Anda di halaman 1dari 21

(TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA)

(MUKA SURAT HADAPAN)

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI 2012

HBPE 3203

PENDIDIKAN LUAR

NO. MATRIKULASI

830706055058002

NO. KAD PENGNEALAN

830706-05-5058

NO. TELEFON

012-2305360

E-MEL

kiapicanto_05@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN

PUSAT PEMBELAJARAN NEGERI


SEMBILAN

HBPE 3203

ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan

1.1 Konsep Pemuliharaan dan Pemeliharaan Alam Sekitar di Malaysia

1.2 Kepentingan Pemuliharaan dan Pemeliharaan Alam Sekitar

berdasarkan Objektif Pendidikan Konserversi UNESCO 1976

2.0 Fakta-fakta Asas Flora dan Fauna yang Dikaji

2.1 Flora Pokok Bakau

2.2 Fauna Orang Utan

3.0 Status Taburan dan Populasi Flora dan Fauna


3.1 Flora Pokok Bakau

3.2 Fauna Orang Utan

10

4.0 Faktor-Faktor Kepupusan Flora dan Fauna


4.1 Flora Pokok Bakau

12

4.2 Fauna Orang Utan

13

5.0 Usaha-Usaha Konserversi


5.1 Flora Pokok Bakau

15

5.2 Fauna Orang Utan

16

6.0 Kesimpulan

17

7.0 Bibliografi

18

HBPE 3203

1.0 Pengenalan
Bumi dan alam sekitar adalah ciptaan Allah Yang Maha Kuasa. Manusia dijadikan
Allah untuk menjaga alam sekitar yang telah diamanahkan kepada mereka. Menurut Kamus
Dewan edisi keempat (2007), alam bermaksud dunia, bumi atau segala yang terdapat di langit
dan di bumi. Sekitar pula bermaksud di satu tempat atau sekeliling. Perkataan alam sekitar
pula membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan yang membawa maksud apa
sahaja yang melingkungi manusia. Menurut Akta Kualiti Alam Sekitar Malaysia (2004), alam
sekitar atau persekitaran bermaksud faktor-faktor fizikal yang mengelilingi kehidupan
manusia. Ia termasuklah tanah, air, udara, iklim, bau, rasa, faktor biologi dan juga faktor
sosial. Kesemua benda-benda ini saling bergantungan antara satu sama lain.

1.1 Konsep Pemuliharaan dan Pemeliharaan Alam Sekitar di Malaysia


Menurut Abu Bakar Yang (2004) pula, alam sekitar merupakan penampung kepada
keperluan benda-benda hidup yang ada di muka ini dengan membekalkan sumber makanan,
udara dan sumber tenaga. Alam sekitar yang berkualiti amat penting untuk memelihara
hubungan antara satu organisma dengan organisma yang lain. Alam sekitar yang berkualiti
juga dapat mewujudkan hubungan yang erat di antara manusia, haiwan dan tumbuhtumbuhan. Manakala menurut Fadil Othman (1996), pengertian sains dan teknologi
berdasarkan alam sekitar ialah, segala apa yang ada disekeliling dan berhubung kait
dengannya sehingga menimbulkan suatu suasana atau persekitaran. Oleh itu, sesuatu yang
ada di alam ini mempunyai persekitaran masing-masing dan boleh menjadi persekitaran
kepada sesuatu yang lain.
Menurut agama Islam, invironmentalisme berasaskan kepada ajaran tauhid
menjadikan akhlak sebagai teras hubungan antara manusia, alam dan tuhan. Menurut Hj
Husin (2011), terdapat hadis Rasulullah yang menyatakan bahawa misi kerasulannya adalah
untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Oleh itu, sebarang pencemaran alam sekitar
yang berlaku adalah berpunca daripada ketidaksempurnaan akhlak manusia terhadap dirinya,
alam dan tuhan. Akhlak yang tidak sempurna akan mendorong kepada kebinasaan kepada diri
sendiri dan alam sekitar. Oleh itu, konsep agama Islam menjadikan manusia sebagai khalifah
menunjukkan bahawa alam ini merupakan ciptaan Allah dan sebagai manusia, kita perlu
menjaga amanah yang diberikan dengan sebaik-baiknya.
2

HBPE 3203

1.2 Kepentingan Pemuliharaan dan Pemeliharaan Alam Sekitar berdasarkan


Objektif Pendidikan Konserversi UNESCO 1976

Berdasarkan objektif pendidikan konserversi mengikut UNESCO 1976, terdapat enam


objektif yang perlu dilakukan bagi memulihara dan memelihara alam sekitar. Antara objektifobjektif tersebut ialah kesedaran, pengetahuan, sikap, kemahiran, kebolehan menilai dan
bekerjasama. Sekiranya kesemua objektif ini dapat dicapai, masalah-masalah yang berkaitan
dengan alam sekitar akan diatasi dan seterusnya akan dapat menghasilkan alam sekitar yang
sempurna untuk didiami oleh semula hidupan dimuka bumi ini.

Objektif yang pertama adalah untuk membentuk kesedaran terhadap setiap individu
terhadap kepentingan penjagaan alam sekitar. Objektif ini sangat penting untuk dicapai oleh
setiap lapisan masyarakat supaya mereka dapat memberikan satu kesedaran dalam diri
mereka dalam pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar. Kesedaran yang berjaya dipupuk
dalam diri setiap individu juga dapat membantu meningkat keprihatinan mereka terhadap
pendidikan konservasi alam sekitar yang dilakukan. Sebagai contoh, kempen-kempen yang
dilakukan secara berterusan melalui media massa dapat membantu memberikan kesedaran
kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Antara kempen-kempen
tersebut ialah kempen menjaga kebersihan sungai, kempen mengelakkan pembakaran secara
terbuka dan sebagainya.

Objektif yang kedua ialah pengetahuan. Pengetahuan bermaksud pemahaman yang


diperolehi mengenai alam sekitar dari sudut permasalahan, peranan dan tanggungjawab setiap
manusia terhadap alam sekitar dan isu-isu yang berkaitan dengannya. Pengetahuan yang
diperolehi oleh setiap manusia akan memberikan mereka rasa tanggungjawab terhadap
penjagaan alam sekitar. Secara tidak langsung, ia akan dapat mendidik masyarakat untuk
memberikan komitmen yang padu terhadap aktiviti-aktiviti konserversi alam sekitar. Sebagai
contoh, pelajar-pelajar di sekolah telah diberi pengetahuan oleh guru secara menyeluruh
tentang kepentingan menjaga alam sekitar melalui subjek pendidikan alam sekitar. Melalui
subjek ini, pelajar-pelajar ini akan mengetahui kepentingan penjagaan alam sekitar dan
manfaat yang boleh diperolehi sekiranya alam sekitar ini terjaga dan terpelihara.

HBPE 3203

Objektif yang seterusnya ialah tentang sikap. Sikap yang dimaksudkan ialah sikap
individu yang sayangkan alam semula jadi. Sikap sayang ini akan dapat membuatkan mereka
bertindak dengan lebih proaktif untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Antara sikap
yang perlu dipupuk ialah keprihatinan yang mendalam terhadap alam sekitar, semangat dalam
menghargai alam secara lestari dan motivasi diri untuk menyertai usaha-usaha yang
dilakukan oleh pelbagai pihak dalam usaha untuk melindungi alam sekitar. Bukan itu sahaja,
pembentukan sikap yang mesra terhadap alam semula jadi akan menjadikan setiap daripada
kita lebih menghargai sumber-sumber alam dengan lebih baik lagi. Sebagai contoh, sesebuah
institusi kekeluargaan atau institusi pendidikan dapat memupuk dan membentuk anak-anak
supaya sayangkan alam sekitar. Ini supaya konsep menjaga alam alam sekitar dapat
diterapkan dalam dari mereka ketika mereka masih kanak-kanak lagi.

Objektif yang keempat ialah kemahiran. Kemahiran ialah peranan dan kepakaran
anggota masyarakat dalam memelihara alam semula jadi. Kemahiran yang diperolehi akan
dapat membantu mereka untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan alam sekitar
yang berlaku disekeliling mereka dengan lebih efisyen lagi. Kemahiran yang diperolehi juga
dapat memberikan maklumat yang betul kepada kelompok masyarakat yang lain dalam
menggunakan sesuatu teknik atau cara bagi menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan
alam sekitar. Sebagai contoh, jika seseorang individu mempunyai pengetahuan dan
kemahiran yang mendalam terhadap penyelesaian bagi sesuatu masalah berkaitan dengan
alam sekitar, maka dia boleh menggunakan kemahirannya bagi membantu menyelesaikan
masalah tersebut.

Objektif yang kelima ialah kebolehan menilai. Kebolehan menilai bermaksud setiap
anggota masyarakat dapat menilai dan mengukur setiap tindakan yang mereka ambil yang
berkaitan dengan alam sekitar. Selain itu, kebolehan menilai ini juga dapat membantu setiap
lapisan masyarakat untuk menilai setiap program konservasi yang dijalankan dari segi
kebaikan dan manfaat yang boleh diperolehi oleh mereka dan alam sekitar. Sebagai contoh,
dalam aspek penjagaan kebersihan sungai, masyarakat boleh menilai sendiri tindakan yang
mereka lakukan seperti membuang sampah ke dalam sungai, dapat memberi kesan pada masa
akan datang. Sekiranya penilaian diambil sebelum sesuatu tindakan dilakukan, mereka akan
dapat menyedari bahawa tindakan yang mereka ambil akan membinasakan sungai dan
seterusnya alam sekitar.
4

HBPE 3203

Objektif yang terakhir ialah bekerjasama. Pendidikan konservasi yang dilaksanakan


akan dapat menyatukan setiap lapisan masyarakat untuk sama-sama mengambil bahagian
dalam aktiviti konservasi alam sekitar yang dilakukan. Kerjasama dari semua pihak dapat
meningkatkan rasa tanggungjawab mereka terhadap sesuatu masalah. Sebagai contoh,
terdapat beberapa kumpulan NGO yang sering mengadakan aktiviti membersihkan alam
sekitar seperti di kawasan perkelahan, pusat rekreasi dan taman-taman awam. Kumpulankumpulan NGO ini bekerjasama dan berganding bahu dalam memberikan sumbangan tenaga
dan idea supaya alam sekitar berada dalam keadaan yang bersih dan terjaga. Inisiatif yang
diambil oleh kumpulan-kumpulan ini merupakan satu kerjasama yang baik dan dapat
memberi manfaat kepada semua pihak.

Kesimpulannya, objektif pendidikan konserversi amatlah penting bagi membentuk


jiwa yang sayang akan alam sekitar kepada manusia sejagat. Pemuliharaan dan pemeliharaan
alam sekitar perlu dilakukan kerana alam sekitar merupakan satu elemen yang penting dalam
kehidupan manusia. Ia bersifat sejagat dan bukannya bersifat sementara. Segala pencemaran
yang berlaku kepada alam sekitar akan memberikan kesan buruk kepada manusia secara
langsung atau tidak langsung. Jadi, amatlah penting kepada kita sebagai manusia untuk samasama berganding bahu bagi memastikan alam sekitar ini terjaga dan terpelihara.

2.0 Fakta-fakta Asas Flora dan Fauna yang Dikaji


Flora dan fauna khazanah yang berharga kepada manusia. Menurut Kamus Dewan
edisi keempat (2007), flora membawa maksud keseluruhan tumbuh-tumbuhan yang terdapat
di sesuatu daerah atau pada sesuatu masa. Fauna pula bermaksud seluruh binatang yang hidup
disesuatu daerah tertentu. Menurut sumber dari majalah Dewan Kosmik 28 April 2011, di
Malaysia terdapat beberapa spesis flora yang hampir pupus. Antaranya ialah buah Setambun
Merah, Pokok Bakau, pokok Merawan Kanching, Keruing Layang, Putat, Orkid Jewel, Buah
Simpoh, Kulat Earth Ball dan sebagainya. Manakala menurut sumber dari laman sesawang
PERHILITAN, fauna yang dikesan hampir pupus di Malaysia ialah Badak Sumatera, Orang
Utan, Monyet Probascis, Gajah Asia, Linsang, Pipit Pinang, Harimau Belang, Kongkang,
Harimau Bintang dan sebagainya. Kesemua fauna yang hampir pupus ini dilindungi
sepenuhnya oleh PERHILITAN melalui akta perlindungan hidupan liar 2010 (akta 716).

HBPE 3203

2.1 Flora Pokok Bakau

Hutan hujan tropika merupakan satu ekosistem kompleks yang menampung pelbagai
jenis tumbuhan dan haiwan. Ia menyediakan habibat kepada pelbagai jenis flora dan fauna.
Selain itu, ia juga membantu untuk mengawal iklim, sumber air dan kestabilan alam sekitar.
Hutan hujan tropika terdiri daripada hutan paya laut, hutan paya gambut, hutan pamah dan
bukit. Hutan paya laut atau dikenali sebagai hutan paya bakau merujuk kepada kawasan hutan
yang terdapat di pesisiran laut yang bercampur pasir laut apabila air pasang dan surut. Ia
merupakan salah satu daripada ekosistem lahan basah yang terdiri daripada kawasan payau,
paya dan tanah gambut. Ia juga memiliki vegetasi rata, rapat dan memiliki tumbuhan
berdaun. Hutan paya laut mempunyai pelbagai spesis flora dan fauna yang penting kepada
sistem ekologi dan biologi di Malaysia. Antara spesis utama hutan paya laut ialah pokok
bakau. Antara jenis-jenis tumbuhan bakau adalah seperti Bakau Minyak (Rhizophora
Apiculata), Lenggadai (Bruguiera Parriflora), Bakau Tulen (Rhizophora Stylosa), Bakau
Kurap (Rhizophora Mucronata), Bakau Putih/Berus (Bruguiera Cylindrica) dan Bakau Tegar
(Ceriops Tagal).

Hutan paya bakau merupakan antara tempat penghasilan dan pembiakan sumber laut.
Ini kerana, kawasan paya bakau merupakan tempat perlindungan bagi anak-anak ikan
berlindung dari ikan pemangsa. Terdapat beberapa spesis fauna seperti ikan dan udang yang
menggunakan paya bakau sebagai tempat untuk mereka mencari makanan, bertelur dan
membesar. Kawasan bakau dan dataran lumpur paya bakau merupakan tapak bagi burungburung residen dan hijrah mencari makanan dan membuat sarang. Kawasan paya bakau ini
6

HBPE 3203

juga kaya dengan sumber makanan yang gugur dari pokok-pokok sekitar. Selain itu, ia juga
menjadi habitat kepada ketam yang merupakan makanan istimewa dan menjadi sumber
pendapatan kepada penduduk setempat. Kawasan paya bakau merupakan tempat yang sesuai
untuk menternak ikan atau udang dalam sangkar.

Bukan itu sahaja, hutan paya bakau juga berperanan sebagai benteng pemecah,
menahan dan mengurangkan daya kekuatan pukulan ombak. Ia juga dapat menghalang
hakisan tanah dan tiupan angin kencang. Pokok bakau telah terbukti dapat membantu
menyelamatkan beberapa rumah kediaman dan bot-bot nelayan yang ditambat di alur sungai
daripada menerima kerosakan yang lebih teruk. Selain itu, ia juga dapat menstabilkan
kawasan pantai dan bertindak sebagai pemampan semulajadi terhadap ribut taufan. Akar
daripada pokok bakau juga mengheningkan air yang berkelodak dan menjadikan air
dikawasan tersebut jernih. Bukan itu sahaja, kayu pokok bakau juga tahan lama dan mampu
terendam dalam air dalam tempoh waktu yang panjang. Ia sering digunakan dalam
pembinaan tiang jeti dan sesuai dibakar bagi menghasilkan arang.

2.2 Fauna Orang Utan

Salah satu daripada fauna yang hampir pupus di Malaysia ialah orang utan. Nama
saintifik orang utan ialah pongo pygmeus. Orang utan adalah spesis hidupan liar yang
terancam dan dilindungi sepenuhnya di bawah Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997.
Dianggarkan kini terdapat hampir 20,000 hingga 27,000 orang utan yang masih wujud secara
bebas di kepulauan Borneo dan Sumatera. Mamalia ini terdapat di kawasan pergunungan
pada paras 2400 M dari Gunung Kinabalu.

HBPE 3203

Orang utan tidak berekor dan mempunyai telinga dan hidung yang kecil. Bulu
dibadannya panjang, lembut dan berwarna keperangan. Orang utan jantan mempunyai pad
pipi yang lebih yang lebih lebar apabila matang. Bulu keningnya tidak begitu mudah dilihat
manakala tulang mulut dan dagunya menonjol keluar. Kepalanya berbentuk bujur dan
matanya bersaiz kecil. Mereka juga mempunyai lengan yang panjang dan kuat. Bagi orang
utan jantan, purata panjang kepada dan badannya ialah adalah lebih kurang 96 sentimeter,
ketinggian 1.4 meter dan berat 70 kilogram hingga 100 kilogram. Manakala orang utan
betina mempunyai berat di antara 34 kilogram hingga 40 kilogram.

Mamalia ini

membina sarang di atas pokok dengan menggunakan dahan-dahan

berdaun untuk mereka tidur pada waktu malam. Selalunya, orang utan membina sarang baru
setiap hari. Mereka merupakan antara haiwan yang suka bersendirian dan hanya hubungan
antara ibu dan anak sahaja yang berkekalan. Orang utan jantan hanya akan bergaul dengan
orang utan betina pada musim mengawan. Orang utan merupakan binatang pendiam dan
tidak menyerang haiwan lain. Pergaduhan jarang berlaku di antara orang utan dan mereka
jarang memonopoli kawasan kawalan. Orang utan hanya makan buah-buahan, daun-daun,
kulit kayu, bunga hutan dan pucuk-pucuk pokok. Kadang-kadang, mereka juga makan telur
burung dan cicak kecil. Mamalia ini boleh hidup melebihi 50 tahun. Ada juga yang mencapai
umur yang lebih panjang.

Seekor orang utan betina mampu melahirkan 3 hingga 4 ekor anak sekali dengan
purata seekor anak setiap tahun. Masa bunting adalah selama 9 bulan. Anak orang utan akan
disusukan selama beberapa tahun dan dibawa bersama ibunya selama 1 hingga 2 tahun
sebelum anak orang utan itu berdikari sendiri. Anak orang utan mempunyai kadar
pembesaran yang lambat kadang-kadang mengambil masa 5 hingga 7 tahun sebelum
mencapai kematangan seksual.

HBPE 3203

3.0 Status Taburan dan Populasi Flora dan Fauna


3.1 Flora Pokok Bakau
Di Malaysia, hutan paya bakau boleh dilihat di kawasan Semanjung Malaysia dan di
Sabah dan Sarawak. Terdapat 646,000 hektar hutan paya Bakau di Malaysia iaitu 366,000
hektar di Sabah, 174,000 hektar di Sarawak dan 106,000 hektar di Semenanjung Malaysia.
Pulau-pulau berhampiran pantai yang paling banyak ditumbuhi pokok bakau ialah 6 buah
pulau yang merangkumi gugusan Pulau Klang dan Pulau Kukup di Johor. Negeri Sabah pula
mempunyai kawasan pokok yang bakau yang besar berbanding dengan negeri-negeri lain di
Malaysia.

Berdasarkan peta yang ditulis oleh Hanisah Mohd Amin (2005), dapat diperhatikan
bahawa hutan paya bakau kebanyakannya terdapat di kawasan pantai barat Semenanjung
Malaysia iaitu di negeri Perak, Selangor, Terengganu, Johor dan Kedah. Hutan paya bakau
juga terdapat di pantai timur Sabah dan pantai utara dan barat daya Sarawak. Hutan Bakau
utama di Terengganu ialah di Hutan Simpan Sungai Pimpin Dungun, Hutan Simpan Kuala
Kemaman, Kampung raja, Lagun Setiu, Kampung Benting Lintang, Kampung Kuala Bharu,
Batu Rakit dan beberapa tempat lagi. Walaupun kelihatan habitat hutan paya bakau ini
banyak, namun kini hutan paya bakau semakin diancam kepupusan akibat daripada sikap

HBPE 3203

manusia yang tamakkan wang ringgit tanpa memikirkan akibat daripada perbuatan mereka
kepada ekosistem hutan paya bakau.
3.2 Fauna Orang Utan
Orang utan adalah haiwan yang sukar ditemui di dalam hutan. Menurut Newsletter
keluaran Jabatan Hidupan Liar (JHL) Tembadau Sabah, baru-baru ini JHL dibiayai oleh
DANIDA/Projek SWD-CAP dan Pertubuhan Bukan Kerajaan Perancis-HUTAN telah
memulakan Kajian Fauna Kedua di Sabah. Aktiviti ini akan membolehkan mereka
menentukan saiz populasi orang utan dan taburannya di negeri ini. Pada masa ini, cara yang
paling tepat adalah dengan menggunakan teknik pengiraan sarang orang utan disepanjang
transek. Walau bagaimanapun teknik ini banyak menggunakan tenaga, masa, kakitangan,
kewangan dan kawasan yang dapat ditinjau dari tanah adalah terhad.

Sejak 3 tahun lepas, Kinabatangan Orang Utan Conversation Projek (KOCP) telah
bekerjasama di kawasan Kinabatangan untuk membangunkan kaedah pengiraan sarang orang
utan melalui bancian dari udara, dengan menggunakan helikopter. Hasilnya, penggabungan
kedua-dua kaedah ini boleh menentukan saiz taburan dan populasi orang utan dengan lebih
tepat. Sehingga kini, kumpulan daripada JHL dan KOCP telah membuat kajian lebih kurang
separuh daripada kawasan hutan di Sabah. Hasil awal untuk sebilangan hutan simpan yang
telah ditinjau sehingga kini adalah seperti di bawah.

10

HBPE 3203

Kawasan Hutan Simpan

Saiz Habibat

Kepadatan Orang

Saiz Populasi

(km )

Utan (seekor/km)

(seekor)

Sanktuari Hidupan Liar


Kinabatangan (SHLK)

247

2.00

495

Hutan sekeliling SHLK

320

1.44

460

Hutan Simpan Gunung Rara

2200

0.11

240

Hutan Simpan Kalabakan

2200

0.20

440

Hutan Simpan Malua

340

2.41

820

Hutan Simpan Ulu Segama

1600

1.86

2980

Hutan Simpan Danum Valley

420

0.80

335

Hutan Simpan Segaliud Lokan

570

1.48

840

Hutan Simpan Tangkulap

270

1.79

480

Hutan Simpan Deramakot

530

1.78

945

Hutan Simpan Ulu Kalumpang

500

0.20

100

Berdasarkan kepada jadual di atas, didapati bahawa taburan orang utan tidak seragam
dan ia lebih tertumpu di hutan bahagian Timur Sabah. Walau bagaimanapun, terdapat juga
sebilangan kecil populasi yang terpencil dibahagian Croker dan Taman Kinabalu. Selain itu,
11

HBPE 3203

Hutan Simpan Samantolong, Madai, Baturong, Sugut dan Paitan yang mempunyai kepadatan
orang utan yang agak rendah. Populasi orang utan yang terdapat di Ulu Segama, Malua,
Kuamut, Gunung Rara, Hutan Simpan Kalabakan dan lembah Danum yang kesemuanya
dibawah jagaan Yayasan Sabah, adalah populasi yang terbesar di Malaysia, dengan bilangan
minima sebanyak 5000 individu, populasi ini merupakan tempat terakhir bagi spesis orang
utan ini di Borneo. Ia juga merupakan peluang terakhir bagi orang utan untuk terus hidup
dalam jangka masa yang panjang.

Malua adalah hutan simpan yang mempunyai kepadatan orang utan tertinggi dalam
konsesi Yayasan Sabah iaitu 2.41 individu/km dengan lebih daripada 800 ekor orang utan.
Manakala di Hutan Simpan Ulu Segama menyokong lebih 3000 ekor orang utan dengan
corak taburan berbeza manakala rekod kepadatan tertinggi adalah di sekeliling Lembah
Danum. Menurut kajian juga, kepadatan orang utan di bahagian selatan Hutan Simpan Ulu
Segama adalah tinggi walaupun di kawasan itu habitatnya hampir musnah. Selain itu, Hutan

Lembah Danum mempunyai populasi lebih kurang 500 individu orang utan. Hutan Dara
Lembah Danum merupakan hutan simpan kelas pertama. Walaupun Lembah Danum adalah
kawasan habitat penting untuk orang utan, ia mempunyai kawasan yang terhad. Ini kerana,
hutan dara mempunyai sumber makanan yang terhad mengikut musim. Walaupun hutan dara
digemari oleh spesis orang utan, namun adalah mustahil bagi mereka untuk mendiami
kawasan tersebut dalam tempoh waktu yang lama.

Kajian yang dilakukan dari udara dibahagian selatan Hutan Simpan Kuamut
menunjukkan kehadiran sarang orang utan yang banyak. Walau bagaimanapun, hanya
sebilangan kecil kawasan Hutan Simpan Kuamut yang telah ditinjau dan terlalu awal untuk
membuat anggaran saiz populasi dan taburan orang utan di hutan simpan ini. Kebanyakan
populasi orang utan yang dikenalpasti tinggal di luar kawasan yang dilindungi iaitu di dalam
kawasan yang dieksploitasi oleh manusia. Bagi memastikan kehadiran spesis orang utan
berkekalan di negeri Sabah, ia harus dilindungi secara aktif dan efektif.

4.0 Faktor-Faktor Kepupusan Flora dan Fauna


4.1 Flora Pokok Bakau

12

HBPE 3203

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan kepupusan hutan pokok bakau di
Malaysia. Antaranya ialah aktiviti pembalakan kayu bakau secara berleluasa, aktiviti
penternakan ikan dan udang, penukaran kawasan hutan bakau kepada kawasan pertanian atau
pembangunan, pencemaran minyak dan bahan buangan industri, pemburuan haiwan-haiwan
di kawasan hutan bakau dan penggunaan peralatan perikanan yang merosakkan. Faktor yang
pertama ialah pembalakan hutan pokok bakau secara berleluasa. Terdapat segelintir manusia
yang lebih mementingkan keuntungan daripada alam sekitar. Hutan paya bakau ditebang
sesuka hati bagi mendapatkan batang pokok bakau. Batang pokok bakau mendapat
permintaan ramai pihak kerana ia boleh dijadikan sebagai benteng penahan ombak, kayu
pengikat bot dan sampan dan juga boleh dibakar untuk dijadikan arang. Maka disebabkan itu,
permintaan terhadap kayu pokok bakau semakin tinggi dan menyebabkan penebangan pokok
bakau semakin berleluasa. Faktor yang kedua ialah aktiviti penternakan ikan dan udang di
kawasan hutan bakau boleh menyebabkan habitat pokok bakau terjejas. Ini kerana, aktiviti
tersebut dapat menjejaskan ekosistem yang ada di kawasan tersut dan seterusnya
mengganggu pokok bakau daripada berkembang.
Faktor yang ketiga ialah penukaran kawasan hutan bakau kepada kawasan pertanian
atau pembangunan. Sejak kebelakangan ini, kita dapat melihat pembangunan pesat
membangun di kawasan sekitar tepi pantai atau sungai. Terdapat banyak chalet dan hotelhotel yang dibina dikawasan hutan paya bakau dan sekaligus memusnahkannya. Faktor yang
keempat ialah pencemaran minyak dan bahan buangan industri. Terdapat banyak kilangkilang dan perusahaan-perusahaan kecil yang dibina berhampiran kawasan hutan pokok
bakau. Kilang dan perusahaan ini akan mengalirkan minyak dan bahan buangan industri
mereka ke dalam kawasan hutan pokok bakau. Ini akan menyebabkan banyak hidupan
akuatik di kawasan tersebut terjejas dan menyebabkan ekosistem dikawasan tersebut terjejas.

Faktor yang seterusnya ialah pemburuan haiwan di kawasan hutan bakau oleh
pemburu-pemburu haram. Kegiatan yang tidak bermoral ini boleh mengganggu tumbesaran
pokok bakau dan haiwan-haiwan yang berada di sekitarnya. Ini kerana, pemburu-pemburu ini
tidak memikirkan akibat daripada perbuatan mereka kepada keadaan sekitar malah mereka
akan berasa bangga apabila hajat mereka untuk mendapatkan haiwan tertentu tercapai. Faktor
yang terakhir ialah penggunaan peralatan perikanan yang merosakkan kawasan sekeliling.
Cara pengendalian peralatan perikanan yang tidak betul seperti penggunaan jala atau pukat

13

HBPE 3203

ikan akan menyebabkan kawasan hutan pokok bakau terjejas dan memusnahkan habitat hutan
paya bakau secara perlahan-lahan.

4.2 Fauna Orang Utan


Terdapat pelbagai punca yang menyumbang kepada kepupusan orang utan di
Malaysia sama ada secara langsung atau tidak langsung. Menurut sumber dari akhbar Berita
Harian bertarikh 27 Februari 2012, antara punca-punca bilangan orang utan semakin
berkurangan dan diancam kepupusan ialah pemburuan haram, pembalakan haram, gangguan
manusia terhadap habitat orang utan, pemerdagangan hidupan liar oleh manusia, pembukaan
kawasan untuk penanaman kelapa sawit dan sebagainya. Faktor pertama kepupusan spesis
orang utan ialah pemburuan haram. Pemburuan orang utan secara haram sering berlaku
kerana mendapat permintaan yang tinggi. Pemburuan ini akan mengakibatkan spesis orang
utan semakin pupus dan akan menyebabkan kemusnahan kepada habitat orang utan.

Faktor yang kedua ialah pembalakan haram. Terdapat segelintir manusia yang
menebang pokok secara haram jauh di dalam hutan kerana pokok-pokok yang berharga
selalunya terdapat di kawasan hutan yang masih belum diterokai lagi. Aktiviti ini dilakukan
dikawasan hutan tebal kerana pihak yang tidak bertanggungjawab ini tidak mahu aktiviti
pembalakan haram mereka dikesan oleh pihak berkuasa. Disebabkan aktiviti ini, banyak
habitat haiwan liar musnah termasuklah habitat orang utan. Faktor yang ketiga ialah
gangguan manusia ke atas habitat orang utan. Kawasan habitat orang utan tidak boleh
diganggu atau dimusnahkan. Ini kerana, orang utan merupakan haiwan yang sensitif terhadap
gangguan, Sekiranya perkara ini berlaku, orang utan akan meninggalkan kawasan mereka dan
berpecah daripada kumpulan mereka. Sekiranya mereka hidup bersendirian, risiko diserang
haiwan lain adalah tinggi dan seterusnya akan mengancam nyawa mereka.

Faktor yang seterusnya ialah pemerdagangan hidupan liar. Terdapat beberapa


kumpulan manusia yang memperdagangkan hidupan liar disebabkan permintaan yang tinggi
oleh sesetengah individu. Ini sebabkan kerana, populasi orang utan yang hanya terdapat di
Malaysia dan Indonesia. Orang utan yang ditangkap akan diseludup ke negara luar dan dijual
dengan harga yang tinggi. Akibat daripada perbuatan ini akan menyebabkan habitat orang
14

HBPE 3203

utan semakin pupus dan diancam kemusnahan. Faktor yang terakhir ialah pembukaan
kawasan untuk penanaman kelapa sawit. Terdapat beberapa kawasan habitat orang utan yang
berada dalam kawasan pertanian milik Yayasan Sabah. Kawasan tersebut merupakan
kawasan yang dicadangkan untuk penanaman pokok kelapa sawit. kawasan tersebut telah
dibangunkan dan ini menyebabkan orang utan yang mendiami kawasan tersebut terpaksa
berpindah ke kawasan lain. Sewaktu perpindahan tersebut, mereka terdedah dengan bahaya
diburu dan dibunuh oleh pemburu-pemburu haram.

5.0 Usaha-Usaha Konserversi


5.1 Flora Pokok Bakau
Bagi mengatasi masalah kepupusan pokok paya bakau di Malaysia, terdapat beberapa
inisiatif yang telah diambil oleh kerajaan Malaysia bagi menyelesaikan masalah ini.
Antaranya ialah menggubal satu akta baru bagi mencegah pencerobohan hutan paya bakau.
Akta ini penting bagi menghalang pihak yang tidak bertanggungjawab daripada melakukan
sesuka hati mereka terhadap habitat hutan paya bakau. Usaha yang kedua ialah dengan
menjalankan pemeriksaan secara berkala terhadap kawasan-kawasan panas ini bagi
mengelakkan pokok bakau ditebang sesuka hati. Jabatan Perhutanan dan Pihak Maritim telah
menjalinkan satu usahasama bagi membendung pencerobohan hutan pokok bakau secara
berleluasa. Usahasama ini terbukti berkesan apabila terdapat penurunan terhadap kes-kes
penebangan pokok-pokok bakau secara haram di sekitar Semenanjung Malaysia.

Usaha yang ketiga ialah program penanaman semula pokok bakau. Terdapat beberapa
tempat yang telah menjalankan projek penanaman semula pokok bakau bagi mengelakkan
kepupusannya. Contohnya seperti sebuah badan bukan kerajaan iaitu Global Environment
15

HBPE 3203

Centre (GEC) yang telah mengambil inisiatif untuk membuat projek penanaman semula
pokok bakau di Kuala Gula, Perak yang telah mengalami masalah kepupusan pokok bakau.
Bukan itu sahaja, GEC juga telah menubuhkan Sahabat Hutan Bakau bagi menyelamatkan
ekosistem di sekitar Kuala Gula.

Selain itu, terdapat pelbagai agensi kerajaan dan agensi swasta di Malaysia yang
bergiat cergas dalam aktiviti memulihara dan memelihara alam sekitar. Antaranya ialah
Kementerian Alam Sekitar, Kementerian Pelajaran Malaysia, Malaysia Nature Society,
Sahabat Alam Malaysia, World Wildlife Fund Malaysia dan sebagainya. Agensi-agensi ini
bersama-sama memberikan pendidikan kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga
alam sekitar, cara-cara untuk mengelakkan kemusnahan alam sekitar dan pelbagai perkara
yang berkaitan dengan alam sekitar. Antara contoh kempen yang dilaksanakan oleh pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia ialah kempen Satu Pelajar, Satu Pokok. Kempen ini
berjaya memupuk semangat cintakan alam sekitar dalam diri setiap pelajar yang menyertai
program ini.

5.2 Fauna Orang Utan


Di Sabah, orang utan adalah haiwan yang dilindungi di bawah Ordinan Pemuliharaan
Haiwan 1963. Oleh itu, Jabatan Hidupan Liar Malaysia telah mengambil inisiatif untuk
membuka penempatan orang utan seperti di Semanggoh Sarawak dan di Sepilok Sabah bagi
membendung kepupusan orang utan ini daripada berleluasa. Penempatan ini dapat membantu
mengambil anak orang utan yang kehilangan ibu mereka akibat daripada pemburuan haram
dan dijaga di penempatan tersebut. Anak-anak orang utan ini akan dijaga dan diberi makanan
supaya mereka dapay meneruskan hidup. Pada peringkat umur tertentu, mereka akan
dibebaskan di kawasan hutan yang sebenar.

Usaha konserversi yang kedua ialah dengan memulakan pelan pembangunan negeri
untuk spesis orang utan dengan kerjasama oleh Jabatan Hidupan Liar, DANIDA/Projek
SWD-CAP, di mana ia melibatkan penglibatan semua pihak iaitu Jabatan Hutan Yayasan
Sabah, pengurus syarikat konsesi pembalakan, komuniti tempatan dan sebagainya. Satu
perjanjian telah dimeterai oleh pihak-pihak yang berkenaan untuk melindungi dan menjauhi
kawasan habitat hidupan orang utan supaya ekosistem dikawasan tersebut tidak terjejas dan
seterusnya menghalang habitat orang utan daripada pupus.
16

HBPE 3203

Pendidikan konservasi alam sekitar juga merupakan salah satu daripada inisiatif yang
dilakukan untuk memberi pendidikan kepada kanak-kanak tentang alam sekitar. Setiap
kanak-kanak dididik tentang kepentingan menjaga alam sekitar daripada kemusnahan dan
kehancuran. Pendidikan konservasi ini juga penting bagi memberi pengetahuan dan
membantu kanak-kanak untuk mengenal dan memahami betapa penting penjagaan terhadap
alam sekitar. Secara tidak langsung, ia akan dapat memberikan mereka kesedaran tentang
kewajipan mereka dalam memelihara dan memulihara alam sekitar mereka.

Di Malaysia juga terdapat beberapa akta yang diwujudkan bagi memulihara dan
memelihara alam sekitar. Berdasarkan maklumat daripada Jabatan Perlindungan Hidupan
Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), antara akta-akta yang diwujudkan ialah Akta
Perhutanan Negara 1984 (313), Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (akta 716) dan
beberapa akta-akta yang lain. Akta-akta ini wujud bagi membendung kegiatan-kegiatan yang
boleh memusnahkan dan mengancam hidupan flora dan fauna terutamanya orang utan.
Menurut sumber daripada akhbar Berita Harian bertarikh 28 April 2003, Penolong Pengarah
Jabatan Hidupan Liar Negeri Sabah iaitu Agustine Tugga, tindakan tegas oleh kerajaan
dengan mengetatkan pelaksanaan undang-undang Pemeliharaan Hidupan Liar 1957 antara
faktor kepupusan orang utan dapat dikawal. Berdasarkan kepada undang-undang tersebut,
sesiapa yang melakukan kesalahan memelihara tanpa kebenaran boleh dikenakan hukuman
penjara selama lima tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali mengikut seksyen
42 Enakmen yang sama.

6.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, Malaysia merupakan tempat yang mengandungi pelbagai spesis flora
dan fauna yang berharga dan jarang ditemui ditempat lain seperti spesis orang utan dan pokok
bakau. Spesis ini merupakan khazanah negara yang amat bernilai. Disebabkan itu, objektif
pendidikan konserversi UNESCO 1976 diwujudkan bagi memupuk dan membentuk jiwa
yang sayang akan alam sekitar kepada manusia sejagat supaya spesis flora dan fauna dapat
dilindungi daripada diancam kepupusan dan kemusnahan. Jadi, adalah penting bagi kita
sebagai rakyat Malaysia untuk memelihara, memulihara dan seterusnya memastikan flora dan
fauna ini masih terjaga dan terpelihara dengan baik supaya generasi yang seterusnya
mendapat manfaat daripadanya.
17

HBPE 3203

Bibliografi
Abu Bakar Yang. (2004). Alam Sekitar Anugerah Tuhan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Fadil Othman. (1996). Permasalahan Alam Sekitar. Universiti Teknologi Malaysia,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hjh Noresah Baharom et al. (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hanisah Mohd Amin. (2005). Atlas Informatif:KBSR Tahun 4,5 dan 6. Selangor:
Penerbir Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Haji Husin. (2011). Era Hijau: Ke Arah Generasi Lestari. Selangor: UPM Holding
Sdn Bhd.
Zaini Ujang. (2011). Dewan Kosmik. Kuala Lumpur: Nikaz Publications.
Newsletter Jabatan Hidupan Liar Tembadau Sabah. 7 Mac 2003. Vol. 3.
Akhbar Berita Harian bertarikh 27 Februari 2012
http://www.jpvpk.gov.my/html/news/archives/Malay/Apr03%2028d.htm
18

HBPE 3203

http://www.frim.gov.my/v1/cms/fin/file/20110428_M_DWK_NEWS_pg54,55_2130
9e_Spesies%20Tumbuhan%20Ter.pdf
http://www.wildlife.sabah.gov.my/NEWSLETTER7%20malay.pdf
http://www.wildlife.sabah.gov.my/NEWSLETTER7%20malay.pdf

19

HBPE 3203

20

Anda mungkin juga menyukai