Anda di halaman 1dari 3

MULTIPLE MYELOMA

Barah sel plasma sum-sum tulang atau multiple myeloma (MM) adalah kes barah darah yang kerap
berlaku. Secara umum pada peringkat global, dianggarkan antara lima hingga enam kes baru MM
dikesan di kalangan 100,000 orang setahun. Multiple myeloma terjadi apabila pembentukan sel plasma
dalam sum-sum tulang hilang kawalan walaupun tanpa rangsangan seperti jangkitan kuman. keadaan ini
menyebabkan sel plasma terlalu banyak dan merebak ke seluruh tulang. Ia menyebabkan pembentukan
sel darah merah, sel darah putih dan platelet berkurangan dalam sum-sum tulang. keadaan ini
menyebabkan sel plasma terlalu banyak dan merebak ke seluruh tulang. Ia menyebabkan pembentukan
sel darah merah, sel darah putih dan platelet berkurangan dalam sum-sum tulang. Kekurangan sel darah
merah menyebabkan anemia, mudah letih dan sukar pernafasan. Jumlah platelet yang sedikit
menyebabkan pesakit mudah mengalami masalah pendarahan dan kekurangan sel darah putih sehingga
sistem imun tubuh berkurangan. Multiple myeloma akan menyebabkan tulang cepat rapuh dan pesakit
cenderung mengalami patah tulang.

PATOGENESITI

Kanser sel plasma berlaku akibat sel yang abnormal terus membahagi tanpa terkawal dan
menghasilkan sel yang tidak normal dengan banyak .Ini menyebabkan sel normal yang lain
akan tersekat untuk mendapatkan nutrien dan oksigen.Di dalam sel plasma yang abnormal iaitu
limfosit B akan memasuki dalam sel plasma yang mempunyai jangkitan akibat berlaku
kecederaan dan akhirnya akan menghasilkan antibodi yang tidak normal.Kemudian, antibodi
yang abnormal tidak dapat bertindak balas dengan sel plasma yang lain dan menyebabkan sel
myeloma terbentuk.

ETIOLOGI

 Usia – semakin meningkat usia seseorang, semakin tinggi risikonya terhadap Multiple
myeloma. Kebanyakan pesakit multiple myeloma berusia lebih daripada 65 tahun. Jarang sekali
pesakit berumur 40 tahun ke bawah diserang Multiple myeloma manakala lelaki didapati lebih
ramai menghidap penyakit itu berbanding wanita.
 Keturunan – Di Amerika, mereka yang berketurunan Afrika lebih cenderung menghidap
Multiple myeloma berbanding mereka yang berketurunan Asia, tetapi sebabnya tidak diketahui.
 Pendedahan kepada bahan kimia tertentu selain kadar radiasi yang tinggi juga dikaitkan
dengan faktor risiko Multiple myeloma.
 Obesiti – Kajian yang dilakukan Persatuan Barah Amerika menunjukkan kegemukan juga
meningkatkan risiko Multiple myeloma.
SIMPTOM

 Walaupun multiple myeloma mungkin tidak menyebabkan simptom pada peringkat awal
masalahnya, perkembangan multiple myeloma akhirnya akan menyebabkan beberapa simptom
lain muncul. Simptomnya pelbagai dan berbeza-beza mengikut individu.

Antara simptom multiple myeloma adalah seperti berikut;

 Sakit tulang terutama pada bahagian belakang dan tulang rusuk


 Kalsium tinggi dalam darah
 Dahaga yang keterlaluan dan kerap membuang air kecil
 Sembelit
 Hilang selera makan
 Kecelaruan mental
 Anemia
 Jangkitan berulang seperti radang paru-paru, pundi kencing, buah pinggang atau sinusitis.
ELEKTROFORESIS

Elektroforesis merupakan proses bergeraknya molekul bermuatan pada suatu


medan elektrik. Kecepatan molekul yang bergerak pada medan elektrik tergantung pada muatan,
bentuk dan ukuran. Dengan demikian elektroforesis dapat digunakan untuk makromolekul
(seperti protein dan asid mukleik). Posisi molekul yang
melekat pada gel dapat dikesan dengan pewarnaan atau autoradiografi, ataupun
dilakukan kuantifikasi menggunakan densitometer.
Elektroforesis untuk makromolekul memerlukan matriks penyangga untuk
mencegah terjadinya difusi kerana timbulnya panas dari arus elektrik yang digunakan. Gel
poliakrilamid dan agaros merupakan matriks penyangga yang banyak dipakai untuk protein dan
asid nukleik. Elektroforesis yang dibahas di bawah ini
menggunakan matriks berupa gel poliakrilamida (PAGE = polyacrilamida gel electrophoresis)
untuk separasi sampel protein.
Banyak molekul biologi bermuatan elektrik yang besarnya bergantung pada pH dan
komposisi medium dimana molekul biologi tersebut terlarut. Bila berada dalam suatu medan
elektrik, molekul biologi yang bermuatan positif akan bermigrasi ke elektrod negatif dan
sebaliknya. Prinsip inilah yang dipakai dalam elektroforesis untuk
memisahkan molekul-molekul berdasarkan muatannya.

Anda mungkin juga menyukai