Anda di halaman 1dari 17

KRITIKAN ULAMA TERHADAP MANHAJ TAKHRIJ ULAMA HADITH: SATU

KUPASAN
Oleh:
Faisal Ahmad Shah* dan Jawiah Dakir**
Abstract
This article discuss about the critics from the contemporary scholars upon
the methodology of Takhrij which have been used by the three prominent
scholars in the field of Hadith, they are Ibn Hajar al-Asqalani (852H),
Shaykh Ahmad Muhammad Shakir (1377H), and Shaykh Muhammad Nasir
al-Din al-Albani (1419H). The three prominent scholars mentioned above
have gained an awards for their expertises in the field of Hadith. This
article focused to clarify obviously those differences and dissimilarities
among scholars in their determinations of status and degree of hadith are
well acceptable due to their studies. The findings of this article will guide
the student and those who are interested in the field of hadith to apply the
right and suitable methodology of takhrij, therefore inculcate their
contributions to respect other scholars and put aside any zealous arouse
without proof and facts.

Pendahuluan
Aspek hukum dan darjat hadith merupakan elemen yang paling penting dalam sesuatu amalan
takhrij. Hukum dan darjat hadith akan dapat menentukan kualiti hadith dari sudut kehujahan
dan kekuatannya sebagai sumber ilmu. Justeru ulama hadith sentiasa memberikan perhatian
dan fokus mereka kepada aspek hukum hadith. Pelbagai kaedah dan manhaj disusun dan
dibina terutamanya oleh ulama terdahulu sebagai panduan sebelum kedudukan sesuatu hadith
itu dinilai. Ini diterjemahkan melalui penghasilan karya-karya dalam Ilmu Mustalah al-Hadith
dan Ilmu al-Jarh wa al-Tadil. Begitu juga penghasilan pelbagai kitab takhrij membuktikan
keperihatinan ulama terhadap aspek hukum dan nilai hadith. Namun segala kaedah dan
manhaj yang disusun tidak mencukupi untuk mengelakkan perselisihan dan perbezaan
pendapat di kalangan mereka. Mereka tetap berselisih pendapat sebagaimana ulama lain
berselisih pendapat dalam ilmu-ilmu yang lain. Antaranya perselisihan mereka dalam
memberi penilaian terhadap seseorang perawi. Seorang ulama al-Jarh wa al-Tadil, Shubah
bin al-Hajjaj (m.160) pernah mendaifkan Abu al-Zubayr al-Makki, Abd al-Malik bin Abu
Sulayman dan Hakim bin Jubayr. Malah beliau tidak meriwayatkan hadith daripada mereka.
Namun Shubah dilaporkan meriwayatkan hadith daripada perawi yang lebih rendah kualiti
hafazan dan keadilannya daripada perawi tersebut di atas. Beliau dilaporkan meriwayatkan
hadith daripada Jabir al-Jufi, Ibrahim bin Muslim al-Hijri, Muhammad bin Ubay Allah alArzami dan beberapa orang lagi perawi yang didaifkan dalam hadith.1
Imam al-Nawawi pernah menyatakan ketidaksetujuannya terhadap mereka yang mengaibkan
Imam Muslim disebabkan periwayatan beliau daripada beberapa perawi yang lemah dalam
kitabnya Sahih Muslim. Menurut beliau sebenarnya tiada keaiban bagi Imam Muslim

Pensyarah Kanan di Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Profesor di Jabatan al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Usuluddin, Universiti Kebangsaan Malaysia.
1
Zayn al-Din Abu al-Farj Ibn Rajab al-Hanbali (t.t), Sharh Ilal al-Tirmidhi, tahqiq Dr Nur al-Din Itr
j.1 h. 201.
**

sebagaimana pendapat Ibn al-Salah iaitu salah satu daripadanya ialah kerana perawi tersebut
daif di sisi ulama lain tetapi thiqah di sisinya.2
Ibn al-Taymiyyah dalam bukunya Raf al-Malam an al-Aimmah al-Alam3 telah
menyenaraikan sebab-sebab perselisihan ulama dalam hukum hadith. Antaranya dinyatakan
sebab ketiga iaitu: Disebabkan beberapa faktor antaranya seorang perawi yang dianggap daif
oleh seorang ulama sedangkan ulama lain menganggapnya thiqah. Sesungguhnya
pengetahuan mengenai ilm al-Rijal merupakan ilmu yang luas. Ulama dalam bidang ini
kadang-kala bersepakat dan kadang kala berselisih pendapat sebagaimana ulama-ulama lain
dalam bidang-bidang mereka.4
Polemik perbezaan pendapat di kalangan ulama masa kini terhadap hukum dan darjat hadith
terus dibincangkan dan diperdebatkan. Perbezaan pendapat ini kadangkala membawa kepada
dua keadaan penerimaan di kalangan masyarakat atau lebih khususnya penuntut ilmu. Satu
golongan menganggap hukum hadith yang diletakkan oleh ulama tertentu tidak boleh diterima
disebabkan kritikan yang banyak terhadapnya daripada ulama lain. Manakala satu golongan
lain pula terlalu taksub terhadap seseorang ulama sehingga mindanya tidak terbuka untuk
menerima pendapat ulama lain. Ini tidak termasuk lagi polemik di kalangan penuntut ilmu
mengenai pertentangan hukum hadith antara ulama mutaqaddimin dan ulama mutaakhkhirin
ataupun muasirin. Justeru dalam bahagian berikutnya penulis akan cuba membincangkan
kritikan-kritikan terhadap empat tokoh ternama dalam bidang hadith dari aspek manhaj
hukum hadith dan cadangan penyelesaiannya mengikut amalan takhrij masa kini.
Pengenalan Ringkas al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani
Beliau ialah Ahmad bin Ali bin Muhammad bin Muhammad bin Ali bin Ahmad alAsqalani al-Masri al-Qahiri al-Shafii. Beliau digelar dengan Shaykh al-Islam, Hafiz al-Asr
dan Amir al-Muminin fi al-Hadith. Dilahirkan di Kaherah Mesir pada 12 Syaaban 773H iaitu
pada penghujung suku abad yang kelapan hijrah dan meninggal dunia pada 852H.
Sumbangannya dalam bidang hadith terbukti dengan penghasilan lebih daripada 132 buah
karya antaranya: Ithaf al-Mahrah bi Atraf al-Asharah, Al-Isabah ala al-Tamyiz al-Sahabah,
Bulugh al-Maram min Adillah al-Ahkam, Taqrib al-Tahdhib, Taliq al-Taliq, Tahdhib alTahdhib, Takhrij Ahadith al-Adhkar li al-Nawawi, Fath a-Bari bi Sharh al-Bukhari, Nukhbah
al-Fikar fi Mustalah Ahli al-Athar, Al-Nukat al-Hadithiyah ala Kitab Ibn al-Salah, Hady alSari li Muqaddimah Fath al-Bari dan sebagainya. 5
Kritikan Ulama Terhadap al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani
Kritikan terhadap hukum hadith yang diletakkan oleh Ibn Hajar al-Asqalani pernah
diutarakan oleh Shaykh Abu al-Hasan Mustafa bin Ismail dalam bukunya Ithaf al-Nabil bi
Ajwibah Asilati al-Mustalah wa al-Jarh wa al-Tadil6.

Yahya bin Sharaf Abu Zakariyya al-Nawawi (1392), Muqaddimah Sharh Muslim, Bayrut: Dar Ihya
al-Turath al-Arabi j. 1, h.24, Lihat juga Abu al-Hasanat Muhammad Abd al-Hay al-Laknawi al-Hindi
(1407H), al-Raf wa al-Takmil fi al-Jarh wa al-Tadil, Halb: Maktab al-Matbuah al-Islamiyyah j 1 h.6,
Lihat juga Abd al-Rahman bin Abu Bakr al-Suyuti, Tadrib al-Rawi Fi Sharh Taqrib al-Nawawi,
Riyad: Maktabah al-Riyad al-Hadithah, tahqiq Abd al-Wahhab Abd al-Latif, j.1 h.54.
3
Taqiy al-Din Abu al-Abbas Ahmad bin Abd al-Halim bin Taymiyyah (t.t), Raf al-Malam an alAimmah al-Alam, tahqiq Abd Allah bin Ibrahim al-Ansari, Bayrut: al-Maktabah al-Asriyyah h.17
4
Taqiy al-Din Abu al-Abbas Ahmad bin Abd al-Halim bin Taymiyyah, Majmu al-Fatawa j.20 h.
240.
5
Abu Abd Allah Muhammad bin Jafar al-Kattani (t.t), al-Risalah al-Mustatrifah li Bayan Mashhur
Kutub al-Sunnah al-Musharrafah, al-Risalah al-Mustatrifah h.121.
6
Mustafa bin Ismail Abu al-Hasan (1994), Ithaf al-Nabil bi Ajwibah Asilati al-Mustalah wa al-Jarh
wa al-Tadil, Maktabah Ibn Taymiyyah j.1 h. 45.

Antara kritikan beliau terhadap hukum hadith yang diletakkan Ibn Hajar ialah seperti berikut:

a) Tasahul Ibn Hajar dalam pentashihan hadith


b) Terdapat ramai perawi hadith yang didaifkan oleh Ibn Hajar dalam kitab Taqrib alTahdhib tetapi pada masa yang sama menghukumkan sanad hadith melalui jalan yang
sama dengan hukum hasan atau sahih.
Contoh

 

Ibn Hajar menyatakan bahawa Abu Dawud telah menambahkan lafaz lain iaitu

 .

 

Ibn Hajar menghukumkan isnadnya sebagai hasan sedangkan dalam kitab

Taqrib beliau menterjemahkan dua perawi dalam isnad tersebut dengan hukum
majhul jahalah al-ayn yang membawa kepada hukum terlalu daif (shadid al-daf) .

c) Menggunakan istilah yang ringan bagi hadith yang terlalu daif


Contoh

     !" #$%& '( 


) *
Ibn Hajar menghukumkan hadith ini sebagai lam Yathbut sedangkan hadith tersebut
di atas hukumnya terlalu daif (shadid al-daf). Istilah lam Yathbut hanya sesuai
digunakan bagi perawi yang lemah tidak bagi perawi yang al-Wahi dan al-Saqit.7

d) Tidak konsisten dari sudut penilaian beliau terhadap perawi. Sebagai contoh terdapat
perawi yang dihukumkan beliau sebagai saduq dalam Taqrib al-Tahdhib tetapi
dihukumkan sebagai daif jiddan atau daif dalam al-Talkhis al-Habir.8

e) Menyalahi metode yang dinyatakan dalam Muqaddimah Fath al-Bari bahawa hadithhadith yang tidak diberi ulasan dari sudut hukumnya maka hukumnya sahih atau
hasan. Namun kajian menunjukkan terdapat beberapa hadith yang tidak diulas
hukumnya berstatus daif. 9 Contohnya adalah seperti berikut:

+,- $ . /  /01  2# 34  *


Ibn Hajar mendiamkan hukum bagi hadith di atas dalam kitabnya Fath al-Bari10
begitu juga dalam Talkhis al-Habir11. Namun beliau kemudiannya mendaifkannya
dalam kitab al-Fath12
Begitu juga hadith

5)  " 6( %

yang disebutkan oleh beliau13 tanpa diberi

ulasan dan kemudiannya dihukumkan daif. 14

f) Terdapat beberapa buah hadith yang dijelaskan oleh Ibn Hajar sebagai memenuhi
syarat Imam Muslim sedangkan hadith tersebut shadh.15
7

Al-Uqayli (t.t), al-Duafa al-Kabir, j. 8 h. 446. Lihat juga Sulayman bin Salih al-Khurasyi (t.t),
Ahadith La Tasih, j.1 h.2.
8
Ibid.,. 46.
9
Ibid., 156.
10
Ahmad bin Ali bin Hajar al-Asqalani (1379H), Fath al-Bari Sharh Sahih al-Bukhari, Bayrut: Dar
al-Marifah j.1 h.8.
11
Ahmad bin Ali bin Hajar al-Asqalani (1989), Talkhis al-Habir fi Takhrij Ahadith al-Rafii alKabir, cet 1, Bayrut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, j.1 h.76.
12
Ahmad bin Ali bin Hajar al-Asqalani (1379H), op.cit., j.8 h.220.
13
Ibid., j. 1 h.11.
14
Ibid., j. 4 h.219.

Contohnya penambahan bismillah ketika memasuki tandas dalam hadith riwayat


Anas. Penambahan bismillah sebenarnya daifah shadhdhah. Shaykh al-Albani juga
menghukumkannya sebagai shadh.

g) Mengkategorikan perawi dalam kumpulan sahabat terutamanya perawi-perawi yang


menjadi perselisihan di kalangan ulama.

h) Meletakkan satu martabat yang dinamakan sebagai maqbul yang terdiri


kebanyakannya daripada kalangan perawi-perawi yang majhul, begitu juga perawiperawi yang saduq

i) Tasahul beliau dari sudut menghukum hadith-hadith mawdu di mana beliau


menggunakan istilah yang ringan seperti daif terhadap hadith-hadith tersebut.

j) Menisbahkan lafaz saduq terhadap perawi-perawi yang thiqat sehinggakan ia


dianggap sebagai satu istilah khas baginya.

k) Mengabaikan hukum hadith mawdu. Ini ditegaskan oleh Shaykh Ahmad al-Ghumari
dalam kitabnya al-Mughir ala al-Ahadith al-Mawduah fi al-Jami al-Saghir ketika
mengkritik hukum hadith oleh Ibn Hajar16.
Contoh

7#8 /$
 9#8 #: 8# 5! ;; 1/( 
Al-Hafiz Ibn Hajar dalam kitabnya Zuhar al-Firdawus menghukumkan hadith ini
sebagai daif dan munqati. Hukum ini kemudiannya dijawab oleh Shaykh alGhumari dengan menyatakan bahawa terdapat pada sanad hadith ini perawi kadhdhab
dan wadda iaitu Nahsyal bin Said maka hadith ini sebenarnya palsu. Dalam hal ini
al-Hafiz Ibn Hajar dan gurunya mutasahil dalam menentukan hukum terhadap hadith
ini.

l) Menguatkan hadith-hadith daif yang mendokong tashayyu. Ini dikesan oleh Shaykh
Abd al-Rahman bin Yahya al-Muallimi ketika memberi ulasan terhadap kitab alFawaid al-Majmu ah17.
al-Hafiz Ibn Hajar dalam kitabnya al-Qawl al-Musaddad dan Fath al-Bari telah
mempertahankan beberapa riwayat al-Kufiyyin namun ia dimaafkan. Sebenarnya
menurut Shaykh al-Muallimi riwayat-riwayat tersebut tidak dapat lari daripada
kedaifan.

m) Kadang-kadang beliau juga turut mentashihkan hadith-hadith yang mencela Usul alDin. Perkara ini ditegaskan oleh al-Shaykh Rashid Rida dalam Majallah al-Manar.18
Terdapat hadith yang dikemukakan oleh Ibn Hajar tidak boleh diterima sehinggakan
beliau mempertahankan hadith yang dianggap penghinaan paling kuat terhadap Usul
al-Din seperti hadith al-Gharaniq yang secara jelas memperakui sembahan kepada
berhala dan pujian kepada al-Latta, al-Uzza dan Manna. Al-Hafiz Ibn Hajar telah
mempertahankan hadith ini yang dianggap tidak sahih sanadnya tetapi diperkuatkan
oleh riwayat-riwayat lain. Justeru pendapat Ibn Hajar ini bertentangan dengan
pendapat majoriti ulama hadith yang menghukumkannya sebagai palsu dan batil.19
Selain kritikan terhadap beliau dari sudut hukum hadith, Ibn Hajar juga dikritik dari sudut
hukum beliau terhadap perawi hadith dalam kitabnya Taqrib al-Tahdhib. Kitab Taqrib al15

Mustafa bin Ismail Abu al-Hasan (1994), op.cit., h.156.


Ahmad al-Ghumari (t.t) al-Mughir ala al-Ahadith al-Mawdu ah fi al-Jami al-Saghir.
17
Muhammad bin Ali bin Muhammad al-Shawkani, (1407H), al-Fawaid al-Majmuah fi al-Ahadith
al-Mawduah, tahqiq Abd al-Rahman Yahya al-Muallimi, Bayrut: al-Maktab al-Islami, cet 3, h. 317.
18
Rashid Rida (1927), Majallah al-Manar, jilid 28 juzuk 6, h. 474.
19
Ahmad bin Ali bin Hajar al-Asqalani (1379H), op. cit., j. 8, h. 439.
16

Tahdhib dianggap sebagai salah satu rujukan utama dalam penilaian terhadap perawi.
Rujukan kepada kitab Taqrib al-Tahdhib sahaja dikatakan telah mencukupi untuk mengetahui
hukum terhadap perawi. Justeru ramai pelajar di peringkat master atau PhD hanya merujuk
kepada kitab Taqrib untuk mengetahui hukum hadith.20 Dalam kitab tersebut Ibn Hajar telah
berusaha meletakkan hukum terhadap perawi berdasarkan kajian dan penelitian beliau
terhadap karangan ulama-ulama terdahulu dalam terjemahan perawi seperti karya Tahdhib alKamal oleh al-Mizzi, Abu Hatim al-Razi dalam al-Jarh wa al-Tadil dan sebagainya. Namun
kitab yang dianggap sumber rujukan utama dalam terjemahan dan hukum perawi tidak lepas
daripada sebarang kritikan ulama.
Shaykh Ata bin Abd al-Latif dalam bukunya Iman al-Nazar fi Taqrib al-Hafiz Ibn Hajar
telah menemui perbezaan yang ketara antara martabat perawi yang terdapat dalam Kitab
Taqrib dan apa yang terdapat dalam kitab Tahdhib al-Tahdhib. Kitab Tahdhib al-Tahdhib
merupakan kitab asal sebelum diringkaskan dalam kitab Taqrib. Martabat perawi yang
diletakkan oleh Ibn Hajar terhadap perawi tidak konsisten dengan martabat yang dinyatakan
dalam Muqaddimah Taqrib. Begitu juga beliau tidak konsisten dalam menentukan perawi
yang dihukumkan sebagai Maqbul al-Hadith. Shaykh Ata bin Abd al-Latif kemudiannya
menyenaraikan 16 perhatian (mulahazat) beliau berkaitan manhaj Ibn Hajar dalam
penilaiannya terhadap perawi-perawi dalam kitab Taqrib. Antaranya istilah maqbul yang
diletakkan oleh Ibn Hajar terhadap perawi yang dihukumkan thiqah oleh ulama yang
diperakui namun perawi tersebut tidak banyak meriwayatkan hadith dan tidak dikritik.
Hukum maqbul yang ditetapkan oleh Ibn Hajar terhadap perawi-perawi dalam kitab Taqrib
menyebabkan sanad-sanad hadith yang melalui jalan mereka menjadi daif sedangkan hukum
sebenarnya ialah hasan atau sahih. Shaykh Ata kemudian menyebutkan 80 orang perawi
yang dihukumkan oleh Ibn Hajar dengan hukum ini.21
Pendapat yang sama dikongsi oleh Shaykh Muqbil al-Wadai. Menurut beliau kitab Taqrib
memerlukan kepada kajian semula. Terdapat hukum maqbul yang diletakkan oleh Ibn Hajar
terhadap perawi tetapi Ibn Main memberikan hukum thiqah kepadanya. Ibn Hajar turut
meletakkan hukum thiqah kepada perawi sedangkan hanya al-Ajali atau Ibn Hibban sahaja
yang memberikan hukum thiqah kepada mereka. Menurut beliau lagi: Kami tidak akan
melihat kepada Taqrib melainkan terdapat istilah yang berbeza oleh ulama mutaqaddimin
yang sukar bagi kami untuk melakukan penyatuan (tawfiq). Maka dalam hal ini kami akan
merujuk kepada kitab Taqrib.22
Ketika melakukan tahqiq terhadap kitab Taqrib, Shaykh Muhammad Awamah turut
menganggap bahawa tidak cukup bagi seorang pengkaji melihat kepada sebuah kitab
sedangkan dia mengetahui terdapat beberapa mulahazat dan perbezaan hukum Ibn Hajar
dengan ulama lain. Antaranya hukum dan martabat perawi yang berbeza dengan apa yang
terdapat dalam Muqaddimah Taqrib, Tahdhib al-Tahdhib atau kitab-kitab yang lain. Begitu
juga perbezaan dengan hukum ulama lain. Terdapat juga hukum yang diletakkan Ibn Hajar
yang bertepatan dengan hukum yang terdapat dalam kitab Tahdhib namun memerlukan
kepada penjelasan.23
Shaykh Shuayb Arnaut dan Dr Bashshar Awwad dalam Tahrir al-Taqrib turut menegaskan
perkara yang sama. Antara penemuan baru mereka setelah melakukan kajian semula terhadap
kitab Taqrib al-Tahdhib ialah24:
a) Ibn Hajar tidak konsisten terhadap tawthiq dan tadif perawi.

20

Mustafa bin Ismail Abu al-Hasan (1994), op.cit., h. 46 dan 98.


Bassam al-Ghanim al-Atawi Dr (1429) Awham fi Kashf al-Iham, h.3.
22
Ibid., h.6.
23
Ibid.,
24
Bashshar Awwad Maruf Dr dan Shuayb al-Arnaut (1997), Tahrir Taqrib al-Tahdhib li Ibn Hajar,
Muassasah al-Risalah h. 15.
21

b) Beliau juga tidak konsisten dalam mengambil kira tawthiq Ibn Hibban atau perawiperawi yang disebutkan oleh Ibn Hibban dalam kitabnya al-Thiqat. Kadang kala
beliau mengambil kira pandangan tersebut atau mengabaikannya. Begitu juga tawthiq
al-Ajali dan Ibn Sad.
Menurut Shaykh Abu al-Ashbal al-Bakistani yang merupakan pentahqiq kepada kitab Taqrib
al-Tahdhib, antara kelemahan kitab Taqrib ialah kekurangan terjemahan yang berlaku pada
sebahagian terjemahan perawi, kurangnya isyarat rujukan atau tidak dinyatakan martabat atau
tabaqah perawi, terjemahan perawi yang berulang, perbezaan tabaqah perawi dan lafaz alJarh wa al-Tadil yang kesemuanya berpunca daripada Ibn Hajar sendiri. Kemungkinan ada
pembaca yang beranggapan bahawa kesilapan ini disebabkan naskah yang dinisbahkan
kepadanya sama ada benar-benar tulisan tangannya atau sebaliknya. Menurut Shaykh Abu alAshbal aku cuba memikirkan sebab kepada kesilapan ini sedangkan Ibn Hajar merupakan
hafiz, hafiz mashriq dan penutup bagi segala hafiz dan tiada ulama yang sebanding
dengannya. Kemudian beliau melihat kitab Intiqad al-Itirad yang menjelaskan sebab
kekurangan yang terdapat dalam kitab Taqrib iaitu kesibukan dan tumpuan lebih dalam
mensyarahkan Sahih al-Bukhari dan kesukaran yang beliau hadapi dalam mensyarahkan
Sahih al-Bukhari. Menurut Shaykh Abu Ashbal lagi terdapat 152 terjemahan perawi yang
tidak lengkap tahun wafatnya lalu beliau melengkapkannnya dengan merujuk kepada Taqrib
al-Tahdhib dan Tahdhib al-Tahdhib dan sumber-sumber yang lain.25
Shaykh Abu al-Hasan Mustafa bin Ismail dalam bukunya Ithaf al-Nabil bi Ajwibah Asilati
al-Mustalah wa al-Jarh wa al-Tadil turut berkongsi pendapat yang sama. Menurut beliau Ibn
Hajar telah menghukumkan perawi dalam kitabnya Taqrib dengan hukum saduq tetapi dalam
kitabnya al-Talkhis al-Habir beliau menghukumkannya dengan hukum daif jiddan atau daif.
Menurut Shaykh Abu al-Hasan Mustafa bin Ismail: jika kita kumpulkan pendapat beliau
dalam Talkhis, al-Dirayah dan Fath al-Bari, kita akan menemui bahawa Ibn Hajar menyalahi
pendapatnya yang terdapat dalam kitab Taqrib dalam banyak tempat26.
Selain ulasan dan komen ulama-ulama di atas, terdapat ulama-ulama lain yang menyalahi
hukum yang ditetapkan oleh Ibn Hajar antaranya Shaykh al-Albani.27 Shaykh Ibn Baz dalam
kitabnya al-Nukat ala Taqrib al-Tahdhib.
Ulama Yang mempertahankan Manhaj Ibn Hajar
Antara ulama yang mempertahankan Ibn Hajar ialah Dr Mahir Yasin al-Fahl dalam bukunya
Kashf al-Iham Lima Tadammanahu Tahrir al-Taqrib min al-Awham.28 Dalam buku tersebut
beliau mengkritik pengarang kitab Tahrir Taqrib al-Tahdhib lebih daripada 2000 tempat.
Ali bin Nayf al-Shuhud dalam bukunya Al-Hafiz Ibn Hajar wa Manhajuhu fi Taqrib alTahdhib turut mempertahankan manhaj yang digunakan oleh Ibn Hajar.29 Antara jawapanjawapan beliau terhadap kritikan yang ditujukan kepada Ibn Hajar ialah:
1. Hanya sedikit perbezaan atau pertentangan hukum yang dikatakan terdapat dalam
kitab-kitab al-Jarh wa al-Tadil karangan Ibn Hajar.30

25

Bassam al-Ghanim al-Atawi Dr(1429), op.cit., h.6.


Mustafa bin Ismail Abu al-Hasan (1994), op.cit., h. 46.
27
Shaykh al-Albani menyatakan dalam bukunya Silsilah al-Ahadith al-Daifah wa al-Mawduah
bahawa terdapat banyak pertentangan pendapat al-Hafiz Ibn Hajar dalam kitab Talkhis dengan
pendapatnya dalam kitab-kitab yang lain sedangkan beliau merupakan al-Hafiz al-Nuqqad. Menurut alAlbani beliau percaya ini merupakan antara karya-karya awal beliau dan beliau tidak sempat untuk
mengeditnya kembali. Sila lihat Muhammad Nasir al-Din al-Albani (1992), Silsilah al-Ahadith alDaifah wa al-Mawduah wa atharuha al-sayyi fi al-Ummah, Riyad: Dar al-Maarif j. 3 h. 513.
28
Mahir Yasin al-Fahl Dr (2006) Kashf al-Iham li Ma Tadammanhu Tahrir al-Taqrib min al-Awham,
Dar al-Mayman: Arab Saudi. h.10.
29
Ali bin Nayf al-Shuhud (t.t), al-Hafiz Ibn Hajar wa Manhajuhu fi Taqrib al-Tahdhib. h. 478 495.
26

2. Anggapan tidak konsistennya Ibn Hajar dalam menerima pakai hukum thiqah yang
diletakkan oleh Ibn Hibban terhadap perawi adalah kerana terdapat hukum ulama lain
yang lebih jelas daripada Ibn Hibban. Begitu juga hukum thiqah daripada al-Ajali.31
3. Perbezaan hukum dalam kitab Taqrib dan Talkhis al-Habir ialah kerana hukum yang
terdapat dalam al-Taqrib merupakan hukum am manakala yang terdapat dalam
Talkhis merupakan hukum khas.32
4. Pendapat yang mengatakan Ibn Hajar mengambil kira apa sahaja kritikan terhadap
perawi sehingga beliau merendahkan martabat perawi thiqat kepada yang lebih
rendah merupakan pendapat yang tidak benar.
5. Pendapat yang mengatakan Ibn Hajar tidak melihat sejumlah hukum daripada nuqqad
al-hadith terhadap sebahagian perawi Taqrib atau tidak mendatangkannya ketika
mengarang kitab Taqrib merupakan pendapat yang tidak tepat.33
6. Perhatian Ibn Hajar terhadap istilah ighrab daripada nuqqad terutamanya ighrab yang
diletakkan oleh Ibn Hibban (<=

#>)

penting bagi menunjukkan bahawa perawi

tersebut kurang itqannya. Ia juga penting jika penambahan dalam riwayatnya


bertentangan dengan riwayat perawi thiqah maka dalam hal ini didahulukan perawi
thiqah secara mutlak.
Pengenalan Ringkas Shaykh Ahmad Muhammad Shakir Dan Sumbangannya Dalam
Bidang Hadith
Beliau ialah Abu al-Ashbal Ahmad bin Muhammad Shakir bin Ahmad bin Abd al-Qadir.
Silsilah keturunan beliau bersambung sehingga Saidina Husayn bin Ali bin Abi Talib. Beliau
dilahirkan pada pagi Subuh hari Jumaat iaitu pada 29 Jumada al-Akhirah 1892M di Dirb alInsiyah Kaherah Mesir. Antara karya-karya penulisan beliau ialah Tahqiq Kitab al-Risalah
oleh Imam al-Syafie, Tahqiq Musnad Imam Ahmad bin Hanbal, Tahqiq Kitab al-Shir wa alShuara oleh Ibn Qutaybah, Tahqiq Kitab Lubab al-Adab oleh Usamah bin Munqiz, AlBaith al-Hathith Sharh Ikhtisar Ulum al-Hadith, Umdah al-Tafsir min Tafsir Ibn Kathir,
Tahqiq Tafsir al-Tabari dan ulasan terhadapnya, Kalimah al-Fasl fi Qatl Mudmini al-Khamr
dan sebagainya.34
Beliau meninggal dunia pada hari Sabtu 26 Zulkaedah tahun 1377 bersamaan 14 Jun 195835
Kritikan terhadap Shaykh Ahmad Muhammad Shakir
Kritikan terhadap Shaykh Ahmad Muhammad Shakir berkisar terhadap pandangan beliau
terhadap hukum hadith-hadith yang diriwayatkan oleh perawi-perawi yang telah
dikategorikan oleh Ibn Hajar dalam kitabnya Taqrib al-Tahdhib. Ibn Hajar telah
mengkategorikan perawi-perawi tersebut kepada dua belas martabat. Dua belas martabat
tersebut adalah seperti berikut36:
Martabat Pertama: Sahabat
30

Ibid., h. 478.
Ibid., h. 479.
32
Ibid.
33
Ibid., 491.
34
Al-Husayni Abd al-Majid Hashim Dr, Ahmad Umar Hashim Dr, (t.t) al-Muhaddithun fi Misr wa
al-Azhar wa dawruhum fi Ihya al-Sunnah al-Nabawiyah al-Sharifah , Kaherah: Maktabah al-Gharib.
35
Khayr al-Din al-Zirikli (t.t), al-Alam Qamus Tarajim Li Asyhur al-Rijal wa al-Nisa min al-Arab
wa al-Mustaribin wa al-Mushtashriqin, j.4, T.T.P: T.P. j 1, h. 253
36
Ahmad bin Ali bin Hajar al-Asqalani, Taqrib al-Tahdhib, tahqiq Abu al-Ashbal, Dar al-Asimah, h
10.
31

Martabat Kedua: Perawi-perawi yang diulangi pujiannya seperti awthaq al-nas, thiqahthiqah, thiqah hafiz
Martabat Ketiga: Perawi-perawi yang diberi pujian seperti thiqah, thabt, mutqin, adl
Martabat keempat: Perawi-perawi yang kurang daripada darjat ketiga seperti saduq,la
basa bihi, laysa bihi bas.
Martabat Kelima: Perawi-perawi yang kurang daripada darjat keempat seperti saduq
sayyiu al-Hifz, saduq yahim, aw lahu awham, aw yuhti dan perawi-perawi yang dituduh
melakukan bidaah seperti al-Tashayyu, al-Qadr, al-Nasb, al-Irja.
Martabat Keenam: Perawi-perawi yang hanya meriwayatkan beberapa hadith, tidak thabit
bagi mereka bahawa hadith mereka ditinggalkan. Perawi-perawi kategori ini diistilah oleh
Ibn Hajar sebagai maqbul dengan syarat wujud mutabaah. Tanpa mutabaah perawi
tersebut diistilahkan sebagai layyin al-hadith.
Martabat Ketujuh: Perawi-perawi yang diriwayatkan daripadanya lebih dari seorang dan
perawi tersebut tidak diberi pujian (tawthiq). Perawi-perawi tersebut diistilah dengan
mastur atau majhul al-hal
Martabat Kelapan: Perawi-perawi yang tidak diberi pujian dan didaifkan
Martabat Kesembilan: Perawi yang tidak diriwayatkan daripadanya melainkan seorang
dan tidak diberi pujian. Istilah yang digunakan oleh Ibn Hajar ialah majhul.
Martabat Kesepuluh: Perawi yang tidak diberi pujian sama sekali dan didaifkan dengan
pendaifan yang buruk seperti matruk, matruk al-hadith, wahi al-hadith atau al-saqit.
Martabat Kesebelas: Perawi yang dituduh melakukan pendustaan
Martabat keduabelas: Perawi yang melakukan pendustaan dan pemalsuan.
Berikut adalah pendapat Shaykh Ahmad Muhammad Shakir terhadap darjat hadith-hadith
yang diriwayatkan oleh perawi-perawi yang telah dikategorikan oleh Ibn Hajar37:
1. Perawi-perawi di martabat kedua dan ketiga, hadithnya adalah sahih diperingkat
pertama yang kebanyakannya terdapat dalam al-Sahihayn.
2. Perawi-perawi di martabat keempat pula, hadith-hadithnya adalah sahih di peringkat
kedua. Hadith-hadith kategori inilah yang dihukumkan hasan oleh al-Tirmidhi dan
didiamkan oleh Abu Dawud.
3. Manakala martabat seterusnya dianggap sebagai mardud melainkan jika mempunyai
riwayat-riwayat lain. Perawiperawi di peringkat kelima dan keenam, hadith-hadith
riwayat mereka akan menjadi hasan lighayrihi jika diperkuatkan dan disokong oleh
riwayat lain.
4. Perawi-perawi di martabat ketujuh sehingga akhir maka hukumnya daif mengikut
peringkat-peringkat hadith daif daripada munkar sehinggalah palsu.
Pendapat Shaykh Ahmad Muhammad Shakir mengenai darjat hadith-hadith yang
diriwayatkan oleh perawi-perawi tersebut telah disokong oleh Shaykh Abd al-Fattah Abu
Ghuddah ketika mengulas mengenai kitab Qawaid fi Ulum al-Hadith oleh al-Tahanuwi.
Menurut beliau pandangan Shaykh Shakir jelas dan sangat tepat38.

37

Ahmad Muhammad Shakir (1979), al-Baith al-Hathith Sharh Ikhtisar Ulum al-Hadith, cet 3,
Kaherah: Maktabah Dar al-Turath, h. 101.
38
Walid bin Hasan al-Ani (1997), Manhaj Dirasat al-Asanid wa al-Hukm alayha, Jordan: Dar alNafais, h. 27.

Namun kajian dan penelitian Dr Walid bin Hasan al-Ani dalam kitabnya Manhaj Dirasat alAsanid wa al-Hukm alayha mendapati sebaliknya.39 Menurut Dr Walid, status hadith-hadith
yang diriwayatkan oleh perawi-perawi peringkat kedua dan ketiga sebagaimana yang
dinyatakan oleh Shaykh Ahmad Shakir tidak dipertikaikan. Manakala perawi-perawi yang
dihukumkan ulama dengan lafaz saduq juga dihukumkan sebagai sahih tetapi sahih peringkat
kedua seolah-olah apa yang dimaksudkan oleh beliau hasan lidhatihi. Apa yang diragui oleh
Dr Walid al-Ani ialah benarkah al-Tirmidhi menghasankan hadith riwayat perawi saduq
yang ditetapkan oleh Ibn Hajar? Benarkah bahawa hadith riwayat perawi yang saduq menurut
Ibn Hajar ini merupakan hadith-hadith yang didiamkan oleh Abu Dawud. Jika pendapat
Ahmad Shakir ini dipegang bermakna hadith-hadith yang diriwayatkan oleh perawi yang
saduq ini hukumnya hasan.
Dr Walid kemudiannya mengemukakan bukti bahawa terdapat banyak hadith-hadith perawi
martabat keempat telah dihukumkan sahih oleh Imam al-Tirmidhi. Imam al-Tirmidhi juga
turut mensahihkan hadith perawi-perawi martabat kelima.
Manakala hadith-hadith perawi daripada martabat keenam, ketujuh dan kelapan dihukumkan
hasan oleh al-Tirmidhi. Banyak juga hadith-hadith yang dihasankan oleh Imam al-Tirmidhi
sedangkan perawi-perawinya merupakan perawi al-Sahihayn. Al-Tirmidhi turut
mentahsinkan hadith-hadith perawi-perawi yang daif.
Persoalan lain yang ditimbulkan oleh Dr Walid juga ialah mengenai hukum hadith-hadith
yang didiamkan oleh Abu Dawud. Ibn Hajar pernah menjelaskan dalam kitabnya al-Nukat
mengenai hadith-hadith yang didiamkan oleh Abu Dawud. Menurut Ibn Hajar keseluruhan
hadith-hadith yang didiamkan oleh Abu Dawud tidak semestinya daripada jenis hasan istilahi
bahkan terdiri daripada beberapa kategori seperti berikut:
a) Hadith-hadith yang terdapat dalam Sahihayn atau memenuhi syarat sahih
b) Hadith-hadith di bawah kategori hasan lidhatihi
c) Hadith-hadith hasan jika disokong
d) Hadith-hadith daif tetapi melalui riwayat perawi-perawi yang tidak disepakati untuk
ditinggalkan
Beliau kemudiannya mengemukakan beberapa contoh hadith-hadith yang didiamkan
hukumnya oleh Abu Dawud tetapi bukan dari martabat keempat.
Menurut Dr Walid perawi-perawi yang dikemukakan ini merupakan perawi-perawi martabat
kelima dan ke bawah. Jika pendapat Shaykh Ahmad Shakir dipegang, hadith-hadith mereka
ini kesemuanya ditolak melainkan hadith riwayat perawi martabat kelima yang disokong oleh
mutabaat maka ia akan menjadi hasan lighayrihi. Tetapi dalam contoh-contoh yang dibawa,
beliau telah menghukumkan sahih hadith-hadith perawi martabat kelima, keenam, kelapan
dan kesembilan.
Kritikan Dr Bashar Awwad terhadap Shaykh Ahmad Muhammad Shakir dalam
Muqaddimah Jami al-Tirmidhi
Menurut Dr Bashar Awwad Shaykh Ahmad Shakir mempunyai metode yang tersendiri iaitu
menerima banyak hadith-hadith yang daif dan menaikkan tingkat hadith-hadith tersebut
kepada darjat sahih. Beliau juga cenderung untuk mentawthiqkan ramai perawi yang
diperselisihkan dari sudut darjatnya seperti Ibn Lahiah, Ibn Judan, Atiyyah al-Awfi, Shahr
bin Hawshab dan Darraj Abu al-Samh.40
Antara kritikan lain terhadap Shaykh Ahmad Muhammad Shakir ialah:

39
40

Ibid.
Bashshar Awwad Maruf (t.t), al-Jami al-Kabir oleh Imam al-Tirmidhi, Dar al-Gharb Islami.

Beliau menganggap diamnya al-Bukhari terhadap hukum perawi dalam kitabnya Tarikh alKabir merupakan satu perakuan terhadap kethiqahan perawi. Begitu juga diamnya Ibn Abi
Hatim dalam kitabnya al-Jarh wa al-Tadil. Beliau turut bergantung kepada Tawthiq Ibn
Hibban dalam kitabnya al-Thiqat. Kritikan yang lain ialah tawthiq beliau terhadap perawiperawi majhul daripada kalangan tabiin berdasarkan kias beliau terhadap keadaan sahabat.41
Terdapat bukti-bukti yang menunjukkan bahawa Shaykh Ahmad Shakir mensahihkan dan
menghasankan perawi-perawi martabat kelima sehingga kesembilan dalam tahqiqnya
terhadap Musnad Imam Ahmad, begitu juga tahqiqnya terhadap Sunan al-Tirmidhi.
Pengenalan Ringkas Shaykh Muhammad Nasir al-Din al-Albani Dan Sumbangannya
Dalam Bidang Hadith
Beliau ialah Muhammad Nasir al-Din bin Nuh bin Adam al-Najati yang juga dikenali dengan
nama Albani. Beliau juga sering dipanggil dengan gelaran Abu Abd al-Rahman. Beliau
dilahirkan pada tahun 1914 M di kota Askodera ibu kota Albania dahulu. Antara karya-karya
penulisan beliau ialah dalam bentuk tahqiq, taliq, takhrij, ikhtisar atau pun karya penulisan
beliau sendiri. Jumlah karya beliau ialah sebanyak 218 buah karya dengan 121 daripadanya
telah dicetak. Antara karya-karya penulisan beliau ialah Silsilah al-Ahadith al-Sahihah wa
syaiun min fiqhiha wa Fawaidihi, Al-Ahadith al-Daifah wa al-Mawduah wa atharuha alSayyi fi al-Ummah, Sahih al-Adab al-Mufrad, Sahih al-Targhib wa al-Tarhib, Adab al-Zifaf,
Ahkam al-Janaiz, Sifat al-Salat al-Nabiy min al-Takbir ila al-Salam Kaannaka Tarahu dan
sebagainya.42
Kritikan Ulama Terhadap Shaykh al-Albani
Shaykh al-Albani merupakan salah seorang tokoh ulama hadith muasir yang banyak
memberi sumbangan dan khidmat dalam bidang hadith. Antara sumbangan beliau yang paling
besar ialah melalui tahqiq dan takhrij beliau terhadap karya-karya ulama terdahulu seperti
kutub al-sittah. Hukum dan darjat hadith yang diputuskan dalam penulisan dan kajian beliau
menjadi sumber rujukan di kalangan penuntut pengajian Islam masa kini. Sumbangan beliau
diperakui oleh ramai ulama antaranya Shaykh Muhammad al-Amin al-Shanqiti, Muhibb alDin al-Khatib dan Muhammad bin Ibrahim al-Alish yang antara lain menganggap al-Albani
adalah pengabdi kepada sunnah nabi s.a.w. Shaykh Abd al-Aziz bin Baz dan Raja Faisal
juga pernah mengelar beliau sebagai mujaddid abad ini. Namun di sebalik pujian tersebut
tidak kurang juga di kalangan ulama yang mengkritiknya. Antara ulama yang mengkritik
beliau ialah Ismail al-Ansari yang mengkritik fatwa beliau mengenai pentadifan salat
terawih 20 rakaat melalui karyanya Tashih Hadith Salah al-Tarawih Ishrina Rakaah wa alRadd ala al-Albani ala Tadifihi. Begitu juga karya beliau mengenai pengharaman emas
bagi perempuan yang berjudul Ibahah al-Tahalli bi al-Dhahab al-Muhallaq li al-Nisa wa alRadd ala al-Albani. Ulama lain yang turut mengkritik beliau ialah Abd Allah al-Habash alHarari melalui karyanya Tabyin Dalalah al-Albani, Al-Ghumari yang menganggap al-Albani
sebagai ahl Bidah melalui karyanya al-Qawl al-Muqni fi al-Radd ala al-Albani al-Mubtadi
dan Mahmud Said Mamduh dalam bukunya al-Tarif bi Awham man Qassama al-Sunan ila
al-Sahih wa al-Daif.
Antara kritikan terhadap Shaykh al-Albani sebagaimana yang dikumpulkan oleh Abd Allah
bin Muhammad bin Ahmad al-Duwaysh dalam bukunya Tanbih al-Qari litaqwiyah ma
41

Salim Id al-Hilali dalam kertas kerja yang dibentang dalam Seminar Kebangsaan Tokoh-Tokoh
Hadith Pasca Kurun ke 13 Hijrah Kesarjanaan Dan Sumbangan. Juhud Ulama al-Hadith fi al-Qarnayn
al-Thalith Ashar wa al-Rabi Ashar fi Khidmah al-Sunnah al-Mutahharah pada 28 & 29 Ogos 2007
di Universiti Sains Malaysia.
42
Ibrahim Muhammad al-Ali (2001), Muhammad Nasir al-Din al-Albani Muhaddith al-Asr wa Nasir
al-Sunnah, Dimashq: Dar al-Qalam, h. 55.

10

daafahu al-Albani wa yalihi Tanbih al-Qari li tadif ma qawwahu al-Albani adalah seperti
berikut43:
a) Hadith-hadith yang didaifkan oleh Shaykh al-Albani sedangkan hukumnya sahih.
Jumlahnya sebanyak 105 buah hadith
b) Hadith-hadith yang tidak ditemui sanadnya oleh Shaykh al-Albani sedangkan hadithhadith tersebut mempunyai sanad. Jumlahnya sebanyak 14 buah hadith.
c) Hadith-hadith yang didaifkan oleh Shaykh al-Albani pada satu tempat dan
disahihkan pada tempat yang lain. Jumlahnya sebanyak 175 buah hadith
d) Hadith-hadith yang disahihkan oleh Shaykh al-Albani sedangkan hukumnya daif.
Jumlahnya sebanyak 13 buah hadith
Berikut di bawah ini adalah contoh-contoh hadith bagi setiap kategori:
a) Hadith-hadith yang didaifkan oleh Shaykh al-Albani sedangkan hukumnya sahih
Contoh

. F17 G ) ( D) 


??" 
@* 5A B

? (  */ #- 4:


.L$
% .K7   G J@I

J@I

Hadith ini dihukumkan oleh al-Albani sebagai daif dalam Daif Abu Dawud.44 Menurut
Shaykh Abd Allah al-Duwaysh bagaimana al-Albani boleh menghukumkannya sebagai
daif kerana hadith ini diriwayatkan oleh Muslim dan tidak terdapat di kalangan
perawinya yang daif.45
Contoh

.    G .  P( FQ( G M'(  5;  1 3N( O:


(2 / 1526) - +# ( J@I  .L$
% .J@I @S  ) DT7 DGS(#,(
Al-Albani menghukumkan hadith ini sebagai daif dalam bukunya Daif al-Jami.46
Menurut Shaykh Abd Allah al-Duwaysh isnad hadith ini sahih secara marfu dan
mawquf. Perawi-perawinya merupakan perawi kitab sahih athbat thiqat. Tidak dinafikan
hadith ini marfu. Jika mawqufpun ia membawa hukum marfu.
b) Hadith-hadith yang tidak ditemui sanadnya oleh Shaykh al-Albani sedangkan hadithhadith tersebut mempunyai sanad.
Contoh

#> V#0!(
Shaykh al-Albani menyatakan dalam kitab al-Irwa, hadith Ibn Umar dengan lafaz

#> V#0!(

sebagai: Aku tidak menemui sanadnya.47 Shaykh al-Islam Ibn Taymiyah

menyatakan dalam kitabnya al-Fatawa al-Misriyyah menghukumkan semua perawi yang


meriwayatkan hadith ini sebagai perawi kitab Sahih.
43

Abd Allah bin Muhammad bin Ahmad al-Duwaysh (1408), Tanbih al-Qari litaqwiyah ma daafahu
al-Albani wa yalihi Tanbih al-Qari li tadif ma qawwahu al-Albani. h. 14.
44
Muhammad Nasir al-Din al-Albani, Sahih wa Daif al-Jami al-Saghir no hadith 1632, j.5, h. 79.
45
Muslim bin al-Hajjaj al-Qushayri al-Naysaburi (t.t) Sahih Muslim, Kitab Salah al-Musafirin wa
Qasriha, Al-Dua Fi Salah al-Layl wa Qiyamuhu Bayrut: Dar al-Jil, j 4, h.166 no hadith 1287.
46
Muhammad Nasir al-Din al-Albani, Sahih Sunan Abu Dawud, Bab al-Isbal fi al-Salah, j.3, h. 205.
47
Muhammad Nasir al-Din al-Albani (1985), Irwa al-Ghalil, Bayrut: al-Maktab al-Islami j.3 h 283.

11

c) Hadith-hadith yang didaifkan oleh Shaykh al-Albani pada satu tempat dan disahihkan
pada tempat yang lain.
Contoh

G /@  58" J@I (36 ]) / \ > ."ZS( ?Z(#

[@" :W1/

.(193 ] 1 K8) V#!0,(


5)  31Z(  = V#!; 5(#8>   . #; G  ^0 )
Menurut Shaykh al-Albani hadith ini diriwayatkan oleh Ahmad dengan hukum yang
daif. Diriwayatkan juga oleh Ibn Sad dalam al-Tabaqat daripada Habib bin Abi Thabit
secara mursal tetapi perawinya thiqat kecuali Bard al-Hariri yang aku (al-Albani) tidak
mengetahui keadaannya. Kemudian al-Albani menyebutkan riwayat lain daripada hadith
Jabir dan menyandarkannya kepada al-Khatib tetapi sanad tersebut mengandungi
kecacatan iaitu Muslim bin Abd Rabbah. Al-Albani menyatakan lagi sandaran hadith ini
kepada Imam Ahmad kemungkinan disebabkan salah cetakan kerana hadith ini tidak
diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan tidak ada seorang ulama pun yang menisbahkannya
kepada Imam Ahmad. Menurut Shaykh Abd Allah al-Duwaysh pendapat Shaykh alAlbani yang menghukumkan hadith ini sebagai daif tidak boleh diterima. Bahkan paling
kurang hukum hadith ini ialah hasan disebabkan sokongan daripada riwayat-riwayat lain.
Antaranya hadith riwayat Ibn Abbas, Aishah dan Abu Umamah al-Bahili
Pendapat Shaykh al-Albani yang mengatakan lafaz hadith ini tidak diriwayatkan oleh
Imam Ahmad adalah tidak tepat kerana Shaykh al-Albani sendiri menghukumkannya
sebagai sahih dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah.48
Contoh

` a0_(  
a ` a _ _; c5__ b T_ f_ ` 8> )_ 5a f( 2
#
c c >_ _ a0"b c :2#
_ _- /
_
_ !_ K_ #@d 8_ V#!_ b,_ e
c_ b
_ b _ c Zb _ b )
_
a a
a a ^@bK1_" :2#
#_1 :2#
_ !_ K_ i 8c >_ #
b _=
_ c _ c _ _- f c; O#_0
_ _- Lf
_ ."b *ca $bc h_ _ b K_ #_%__ 8_ _ gf ) 5f( <#
. G9#S( \ > .(c5cKc
Kb-_ _ 5a f( 2
_ c >_
Shaykh al-Albani menyatakan dalam Takhrij al-Mishkat perawi-perawinya adalah thiqat
tetapi melalui riwayat Makhramah daripada bapanya yang beliau tidak mendengar
daripada bapanya. Shaykh al-Albani menghukumkan hadith ini sebagai daif dalam
kitabnya Daif al-Jami.49
Menurut Shaykh Abd Allah al-Duwaysh hadith ini telah diperkuatkan oleh ramai ulama
dan mereka tidak menganggapnya sebagai satu kecacatan. Ibn al-Qayyim dalam Zad alMaad menyatakan isnad hadith ini menurut syarat Imam Muslim. Ibn Wahab
meriwayatkan daripada Makhramah bin Bukayr bin al-Ashaj daripada bapanya berkata
aku mendengar Mahmud bin Labid. Makhramah adalah seorang perawi yang thiqah
tanpa syak. Imam Muslim berhujjah dengan riwayatnya daripada bapanya dalam Sahih
Muslim50
Apa yang dimaksudkan dengan beliau tidak mendengar daripada bapanya ialah beliau
mengambil riwayat daripada bapanya melalui catatan tanpa mendengar sendiri daripada
bapanya. Abu Bakr bin Abi Haythamah menyatakan aku mendengar Yahya bin Main
menyatakan bahawa Makhramah bin Bukayr memiliki catatan bapanya tetapi beliau tidak
48

Muhammad Nasir al-Din al-Albani (1995) Silsilah al-Sahihah, Riyad: Maktabah al-Maarif, no
hadith 2924.
49
Muhammad bin Abd Allah al-Khatib al-Tabrizi (1985), Mishkat al-Masabih, tahqiq Muhammad
Nasir al-Din al-Albani, Bayrut: al-Maktab al-Islami, no hadith 3292.
50
Muslim bin Hajjaj al-Nisaburi ( t.t ) Sahih Muslim, hadith no 340, 353, 458, 482.

12

mendengar sendiri daripada bapanya. Shaykh al-Albani turut mensahihkan hadith ini
dalam Ghayah al-Maram51.
d) Hadith-hadith yang disahihkan oleh Shaykh al-Albani sedangkan hukumnya daif.
Contoh

# ( . S '( " j(( " k(l  G%: $( " :! 5
 G 8( j( 4:
."57 L) S( ; . #* #> . L) #8" . S
G ) B1m ) I G;/ )# : ) (5096) -> 5 G    58"
 .o( V#!; $* 5(#8> BZA # : N7 : - . . 2 > 2#- :2#- 3@mn k(#
.(225) -> 2n / ( ZZQ( SS(
Shaykh al-Albani menyatakan hadith ini diriwayatkan oleh Abu Dawud dalam sunannya
daripada Ismail haddathani Damdam daripada Shurayh daripada Abu Malik al-Ashari.
Menurut al-Albani sanad hadith ini sahih daripada Abu Malik al-Ashari. Perawiperawinya kesemuanya adalah thiqah.52
Menurut Shaykh Abd Allah al-Duwaysh pendapat Shaykh al-Albani boleh dipertikaikan
ini adalah kerana Shurayh bin Ubayd perawi daripada Abu Malik al-Ashari merupakan
seorang yang banyak irsal. Ibn Hajar dalam kitabnya Tahdhib al-Tahdhib menukilkan
daripada Abu Hatim menyatakan Shurayh perawi daripada Abu Malik al-Ashari secara
mursal.
Selain kritikan daripada Shaykh Abd Allah al-Duwaysh terhadap hukum hadith yang
diletakkan oleh Shaykh al-Albani, Shaykh Abd al-Basit bin Yusuf al-Gharib turut
menghasilkan karya yang mempertahankan kritikan terhadap Shaykh al-Albani. Melalui
bukunya Tanbihat al-Malihah beliau berjaya menjawab sebahagian kritikan-kritikan terhadap
Shaykh al-Albani.53
Dalam buku tersebut beliau menjawab kritikan-kritikan terhadap al-Albani dengan
membahagikannya kepada beberapa kategori seperti berikut:
a. 39 buah hadith yang dirujuk kembali
b. 5 buah hadith yang secara tidak sengaja atau lupa tertera pada tempat yang bukan
seharusnya
c. 226 buah hadith yang dihapus hukumnya.
d. 112 hadith yang dirujuk oleh Shaykh al-Albani dari Hasan ke Sahih dan dari
Sahih ke Hasan.
e. 91 hadith yang didiamkan oleh al-Albani dalam kitab Mishkat tetapi kemudian
dijelaskan oleh beliau.
a) Contoh Hadith Yang Dirujuk Kembali

51

Muhammad Nasir al-Din al-Albani (1405), Ghayat al-Maram Fi Takhrij Ahadith Halal wa Haram,
Bayrut: al-Maktab al-Islami, j. 1 h. 164
52
Namun jika dilihat kepada buku Daif Abu Dawud oleh Muhammad Nasir al-Din al-Albani, beliau
menghukumkan hadith tersebut sebagai daif. Lihat Muhammad Nasir al-Din al-Albani, Daif Abu
Dawud, j.1 h. 505 no hadith 4432.
53
Abd al-Basit bin Yusuf al-Gharib, Koreksi Ulang Syeikh Albani penterjemah Abdul Munawwir,
Penerbit Buku Islam Rahmatan judul asal Tanbihat al-Malihah, Pustaka Azzam.

13

ZS( ?Z(# [@


Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Ibn Sad dalam al-Tabaqat (1/192) dari
jalur Habib bin Abi Thabit. Hadith ini dihukumkan daif oleh al-Albani dalam Ghayat alMaram.54 Dalam kitab Silsilah al-Ahadith al-Sahihah beliau menyatakan sungguh aku
telah menyebutkan dalam takhrij hadith Habib bin Abi Thabit bahawa di dalam sanadnya
terdapat Bard al-Hariri seseorang yang tidak aku ketahui keadaan dirinya maka sekarang
aku mengatakan bahawa aku mendapati hadith ini dalam al-Tarikh al-Kabir oleh Imam
al-Bukhari, kitab al-Jarh wa al-Tadil oleh Ibn Abi Hatim dan al-Thiqat oleh Ibn Hibban
di mana semuanya menyebutkan hadith ini daripada riwayat Muhammad bin Ubayd alThanafusiy dari beliau Habib bin Abi Thabit.55
b) 5 buah hadith yang secara tidak sengaja atau lupa tertera pada tempat yang bukan
seharusnya.
Contohnya:
Hadith dari Abd Allah bin Masud r.a

p*( 0- \ G !1 O#*   5) . LA G0( O


Shaykh Zuhayr al-Shawish menyatakan hadith ini disebutkan dalam Sahih Sunan alTirmidhi dan itu merupakan kesalahan dalam mencetak.56
Contoh

Z ( G 2#01 O L$%
Shaykh al-Albani menyatakan dalam kitabnya Tamam al-Minnah bahawa hadith ini
dimasukkan dalam Sahih al-Targhib kerana lupa.57
c) 226 buah hadith yang dihapus hukumnya.
Apa yang dimaksudkan dalam kategori ini ialah hukum hadith yang ditetapkan oleh
Shaykh al-Albani dalam karya-karya beliau yang terakhir lebih dipertanggungjawabkan
dan diambilkira berbanding karya-karyanya yang awal. Antara contoh-contoh di bawah
kategori ini ialah seperti berikut:
Hadith dari Salman al-Farisi, Rasulullah s.a.w ditanya tentang samn (lemak), keju (susu
yang mengental) dan keldai liar maka baginda s.a.w menjawab:

( #?) # $ 5)  # 5#


* G .  #  Z(  5#
* G .  # 2Z(
Hadith ini diriwayatkan oleh al-Tirmidhi dan Ibn Majah
Shaykh al-Albani menyatakan dalam Ghayat al-Maram hadith ini daif dan diriwayatkan
oleh al-Tirmidhi.58 Kemudian menghasankannya dalam Sahih Sunan al-Tirmidhi.
Contoh
Hadith dari Aishah berkata:

54

Muhammad Nasir al-Din al-Albani (1405), Ghayat al-Maram Fi Takhrij Ahadith Halal wa Haram,
Bayrut: al-Maktab al-Islami, j. 1 h. 20
55
Muhammad Nasir al-Din al-Albani (1995) op. cit., j. 7, h 125 no hadith 2924
56
Muhammad Nasir al-Din al-Albani, Daif Sunan al-Tirmidhi, j.1 h. 554
57
Muhammad Nasir al-Din al-Albani (1409H), Tamam al-Minnah fi al-Taliq ala Fiqh al-Sunnah,
Riyad: Dar al-Rayah, h 62 bahagian nota kaki.
58
Muhammad Nasir al-Din al-Albani (1405H), op. cit., j. 1 h. 15

14

: 201 O#* # \-/Q  #9#- 201 O#*   5) . LA G0( O ;/ 
/)#Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad, al-Tirmidhi dan al-Nasai
Shaykh al-Albani menyatakan dalam al-Mishkat (365), sanad ini daif kerana terdapat di
dalamnya perawi bernama Shurayk Ibn Abd Allah al-Qadi orang yang buruk
hafalannya.59 Namun beliau kemudian mensahihkannya dalam Silsilah al-Ahadith alSahihah.60 Beliau juga menyatakan terdapat perawi lain iaitu Sufyan al-Thawri menjadi
penyokong (mutabaah) kepada Shurayk.
d) 112 hadith yang dirujuk oleh Shaykh al-Albani dari hasan ke sahih dan dari sahih ke
hasan.
Contoh


 $  G7 $0(  +,- #
Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud, al-Tirmidhi dan al-Hakim
Shaykh al-Albani berkata dalam Ghayat al-Maram (41) hadith ini hasan61 tetapi
kemudian beliau mensahihkannya dalam Sahih Sunan Abu Dawud (2485) dan Sahih
Sunan al-Tirmidhi62 (1197).
Contoh

20(  0!( < N) #) O& 20(  7g


Shaykh al-Albani menghasankan hadith ini dalam Sahih al-Targhib wa al-Tarhib63 (153)
tetapi beliau kemudian mensahihkannya dalam Sahih al-Jami (3002).
e) Hadith-Hadith yang didiamkan oleh al-Albani dalam kitab Mishkat tetapi kemudian
dijelaskan oleh beliau.
Contoh

"r +> #7/ +> 4& #@8 #%- O#1q  M#Z( O:


Shaykh al-Albani mendiamkan hadith ini dalam al-Mishkat64 tetapi kemudian
mensahihkannya dalam Jilbab al-Marah al-Muslimah65
Contoh

( 
 /- 5% s> 4: S
= 
 5% 1 (  s 5%  */ t!
4:
5) S=   1
Shaykh Al-Albani mendiamkan hadith ini dalam Sahih al-Jami (330), tetapi
kemudian mensahihkannya dalam Sahih Sunan Ibn Majah66

59

Muhammad Nasir al-Din al-Albani, Mishkat al-Masabih j.1 h. 78.


Muhammad Nasir al-Din al-Albani (1995), op. cit., j.1 h. 391.
61
Muhammad Nasir al-Din al-Albani, (1405H), op. cit., j.1 h. 41.
62
Muhammad Nasir al-Din al-Albani, Sahih wa Daif al-Jami al-Saghir j. 22 h. 89 no hadith 10589.
63
Muhammad Nasir al-Din al-Albani, Sahih al-Targhib wa al-Tarhib j.1 h. 38. No hadith 159.
64
Muhammad Nasir al-Din al-Albani, op. cit., j.3, h. 104 no hadith 5093.
65
Muhammad Nasir al-Din al-Albani (t.t), Jilbab al-Marah al-Muslimah j.1 h. 136. Lihat juga
Muhammad Nasir al-Din al-Albani, Sahih al-Adab al-Mufrad, j.2 h. 36, bab al-Haya.
66
Muhammad Nasir al-Din al-Albani, Sahih Ibn Majah, j.1 h.99 no hadith 496 hukum hasan.
60

15

Kritikan yang tidak benar terhadap al-Albani


Terdapat beberapa kritikan terhadap al-Albani daripada ulama tertentu yang bukan
berdasarkan metode penilaian hadith yang sebenar antaranya daripada Hasan bin Ali alSaqqaf dalam bukunya Tanaqudat al-Albani al-Wadihat. Antara contoh-contoh kritikan
beliau adalah seperti berikut:
Contoh

5!
 ) */ ) 4:
Hadith ini disahihkan oleh al-Albani sehingga beliau memasukkan dalam kumpulan hadith
Sahih, Sahih al-Jami wa Ziyadatuh67 2/144 nombor 1876 dengan lafaz

5!
1 O ) */ ) 4: ^Z1 . O:
Al-Saqqaf kemudian menyatakan bahawa al-Albani telah menyalahinya dengan
menghukumkannya sebagai sangat daif dalam kitab Daif al-Jami wa Ziyadatuh 1/207
nombor 698.68 Ketika melihat kembali al-Sahih al-Jami no 1888 didapati hadith tersebut
dengan lafaz

5!
1 O ) */ ) 4: ^Z1 . O:
Hadith ini beliau sandarkan sebagai riwayat al-Bayhaqi dalam Shuab al-Iman dari Aishah
sedangkan hadith yang kami temukan dalam Daif al-Jami berbunyi

<#Q( P? GS1 # 5%& 5!


1 O ) */ ) 4: ^Z1 . O:
Hadith ini beliau sandarkan sebagai riwayat Ibn Sad dari Ata secara mursal dan
menetapkannya sebagai hadith yang sangat daif.
Sebahagian besar hadith yang disebutkan al-Saqqaf dalam kitabnya al-Tanaqudat merupakan
ralat atau rujuk Shaykh al-Albani.
Rumusan Dan Cadangan
Kritikan-kritikan terhadap tokoh-tokoh ternama dalam bidang hadith dari aspek hukum dan
darjat hadith membuktikan kebebasan para ulama untuk berijtihad berdasarkan manhaj
tertentu yang dipegang dan diyakini oleh mereka. Perselisihan dan perbezaan pendapat di
kalangan para ulama seharusnya dianggap sebagai satu perkara yang positif dan harus
diterima dengan penuh keterbukaan. Para ulama sentiasa merujuk dan bersedia menerima
teguran dan kritikan terhadap takhrij yang mereka usahakan. Al-Shaykh Ali bin Hasan AlAtsari pernah menyatakan Para muhaddith (ahli hadith) sering merujuk atau meralat dalam
mensahihkan atau mendaifkan hadith yang merupakan jalan yang ditempuh para ulama yang
adil, jujur dan amanah terhadap hadith-hadith Rasulullah s.a.w.69
Shaykh al-Albani sendiri pernah menyatakan Membetulkan kesilapan adalah satu kewajipan
dan ia telah menjadi amalan biasaku seperti yang diketahui oleh para pembaca kitabku70
Dalam bukunya yang lain Shaykh al-Albani menegaskan: Semoga Allah merahmati seorang
hamba yang menunjukkan kepadaku kesalahanku dan menuntun aku kepada cacat celaku.
Sesungguhnya tidak berat bagiku dengan izin Allah s.w.t untuk kembali dari kesalahan

67

Muhammad Nasir al-Din al-Albani, Sahih al-Jami al-Saghir wa Ziyadatuh j.1 h. 277 no hadith
2761. Lihat juga Silsilah al-Sahihah, j.3 h. 106 no hadith 1113.
68
Muhammad Nasir al-Din al-Albani, Sahih wa Daif al-Jami al-Saghir, j. 5 h. 59, no hadith 1612.
69
Lihat buku Mashhur Hasan Salman mengenai Tarajuat Ibn Hajar fi Fath al-Bari.
70
Muhammad Nasir al-Din al-Albani (1995), op. cit., j.1 h.27.

16

menuju kebenaran yang tampak bagiku kemudian dan kitab-kitabku yang dicetak untuk
pertama kali dan yang telah dicetak ulang adalah bukti atas hal ini.71
Dalam hal ini beberapa rumusan dan cadangan dikemukakan bagi memandu para pengkaji
dalam melakukan takhrij hadith.
a) Merujuk dan bergantung kepada pendapat ulama mutaqaddimin terhadap hukum dan
darjat hadith
b) Mengambil kira pendapat jumhur ulama terhadap sesuatu hukum dan darjat hadith
c) Mendahulukan pendapat ulama mutadil dari kalangan ulama al-Jarh wa al-Tadil
seperti Imam al-Bukhari, Ahmad, Ibn Sad, al-Tirmidhi, Abu Dawud, al-Nasai, Ibn
Khuzaymah, Ibn Hibban, al-Daraqutni, Ibn Adi, al-Mundhiri, al-Bayhaqi, al-Iraqi,
Ibn Hajar, al-Sakhawi dan al- Shawkani
d) Mengenalpasti karya-karya awal dan terkemudian bagi seseorang ulama dengan
mengambilkira pendapatnya yang terdapat dalam karya-karya terkemudian.
Merupakan satu kebiasaan bahawa seseorang tokoh ulama berpegang dengan suatu
pendapat pada suatu ketika dan kemudian menukar pendapatnya itu pada ketika yang
lain dengan disertai pengakuan dan penjelasan terhadap faktor-faktor perubahan
tersebut.72

71

Muhammad Nasir al-Din al-Albani (1992), op. cit., j.1 h.6


Azwira Abdul Aziz (2006), Siapakah Ahli Sunnah Yang Sebenar, Johor Bharu: Perniagaan
Jahabersa. h. 218
72

17

Anda mungkin juga menyukai