zaman Maurya (5 S.M.) hingga
Dinasti Mughal (16 TM). Penulis-penulis pertama yang mengkaji tentang astronomi lahir pada
abad S.M. dan masa inilah bermula astronomi India. Teori-teori seperti Aryabhata, Aryabhatiya,
Pancha-Siddhantika dapat diperhatikan. Astronomi dan astrologi India berdasarkan beberapa
pengiraan.

4.6.5.2. Fizik
Beberapa teori fizik telah dihasilkan oleh orang-orang India. Dalam bidang atom, konsepnya
bermula daripada dunia jisim yang mengandungi lima elemen iaitu bumi(prithvi), api (agni), udara
(vayu), air (jal) dan ruang (aksha). Elemen-elemen ini dihubungkan dengan persepsi pancaindera
manusia iaitu bau, sentuhan, penglihatan, rasa dan ruang. Ahli-ahli falsafah mempercayai bahawa
semua elemen kecuali ruang mengandungi partikel. Partikel yang paling kecil yang tidak boleh
dibahagi lagi disebut anu. Ini melahirkan teori yang pada masa ini disebut teori atom. Ahli
falsafah yang bernama Kanada dan Katyayana telah mengemukakan teori-teori tentang atomic
energy.

4.6.5.3. Kimia & Logam
Perkembangan kimia tidak terhad dan digunakan dalam aktiviti. Iron Pillar di Delhi ialah satu
contoh bagi kemahiran orang India. Mereka mempunyai kemahiran dalam bidang ilmu kaji logam.

4.6.5.4. Perubatan
Amalhan perubatan tradisi Ayurveda telah diamalkan pada masa Buddha. Ketika itu dua bahan
kimia iaitu merkuri dan sulfur digunakan dalam penyediaan ubat. Nagarjuna merupakan
pengamal popular yang melahirkan banyak pil untuk beberapa penyakit.

Seorang yang bernama Sushruta adalah pembedah pertama di India. Dalam bukunya Sushruta
Samhita beliau menerangkan sebanyak 120 instrumen pembedahan, 300 prosedur dan
membahagikan pembedahan manusia kepada 8 kategori. Pembedahan plastik juga terus
berkembang di India.

Ayurveda terus dipelihara oleh orang-orang India sebagai kehidupan sains tradisi, walupun jumlah
teknik perubatan Eropah mula digunakan. Dengan terbinanya hospital dan penggunaan perubatan
Barat, sekolah-sekolah Ayurveda memang merosot. Walau bagaimanapun, selepas tahun 1970an
keberkesanannya mula diiktiraf. Kini perubatan Ayurveda boleh didapati di seluruh dunia.


4.7. HUBUNGAN TAMADUN INDIA DENGAN DUNIA LUAR

(i) Berlaku dengan pelbagai cara
perdagangan
serangan
asimilasi
99
(ii) Bidang-Bidang utama
i. Keagamaan & Kepercayaan
ii. Kesenian dan Hiburan
iii. Bahasa dan Kesusasteraan
iv. Pentadbiran Kerajaan - politik


4.8. IKTIBAR DARI TAMADUN INDIA

4.8.1. Pengaruh ke Asia Tenggara
4.8.2. Pengaruh ke Malaysia

4.9. KESIMPULAN

i. Kerelevanan Tamadun India
ii. Kesesuaiannya dalam era globalisasi
iii. Islam Hadhari dan Tamadun India
iv. Sikap positif membawa keberkesanan



BIBLIOGRAFI

Balbir Singh. (1991). Hinduism and Western Thought. New Delhi: Arnold Publishers.

Basham, A.L. (2005). The Wonder that was India. USA:AMS Press.

Basham, A.L. (1966). Aspects of Ancient Indian Culture. Bombay:Asia Publishing House.

Basham, A.L. (1975). A Cultural History of India. Oxford:Clarendon Press.

Bongard-Levin, G.M. (1985). Ancient Indian Civilization. New Delhi:Arnold-Heinemann.

Coedes, G. (1968). The Indianized States of Southeast Asia. Kuala Lumpur:University of Malaya Press.

Cole, W. Owen & Piara Singh Sambhi. (1978). The Sikhs: Their Religions, Beliefs and Practices. London:
Routledge & Kegan Paul.

Hamilton, Sue. (2001). Indian Philosophy: A very short introduction. Oxford:Oxford University Press.

Ismail Hussein, Tan Sri. (1980). Ramayana in Malaysia. Madras:Sahitya Academy.

Jhingran, Saral. (1989). Aspects of Hindu Morality. New Delhi:Motilal Banarsidass Publications.

John B.Chethimattam. (1971). Patterns of Indian Thought. London: Geoffrey Chaman.

Kosambi, D.D. (1985). An Introduction to the Study of Indian History. Bombay: Popular Prakashan.

Masson-Oursel, Paul. (1986). Ancient India and Indian Civilization. New Delhi:Anmol Publications.

Minattur, Joseph. (1965). Some Characteristics of Indian Culture in Malaysia. Kuala Lumpur:The
Society.

Pritam Singh Gill. 1975. Heritage of Sikh culture. Jullundur: New Academic Publishing.

Radhakrishnan, S. (1966). Indian Philosophy. New Delhi: Oxford University Press.
100

Sarkar, H.B. (1981). The Ramayana in Southeast Asia: A general survey. New Delhi:Sahitya Academy.

Singaravelu, S. (2006). Kaum India di Malaysia. Kuala Lumpur:Penerbit Universiti Malaya.

Speir, C. (1990). Phases of Indian Civilization:A historical and cultural ouline. New Delhi:Cosmo
Publications.

Thapar, Romila. (1966). A History of India. Harmondsworth: Penguin Books.

Stcherbatsky, Th. (1962). Buddhist Logic. New York: Dover Publications, Inc.

Verma, Manju Rani. (1991). Ethical Elements in Mahabharata. New Delhi: Commonwealth Publishers.

Zaehner, R.C. (1966). Hinduism. Oxford: Oxford University Press.



101
BAB 5

TAMADUN CINA


5. 0 PENGENALAN





5.1 KONSEP DAN TAKRIF

Bahasa merupakan petanda penting dalam sejarah masyarakat manusia dalam memasuki tamadun lama. Di
antara tamadun dengan budaya, kedua-duanya membicarakan kehidupan berkumpulan manusia. Tamadun
lebih mirip kepada persoalan luaran seperti dari aspek material. Budaya pula lebih mirip kepada bahagian
dalaman iaitu dari aspek spiritual. Oleh sebab itu, tamadun boleh berkembang dan menerima ke arah luar
dan budaya pula mestilah lahir dari himpunan semangat dalaman masyarakat. Budaya bertentangan dengan
alam tetapi tamadun bertentangan dengan sikap barbarian. Kedua-duanya bukanlah tidak boleh berubah.
Tamadun merupakan hasil dan pembentukan luaran budaya. Budaya pula mencipta tamadun. Tamadun
digerakkan dan boleh memperkembangkan budaya.


102
5.1.1 Persekitaran Geografi mempengaruhi terhadap budaya Cina.

Pembentukan tamadun Cina banyak bergantung pada persekitaran dalaman seperti zaman Xia Shang Zhou.
Bangsa Xia, Shang dan Sou mengadakan aktiviti kehidupan mereka di wilayah Zhong Yuan dan Barat
Laut. Di sebelah selatan terdapat rintangan bukit-bukit, di sebelah utara terdapat padang pasir yang luas
dan di sebelah barat terdapat tanah curam. Faktor Geografi memain peranan yang penting dalam
pembentukan bangsanya.

5.1.2 Kerangka masyarakat mempengaruhi terhadap budaya Cina

Masyarakat Cina dibentuk oleh bangsa Jia Zu dan keluarga. Ia dilengkapi dengan sempurnanya sistem
Zong Fa dengan hubunga darah dalam mengawal kerangka keluarga dan sistem bangsa. Jia Zu dan Zong
Zu ada sesetengahnya akan menjadi hamba dalam sistem itu. Sistem ini dibahagi kepada Da Zong dengan
Xiao Zong seperti dalam prinsip Wu Lun (5 perhubungan).

Pada zaman selepas Chun Qiu sistem Zhong Fa menuju ke arah keruntuhan. Aliran Konfusianisme telah
membentuk satu sistem pengajian Ren. Dalam teori etikanya menunjukkan prinsip Zhong dan Shu.

5.1.3 Ekonomi Pertanian mempengaruhi terhadap budaya Cina

Sistem pertanian dengan tanah yang subur, cuaca yang nyaman, hujan yang mencukupi telah menyediakan
perkembangan pertanian yang pesat. Susunlapis masyarakat Cina dibahagi kepada 4 peringkat iaitu kaum
pelajar, kaum tani, kaum pekerja dan kaum pedagang. Dalam budaya Cina, setiap dinasti dalam mentadbir
negara menganggap rakyat sebagai paling asas iaitu memberi perhatian tentang keadaan rakyat dan
menyelesaikan persoalan kehidupan rakyat. Cina merupakan negara pertanian yang besar. Oleh sebab itu,
pertanian merupakan asas dalam pembangunan negara.

5.1.4 Warisan sejarah mempengaruhi terhadap budaya Cina

Negara Cina merupakan negara lama yang mempunyai sejarah yang panjang dari aspek budaya dan
tamadun terhadap perkembangan sejarah manusia telah menyumbangkan sumbangan yang penting dalam
tamadun. Budaya Cina tidak terputus untuk perkembangan survivalnya penuh dengan rasa sejarah yang
tebal di samping menganjurkan kesopanan, menghormati guru, menitik berat kemanusiaan, berbakti
kepada kedua ibubapa, rajin berusaha dan berjimat cermat.

5.1.5 Konsep warisan falsafah Cina

A) Konsep Ren
o Takrif : Ren membawa maksud kemanusiaan, kasih sayang. Ren sebagai kesedaran akhlak,
kod nama untuk seluruh akhlak
o Pengajian Ren sebagai pemikiran falsafah. Pengajian Ren sebagai pemikiran etika.
Pengajian Ren sebagai pemikiran politik

B) Konsep Li
o Takrif : Li membawa pengertian tatasusila; sistem masyarakat; peraturan pelakuan
perhubungan di antara manusia dengan manusia; untuk membezakan order susun lapis
masyarakat; sebagai kerangka pentadbiran negara; lambang adat istiadat corak kehidupan
status yang berbeza

C) Konsep Zhong Yong
o Takrif : Pelakuan yang paling tinggi tidak melebihi atau mengurangi dari segi akhlak; jalan
pertengahan untuk mengimbangkan dan mengharmonikan segala perkara sebagai asas
konsep jati diri; menekankan kepercayaan akhlak, hasrat akhlak dan harapan akhlak tentang
keikhlasan dan kejujuran diri; prinsip membangun diri, prinsip perhubungan sosial, prinsip
menjadi manusia. Ia merupakan satu kesedaran dan keinsafan dalam pembentukan akhlak

103
D) Konsep Zong
o Takrif : Taat dan setia; tidak berbelah bahagi; apa yang kita ingin dirikan untuk diri kita, kita
dirikan juga untuk orang lain; melakukan sesuatu kerja sedaya upaya dengan memenuhi
tanggungjawab diri sendiri.

E) Konsep Shu
o Takrif : Kemaafan; apa yang kita tidak ingin orang lain lakukan terhadap diri kita, kita
jangan lakukan terhadap orang lain

F) Konsep Yi
o Takrif : Kewajaran; keadilan; perkara yang sepatut kita lakukan


5.2 WILAYAH

! Perairan sungai Kuning (Yellow river) merupakan pusat pertumbuhan peradaban Kuno di utara.
! Pemikiran tradisi Konfusianisme merupakan wakil peradaban di sebelah utara.
! Perairan Chang Jiang merupakan pusat pertumbuhan peradaban Kuno di selatan
! Pemikiran tradisi Daoisme merupakan wakil peradaban di sebelah selatan.

Konsep Chiu Ting dan Chiu Zhou

Perkataan Ting merupakan lambang kuasa raja dan peralatan penting negara.

Ting merupakan lambang kuasa raja sekiranya Ting berada negara wujud, sekiranya Ting berpindah tangan
maka negara lenyap.

Pembesar-pembesar (Chu Hou) tidak boleh memiliki Ting dan juga tidak boleh bertanya berat/ringan atau
besar/kecilnya Ting.

Pembuatan Ting bermula pada dinasti Xia sebagai peralatan negara yang penting.

Konsep Chiu (sembilan) merupakan satu angka yang paling disanjung tinggi dalam masyarakat purba cina
dan angka ini bersama dengan angka lima, panggilan untuk sembilan lima adalah untuk menunjukan
kemuliaan dan kehormatan pada kuasa raja.
Apa yang dimaksudkan penghormatan sembilan lima adalah ditujukan sebagai kuasa raja.

Konsep Wu Fan (lima arah) mudah berkembang kepada Chiu Fan (sembilan arah). Wu Fan adalah
dimaksudkan timur, barat, selatan, utara, dan tengah. Chui Fan pula selain dari timur, barat, selatan, utara,
dan tengah ditambah dengan empat bahagian lagi.


5.3 SEJARAH

Asal usul dan latar belakang

Sungai Kuning merupakan pusat pertumbuhan tamadun cina di utara dan Chang Jiang merupakan
pusat pertumbuhan tamadun cina di selatan.

Kebudayaan Yangshao merupakan tamadun yang paling awal di provisi Shaanxi. Kebudayaan
Longshan bertempat di provisi Shandung dan peradaban zaman gangsa terletak di provisi Jiangxi.

Manusia membahagikan diri mereka kepada manusia biadab dan manusia tamadun. Mereka
membahagikan sejarahnya kepada dua peringkat; masyarakat primitif dan masyarakat tamadun.

104
Pengkaji mengulas dari aspek teori revolusi pertanian, teori revolusi pembandaran dan teori
negara.

Selepas kelahiran pertanian maka wujudlah perkampungan. Dari perkampungan berkembang
kepada pembandaran maka lahirlah negara (guo jia). Sebuah pembandaran merupakan sebuah negara
yang paling awal.

Pembandaran dan negara bersumber dari pertanian:

1. Sebelum terciptanya pertanian
Manusia sudah mengenali peraturan hidup dengan mengumpul/memetik buah-buahan.

2. Sebelum terlahirnya pertanian
Manusia pada waktu itu masih sedikit dan makanan serta buah-buahan masih banyak, maka manusia tidak
perlu berusaha keras untuk bercucuk tanam.

3. Terhadap manusia primitif
Pekerjaan memetik buah-buahan merupakan perkara yang ringan tidak perlu mengunakan tenaga untuk
bercucuk tanam.

4. Masyarakat primitif
Orang lelaki memburu binatang liar manakala wanita memetik buah-buahan. Mereka berkerjasama untuk
mendapatkan makanan mereka.

5. Perusahaan penternakan berkembang sama dengan pertanian
Hasil dari pemburuan mereka, mereka dapat menternak binatang-binatang buruan.


Punca Pertumbuhan Tamadun

Persoalan pertumbuhan tamadun dari aspek tamadun tunggal dan tamadun plural. Segala
tamadun di dunia berpunca dari pembentukan perkahwinan berubah kepada revolusi pertanian dan revolusi
pembandaran. Dari aspek lain pula, pertumbuhan tamadun di lihat sebagai plural. Dalam wilayah
tamadun purba dunia, kebanyakan dari aspek budaya tunggal terdapat budaya plural dan budaya plural
terdapat budaya tunggal. Kebanyakkannya persoalan dalaman adalah tunggal dan persoalan wilayah adalah
plural.

Manusia pada zaman primitif mempunyai sifat individu dan sifat bersama. Sekiranya dibandingkan
kedua-dua sifat, maka sifat bersama lebih jelas dan penting. Mereka masing-masing bergantung pada
persekitaran hidup dan secara langsung mengambil benda-benda dalam alam untuk menyelesaikan
persoalan hidup yang asas, seperti orang primitif di persekitaran sungai/laut, makanan mereka
kebanyakannya ikan.

Perubahan pembentukan perkahwinan telah melahirkan perubahan perkara-perkara dalam sejarah
seperti revolusi pertanian, revolusi pebandaran, kelahiran negara, dan sistem milik peribadi.

Dalam masyarakat primitif isi persoalan peradaban merupakan teori satu elemen. Ini kerana:

1. Orang primitif pengetahuannya cetek dan pengenalan mereka terhadap makhluk adalah secara
langsung. Sebaliknya, orang bertamadun bukan sahaja mengenali alam bahkan mengenali
masyarakat dan kehidupan, dan membentuk sistem budayanya tersendiri. Dalam erti kata orang
bertamadun perlu berhadapan dengan tiga dunia iaitu; alam, masyarakat dan kehidupan. Sebaliknya
orang primitif hanya berdepan dengan alam sekitar sahaja.

105
2. Manusia dilihat sebagai sebahagian daripada alam dan juga dari awal sampai akhir dikawal oleh
persekitaran alam. Kondesi alam yang berbeza secara tidak langsung membuat mereka berfikir
berbeza juga.

3. Masyarakat dan kehidupan merupakan kedua-dua dunia manusia sendiri. Selepas mereka keluar
daripada masyarakat primitif maka mereka berhadapan dengan tarikan kuasa dan harta benda
menyebabkan manusia berlumba di antara mereka.

Kisah mitos cina

Sejarah merupakan ciptaan manusia, tetapi orang yang mencipta sejarah menganggap jasa ciptaan
sejarah terletak di bawah nama Tuhan.

Dalam pemikiran orang primitif cina, dunia terbahagi kepada dua, iaitu dunia manusia dan dunia
Tuhan. Di antara kuasa Tuhan dengan kuasa manusia, kuasa Tuhanlah yang mengatasi segala-galanya.
Pada pemikiran orang dahulu, menganggap Yao, Lao dan Sun merupakan raja-raja dalam mitos dan raja-
raja Lao dan Sun menjadi contoh kepada raja-raja di kemudian hari, bahkan menjadi contoh keseluruhan
akhlak rakyat purba Cina.


Huang Di merupakan datuk nenek bersama bangsa Zhong Hua.

o Orang cina moden memanggil dirinya Yen Huang Zi Xun (keturunan cina).

o Huang Di merupakan datuk bersama orang cina dan juga merupakan akal budaya tionghua. Tidak
boleh dinafikan tentang Huang Di. Sebaliknya kalau dinafikan maka tiadalah cina dan ras
kemegahan serta rasa keyakinan bangsa cina.

o Konsep Wu Fan (lima arah) berubah menjadi lima warna atau lima arah warna. Konsep lima warna
secara langsung ada hubung kait penyatuan politik dan dinasti raja sebaliknya kuasa raja memerlukan
konsep ketuhanan oleh sebab itu pemerintah dinasti Zhou memuja warna kuning dan secara tidak
langsung ia menunjukan pemujaan terhadap Huang Di. Perkataan Huang Di sama dengan Wang Di.
Pada warna dipanggil Huang (kuning) dan pada kuasa dipanggil Wang (raja)

o Wu Fan Se (Lima arah warna) ditafsirkan sebagai Wu Di (lima raja) dengan jelas menunjukan Wang
Di sebagai raja ditengah.

Konsep San Wang Wu Di:

o Pada peringkat awal San Wang dirujukan kepada Tian Wang, Ti Wang, Ren Wang.

o Pada peringkat kedua adalah Wu Di iaitu Wang Di, Tuan Yue, Di Kao, Lao, Sun.

o Pada peringkat ketiga, pada tiga zaman iaitu Xia, Shang, Zhou dianggap sebagai Wang Dao (raja
berakhlak).

o Pada peringkat akhir, iaitu Zaman Chun Qiu Zhang Guo dianggap sebagai Bao Dao (Hegamono).

Teori mengundur diri dari takhta dan sistem demokerasi primatif

! Mengundur diri dari takhta merupakan satu cara penyerahan kuasa yang ideal sebagai contoh raja
Lao Sun merupakan imej raja purba yang paling gemilang.

! Aliran konfusianisme menganjurkan dalam membina kerangka masyarakat yang paling ideal adalah
pemerintahan yang berdasarkan akhlak kuncinya adalah terletak pada asuhan didikan akhlak
pemerintah itu sendiri. Sebagai contoh,
106

Akhlak pemimpin sebagai angin dan akhlak rakyat sebagai rumput. Rumput akan tumbang ke
arah mana angin bertiup.

Sekiranya pemerintah itu melaksanakan pemerintahan dengan betul siapa lagi yang berani tidak
mengikut pemerintahannya.

Meng Zi berkata, Sesiapa dapat prinsip pemerintahan maka banyak rakyat akan datang
membantu, dan sesiapa hilang prinsip pemerintahan maka kurang rakyat akan datang
membantu.

! Ini menunjukan pentingnya perhubungan diantara raja dan pembesar, pemerintah dan golongan
pemerintah.

Tamadun Dinasti Xia

! Sejarah tamadun cina yang paling penting adalah sejarah bangsa Han. Panggilan orang Han atau
bangsa Han bermula pada dinasti Han, raja Kou Chu (Liu Ban). Panggilan orang cina hanya dengan
gelaran Xia atau Hua Xia.

! Konsep Zhong Guo menegaskan perkataan Zhong (tengah). Guo (negara) pula bertentangan dengan
Yue (desa). Guo merupakan intisari ditengah negara atau bahagian penting ini menunjukan diantara
Zhong dan Guo merupakan tempat yang utama. Mungkin juga Zhong juga lebih awal daripada Guo
ia juga berpunca dari konsep Wu Fan (lima arah).

! Konsep Wu Fan pada dinasti Shang sudah wujud maka terdapatlah panggilkan Hua, Xia, Hua Xia,
Zhong Hua dan lain-lain panggilan lagi.

! Zhong Hua membawa erti Zhong Guo.

Tamadun Dinasti Shang

o Perhubungan Shang dengan Xia.
o Dinasti Shang merupakan Dinasti kedua negara cina. Dinasti ini merupakan
o dinasti perampasan kuasa.
o Pembentukan negara dinasti Shang.
o Negara tengah dinasti Shang.
o Penyembahan terhadap manusia dan pengorbanan manusia.
o Tulisan Jia Gu Wan (tulisan di tulang kura-kura dan binatang)

Tamadun Dinasti Zhou

o Pembangunan negara dan pengurniaan wilayah.
o Sistem Zong Fa.
o Sistem negara dan desa.
o Sistem pematuhan terhadap negara kurnian.
o Sistem tanah perigi.
o Persoalan Bandar dan wilayah.
o Pemujaan terhadap Tian.

Tamadun Chun Qiu: keruntuhan adab dan muzik (peradaban).

o Sifat perubahan masyarakat pada zaman Chun Qiu.
o Keruntuhan adab dan muzik.
o Zaman keruntuhan and sistem rampasan kuasa.
o Kehancuran sistem darjat masyarakat.
107
Tamadun Zhang Guo

o Peperangan tujuh negara.
o Perubahan perundangan setiap negara.
Li Li di negara Wei.
Wu Chi di negara Chu.
Shang Yang di negara Qin.
Shen Bu Hai di negara Han.

o Perbentukan ekonomi baru.
o Sistem tanah milik negara.
o Politik bercorak Autokrat.
o Pergabungan sistem sewa dan cukai.
o Ekonomi bercorak peladang kecil dan dasar tertutup perkampungan.
o Kegemilangan perdagangan.
o Budaya Chu.

i) Bangsa
Bangsa Cina adalah digabungkan oleh lima kaum besar dipanggil dengan nama Zhong Hua Min Zu
(bangsa Tionghua). Pada peringkat awal, bangsa Cina dikenali dengan nama Bangsa Hua Xia kemudian
bertukar nama kepada bangsa Han dan bangsa Tang pada Dinasti Tang. Bangsa Cina mempunyai banyak
kumpulan minoriti bertaburan di seluruh negara cina.

A) Konsep Min Zu (Bangsa)

Konsep Min Zu (bangsa) lebih dirujukkan kepada penjenisan bangsa Cina, bangsa HuaXia, Han, Tang dan
Hui kerana pembentukan bangsa Cina berlandas kepada 5 kumpulan suku bangsa.

B) Konsep Bangsa Tionghua

Konsep bangsa Tionghua pula dirujukkan kepada bahasa Han dan budaya yang diciptakan oleh bangsa
Han. Budaya Cina mempunyai ciri-ciri sifat kesatuan, kepelbagaian dan perkembangan wilayah.

C) Konsep Guo Jia (Negara)

Konsep Negara Cina Zhong Guo (Tiongkok) membawa pengertian Negara Tengah manakala konsep
Zhong Hua (Tionghua) pula adalah gabungan dari istilah Zhong guo dengan Hua Xia yang lebih
ditujukan kepada konsep wilayah. Konsep Zhong Hua menerangkan tanah jajahan pemerintahan dinasti
Cina yang merujuk kepada Bangsa Han dan mempunyai pengertian Konsep Budaya iaitu budaya Zhong
Yen.

Pada Dinasti Ming, istilah ini mempunyai pengertian politik iaitu dengan slogan kata yang
dianjurkan oleh Chu Yen Chang yang berbunyi Menghalau bangsa asing memulihkan bangsa Zhong
Hua. Pada zaman Republik pula, Dr Sun Yat Seng menekankan lebih jelas lagi iaitu dengan menunjukkan
slogan kata Menghalau bangsa Barbarian memulihkan bangsa Tionghua.

Konsep Negara adalah dirujukkan kepada konsep mengkeluargakan seluruh negara. Istilah negara
adalah gabungan Guo (negara) dengan Jia (keluarga). Konsep Zhong (taat) merupakan asas dalam sistem
kenegaraan. Konsep Xiao (berbakti) merupakan asas dalam sistem kekeluargaan. Sistem kekeluargaan
merupakan asas kepada sistem kenegaraan. Dalam budaya Cina kesedaran bangsa lebih tinggi daripada
kesedaran Negara.

D) Konsep Tian Xia (Bawah Langit)

Konsep Tian Xia membawa pengertian di bawah langit, kerajaan dan seluruh alam. Dalam budaya global
orang Cina membahagikan konsep Guo (Negara) dengan Tian Xia (seluruh alam/bawah langit). Mereka
108
menempatkan Guo di bawah Tian Xia dan menganggap Guo sebagai kuasa politik dan Tian Xia sebagai
budaya. Fahaman Tian Xia merupakan pandangan Cina dalam mengendalikan proses integrasi budaya di
antara budaya Cina dengan budaya asing.

ii) Bahasa
! Bahasa Cina adalah merupakan panggilan pada Hanyu (Bahasa Han) dan kemudian berkembang
dengan bahasa baku Beijing sebagai bahasa kebangsaannya. Bahasa Cina juga dikenali dengan
panggilan bahasa Mandarin. Pada masa ini, ejaan bahasa cina menggunakan sistem PinYing
romanis.
! Bahasa Cina terbahagi kepada bahasa lisan dan bahasa tulis. Bahasa lisan terbahagi kepada puluhan
dialek yang berbeza-beza. Bahasa tulis Cina merupakan bahasa kebangsaannya yang menyatukan
seluruh rakyat Cina yang bertutur dengan dialek yang berbeza. Bahasa Cina dipanggil juga bahasa
Han yang menunjukkan maksud pada perkataan. Kaedah pembentukan bahasa cina berdasarkan
pada Liu Shu iaitu Xiang Xing (bentuk imej) seperti perkataan Jit (matahari). Zhi Shi (petunjuk
abstrak) seperti perkataan Shang (atas). Xing Sheng (gabungan bentuk dan bunyi) seperti perkataan
He (sungai). Hui Yi (gabungan erti dengan perkataan yang sedia ada) seperti perkataan Xiu
(berehat). Zhuan Zhu (pinjaman pada perkataan yang sedia ada) seperti perkataan Kao (peperiksaan)
dan Lao (tua). Jia Jie (kata pinjaman) seperti perkataan Chang (panjang/ketua). Lin (perintah). Ini
merupakan kaedah penciptaan huruf Cina. Liu Shu menerangkan perkataan cina dan menganalisis
bentuk perkataan disamping mengkaji asal usul perkataan. Ia menekankan gabungan di antara erti,
bunyi dan bentuk. Tulisan Cina merupakan tulisan bergambar yang berlandaskan pada 3 aspek ini.
! Bahasa kuno cina mempunyai sejarah yang panjang sejak dinasti Shang lagi sudah terbentuk tulisan
pada Jia Ku Wen (tulisan atas tulang kura-kura dan binatang), kemudian berkembang kepada Chin
Wen (tulisan diatas logam). Seterusnya terbentuk Xiao Zhou Wen pada dinasti Qin dikenal juga
dengan panggilan Qin Zhou. Terdapat juga Ta Zhou berkembang pada asas ini.
! Kaedah pembentukan huruf cina, kerangka huruf-huruf cina dan bentuk penulisan, perkataan cina
kebanyakkannya merupakan perkataan gabungan bentuk dan bunyi bersumber pada imej bentuk
perkataan itu.
! Terdapat juga kamus lama seperti Zi Tian (kan si zi tian). Shouwen Jie Zi (tafsiran dan huraian
terhadap erti bentuk perkataan). Er Ya (kamus yang membicarakan sementik perkataan). Kuan Ing
(kamus yang membicarakan bunyi perkataan). Pada dinasti Han Yang Xiong menghasilkan Fan
Yen. Lui Si menghasilkan Yi Min (menggunakan kaedah samantik bunyi untuk menerangkan
perkataan) dan Zhou De Qing menghasilkan Zhong Yuan Ying Ing.

iii) Epoch
! Tamadun Xia, Shang, Zhou: Merupakan tamadun kuno cina

! Tamadan Chunqiu, Changguo: Merupakan zaman pertumbuhan ahli-ahli fikir dan pelbagai
aliran falsafah.

! Tamadun dinasti-dinasti Cina
o Dinasti Han merupakan zaman tamadun Konfusianisme dan tamadun lain diketepikan
o Dinasti Tang merupakan zaman keemasan dari segi sosial masyarakat, politik dan pelbagai
sistem

! Tamadun Kontemporari
o Merupakan cabaran terhadap manusia dengan ekologi, manusia dengan masyarakat,
manusia dengan etika dan cabaran-cabaran tamadun industri terhadap kehidupan manusia


5.4 MASYARAKAT DAN BUDAYA

5.4.1. Sistem masyarakat

Sistem masyarakat merupakan lanjutan kepada sistem kekeluargaan. Dalam sistem masyarakat, tradisi
mengutamakan order sosial dan lima perhubungan etika
109
5.4.2. Sistem kekeluargaan

Ia menekankan kuasa bapa sebagai pusat dalam sistem kekeluargaan. Nilai sistem Sangkang (hubungan
raja dengan pembesar, ayah dengan anak dan suami dengan isteri), Wu Chang (merupakan nilai-nilai
seperti Ren; kemanusian, Yi; kewajaran/keadilan, Li; tatasusila/kesopanan, Zhi; kebijaksanaan, Xin;
kepercayaan/amanah)

Sistem ini menitikberatkan tentang: -
! pandangan nilai sosial etika manusia.
! Pandangan nilai politik kuasa raja paling atas.
! Pandangan nilai order susun lapis mulia dan hina dalam masyarakat.
! Pandangan nilai kelompok negara dan keluarga.
! Pandangan nilai akhlak mengutamakan kewajaran/keadilan meringankan kepentingan

Konsep Xiao (berbakti) merupakan asas pada Sistem Kekeluargaan dan Konsep Zhong (taat) merupakan
asas pada Sistem Kenegaraan. Dalam masyarakat kuno, peranan keluarga amat penting. Sistem Zong Fa
(leluhur warisan nenek moyang) memainkan peranan penting dalam perhubungan antara manusia dengan
manusia.

Masyarakat Cina kuno merupakan masyarakat pertanian. Oleh sebab itu hubungan fahaman Konfusianisme
sangatlah tebal sehingga menentukan segala aspek dalam kehidupan, etika, budaya, politik, masyarakat dan
kenegaraan.

Budaya Konfusianisme merupakan akar umbi dalam masyarakat Cina tradisi. Ia juga memain peranan
yang penting untuk mengekalkan warisan peradaban kuno.


Ketetapan pembangun Jia Tianxia (mengkeluargakan seluruh alam)

Pada masyarakat cina purba dahulu membahagikan konsep Ta Dong dengan Xiao Kan.
Dunia Ta Dong merupakan sebuah masyarakat yang merupakan sepenuh kebaikan sepenuh keindahan ia
seolah-olah dunia keemasan.

Dunia Xiao Kan pula merupakan sesuatu yang gugur dengan pelbagai halangan. Perbezaan kedua-
duanya adalah dunia Ta Dong menganggap Tian Xia (seluruh alam/pemerintahan) sebagai milik
masyarakat umum.

Dunia Xiao Kan pula nenganggap Tian Xia (seluruh alam/pemerintahan) sebagai milik keluarga.

Dunia Ta Dong tidak perlu perkara-perkara seperti kuasa, sistem dan peraturan. Dunia Xiao Kan
pula adalah kelahirannya dari konsep Jia Tinxia (mengkeluargakan seluruh alam) maka hati manusia mula
berubah dengan itu lahirlah pelbagai-bagai peraturan dan kekangan supaya dapat mengelakan perkara yang
tidak diingini.

Dunia Ta Dong merupakan kerajaan milik seluruh manusia. Dunia Xiao Kan pula merupakan
kerajaan milik suku kaum. Dunia Ta Dong dalam penyerahan kuasa adalah belandas kepada sistem
menyerah takhta sebaliknya Dunia Xiao Kan penyerahan kuasa berlandas kepada sistem warisan
keturunan dan rampasan kuasa.

Pergabungan Jia (keluarga) dan Guo (Negara) dengan corak politik cina

Guo Jia (Negara merupakan tubuh bersama politik dan juga merupakan unit kuasa terhadap hak milik
tanah.

Orang barat menamakan state sebagai negara. Konsep state hanya mempunyai pengertian Guo
(Negara) dan tidak mempunyai Jia (keluarga).
110
Guo Jia memiliki erti Guo dan juga Jia dengan tepat kita boleh menyatakan bahawa Guo adalah
perluasan daripada Jia, dan Jia pula merupakan perkecilan daripada Guo. Oleh sebab itu Jia dan Guo ini
digabung menjadi satu.

Konsep Jia Ting Xia boleh la difahamkan sebagai monopoli kuasa oleh suku kaum dan juga boleh
difahamkan negara dan keluarga merupakan corak kewujudan yang bersama.

Panggilan untuk Guo dan Jia sebagai Guo jia menujukkan kuasa negara datangnya secara langsung
dari kuasa bapa. Kuasa bapa pula merupakan perluasan kepada kuasa raja.


5.5 PELBAGAI AGAMA DALAM TAMADUN CINA

5.5.1 Agama Buddha dan Falsafahnya

Semenjak agama Buddha dari India di bawa masuk ke China dari dinasti Han sampai ke dinasti Tan, orang
Cina telah meresapkan falsafah agama Buddha menjadi corak Cina. Agama Buddha yang penting terbahagi
kepada aliran Tian Tai Zong, Wei Si Xong, Hua Yuan Zong dan Zen Du Zong. Agama Buddha telah
menggunakan kaedah penafian untuk menyelesaikan segala persoalan di dunia mungkin seakan betul tetapi
salah yang bergantung pada sistem ilmu pengetahuan. Ia berjuang untuk kebebasan dan pelepasan dari
derita.

Asas pemikiran agama Buddha terbahagi kepada empat iaitu :

Teori Si Ti: Dalil yang sebenar iaitu dukacita, pengumpulan, kemusnahan dan prinsip.
Teori sebab-akibat: Agama Buddha menganggap jutawan benda di dunia berasal dari kosong dan
kelahirannya adalah saling bergantung dan sebab-akibat.
Teori balasan: Agama Buddha menganjurkan teori baik dibalas baik, jahat dibalas jahat. Konsep
balasan itu terbahagi kepada balasan pada dunia kini dan balasan pada dunia akan datang.
Teori 3 kaedah: Segala makhluk di dunia ini saling berubah dan tidak kekal selama-lamanya, segala
makhluk lahir kerana sebab-akibat, tidak ada sifat yang tersendiri. Oleh sebab itu, segala makhluk
adalah impian kosong dan tidak boleh kekal selama-lamanya.

Agama Buddha berkehendakan manusia mengosongkan segala yang dikejar supaya dapat membebaskan
diri dari cengkaman iaitu sifat asal dan sifat benar dalam kesedaran secara langsung terhadap nyawa.
Agama Buddha juga menganjurkan manusia supaya menjelaskan hati menampakkan sifat. Kaedah
pemupukan ini diadakan supaya manusia dapat mencari jiwa rohaninya iaitu kesedaran dalaman. Falsfah
agama Buddha adalah untuk membebaskan cengkaman naluri supaya manusia dapat membatasi keinginan
nafsunya.

5.5.2 Agama Dao dan falsafahnya

Agama Dao merupakan agama yang sedia ada dalam warisan China. Ia menganggap Lao Zi sebagai ketua
agamanya dan diperdewakan Lao Zi dan Zhuang Zi. Mereka memuja dewa dewi dan mencari kaedah untuk
hidup lama. Mereka menganggap Dao sebagai daerah yang paling tinggi dari kalangan agama rakyat.
Sejarah tertubuhnya agama Dao ini mempunyai masa yang panjang sejak dari Han Timor dan dinasti Wei
Jen selatan dan utara. Agama Dao berkembang dengan pesatnya. Pada zaman Sue Tang merupakan zaman
kegemilangannya.

Konsep Dao merupakan asas kepercayaan agama Dao. Ia merupakan akar umbi segala kejadian,
permulaan langit dan bumi yang dibentuk oleh lima elemen, melahirkan imej-imej jutaan benda dan punca
kepada segala makhluk. Agama Dao menganggap Dao melahirkan nafas, nafas melahirkan segala benda. Ia
meminjamkan aliran falsafah Dao, Dao melahirkan satu, satu melahirkan dua, dua melahirkan tiga, tiga
melahirkan jutaan benda. Ini merupakan tafsiran agama Dao terhadap punca segala makhluk. Satu
membawa pengertian kasih sayang, dua membawa pengertian jimat cermat, tiga membawa pengertian
tidak berani berlumba-lumba. Ketiga-tiga ini merupakan peraturan yang paling asas dalam agama Dao.
111
Budaya agama Dao bersumber pada Lao Zi dan Zhuang Zi mengenai bicara Dao. Lao Zi dalam
Dao De Jingnya membicarakan tentang konsep Dao dan ini juga merupakan pegangan yang paling tinggi
dalam agama Dao. Zhuang Zi juga mengemukakan konsep Zhen Ren (orang tulen), Zhi Ren (orang
sempurna), Shen Ren (nabi/pendeta) dan Sheng Ren (orang dewa). Ini semua digunakan oleh agama Dao
sebagai Sheng Xian.

Buku Tai Bing merupakan teori agama Dao yang paling awal. Ia membicarakan tentang asas nafas
utama dan pergabungan Yin Yang sebagai teori universal. Pandangan dewa dewi membantu Tian. Bentuk
pemikirannya berlandaskan pada manusia dengan alam saling memberi kesan. Pengikutnya percaya kepada
nasib dan pemupukan akhlak untuk usia yang panjang. Agama Dao juga mengakui tentang takdir. Ia juga
menganjurkan mempelajari Dao.

Teori agama Dao merupakan gabungan Konfusianisme dan Daoisme. Mereka juga menganjurkan
pemupukan akhlak untuk mencapai usia yang panjang tidak lain tidak bukan iaitu mempelajari Dao,
melakukan kebaikan, melaksanakan kelakuan anak yang berbakti, tidak meminum arak, tidak mengambil
harta benda orang dan tidak melakukan perkara yang jahat. Ini semua merupakan intisari pemikiran kata
larangan untuk mencapai akhlak agama Dao.


5.5.3 Agama Islam dan Falsafahnya

Cina Muslim telah menggunakan kategori konsep Konfusianisme untuk mentafsirkan kitab-kitab ajaran
agama Islam. Mereka dibawah kerangka pengajian tauhid memberi pengertian Teologi. Falsafah pemikiran
agama Islam China merupakan hasil gabungan budaya pemikiran Konfusianisme dengan agama Islam.
Kita boleh tinjau dari beberapa aspek seperti di bawah iaitu

a) Konsep Zhen Yi (Kebenaran Yang Satu).
Konsep Zhen Yi ini merupakan kepercayaan dan keimanan orang Muslim terhadap Tuhan Yang
Maha Esa. Cina Muslim telah menggabungkan Konsep Wu (Wu Ji, Tai Ji) dalam warisan falsafah
Cina dengan Konsep Yi (Satu). Wang Tai Yi telah mengemukakan dalam sistem falsafah agama
iaitu Zhen Yi (Kebenaran Yang Satu), Shu Yi (proses pendedahan) dan Ti Yi (pengenalan yang
satu).

b) Teori Pengenalan : Mengkaji benda untuk mencapai ilmu
Dalam teori pengenalan, falsafah kuno China berlandaskan pada tafsiran pengajian dalil dinasti
Song dan Ming. Pengkajian benda untuk mencapai ilmu adalah merupakan kesedaran naluri secara
langsung, supaya mencapai kaedah dan cara untuk berkhidmat pada Tuhan Yang Maha Esa.

c) Pandangan Takdir
Pandangan takdir juga merupakan persoalan sifat manusia baik atau jahat. Ia menerima pengaruh
dari konsep baik buruknya sifat manusia dalam Konfusianisme. Konfusius memperkatakan sifat
manusia lebih kurang sama sahaja tetapi kebiasaan seseorang itu menyebabkan sifatnya berjauhan.
Meng Zi pula memperkatakan sifat manusia semulajadi itu baik dan Xun Xi pula memperkatakan
sifat takdir dan sifat peribadi. Dalam Islam menganggap takdir dan sifat baik buruk mempunyai
hubungan dengan keimanan seseorang. Cina Muslim memperkatakan mengetahui sifat maka
mengetahui takdir. Ini adalah jalan tauhid.

Pemikiran akhlak Cina Muslim mengemukakan tiga aspek iaitu pandangan kebaikan di dunia dan
kebaikan di akhirat, pemikiran ketaatan kepada Tuhan dan Raja dan pemikiran berbakti kepada kedua ibu
bapa.


112
5.6 PANDANGAN SEMESTA DAN NILAI-NILAI

Pandangan semesta tamadun Cina berasas pada Dao yang membawa erti berbeza pada aliran yang berbeza.

Kerangka sistem nilai kepelbagaian dalam peradaban Cina

Empat aliran falsafah iaitu Konfusianisme, Mosime, Daoisme dan Legalis merupakan ukuran sistem
konsep nilai yang paling mempunyai pengaruh dan teoritikal.

1. Teori nilai akhlak Konfusianisme Renyi

Konfusius merupakan pengasas dalam aliran Konfusianisme. Beliau adalah orang yang
memperkembangkan dan mewarisi pandangan nilai akhlak dan budaya peradaban serta muzik pada zaman
Zhou Barat. Ideologinya dikembangkan pada akhir zaman Chun qiu sampailah ke zaman Zhang Guo oleh
Konfusius, Mengzi dan Xunzi.

Konsep nilai mereka mempunyai kesamaan iaitu nilai aliran Konfusianisme berlandas kepada
akhlak Ren Yi (kemanusiaan dan keadilan). Konfusius mengutamakan konsep Ren untuk menerangkan
pandangan nilai Konfusianisme.

Pandangan nilai akhlak Ren Yi dari aliran Konfusianisme telah menunjukkan orang budiman
merupakan ukuran yang teratas. Orang yang mempunyai sikap kasih saying tidak dapat mengatasinya.
Mengzi pula membicarakan kemanusiaan adalah manusia dan Xunzi pula menyatakan manusia memiliki
nyawa, kehidupan, pengetahuan dan keadilan merupakan perkara yang paling penting.

Bagi Konfusiaisme, nilai yang paling tinggi dalam akhlak adalah Ren Yi. Akhlak Ren Yi
merupakan sifat asas manusia dan ini merupakan asas manusia sebagai manusia. Mengzi memperkatakan
Ren merupakan hati manusia, Yi merupakan jalan manusia. Perlaksanaan akhlak Ren Yi merupakan asas,
alat dan cara untuk mencapai nilai-nilai lain.

Sekiranya manusia memiliki akhlak yang tinggi iaitu perikemanusiaan itu adalah cintakan
manusia. Bukan sahaja terbentuk pada spiritual yang riang, harmoni, aman dan tetap serta berjiwa besar.
Ini apa yang dikatakan orang yang berperikemanusiaan diam, riang, tidak bimbang, pasti mempunyai
keberanian. Maka akan mencapai kegemilangan dan keamanan.

Selain daripada itu, akan melaksanakan nilai indah, bijaksana dalam mencari ilmu, keindahan,
melibatkan diri dalam politik dan berkumpul dalam masyarakat, di samping itu untuk menjelmakan nilai
kebijaksanaan, maka, perlu menggunakan kemanusiaan untuk mempertahankan kebijaksanaan.
Nilai politik iaitu pemerintahan berdasarkan akhlak. Nilai sosial iaitu berlandaskan kewajaran untuk
bersatu. Maka, Konfusianisme menganggap Ren Yi merupakan segala nilai yang paling tinggi.

Pemilihan nilai Ren Yi adalah semata-mata untuk merancang masyarakat yang ideal dan
pembentukan keperibadian yang ideal. Oleh itu, timbulkan konsep Junzi (orang mulia), Shengren
(pendita), Ren Zhen (pemerintahan kemanusiaan) dan Dezhi (pentadbiran berlandaskan peradaban).

Segala nilai yang sesuai dengan akhlak Ren Yi maka merupakan pilihan, sebaliknya yang tidak
sesuai maka tidak mempunyai nilai. Arah dan aktiviti pemilihan nilai seperti konsep selepas kewajaran
barulah mengambilnya, mengorbankan diri untuk menyempurnakan kemanusiaan, mengenepikan
kehidupan untuk mengambil kewajaran, ternampak kepentingan memikirkan kewajaran, pilih yang baik
lalu diikuti, hanya perkara yang wujud kewajaran sahaja menjadi pilihan, bertahan kepada kewajaran tidak
bertolak ansur.

Teori nilai Konfusianisme adalah arah pengambilan nilai Yi (kewajaran/keadilan/perkara yang patut
kita lakukan), konsep orang budiman dan pemerintahan berdasarkan kemanusiaan merupakan teori nilai
yang ideal.

113
2. Teori nilai kepentingan Moisme saling mencintai, saling menukar kepentingan

Moti merupakan pengasas kepada aliran Moisme. Beliau telah memetik sesetengah konsep nilai dari
Konfusius seperti nilai Yi. Dia mengemukakan tafsiran baru tentang konsep Yi iaitu mempunyai makna
kepentingan. Yi boleh menguntungkan manusia, oleh sebab itu, dia menyatakan Yi itu adalah kepentingan.

Beliau mengemukakan pandangan nilai, saling menukar kasih sayang, saling menukar
kepentingan, untuk menerangkan pandangan nilainya yang mengutamakan Yi dan mengutamakan
kepentingan. Kedua-duanya merupakan nilai kepentingan dalam konsep pemilihan nilainya. Beliau
mengemukakan pemilihan nilai yang paling tinggi adalah untuk berjasa dan untuk kepentingan rakyat.

Beliau membahaskan intisari nilainya dari sudut kepentingan. Fungsi dan kewujudan nilainya seperti
berikut :

a. Terhadap survival manusia
Keperluan yang paling asas pada manusia adalah survival. Maka segala keperluan utama untuk
memenuhi keperluan survival seperti kepentingan pakaian dan makanan. Ia dapat mengekalkan
nyawa dan juga dapat mengekalkan masyarakat.

b. Perhubungan di antara kepentingan dengan akhlak Ren Yi
Kepentingan merupakan kandungan asas dalam akhlak Ren Yi. Segala prinsip akhlak yang paling
tinggi seharusnya berlandaskan kepentingan orang dan masyarakat. Sekiranya kepentingan manusia,
negara, rakyat dan seluruh alam diabaikan maka, kata-kata Ren Yi tidak mempunyai apa-apa erti.
Oleh itu, Mozi mementingkan cinta sejagat. Beliau mengemukakan pergabungan yang rapi di antara
cinta sejagat dan pertukaran kepentingan. Beliau mengemukakan cintakan manusia dan pentingkan
manusia merupakan dua aspek yang sama-sama penting. Cinta dan kepentingan tidak dibahagikan
persoalan dalaman atau luaran. Akhlak dan kepentingan adalah satu badan. Pandangan ini telah
mengatasi pandangan Konfusianisme yang memisahkan nilai kepentingan dengan akhlak.

c. Terhadap pentadbiran negara.
Mozi menganggap negara kaya mementingkan rakyat merupakan lambang asas pada pemerintahan
kebajikan. Sekiranya setiap raja dan kerajaan yang mengutamakan aktiviti dan dasar
pemerintahannya terhadap tiga perkara, iaitu kepentingan atas adalah langit, kepentingan
pertengahan adalah hantu, kepentingan bawah adalah manusia.

d. Mozi merupakan kepentingan pertengahan rakyat sebagai nilai ukuran perbahasannya.
Mozi menggunakan tiga kaedah sebagai ukuran perbahasannya. Ini bererti setiap perbahasannya itu,
benar atau tidak, bernilai atau tidak tertakluk kepada penentuan kegunaan aktiviti politik. Iaitu
apakah semua perkara ini mendatangkan kepentingan kepada negara dan rakyat jelata.

e. Terhadap penilaian perlakuan manusia. Mozi menganjurkan pergabungan di antara motif dan
kesan.
Beliau menegaskan kepentingan kesan sebagai ukuran penilaian. Kandungan pada kesannya adalah
untuk kepentingan rakyat jelata. Mozi membahaskan perhubungan nilai di antara hidup dan
kepentingan, di antara kewajaran dengan kepentingan, di antara politik dengan kepentingan, di
antara kata-kata dengan kepentingan, di antara hasrat dengan jasa. Semuanya dituju ke atas
pemilihan nilai.

Pemilihan nilai kepentingan Moisme terletak pada pembinaan keperibadian yang ideal iaitu
mengutamakan keperibadian yang mempunyai kepentingan istimewa iaitu mementingkan manusia sebagai
tujuan kehidupan yang paling tinggi. Beliau menyatakan semangat untuk melaksanakan nilai ini iaitu kata-
kata pasti boleh dipercayai, tindakan pasti boleh menghasilkan kata-kata dan kelakuan mestilah selari.
Pandangan nilai kepentingan Moisme adalah ditunjukkan pada perancangan masyarakat yang ideal iaitu
mengutamakan akhlak, saling mencintai dan saling menukar kepentingan dan juga melaksanakan politik
yang mengutamakan kebijaksanaan dan sistem yang mengutamakan kesamaan. Di samping itu,
melaksanakan masyarakat yang mengutamakan budaya yang berkualiti.
114
Nilai kepentingan Moisme secara langsung merupakan prinsip pemilihan nilai mereka. Prinsip itu
ialah dalam kepentingan mengambilnya, dalam kepentingan memilih yang besar, dalam kecelakaan
memilih yang kecil.

Mozi berkata dalam pemilihan nilai, mestilah merupakan prinsip yang paling tinggi iaitu memilih
kepentingan, prinsip yang paling baik dalam pemilihan adalah dalam kepentingan pilih yang besar.

Prinsip yang berharga adalah dalam kepentingan, pilih yang utama. Prinsip yang bernilai dalam
kecelakaan pilih yang kecil. Beliau menganggap daya penyesuaian merupakan pilihan nilai kepentingan.
Keseluruhan nilai di bawah langit ini bergantung kepada kekuatan penciptaan tenaga dan juga sumber nilai
ekonomi.

3. Teori nilai natural Daoisme naturalisme dan Wuwei

Laozi dan Zhuangzi merupakan wakil aliran Daoisme dalam erti kata, mereka mempunyai kualiti penyair
dan kebijaksanaan ahli falsafah. Mereka telah mengambil perhatian terhadap masyarakat dan kehidupan
manusia. Mereka telah mengemukakan sistem konsep dan nilai iaitu, naturalisme dan Wuwei (tanpa
kegiatan).

Daoisme menganggap pemilihan nilai yang paling tinggi dalam masyarakat dan kehidupan
manusia adalah terletak pada naturalisme dengan tanpa bergiat. Konsep naturalisme dan Wuwei ini
membawa satu sikap terhadap dunia tidak diganggugugat dan tidak mempunyai kehendak peribadi.

Segala-galanya mengikut kudarat alam, tidak menekankan keadaan survival diri sendiri, bebas
dengan sebebas-bebasnya pada daerah kerohanian. Konsep natural membawa erti tanpa keperluan peribadi,
tanpa perlakuan yang gila, tidak memaksa, semuanya mengikut proses dan keadaan alam semulajadi.

Konsep natural ini juga membawa maksud keadaan survival. Wuwei adalah konsep yang
membawa keadaan tubuh itu sendiri. Penekanan kedua-duanya berbeza tetapi yang sebenarnya konsep
Wuwei adalah natural dan natural itu adalah Wuwei.

Maka, Laozi berkata, manusia menteladani bumi, bumi menteladani langit, langit menteladani Dao
dan Dao menteladani alam(natural). Daoisme menganggap konsep natural dan Wuwei mempunyai
pengertian yang penting dalam perkembangan dan kewujudan manusia. Ia mengatasi segala nilai yang
paling tinggi dan ia juga merupakan asas kepada segala nilai. Kita boleh tinjau beberapa pengertian di
bawah ini :

a. Konsep natural dan Wuwei itu boleh menjaga keseluruhan kehidupan dan mempertahankan tubuh
badan manusia dalam erti kata mengekalkan nilai nyawa manusia. Laozi sangat-sangat menghargai
nyawa. Dia menentang terhadap terlampau menggunakan nyawa. Oleh sebab itu, dia menganggap
harus menjaga kemuliaan diri dan kepentingan diri.

b. Konsep natural dan Wuwei boleh membuat manusia kembali ke sifat asal yang sederhana,
mengekalkan sifat asal manusia. Beliau menganggap perkembangan peradaban manusia seperti tamak
kepada keinginan, perlumbaan dan persaingan mengutamakan kepentingan diri, menipu. Maka, sifat
manusia makin hari makin berubah. Sekiranya mengikut natural maka melaksanakan natural, sifat
manusia akan kembali ke kesederhanaan.

c. Konsep natural dan Wuwei merupakan cara dan jalan untuk mencapai kebebasan kerohaniah. Laozi
menganggap tentang Wuwei dan tidak diperlakukan, Zhuanzi pula menganggap Wu buwei
merupakan satu kebebasan dan Wuwei itu adalah natural. Melalui natural Wuwei boleh mencapai
tahap kebebasan yang mutlak.

d. Konsep natural dan Wuwei boleh melaksanakan nilai politik dalam pentadbiran seluruh alam. Prinsip
asas dalam pentadbiran Laozi dan Zhuangzi adalah Wuwei.

115
Arah tuju nilai natural dan Wuwei adalah untuk menjelmakan keperibadian manusia. Daoisme
menganggap nilai yang ideal dan arah tuju adalah berdasarkan naturalisme dan Wuwei. Zhuangzi
menganggap terhadap pemilihan nilai dan penentuan nilai ialah berlandaskan sikap bertentangan. Beliau
menganggap nilai atau tidak bernilai, nilai positif atau negatif, nilai tinggi atau rendah merupakan perkara
yang bertentangan. Ukuran pemilihan dan penentuan nilai bertentang ini adalah menunjukkan pandangan
beliau.

Aliran Daoisme berbeza dengan Konfusianisme, Moisme, Legalis serta orang biasa yang dikejarkan
adalah nilai yang diperlakukan, tetapi mereka ini mencari nilai yang paling rendah. Semuanya
berlandaskan nilai yang diperlakukan iaitu dicipta, dicari dan diambil. Tetapi nilai naturalisme dan Wuwei
itu adalah cara dan sikap itu sendiri, dan tujuan nilai naturalisme dan Wuwei juga merupakan jalan untuk
menjelmakan nilai.

4. Teori nilai kuasa aliran Legalis sistem nilai kuasa

Aliran Legalis merupakan wakil pemikiran kuasa kebangkitan di zaman Chunqiu dan Zhang Guo.
Pemikiran ini sesuai dengan kebangkitan perlbagai negara pengerang dalam sistem feudal dan juga
perkembangan kelahiran perhubungan tanah feudal. Aliran Legalis merupakan aliran yang menekankan
kepada kuasa undang-undang dan kaedah.

Aliran Legalis menganggap, sifat manusia adalah buruk. Perubahan masyarakat menyebabkan
perubahan prinsip, oleh itu beliau membicarakan dari aspek pembangunan perundangan. Menggap konsep
nilai berkembang mengikut zaman dan juga berubah mengikut perubahan sejarah.

Aliran Legalis membicarakan persoalan nilai, lebih menekankan pada wilayah politik. Dalam
perlaksanaan nilai adalah mengandungi pada kuasa raja.

Kuasa raja merupakan suatu kedudukan yang paling penting dalam penentuan dan pengawalan
sistem perundangan. Beliau menegaskan tentang
sistem nilai kuasa.

Aliran Legalis membicarakan nilai kuasa raja iaitu raja, autoriti, perundangan dan kaedah. Dalam
sejarah pemikiran Cina terbahagi kepada perkara-perkara penting seperti :

a. Raja merupakan nilai yang paling tinggi dalam kalangan manusia. Prinsip langit merupakan gantian
kepada diri dan raja juga lambang pertolongan untuk rakyat. Raja juga merupakan jantung hati
negara. Raja juga disesuaikan dengan langit dan bumi.

b. Kuasa adalah alat dan modal untuk mentadbirkan seluruh alam dan mentadbir pembesar-pembesar
dan rakyat. Kedudukan raja mempunyai perlindungan. Raja mempunyai asas kewibawaan dan
sumber kuasa pemerintah.

c. Sistem perundangan merupakan perkara yang paling berharga dalam mentadbirkan masyarakat.
Nilainya terletak pada keadilan, kesaksamaan, sama-rata, jelas, dalam erti kata membawa
kepentingan masyarakat umum. Melaksanakan prinsip keadilan, mentadbir rakyat dengan saksama,
menggariskan kuasa dan kepentingan.

d. Autoriti merupakan alat untuk mengawasi pembesar. Raja boleh mengawasi aktiviti-aktiviti pembesar
seperti jasa dalam politik dan bakat seseorang pembesar. Begitu juga dalam kaedah asas dalam
menentukan kurniaan dan hukuman pemilihan dan perlantikan. Raja, kuasa, undang-undang, autoriti
dan kaedah merupakan empat jenis nilai yang penting yang harus mendapat kesatuan dalam asas
kuasa raja supaya dapat membentuk satu sistem nilai yang sempurna.

Aliran Legalis berlandaskan kuasa dan pemilihan nilai berdasarkan undang-undang untuk membentuk
keperibadian yang ideal. Beliau mengemukakan pandangan mengenepikan hati yang selfish untuk
116
melaksanakan keadilan masyarakat. Mengenepikan keperibadian untuk mengambil perundangan
masyarakat.

Dalam memperkembangkan kepentingan raja dan kepentingan undang-undang, maka ia perlu
perubahan undang-undang.

Kita boleh lihat perbezaan peribadi yang dibentuk oleh aliran yang berbeza-beza seperti aliran
Konfusianisme menekankan peribadi berbentuk akhlak. Aliran Moisme menekankan peribadi berbentuk
keperwiraan.

Aliran Daoisme peribadi berbentuk manusia bertapa dan Aliran Legalis pula mengemukakan
peribadi berbentuk politik dan perundangan. Aliran Legalis mengutamakan masyarakat yang paling ideal
adalah masyarakat yang berdasarkan pemerintahan perundangan.

Keistimewaan politik Aliran Legalis adalah berdasarkan pemerintahan pusat, keistimewaan
ekonomi pula adalah berlandaskan pertanian sebagai asas utama. Industri dan perdagangan merupakan
perkara yang kedua. Dari segi budaya, aliran ini menegaskan perundangan pegawai sebagai budaya utama.

Aliran Legalis berlandaskan pada kuasa raja yang paling penting sebagai pemilihan nilai.
Kepentingan merupakan arah dan asas kuasa. Teori ukuran nilai semuanya berlandaskan kepentingan dan
perlaksanaan nilai juga terletak atas prinsip yang sama. Dalam ukuran nilai mereka menganggap
kepentingan sebagai perlaksanaan, kurniaan dan hukuman.

Penilaian kata-kata dan tindakan, perbezaan penilaian baik dan buruk, penilaian seni semuanya
berlandaskan ukuran ini. Sekiranya sesuai dengan kehendak kepentingan, maka ia diiktirafkan sebagai
bernilai kalau tidak sebaliknya.

Dalam perlaksanaan nilai, aliran Legalis menekankan fungsi perlaksanaan kuasa yang sebenar.
Kuasa memainkan peranan penting dalam pembentukan negara dan ketenteraan. Segala kepentingan
mestilah berlandaskan ukuran ini.

Konsep nilai aliran Legalis tidak sama dengan fahaman Konfusius yang berlandaskan kesabaran
berjiwa besar, tidak sama dengan Moisme yang berlandaskan keadilan dan tidak sama dengan Daoisme
yang berlandaskan kepada super realiti.

Tetapi aliran Legalis ini lebih realiti dari Konfusianisme, lebih terbuka dari Moisme, lebih positif
dari Daoisme. Di antara ahli-ahli fikir, ahli Legalis yang mempunyai semangat pembaharuan dan positif.
Oleh sebab itu, aliran Legalis sesuai dengan pentadbiran sosial.

Tetapi kelemahannya di bawah syarat-syarat sejarah yang tertentu pada waktu itu yang lebih
menekankan sifat realiti dan sifat kepastian iaitu aliran Konfusianisme dengan pemerintahan berlandaskan
kemanusiaan. Moisme pula dengan kerajaan cinta sejagat. Daoisme pula dengan negara aman, damai dan
natural.

Keempat-empat aliran falsafah sistem pandangan nilai walaupun tidak dapat menunjukkan
keseluruhan pandangan nilai pada zaman Chunqiu Zhangguo, tetapi telah menunjukkan kerangka nilai
pada waktu itu. Dilema nilai pada pra-Qin yang paling penting adalah pertembungan di antara keempat-
empat aliran.

Perbezaan dalaman keempat-empat aliran ini, dalam persamaan yang besar ada perbezaan yang
kecil. Ini melambangkan pembentukan teori nilai bangsa Cina dan juga merupakan asas penentuan konsep
nilai budaya Cina. Pengaruhnya sangatlah besar.




117
5.7 PENCAPAIAN DALAM PELBAGAI BIDANG

Kesusasteraan, Kesenian, Sains dan Teknologi Cina

# Kesusasteraan

Puisi:
Shi Jing (sastera realiti di utara) dan Chucu (sastera romantik di selatan)
Sungai Kuning merupakan pusat pertumbuhan peradaban di utara
Chang Jiang merupakan pusat pertumbuhan peradaban di selatan
Konfusianisme merupakan wakil aliran pemikiran di utara
Daoisme merupakan wakil pemikiran di selatan
Dinasti Tang merupakan zaman keemasan puisi
Dinasti Song merupakan zaman keemasan lirik (Ci)

Prosa:
Fu merupakan bentuk prosa dinasti Han

Drama:
Dinasti Yuan, merupakan zaman keemasan drama. Tokoh utama adalah seperti Guan Han Qing
dan Wang Shi Fu
Chuan Qu dan Kun Qu merupakan bentuk drama yang lain

Fiksyen:
Dinasti Ming dan Qing merupakan zaman keemasan fiksyen
Sanguo Yanyi (roman tiga negara)
Honglou Meng (mimpi lonteng merah)
Shuihu Zhuan (kisah pinggir air)
Xiyou Ji (perjalanan ke barat)
Jin Ping Mei (emas vas plum)

# Kesenian

Muzik Klasik.
Kaligrafi.
Seni lukis.
Seni pembinaan.

# Sains dan Teknologi Cina

Keistimewaan Sains dan teknologi cina lama menekankan pada dua aspek iaitu sifat kegunaan dan
pandangan keseluruhan. Kejayaan sains dan teknologi lama cina adalah seperti catatan rekod kajian cuaca,
pengukuran bentuk langit, kaedah takwim. Dalam aspek teori Yin Yang (merupakan satu pandangan
pembentukkan kuasa alam yang bertentangan ia melalui proses pertentangan pergabungan dan peruabahan)
dan Wu Xing (lima elemen iaitu logam, kayu, air, api dan tanah). Teori Yin Yang dan Wu Xing
merupakan asas falsafah dalam perkembangan sains dan teknologi cina, ilmu perubatan anatomi dan ilmu
menjaga kesihatan.

Bidang sains dan teknologi cina mengandungi pelbagai aspek seperti ilmu pertanian, ilmu matematik,
astronomi, kalendar, ilmu farmatologi, geologi, fizik, kimia, biologi, arkitek, teknik tenunan, melombong
emas dan teknik pelayaran.

118
Dari aspek perubatan terdapat ilmu perubatan tradisi cina dan ilmu farmatologi cina.

# Ilmu farmakologi cina

Pada masa negara berperang dan dinasti Qin dan Han sudah terbentuk teori ilmu perubatan cina.
Karya-karya yang mewakilinya ialah :

1. Huangdi Naijing. Buku ini disusun semula pada dinasti Tang dan Song sebanyak 18 jilid, 162 bab.
Buku ini membicarakan anatomi manusia pada keseluruhan. Setiap bahagian mempunyai
hubungan diantara satu sama lain. Ia tidak boleh dipisahkan. Buku ini juga menekankan
pentingnya perhubungan bahagian dengan keseluruhan tubuh badan manusia dalam merawati
penyakit.
2. Shang Han Cai Bin Lun (bicara rampaian penyakit dari jangkitan dingin). Buku ini juga dari segi
sistem teori membicarakan dengan konsep keseluruhan iaitu persekitaran alam dan penyakit
mempunyai hubung kait dengan kesihatan manusia perubahan cuaca boleh membuat timbulnya
pelbagai penyakit oleh sebab itu buku ini memberi perhatian hubungan penyakit dengan perubahan
cuaca persekitaran oleh sebab itu cara pengubatannya mestilah mengikut faktor waktu, tempat dan
manusia untuk merawati dengan tepat.

> Teori Yin Yang

i) Teori Yin Yang merupakan percanggahan pertentangan dari dua aspek positif dan negatif
sesuatu benda.
ii) Ia juga saling bergantung di antara satu sama lain dan ia juga saling melenyap dan
menghidup antara satu sama lain

> Konsep Wu Xing

i) Wu Xing terdiri daripada lima elemen iaitu logam, kayu, air, api dan tanah.
ii) Konsep ini saling mengawal dan saling mengatasi antara satu sama lain seperti api
dengan air

Rukun perubahan lima elemen dapat dilihat melalui Kitaran Produktif :










KAYU

API

LOGAM
AIR
Api menghasilkan bumi
Bumi melahirkan logam
Logam menghasilkan
air melalui kondensasi
Air menghidupkan kayu
Kayu menyalakan api
119
Buku Huang di Naijing banyak mengambil dari teori ini untuk menerangkan kerangka organisasi anatomi
manusia, dari segi perkembangan penyakit, dalil penyakit dan penyebab penyakit yang boleh menjadi
tontonan dalam mengubati dan merawati penyakit itu. Teori Yin Yang merupakan percanggahan
pertentangan dari dua aspek positif dan negatif sesuatu benda, ia juga saling bergantung di antara satu sama
lain dan ia juga saling melenyap dan menghidup antara satu sama lain. Ia juga boleh berubah mengikut
gerakan dua aspek positif dan negatif.

Anatomi Yin Yang bertentangan, perimbangan dan penyesuaian. Sekiranya berlaku keadaan
sebaliknya maka seseorang itu akan mendapat penyakit. Buku Huangdi Naijing boleh dibahagikan kepada
6 aspek, iaitu :

1. Dari aspek kesihatan : Diluar tubuh badan manusia merupakan sifat Yang dan dalaman tubuh
badan manusia merupakan sifat Yin.
2. Aspek kedua dalil penyakit : Sekiranya sifat Yin mengatasi maka seseorang yang bersifat Yang itu
akan jatuh sakit, jika Yin mengatasi maka seseorang bersifat Yang akan sakit. Sekiranya Yang
akan mengatasi maka bersifat panas dan sekiranya Yin mengatasi maka bersifat dingin.
3. Aspek penentuan penyakit :Seseorang doktor yang baik dapat meneliti wajah dan tekanan nadi
untuk membezakan sifat Yin atau Yang.
4. Penyesuaian pengimbangan anatomi : Sekiranya seseorang sifat Yin-nya rata Yang-nya
tersembunyi maka masih boleh diubati jiwanya. Sekiranya Yin dan Yang terpisah sudah maka
nyawanya akan lenyap.
5. Aspek pengubatan: Sekiranya penyakit bersifat Yang maka diubati dengan Ying dan sebaliknya.
Sekiranya penyakit bersifat dingin maka diubati dengan sifat panas dan sebaliknya.
6. Pengunaan perubatan : Seseorang doktor harus membuktikan perhubungan ubat yang bersifat Yin
Yang dengan penyakit bersifat Yin Yang. Ia boleh memperbaiki atau pulih sedia kala dari penyakit
yang ditimbulkan oleh ketidak seimbangan fenomena Yin Yang.


> Pembentukan Sistem Teori Perubatan Bangsa Hui

Punca pemikiran perubatan bangsa Hui.
o Radzi (864-932)
o Mewarisi teori Falsafah Alam Tabii Yunani dan teori Falsafah Agama Islam.

Menganjurkan teori Zhen Yi (The true One) untuk menerangkan pembentukan makhluk sejagat
Dunia besar dan dunia kecil serta juga makhluk merupakan hasil pengaliran cahaya Zhen Yi (The
True One)
Menganggap makhluk di langit dan di bumi lahir dari pengaliran cahaya
Sifat benda yang dingin, panas, kering, basah lahir daripada Yin (wanita)
Teori Zhen Yi (The True One) telah diperkatakan oleh Wan Tai Yi dan Liu Zhi. Mereka
menggunakan istilah Cina untuk memperkatakan teori 7 elemen
Sistem teori perubatan Bangsa Hui mewarisi perubatan Arab
Tafsiran falsafah terhadap keistimewaan tubuh badan manusia, fizikal dan sistem pengimbangan
penyakit mengemukakan 4 elemen :- api, air, angin dan tanah
Sistem teori ilmu perubatan Bangsa Hui berlandaskan kepada asas teori nafas permulaan (Yuan Qi)
Yin Yang dan tujuh elemen merupakan kerangka kepada teori itu.
120

Zhen Yi : Tuhan yang satu, iaitu sesuatu yang mutlak dan hanya yang satu, adalah Tai Chu merupakan
faktor yang pertama. Kebenaran yang satu (Hanya satu secara mutlak adalah benda yang benar)



Yuan Qi : Nafas utama (Material yang pertama permulaan bagi jutaan benda yang ada)



Yin Yang : Jantina (Yin adalah senyap dan Yang adalah pergerakan. Ia merupakan proses pergantungan
kelahiran)



Si Yuan : 4 elemen :- air, api, angin dan tanah merupakan penentuan langit dan bumi



San Zi : 3 perkara (kayu, emas dan hidup) merupakan permulaan lahir makhluk



Chi Xing : 7 elemen (air, api, angin, tanah, kayu, emas dan hidup)


> Sistem falsafah dalaman Hui Hui Yao Fan

Menentukan sifat pemikiran pertunjukan dalam ilmu perubatan
Dipengaruhi pemikiran falsafah zaman Yunani lama
Menerima Teori 4 elemen tanah, api, air, angin
Buku Yi Dian menyatakan setiap tubuh badan dihasilkan 4 elemen natural yang mana :
! Api dan angin adalah ringan
! Air dan tanah adalah berat
Xi Bo Ke La Di memperkembangkan Teori 4 elemen kepada Teori 4 jenis cecair :
i. Hempedu kuning
ii. Hempedu hitam
iii. Darah
iv. Air ludah

Mengemukakan 4 sifat iaitu sejuk, panas, kering dan basah yang memberi kesan terhadap
manusia di mana sifat seseorang diwakili jumlah cecair yang terdapat dalam badannya
Buku Yi Dian membahagikan 4 sifat ini kepada 4 tahap yang mana tahap pertama adalah
paling ringan manakala tahap keempat adalah paling ketara
Teknik 4 sifat ini digunapakai di dalam rawatan tulang dan akuapuntur


> Sumbangan Hui Hui Yao Fan (Preskripsi Hui Hui) terhadap teori perubatan Bangsa Hui (Cina
Muslim)

i. Sejak kemasukan budaya Islam, ia telah memperkenalkan pemikiran falsafah baru. Ini bertembung
dengan perubatan tradisi Cina.


121
ii. Sumbangannya seperti berikut :
! Memperkayakan ilmu herba perubatan tradisi Cina dengan penulisan dan pembawaan masuk
kitab perubatan
! Menyebarkan pengetahuan terhadap geografi, asal usul, herba-herba yang diperkenalkan
! Pembawaan masuk bahan perubatan dan preskripsi Arab
! Pelaksanaan perawatan oleh doktor Cina Muslim
! Hubungan perubatan Islam dan perubatan tradisi Cina

iii. Memperkenalkan pengetahuan tentang jenis, fungsi dan punca perubatan itu.

iv. Mengenalpasti faktor-faktor penyakit dari aspek penyakit antaranya :-
! Udara (keadaan cuaca panas, dingin, basah dan kering)
! Perasaan (kegembiraan dan kemarahan yang melampau, ketakutan dan kebimbangan)
! Makan dan minum (mabuk, terlalu kenyang, makanan dan minumum membawa simptom
dingin, makanan kotor, makanan dan minuman yang terlalu dingin atau panas)
! Kehidupan dan tempat tinggal (terlalu letih, hubungan kelamin terlalu kerap, kurang tidur)
! Kecederaan (jatuh, luka, gigitan haiwan)
! Keracunan (makanan, sentuhan bahan beracun, haiwan berbisa)

v. Mengenalpasti faktor-faktor penyakit dari aspek perubatan antaranya :-
! Sifat lemah (basah, kering, panas, dingin)
! Basah, panas, kering, lembap, nafas tersekat, batuk berkahak, berair, darah hitam dan lain-lain
! Organ dalaman
! Anatomi, faktor penyakit berlanjutan, kedudukan perubahan penyakit


# Bidang Astronomi

Dalam sejarah raja-raja Cina, menganggap imej alam mempunyai hubungan yang langsung dengan
takdir pemerintahan raja-raja. Oleh sebab itu mereka memandang berat tentang kaedah astronomi
walaupun pada peringkat awal tidak menunjukkan cara saintifik tetapi dalam sejarah Cina, mereka
menganggap perkiraan astronomi sangatlah penting. Dari dinasti ke dinasti, kita dapati pembentukan
pentas pemerhatian terhadap perjalanan bintang-bintang dan ilmu astronomi. Bidang ini juga dapat
meneliti perubahan cuaca untuk kegunaan pertanian.
> Sumbangan Cina Muslim dalam bidang Astronomi

@Ma Yize, pelopor astonomi Islam
Kedatangan Jamaludin ke China merupakan titik permulaan kemasukan bidang astronomi di
China
Ma Yize mengarang buku astronomi bertajuk Ying Tian Li
Beliau diberi jawatan Qing Tian Jian Zheng

@Jamaluddin dan Hui Hui Si Tian Jian
Melengkapi dan memajukan sistem pengiraan kalendar China
Jawatan Hui Hui Si Tian Jian mempunyai seramai 37 orang yang antaranya pernah dijawat oleh
:
! Jamaluddin
! Ai Xue
! Ismail
! Zhang Si
! Ku Siding




Antara jasa-jasa mereka adalah :
122
Pertama
! Membawa masuk sebilangan besar buku Hui yang mana kandungan buku mencakupi
aspek astronomi, matematik, penilikan, kimia, perubatan, sastera, falsafah, sejarah dan
sebagainya. Buku astronomi dan matematik adalah terbanyak.
! Buku Tian Wen Da Ji dihasilkan oleh Tolemi manakala buku Ha Ke Mu dihasilkan oleh
Ibnu Yunus
! Guo Shoujing telah menghasilkan buku Ma Da Ba Li dan Shou Shi Li.

Kedua
! Proses penciptaan alat astronomi telah diterapkan bersama ilmu astronomi yang mana
unsur seperti bentuk 28 jenis buruj dipahat di atas Tian Qiu Yi. 28 jenis buruj atau 28 She
atau 28 Xing merupakan lintasan orbit yang digunakan oleh ahli astronomi untuk
memerhatikan peredaran cuaca dan 7 planet.

Ketiga
! Mengubahsuai bentuk kalendar yang lebih lengkap
! Dua kalendar utama adalah Wan Nan Li yang dihasilkan oleh Jamaluddin dan Hui Hui Li
yang dihasilkan oleh Ismail.

Keempat
! Menyebarkan ilmu matematik ke China.
! Menggunakan Duo Lei, Zhao cai, Guo Gu, Gu Shi Zhi Fa untuk mencipta Shou Shi Li


@ Kerja Astronomi oleh Ma De Lu Din dan anaknya
! Kerjanya diterjemahkan oleh seorang ulama islam, Ma Ha Ma
! Hui Hui Li Fa siap diterjemahkan oleh Ma Sha Yi Hei

@ Hui Hui Li Fa dan Qi Zheng Tui Bu
! Mengekalkan dan mengubahsuai Hui Hui Li Fa supaya ia dapat berkembang luas
! Menyusun semula dan mengubahsuai Hui Hui Li Fa serta menambah sebilangan nota kaki
serta memperbaiki isi kandungan yang tidak terdapat dalam teks asal sebelum itu
! Menambah 10 naskah jadual kalendar. Hui Hui Li Fa mempunyai 29 naskah Li Cheng Biao.
Fungsinya adalah menyediakan jadual yang menyenangkan ramalan cuaca dalam pertanian.
Dalam Qi Zeng Tui Bu, bilangan yang sedia ada dalam Hui Hui Li Fa telah ditambah dalam Qi
Zeng Tui Bu
! Penerbitan naskah pertama jadual perbandingan bagi nama-nama planet dan bahasa China dan
Barat
! Buku astronomi terjemahan Ming


@ Penciptaan 7 peralatan astronomi

! Pada tahun 1267, seorang ahli astronomi bangsa Hui, Jamaluddin mendirikan sebuah pentas
astronomi
! Dia mempelajari dan mencipta alat astronomi seperti:
i) Dhatu al halaqi
ii) Dhatu Su Shu Batai
iii) Rukhmani-i-Muwjja
iv) Rukhama-i-Mustaiya
v) Kura-i-sama
vi) Kura-i-ard
vii) Asrolabe

! Alat-alat ini digunakan untuk memerhatikan langit di waktu siang dan malam serta memastikan
waktu musim
123
! Jamaluddin telah mengarang Hui Hui Li


# Bidang Matematik

Dalam aspek matematik telah mencipta sistem nilai anjakan angka puluh. Pada dinasti Wei Jin Selatan
dan Utara terdapat kaedah perkiraan seperti Jiu Chang Suan Shu. Pada dinasti Song dan Yuan terdapat juga
ilmu kira-kira.


# Empat Penciptaan Agung

Teknik membuat kertas
Percetakan
Bahan letupan
Kompas


5.8 IKTIBAR TAMADUN CINA HARI INI DAN INTERAKSI DENGAN TAMADUN LAIN

5.8.1. Iktibar

Keruntuhan sistem moral
Hakisan sistem kekeluargaan
Perkembangan budaya ke arah ekstrimis
Cabaran zaman moden terhadap hubungan manusia dengan ekologi, masyarakat, politik dan sistem nilai
etika.

Interaksi budaya cina dengan Barat.
Kemasukan budaya barat telah mengubah kerangka budaya cina. Cina bermegah dengan negara yang
berpegang teguh pada Liyi (peradaban). Sebelum perang candu, warisan budaya cina pada dasarnya
mengikut dasar tertutup dan mempertahankan ortodoks, ia berada dalam keadaan yang tetap tetapi selepas
runtuhnya masyarakat feudal dan selepas perang candu intelektual cina seperti:

! Wei Yuan (1794-1857) telah menghasilkan buku pada 1842 bertajuk Hai Guo Du Zhi (catatan
negara maritim) telah mengemukakan dua pendapat iaitu, memecahkan pandangan tradisi dalam
membahaskan perbezaan Hua Yi (orang cina dengan barbarian). Yang kedua, Mengemukakan
cadangan mengunakan barbarian untuk mengawal barbarian. Beliau masih lagi bermegah pada teori
Tian Ceo Da Guo (negara besar). Negara-negara dan bangsa selain daripada Hua Xia yang lain itu
dilihat sebagai barbarian dengan konsep yang mundur. Tujuan beliau menghasilkan buku ini adalah
untuk menggunakan barbarian menyerang barbarian. Beliau bertujuan untuk mengunakan teknologi
mengawal barbarian.

! Yen Fu (1853- 1921), beliau telah menterjermahkan buku Adam Smith Wealth of Nation dan
karya-karya sarjana barat dari teori evolusi prinsip sosialogi dan kaedah logik.

! Kan You Wei (1858-1927), beliau telah banyak memperkenalkan budaya barat dan beliau juga
merupakan pemimpin dalam gerakan perubahan Wei Xin. Beliau juga telah menghasilkan kajian
kitab palsu pengajian baru. Disamping itu Tan Si Tong 1865-1898 ikut bersama memperkenalkan
gerakan perubahan. Beliau mengemukakan teori pengajian Ren. Beliau juga memperterjermahkan
sains alam tabii dari barat lebih daripada 100 buah buku. Beliau ingin mengubahkan kerangka
budaya cina dan mendampingkan diri dengan demokrasi dan kesedaran kuasa rakyat. Sejak
kekalahan peperangan diantara cina dengan jepun pada tahun 1894. Sarjana-sarjana cina telah
memperjuangkan untuk mengerakkan minda rakyat dan mengubah intelektual rakyat dengan tujuan
memperkuatkan negara. Beliau telah membawa masuk teori evolusi, konsep kebebasan. Liang Qi
Chao telah mengemukakan tiga aspek iaitu dari rasa tidak puas hati tentang peralatan dan senjata.
124
Yang kedua rasa tidak puas hati tentang sistem, yang ketiga rasa tidak puas hati dari aspek asas
budaya.

! Chang Zi Tong (1837 1909), beliau mengemukakan pengajian cina sebagai badan utama
pengajian barat pula sebagai kegunaan. Beliau juga mengemukakan San Kan Wu Chang sebagai
asas utama dalam sistem konfusianisme. Sains dan teknologi barat pula sebagai fungsi kegunaan .
Pendapat fungsi dan budaya cina tentang asas dan kegunaan, tujuan utama inetlektual cina adalah
untuk menganjurkan pengajian cina sebagai asas dan pengajian barat sebagai kegunaan. Demi
mengekalkan ideologi konfusianisme. Yen Fu telah mengemukakan perbandingan tamadun diantara
timur dan barat. Pada kesimpulannya kita boleh bahagikan kepada 3 pandangan pemikiran hasil dari
pertembungan diantara cina dengan barat iaitu aliran secara menyeluruh menerima pengaruh budaya
Yang kedua, budaya timur dan aliran pemulihan kuno. Yang ketiga iaitu pemikiran Marxisme dan
aliran gabungan budaya lama dan baru. Ketiga-tiga aliran ini saling membahas diantaranya dan
menuju kearah sejarah budaya cina dan kesan sosial yang berlainan.

" Yang pertama aliran secara menyeluruh menerima pengaruh budaya barat
! Orang-orang yang memperjuangkan aliran ini seperti Hu Shi, Wu Yu Hui, Zhang Tong Sun,
mereka telah membahaskan kelemahan budaya timur dan kebaikan budaya barat. Mereka
membuat kesimpulan tamadun terkini dunia barat boleh memenuhi kehendak keperluan
rohaniah manusia cina, jauh yang boleh kita mimpikan tamadun lama dunia timur. Zhang
Tong Sun, menganjurkan negara cina seharusnya dengan sepenuh menerima tamadun barat
dan mengikut jalan ini sepenuhnya.
! Wakil yang pertama untuk masa ini ialah Liang Shu Yin, Jiao Si Lei, Zhang Jun Lei, Feng
You Lan, He Lin.

" Yang kedua aliran pemulihan kuno
! Selepas kegagalan revolusi Xin Hai sampailah kepada gerakan 4 Mei telah berlaku perubahan
yang besar dari pengertian budaya iaitu yang pertama kegagalan revolusi Shang Hai dan
kegagalan perang dunia yang pertama membuktikan jalan tamadun dunia barat tidak boleh
diterima. Kan You Wei merupakan wakil aliran gerakan kuno dengan cogankata
penghormatan kepada konfusianisme . Tokoh-tokoh aliran ini sepeti Kan Yu Wei, Yen Fu,
Liang Qi Chao, Liang Shu Yin, Zhang Jun Li. Mereka menganjurkan cadangan budaya mereka
iaitu pada asasnya miri kearah pemikiran tentang pergabungan dunia timur dan barat. Wakil-
wakil aliran ini seperti Li Ta Chen dan Chen Tu Xiu , Qiuba Ko Mo Lo sebagai wakil. Mereka
ini menentang pengaruh budaya barat secara menyeluruh. Mereka berpegang pada teori budaya
yang paling tinggi. Mereka menganjurkan tamadun timur dan tamadun barat masing-masing
mempunyai kelebihan dan kelemahan. Kita mestilah sentiasa mengimbangkan dan
mengharmonikan kedua-duanya untuk mencipta nyawa baru dan evolusi baru yang tidak
terbatas. Chen Tu Xiu mengkritik Kan You Wei dengan persatuan ajaran konfusianisme dan
pandangan menghormati kondusianisme dan membaca kitabnya.
! Wakil aliran pada masa ini ialah Tan Jun Yu, Niu Zong San, Xun Fu Guan, Fun Tong Mei,
Qian Mu.

" Yang ketiga pemikiran Marxisme dan aliran gabungan budaya lama dan baru
! Kebangkitan pemikiran budaya konfusianisme baru terletak pada dua asas iaitu yang pertama
dengan memberi tafsiran baru terhadap Nei Shen (pemupukan diri) dan Wai Wang
(mententeramkan orang lain). Yang kedua mencari jalan baru untuk memperkembangkan
masyarakat cina dengan berinteraksi pengajian barat dan mengharmonikannya.
! Perkembangan pengajian konfusianisme mempunyai 3 peringkat iaitu; peringkat pertama
sejak Pra-Qin sampai ke dinasti Han telah mengabungkan dengan pemikiran Taoisme, legalis
dan Yin Yang 5 elemen. Peringkat ini dikenali dengan pengajian konfusianisme baru dinasti
Han yang menekankan tentang pengajian kitab konfusius. Peringkat kedua, sejak dinasti Han
dan Tan berkembang kepada dinasti Song dan Ming ia telah mengabungkan pemikiran
agama Dao dan agama Buddha telah membentuk pengajian dalil dinasti Song dan Ming.
Pada tempoh ini dipanggil konfusianisme baru. Peringkat yang ketiga, sejak dinasti Song dan
125
Ming berkembang pada dinasti Qin melalui peperangan candu dan budaya barat tidak putus-
putus bertembung dengan budaya tradisi cina.
! Wakil aliran ini ialah Tu Wei Ming, Liu Shu Xian, Yu Ing Si, Chai Ren Hou,

Interaksi budaya cina dengan Korea.
! Imigrasi
! Pengaruh Konfusianisme
! Sistem
! Agama Buddha
! Bahasa Cina
! Seni tembikar, seni lukis, seni arca

Interaksi budaya cina dengan Jepun.
! Membawa masuk teknologi pertanian, pemeliharaan ulat sutera dan pembuatan perkakas
besi dan gangsa.
! Mempelajari pelbagai aspek budaya Cina - bahasa,sejarah, agama, falsafah, kesenian dan
sistem politik
! Sistem tulisan cina
! Perkembangan Konfusianisme di Jepun
! Pengaruh kesenian dan kebudayaan cina

Interaksi budaya cina dengan Vietnam.
! Kebudayaan cina
! Sistem bahasa
! Pemikiran dan adat resam dan sistem nilai
! Pemikiran Konfucianisme merupakan bahan peperiksaan awam

Interaksi budaya cina dengan India
! Kemasukan agama Buddha dan fonetik bahasa cina
! Penulisan naratif. Bianwen.

Interaksi budaya cina dengan dunia Islam.
! Empat ulama utama, Wang Daiyu, Ma Zhu, Liu Zhi dan Ma Dexin.
! Terjemahan kitab al-Quran dan hadis ke dalam bahasa cina
! Pertembungan nilai Konfucianisme (Wudie) dengan Islam (Wugong)
! Pertumbuhan pendidikan madrasah
! Terjemahan kitab perubatan Ibn Sinna dan karya Li Xun iaitu Haiyao bencao (Material
Medina Seberang Laut)
! Mencipta tujuh jenis peralatan astronomi dan kalendar Hui Hui.


5.9 KESIMPULAN

Kita perlu memberi perhatian tentang :

! pengimbangan nilai tradisi pelbagai peradaban
! pembinaan negara bangsa
! Memikir semula cabaran dan harapan terhadap sejarah perkembangan manusia
! Kemerosotan bahan sumber, kebanjiran kependudukan dan bahaya ekologi
! Menilai warisan tradisi dan pembangunan semula masyarakat bertamadun
! Pengajaran dan iktibar dari pelbagai tamadun dalam membina kemanusian dan peradaban

126

Glosari

Ren : kasih sayang, kemanusiaan, cinta, prinsip hubungan manusia dengan manusia.
Yi : kewajaran, keadilan dan perkara yang sepatut kita lakukan.
Li : peradaban, kesopanan, tatasusila, budi pekerti, peraturan perlakuan akhlak
Zhi : kebijaksanaan
Xin : kepercayaan dan amanah
Xiao : berbakti, mendengar perintah kedua orang tua
Zhong : ketaatan, patuh, tidak berbelah bagi
Shu : kemaafan
Tian : Hu han, alam langit,
Dao : prinsip peraturan, jalan, pegangan, kaedah,
Tian Dao : kudrat alam, peraturan alam, perjalanan alam
Ren Dao : jalan manusia, prinsip manusia, pegangan manusia, peraturan manusia
Tian Ming : takdir, nasib
Wu Wei : mengurangkan kegiatan, tanpa bertindak, naturalisme
He : harmoni, bersama
Shang Tong : mengutamakan kesamaan.
Yin Yang : Konsep Positif dan Negatif
Wu Xing : 5 elemen (api, air, tanah, logam, kayu )


RUJUKAN

Bei ye, 2001. Zhongguo Wenming Lun- Zhongguo Gudai Wenming de Denzhai Ye Yuenli (teori tamadun
Cina : prinsip dan asas dalam tamadun Cina). Beijing, Zhongguo, Shehui gexus, Chuban she

Qi Liang, 2001. Zhongguo Wenming Shi (Sejarah tamadun Cina), Guangzho Hua Zhen Chuban She.
TAMADUN CINA
Tamadun zaman
Xia, Shang, Zhou
Tamadun zaman
Chunqiu Chang Guo
Tamadun zaman
dinasti-dinasti Cina
Tamadun zaman
Kontemporari
Tamadun
Konfusianisme
Sistem kenegaraan
- Pemerintahan
berdasarkan
kemanusian
Sistem kekeluargaan
- Kuasa bapa sebagai
intisari keluarga
Nilai SanKan Wu
Chang
Sistem Zong Fa
Konsep Ren Li, Zhong
Yong
Aliran Pengaruh
Budaya barat
secara menyeluruh

Aliran Budaya
timur dan
pemulihan kuno

Aliran Marxisme
dan gabungan
budaya lama dan
baru
127
Zhao Xiang Ji, 2006 Jia zhi de Li Chen Zhongguo Chuan Tong jia zhi de Lishi yuanpian (sejarah nilai :
perubahan sejarah pandangan nilai tradisi Cina). Beijing, Zhounguo shahmie gexue shuban she

Liu Yu, 1996. Zhongguo Chuan Tong Jia zhi Quan Shi Xue (ilmu taksiran pandangan nilai tradisi Cina).
Shanghai, Sanlian Shu Hian.

Yang Huai Zhong dan Yu Zhen Gui, 1995. Yishilan Yu Zhongguo Wenhua ( Islam dan Budaya Cina).
Ningxia Renmin Chuban She.

Albert M Craig, 2001. The heritage of Chinese Civilization. Harvard University; Pretince Hall

Ropp, Paul, S. 1990. Heritage of China : Contemporary Perspectives on Chinese Civilization. Berkeley:
University of California Press.

Reischauer and Fairbank. 1989. China : Tradition and Transformation. Boston : Houghton Mifflin.

Unschuld, Paul U. 1985. Medicine in China : A History of Ideas; University of California Press

The Institue of the History of Natural Sciences, The Chinese Academy of Sciences, 1983. ed. Ancient
Chinas Technology and Science Beijing : Foreign Language Press.

128
BAB 6

MASA DEPAN DUNIA BERBILANG TAMADUN: DIALOG
TAMADUN DAN ISU-ISU SEMASA


6.0. PENGENALAN

Pendedahan kepada pelbagai tamadun sewajarnya telah memberikan pengalaman yang istimewa kepada
kita semua. Sebagai ahli masyarakat yang telah sekian lama hidup dalam suasana kepelbagaian tamadun
secara turun-temurun, pendedahan ilmiah sebegini sangat perlu demi meyakinkan kita bahawa kehidupan
antara tamadun ini perlu terus diperkukuhkan. Pendedahan ilmiah sebegini sepatutnya telah memperkaya
pemikiran, sikap dan tingkah laku kita dalam melihat kewujudan tamadun kita sendiri di tengah-tengah
pelbagai tamadun lain. Keinsafan dan kesedaran bahawa kita perlu hidup dalam kepelbagaian tamadun
akan menjadikan kita lebih bersedia untuk menghadapi realiti atau hakikat ini dengan lebih realistik dan
penuh perasaan muhibbah.

Pendedahan ilmiah yang dialami setakat ini juga seharusnya memungkinkan kita untuk membuat
penilaian yang tepat mengenai sifat dan tabiat tamadun-tamadun ini. Penilaian yang tepat bermaksud kita
harus boleh meneruskan perasaan muhibah antara tamadun sekalipun kita masing-masing mengakui wujud
perbezaan ketara antara tamadun-tamadun ini. Dengan mengakui perbezaan antara tamadun tidak
bermakna kita tidak boleh berdialog atau berbincang mengenai perkara-perkara yang boleh disepakati
bersama. Tamadun dan peradaban seperti yang diterangkan oleh pelbagai tamadun yang telah kita pelajari
banyak menyentuh persamaan dari segi adab dan kehidupan beradab, manusia dan kehidupan
kemanusiaan. Begitu juga halnya dengan soal alam tabii dan keperluan untuk hidup berharmoni dengan
alam tabii.

Perkara-perkara sebegini, walaupun kelihatan kecil dan sedikit tetapi sangat luas dan besar
potensinya untuk diperkembang ke arah kesefahaman sejagat melalui usaha-usaha dialog antara tamadun.
Permuafakatan dan persepakatan dalam hal-hal akhlak kemanusiaan dan alam tabii ini pun sudah cukup
penting bagi menghasilkan satu bentuk kehidupan yang lebih bermakna pada abad yang mendatang.
Sesungguhnya kesemua tamadun yang telah dikaji mengajar kita pelbagai pengajaran yang amat penting
bagi umat manusia dewasa ini yang kebanyakannya telah hilang pertimbangan terhadap soal akhlak, moral
dan kemanusiaan di samping hilang juga kesedaran tentang keperluan memelihara alam tabii dari bencana
yang ditimpakan oleh perbuatan kerakusan manusia itu sendiri.

Sesungguhnya manusia moden seperti kita ini telah banyak melupai hikmah daripada khazanah
peninggalan tamadun kita sendiri sehinggakan kehidupan yang kita jalani menjadi begitu keliru dan hilang
arah tujuannya. Oleh sebab itu, usaha-usaha mengembalikan hikmah dari khazanah tamadun ini perlulah
dipergiatkan oleh generasi hari ini demi menjamin kesinambungan hidup masyarakat manusia di muka
bumi ini. Perkara inilah sebenarnya nilai-nilai yang tidak ternilai yang boleh kita peroleh dari pengkajian
dan pendedahan mengenai tamadun-tamadun milik masyarakat kita sendiri. Penilaian terbaik yang boleh
dibuat oleh kita ialah dengan merasai bahawa kita sendiri adalah sebahagian dari mata rantai tamadun-
tamadun tersebut yang perlu kekal dalam rantaian yang telah sedia terbina itu. Penilaian yang kita lakukan
mestilah akhirnya akan membawa kita ke satu tahap kehidupan yang lebih beradab dan bertamadun, sesuai
dengan semangat dan sikap yang telah dilahirkan oleh tamadun-tamadun yang telah kita pelajari.


6.1 DUNIA BERBILANG TAMADUN: APA DUNIA BARAT BOLEH BELAJAR DARIPADA
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

Bab-bab sebelum ini telah menegaskan hakikat bahawa dunia kita adalah sebenarnya dunia berbilang
tamadun. Penganut pelbagai agama ingin melihat dunia global ini terus wujud sebagai dunia berbilang
129
budaya dan tamadun. Setelah kita menilai tamadun-tamadun yang dikaji serta memahami nilai-nilai
terpenting yang perlu kita ambil dan hayati, maka kini perlu pula kita melihat perhubungan antara
tamadun-tamadun sebelah sini dengan tamadun Barat yang dominan hari ini. Tamadun-tamadun sebelah
sini sebenarnya telah wujud bersama untuk satu jangka masa yang lama dan kadangkala agak tidak wajar
untuk kita membicarakan keperluan mereka untuk berinteraksi. Keadaan ini seolah-olah menggambarkan
bahawa sebelum ini seperti tidak wujud interaksi antara tamadun Islam misalnya dengan tamadun Cina dan
tamadun India dan begitu juga sebaliknya. Bukti-bukti sejarah telah banyak menjelaskan interaksi antara
tamadun-tamadun ini memang telah sedia wujud dari dahulu kala lagi. Malah yang lebih penting ialah
bukti kehidupan yang masih hidup, subur dan segar antara masyarakat dan tamadun yang pelbagai inilah
yang lebih penting. Masyarakat negara kita yang berbilang tamadun ini telah pun hidup sejak dahulu lagi
sehingga ke hari ini dengan penuh interaksi dan perasaan muhibah.

Justeru kita boleh menyatakan bahawa interaksi antara pelbagai tamadun yang kita lalui ini ialah
suatu yang nyata dan benar-benar hidup. Oleh sebab itu, hakikat ini perlulah difahami dengan baik supaya
kita tahu di mana kita berada dan apakah sebenarnya yang perlu kita lakukan. Dialog peradaban ini atau
interaksi antara tamadun ini, jika ia diilhamkan ataupun dipelopori oleh tamadun Barat maka orientasi dan
hala tujunya sudah pasti berbeza dengan kita. Tamadun Barat sebenarnya sangat miskin dalam soal
pengalaman hidup antara tamadun. Dalam sepanjang sejarah tamadun Barat mereka sangat kurang
berpeluang untuk hidup bersama dengan tamadun lain seperti yang dialami oleh tamadun-tamadun sebelah
sini. Justeru itu jika mereka berbicara mengenai dialog peradaban sifatnya sangatlah teoritikal dan
konjektural. Hakikat ini disebabkan mereka sendiri tidak pernah merasai secara realiti dan praktikal
pengalaman hidup dalam pelbagai tamadun.

Hakikat sebegini sebenarnya merupakan satu kekuatan yang tidak wajar kita perkecilkan kerana ia
tidak dimiliki oleh tamadun Barat. Menyedari perkara tersebut, orientasi dan hala tuju dialog peradaban
kita tidaklah sewajarnya bersifat teori dan telahan apatah lagi bersifat polemik seperti yang lazimnya
wujud dalam tradisi dialog di Barat. Kita mestilah mengungkapkan aspirasi dialog tamadun kita dengan
lebih yakin bila berhadapan dengan tamadun Barat kerana kita lebih arif tentang soal ini. Kita memiliki
pengalaman beratus tahun hidup bersama (co-exist) dengan tamadun-tamadun lain yang tidak pernah
dialami oleh tamadun Barat. Justeru tidak wajar bagi tamadun Barat untuk mengajar kita bagaimana mahu
berdialog atau bertoleransi sesama kita. Merekalah yang sebenarnya yang perlu diajar oleh tamadun
sebelah sini tentang cara-cara berdialog antara tamadun. Kita bukan sahaja perlu menunjukkan kepada
mereka cara bertoleransi, malah yang lebih penting ialah cara bermuhibah atau berkasih-sayang sesama
manusia dari kalangan tamadun yang pelbagai ini. Sikap seperti inilah sebenarnya yang perlu kita
kemukakan terhadap tamadun Barat. Peranan ini juga merupakan sumbangan paling besar yang boleh
diberikan oleh tamadun sebelah sini kepada tamadun Barat khususnya dan tamadun manusia umumnya di
tengah-tengah kemelut kehidupan yang tidak putus-putus hari ini. Interaksi sebenar antara tamadun dapat
dilihat dari perspektif ini.


6.2 DUNIA BERBILANG TAMADUN: CABARAN GLOBALISASI

6.2.1 Dampak Budaya Kebendaan Barat

Sama ada disedari atau tidak realiti yang paling penting pada masa kini yang mencabar tamadun Islam dan
tamadun Asia ialah globalisasi kebudayaan kebendaan yang dicipta dan didominasi oleh dunia Barat
moden. Tanpa menyedari kesan dan dampak dunia Barat moden ke atas kita dengan sepenuhnya, kita tidak
akan dapat merancang masa depan kita dengan sebaik-baiknya. Kesan dan dampak dunia Barat moden ke
atas masyarakat Islam dan Asia sangat mendalam sehingga hampir menghilangkan sama sekali ciri-ciri jati
diri (identiti) bagi seseorang Islam atau seseorang Asia pada peringkat individu dan jati diri tamadun Islam
dan jati diri tamadun-tamadun Asia pada peringkat kolektif. Keseluruhan dunia pada hari ini kelihatan
seolah-olah sebuah dunia Barat yang besar yang bersifat hegemonik, yang tidak langsung
memperlihatkan identiti selain daripada identiti tamadun Barat.

Pengaruh dunia Barat ke atas seluruh bangsa manusia berpunca daripada sejarah penjajahan yang
panjang. Penjajahan Barat mempunyai kesan yang meluas dan mendalam ke atas masyarakat Islam dan
130
Asia sehingga merubah struktur ekonomi, institusi politik dan nilai budayanya. Disebabkan kuasa
penjajahan Barat begitu kuat dominasi pengaruhnya, maka masyarakat yang di bawah penjajahan telah
mengalami perasaan rendah diri ketara, malah meninggalkan sejarah dan warisan bangsa mereka sendiri.
Mereka telah meletakkan tamadun Barat sebagai kemuncak pencapaian ketamadunan manusia. Tamadun
Barat merupakan piawai atau kayu pengukur untuk menilai pencapaian masyarakat mereka sendiri.
Penjajahan pemikiran seperti inilah sebenarnya kemuncak penjajahan Barat dalam memperkukuhkan
dominasinya ke atas bangsa manusia yang lain sehingga hari ini.

Meskipun kini kebanyakan negara atau masyarakat Islam dan Asia telah mencapai kemerdekaan,
tetapi kesan pemerintahan dan dominasi penjajah masih ketara. Bentuk dominasi baru telah muncul
sehinggakan dimanipulasi oleh penjajahan yang lampau. Masyarakat Islam dan Asia sukar dikenali dengan
ciri-ciri kebangsaan yang tersendiri dalam semua lapangan kehidupan sama ada yang berkaitan dengan
gaya hidup seseorang sehingga kepada kedaulatan negara dalam membuat keputusan. Kebebasan yang
sepatutnya wujud pada sesebuah masyarakat atau negara dalam menentukan haluan kehidupan dan masa
depan mereka sendiri telah dikongkong oleh pelbagai bentuk dominasi yang baru.

6.2.2 Dominasi Politik

Kemerdekaan sesebuah negara pada masa kini tidak mempunyai makna yang besar selain daripada tampuk
pemerintahan diserahkan kepada masyarakat tempatan. Masyarakat yang dikatakan merdeka dalam banyak
keadaan yang berkaitan dengan kebebasan membuat keputusan politik terutama di peringkat antarabangsa,
masih tertakluk kepada telunjuk kuasa Barat. Sukar untuk dinafikan bahawa politik antarabangsa hari ini
didominasi sepenuhnya oleh beberapa buah negara kuasa besar (super power) yang secara tidak langsung
menggambarkan dominasi dunia Barat. Malahan struktur PBB sendiri mencerminkan keadaan politik dunia
selepas Perang Dunia Kedua, di mana negara-negara seperti Amerika Syarikat, Britain dan Perancis yang
telah berjaya mengalahkan Jerman dan Jepun, memperolehi kuasa veto. Negara Amerika Syarikat adalah
negara terkuat di kalangannya yang mendominasikan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu (PBB) dengan kuasa vetonya bersama-sama dengan negara Rusia, United Kingdom, Perancis dan
China.

Majlis Keselamatan PBB dari satu segi merupakan sebuah badan politik dunia yang terpenting.
Bagaimanapun keputusan-keputusan yang dibuat hanyalah sekadar mengesahkan keputusan negara-negara
kuasa besar terutama Amerika Syarikat yang mempunyai kepentingan tertentu. Anadainya sesuai dengan
kepentingannya, Amerika Syarikat akan menggunakan Majlis Keselamatan PBB untuk mencapai objektif-
objektif tertentu yang berkaitan dengan polisinya. Pada masa-masa yang lain mereka akan bertindak secara
bersendirian membelakangkan Majlis Keselamatan PBB seperti dalam persitiwa pengeboman Sudan dan
Afghanistan pada tahun 1998, dengan helah untuk memusnahkan tempat-tempat yang dikatakan sebagai
sarang-sarang pengganas. Pendekatan unilateralisme di dalam politik antarabangsa ini terbukti sekali lagi
apabila Amerika Syarikat, tanpa restu PBB telah menyerang dan menakluki Iraq pada 2003.

Boleh dikatakan dalam hampir semua persengketaan wilayah dan antarabangsa sama ada di
Somalia, Bosnia-Herzegovina, Palestin, Khasmir dan lain-lain, Amerika Syarikat telah terlibat secara
langsung dengan menggambarkan diri mereka sebagai polis dunia. Situasi ini mencerminkan kuasa politik
yang mendominasi dunia. Kedudukan Amerika Syarikat sebagai sebuah kuasa politik global adalah
disebabkan terutamanya oleh kekuatan ketenteraan atau militari. Setelah perang dingin berakhir dengan
robohnya tembok Berlin pada 1989, dan perpecahan Soviet Union pada 1991, maka Amerika Syarikat
telah muncul sebagai satu-satunya kuasa besar dunia yang tidak mempunyai saingan, hingga mewujudkan
satu dunia unipolar, tanpa imbangan kuasa. Negara tersebut memiliki senjata-senjata nuklear yang besar
dan senjata-senjata yang tercanggih. Paling menggerunkan senjata-senjata ini dipunyai oleh sebuah negara
yang mengambil pendekatan hegemonik ke atas masyarakat bangsa-bangsa manusia yang lain. Pada masa
yang sama ia melarang dengan keras, usaha negara-negara lain seperti Korea Utara dan Iran, untuk
mempunyai program nuklear mereka sendiri.




131
6.2.3 Dominasi Ekonomi

Sekiranya semasa zaman penjajahan sebelum ini penjajah Barat mendominasikan sumber-sumber semula
jadi wilayah yang dijajah, maka hari ini keadaan yang hampir sama berlaku. Syarikat-syarikat
multinasional dari Barat seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan negara-negara Eropah yang lain
termasuk juga Jepun telah menguasai kegiatan perdagangan antarabangsa. Syarikat-syarikat berkenaan
telah mendominasi penggunaan sumber-sumber semula jadi, pengeluaran hasil-hasil perindustrian dan
perkembangan sains dan teknologi (S&T) sesebuah negara. Tidak cukup sekadar itu, sistem kewangan
antarabangsa pula dikawal oleh sejumlah kecil syarikat-syarikat kewangan gergasi, sekumpulan bank,
pedagang-pedagang mata wang dan juga pengurus-pengurus dana pelaburan spekulatif antarabangsa, yang
secara tidak langsung meneruskan dominasi dunia Barat ke atas bangsa-bangsa manusia yang lain.

Pola dominasi ekonomi yang sedemikian disokong oleh institusi-institusi global seperti
International Monetary Fund (IMF), Bank Dunia serta World Trade Organisation (WTO) bersama-sama
dengan kumpulan G8. Mereka telah bertindak mencorakkan bentuk ekonomi global sebegitu rupa sehingga
segala kepentingan negara-negara perindustrian yang kuat di hemisfera utara mendapat keutamaan
mengatasi persoalan kebajikan negara-negara miskin di hemisfera selatan. Masyarakat manusia di negara-
negara membangun dan mundur tidak lebih sekadar memenuhi keperluan sumber tenaga manusia untuk
mencapai kepentingan mereka dan pada masa yang sama, sumber-sumber semula jadi di negara-negara
tersebut dimonopoli secara tidak disedari. Fenomena seperti ini merupakan satu bentuk penjajahan baru
yang terselindung di sebalik gagasan perdagangan tanpa sempadan, perdagangan bebas, atau economic
globalisation.

6.2.4 Dominasi Media

Dunia Barat melalui potensi yang ada dalam bidang teknologi komunikasi dan maklumat telah
mendominasi penyebaran berita antarabangsa. Tidak cukup dengan dominasi dalam bidang politik dan
ekonomi, dunia Barat khususnya Amerika Syarikat mahu turut mendominasi media massa. Satu situasi
yang begitu ketara mutakhir ini, media cetak dan elektronik yang semakin berpengaruh dikuasai oleh
sekumpulan syarikat-syarikat gergasi yang berpusat di dunia Barat. Agensi berita antarabangsa terutama
dari Amerika Syarikat menentukan dengan meluasnya bagaimana maklumat tentang peristiwa-peristiwa
antarabangsa diolah dan dipersembahkan kepada masyarakat dunia. Malah sesuatu peristiwa yang berlaku
dalam negara di luar dunia Barat sering dicampur dan ditafsirkan untuk penerimaan negara-negara jirannya
oleh agensi berita Barat bagi memperolehi kepentingan-kepentingan tertentu. Tegasnya, masyarakat di luar
dunia Barat melihat jiran-jiran mereka bahkan mereka sendiri sendiri menurut kaca mata Barat.

6.2.5 Dominasi Budaya

Dominasi dunia Barat juga dikaitkan dengan dominasi budaya. Dalam tiga dekad kebelakangan ini, dunia
Barat terutama Amerika Syarikat telah membanjiri dunia dengan pengeskportan budayanya. Dalam
konteks budaya ini, pengaruh yang paling berkesan atau signifikan ialah hiburan. Pada hari ini filem,
muzik, nyanyian, kartun dan komik dari Amerika Syarikat telah tersebar dengan meluasnya di seluruh
dunia sehingga mempengaruhi cara hidup remaja di seluruh dunia. Rancangan-rancangan televisyen seperti
American Idol juga telah tersebar luas dan ditiru di beberapa negara lain termasuk Malaysia sebagai satu
fenomena globalisasi budaya, di mana cita-cita remaja diberi ekspresi secara kompetitif, dan nilai-nilai
seperti menghormati dan menjaga perasaan seseorang individu tidak lagi diutamakan, atas nama
keterbukaan di dalam memberi pandangan. Selain daripada itu, budaya hidup Barat yang ditonjolkan
melalui jenama-janama seperti Coca-cola, McDonalds, Levis dan lain-lain telah menjadi sebahagian
daripada budaya global. Masyarakat manusia di merata tempat telah menyedut dan mengasimilasikan
jenis-jenis makanan, pakaian dan hiburan ala-Amerika dalam jumlah yang besar dan belum pernah berlaku
dalam sejarah sebelum ini. Namun bukan sahaja Amerika Syarikat yang telah mengeksport budaya mereka
tetapi juga syarikat-syarikat dari Eropah dan Jepun turut mengeksport kartun dan muzik ciptaan Amerika
Syarikat.

Berdasarkan kepada keterangan tentang dominasi kuasa Barat dalam bidang-bidang tersebut, dapat
diperhatikan penguasaan kuasa Barat yang begitu mencengkam ke atas bangsa-bangsa manusia yang lain
132
termasuklah masyarakat Islam dan Asia. Gergasi media Barat khususnya dari Amerika Syarikat seperti
CNN, telah menyesuaikan diri dengan tuntutan dan suasana dalam masyarakat Islam dan Asia di mana
mereka beroperasi. Syarikat-syarikat multinasional yang sedang beribu pejabat di Amerika Syarikat telah
menjadi global dari segi pengeluaran, pemasaran dan penyelidikan. Pedagang-pedagang mata wang yang
terdiri dari pelbagai bangsa dan warna kulit, pada akhirnya tidak mempunyai ketaatan pada mana-mana
negara.

Tegasnya, kemelut yang berkaitan dengan dominasi Barat telah menjadi begitu global atau sejagat,
sehingga pada hari ini dominasi tersebut tidak lagi mengenali sempadan penempatan geografi atau budaya
tertentu. Dominasi Barat daripada cara hidup seseorang sehingga kedaulatan politik wujud di mana-mana.
Cara hidup Barat telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita. Keputusan-keputusan mereka dalam
politik dan ekonomi secara mudah memberi kesan yang besar kepada politik dan ekonomi kita. Mereka
telah memakaikan kaca mata mereka kepada kita sehingga kita melihat sesuatu menurut perspektif mereka.
Dengan menjadi sebegitu global dunia Barat telah menjadikan diri mereka sebagai norma dan mudah
diterima di mana-mana sahaja. Menyedari tentang hakikat tersebut, penilaian terhadap kesan dan dampak
dunia Barat ke atas tamadun Islam dan Asia bukanlah mudah.

Tidak dapat dinafikan, dari sudut yang positif manfaat S&T yang dikembangkan oleh tamadun
Barat begitu ketara kepada kita. Bidang S&T ini telah membantu mengurangkan kemiskinan,
meningkatkan taraf hidup dan membawa keselesaan material kepada sebahagian daripada masyarakat
manusia. Pertumbuhan dan pekembangan ekonomi pasaran juga telah menambahkan kemewahan golongan
menengah di kebanyakan negara-negara di dunia sehingga kepada kadar tertentu. Sebagai kesan daripada
pengaruh tamadun Barat juga, idea dan institusi yang berkaitan dengan demokrasi seperti kebebasan
individu, hak menyuarakan bangkangan, akauntabiliti awam, perwakilan parlimen yang dipilih rakyat dan
kehakiman yang bebas telah mempengaruhi kebenaran di peringkat global. Dunia Barat juga
bertanggungjawab menimbulkan kesedaran yang bertambah-tambah berhubung persoalan-persoalan ini
dalam tamadun Islam dan Asia. Barat juga kadangkala menggunakan nilai politik sebagai senjata di dalam
persaingan perdagangan antarbangsa, di mana negara yang tidak mengamalkan demokrasi ala Barat, atau
mempunyai rekod hak asasi manusia yang buruk, akan dikenakan sekatan ekonomi. Namun sifat hipokrit
ini terbongkar dengan adanya pendedahan mengenai kekejaman tentera Amerika terhadap tahanan di Iraq,
dan di Teluk Guantanamao.

Namun dalam konteks tersebut juga terdapat kesan-kesan yang negatif. Kemunculan sistem
ekonomi pasaran global yang mengutamakan negara-negara perindustrian kuat yang kebanyakannya
terletak di dunia Barat, sebahagiannya bertanggungjawab terhadap kemiskinan yang berterusan terhadap
golongan tertentu manusia. Jurang pemisahan antara golongan yang berada dan tidak berada semakin
melebar. Pada tahun 1960 nisbah pendapatan antara 20 peratus yang golongan teratas dan 20 peratus yang
golongan terbawah dalam dunia ialah 1:30. Kemudian pada tahun 1994 nisbah ini semakin melebar kepada
1:78.

Bukan sekadar permasalahan kemiskinan dan jurang perbezaan kaya-miskin, tetapi juga pemusatan
kuasa di Barat terutama di Amerika Syarikat telah mencipta satu cengkaman ekonomi global yang
menjadikan perdagangan senjata dan dadah lebih menguntungkan daripada perdagangan komoditi dan
perkhidmatan yang memberi manfaat kepada manusia. Malah lebih parah lagi apabila dalam ekonomi
global hari ini, spekulasi mata wang dan kewujudan suasana perjudian telah berleluasa di seluruh dunia
yang secara tepat dinamakan sebagai kapitalisme kasino. Melihat kepada situasi tersebut, bagaimana
boleh wujud kesaksamaan dalam konteks ekonomi di dunia hari ini.

Sesungguhnya ekonomi global yang dipupuk dan ditaja oleh dunia Barat tidak mungkin
dilestarikan. Banyak tempat di merata pelosok dunia ini telah mengalami kepupusan sumber semula jadi
dan pencemaran persekitaran yang teruk. Demikian juga keadaannya bila sesebuah masyarakat begitu
didesak oleh tekanan pertumbuhan ekonomi yang menggila, tekanan sosial dan psikologi turut bertambah-
tambah justeru memberi kesan yang buruk kepada institusi kekeluargaan dan kemasyarakatan. Sama ada
disedari atau tidak keadaan yang seperti ini sudah pun berlaku dalam masyarakat Islam dan Asia di tempat-
tempat tertentu.

133
Sekiranya kita melihat kesan pengaruh Barat ke atas sistem pemerintahan dan politik, meskipun
semangat demokrasi tersebar, sistem politik global di dominasikan oleh Barat. Pada hari ini kuasa Baratlah
sebenarnya yang tidak demokratik dengan membelakangkan kehendak masyarakat dunia melalui kuasa
veto yang diberikan pada lima negara kuasa besar. Kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat
boleh mencabuli undang-undang antarabangsa tanpa sebarang pembalasan (impunity). Contoh yang begitu
ketara ialah siri-siri pengeboman ke atas Iraq. Majoriti manusia tiada lagi suara untuk menentukan nasib
masa depan mereka sendiri.

Dari satu sudut budaya dan tamadun bukan Barat bahkan bukan Amerika Syarikat, sebenarnya
tidak banyak peranan besar pada tahap global. Budaya dan tamadun lain sememangnya begitu takut kepada
kuasa penyamarataan (homogenising) yang dimiliki oleh budaya Amerika Syarikat yang sangat dominan.
Oleh sebab itu, perjuangan untuk menjaga dan meneruskan kepelbagaian budaya dan tamadun merupakan
satu tema perjuangan yang harmonis dengan agama Islam dan agama-agama Asia yang lain. Tema ini akan
menjadi cabaran yang terpenting pada masyarakat Islam dan Asia dalam abad ke-21 akan datang.

Dari sudut yang lain, kita juga harus akur bahawa tamadun dan kuasa Barat bukanlah sinonim
dengan Amerika Syarikat dan Britain. Ini jelas terbukti dengan adanya tentangan daripada Jerman dan
Perancis terhadap penaklukan Iraq oleh Amerika dan Britain. Namun demikian Jerman dan Perancisdan
juga Rusiajuga akhirnya akur kepada kehendak Amerika Syarikat di dalam isu berkaitan dengan
program nuklear Iran pada tahun 2005 ini. Walaupun Barat tidak semestinya bersatu, sebagaimana juga
dunia Islam tidak bersatu dan tidak bersifat monolitik, namun pada umumnya terdapat jurang di antara
dunia Barat dan Timur, yang sebahagian darinya disebabkan oleh faktor budaya dan ketamadunan.

6.2.6 Teori Pertembungan Tamadun Huntington

Pada tahun 1989, menjelang berakhirnya era perang dingin seorang penulis Amerika, Francis Fukiyama
telah mengemukakan teori The End of History yang menyatakan bahawa dunia akan menjadi homogen
dengan dicirikan oleh pemikiran liberalisme dan demokrasi Barat setelah keruntuhan komunisme. Teori
Fukiyama ini hampir menjadi kenyataan bilamana kuasa-kuasa besar blok Timur sendiri dilihat mula
menerima pemikiran liberalisme dan demokrasi Barat dalam menentukan halatuju sosial, ekonomi dan
politik masing-masing. Negara Rusia dan China yang dilihat sebagai simbol blok Timur sebelum ini sudah
mula membuka pintu kepada dunia luar dan memberi lebih kebebasan kepada kegiatan sosial, ekonomi dan
politik.

Bagaimanapun telahan ini kelihatan pudar apabila seorang Profesor sains politik di Uniersiti
Harvard, Samuel P. Huntington mengemukakan teori The Clash of Civilizations (Pertembungan
Tamadun). Dalam makalahnya yang diterbitkan oleh jurnal Foreign Affairs tahun 1993 bertajuk The
Clash of Civilizations?, Huntington telah menjangkakan akan berlaku pertembungan antara Tamadun
Barat dengan tamadun-tamadun lain yang akan mencorakkan politik sejagat. Huntington kemudiannya
memperkembangkan makalah ini untuk dijadikan sebuah buku dengan judul The Clash of Civilizations
and the Remaking of World Order yang diterbitkan pada tahun 1996. Buku ini telah menghuraikan
dengan lebih mendalam tesisnya tentang pertembungan tamadun bagi tujuan menjawab isu-isu yang telah
ditimbulkan oleh para pengkritik makalah asalnya.

Teori Pertembungan Tamadun yang dikemukakan oleh Huntington telah mengundang pelbagai reaksi
baik di kalangan masyarakat Islam mahu pun di kalangan masyarakat Barat sendiri. Secara umum teori
Huntington tersebut boleh didasarkan kepada tiga andaian utama:

a. Selepas era perang dingin perbezaan yang paling ketara antara masyarakat sejagat bukan lagi
ideologi, politik dan ekonomi tetapi budaya.
b. Tamadun merupakan entiti budaya yang terbesar justeru konflik yang bakal timbul adalah
disebabkan perbezaan antara budaya yang membawa kepada pertembungan antara tamadun.
c. Teras utama kepada isu-isu yang berkaitan dengan agenda antarabangsa sebenarnya berkaitan
dengan perbezaan yang wujud antara pelbagai tamadun.
134
Menurut Huntington dalam dunia yang berpelbagai tamadun (multiple civilizations), ianya seperti
tidak boleh dielakkan lagi. Tamadun Barat akan bertembung dengan tamadun-tamadun lain terutama
tamadun Islam. Malah beliau menyatakan antara petanda awal pertembungan tersebut ialah peristiwa
Peperangan Teluk pada tahun 1990.

Teori Huntington ini dilihat sebagai satu ramalan besar yang harus diberi perhatian oleh semua pihak,
di samping tidak kurangnya mereka yang mengkritik pandangan beliau. Para intelektual telah mengkritik
pandangan Huntington daripada persoalan konsep seperti takrif tamadun sehinggalah kepada isu-isu yang
dibangkitkan seperti perang di Bosnia-Herzegovina. Bagaimanapun, teori Huntington ini sangat penting
dari segi mencambahkan disiplin ilmu pengajian tamadun dan sains politik. Pelbagai usaha telah dilakukan
untuk mewujudkan dialog antara tamadun sehinggalah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
mengisytiharkan tahun 2001 sebagai Tahun Dialog Tamadun seperti yang dicadangkan oleh Presiden Iran
ketika itu, iaitu Mohammad Khatami.

Meskipun pelbagai kritikan akademik telah dikemukakan untuk menyanggah teori pertembungan
tamadun sehingga pernah disebut bahawa teori Huntington ini telah runtuh, perkembangan yang mutakhir
telah memperlihat situasi yang berlainan. Bagi sesetengah pihak mungkin situasi yang berlaku ini tidak
boleh dikaitkan dengan ramalan akan berlakunya pertembungan tamadun seperti teori Huntington. Namun
begitu, konflik antara dunia Barat dengan dunia Islam dengan pelancaran Perang Terhadap Keganasan
oleh Amerika Syarikat dan sekutunya seolah-olah membenarkan teori Huntington. Yang pastinya, dunia
Barat dan dunia Islam sedang bergolak sehingga kelihatan tiada titik penghujungnya.


6.2.7 Dampak Peristiwa 11 September

Peristiwa 11 September 2001 selalu dilihat sebagai kemuncak konflik dunia Islam dan dunia Barat.
Sebelum peristiwa 11 September, beberapa peristiwa serangan ke atas kepentingan Barat khususnya
Amerika Syarikat telah berlaku. Pada tahun 1993, World Trade Center telah diserang oleh Ramzi Ahmed
Yousef yang dikatakan seorang fundematalis Islam. Pada tahun 1996 pula, 19 tentera Amerika Syarikat
telah terbunuh dan 300 lagi cedera dalam satu serangan di Khobar Towers di Dhahran, Arab Saudi.
Kemudian pada tahun 1998, kedutaan Amerika Syarikat di Dar es Salaam dan Nairobi telah dibom
menyebabkan 250 mati. Dan yang terakhir sebelum peristiwa 11 September, pada Oktober tahun 2000,
Kapal USS Cole telah diserang di Yemen menyebabkan kematian 17 orang dan 38 yang lain cedera.

Kesemua peristiwa di atas dikaitkan dengan pengganas Muslim sehingga menimbulkan kecurigaan
yang mendalam terhadap masyarakat Islam keseluruhannya. Perjuangan rakyat Palestine yang menuntut
kemerdekaan di negara sendiri turut digolongkan sebagai rangkaian pengganas. Begitu juga perjuangan
masyarakat Islam lain di Kashmir dan Chechnya turut dilabelkan sebagai kumpulan pengganas. Malah
golongan yang disebut sebagai fundamentalis Islam yang sederhana turut dicurigai pegangan mereka. Yang
agak boleh diterima oleh dunia Barat ialah golongan Modernist Islam, justeru dorongan ke arah
mewujudkan versi Islam yang seperti ini perlu diperluaskan. Kecurigaan dunia Barat ini sudah pasti
memuncak selepas peristiwa serangan 11 September 2001.

Beberapa operasi ketenteraan yang di ketuai oleh Amerika Syarikat di Afghanistan, Asia Tenggara
dan yang terakhir di Iraq dilihat sebagai satu pencabulan ke atas dunia mereka oleh sebahagian besar
masyarakat Islam. Sekatan demi sekatan telah dikenakan ke atas masyarakat Islam termasuklah sekatan
dari segi penyebaran sains dan pemindahan teknologi secara langsung dan tidak langsung. Masyarakat
Islam dari kalangan negara-negara Arab khususnya hampir ditutup peluang untuk meneruskan pengajian
S&T mereka di peringkat tinggi di negara-negara seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom. Negara-
negara yang sebelumnya dilihat tiada masalah dengan dunia Islam seperti Jepun turut mula memikirkan
semula dasar luar mereka berkaitan dengan dunia Islam.

Pada umumnya, peristiwa September 11 telah meninggalkan dampak yang besar ke atas hubungan
antara Amerika Syarikat dan dunia Islam, khususnya ke atas peta politik Asia Barat. Hubungan antara
Amerika Syarikat dan dunia Islam menjadi semakin keruh dan tidak menentu. Banyak pihak di dunia Islam
menaruh kecurigaan terhadap tindak tanduk masa depan Amerika Syarikat di rantau Asia Barat. Perubahan
135
besar yang berlaku di Iraq sebagai akibat daripada pelanggaran Amerika Syarikat akan pastinya merubah
peta politik dan agama negara itu dan jiran-jirannya. Bukan sahaja Asia Barat yang menerima padah buruk
daripada pencerobohan Amerika Syarikat. Amerika sendiri telah ditimpa krisis ekonomi yang semakin
meruncing dengan terpaksa menanggung perbelanjaan perang yang begitu tinggi. Bagaimana pun, sebagai
akibat September 11 juga, dialog antara golongan Islam minoriti dan golongan bukan Islam majoriti
semakin meningkat. Menerusi dialog-dialog ini dan juga menerusi bacaan mereka sendiri tentang agama
Islam semakin ramai rakyat Amerika yang mendakwa bahawa mereka kini lebih memahami tentang ajaran
Islam. Menurut sesetengah pihak, masyarakat Islam di Amerika boleh menyumbang ke arah mewujudkan
kesefahaman yang lebih baik antara Amerika Syarikat dan dunia Islam di masa depan.


6.3 DIALOG PERADABAN SEBAGAI MEKANISME MENYAHUT CABARAN

Tamadun kontemporari dunia telah mewarisi tradisi, persoalan dan permasalahan yang timbul melalui
sejarah. Memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat pelbagai kepincangan, ketidakadilan dan
penindasan di dalam hubungan di antara tamadun di dunia hari ini. Selain itu wujud juga salah faham,
jurang komunikasi dan prejudis di dalam hubungan antara tamadun. Ini amat jelas dan ketara di dalam
hubungan antara dunia Barat dan dunia Islam masakini, di peringkat antarabangsa. Di peringkat dalam
negeri, walaupun hubungan antara kaum yang berdasarkan pelbagai tamadun seperti tamadun Melayu,
Islam, India dan Cina, adalah agak baik, namun masih wujud rasa curiga di kalangan setengah pihak
berdasarkan perbezaan-perbezaan antara mereka. Dengan kata lain, usaha ke arah menjalin persefahaman
antara kaum di kalangan rakyat Malaysia yang datang dari pelbagai tamadun, tidak boleh diabaikan dan
mesti terus dipupuk untuk memastikan supaya hubungan harmonis di kalangan rakyat Malaysia akan terus
terjalin.

Di peringkat antarabangsa, permasalahan yang diwarisi di dalam perhubungan antara tamadun
perlu ditangani bukan dengan secara keganasan atau konfrontasi, tetapi menerusi dailog. Maka di sinilah
dailog peradaban mempunyai peranan di dalam hubungan manusia dan hubungan antarabangsa masakini.
Malahan PBB telah menjadikan tahun 2001 sebagai tahun dailog antara tamadun dunia.

Dominasi dan cengkaman segelintir manusia, selalunya ke atas golongan yang lebih ramai dalam
semua bentuk manifestasi budaya, pemikiran, maklumat, ekonomi, kewangan, teknologi, ketenteraan dan
politik akan menjadi cabaran terpenting yang bakal dihadapi oleh manusia dalam abad ke-21 nanti. Bagi
memahami sifat dominasi ini dan akibatnya ke atas tamadun manusia merupakan satu masalah yang besar
kerana dominasi sedemikian telah dianggap sebagai biasa atau normal. Disebabkan hakikat tersebut,
sepanjang perjuangan menentang dominasi ini, kita terpaksa menekankan persoalan keadilan kerana
dominasi yang meletakkan kuasa di tangan minoriti merupakan ketidakadilan yang sangat nyata.
Ketidakadilan seperti ini merupakan pengabaian hak dan kesejahteraan manusia di mana-mana.

Kesejahteraan masyarakat manusia seluruhnya dan bukannya kepentingan sesuatu tamadun
seharusnya menjadi tema perjuangan masa dalam menghadapi dominasi kumpulan teratas (elit). Kesan
buruk segala bentuk dominasi akan dirasai sehingga ke peringkat global. Dengan pembesaran jumlah dan
jenis persenjataan oleh sesebuah kumpulan elit dalam sesebuah negara, telah mendorong mereka
menyalahgunakan sumber kekayaan sesebuah negara. Sumber kekayaan tersebut sepatutnya digunakan
untuk perancangan yang mementingkan rakyat seperti pendidikan, kesihatan, kebajikan masyarakat dan
kemudahan asas awam. Situasi ini benar-benar telah berlaku sama ada di India mahupun di kalangan
kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat.
Seperti juga manipulasi pasaran kewangan oleh para spekulator mata wang akan merosakkan
ekonomi negara maju seperti Jerman, samalah juga dengan negara membangun di Asia seperti Thailand
dan Malaysia. Penghomogenan (homogenesation) budaya Amerika Syarikat merupakan satu ancaman
sama ada kepada budaya Perancis yang menjadi ciri penting tamadun Eropah ataupun tamadun Turki yang
menjadi ciri penting tamadun Islam. Keadaan ini menunjukkan bahawa cabaran yang berpunca daripada
kesan dominasi akan menjejaskan manusia di mana-mana sahaja. Oleh sebab itu, seluruh masyarakat
manusia mesti menentang dominasi tersebut. Mereka mesti membina kesedaran dan bergerak secara
berkumpulan untuk menentang dominasi oleh segelintir manusia tertentu.

136
Satu syarat yang cukup penting ke arah membina kesedaran ialah melalui sesi-sesi dialog di semua
tempat. Dalam sesi dialog tersebut, manusia mesti sedar bahawa setiap agama, budaya dan tamadun
masing-masing mengandungi nilai dan pandangan semesta yang menekankan kesatuan, kejujuran, maruah
dan kebebasan manusia. Kesemua nilai dan pandangan semesta tersebut begitu bertentangan dengan
tindakan dominasi. Melalui sesi dialog di kalangan manusia di mana-mana sahaja, masyarakat Islam,
masyarakat Asia dan lain-lain dapat membina satu barisan bersama untuk menentang dominasi oleh
sekumpulan kecil manusia terutama kuasa Barat dan bonekanya.

Sesi dialog antara manusia dalam pelbagai budaya dan tamadun juga banyak membawa manfaat
yang lain. Hari ini seluruh manusia menghadapi pelbagai masalah yang besar seperti pencemaran alam
sekitar, pemupusan sumber alam, keretakan perhubungan dan perpaduan dalam masyarakat, perpecahan
hubungan keluarga, penyalahgunaan kuasa dan rasuah, penyalahgunaan dadah dan kedurjanaan penyakit
AIDS. Kesemua kemelut ini memerlukan jawapan dan penyelesaian daripada manusia. Kemelut ini telah
melanda seluruh dunia tidak terkecuali kepada masyarakat yang berada di dunia Islam dan Asia.

Sesungguhnya kebanjiran masalah yang dihadapi oleh manusia masa kini merupakan kesan
daripada krisis nilai. Hidup secara harmoni dengan alam sekitar semula jadi yang tidak lagi diutamakan
telah membawa kepada krisis alam sekitar. Kasih sayang dan hormat-menghormati yang sudah hilang
kekuatan moralnya dan sentiasa tercabar dalam rumah tangga moden telah melunturkan ketahanan
hubungan kekeluargaan. Nilai etika yang telah diketepikan dalam ekonomi hari ini telah melahirkan
kapitalisme kasino yang merebak secara global. Bila persoalan memberi perkhidmatan tidak lagi menjadi
tanggungjawab utama politik, maka kesempatan berkuasa dilihat sebagai satu peluang terbuka untuk
memperolehi kekayaan dan kepentingan diri. Disebabkan perasaan rendah diri dan pengorbanan telah
dipencilkan dalam kehidupan peribadi dan masyarakat, maka sifat tamak dan takbur (ego) menjadi
semakin dominan dalam masyarakat.

Tamadun Islam dan tamadun Asia sentiasa menekankan penolakan terhadap sifat tamak dan
kepentingan diri. Dalam sistem falsafah tamadun-tamadun ini, nilai-nilai sejagat, kerohanian dan moral
sentiasa diutamakan. Persoalan etika tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan. Setiap bidang dalam
masyarakat menurut pendirian Islam dan tamadun-tamadun berasaskan agama yang lain mesti diasaskan di
atas nilai-nilai moral. Ke arah melahirkan nilai moral dalam masyarakat kita yang berbilang agama,
etnik dan kebudayaan mesti diadakan sesi dialog yang berterusan di kalangan kita semua. Tanpanya kita
tidak mungkin dapat membentuk benteng moral yang kukuh. Bila manusia menyedari nilai-nilai yang
mereka kongsi bersama dalam pemerintahan dan politik, ekonomi dan pengurusan sumber, keluarga dan
masyarakat, kesihatan dan pendidikan, sains dan teknologi, maka ikatan dan perasaan saling hormat-
menghormati, mempercayai dan perpaduan akan tumbuh dan membesar dalam masyarakat yang pelbagai
etnik, budaya dan agama.


6.4 PEMUPUKAN NILAI-NILAI SEPUNYA MENERUSI DIALOG TAMADUN

Demi untuk membina dan mengukuhkan nilai-nilai sejagat yang dikongsi bersama dalam tamadun Islam
dan tamadun Asia, maka hendaklah diadakan sesi dialog dalam semua peringkat masyarakat. Universiti
atau Institusi Pengajian Tinggi dan sekolah-sekolah boleh memainkan peranan yang penting. Pengajian
mengenai tamadun Islam dan tamadun Asia mesti dimasukkan dalam kurikulum di peringkat sekolah lagi.
Pertubuhan agama dan budaya hendaklah menjadikan sesi dialog sebagai agenda utama dalam kegiatan-
kegiatan mereka. Sesi dialog juga mesti menjadi perkara utama dalam pertubuhan-pertubuhan belia.
Akhbar dan majalah popular pula mesti memperkenalkan ruang-ruang yang ditumpukan kepada dialog
peradaban. Program di radio dan televisyen yang membicarakan tema itu sudah pasti akan meningkatkan
lagi usaha ini.

Namun begitu, sesi-sesi dialog demikian melalui media massa dan sistem pendidikan tidak akan
berjaya tanpa disertai oleh dialog tentang kehidupan sebenar. Manusia yang hidup dalam masyarakat yang
berbilang kaum, budaya dan agama mesti digalakkan untuk bergaul, berkenalan dan memahami serta
berkongsi kegembiraan dan kedukaan, harapan dan kebimbangan antara satu sama lain. Menghidupkan
137
situasi seperti inilah sebenar-benarnya dialog, iaitu dialog dalam kehidupan. Tanpa dialog seumpama ini,
usaha dialog tamadun pada tahap akal dan minda sahaja, tidak membawa sebarang kesan bermakna.

Seharusnya diakui dialog tamadun pada tahap mana sekalipun akan menempuhi halangan yang
kuat. Dalam sebarang masyarakat tentunya terdapat elemen yang menganggap dialog tamadun sebagai
ancaman terhadap kepentingan mereka. Golongan ini terdiri dari kalangan mereka yang berpandangan
sempit, penuh kebencian dan permusuhan terhadap budaya dan agama lain serta menebal kejahilannya
terhadap manusia selain daripada mereka. Golongan seperti ini tidak akan menerima dengan senang hati
terhadap dialog tamadun. Terdapat juga golongan yang melihat dialog tamadun sebagai kegiatan terawang
(esoterik) semata-mata. Bagi mereka ada lagi kegiatan penting dan pragmatik yang perlu untuk diberi
keutamaan.

Biar apapun bangkangan terhadap dialog tamadun, haruslah disedari bahawa tidak akan wujud satu
masa yang paling baik dalam sejarah untuk memperkenalkan dialog peradaban. Pada hari ini, kebangkitan
gerakan agama mula bertapak di dunia Islam dan juga beberapa tempat di Asia yang lain. Dengan lain
pengertian, kebangkitan gerakan keagamaan menjadi satu fenomena global. Lambang dan simbol agama,
upacara dan peristiwa serta nilai dan prinsip yang ditunjangi oleh agama semakin diterima oleh masyarakat
yang beberapa dekad terdahulu tidak menerimanya. Kebangkitan agama memberi peluang kepada kita
untuk memulakan dan mengembangkan dialog tamadun. Hujahnya sangat jelas, berdasarkan sejarah
tamadun-tamadun tradisional, tamadun Islam dan tamadun Asia yang lain begitu berkait rapat dengan
agama masing-masing.

Pelbagai agama dan tamadun tidak boleh tidak mesti menjalankan dialog apatah lagi dalam zaman
teknologi komunikasi yang telah berupaya untuk mendekatkan manusia daripada merata pelosok dunia,
iaitu satu keadaan yang tidak pernah berlaku sebelum daripada ini. Kini penghuni dunia pada penghujung
abad ke-20 ini lebih sedar akan kewujudan penghuni yang lain, iaitu masyarakat manusia daripada pelbagai
agama dan tamadun berbanding dengan masyarakat manusia sebelum ini. Sekiranya kita tidak berusaha
berdialog dan mengenali antara satu sama lain dalam suasana kita disemukakan sebegini, maka kejahilan
kita bersama akan berubah kepada saling membenci antara satu sama lain. Fenomena ini boleh membawa
kepada ketegangan dan konflik yang besar.

Melihat kepada perkara-perkara diterangkan atas, kita mesti membuat pendirian untuk berdialog
antara satu sama lain. Pilihan yang diberikan begitu mudah, sama ada kita memilih untuk berdialog dan
seterusnya hidup bersama secara aman atau kita memilih untuk berkonflik dan bertelingkah untuk selama-
lamanya.


6.5 ISU-ISU YANG PERLU DITANGANI DALAM DIALOG TAMADUN

Dialog tamadun boleh memainkan peranan yang penting di dalam hubungan domestik dan antarabangsa
pada masakini. Ini adalah kerana sebahagian dari permasalahan yang wujud pada hari ini, yang telah
menimbulkan keganasan dan ketidakadilan, adalah berpunca daripada kegagalan pelbagai golongan yang
terlibat untuk mengatasi masalah yang dihadapi melalui meja rundingan yang berasaskan dialog, termasuk
dialog tamadun. Dailog tamadun mampu mengurangkan ketegangan yang wujud di dalam hubungan
manusia, melalui kesefahaman yang dipupuk mengenai pemikiran dan cara kehidupan masing-masing.
Memang diakui bahawa bukan semua masalah berpunca daripada kejahilan tentang tamadun, justeru
penyelesaiannya tidak mungkin tercapai melalui dialog tamadun. Ada masalah yang berpunca daripada
perebutan kuasa politik atau ekonomi mithalnya. Malahan konflik antara dunia Islam dan Barat, lebih tepat
dilihat sebagai konflik di antara Amerika dan sekutunya Britain, dengan golongan Islam radikal, yang juga
melibatkan kepentingan ekonomi seperti penguasaan telaga minyak di Teluk Parsi. Namun demikian tidak
dapat dinafikan juga bahawa unsur-unsur kejahilan tamadun wujud di kalangan pihak terbabit hingga
keganasan yang tercetus sering dilihat sebagai permusuhan tamadun. Misalnya layanan buruk terhadap
orang-orang Islam yang bermastautin di negara-negara Barat di satu pihak, dan pengeboman hotel dan
tempat pelancongan yang dikunjungi oleh orang Barat, di pihak yang lain.

138
Untuk mewujudkan kesefahaman mengenai pelbagai tamadun yang boleh membawa kepada
keamanan yang berkekalan, maka mestilah wujud kesediaan di kalangan pihak-pihak yang terlibat, untuk
cuba memahami persamaan dan perbezaan antara satu sama lain. Usaha-usaha sedemikian boleh dilakukan
di peringkat Kebangsaan dan juga Antarabangsa, melalui pendidikan, majlis forum, program pertukaran
dan lain-lain.

Di peringkat Kebangsaan, iaitu dalam negeri atau dialog yang bersifat intra-civilisational, perlulah
diwujudkan persefahaman mengenai tamadun Islam, Melayu, Cina, India, dan kaum Peribumi yang lain,
supaya wujud toleransi di antara kaum-kaum di negara ini yang budaya mereka berlatarbelakangkan
tamadun-tamadun tersebut. Kepercayaan agama dan kehidupan beragama, yang menjadi teras budaya
kaum-kaum tersebut, perlulah difahami bersama, agar mereka dapat menerima perbezaan tersebut, tanpa
menimbulkan konflik. Di samping itu, nilai-nilai sejagat yang murni yang dikongsi bersama oleh agama-
agama tersebut, perlulah diketengahkan, supaya di dalam kepelbagaian tersebut, dapat juga dilihat unsur-
unsur persamaannya. Mithalnya sifat kesabaran, keikhlasan dan kejujuran, serta saling menghormati
sesama manusia, adalah dianjurkan oleh kesemua agama besar di dunia ini. Tidak ada agama yang
menanamkan sifat benci di antara manusia di dunia ini.

Sekiranya terdapat perbezaan pada zahirnya, sama ada dari segi kepercayaan atau pun amalan, maka
ini juga perlu dijelaskan supaya pihak lain dapat melihat kerasionalan di sebalik perbezaan tersebut.
Dengan secara demikian, maka prasangka dan fikiran negatif mengenai kepercayaan dan amalan golongan
lain, dapat dikurangkan. Satu contoh yang baik ialah Hari Perayaan setiap kaum di negara ini, seperti Hari
Raya, Tahun Baru Cina, dan Deepavali, di mana kepercayaan dan amalan masing-masing perlulah
dijelaskan supaya konsep dan amalan rumah terbuka akan menjadi lebih bermakna lagi.

6.6 DIALOG TAMADUN: DIMENSI DALAMAN DAN DIMENSI LUARAN

6.6.1 Dialog Dalaman: Dialog Antara Tamadun di Malaysia

Persefahaman kaum yang berasaskan nilai-nilai budaya dan tamadun sepunya
Peranan Rukunegara sebagai asas pembagunan tamadun baru Malaysia
Islam Hadhari dan Penjelasannya kepada orang Islam dan Bukan Islam
Menjelaskan kepercayaan dan amalan setiap budaya dan tamadun di dalam konteks masyarakat
majmuk di Malaysia

6.6.2 Dialog Luaran: Dialog Antara Tamadun Barat dan Tamadun Islam dan Asia
Isu nilai-nilai sepunya
Dunia Barat perlu mengiktiraf dan menghormati konsep dunia berbilang tamadun
Isu saling kebergantungan dalam pembangunan ketamadunan
Memahami isu-isu yang memisahkan antara tamadun Barat dan tamadun Islam
Memahami isu keganasan dan terrorisme bukan sahaja dari perspektif Barat tetapi juga dari
perspektif masyarakat Islam dan masyarakat Asia


6.7 KESIMPULAN

Zaman yang kita diami pada hari ini adalah merupakan satu zaman yang cukup mencabar dan salah satu
sebab terpenting ialah cabaran yang timbul hasil daripada pertembungan tamadun yang dibawa oleh proses
globalisasi. Cabaran ini tidak boleh dihadapi dengan berdiam diri atau berpeluk tubuh, kerana itu akan
memburukkan keadaan serta membawa kerugian kepada mereka yang kecil, lemah dan mudah tertindas.
Untuk menghadapi cabaran ini, kita perlu proaktif di dalam mengenengahkan wacana kita sendiri
mengenai dialog tamadun dengan harapan akan wujud titik pertemuan di antara pelbagai pihak dan
tamadun, yang berbeza dan justeru berpotensi bertelagah. Bagi masyarakat Malaysia, cabaran dialog
tamadun harus dihadapi di dua peringkat; iaitu dalaman dan luaran. Dialog dalaman harus menumpukan
perhatian kepada hubungan antara kaum yang didasari oleh tamadun, agama dan budaya yang berlainan di
dalam negara-bangsa yang satu, iaitu Malaysia. Di peringkat luaran pula, kita harus berdepan dengan
139
hubungan antara dunia Barat dan dunia Islam, yang kadangkala tegang. Menangani isu-isu yang berkaitan
dengan dialog tamadun bukan satu perkara yang mudah kerana ia melibatkan asas kehidupan dan
pandangan alam yang berlainan. Namun kita tidak harus membiarkan perbezaan dan kepelbagaian menjadi
faktor bagi pertelingkahan dan peperangan. Kita perlu menghadapi situasi sedemikian dengan penuh
hikmah dan dialog tamadun adalah satu cara yang berhikmah untuk menghadapi cabaran tersebut.


RUJUKAN

Bakar, Osman. 1997. Islam and Civilizational Dialogue: The Quest for a Truly Universal Civilization.
Kuala Lumpur: University of Malaya Press.

Bakar, Osman. The impact of the American war on terror on Malaysian Islam. Journal of Islam and
Christian-Muslim Relations, vol. 16, no. 2 (April 2005), pp. 107-128

Brecher, Jeremy, et. al. (eds.). 1993. Global Visions. Boston: South End Press.

Camilleri Joseph A. dan Chandra Muzaffar, (eds.). 1998 Globalisation: The Perspectives and Experiences
of the Religious Tradition of Asia Pasific. Petaling Jaya: JUST

Chandra Muzaffar, 1993. Human Right and the New World Order. Pulau Pinang: JUST

Childers, Erskine (ed.) 1994. Challenges to United Nations. London: St. Martins Press

Huntington, Samuel. 1996. The Clash of Civilisations and the Remarking of World Orde. New York:
Simon and Schuster.

Korten, David, 1995. When Corporations Rule the World. Connecticut: Kumarian Press.

Ness, Peter Van (ed.), 1999. Debating Human Rights. London: Routledge

Anda mungkin juga menyukai