Anda di halaman 1dari 3

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

Nama Penyelidik: En Saleh Abdul Wahid.


Nama Sekolah : SMK Tun Mutahir, Batu Berendam Melaka.
Tajuk kajian: Menguasai Konsep Membahagi Nombor Pecahan Bagi
Pelajar Tingkatan 1 Velaris
Refeksi Pengajaran Dan Pembelajaran : Semasa menyemak buku latihan
pelajar, saya sungguh terkejut didapati pelajar-pelajar tingkatan satu, walau pun
telah mempelajari nombor pecahan, tetapi penguasaan pelajar dalam operasi
membahagi adalah sangat medukacitakan. Terdapat ramai pelajar yang
membuat kesilapan dalam meyempurnakan operasi bahagi terhadap nombor
pecahan.Pada ketika itu hati saya tertanya tanya mengapakah pelajar pelajar
yang telah belajar tajuk pecahan di peringkat sekolah rendah masih lagi tidak
dapat menguasai konsep ini.
Berdasarkan ujian pengesanan 1 saya dapati penguasaan pelajar tentang
konsep ini adalah adalah sangat rendah ( 47 % pelajar di kelas ini gagal
menjawap soalan dengan betul ). Apabila saya bertanya kepada pelajar tentang
keadaan ini, mereka menjawap mereka tidak faham atau mereka tidak tahu
untuk membahagi pecahan. Persoalan yang timbul pada diri saya sendiri ialah;
Adakah kaedah pengajaran saya selama ini sukar difahami oleh pelajar?.
Adakah kaedah pengajaran saya selama ini kurang menarik dan apakah yang
bolehdiakukan untuk meningkatkan kefahaman pelajar tentang konsep bahagi
terhadap nombor pecahan?
Semasa perbincangan saya dengan rakan rakan dalam mesyuarat
panitia, ada guru yang menyuarakan bahawa pelajar hari ini terlalu bergantung
kepada guru ,suka disuapkan dan kurang berusaha sendiri untuk membolehkan
mereka menjadi cemerlang.
Namun begitu apakah tindakan yang boleh saya ambil untuk mengatasi masalah
ini ? Saya telah berusaha untuk meningkatkan kaedah pengajaran dan
pembelajaran namun masih ramai pelajar yang tidak menguasai konsep ini.
Isu keperihatinan / Fokus Kajian.
Setelah tinjauan awal yang dibuat, saya dapati pelajar pelajar ini kurang
menguasai konsep asas membahagi pecahan. Kebanyakkan pelajar pelajar ini
dipaksa menghafal langkah langkah meyelesaikan masalah membahagikan
pecahan.Oleh kerana pelajar hanya mengafal langkah langkah tanpa
pemahaman yang betul, kebanyakkan pelajar terlupa langkah-langkah kerja
semasa menjawab soalan. Justeru itu ia menghasilkan jawapan yang tidak betul.
Objektif Kajian.
Di akhir kajian ini adalah diharapkan pelajar dapat mencapai objektif berikut

Objektif umum.
Di akhir kajian ini adalah diharapkan pelajar dapat menguasai tajuk pecahan
dengan baik.
Objektif Khusus.
i.
Membantu pelajar menguasai kemahiran membahagi pecahan
ii.
Meningkatkan peratus kelulusan pelajar dalam matapelajaran
matematik dalam peperiksaan akhir tahun.
Kumpulan sasaran.
25 orang daripada 42 pelajar tingkatan 1 Velaris yang terdiri daripada 13 pelajar
lelaki dan 12 pelajar perempuan.
Aktiviti yang dicadangkan.
1. Tinjauan masalah.
Sebelum langkah langkah seterusnya diambil dalam kajian ini, Satu
tinjauan terdapat masalah sebenar dibuat dengan cara;
i.
Mengadakan ujian khas yang berkaitan dengan tajuk operasi
membahagikan pecahan.
ii.
Menganalisis keputusan ujian pra.
2. Mengeksperimen operasi membahagi.
i.
terhadap nombor bulat
ii.
nombor bulat terhadap pecahan.
3. Penerangan operasi bahagi pecahan terhadap pecahan dengan kaedah
pelaziman.
4. Melaksanakan ujian post.
Jadual Perlaksanaan Kajian
Bil
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.

Aktiviti
Mengenal pasti masalah dan
pengumpulan data
Menulis proposel kajian
Merancang tindakan
Melaksanakan tindakan ( aktiviti 1)
Membincangkan masalah yang
timbul dalam aktiviti 1
Melaksanakan tindakan (aktiviti 2)
Melaksanakan tindakan (aktiviti 3)
Menjalankan ujian post test
Refleksi kajian
Menulis laporan kajian
Membentangkan hasil kajian

Tarikh
16/5/2006
19/5/2006
22/5/2006
5/6/2006
8/6/2006
12 / 6/ 2006
13 / 6 / 2006
15 / 6 / 2006
19 / 6 / 2006
20 / 6 / 2006
26/ 6 / 2006

Kos Kajian
Bil JENIS BAHAN
1.
2.
3.
4.
5.

Kertas A4
Printer Cartrige
Photostat bahan dan
laporan kajian
Buku catatan guru
Selinder Penyukat
(Pelbagai isipadu)

KUANTITI X HARGA
SEUNIT
5 x RM 9.90
1 x RM 80.00

JUMLAH KOS

1 x RM 2.00
12 x RM 10.00

RM 2.00
RM 120.00

JUMLAH

RM 301.50

RM 49.50
RM 80.00
RM 50.00

Anda mungkin juga menyukai