Untuk memastikan makanan berada dalam keadaan yang selamat sehingga dimakan
Untuk mengekalkan rupa dan rasa makanan tersebut
Makanan perlu disimpan pada suhu yang betul, persekitaran yang bersih dan dimakan sebelum
tarikh luput.
2. Apa fakta penting berkaitan penyimpanan makanan?
Menyimpan dengan betul akan membantu untuk meminimakan makanan menjadi basi,
tercemar dan membazir.
Makanan yang telah dimasak boleh menjadi tercemar walaupun bercampur dengan
sedikit sahaja bahan mentah.
Menyimpan dalam peti sejuk adalah cara yang mudah dan selamat untuk menyimpan
makanan untuk tempoh yang singkat.
Simpan mentega atau marjerin berasingan dari ikan dan buah-buahan kerana ia boleh
berubah dengan bau tersebut.
Simpan telur dan yang berasaskan telur berasingan dari bawang kerana ia boleh berubah
dengan bau bawang.
Makanan untuk bayi mesti segar dan buang lebihan makanan tersebut (ia tidak sepatutnya
disimpan langsung).
Baca label pada pembungkus/bekas makanan untuk cara menyimpan sebelum dan selepas
membukanya.
Penyejukan
Pembekuan
Bagaimana
Ikuti
peraturan
cara
berikut
makanan
untuk
disimpan
menyimpan
di
makanan
dalam
di
dalam
peti
peti
sejuk?
sejuk:
Anda PERLU:
Simpan semua makanan yang telah dimasak di dalam bekas yang bertutup, beg plastik
yang bertutup, di bungkus dengan plastik nipis atau kertas aluminium. (Kenapa? Ini akan
mengurangkan pengeringan, pencemaran, perubahan bau dan tumpah)
Simpan makanan yang telah dimasak di bahagian atas dan bahagian yang berbeza dengan
yang mentah (Kenapa? Bahan mentah seperti daging mentah dan sayur-sayuran biasanya
mengandungi bakteria yang merbahaya yang boleh mencemar makanan yang telah
dimasak dan menyebabkan keracunan dan basi)
Simpan bahan mentah yang mungkin akan tumpah di dalam bekas. Letakkan di bahagian
bawah peti sejuk (Kenapa? Tumpahan dari bahan mentah boleh mencemar makanan
yang telah dimasak)
Simpan telur dan makanan yang berasaskan telur di bahagian yang lebih sejuk (Kenapa?
Ini adalah kerana suhu yang lebih rendah melembapkan pembiakan bakteria)
Bungkus sayur-sayuran dengan bekas plastik yang berlubang (Kenapa? Ini akan
mengurangkan kehilangan air dan untuk peredaran udara)
Letak sayur-sayuran dan buah-buahan di bahagian bawah peti sejuk (Kenapa? Untuk
mengelakkan ianya rosak oleh pembekuan)
Anda JANGAN:
Menyimpan makanan dalam tin yang telah dibuka dalam peti sejuk. Pindahkan makanan
tersebut ke dalam bekas plastik atau kaca sebelum disimpan ke dalam peti sejuk
(Kenapa? Jika disimpan dalam tin yang asal, kandungannya akan bertindak balas dengan
logam tin tersebut apabila terdedah ke udara)
Simpan makanan yang panas ke dalam peti sejuk (Kenapa? Makanan yang panas perlu
disejukkan dulu sebelum disimpan untuk menghalang pertambahan kelembapan dan
mengekalkan suhu di dalam peti sejuk)
Padatkan rak-rak di dalam peti sejuk (Kenapa? Ini adalah untuk membolehkan udara
yang sejuk beredar dengan baik di dalam peti sejuk)
Menyimpan daging, ikan dan unggas di dalam peti sejuk lebih dari 3 hari (Kenapa?
Kandungan protein dan kelembapan yang tinggi di dalam makanan tersebut akan
menggalakkan pembiakan bakteria dan menjadi busuk)
Bagaimana
cara
menyimpan
makanan
di
bahagian
beku?
Simpan daging, ayam dan ikan dalam bekas , beg plastik yang kedap udara atau
dibungkus dengan pembungkus polyethylene. (Kenapa? Untuk menghalang kehilangan
kelembapan dan untuk mengelakkan pencemaran bahan makanan lain dengan baunya)
Potong daging dan ayam kepada bahagian yang lebih kecil (Kenapa? Bahagian yang
lebih kecil akan lebih mudah dibekukan dalam masa yang singkat)
Bungkus makanan dengan lapisan plastik atau beg beku sebelum disimpan ke dalam
bahagian beku peti sejuk
Basuh daging, ikan dan ayam dengan sempurna sebelum disimpan di dalam peti beku
Anda JANGAN:
Menyimpan buah-buahan atau sayur-sayuran di dalam bekas beku (Kenapa? Suhu pada
tahap beku akan merosakkan tisu buah-buahan dan sayuran)
Masukkan ramuan ke dalam ayam sebelum disimpan. Masukkan ramuan hanya apabila
ingin dimasak. (Kenapa? Peti sejuk di rumah tidak cukup sejuk untuk membekukan
daging unggas yang disumbat itu dalam masa yang singkat)
Menyimpan padat bahagian beku peti sejuk anda. (Kenapa? Untuk membenarkan udara
sejuk mengalir)
Membekukan makanan dalam tin. (Kenapa? Pada tahap beku kandungan dalam tin itu
akan mengembang dan keadaan ini akan merosakkan tin tersebut dan menyebabkan ia
tumpah)
Anda MESTI:
Menyimpan makanan kering seperti tepung, gula, beras dan serbuk teh di dalam bekas
yang bertutup rapat. (Kenapa? Untuk menghalang pencemaran oleh serangga dan tikus)
Simpan makanan dalam tin di tempat yang sejuk
Simpan sayuran seperti ubi kentang dan bawang di tempat yang sejuk dan kering, jauh
dari sinaran langsung matahari untuk menghalang makanan tersebut dari bercambah
Simpan susu yang telah dinyahkuman atau UHT di tempat sejuk. Simpan di dalam peti
sejuk apabila telah dibuka dan habiskan dalam masa seminggu.
Simpan roti pada suhu bilik di dalam bekas yang bersih, kering dan berangin.
Simpan tepung dalam bekas asalnya di tempat yang sejuk, kering dan berangin. Jangan
campur tepung yang lama dengan yang baru
Simpan buah-buahan yang belum masak seperti pisang pada suhu bilik
Jauhkan makanan dari dinding dan paip-paip bagi mengelakkan dicemari oleh tikus dan
serangga.
Anda JANGAN:
Menyimpan makanan bersama-sama dengan bahan kimia, ubat-ubatan dan racun seperti
racun serangga, racun rumpai, racun tikus, peluntur dan sabun
Biarkan makanan yang telah dimasak terhidang lebih dari 4 jam pada suhu bilik