Anda di halaman 1dari 17

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER : JANUARI 2014

HBSC 3103 :
BIOLOGY II : CONTINUITY OF LIFE

SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH )


DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG SAINS ( SMP KHAS )

NAMA PELAJAR

MOHAMAD FAUDZI
BIN MOHAMAD SALEH

NO. MATRIKULASI

731208125515001

NO. KAD PENGENALAN

731208125515

NO. TELAFON

0138927731

E-MAIL

faudzi@oum.com.my

PUSAT PEMBELAJARAN :

OUM, TAWAU

NAMA TUTOR

MAHMUD BIN AHMAD

HBSC 3103 : BIOLOGI II : CONTINUITY OF LIFE

ISI KANDUNGAN
BIL

TAJUK

M/S

PENDAHULUAN

FAEDAH KEJURUTERAAN GENETIK TERHADAP MANUSIA

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN KEJURUTERAAN GENETIK

3.1 Kelebihan Kejuruteraan Genetik

3.1.1 Kejuruteraan genetik memajukan industri pemakanan


3.1.2 Kejuruteraan genetik membantu mengatasi pencemaran alam
3.1.3 Kejuruteraan genetik membantu mengatasi masalah kesihatan
3.1.4 Kejuruteraan genetik membantu meningkatkan produktiviti
pernanian dan penternakan
3.1.5 Kejuruteraan genetik membantu pengenalan biologi seseorang
3.2 Kelemahan Kejuruteraan Genetik
3.2.1 Kelemahan maklumat
3.2.2 Teknologi tidak tepat
3.2.3 Kesan sampingan
3.2.4 Kegagalan tanaman yang meluas
3.2.5 Ancaman kepada keseluruhan sistem makanan manusia

7
7
8
8
9
9
10
11
11
11
12

ETIKA KEJURUTERAAN GENETIK

12

PENUTUP

15

BIBLIOGRAFI

16

HBSC 3103 : BIOLOGI II : CONTINUITY OF LIFE

1.0

PENDAHULUAN

Di zaman moden ini, sains telah mencapai kemajuan yang cemerlang di dalam banyak
bidang. Di antara yang menarik perhatian umum ialah kejayaan sains di bidang kejuruteraan
genetik. Ramai sudah cendekiawan dan cerdik pandai yang telah memberi pandangan mereka
dalam hal ini, masing-masing dengan hujah dan alasan, samada menyokong dan tidak kurang
pula yang menentang.
Dengan berkembangnya pengetahuan sains di bidang ini, manusia telah mampu untuk
mengawal perkembangan genetik manusia dengan berbagai cara dan kaedah. Kalau pada
zaman dahulu pasangan yang tidak mempunyai anak dianggap rendah oleh segolongan
masyarakat, tetapi sekarang dengan kemajuan di bidang genetik, pasangan tersebut akan
mampu untuk mempunyai anak. Kaedah ini di namakan InVitro Fertilization atau dalam
bahasa malaysianya sebagai kaedah Bayi Tabung Uji.
Dengan kemajuan sains dan teknologi di bidang genetik ini juga, manusia mampu untuk
menjalankan eksperimen-eksperimen yang mencampurkan benih dari spesis binatang dengan
binatang yang lain, dengan tujuan untuk menghasilkan spesis yang lebih baik. Contohnya,
seperti penghasilan jenis lembu, kambing dan anjing yang lebih baik dari segi penghasilan
susu, daging, kulit dan juga kecantikan.
Di samping itu, kejayaan di bidang genetik ini telah menggemparkan dunia, dengan berbagaibagai jenis makhluk baru yang beraneka bentuk dan rupa, hasil daripada campuran benih
yang telah dilakukan oleh manusia.
Secara umumnya, kejuruteraan genetik merupakan istilah yang digunakan terhadap bidang
pengubahsuaian genetik sesuatu organisma. Kejuteraan genetik juga dikenali sebagai
teknologi DNA rekombinan kerana gen yang terdiri daripada urutan DNA tertentu diasingkan
dan digabung semula dengan DNA organisma lain. Menurut Dr. Ricarda Steinbrecher (1998),
kejuruteraan genetik merupakan satu kaedah untuk menggabungkan satu gen dan sebahagian
DNA sesuatu spesis dengan gen bagi satu spesis yang lain. Kejuruteraan genetik
memecahkan halangan bagi ketidaksamaan sesuatu spesis dan mewujudkan kesesuaian bagi
mencipta spesis yang baru daripada penggabungan gen dan DNA.
2

HBSC 3103 : BIOLOGI II : CONTINUITY OF LIFE

Manakala Jurnal Elektronik Wikipedia (2008), pula menyatakann bahawa kejuruteraan


genetik melibatkan penggunaan DNA rekombinan iaitu DNA yang menggabungkan
maklumat genetik dua spesis organisma yang berlainan. Jika gen-gen ini digabungkan dalam
sel telur atau sel sperma supaya maklumat genetik ini boleh diturunkan kepada progeni, maka
hasil daripada gabungan ini dinamakan organisma transgenik.
Penghasilan DNA rekombinan melibatkan tiga proses iaitu

peringkat manipulasi DNA

invitor (luar sel organisma), peringkat gabungan, atau rekombinasi DNA sesuatu organisma
dengan DNA bakteria dalam plasmid atau bakteriofaj dan peringkat pengklonan, atau teknik
untuk mereplikasi progeni yang membawa DNA rekombinan.
Proses-proses di atas pertama kali dilakukan oleh Paul Berg dan A.D. Kaiser pada tahun
1972. Mereka berjaya memasukkan DNA prokariot ke dalam bakteria, kemudian oleh S.N.
Cohen dan Herbert Boyer yang berjaya menggabungkan DNA organisma eukariot bersama
plasmid bakteria. Teknologi ini membolehkan manusia memindahkan sesuatu maklumat
genetik yang berguna daripada sesuatu spesis organisma kepada spesis organisma lain.
Perkara ini tidak dapat dilakukan dengan teknik pembiakan biasa. Menurut Zhu (1998)
kejuteraan genetik bertujuan untuk menyusun semula urutan DNA dalam gen menggunakan
kaedah buatan.
Kejuteraan genetik berbeza daripada pembiakan tradisional di mana gen organisma diubah
secara tidak langsung. Kejuteraan genetik menggunakan teknik pengklonan dan
pengubahsuaian molekular untuk mengubah struktur dan ciri gen secara langsung. Kejuteraan
genetik telah berjaya dalam beberapa kegunaan termasuk dalam meningkatkan teknologi
tanaman, pembuatan insulin manusia tiruan dan pengeluaran tikus makmal bagi
penyelidikan kanser.
Berdasarkan kepada pengaruh bidang kejuruteraan genetik dalam perkembangan dan evolusi
manusia maka penulisan ini akan memperincikan lagi mengenai kejuruteraan genetik dari
sudut faedah, kebaikan dan keburukan, permasalahan yang timbul dan etika kejuruteraan
genetik.

HBSC 3103 : BIOLOGI II : CONTINUITY OF LIFE

2.

FAEDAH KEJURUTERAAN GENETIK TERHADAP MANUSIA

Di zaman moden ini, sains telah mencapai kemajuan yang cemerlang di dalam banyak
bidang. Di antara yang menarik perhatian umum ialah kejayaan sains di bidang kejuruteraan
genetik. Ramai sudah cendekiawan dan cerdik pandai yang telah memberi pandangan mereka
dalam hal ini, masing-masing dengan hujah dan alasan, samada menyokong dan tidak kurang
pula yang menentang.
Dengan berkembangnya pengetahuan sains di bidang ini, manusia telah mampu untuk
mengawal perkembangan genetik manusia dengan berbagai cara dan kaedah. Kalau pada
zaman dahulu pasangan yang tidak mempunyai anak dianggap rendah oleh segolongan
masyarakat, tetapi sekarang dengan kemajuan di bidang genetik, pasangan tersebut akan
mampu untuk mempunyai anak. Kaedah ini di namakan InVitro Fertilization atau dalam
bahasa Malaysianya sebagai Kaedah Bayi Tabung Uji.
Dengan kemajuan sains dan teknologi di bidang genetik ini juga, manusia mampu untuk
menjalankan eksperimen-eksperimen yang mencampurkan benih dari spesis binatang dengan
binatang yang lain, dengan tujuan untuk menghasilkan spesis yang lebih baik. Contohnya,
seperti penghasilan jenis lembu, kambing dan anjing yang lebih baik dari segi penghasilan
susu, daging, kulit dan juga kecantikan.
Kejuruteraan genetik secara umumnya telah dapat memberikan pelbagai manfaat dalam
kehidupan seharian manusia dari pelbagai aspek baik bidang pertanian, bidang perubatan
bidang siasatan jenayah, bidang ekologi alam sekitar, bidang ternakan, zuriat, dan bidang
penyelidikan dan pembangunan.
Bidang kejuruteraan genetik telah memberikan banyak manfaat kepada bidang pertanian.
Sebelum ilmu kejuteraan genetik diperkenalkan kita bergantung sepenuhnya kepada aktiviti
pertanian yang bersandarkan kepada sifat semualajadi tanaman seperti tempoh tumbesaran,
tempoh tuaian, serangan kulat dan serangga, saiz, rasa dan sifat. Oleh sebab itu hasil tuaian
tanaman tidak dapat dipertingkatkan. Selain itu juga hasil tuaian akan lebih cepat rosak dan
kurang berkualiti.

HBSC 3103 : BIOLOGI II : CONTINUITY OF LIFE

Dengan adanya kejuruteraan genetik tempoh tumbesaran tanaman telah dapat dipercepatkan.
Antara contoh sumbangan kejuruteraan genetik dalam hal ini adalah penanaman padi,
gandum dan kentang. Melalui teknik kultur tisu pembesaran tanaman akan berlaku lebih
cepat berbanding tempoh pembesaran semulajadi.Selain itu juga, penggunaan baja kimia dan
baja organik yang dihasilkan melalui kejuruteraan genetik akan menjadikan tanaman lebih
subur dan cepat matang.
Kegiatan pertanian secara tradisional mengundang risiko kerosakan dan kematian tanaman
yang diakibatkan oleh serangan kulat, bakteria, tikus dan serangga perosak. Dengan adanya
kejuruteraan genetik penghasilan racun perosak akan dapat mengatasi risiko tersebut.
Penggunaan racun perosak akan dapat mengawal dan menghalang kehadiran kulat, bakteria,
tikus dan serangga perosak. Dengan itu hasil pertanian akan meningkat dan berupaya
mengelak risiko kerugian. Selainj itu juga, penghasilan racun rumpai dan rumput akan dapat
mengelak persaingan antara tanaman dan rumput disekeliling.
Kegiatan pertanian tradisional juga mempunyai risiko ancaman cuaca, suhu dan habitat
persekitaran. Melalui kejuruteraan genetik, benih-benih baru tanaman telah dihasilkan
melalui teknik manipulasi DNA tumbuhan. Sebagai contohnya, dengan memasukkangen AtDBF2, ke dalam sel tomato dan tembakau, kedua-dua tanaman ini akan mempunyai daya
tahan yang lebih tinggi terhadap tanah yang keras dan kepelbagaian cuaca.

Tanaman seperti epal dan anggur bukan sahaja boleh ditanaman di negara-negara beriklim
sejuk tetapi juga di negara-negara yang beriklim sederhana dan panas kerana proses
kejuruteraan genetik akan mengubah sifat dan kemandirian spesis tumbuhan. Selain itu,
benih-benih baru yang dihasilkan akan mengeluarkan hasil yang lebih bermutu dan tahan
lama kerana kandungan mineral dan antioksidan seperti karotenoid, flavanoi dan vitamin A,
C dan E telah dipertingkatkan.

Kejuruteraan genetik juga telah memberikan pelbagai manfaat dalam bidang perubatan.
Melalui kejuruteraan genetik penghasilan vaksin dan ubat baru bagi merawat penyakit dapat
dilakukan, Antara ialah insulin bagi mengawal kencing manis ataupun diabetis. Insulin
dihasilkan melalui proses pengekstrakkan enzim haiwan. Selain itu juga, kejuruteraan genetik
5

HBSC 3103 : BIOLOGI II : CONTINUITY OF LIFE

telah membolehkan penyakit kanser dapat dikawal atau disembuhkan melalui teknik terapi
gen.
Kejuruteraan genetik juga telah banyak membantu pasangan yang sukar mendapat zuriat
melalui pengenalan kaedah bayi tabung uji. Melalui teknik ini, pensenyawaan sperma dapat
dilakukan di luar rahim. Selain itu juga, kejuruteraan genetik telah memperkenalkan kaedah
ibu tumpang bagi membolehkan pasangan mendapat zuriat.
Kejuruteraan genetik juga sudah mula memberi kesan positif dalam kes-kes jenayah dan
sivil. Jika dahulu pihak polis sukar untuk menahan seseorang tanpa sebarang bukti yang
konkrit kini masalah itu dapat diatasi kerana penggunaan teknologi kejuruteraan genetik
akan memudahkan proses pengesanan dan pengecaman. Proses ini dilakukan melalui kaedah
pemadanan DNA penjenayah dengan kesan peninggalan DNA di tempat kejadian jenayah.
Kejuruteraan genetik juga banyak membantu usaha memelihara ekologi alam sekitar melalui
pengenalan teknik mikro genetik. Antara contohnya kegiatan mengatasi masalah tumpahan
minyak. Kejuruteraan genetic telah memperkenalkan Enzimlipose yang dapat mencernakan
molekul minyak Selain itu juga, pembersihan alam sekitar secara mesra alam dapat dilakukan
melalui teknik pembiakan pembiakan bakteria.

Impak yang paling menarik yang dibawa oleh teknologi ini ialah industri ternakan akan
mampu diperluaskan. Sudah pasti lebih banyak baka ternakan yang berkualiti tinggi mampu
dihasilkan dengan mudah dan cepat. Hasil ternakan yang sebegini memberikan manusia satu
sumber

protein

yang

penting

untuk

memastikan

keseinambungan

kehidupan

manusia. Penternak juga, tidak akan mengalami sebarang masalah kritikal untuk
menghasilkan ternakan yang baik. Dengan kejuruteraan genetik, gen-gen yang berguna telah
diselitkan kepada haiwan ini semasa dalam keadaan persenyawaan invitro dan sel telur yang
telah disenyawakan dipindahkan kepada ibu tumpang yang sesuai bagi pembesaran
berikutnya. Anak yang baru lahir ini akan mempunyai ciri-ciri yang telah dibawa oleh gen
yang telah diterapkan.

HBSC 3103 : BIOLOGI II : CONTINUITY OF LIFE

3.

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN KEJURUTERAAN GENETIK

Setiap teknologi yang dihasilkan oleh manusia mempunyai kelebihan dan kelemahannya.
Seperti teknologi kenderaan, pergerakan manusia labih pantas dan jauh. Sungguhpun begitu,
teknologi ini telah mengundang pencemaran alam dan kehilangan nyawa akibat kemalangan.
Begitu juga halnya dengan kejuruteraan genetik. Walaupun kejuruteraan genetik terbukti
membina ketamadunan namun ianya juga membawa pelbagai kemudaratan yang boleh
meruntuhkan ketamadunan manusia.

3.1

Kelebihan Kejuruteraan Genetik

3.1.1 Kejuruteraan genetik memajukan industri pemakanan


Hasil kejuruteraan genetik membaiki proses pengeluaran dan kaedah pengawetan makanan.
Produk baru misalnya perasa, pemanis, dan pewarna dapat dihasilkan dengan mikrob
(bakteria) yang diubah suai secara genetik. Kaedah ini adalah penting ke arah penggunaan
bahan semulajadi sebagai ramuan asas atau bahan campuran dalam industri makanan. Enzim
keluaran mikrob kejuruteraan genetik boleh membaiki rasa dan texture makanan seperti roti
dan kek.

3.1.2 Kejuruteraan genetik membantu mengatasi pencemaran alam


Mikrob seperti bekteria baru hasil kaedah kejuruteraan genetik dapat mempercepat proses
pereputan, membantu penguraian najis haiwan ternakan dan manusia dengan sempurna.
Kaedah ini telah digunakan oleh syarikat pembentungan Indah Water Konsortium Sdn Bhd
untuk menguruskan air kumbahan penduduk Malaysia dalam tangki tangki septik di seluruh
negara dengan sempurna.Mikrob biotek tertentu boleh digunakan untuk merawat najis
haiwan ternakan, sisa keluaran kelapa sawit, koko malah hasil sampingan industri makanan
untuk menjadi baja organik. Penguraian dan penggunaan selengkapnya sisa pertanian
membantu mengatasi masalah pencernaan khususnya sistem saliran dalam negara.

HBSC 3103 : BIOLOGI II : CONTINUITY OF LIFE

3.1.3 Kejuruteraan genetik membantu mengatasi masalah kesihatan


Pengaplikasian teknologi pengklonan dan kultur tisu akan dapat menghasilkan sel-sel
neutron untuk menghasilkan saraf otak rosak dalam pesakit Parkinson. Sel dan tisu kulit
mungkin dapat dikultutkan untuk menggantikan kulit yang terbakar teruk kepada mangsa
kebakaran. Usaha kultur tisu (jika berjaya) pankreas untuk menghasilkan horman insulin bagi
merawat pesakit diabetis pasti merupakan satu pencapaian terunggul dalam bidang perubatan.
Pengubahsuaian kod genetik seperti kuda dan lembu supaya seperti yang ada pada manusia
untuk tujuan ekstrak insulin dan hormon-hormon lain ialah satu pendekatan baru dalam
mengatasi penyakit ketidakseimbangan hormon. Teknologi pengklonan pula membolehkan
saintis menghasilkan klon manusia (atau organ tertentu) dan haiwan untuk mengatasi
masalah kerosakan organ seperti jantung dan kegagalan ginjal.

3.1.4 Kejuruteraan genetik membantu meningkatkan produktiviti pernanian dan


penternakan
Bovine Growth Hormone ialah sejenis hormon keluaran dalam badan lembu untuk
merangsang pertumbuhan anak lembu dan mengawal penghasilan susu pada lembu dewasa.
Kini hormon Bovine ini dapat dihasilkan oleh bakteria yang dibangunkan secara
kejuruteraan genetik. Lembu-lembu yang memakan hormone ini setiap hari telah terbukti
dapat meningkatkan keluaran susu sehingga 7-14 peratus.
Penggunaan baka kapas kebal kepada ulat perosak kapas di ladang-ladang kapas Amerika
telah mengurangkan penggunaan racun makhluk perosak. Ini bukan sahaja menjimatkan kos
racun makhluk perosak malah telah meningkatkan keluaran kapas berlipat kali ganda di
Amerika. Di Malaysia, kaedah kultur tisu dan pengklonan telah digunakan untuk
menghasilkan baka pokok durian , kelapa sawit, pisang, bunga orkid dan tanaman-tanaman
lain dengan ciri-ciri istimewa secara besar-besaran untuk meningkatkan produktiviti sektor
pertanian.

HBSC 3103 : BIOLOGI II : CONTINUITY OF LIFE

3.1.5 Kejuruteraan genetik membantu pengenalan biologi seseorang


Ujian DNA membantu untuk mengenal pasti ibu bapa kandung seseorang dengan tepat.
Teknologi ini berguna dalam mahkamah untuk menyelesaikan kes-kes sivil seperti perebutan
anak dan kes jenayah seperti kes rogol. Kegunaan-kegunaan lain analisis ini meliputi
membantu pakar forensik mengenal pasti identiti mangsa kebakaran, peperangan, dan
pembunuhan yang tidak dapat dicam muka lagi. Identiti seseorang itu dapat dikenal pasti
hanya dengan melakukan ujian terhadap tisu badan, rambut, gigi atau tulangnya. Kod genetik
setiap insan berbeza jika dilihat mengikut kaca mata pena gen manusia yang telah dihasilkan
daripada kajian dalam bidang biologi sel dan molekul.
3.2

Kelemahan Kejuruteraan Genetik

Menerusi kajian para saintis, kejuruteraan genetik ini masih terdapat kekurangan yang
mampu membawa padah kepada manusia dan alam. Teknologi baru radikal yang
memecahkan sempadan genetik ini bukan sahaja antara spesis tetapi juga antara manusia,
haiwan dan tumbuhan mendatangkan risiko serius serta ibarat meletakkan manusia sebagai
tikus makmal.
Menurut Mohideen Abdul Kader (A guide to Genetically-modified Foods ini Malaysia),
keselamatan proses ujikaji kajian akan sentiasa berada dihujung tanduk kerana kesilapan
yang berlaku tidak akan dapat ditarik balik daripada alam dan kesannya akan merebak tanpa
sempadan. Tidak seperti kajian dan ujikaji kimia dan nuklear, pencemaran genetik tidak
dapat dibersihkan. Kesilapan genetik ini akan berpanjangan dan bersambung antara generasi
ke generasi.
Edwin Chargoff, seringkali dirujuk sebagai Bapa Biologi Molekul, pernah menyatakan
bahawa pengubahsuaian genetik di dalam makanan ibarat Suatu eksperimen yang paling
besar dan berbahaya di dalam sejarah manusia. Beliau mengibaratkan pengubahsuaian ini
sebagai ancaman yang paling besar berbanding teknologi nuklear. Pada tahun 1998, Dr.
Arpad Pusztai, seorang saintis British telah mempelopori kajian mengenai kesan makanan
yang mengalami pengubahsuaian genetik (GM) terhadap nutrisi haiwan dan alam telah
mendapati bahawa ia memberikan kesan negatif terhadap usus, badan,tahap metabolisma dan
9

HBSC 3103 : BIOLOGI II : CONTINUITY OF LIFE

sistem imunisasi tikus yang diuji. Kajiannya melibatkan ubi kentang GM yang diberikan
kepada tikus bagi diperhatikan kesan perubahan pada fisiologi, terutamanya usus, proses
metabolisma dan sistem imunisasinya. Kajian mendapati saiz beberapa organ tikus telah
mengecil termasuk otak dan sistem imunisasi melawan penyakitnya bertambah lemah. Akibat
daripada hasil dapatannya itu, Pusztai telah disingkirkan dan dipaksa bersara daripada
pasukan ujikajinya di Rowett Tesearch Institute selepas melahirkan kegusarannya kepada
media.
Antara ancaman makanan GM ini adalah alahan, kadar toksid, daya tahan antibiotik
meningkat dan kesan-kesan sampingan luar jangkaan lain. Mengubahsuai struktur genetik
suatu makanan juga boleh mewujudkan toksin pembunuh yang pada asalnya adalah selamat
bagi tubuh badan.
Bakteria yang telah mengalami kejuruteraan genetik (GE) bagi tujuan menghasilkan makanan
tambahan dalam kuantiti besar, L-tryptophan, telah menghasilkan toksik yang membunuh
lebih 30 orang dan mencacatkan lebih 5,000 orang di Amerika Syarikat sebelum ditarik balik
dan diharamkan penghasilannya oleh Food and Drug Ad.
Kajian yang dijalankan oleh Michigan State University juga mendapati tanaman yang melalui
proses GM dan GE bagi melindungi daripada virus akan mengakibatkan virus tersebut
bermutasi kepada suatu bentuk baru lebih berbahaya dan berupaya menyerang spesis
tumbuhan dan hidupan lain. Secara umumnya, kelemahan kejuruteraan genetik adalah seperti
berikut;

3.2.1 Kelemahan maklumat


Kelemahan utama kejuruteraan genetik berlaku apabila tiada kajian jangka panjang yang
berkecuali mengenai keselamatan produk makanan atau tanam-tanaman yang dihasilkan
melalui Kejuruteraan Genetik. Hampir kesemua maklumat dan kajian yang sedia ada adalah
daripada industri yang mempromosikan produk dan tanam-tanaman tersebut. Menyentuh soal
ini, Daniel Koshland (2000) mencadangkan reka bentuk keselamatan yang standard bagi

10

HBSC 3103 : BIOLOGI II : CONTINUITY OF LIFE

mengawal perkembangan kejuruteraan genetik. Standard ini seharusnya menjadi panduan dan
harus dipatuhi oleh setiap saintis serta pakar-pakar yang terlibat dalam kejuruteraan genetik.

3.2.2 Teknologi tidak tepat


Kejuruteraan Genetik boleh mengubah gen dari satu organisma ke organisma yang lain. Gen
boleh dipotong dengan tepat dari DNA sesuatu organisma, tetapi jurutera genetik tersebut
tidak tahu (walaupun jika dia tahu) di mana gen tersebut akan dimasukkan ke dalam DNA
organisma penerima, dan mereka juga tidak sedar akibat yang mungkin berlaku.

3.2.3 Kesan sampingan


Gen baru ini mungkin mempunyai kesan yang tidak dirancang kerana gen menghasilkan
protein, yang biasanya mempunyai fungsi-fungsi tersendiri. Di dalam organisma yang
berlainan, protein baru ini boleh jadi mengubah sifat dan menghasilkan kesan baru atau kesan
tambahan yang tidak disengajakan atau diramal. Ahli-ahli sains tidak cukup pengetahuan
mengenai sistem kehidupan untuk melakukan pembedahan DNA tanpa menyebabkan mutasi
dan perubahan dalam organisma tersebut, yang mana ia boleh mendatangkan kesan buruk.
Dr. Ricarda Steinbrecher (1998) menyatakan bahawa terdapat kecenderungan untuk virus
berintegrasi dalam sel tumbuhan yang baru dihasilkan. Keadaan ini akan menyebabkan
kurangnya daya tahan tumbuhan tersebut ke atas penyakit.

3.2.4 Kegagalan tanaman yang meluas


Kejuruteraan genetik dijalankan untuk membuat duit dengan pempatenkan benih yang
dihasilkan melalui kejuruteraan genetik. Ini bermakna, apabila peladang menanam benihbenih ini, kesemua benih adalah sama, tidak seperti tanaman biasa yang lain. Akibatnya, jika
kulat, virus atau haiwan perosak tertentu menyerang tanaman ini, keseluruhan tanaman akan
gagal.

11

HBSC 3103 : BIOLOGI II : CONTINUITY OF LIFE

3.2.5 Ancaman kepada keseluruhan sistem makanan manusia


Serangga, burung dan angin boleh membawa benih-benih KG ini ke ladang berhampiran dan
tempat-tempat yang lebih jauh lagi. Apabila tumbuhan transgenik ini didebungakan,
persenyawaan silang boleh berlaku di antara tumbuhan yang asal dari segi genetiknya dan
tumbuhan liar yang sama jenis dengannya. Kesemua tanaman, samada organik atau tidak
organik, adalah terdedah kepada pencemaran gen ini.
4.

ETIKA KEJURUTERAAN GENETIK

Kejuruteraan genetik masa kini banyak memberikan kemudahan serta kemajuan pada
menusia secara meluas. Kemajuan ini meliputi bidang pertanian, perubatan, keselamatan dan
penternakan. Kemajuan akibat perkembangan kejuruteraan genetik ini secara tidak langsung
telah merubah hidup manusia itu sendiri dari landasan yang semula jadi. Sebagai contoh,
manipulasi genetik telah membantu mengawal sel barah dalam perubatan dan manakala racun
biologi pula dibangunkan untuk tujuan ketenteraan. Sungguhpun begiru, kemajuan
kejuruteraan genetik ini telah menimbulkan soal etika.
Etika berasal dari bahasa Yunani iaitu ethico iaitu moral. Secara definisinya, etika di sini
bermain pada persoalan moral yang bermaksud persoalan praktikal yang berkaitan dengan
betul atau salah, benar atau tidak. Pertimbangan moral seseorang sebahagiannya bergantung
kepada suasana atau keadaan ia dibesarkan, sistem sscial atau kelas ia hidup atau agama yang
dianutinya. Sebagai contohnya penggunaan ibu tumpang bagi proses mendapatkan zuriat
adalah tidak beretika bagi meraka yang beragama Islam tetapi nilai ini diterima oleh
penganut-penganut agama yang lain. Oleh sebab itu, ketetapan nilai etika bidang ini secara
jelasnya bergantung kepada nilai masyarakat setempat, budaya dan agama.
Dewasa ini bidang kejuruteraan telah berjaya memanipulasi kod genetik manusia, haiwan dan
tumbuhan untuk menghasilkan satu bentuk baka baru seperti yang dilakukan oleh Ian Wilmut
seorang ahli embriologi Scotland

di Britain. Beliau telah berjaya menghasilkan seekor

kambing biri-biri yang bernama Dolly pada 5 Julai 1996. Kejayaan ini dari segi etikanya
merupakan usaha yang baik ke arah menyelesaikan masalah ternakan yang mudah diserang
penyakit, bulu yang nipis, saiz yang kecil dan sebaginya. Sungguhpun begitu, manipulasi kod
12

HBSC 3103 : BIOLOGI II : CONTINUITY OF LIFE

genetik DNA untuk melahirkan baka manusia yang baru telah memberikan persepsi yang
negatif terhadap bidang kejuruteraan genetik. Ini adalah kerana penghasillan baka manusia
yang baru melibatkan manipulasi DNA haiwan seringkali gagal dan membawa implikasi
identiti dan sifat baka. Selain itu juga, tindakan pengklonan DNA juga dilihat sebagai
tindakan yang melanggar maruah manusia yang diklon, Menurut Rifkin (1991) it violates
the inherent dignity of humans and other life-forms to alter their DNA under any
circumstances.
Sesetengah ahli agama pula berpendapat aktivi pengklonan dan manipulasi kod genetik
adalah seperti bermainan atau mempersendahkan ciptaan tuhan. Merujuk kepada ajaran
Islam, manipulasi yang dilakukan terhadap genetik yang dilakukan oleh pakar-pakar
kejuruteraan genetik, khususnya yang melibatkan makhluk yang bernyawa mempunyai
pelbagai implikasi. Firman Allah s.w.t di dalam surah An Nisa' ayat yang ke 119, yang
bermaksud: "Dan aku (syaitan) benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan
membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan akan menyuruh mereka memotong
telinga-telinga binatang ternak (iaitu untuk dipersembahkan kepada berhala), lalu mereka
benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh mereka merubah ciptaan Allah, lalu mereka
benar-benar merubahnya.".
Kejayaan Ian Wilmut juga telah membawa teknologi baru dalam bidang perubatan.
Kejuruteraan genetik memperkenalkan kaedah bayi tabung uji dan ibu tumpang sebagai cara
mengatasi pasanngan yang bermasalah untuk mendapatkan zuriat. Walaupun teknologi ini
telah berjaya namun kejayaan ini melanggar sifat fitrah manusia yang perlu berkahwin,
hidup berkeluarga dan berpasang-pasangan. Dari sudut agama Islam, zuriat ialah kurniaan
Allah yang di berikan kepada siapa yang Dia kehendaki. Ada orang sudah ditentukan tidak
mendapat anak dalam perkahwinannya. Ketentuan ini mempunyai hikmah tersirat yang hanya
di ketahui oleh Sang Pecipta yakni Allah Jala Waala. Walaubagaimanapun, ketentuan,
menggalakkan hambaNYA beriktiar bagi menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.
Namun begitu penyelesaian yang di lakukan haruslah menepati spesifikasi yang di tetapkan
oleh syariat islam. Nasab keturunan dalam syariat islam bukan suatu anugerah yang boleh di
kongsi-bahagi sesuka hati. Nasab keturunan tidak boleh di susun atur oleh manusia kerana ia
13

HBSC 3103 : BIOLOGI II : CONTINUITY OF LIFE

adalah hak Allah secara mutlak. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Furqan ayat ke 25,
bermaksud:
Dan Dialah Tuhan yang menciptakan manusia daripada air, lalu dijadikannya mempunyai
titisan baka dan pertalian keluarga (persemendaan); dan sememangnya Tuhanmu berkuasa
(menciptakan apa jua yang dikehendakiNYA).
Pembangunan kejuruteraan genetik secara jelas adalah untuk meningkatkan kesejahteraan
manusia. Kejuruteraan genetik membolehkan manipulasi gen dalam keadaan terkawal
terhadap sesuatu tumbuhan dengan tujuan penambahbaikan hasil, meningkatkan kandungan
bahan aktif berfaedah, kerintangan terhadap penyakit dan serangan serangga perosak serta
toleransi terhadap keadaan persekitaran melampau. Sungguhpun begitu, pengubahsuaian
yang dilakukan terhadap gen tumbuhan misalnya melibatkan peningkatan dari segi mutu,
serta daya tahan terhadap jangkitan penyakit. Dr. Ricarda Steinbrecher (1998), menyatakan
bahawa terdapat kecenderungan untuk virus berintegrasi dalam sel tumbuhan yang baru
dihasilkan. Keadaan ini akan menyebabkan kurangnya daya tahan tumbuhan tersebut ke atas
penyakit. Apa yang lebih bahaya lagi, kita tidak mengetahui bahawa spesis tumbuhan yang
dihasilkan bebas daripada toksin yang baru atau mempunyai kesan alergik kepada pengguna.
Terdapat juga kemungkinan teknologi dalam kejuruteraan genetik digunakan oleh pihak yang
tidak bertanggung jawab untuk menghasilkan senjata biologi secara besar-besaran yang boleh
mengancam kesejahteraan dunia sejagat. Dalam soal ini Dr. Patrick Dixon (1995)
menyatakan kejuruteraan genetik membuka lebih banyak peluang untuk penghasilan senjata
untuk tujuan kemusnahan manusia. Reka bentuk virus baru akan dihasilkan untuk membunuh
ribuan nyawa yang tidak berdosa. Hal ini kerana, penggunaan senjata biologi sedemikian
boleh disebarkan dalam sekelip mata melalui udara atau sumber bekalan air. Terdapat juga
kecenderungan firma pembuat senjata biologi untuk menggunakan sekelompok manusia
sebagai sasaran ujian kerana dalam penghasilan senjata biologi, kesan virus yang disebarkan
mungkin tidak sama hasilnya antara satu kelompok dengan kelompok yang lain. Hal ini
berkaitan dengan kemampuan manusia untuk menghasilkan mutasi atau kekebalan terhadap
jangkitan virus. Selain itu juga, penyebaran virus sebagai senjata tidak akan mudah dikawal.
Kemungkinan untuk ia tersebar luas tidak dapat disangkal, menjadikan ia sebagai satu wabak
yang dapat mengancam pihak tentera sendiri mahupun orang awam.
14

HBSC 3103 : BIOLOGI II : CONTINUITY OF LIFE

5.

PENUTUP

Kejuruteraan genetik telah membawa impak yang besar dalam kehidupan manusia.
Walaupun, kejuruteraan ini dipercayai telah lama dihasil oleh manusia zaman lampau namun
perkembangan yang pesat melibatkan kajian dan pembangunan telah dilakukan sejak dunia
mengalami revolusi perindustrian di Eropah dan Amerika Syarikat. Bidang kejuruteraan ini
secara hakikatnya digunakan untuk membangunkan kaedah-kaedah terbaru dalam bidang
pertanian, perubatan, pembiakan, penternakan dan keselamatan. Dengan adanya kejuruteraan
ini, masalah tanaman, seranggan serangga, zuriat, pengesanan jenayah, penyakit kanser dan
bermacam lagi dapat ditangani dengan baik. Sungguhpun begitu, bidang kejuruteraan genetik
ini dilihat telah melawan kehendak semulajadi ciptaan tuhan kerrana penghasilan benih-benih
baru dan baka-baka baru mengubah sifat asal tumbuhan, haiwan ataupun manusia. Selain itu
juga, penyalahgunaan teknologi ini akan menyebabkan kesejahteraan manusia tercapat.
Penghasilan senjata-senjata biokimia dan racun serangga akan menyumbang kepada
pencemaran dan kerosakan alam dan isinya.
Kesimpulannya, teknologi kiejuruteraan genetik itu adalah satu usaha manusia untuk
memperbaiki kualiti kehidupan namun penyalahgunaan dan pelanggaran etika akan
menjadikan teknologi ini menyumbang kepada kerosakan dan kemusnahan kepada manusia.
3720 patah perkataan

15

HBSC 3103 : BIOLOGI II : CONTINUITY OF LIFE

BIBLIOGRAFI

Ricarda Steinbrecher Dr. (1999). Synthesis/Regeneration: A Magazine of Green Social


Thought, Vol. 18.
Rifkin, Jeremy (1991). Biosphere Politics: A New Consciousness for a New Century.
New York: Crown Publishers.
Zhu, Yifei (1998). On Genetic Engenering dlm Vajra Bodhi Sea. April & May.

Sumber Internet.
Daniel Koshland (2000). http://maelsocialscience4u.blogspot.com/2008/07/kesanperkembangan-kejuruteraan-genetik.html
Genetic modification/manipulation. http://en.wikipedia.org/wiki/ Genetic_engineering
Mohideen Abdul Kader.(___). http://bobex.wordpress.com/2007/12/18/bioteknologikelebihan-dan-ancamannya-terhadap-sarwajagat/

16

Anda mungkin juga menyukai