Anda di halaman 1dari 13

Apa itu rekod?

Rekod bererti tulis, catat, rakam serta


daftar.
Sebarang catatan atau sekumpulan
dokumen yang mengandungi
maklumat yang mempunyai kaitan
antara satu sama lain yang
diwujudkan dalam sesuatu urusan
serta wujud dalam apa jua bentuk.

Rekod diurus dengan cara


memelihara rekod kekal, memisah
dan memindah rekod tidak berguna,
menyelia dan latih staf serta
membuat semakan dari semasa ke
semasa sistem rekod.

Bagi industri pemeliharaan ikan


hiasan dan haiwan kesayangan
antara dokumen yang perlu adalah
rancangan bajet yang merangkumi
semua keperluan kewangan bagi
menjalankan aktiviti tersebut.
Semua anggaran bajet, kos
perbelanjaan dan pendapatan dicatat
dalam rancangan tersebut.

Belanjawan
Satu rancangan kuantitatif yang
menerangkan bagaimana sesuatu
sumber itu diperoleh dan digunakan
sepanjang tempoh belanjawan tertentu.
Mempunyai hubungan dengan
perancangan dan pengawalan
Perancangan menyediakan belanjawan
Pengawalan membuat
membandingkan antara belanjawan dan
keputusan sebenar.

Kegunaan belanjawan

Perancangan
Pengurus dapat menentukan matlamat
organisasi di masa hadapan dan
menentukan langkah-langkah yang
perlu diambil.
Komunikasi
Berkongsi pelan dan tindakan setiap
unit yang berbeza fungsi dengan
jabatan-jabatan dalam organisasi.

Koordinasi
Membolehkan pihak pengurusan
menyelaras aktiviti-aktiviti yang
berbeza, fungsi dan jabatan-jabatan
dalam organisasi untuk mencapai
matlamat yang telah ditetapkan.
Pembuatan keputusan
Mengumpul maklumat yang berkesan
dan relevan bagi tujuan membuat
keputusan yang dibuat adalah yang
paling menguntungkan.

Kawalan dan Penilaian Prestasi


Berfungsi sebagai standard
membandingkan dengan keputusan
yang sebenar dan membantu pengurus
melaksanakan tindak pembetulan
Motivasi
Meningkatkan semangat pekerja untuk
mencapai matlamat organisasi dan
meningkatkan kecekapan dan
keberkesanan operasi.

Belanjawan kewangan
Menunjukkan aliran masuk dan aliran
keluar tunai serta kedudukan
kewangan sesebuah firma
Terdiri daripada belanjawan tunai
yang merangkumi
i. Jadual kutipan tunai
ii.Jadual pembayaran belian bahan

Belanjawan Tunai
Disediakan untuk menentukan sama
ada sesebuah syarikat akan mempunyai
lebihan tunai atau kurangan tunai
berdasarkan operasi syarikatnya.
Ia mengandungi 3 bahagian:
Penerimaan tunai
Pembayaran tunai
Pembiayaan

Anda mungkin juga menyukai