Anda di halaman 1dari 2

Bahasa Melayu STPM Kertas 2 (910/2)

Nota
PENGGAL
2

SINTAKSIS
JENIS
AYAT TUNGGAL
BENTUK AYAT
: AYAT

1. PENGENALAN BENTUK AYAT


Bentuk ayat ialah pengkategorian ayat dengan berdasarkan bilangan klausa yang
membina sesuatu ayat.
Bentuk ayat dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua, iaitu ayat tunggal dan ayat
majmuk.
2. AYAT TUNGGAL
Konsep Ayat Tunggal
Ayat tunggal = sesuatu ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat, atau
satu klausa sahaja.
Ayat tunggal berasal daripada ayat dasar, tetapi ayat tunggal boleh terdiri daripada
pelbagai ayat selagi bersifat satu klausa.
(a) Susunan ayat tunggal:
Ayat Susunan Biasa
Mereka sungguh baik hati.
Kamu pergi ke mana?
Rumah itu baru dibina.

Ayat Susunan Songsang


Sungguh baik hati mereka.
Ke mana kamu pergi?
Baru dibina rumah itu.

(b) Jenis ayat tunggal:


Ayat Penyata
Saya masih tidak sihat.
Kepulangannya mengejutkan kami.
Tempat itu sungguh jauh.

Ayat Perintah
Jangan mencabar kesabaran saya.
Usah berborak-borak lagi.
Sila berbaris di sana.

Ayat Tanya
Mengapakah kamu menangis?
Bapanya bekerja di mana?
Apakah maksud kata terbitan?

Ayat Seruan
Wah, hebatnya mereka!
Aduh, sakit sungguh perutku!
Syabas, anda sudah berjaya!

(c) Ragam ayat tunggal:


Ayat Aktif
Kamil memandu kereta.
Budak itu terpijak paku.
Saya mendaki bukit

Ayat Pasif
Kereta dipandu oleh Kamil.
Paku terpijak oleh budak itu.
Bukit saya daki.

1 http://dermagabmk1.blogspot.com

2.1

2.2 Perbezaan dan Persamaan antara Ayat Tunggal dengan Ayat Dasar

Perbezaan

Persamaan

Ayat Tunggal
Ayat Dasar
Jenis ayat:
Jenis ayat:
Ayat penyata, ayat perintah, Ayat penyata
ayat tanya, ayat seruan
Susunan ayat:
Susunan ayat:
Ayat biasa, ayat songsang
Ayat biasa
Ragam ayat:
Ragam ayat:
Ayat aktif, ayat pasif
Ayat aktif
Terdiri daripada satu subjek dan satu predikat
Terbina daripada satu klausa
Jika kedua-duanya terdiri daripada ayat biasa dan ayat pasif

2 http://dermagabmk1.blogspot.com

Perbandingan

Anda mungkin juga menyukai