Anda di halaman 1dari 3

Komanwel

Bendera Komanwel
Sejarah Penubuhan
Komanwel ditubuhkan pada tahun 1931 hasil idea Lord Rosebury. Pertubuhan ini merupakan pertubuhan negara-negara
yang pernah dijajah oleh Britain. Sekitar tahun 1930-an, British masih lagi berkuasa ke atas bekas negara-negara
jajahannya yang sudah dibebaskan sehinggalah terbentuknya Statue of Westminstern.
Menjelang tahun 1950-an, banyak negara jajahan British mencapai kemerdekaan dan bersetuju menyertai Komanwel.
Negara-negara yang menyertai Komanwel ini menerima Perisytiharan Prinsip-Prinsip Komanwel sebagai asas
hubungan memandangkan Komanwel tidak mempunyai perlembagaan rasmi.
Kuasa tertinggi adalah berdasarkan keputusan yang ditetapkan di dalam Persidangan Ketua-Ketua Kerajaan
Komanwel [ CHOGM]. CHOGM diadakan dua kali setahun dan dihadiri Perdana Menteri atau Presiden negara anggota.
Persidangan CHOGM ini bertujuan melaksanakan rancangan kerjasama untuk kepentingan bersama dan
menyelesaikan isu yang ditimbulkan.
Keanggotaan Komanwel
1. Keahlian mesti dipohon [bukan automatik walaupun negara terbabit merupakan bekas jajahan British]
2. Negara2 anggota boleh menarik diri bila-bila masa.
3. Negara2 anggota perlu menerima Queen sebagai simbol perpaduan dan Ketua Komanwel.
4.Negara-negara anggota mesti bersedia untuk berkerjasama antara satu sama lain demi kepentingan bersama.

Faedah menyertai Komanwel


1. Pemindahan teknologi antara negara anggota terutama dari negara maju seperti Britain.
2. Meningkatkan perkembangan ekonomi melalui kerjasama antara negara anggota: contoh, Rancangan Colombo
yang dianjurkan oleh UK.
3. Membantu menaikan taraf pendidikan melalui Jawatankuasa Perhubungan
Pelajaran Komanwel.

Sukan Komanwel yang diadakan sekali dalam 4 tahun merupakan lambang perpaduan negaranegara anggota Komanwel.
Info Tambahan...
CHOGM
CHOGM adalah sidang kemuncak dwitahunan yang disertai semua ketua-ketua kerajaan dari negara-negara Komanwel.
Biasanya Ratu Elizabeth II yang menjadi Ketua Kerajaan Komanwel akan merasmikan mesyuarat tersebut. CHOGM
yang pertama diadakan pada 1971.
Mesyuarat CHOGM biasanya membincangkan perkara-perkara berkaitan isu semasa atau yang sedang berlangsung
yang melibatkan negara ahli. Antaranya CHOGM membincangkan isu dasar aparteid di Afrika Selatan.
Sumber: Wikipedia.org

Faedah Malaysia Menyertai Komanwel

i. Malaysia dapat memeterai perjanjian pertahanan dengan Britain yang juga melibatkan Australia dan New Zealand.
Ketiga-tiga negara (Britain, Australia, New Zealand) membantu Malaysia semasa konfrantasi Indonesia.

ii. Malaysia menyertai Perjanjian Pertahanan Lima Negara. Melalui perjanjian ini Britain secara automatik akan
membantu Malaysia jika diserang musuh.

iii. Negara Britain banyak menanam modal di Malaysia dalam sektor ekonomi perlombongan dan perladangan.
iv. Melalui Rancangan Colombo pelajar Malaysia mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke Britain,
Australia dan New Zealand.
Sumber: http://pmr.penerangan.gov.my

***Walaupun British telah memberi kemerdekaan kepada sesetengah negara jajahannya tetapi Parlimen Britain masih
berkuasa ke atas hal-ehwal negara berkenaan. Statute of Westminster yang diluluskan pada tahun 1931 adalah simbol
berakhirnya

penguasaan

Parlimen

British

di

negara-negara

yang

sudah

diberi

kebebasan.

Anda mungkin juga menyukai