Anda di halaman 1dari 23

690210-11-5297

RINGKASAN EKSEKUTIF
Kementerian Pelajaran Malaysia berhasrat untuk melahirkan modal insan

yang baik dan seimbang dari sudut intelektual, emosi, rohani dan jasmani yang
sekaligus akan menjadi anggota masyarakat dan warganegara yang baik serta
berupaya untuk mendepani cabaran globalisasi masa kini. Mereka juga
diharapkan akan dapat memenuhi tuntutan pasaran dunia moden yang penuh
dengan mehnah dan tribulasi. Pernyataan ini telah dijelaskan di dalam Falsafah
Pendidikan Negara : Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran masyarakat dan Negara. (Falsafah Pendidikan Negara 1988)
Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah merangka dan melaksanakan
pelbagai usaha seperti Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (ICT) di dalam pendidikan dan yang terbaru Petunjuk
Prestasi Utama atau Key Performance Indicators (KPI) bagi memastikan proses
pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan meninggalkan
kesan yang optimum ke dalam diri pelajar. Bagi merealisasikan hasrat murni
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang ingin memartabatkan sistem
pendidikan negara sebagai bertaraf dunia maka, ia memerlukan tenaga
pensyarah yang profesional, kreatif, inovatif, dinamik dan progresif. Semua ciri
ini amat penting bagi seorang pensyarah untuk memastikan proses pengajaran
dan pembelajaran memberi impak yang maksimum ke dalam diri pelajar.

690210-11-5297
2

PENDAHULUAN
Tugas

utama

seorang

pensyarah

adalah

untuk

memudahkan

pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pensyarah bukan sahaja
harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis,
tetapi mereka juga perlu menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna
pensyarah perlu mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang dapat
merangsangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan
keperluan pelajar. Dalam sesi pembelajaran, pensyarah kerap berhadapan
dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan
kepakaran pensyarah dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran.
Ini bermakna, pensyarah boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan
menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan
kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi meransangkan
pelajar belajar secara aktif, ia juga haruslah mampu membantu menganalisis
konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan
pembelajaran yang berkesan. Pensyarah perlu bijak menarik perhatian pelajar
dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti yang dipilih mestilah menarik dan
mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsepkonsep diterjemahkan secara jelas. Aktiviti juga harus boleh mempengaruhi
intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan. Dalam merancang persediaan
mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yang baik serta
diselaraskan dengan isi kandungan dan objektif pengajaran
proses pengajaran dan pembelajaran berkesan.

bagi menjamin

690210-11-5297
3

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN


Dalam pendidikan formal, proses pengajaran dan pembelajaran haruslah

diberi penekanan yang sewajarnya. Proses yang disinonimkan dengan


pengajaran dan pembelajaran bilik kuliah melibatkan pensyarah dan pelajar ini
sememangnya memerlukan suatu usaha berterusan ke arah menyediakan
pendidikan komprehensif dan efektif terhadap segala isi pelajaran yang
disampaikan.

Koh Boh Boon (1992) menyatakan bahawa proses

pengajaran dan pembelajaran di sekolah melibatkan dua pihak iaitu


guru dan murid. Justeru, pengajaran yang ideal haruslah membawa
kesan penuh ke atas pembelajaran yang berlaku.
Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1983) pengajaran yang
berkesan adalah merujuk kepada guru yang dapat membawa pelajar
kepada hasil pembelajaran terakhir yang diinginkannya. Hal ini
melibatkan corak pengajaran berstruktur dari segi organisasi bilik
darjah serta mementingkan isi pelajaran. Selain itu, ia juga merujuk
kepada perihal pengajaran guru yang lebih memusatkan kepada para
pelajarnya sehingga mereka tertarik mengikuti aktiviti pembelajaran.
Oleh itu, pembentukan proses pengajaran berkesan mempunyai nilai
yang berbeza-beza namun ia masih bermatlamat untuk melihat hasil
daripada isi pelajaran yang disampaikan.
Oleh sebab saya merupakan seorang pensyarah di salah sebuah Kolej
Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia , maka saya akan menghuraikan
proses pengajaran dan pembelajaran berkesan berdasarkan sistem di Kolej

690210-11-5297
Matrikulasi.

Saya adalah seorang pensyarah subjek Pendidikan Islam yang

mana subjek Pendidikan Islam ini merupakan subjek yang wajib diambil oleh
setiap orang pelajar muslim. Subjek Pendidikan Islam hanya diajar dalam bentuk
kuliah sahaja dan tidak melibatkan tutoran dan amali, namun begitu ia tidak
menghalang saya untuk menjadikan subjek Pendidikan Islam sebagai satu
subjek yang diminati dan memberikan kesan yang positif ke dalam diri pelajar.
Saya telah mencuba untuk melakukan yang terbaik bagi memastikan
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran saya, kerana ia merupakan
satu tanggungjawab dan amanah dari Allah s.w.t . Allah s.w.t telah berfirman di
dalam al-Quran al-Karim yang bermaksud:

Sesungguhnya kami telah

menawarkan amanah (tanggungjawab) kepada langit, bumi dan gunung-ganang,


tetapi mereka enggan untuk memikulnya dan takut terhadap tanggungjawabnya.
manusia mahu memikulnya tetapi manusia itu banyak kesalahan dan bodoh.
( surah al-Ahzab: 72 ).

Untuk memastikan keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran subjek Pendidikan Islam, saya telah membahagikan tugasan saya


kepada

tiga

bahagian

penting

iaitu

sebelum

proses

pengajaran

dan

pembelajaran, semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan selepas proses


pengajaran dan pembelajaran.

3.1

SEBELUM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


3.1.1 Rancangan Pengajaran
Proses pengajaran yang berkesan memerlukan persediaan dan

perancangan yang mantap oleh seorang pensyarah sebelum ia terlibat

690210-11-5297
secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik kuliah. Sebagai seorang pensyarah saya perlu tahu kelompok
pelajar yang hendak diajar, isi kandungan pelajaran dan matlamat
serta objektif yang dihasratkan untuk dicapai oleh pelajar di akhir
pelajaran nanti.
Oleh sebab itu,

sebelum bermulanya proses pengajaran dan

pembelajaran iaitu pada awal semester lagi saya telah membuat Rancangan
Pengajaran Semester (RPS) berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Modul
Pendidikan Islam yang telah dibekalkan oleh Bahagian Matrikulasi Kementerian
Pelajaran Malaysia (BMKPM) dengan penuh teliti dan bertanggungjawab. Pada
setiap hari pula saya menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan
menyediakan bahan-bahan bantu mengajar seperti persembahan power point,
kertas edaran, keratan video dan sebagainya. Memanglah

terbukti, dengan

adanya perancangan pengajaran yang baik dan teratur ini telah membantu saya
untuk melangsungkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lancar dan
cukup berkesan seperti kata pepatah : Sekiranya kamu gagal untuk
merancang, maka kamu merancang untuk gagal.

3.1.2 Membuat Rujukan


Sebelum proses pengajaran dan pembelajaran bermula juga saya akan
membuat rujukan mengenai tajuk yang hendak diajar semasa kuliah .

Oleh

sebab saya merupakan pensyarah Pendidikan Islam maka saya membuat


rujukan kepada al-Quran, as-Sunnah, kitab kitab berbahasa Arab seperti kitab

690210-11-5297
tafsir yang mutabar, tauhid, feqah, Akhlak Islamiyyah dan sebagainya samada
yang ada dalam simpanan saya ataupun di pusat sumber kolej.

Saya juga

membuat rujukan melalui internet seperti islamway, imanway, quranway,


islamicfinder, as-sonnah

serta laman-laman web lain yang berkaitan.

Tidak

ketinggalan juga saya mengadakan perbincangan ilmiah intellectual discouse


bersama rakan pensyarah lain untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan
mengenai penemuan-penemuan baru untuk dikongsikan bersama dengan
pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Saya mestilah
melengkapkan diri saya dengan ilmu pengetahuan yang luas kerana pelajar
masa kini tidak akan menerima sesuatu maklumat secara bulat bulat tanpa
diterangkan rasionalnya. Seorang pensyarah mestilah mempunyai pengetahuan
yang lebih mendalam berbanding dengan pelajar. Kepakaran di dalam bidang
yang diajar atau subject content adalah merupakan faktor dominan yang
menyumbang ke arah keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
Pepatah Arab ada berkata : Orang yang tiada apa-apa, ia tidak akan dapat
memberi apa-apa pun .

3.1.3 Persiapan Emosi


Sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran juga saya
terlebih dahulu melengkapkan emosi saya dengan sifat kasih sayang dan tidak
membiarkan masalah peribadi menguasai diri saya sehingga terbawa-bawa ke
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Saya sedar bahawa pelajar saya
juga merupakan insan biasa yang memerlukan perhatian dan kasih sayang

690210-11-5297
daripada gurunya.

Oleh itu, saya juga membuat rujukan kepada buku-buku

psikologi untuk mencari tip-tip yang berguna untuk diaplikasikan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Saya juga menjadikan Rasulullah sebagai role
model dalam mengamalkan sifat kasih sayang ini. Sebagai contoh Rasulullah
akan memendekkan tempoh sembahyang apabila terdengar tangisan bayi.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Bukan daripada golongan kami,
orang yang tidak menghormati orang tua dan tidak mengasihani orang muda.
Proses Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan tidak akan terhasil tanpa
emosi yang stabil daripada kedua-dua belah pihak iaitu pensyarah dan pelajar
kerana pendidikan itu merupakan satu seni yang melibatkan hati dan perasaan.
Rumusan
Sebagai rumusannya ingin saya tegaskan bahawa perancangan atau
persediaan awal yang telah saya sediakan secara teliti dan rapi itu
sememangnya telah membantu saya untuk memastikan kelangsungan proses
pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik, lancar dan telah
meninggalkan kesan yang mendalam ke dalam diri pelajar.

Benarlah kata

pepatah : Sekiranya kita gagal untuk merancang, maka kita merancang untuk
gagal . Allah s.w.t juga ada berfirman yang bermaksud: Dan mereka
merancang dan Allah juga merancang dan Allahlah yang paling baik
perancangan-Nya. ( Surah Ali Imran : 54 ). Oleh sebab itu, jelaslah kepada kita
bahawa para pensyarah tidak seharusnya mengambil sikap sambil lewa atau
memandang remeh serta mencari alasan untuk tidak menyediakan perancangan
yang sepatutnya sebelum proses pengajaran dan pembelajaran bermula bagi

690210-11-5297
memastikan keberkesanannya secara optimum. Sekiranya kita mendidik pelajar
kita dengan baik, maka orang lain akan mendidik anak kita dengan lebih baik.
3.2

SEMASA PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


3.2.1 Penampilan Diri Dan Disiplin
Bagi memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran,

maka saya juga menjaga disiplin serta penampilan diri saya dengan datang ke
bilik kuliah lebih awal daripada pelajar. Saya juga perlu berpenampilan menarik
dengan cara berpakaian kemas, ringkas dan tidak memakai perhiasan yang
keterlaluan ketika mengajar. Saya memakai pakaian yang sederhana dari segi
fesyen dan warnanya tidak terlampau terang atau berkilat-kilat . Pakaian dan
perhiasan yang keterlaluan akan mengganggu konsenterasi pelajar terhadap

isi

pengajaran gurunya. John Molly dalam kajiannya terhadap 15,000 eksekutif dan
professional mendapati bahawa pakaian memberi kesan terhadap kebolehan
dan kewibawaan individu. Saya dapati pelajar-pelajar saya akan sedaya-upaya
untuk datang lebih awal daripada saya dan tidak ponteng kuliah, malahan
apabila mereka terlewat sedikit, mereka akan segera meminta maaf. Dengan ini
jelaslah bahawa penampilan diri dan disiplin seorang pensyarah dapat
mempengaruhi secara langsung terhadap keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran muridnya.

3.2.2 Menjelaskan Matlamat Menuntut Ilmu


Semasa proses pengajaran dan pembelajaran juga saya menjelaskan
kepada pelajar bahawa matlamat mencari ilmu di dalam Islam ialah untuk

690210-11-5297
mendapat keredhaan Allah s.w.t di dunia mahupun di akhirat. Oleh itu, Islam
telah mengkatogerikan mencari ilmu sebagai satu ibadat , sebagaimana sabda
Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Mencari ilmu itu adalah wajib ke atas setiap
muslim. Apabila pelajar telah mengetahui matlamat dan kedudukan sebenar
orang yang mencari ilmu di sisi Allah s.w.t , maka mereka akan belajar
bersungguh-sungguh tanpa paksaan. Oleh itu, proses pengajaran dan
pembelajaran akan berjalan secara fitrah dan penuh keikhlasan dengan niat
untuk mencari ilmu kerana Allah. Inilah kekuatan yang ada di dalam agama
Islam. Mereka juga akan memperbetulkan niat dan tujuan mereka menuntut ilmu
iaitu untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t. kerana setiap pekerjaan itu mestilah
dimulakan

dengan

niatnya

sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang

bermaksud : Sesungguhnya setiap pekerjaan itu mestilah dimulakan dengan


niat. Inilah rahsia keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang
tidak disedari oleh kebanyakan pendidik masa kini.

3.2.3 Menasihati Pelajar


Saya juga sentiasa menasihati pelajar supaya mentaati segala perintah
Allah s.w.t seperti sembahyang, puasa, menjaga aurat dan sebagainya. Pada
masa yang sama juga saya menasihati mereka supaya meninggalkan segala
maksiat kerana ia merupakan faktor penghalang kepada keberkatan ilmu yang
kita cari. Imam As-Shafie ada berkata : Ilmu itu adalah cahaya, maka cahaya
tidak akan diberikan kepada mereka yang jiwanya dikotori oleh perkara-perkara
maksiat.

Seorang pelajar diumpamakan seperti cermin dan ilmu pula

690210-11-5297
diibaratkan seperti cahaya , manakala dosa pula diibarat seperti debu.
Bagaimana cermin akan bersinar apabila disuluh dengan cahaya sekiranya
cermin tersebut dikotori dengan debu ?. Sekiranya seorang pelajar itu mentaati
suruhan Allah s.w.t maka Allah akan membantunya sebagaimana firman Allah
s.w.t yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu
menolong agama Allah ( yakni dengan mentaati perintah Allah ) , niscaya Allah
akan menolong kamu dan mengukuhkan kamu. ( Surah Muhamad : 7 ). Di
dalam agama Islam, usaha nasihat - menasihati ini amat penting sepertimana
sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Agama itu nasihat . Hasilnya saya
dapati pelajar saya mula beramal dengan suruhan agama dengan istiqamah.

3.2.4 Komunikasi Berkesan.


Bagi memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran,
saya juga menggunakan kemahiran komunikasi lisan dan bukan lisan dengan
berkesan. Menurut Sulaiman Md. Yassin (2002), komunikasi adalah merupakan
satu

proses

pemindahan

makna

iaitu

maklumat,

idea,

pengetahuan,

persefahaman, lambang-lambang lain daripada sumber atau penyampai kepada


penerima melalui saluran-saluran tertentu dengan harapan mewujudkan
persamaan. Saya menyampaikan kuliah dengan suara yang jelas, nyata dan
bersemangat. Saya juga memastikan nada suara saya sentiasa berubah-ubah
rentaknya agar pelajar tidak berasa bosan dan jemu. Komunikasi saya dan
pelajar berlaku dua hala iaitu saya menyoal dan pelajar menjawab, dengan ini
pelajar akan merasakan diri mereka dihargai dan kewujudan mereka di dalam

10

690210-11-5297
bilik kuliah adalah disedari. Hasilnya pelajar akan memberikan tumpuan yang
sepenuhnya kepada isi pelajaran. Untuk memastikan pelajar saya memahami
pengajaran saya, maka saya menggunakan laras bahasa yang sesuai dengan
kemampuan kognetif mereka. Saidina Umar Al-Khatab pernah berkata :
Bercakaplah dengan seseorang itu mengikut kadar kemampuan akalnya.
Kaedah komunikasi berkesan yang saya amalkan ini terbukti telah membantu
untuk memastikan objektif pengajaran tercapai dari segi perubahan tingkah laku,
pencapaian dan prestasi akademik pelajar.
Selain komunikasi secara lisan, saya juga mempraktikkan komunikasi
bukan lisan yang merangkumi pergerakan badan, penampilan dan persembahan
diri, suara dan alam persekitaran pelajar itu sendiri. Kajian oleh Ray Birdwhistell
( 1955), menunjukkan bahawa lebih kurang 35% komunikasi lisan dan 65%
komunikasi bukan lisan perlu dilakukan oleh seorang guru semasa mengajar
bagi memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Al-Quran
telah menggariskan beberapa garis panduan sebagai asas bagi mewujudkan
interaksi berkesan antara seseorang dengan seseorang insan yang lain, seperti
firman Allah s.w.t yang bermaksud : Maka katakanlah kepada mereka kata-kata
yang baik yang menyenangkan hati. ( Al-Isra: 28 ). Allah juga berfirman dengan
maksud : Maka rahmat Allah yang menyebabkan kamu berlemah lembut
terhadap mereka. Sekiranya kamu bersifat kasar lagi berhati keras, tentulah
mereka menjauhkan diri dari sekeliling kamu. ( Ali Imran: 159 ). Dengan ini
jelaslah kepada kita bahawa hikmah, kebijaksanaan, lemah - lembut dan
percakapan

yang

baik

sememangnya

11

menjadi

asas

bagi

mewujudkan

690210-11-5297
komunikasi dan interaksi yang baik bagi menjamin keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran.
3.2.5 Penggunaan Teknologi Maklumat.
Penggunaan

teknologi

maklumat

juga

dapat

membantu

keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan masa


kini berkembang seiring dengan kepesatan sains dan teknologi.
Kelahiran

bidang

pengkomputeran

teknologi
sebagai

maklumat

wadah

baru

(ICT)
era

melalui
globalisasi

sistem
telah

mempertingkatkan lagi usaha penyebaran ilmu kepada generasi baru


dan masyarakat umum di seantero dunia. Melalui kepesatan dan
perkembangan bidang pengkomputeran, aliran akademik semasa juga
turut melebarkan lagi gerbang ilmiahnya menerusi capaian kepantasan
kuasa teknologi ini . Khususnya dalam bidang pendidikan, penggunaan
teknologi pengkomputeran dalam proses pengajaran sememangnya
memberi implikasi baru yang lebih efektif dalam proses pengajaran
dan pembelajaran sekaligus menyumbang kepada kelancaran dan
kedinamikan dalam lapangan pendidikan.
Ledakan teknologi pengkomputeran dalam dunia pendidikan
tidak dinafikan merupakan sebahagian daripada faktor yang turut
menyumbang ke arah kemajuan dan prestasi di kalangan pensyarah
dan pelajar.

Tidak ketinggalan, saya juga mengambil kesempatan dengan

kemudahan peralatan teknologi maklumat terkini dan jaringan internet yang telah
dibekalkan kepada pihak Kolej bagi memastikan proses pengajaran dan

12

690210-11-5297
pembelajaran

dapat

berjalan

dengan

lancar

dan

berkesan.

Saya

mempersembahkan isi kandungan pelajaran dengan menggunakan power point.


Saya juga ada menggunakan teknik video dan audio semasa proses pengajaran
dan pembelajaran berjalan, bergantung kepada kesesuaian tajuk yang diajar.
Sebagai contoh, apabila saya mengajar tajuk ajaran sesat di Malaysia, maka
saya akan mencari filem-filem pendek di internet melalui youtube.com dan
memuat turunkannya dengan menggunakan perisian keepvideo.com bagi
membantu kefahaman pelajar terhadap isi kandungan pelajaran.

Untuk

menjadikan pengajaran saya lebih berkesan maka saya telah masukkan notanota penting ke dalam blog (albesuty.blogspot.com) sebagai bahan rujukan
pelajar. .
Charles B.Klasek (1972), menyatakan bahawa pengajaran guru boleh
dianggap teratur sekiranya mereka dapat menggabungkan pengajarannya
dengan bahan bantu mengajar. Pengajaran guru akan menjadi lebih berkesan
dan berjaya meruntun fikiran pelajar terhadap pelajaran mereka. Pendapat ini
disokong pula oleh satu kajian ilmiah yang mengatakan bahawa pelajar belajar
melalui penglihatan sebanyak 70% dan melalui pendengaran sebanyak 30%
sahaja.

Jadi saya mengambil pendekatan untuk menggabungkan di antara

kedua-dua faktor ini. Melalui pemerhatian, saya dapati minat pelajar terhadap
subjek Pendidikan Islam semakin bertambah

apabila saya mengaplikasikan

pendekatan ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

3.2.6 Pembelajaran Koperatif Dan Kolaboratif

13

690210-11-5297
Proses

pengajaran dan pembelajaran yang efektif, menarik dan

menyeronokkan juga dapat dicapai melalui pelaksanaan usaha-usaha kreatif dan


inovatif seseorang pensyarah walaupun pengajaran dan pembelajaran tersebut
di dalam bentuk kuliah. Ia boleh direalisasikan dengan mempraktikkan
pembelajaran koperatif dan kolaboratif iaitu gaya pembelajaran peer teaching
sesama rakan pelajar.

Pembelajaran secara koperatif dan kolaboratif

bermaksud pembelajaran secara kerjasama di mana pelajar belajar dalam


kumpulan dan secara bekerjasama, berinteraksi dan saling bantu membantu
dalam aktiviti pembelajaran dengan tujuan mencapai kemajuan dan prestasi
yang cemerlang. Menurut Kamus Dewan (1998), kolaboratif bermaksud
kerjasama erat di antara dua pihak atau lebih. Pembelajaran kolaboratif
membawa maksud sekumpulan pelajar berusaha ke arah mencapai prestasi
yang baik, sama ada dalam bidang akademik atau bidang kokurikulum.(Mok
Soon Sang ,2006).
Pembelajaran koperatif dan kolaboratif dapat dilihat semasa melakukan
tugasan kumpulan. Saya memulakannya dengan membahagi kumpulan pelajar
yang terdiri daripada empat hingga lima pelajar dalam satu kumpulan dan
seorang ketua kumpulan. Ketua kumpulan terdiri daripada pelajar yang agak
cemerlang. Selepas itu saya mengedarkan tugasan dalam bentuk soalan dan
meminta mereka melaksanakan tugasan tersebut secara kumpulan dengan
membuat rujukan di pusat sumber ataupun di internet.

Tugasan itu perlu

dihantar dalam dua bentuk iaitu dalam bentuk penulisan hard copy dan dalam
bentuk persembahan power point. Setiap kumpulan akan mempersembahkan

14

690210-11-5297
tugasan mereka di hadapan khalayak ramai secara bergilir-gilir.

Sementara

pelajar-pelajar lain akan mendengar dengan teliti dan akan bertanyakan soalan.
Mereka juga harus bersedia dari segi intelektual dan emosi untuk menjawab
soalan yang dikemukakan oleh rakan-rakan lain. Melalui temu bual secara tidak
langsung dengan pelajar maka saya dapat membuat kesimpulan bahawa
tugasan secara berkumpulan ini dapat mempertingkatkan lagi minat belajar,
motivasi diri dan pelajar menjadi lebih yakin untuk berhadapan dengan khalayak
sambil memberi pendapat, berhujah dan menjawab segala pertanyaan daripada
rakan seperjuangannya.

Ini menunjukkan kepada kita bahawa pembelajaran

secara koperatif dan kolaboratif memang dapat mempertingkatkan lagi potensi


diri pelajar.

3.2.7 Kemahiran Berjenaka.


Menurut Kamus Dewan, jenaka dapat diistilahkan sebagai sesuatu
perbuatan dan perilaku yang mencuit hati. Bagi saya berjenaka semasa proses
pengajaran dan pembelajaran sudah menjadi amalan rutin. Melakukan jenaka
merupakan unsur hiburan dan perkara yang disampaikan tidak pula dianggap
sebagai fakta kerana ia hanya merupakan suatu gurauan. Apabila saya melihat
keadaan bilik kuliah menjadi suram dan pelajar menunjukkan tanda-tanda
keletihan dan mengantuk , maka saya berusaha untuk menceriakan keadaan
dengan unsur-unsur kecindan. Namun begitu saya telah pastikan bahawa bahan
jenaka tersebut mesti ada kaitan atau releven dengan isi pengajaran, menepati
masa dan suasana, tidak menyentuh peribadi seseorang individu dan tidak
menghalang objektif pengajaran tercapai dengan sempurna.

15

690210-11-5297
Menurut Abdul Rahim Abdul Rashid ( 1992 ) guru yang baik mempunyai
kualiti dan sifat tertentu. Antaranya mereka perlu mempunyai unsur-unsur humor
yang menjadikan pengajaran mereka tidak membosankan.

Laurence J.Peter

(1975) , pula dalam bukunya bertajuk Competencies For Teacher Education,


menjelaskan bahawa bakal guru perlu menjadikan diri mereka guru yang
berkesan dan berpengaruh.

Kemahiran berjenaka adalah amat penting dan

merupakan salah satu ciri pensyarah yang baik kerana mereka dapat
menghasilkan perubahan tingkah laku yang efektif di kalangan pelajar. Dengan
ini jelaslah kepada kita bahawa unsur kecindan juga memainkan peranan
penting

di

dalam

memastikan

keberkesanan

proses

pengajaran

dan

pembelajaran, tetapi ia boleh diibaratkan seperti garam di dalam makanan,


hendaklah diletakkan hanya secukup rasa sahaja, kerana sabda Rasulullah
s.a.w: Sebaik-baik perkara itu pertengahannya

3.2.8 Penggabungjalinan.
Penggabungjalinan bermaksud kesepaduan pengalaman pembelajaran
di antara mata pelajaran ( Pusat Perkembangan Kurikulum 1992 ). Pensyarah
perlu mempertimbangkan unsur-unsur daripada mata pelajaran lain yang
berkaitan dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan,tegasnya merentasi
kurikulum. Dengan itu bahan pengajaran yang disampaikan akan menjadikan
pelajar memahaminya dan boleh dimanfaatkan dalam kehidupannya ( Omardin
Ashaari 1999 ) .Strategi yang menggabungjalinkan mana-mana mata pelajaran
dapat digunakan oleh pensyarah di dalam proses pengajaran dan pembelajaran

16

690210-11-5297
untuk memperkaya, memperjelas dan menimbulkan keseronokan dalam
mempelajari mata pelajaran lain. Dengan ini pelajar dapat melihat perkaitan di
antara disiplin ilmu. Apa yang dipelajari tidak terpisah dan dengan itu proses
pembelajaran akan menjadi lebih mudah, luas dan bermakna bagi diri pelajar.
Semasa

proses pengajaran dan pembelajaran saya menggunakan

strategi penggabungjalinan. Apabila saya mengajar Pelajar Jurusan Hayat yang


mempelajari Subjek Biologi maka saya akan kaitkan proses kejadian manusia
menurut Al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: Kemudian kami jadikan
saripati air mani itu ( disimpan ) di tempat yang kukuh ( rahim ). Kemudian air
mani itu kami jadikan segumpal darah ( alaqatan ), lalu segumpal darah itu kami
jadikan segumpal daging ( mudhghatan ) dan segumpal daging itu kami jadikan
tulang belulang ( Izhaama ) lalu tulang belulang itu kami bungkus dengan
daging, kemudian kami jadikan dia makhluk yang berbentuk lain, maka Maha
Suci Allah s.w.t Pencipta Yang Paling Baik . (Al-Muminuum : 13-14 ).
Apabila saya mengajar pelajar Jurusan Fizikal pula , maka saya akan
cuba mengaitkan

sains dengan Al-Quran seperti firman Allah s.w.t yang

bermaksud : Apakah orang-orang yang tidak beriman itu tiada mengetahui,


bahawa langit dan bumi itu dahulunya satu potong, lalu kami seraikan antara
keduanya ( Teori Big Bang ). Dan kami jadikan dari air segala benda hidup .
Tidakkah mereka percaya.(Al-Anbia : 30 ).

Hasil daripada gabungan yang

mantap di antara proses penggabungjalinan dan kemahiran seorang pensyarah


mengolah isi pelajaran dengan bantuan bahan bantu mengajar yang bersesuaian
maka, natijahnya terhasillah satu proses pengajaran dan pembelajaran yang

17

690210-11-5297
berkesan dan objektif yang telah disasarkan oleh pensyarah akan dapat dicapai
dengan jayanya. Langkah ini akan memberi faedah dan manfaat yang optimum
kepada pelajar di dalam kehidupan mereka pada masa akan datang.

Rumusan
Sebagai rumusannya ingin saya tegaskan bahawa

proses semasa

pengajaran dan pembelajaran adalah merupakan proses yang sangat penting,


kerana ia akan menentukan sama ada pembelajaran di dalam diri pelajar berlaku
atau tidak.

Oleh sebab itu, seorang pensyarah yang perihatin dan

bertanggungjawab sepatutnya melaksanakan segala perancangan yang telah


dibuat sebelum proses pengajaran dan pembelajaran dengan teliti, tekun,
amanah seperti sabda

Rasulullah s.a.w ada bersabda yang bermaksud :

Sesungguhnya Allah menyayangi, apabila seseorang itu melakukan sesuatu


kerja, lalu ia kerjakan dengan penuh ketekunan.

3.3

SELEPAS PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


3.3.1 Refleksi
Menurut Hanipah ( 1999 ) , refleksi bermaksud proses merenung,

menganalisis, mencari alasan, membuat cadangan dan tindakan untuk


memperbaiki diri yang dilakukan berterusan. Apabila proses pengajaran dan
pembelajaran telah selesai, saya akan membuat refleksi terhadap pengajaran
yang telah saya sampaikan kepada pelajar sama ada pelajar dapat memahami
atau tidak isi kandungan yang telah disampaikan. Saya membuat muhasabah

18

690210-11-5297
atau penilaian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang lalu adalah
dengan tujuan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan yang telah saya
lakukan. Sekiranya perlu kepada penambahbaikan, maka saya akan lakukan
tindakan segera. Saya juga meminta supaya pelajar menilai pengajaran saya
dengan mengisi borang soal selidik .

Proses refleksi ini memang amat penting

untuk menentukan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Seperti


kata-kata Saidina Umar Al-Khatab : Hitungilah amalan kamu sebelum kamu
dihitungkan .

3.3.2 Penilaian.
Bagi membuktikan keberkesan proses pengajaran dan pembelajaran yang
telah saya jalankan bersama pelajar, maka saya membuat penilaian semula
terhadap kefahaman pelajar dengan beberapa cara, seperti menyoal balik
tentang isi pelajaran, meminta pelajar menyenaraikan sedikit ringkasan
pelajaran, membuat kuiz

dan menjalankan kajian tindakan .

Saya juga

menyediakan satu blog yang berkaitan dengan nota kuliah. Sekiranya mereka
ingin bertanyakan soalan mereka boleh menghantar soalan mereka kepada saya
melalui gmail. Dapatan atau tindak balas yang saya terima daripada pelajar
akan saya gunakan untuk memperbaiki cara pengajaran saya demi pengajaran
dan pembelajaran berkesan di masa hadapan.
Rumusan
Sebagai

rumusannya,

proses

selepas

aktiviti

pengajaran

dan

pembelajaran juga tidak kurang pentingnya seperti proses sebelum dan semasa

19

690210-11-5297
pengajaran dan pembelajaran . Hal ini demikian kerana seseorang pensyarah
akan dapat mengaplikasikan tindak balas yang didapati daripada pelajar sama
ada untuk mengekalkan atau membuat pembaharuan terhadap pengajarannya
pada masa akan datang.

PENUTUP
Sudah jelas lagi bersuluh kepada kita bahawa tugas sebagai

seorang pensyarah bukanlah sesuatu yang mudah seperti yang disangkakan


kerana ia bukan sahaja bertugas untuk menyampaikan isi pengajaran secara
berkesan , tetapi dalam masa yang sama juga ia berperanan untuk menyemai
dan memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa setiap pelajar.

Pensyarah adalah

pendidik dan pengasuh generasi muda yang akan menjadi warisan kebudayaan
dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan Negara pada masa depan.

Selain

menyebar ilmu, segala tingkah laku pensyarah akan menjadi contoh teladan
kepada murid-muridnya .

Oleh yang demikian, pensyarah seharusnya

mempunyai sifat dan kualiti peribadi, professional dan sosial yang baik dan
murni.

Di samping itu, pensyarah juga memainkan peranan yang sangat

penting di dalam menjayakan Wawasan Negara . Kenyataan ini adalah selari


dengan perutusan Mantan Menteri Pelajaran Malaysia yang berbunyi: Sebagai
golongan yang berada di barisan paling hadapan dalam menjayakan Wawasan
Negara,peranan guru amat penting untuk memastikan Nilai Nasional dapat
disempurnakan.( Y.B Dato Sri Hishamuddin bin Tun Hussein , Perutusan Hari
Guru 2006 ). Oleh sebab itu hanya pensyarah yang mempunyai komitmen,

20

690210-11-5297
iltizam dan kompetensi yang tinggi terhadap tugasnya serta mempunyai akhlak,
budi pekerti dan tatasusila yang tinggi sahaja mampu untuk mewujudkan proses
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan .

Ia juga akan berjaya

menjalankan tugas sebagai seorang pendidik dengan sempurna dan efektif.


4.

RUJUKAN:

1.

Aid al-Qarni Abdullah(2006),La Tahzan,Cairo,Maktabah al-Abikan.

2.

Al-Imam Abu Hamid al-Ghazali,Ihya Ulumiddin Jld.4,Bairut,Darul Marifah.

3.

Dewan Bahasa&Pustaka(2002),Kamus Dewan,K.Lumpur,Harian Sdn.Bhd.

4.

Kamus al-Munjid(1986),Bairut,Maktabah as-Syarqiyyah.

5.

Kementerian

Pelajaran

Malaysia(2001),Falsafah

Pendidikan

Negara,Matlamat dan Misi, K. Lumpur,Pusat Perkembangan Kurikulum.


6.

Kerajaan Malaysia(2006)Pelan Integriti Nasional,Kuala Lumpur.PNB.

7.

Lajnah

Pentashih

Mashaf

al-Quran(1988),Al-Quran

dan

Terjemahan,Jakarta,Percetakan Nahdi.
8.

Mak Soon Sang(2004)Peperiksaan P.T.K(Kertas701/15)Bahagian II,Kuala


Lumpur,Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

9.

Mak Soon Sang(2008)Kursus Penilaian Tahap Kecekapan P&P Gred


DGA34,DG44&DG48,K.Lumpur,Multimedia-ES Resources sdn.Bhd.

10

Omardin Ashaari(1999),Pengajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif,


Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

13

Pusat

Perkembangan

Kurikulum(1992),

Pukal

Bersepadu Sekolah Menengah, Kuala Lumpur, DBP.

21

Latihan

Kurikulum

690210-11-5297
14.

Syed Putra Syed Ahmad(1995),Ensiklopedia Sirah,Jid:I,IIdanIV,PBP.

15.

Wan Mohd Zahid Mohd Noordin(1993),Wawasan pendidikan agenda


pengisian,kuala Lumpur,Nurin Enterprise.

22

690210-11-5297

23

Anda mungkin juga menyukai