Anda di halaman 1dari 5

1.

0 Pengenalan
Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran, Sekolah Kebangsaan
Sungai Kantan Kajang, terdiri daripada murid-murid istimewa dari pelbagai katergori
seperti Autism, Hiperaktif, Sindrome Down dan kerencatan mental. Kebanyakan
murid-murid dalam program pendidikan khas ini menghadapi masalah dalam aspek
pertuturan, sebagai contohnya masalah gagap, masalah artikulasi yang tidak dapat
menyebut bunyi pertuturan dengan betul, dan juga penggunaan nada dan kekuatan
suara yang tidak sesuai dengan keadaan. Dengan sebab ini, kanak-kanak
berkeperluan khas tidak dapat berkomunikasi dengan orang sekeliling dan
memberitahu niat mereka.
Sebagai guru unit pendidikan khas, kami ingin memperkenalkan mereka
dengan kaedah terapi pertuturan. Terapi pertuturan merupakan kaedah yang
digunakan untuk membantu murid yang mengalami kesukaran dalam menyebut
perkataan

dan

berkomunikasi.

Untuk

menbolehkan

kanak-kanak

mendapat

pendedahan awal dengan aktiviti yang dijalankan dalam waktu interaksi dengan
pakar pertuturan. Selain itu, guru dapat mempelajari serta lebih memahami teknik
efektif untuk membantu murid bermasalah bahasa dan komunikasi mengatasi
masalah mereka. Melalui lawatan ini, perkenalan terapi ini kepada ibu bapa supaya
mereka dapat menghantar kanak-kanak mengikuti sesi terapi pertuturan.

2.0 Tajuk
Program Lawatan ke Hospital Pakar KPJ Kajang untuk mendekati Terapi
Pertuturan

3.0 Pengelola
Guru Unit Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah
Kebangsaan Sungai Kantan

4.0 Asas Pertimbangan

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada murid-murid


berkeperluan khas tentang sesi terapi pertuturan. Selain itu, program ini bertujuan
untuk memenuhi keperluan akademik Program Pendidikan Khas.
5.0 RASIONAL
Terapi pertuturan ini bertujuan untuk mendedah murid-murid keperluan khas
mengenai teknik serta kaedah untuk membantu mereka menghadapi masalah
berbahasa dan berkomunikasi.

Latihan atau intevensi yang dilaksanakan untuk

meningkatkan semua aspek komunikasi seperti pengunaan bahasa isyarat dan


simbol-simbol bergambar.
Terapi pertuturan merupakan kaedah yang digunakan untuk membantu murid yang
mengalami kesukaran dalam menyebut perkataan dan berkomunikasi. Ia bertujuan
untuk membantu mereka menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dan melatih muridmurid yang menghadapi masalah artikulasi melalui latihan asas tertentu
Melalui terapi pertuturan, ahli terapi pertuturan dapat melatih murid menguasai
kemahiran tertentu tentang cara bertutur. Selain itu, terapi pertuturan juga membantu
murid menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dan juga meningkatkan kefungsian kognitif,
emosi dan sosial individu. Di samping itu, tahap keupayaan murid khususnya
bertutur akan lebih meningkat.
Teknik terapi pertuturan yang dilakukan oleh pakar terapi pertuturan boleh
diaplikasikan oleh guru dalam kelas pendidikan khas. Jadi adalah diharapkan
lawatan ini dapat memberi pendedahan dan pengalaman baru kepada guru serta
murid-murid berkeperluan khas tentang aktiviti terapi pertuturan seperti meniup balon,
membuat latihan lisan dan mengetap bibir yang boleh guru aplikasikan di dalam
kelas pendidikan khas nanti.
6.0 Matlamat
6.1 Mengeratkan hubungan silaturahim antara murid-murid Program Pendidikan
Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Kebangsaan Sungai Kebangsaan
6.2 Melengkapkan keperluan akademik Program Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran
6.3

Memberi

pengalaman

kepada

murid-murid

Bermasalah Pembelajaran dalam sesi terapi pertuturan

Program

Pendidikan

Khas

7.0 Objektif
7.1 Membolehkan murid-murid menguasai kemahiran pertuturan serta membantu
murid menghasilkan bunyi bahasa
7.2 Membantu murid-muird meningkatkan kefungsian kognitif, emosi dan sosial.
Meningkatkan keyakinan murid untuk berhadapan dengan orang lain.
7.3 Membantu merangsang alat-alat pertuturan murid dan meningkatkan tahap
komunikasi murid-murid yang mengalami masalah pertuturan.
1.0 KUMPULAN SASARAN
Bil

Perkara

Jumlah

1.

Murid-murid Pendidikan Khas

11 orang

2.

Guru pengiring

2 orang

Pembantu Pengurusan Murid

1 orang
Jumlah

13 orang

2.0 TARIKH
Rabu, 20 Ogos 2014
10.0 TEMPAT
Hospital Pakar KPJ Kajang
Jalan Cheras, 43000 Kajang, Selangor
11.0 PENGANGKUTAN
Semua murid akan menaiki kereta guru pengiring dan pembantu pengurusan
murid .

12.0 JAWATANKUASA PELAKSANA


Penaung

: Pn. Noor Raizura bt Sofian

Guru Pengiring

: Tor Lu Yen
Lee Sue Jane

Pembantu Pengurusan Murid : Fatimah binti Abdullah


Pengerusi

: Lee Xiao Tong

Naib Pengerusi

: Kelly Tan

Setiausaha

: Sharmiladevi a/p Selvarajoo

Bendahari

: Low Macie

AJK Perhubungan

: Grace Chow Su Un

AJK Pengangkutan

: Kesawaartini a/p Sarkunan

AJK Cenderahati

: Wong Mei Ti

AJK Makanan

: Low Jing Xian

AJK Dokumentasi

: Vijayalechumy a/p Sugumaran

AJK Aktiviti

: Lee Jun Yi

AJK Keselamatan

: Yii Ann Hui

13.0 Tentatif Program


MASA
9.30 pagi

AKTIVITI
Berkumpul di kelas Program Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran dan bergerak ke Hospital Pakar KPJ Kajang

10.00 pagi

Tiba di Hospital Pakar KPJ Kajang Taklimat daripada pihak


hospital

11.00 pagi

Penerangan mengenai terapi pertuturan daripada pihak hospital

1.00 petang

Pelajar berkumpul dan membuat refleksi

1.30 petang

Majlis perasmian dan penutupan serta penyampaian cenderamata

2.00 petang

Bertolak balik ke Sekolah Kebangsaan Sungai Kantan

14.0 ANGGARAN PEMBELAJAAN


BIL

PERKARA

KUANTITI

JUMLAH

Cenderahati

CATATAN
*mohon dari pihak
sekolah
*kereta guru

Kereta

pengiring dan
pembantu

15.0 PENUTUP
Adalah diharapkan program ini dapat memberikan pendedahan kepada para
murid kepada sesi interaksi dengan pakar terapi pertuturan. Dengan berinteraksi
dengan pakar terapi pertuturan guru dapat mengetahui jelas masalah yang dihadapi
oleh setiap murid dan cara untuk membantu murid-murid mengatasi masalah bahasa
dan komunikasi. Selain itu, murid-murid dapat juga mengetahui cara membuat
latihan mengatasi masalah mereka dengan jelas dan mengaplikasikan cara dalam
kehidupan seharian. Dengan lawatan ini murid-murid dapat meningkatkan kemahiran
sosial dengan orang lain serta memperbaiki kualiti hidup dan keyakinan diri. Selain
itu, kami mengharapkan melalui lawatan murid-murid dapat menyampaikan
maklumat dengan betul kepada orang lain dan meluahkan perasaan mereka dengan
cara yang betul.

Anda mungkin juga menyukai