Anda di halaman 1dari 2

INFORMATION of ELAKSAMANA

PERANG SALIB KANAK-KANAK

The Children's Crusade, oleh Gustave Doré

Perang Salib Kanak-kanak ialah nama yang diberikan kepada pelbagai


peristiwa rekaan atau sebenar yang berlaku pada tahun 1212. Kesemua
peristiwa ini mengandungi unsur berikut: visi seorang budak lelaki dari Perancis
atau Jerman; hasrat untuk mengkristiankan orang Islam di Tanah Suci secara
aman; sekumpulan kanak-kanak berjalan ke Itali; dan kanak-kanak ini dijual
sebagai hamba. Satu kajian yang diterbitkan pada tahun 1977 melemparkan
keraguan ke atas peristiwa ini dan kebanyakan ahli sejarah sekarang percaya
mereka ini bukan (atau bukan hanya) kanak-kanak tetapi beberapa kumpulan
orang miskin di Jerman dan Perancis yang sesetengahnya mahu ke Tanah Suci
dan sebahagian yang lain tidak. Kebanyakan versi awal peristiwa ini yang
diceritakan selama berabad-abad diragui kesahihannya.

Versi cerita

Versi tradisional

1 Present by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
INFORMATION of ELAKSAMANA

Pandangan tradisi mengenai Perang Salib Kanak-kanak yang terdapat pelbagai


versi mempunyai tema yang serupa. Seorang budak lelaki mula berdakwah
sama ada di Perancis atau Jerman dengan mendakwa Jesus melawatnya dan
memberitahu dia supaya memimpin pasukan untuk mengkristiankan orang Islam
secara aman. Melalui beberapa siri keajaiban, budak ini mendapat pengikut yang
boleh dikatakan ramai termasuk lebih kurang 30,000 kanak-kanak. Dia
memimpin pengikutnya ke selatan ke arah Laut Mediterranean, dengan
kepercayaan laut itu akan terbelah apabila mereka tiba dan membolehkan
mereka mara ke Jerusalem. Tetapi ini semua tidak berlaku. Dua orang saudagar
menumpangkan kanak-kanak ini dalam bot mereka seramai yang mungkin.
Kanak-kanak ini sama ada dibawa ke Tunisia dan dijual sebagai hamba atau
mati kerana kapal mereka karam di Pulau San Pietro semasa ribut kencang.
Dalam versi yang lain, mereka gagal sampai ke laut kerana mati kelaparan.

Versi moden

Dalam kajian terkiri menunjukkan terdapat dua pergerakan manusia pada setiap
peringkat umur pada tahun 1212 di Jerman dan Perancis. Persamaan kedua-dua
pergerakan ini dicantumkan untuk mengaitkan dengan cerita ini.

Dalam pergerakan pertama, Nicholas, seorang pengembala dari Jerman,


memimpin satu kumpulan merentasi Alps ke Itali pada awal musim bunga tahun
1212. Seramai 7,000 sampai di Genoa pada akhir bulan Ogos. Tetapi rancangan
mereka gagal apabila air laut tidak terbelah seperti yang dijanjikan dan kumpulan
itu berpecah. Sesetengah kembali ke kampung halaman, ada yang ke Rome dan
mungkin ada yang ke Marseilles di mana kemungkinan mereka dijual sebagai
hamba. Hanya sedikit yang kembali ke kampung halaman dan tiada seorang pun
sampai ke Tanah Suci.

Dalam pergerakan kedua dipimpin oleh pengembali Perancis bernama Stephen


dari Cloyes yang mendakwa dia mempunyai surat untuk Raja Perancis dari
Jesus. Dia berjaya menarik 30,000 orang di mana dia dikatakan mempunyai
keajaiban. Dengan arahan Raja Philip II dan nasihat daripada Universiti Paris,
mereka dihantar balik.

2 Present by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009

Anda mungkin juga menyukai