Anda di halaman 1dari 4

BELAJAR MENGHARGAI NYAWA

Nyawa manusia adalah satu anugerah dari Allah yg Maha Kuasa. Ianya patut dihargai oleh setiap makhluknya yg amat
memerlukanNya untuk terus hidup di bumi Allah ini. Setiap hari kita selalu mendengar, membaca dan melihat kejadian yg
meragut nyawa seseorang terutamanya di jalan raya. Kadang-kadang dah memandu dengan baik dan berhemah tetapi tetap
juga terlibat dengan kemalangan. Itulah yg dikatakan Qada dan Qadar Allah. Dialah yg maha berkuasa akan segalanya.
Tetapi apa yg cikgu mahu berkongsi bersama ialah kesedaran akan tangungjawab kita untuk menjaga nikmat yg Allah
amanahkan kepada kita sejak mula kita bernyawa. Mungkin setiap org minatnya berbeza-beza dan ini juga mempengaruhi
seseorang terlibat secara tidak langsung dalam hal yg mengadai nyawanya sendiri mahupun org lain. Sikap sombong-bodoh
yg sering datang pada diri menjadikan kita lupa akan keselamatan yg utama. Baru-baru ini cikgu dapat berita seorang jemaah
kita yg masih bersekolah yg sepatutnya menduduki peperiksaan spm tahun ini telah kembali ke rahmatullah akibat dari
kemalangan yg berlaku di depan sekolahnya sendiri.
Apa yg perlu kita lihat ialah dimana letaknya akal yg membezakan darjat kita dgn mahluk lain hingga kita lupa atau lalai
tentang keselamatan yg sekaligus melibatkan nyawa kita melayang. Kisah ini menyedihkan banyak pihak terutamanya
ibubapa arwah, guru-guru, rakan-rakan dan terutamanya jemaah yg lain. Pemergian saudara yg disayangi dengan keadaan yg
tak di duga-duga. Jikalaulah diizinkan Allah, sekiranya kita boleh kembali masa silam mesti ramai yg nak nasihatkan arwah
sentiasa berhati-hati memandu. Tetapi itulah angan-angan kosong yg takkan sama sekali berlaku dalam hidup. Apa yg penting
ambilah iktibar setiap kejadian yg berlaku, jangan kita masih tergelak dulu hingga sekarang, tanpa menghitung diri jika
dijemput Allah kelak dalam keadaan yg tak bersedia, apa yg kita nak serahkan pada Allah untuk jaminan syurga.
Cikgu terkilan juga ada sesetengah anak-anak muda bila dinasihatkan tentang keselamatan diri mereka ambil ringan dan
menyangka cikgu atau org tua yg menasihati ini seorang yg menyibuk dlm hidupnya. Cakap senang tak kisah duduk neraka
Allah tapi siksa dunia pun tak tahan inikan pula siksa akhirat yg abadi.
Cikgu harap semua ahli-ahli jemaah dapat mengambil iktibar dari sedikit info yg cikgu sampaikan. Memang kenderaan itu satu
keperluan dan jadikanlah ianya suatu yg bermanafaat buat kita dan bukan jalan menuju kematian kita...nauzubillah.
Kembalilah insaf segeralah bertaubat...ajal tidak mengenal usia, siapa dan dimana kita berada.

Nyawa adalah tanda hidupnya manusia. Selagi seseorang itu masih bernyawa maka selagi itulah ia berpeluang meneruskan
kehidupan di dunia ini. Tetapi apabila nyawa telah tiada lagi maka berakhirlah episod kehidupan manusia. Memberi nyawa
dan mencabut nyawa adalah hak mutlak Allah SWT yang tiada sesiapapun boleh mempertikaikannya.
Lantaran itu Allah SWT boleh memendekkan umur seseorang dengan kehendak dan kuasanya dan dengan kehendak dan
kuasanya jugalah ia boleh memanjangkan umur seseorang. Firman Allah SWT dalam surah al- Nahl ayat 70 yang maksudnya:

Dan Allah yang menciptakan kamu; kemudian Ia mewafatkan kamu; dan ada pula di antara kamu yang dikembalikannya
kepada peringkat umur yang lemah sehingga menjadilah ia lupa akan sesuatu yang telah diketahuinya; sesungguhnya Allah
Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.

Kita hendaklah bersyukur kepada Allah SWT kerana menghidupkan kita melalui nyawa yang diberikannya dan dengan nyawa
itulah kita dapat menikmati indahnya kehidupan,menikmati keindahan alam, merasai sedapnya makanan dan menggunakan
segala nikmat kurniaan Allah SWT kepada kita.
Apabila nyawa telah terpisah daripada badan semua itu tidak berguna lagi. Oleh yang demikian, kita wajib menghargai nyawa
sendiri atau nyawa orang lain. Menghargai nyawa bermaksud memelihara dan menjaganya dengan sebaik mungkin dengan
mengelakkan diri daripada terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan perbuatan atau tindakan yang boleh
menghilangkan nyawa atau dengan kata lain menyebabkan kematian.
Berdasarkan laporan dan pemerhatian semasa bahawa isu kemalangan jalan raya adalah penyebab yang terbesar kepada
kematian. Menurut laporan Jabatan keselamatan Jalanraya bahawa lebih daripada 6 ribu orang mati akibat kemalangan jalan
raya dengan purata 18 kematian sehari atau 1 kematian setiap 1 jam 20 minit. Kajian oleh Kementerian Kesihatan,
kemalangan jalan raya adalah punca keempat kematian di negara kita dan sekiranya ianya tidak dibendung, kemalangan jalan
raya boleh menjadi punca utama kematian menjelang tahun 2020. Pada tahun 2010, sebanyak 6,872 kematian akibat
kemalangan jalanraya, yang mana 4,036 kematian melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.
Kajian yang dibuat oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia atau MIROS, bahawa 30% daripada kematian
yang melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal ialah golongan berumur 16 ke 25 tahun berbangsa Melayu, dan
daripada jumlah tersebut 40% daripadanya tidak mempunyai lesen memandu.
Ini adalah perbuatan-perbuatan yang menimbulkan mudharat dan merbahaya yang boleh membawa kepada kematian seperti
menunggang motosikal secara merbahaya, tidak mematuhi peraturan jalanraya, tidak memiliki lesen memandu adalah
tindakan-tindakan yang tidak menghargai nyawa. Walaupun tindakan seperti itu tidak menyebabkan kehilangan nyawa
secara langsung tetapi lama kelamaan atau silap percaturan boleh menyebabkan kematian atau sekurang-kurangnya
memusnahkan keselesaan dan kesempurnaan hidup. Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud:

Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya
kebinasaan dan berbuat baiklah kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berusaha memperbaiki amalannya.
Jalanraya merupakan satu kemudahan awam yang menjadi penghubung kepada kita dari satu tempat ke satu tempat samada
dari bandar ke desa atau sebaliknya. Ianya bukanlah tempat untuk kita menunjukkan kehebatan atau keberanian didalam kita
memandu kenderaan, kerana itulah menjadi tanggungjawab kepada kita semua sebagai pengguna menjaga dan memelihara
kemudahan ini dan menjadikannya sebagai satu tempat selamat dan bukannya tempat kecelakaan. Adalah tidak dapat
dinafikan dan diakui bahawa punca utama kemalangan jalanraya di negara ini adalah disebabkan perilaku pengguna itu
sendiri yang menyebabkan kerugian harta benda, kecederaan, kecacatan anggota badan, bahkan boleh membawa kepada
kematian.
Satu perkara lagi yang menjadi antara punca utama kehilangan nyawa di negara kita pada masa kini ialah kebakaran. Menurut
laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia pada tahun 2010 jumlah kebakaran mengikut jenis bangunan adalah
sebanyak 5,240 kes yang berlaku. Keselamatan kebakaran hendaklah diambil perhatian yang serius oleh kita semua kerana
kebakaran itu boleh membunuh. Api semasa kecil menjadi kawan, tetapi setelah besar ia menjadi lawan. Pelbagai cerita telah
dipaparkan oleh media berkaitan kebakaran, apa yang menyedihkan apabila kebakaran bukan sahaja memusnahkan harta
benda, tetapi juga menyebabkan kehilangan nyawa yang tidak boleh ditukar ganti. Apa yang menyedihkan lagi kehilangan
orang yang tersayang, tempat tinggal dan kehilangan punca mata pencarian.
Cuba kita renungkan peribahasa orang-orang dahulu sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya, itulah
ungkapan yang sewajarnya difikirkan bersama-sama bagi mengambil langkah keselamatan secara berterusan, pemeriksaan ke
atas semua kelengkapan keselamatan kebakaran perlulah dijalankan dari semasa ke semasa bagi memastikan alat
keselamatan sentiasa berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan. Kesedaran masyarakat terhadap bahaya kebakaran
dan aspek keselamatan perlu dipertingkatkan sama ada di rumah, di pejabat, di sekolah, di pusat membeli-belah, di hotel dan
sebagainya.
Oleh itu, marilah sama-sama kita menghargai nyawa yang diberikan oleh Allah SWT dengan mengelak diri dari melakukan
perkara-perkara yang boleh mengancam keselamatan dan memudratkan kehidupan. Marilah sama-sama kita mematuhi
undang-undang yang telah ditetapkan. Janganlah kita membiarkan anak-anak kita memandu kenderaan tanpa lesen dan
menunggang motosikal dengan bebas dan tanpa menggunakan topi keledar kerana itu semua mengundang kepada
kecelakaan.
Tanggungjawab menjaga keselamatan kebakaran dan menyelamat adalah tanggungjawab bersama dan bukanlah
tanggungjawab Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama menjadikan
budaya menjaga keselamatan kebakaran ini amalan hidup kita, InsyaAllah kejadian yang tidak diingini akan dijauhi oleh Allah
SWT. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah al-Anam, ayat 17 yang bermaksudnya: Dan jika Allah

menimpakan sesuatu kemudharatan kepada engkau, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan
dia sendiri; dan jika dia melimpahkan sesuatu kebaikan kepada engkau, maka Dia adalah Maha Berkuasa atas tiap-tiap
sesuatu.

Nyawa adalah tanda hidupnya manusia. Selagi seseorang itu masih bernyawa maka selagi itulah ia berpeluang meneruskan
kehidupan di dunia ini. Tetapi apabila nyawa telah tiada lagi maka berakhirlah episod kehidupan manusia. Memberi nyawa
dan mencabut nyawa adalah hak mutlak Allah SWT yang tiada sesiapapun boleh mempertikaikannya.
Lantaran itu Allah SWT boleh memendekkan umur seseorang dengan kehendak dan kuasanya dan dengan kehendak dan
kuasanya jugalah ia boleh memanjangkan umur seseorang. Firman Allah SWT dalam surah al- Nahl ayat 70:
Kita hendaklah bersyukur kepada Allah SWT kerana menghidupkan kita melalui nyawa yang diberikannya dan dengan nyawa
itulah kita dapat menikmati indahnya kehidupan, menikmati keindahan alam, merasai sedapnya makanan dan menggunakan
segala nikmat kurniaan Allah SWT kepada kita. Apabila nyawa telah terpisah daripada badan semua itu tidak berguna lagi.
Oleh yang demikian, kita wajib menghargai nyawa sendiri atau nyawa orang lain. Menghargai nyawa bermaksud memelihara
dan menjaganya dengan sebaik mungkin dengan mengelakkan diri daripada terlibat secara langsung atau tidak langsung
dengan perbuatan atau tindakan yang boleh menghilangkan nyawa atau dengan kata lain menyebabkan kematian.

Kebelakangan ini, isu kemalangan jalan raya adalah penyebab yang terbesar kepada kematian. Menurut laporan Jabatan
keselamatan Jalanraya bahawa lebih daripada 6 ribu orang mati akibat kemalangan jalan raya dengan purata 18 kematian
sehari atau 1 kematian setiap 1 jam 20 minit. Kajian oleh Kementerian Kesihatan, kemalangan jalan raya adalah punca
keempat kematian di negara kita dan sekiranya ianya tidak dibendung, kemalangan jalan raya boleh menjadi punca utama
kematian menjelang tahun 2020. Pada tahun 2010, sebanyak 6,872 kematian akibat kemalangan jalanraya, yang mana 4,036
kematian melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal. Kajian yang dibuat oleh Institut Penyelidikan Keselamatan
Jalan Raya Malaysia atau MIROS, bahawa 30% daripada kematian yang melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal
ialah golongan berumur 16 ke 25 tahun berbangsa Melayu, dan daripada jumlah tersebut 40% daripadanya tidak mempunyai
lesen memandu.
Saya ingin menegaskan bahawa perbuatan-perbuatan yang menimbulkan mudharat dan merbahaya yang boleh membawa
kepada kematian seperti menunggang motosikal secara merbahaya, tidak mematuhi peraturan jalanraya, tidak memiliki lesen
memandu adalah tindakan-tindakan yang tidak menghargai nyawa. Walaupun tindakan seperti itu tidak menyebabkan
kehilangan nyawa secara langsung tetapi lama kelamaan atau silap percaturan boleh menyebabkan kematian atau sekurangkurangnya memusnahkan keselesaan dan kesempurnaan hidup.
Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 195:

Jalanraya merupakan satu kemudahan awam yang menjadi penghubung kepada kita dari satu tempat ke satu tempat samada
dari bandar ke desa atau sebaliknya. Ianya bukanlah tempat untuk kita menunjukkan kehebatan atau keberanian didalam kita
memandu kenderaan, kerana itulah menjadi tanggungjawab kepada kita semua sebagai pengguna menjaga dan memelihara
kemudahan ini dan menjadikannya sebagai satu tempat selamat dan bukannya tempat kecelakaan. Adalah tidak dapat
dinafikan dan diakui bahawa punca utama kemalangan jalanraya di negara ini adalah disebabkan perilaku pengguna itu
sendiri yang menyebabkan kerugian harta benda, kecederaan, kecacatan anggota badan, bahkan boleh membawa kepada
kematian.
Satu perkara lagi yang menjadi antara punca utama kehilangan nyawa di negara kita pada masa kini ialah kebakaran. Menurut
laporan Jabatan Bomba dan PenyelamatMalaysiapada tahun 2010 jumlah kebakaran mengikut jenis bangunan adalah
sebanyak 5,240 kes yang berlaku. Mimbar ingin mengingatkan bahawa keselamatan kebakaran hendaklah diambil perhatian
yang serius oleh kita semua kerana kebakaran itu boleh membunuh. Api semasa kecil menjadi kawan, tetapi setelah besar ia
menjadi lawan. Pelbagai cerita telah dipaparkan oleh media berkaitan kebakaran, apa yang menyedihkan apabila kebakaran
bukan sahaja memusnahkan harta benda, tetapi juga menyebabkan kehilangan nyawa yang tidak boleh ditukar ganti. Apa
yang menyedihkan lagi kehilangan orang yang tersayang, tempat tinggal dan kehilangan punca mata pencarian.
Disini saya ingin mengingatkan bahawa sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya, itulah ungkapan yang
sewajarnya difikirkan bersama-sama bagi mengambil langkah keselamatan secara berterusan, pemeriksaan ke atas semua
kelengkapan keselamatan kebakaran perlulah dijalankan dari semasa ke semasa bagi memastikan alat keselamatan sentiasa
berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan. Kesedaran masyarakat terhadap bahaya kebakaran dan aspek keselamatan
perlu dipertingkatkan sama ada di rumah, di pejabat, di sekolah, di pusat membeli-belah, di hotel dan sebagainya.

Mengambil kesempatan bersempena Hari Anggota Bomba tahun 2011, marilah sama-sama kita menyatakan kesyukuran kita
ke hadrat Allah SWT kerana telah melimpahkan rahmat dan kasih sayang-Nya, dengan menjaga keselamatan dan
kesejahteraan kita. Sedarkah kita bahawa keselamatan dan kesejahteraan rakyat tidak dapat kita kecapi tanpa pengorbanan
dan ketabahan setiap anggota-anggota penyelamat khasnya dari Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia. Pengorbanan yang
mereka curahkan tanpa mengira masa, tempat dan keadaan tidak pernah mengharapkan penghargaan dan pujian dari kita,
namun sebagai umat yang bersyukur, kita hendaklah menghargai mereka sebagai tanda terima kasih dan syukur kita kepada
Allah SWT.
Oleh yang demikian marilah sama-sama kita menghargai nyawa yang diberikan oleh Allah SWT dengan mengelak diri dari
melakukan perkara-perkara yang boleh mengancam keselamatan dan memudratkan kehidupan. Marilah sama-sama kita
mendidik anak-anak kita agar mereka mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan. Janganlah kita membiarkan anakanak kita memandu kenderaan tanpa lesen dan menunggang motosikal dengan bebas dan tanpa menggunakan topi keledar
kerana itu semua mengundang kepada kecelakaan. Adalah diingatkan bahawa tanggungjawab menjaga keselamatan
kebakaran dan menyelamat adalah tanggungjawab bersama dan bukanlah tanggungjawab Jabatan Bomba Dan Penyelamat
Malaysia semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama menjadikan budaya menjaga keselamatan kebakaran ini amalan
hidup kita, InsyaAllah kejadian yang tidak diingini akan dijauhi oleh Allah SWT.
Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah al-Anam, ayat 17:

Anda mungkin juga menyukai