Anda di halaman 1dari 1

Definisi Tingkah laku bermasalah

Mohd.Nazar Mohamad (1990), mentakrifkan tingkah laku bermasalah sebagai


tingkah laku yang menganggu perjalanan kehidupannya. Tingkah laku
bermasalah boleh didefinisikan sebagai tingkah laku yang tidak normal dan
terkeluar dari nilai dan norma sosial masyarakat,tidak kira dalam kehidupan
bermasyarakat atau termasuk sekolah. Secara konsepnya, ia bertentangan
dengan tingkah laku yang lazimnya dianggap sebagai persepsi, perasaan, dan
perlakuan yang pada kebiasaanya dialami oleh banyak orang dalam sesebuah
masyarakat sama ada di kawasan pedalaman mahupun bandar.

Berdasarkan dari kajian dan pemerhatian oleh pakar psikologi, didapati tingkah
laku bermasalah ini timbul kerana kurangnya keupayaan individu dalam proses
mengadaptasi atau akomodasi apabila menghadapi perubahan situasi dalam
alam persekitaran. Ini menyababkan berlakunya gangguan emosi dan aktiviti
kehidupan individu serta seterusnya mengganggu kestabilan dan keharmonian
persekitarannya.

Anda mungkin juga menyukai