Anda di halaman 1dari 2

Terapi pertuturan akan memberi kesan dengan cepat apabila keyakinan murid-murid

pendidikan khas untuk bertutur itu meningkat. Oleh itu sokongan dan galakan daripada
semua pihak perlu ada agar murid-murid pendidikan khas merasa dihargai dan tidak
dipinggirkan. Setiap usaha mereka perlu dihargai dan bukannya dipandang rendah walaupun
objektif yang ditetapkan itu gagal dicapai

Guru merupakan individu yang paling dekat dengan Murid-murid khas semasa di
sekolah. Guru perlu memantau dan merekod tahap kebolehan pertuturan setiap murid.
Sekiranya ada murid yang menunjukkan masalah lewat pertuturan,guru perlu mengambil
langkah intervensi dengan kadar segera.Oleh itu guru perlu memantau perkembangan
pertuturan murid. Hal ini penting untuk menjamin keberkesanan terapi pertuturan yang
dijalankan dan tindakan susulan yang bakal diambil berdasarkan pencapaian murid. Guru juga
perlu sentiasa bersedia dengan pelbagai kaedah terapi kerana setiap murid bermasalah
pertuturan memerlukan pendekatan yang berbeza.

Ibu bapa perlu sentiasa bercakap dengan anak istimewa mereka. Semakin kerap
perbualan dan pertuturan berlaku,semakin banyak input dan perbendaharaan kata yang
didengar dan dikuasai oleh anak mereka. Kanak-kanak istimewa ini memerlukan lebih banyak
perhatian dan kasih sayang daripada semua orang. Oleh itu, ibu bapa perlu mendengar
setiap perkataan yang diluahkan dan jangan memperkecilkan kanak-kanak bermasalah
pertuturan ini kerana hal ini akan melemahkan semangatnya.

Persepsi negatif masyarakat terhadap murid-murid pendidikan khas yang mengalami


masalah pertuturan dan komunikasi ialah perkara biasa. Masyarakat perlu mempunyai
pengetahuan dan kesedaran akan hak murid-murid pendidikan khas ini untuk belajar
bertutur dan bercakap seperti manusia normal. Murid-murid masalah pertuturan tidak
sepatutnya dipinggirkan dan dilayan seperti orang asing. Mereka perlu dihargai agar mereka
lebih yakin dan tidak malu untuk berkomunikasi

Kempen kesedaran,seminar,taklimat mengenai masalah pertuturan yang dihadapi oleh


murid-murid bermasalah pertuturan perlu diadakan dengan lebih kerap lagi. Masih ramai
lagi golongan masyarakat yang tidak mengetahui akan kesedaran untuk membantu golongan
murid-murid bermasalah pertuturan ini. Masyarakat terus berprasangka dan melabel murid-
murid bermasalah komunikasi ini dengan pelbagai label negatif. Media massa juga perlu
memainkan peranan penting dalam menyebarkan bahan-bahan ilmiah mengenai masalah
pertuturan yang dihadapi oleh kanak-kanak.Blog,laman web dan laman social juga boleh

1
dimanfaatkan sebagai wadah untuk menyampaikan mesej mengenai masalah pertuturan
dalam kalangan kanak-kanak dan bagaimana kita dapat membantu mereka.

Program terapi pertuturan merupakan satu program yang penting bagi membantu
kanak-kanak bermasalah pertuturan dan komunikasi untuk bertutur. Guru pendidikan khas
perlu didedahkan proses mendapatkan perkhidmatan,proses pengesanan awal, pengetahuan
asas terapi pertuturan agar langkah-langkah yang perlu diambil bersesuaian dengan
keperluan murid. Guru memainkan peranan penting mengesan sebarang masalah komunikasi
dalam kalangan muridnya. Guru perlu menjalankan ujian diagnostik bagi mengenalpasti tahap
dan kebolehan murid untuk berkomunikasi.

Pemantauan secara berterusan oleh guru terhadap perkembangan komunikasi murid


bertujuan untuk mengetahui tahap murid dan mengenalpasti keperluan murid. Guru atau
pakar terapi pertuturan akan melakukan program-program terapi secara bersistem dan
berjadual, justeru,data-data perkembangan pertuturan dan komunikasi murid sentiasa
diperlukan. Guru juga perlu bersedia melakukan inovasi dan teknik memberi terapi kepada
kanak-kanak bermasalah pertuturan yang memerlukan perhatian lebih bagi membolehkan
mereka menguasai kemahiran bertutur sedikit demi sedikit.

Murid-murid bermasalah komunikasi dan pertuturan perlu dibantu. Persekitaran


murid-murid khas juga menjadi faktor penting yang membantu perkembangan mereka.
Guru,ibubapa, dan masyarakat perlu memastikan murid-murid ini sentiasa bertutur dan
melibatkan diri dalam pertuturan walaupun cara mereka bertutur itu tidak betul.

Penyebaran maklumat mengenai terapi pertuturan dalam media massa seperti media
cetak dan media elektronik membantu masyarakat amnya dan ibubapa khususnya yang
mempunyai kanak-kanak bermasalah pertuturan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya
membantu anak mereka sebelum terlambat. Seminar-seminar dan kursus-kursus diadakan
bagi membantu ibubapa menimba ilmu tentang bagaimana masalah pertuturan anak mereka
dapat diatasi.

Anda mungkin juga menyukai