Anda di halaman 1dari 6

ANDRAGOGI

Salah satu aspek penting dalam pendidikan pada masa ini ialah konsep pendidikan untuk orang dewasa.
Jika sebelum ini kita sering membincangkan akan kepentingan pendidikan untuk kanak-kanak pendidikan
untuk orang dewasa juga tidak kurang pentingnya memandangkan pendidikan adalah untuk semua. Maka
adalah menjadi tanggungjawab untuk memastikan orang dewasa juga memperolehi pendidikan yang
sewajarnya untuk pembangunan diri mereka..
Pembelajaran dewasa atau lebih dikenali sebagai andragogi agak sukar didefinisikan kerana maksudnya
yang agak luas dan ramai tokoh yang memberikan pandangan yang berbeza-beza. Antara tokoh terkenal
di dalam pendidikan andragogi adalah Malcolm Knowles, Edward Lindeman, Tough dan sebagainya.
Menurut Knowles, sebelum wujudnya andragogi, pedagogi sudah muncul. Pedagogi adalah seni dan
kebudayaan bagi pembelajaran kanak-kanak. Manakala kata lawannya pula muncul sebagai andragogi
iaitu pembelajaran bagi orang dewasa.
PENGERTIAN ANDRAGOGI
Andragogi merupakan konsep yang dipopularkan oleh Malcolm Knowels yang telah menulis buku
mengenai andragogi pada tahun 1970. Bukunya bertajuk The Modern Practise of Adult Education.
Menurutnya andragogi merupakan seni dan sains untuk membantu orang dewasa belajar. Perkataan
andragogi berasal dari bahasa Yunani aner ertinya orang dewasa atau adult, dan agogos ertinya
memimpin atau leader. Secara lebih tepat lagi andragogi boleh dinyatakan sebagai seni dan sains untuk
pembelajaran bagi orang dewasa.
TEORI ANDRAGOGI
Teori andragogi oleh Kowles adalah suatu percubaan untuk mengembangkan satu teori yang khas tentang
pembelajaran orang dewasa. Knowles menegaskan orang dewasa adalah terarah diri dan dijangka
bertanggungjawab atas keputusannya. Program pembelajaran orang dewasa seharusnya menampung
aspek asas ini.
Andragogi membuat andaian-andaian berikut tentang rekabentuk pembelajaran:
1) Orang dewasa perlu mengetahui sebab ia dikehendaki mempelajari sesuatu
2) Orang dewasa perlu belajar secara eksperimen
3) Orang dewasa menganggap pembelajaran sebagai penyelesaian masalah, dan
4) Pembelajaran orang dewasa paling berkesan jika topik pelajarannya mempunyai nilai segera.
Secara praktiknya, andragogi bermakna instruksi untuk orang dewasa perlu berfokuskan lebih kepada
proses daripada isi kandungan yang diajar. Strategi-strategi seperti kajian kes, main peranan, simulasi,
dan penilaian kendiri adalah paling berguna. Pengajar memainkan peranan sebagai fasilitator atau
kakitangan sumber dan kurang sebagai pensyarah atau penilai.
1. Skop/Aplikasi:
Andragogi diaplikasikan kepada sebarang bentuk pembelajaran orang dewasa dan telah digunakan
dengan meluasnya dalam rekabentuk program latihan organisasi (pembangunan pengurusan).
Contoh:
Knowles memberi satu contoh aplikasi prinsip-prinsip andragogi dalam rekabentuk latihan komputer
peribadi:
Perlunya menjelaskan sebab sesuatu diajar (misalannya, arahan tertentu, fungsi, operasi dll)
Instruksi perlu berorientasikan tugasan dan bukan hafalan - aktiviti pembelajaran harus dalam konteks di

mana tugas-tugas dilakukan.


Instruksi perlu mengambil kira pelbagai latar belakang pelajar; bahan dan aktiviti pembelajaran
hendaklah disesuaikan dengan jenis/tahap pengalaman penggunaan komputer yang berbeza.
Oleh kerana orang dewasa adalah terarah diri, instruksi haruslah membenarkan pelajar dewasa
melakukan penemuan sendiri, dan memberi bimbingan dan bantuan jika kesilapan berlaku. Marzano dan
Arredondo mengutarakan teknik pemprosesan mendalam Deep Processing yang menegaskan komponenkomponen pemikiran iaitu imej, sensasi, emosi dan linguistik. Untuk mengingati sesuatu perkara dengan
baik, keempat-empat komponen dibangkitkan.
Prinsip-prinsip:
I. Orang dewasa perlu dilibatkan dalam perancangan dan penilaian instruksinya.
II. Pengalaman (termasuk kesilapan) menjadi asas untuk aktiviti pembelajaran.
III. Orang dewasa paling berminat mempelajari subjek yang mempunyai hubungan yang segera dengan
pekerjaan atau kehidupan peribadinya.
IV. Pembelajaran orang dewasa adalah berpusatkan masalah dan bukan berorientasi isi kandungan.
2. Andaian Andragogi
Knowles menganggap orang dewasa berupaya bertindak ke arah kendiri atau self-directedness dan orang
dewasa akan bertanggungjawab terhadap keputusan yang diambil. Program pembelajaran dewasa perlu
bersesuaian dengan aspek-aspek asas ini. Oleh itu, terdapat beberapa andaian andragogi yang diberikan
oleh Knowles (1980) iaitu:
Orang dewasa perlu tahu mengapa mereka perlu belajar.Orang dewasa ingin dan berkecenderungan
bertindak ke arah kendiri apabila mereka semakin matang walaupun ada masanya mereka bergantung
pada orang lain.
Orang dewasa perlu belajar melalui pengalaman di mana pengalaman bagi orang dewasa adalah satu
sumber pembelajaran yang penting. Pembelajaran mereka lebih berkesan melalui teknik-teknik yang
dilakukan berasaskan pengalaman yang pernah dilalui mereka seperti perbincangan dan penyelesaian
masalah.
Orang dewasa belajar berdasarkan pemusatan masalah. Ini kerana mereka sedar akan keperluan
pembelajaran secara khusus melalui masalah-masalah kehidupan sebenar. Oleh itu, program-program
pendidikan dewasa sepatutnya dirancang mengikut keperluan hidup dan disusun mengikut kesediaan dan
keupayaan untuk belajar.
Orang dewasa belajar dengan lebih berkesan apabila topik itu bernilai.Orang dewasa belajar bersungguhsungguh bagi menguasai suatu pengetahuan ataupun kemahiran bagi keperluan hidup. Oleh itu,
pembelajaran orang dewasa adalah berpusatkan pencapaian. Kesungguhan orang dewasa menguasai
suatu kemahiran ataupun pengetahuan adalah untuk keperluan hidup ataupun semasa.
3. Model Andragogi
Model andragogi telah dibentuk berdasarkan andaian-andaian di atas:
a. Keperluan bagi memenuhi rasa ingin tahu/ke arah kendiri
Orang dewasa perlu tahu mengapa mereka perlu belajar, Tough (1979) mendapati apabila orang dewasa
berkemampuan untuk belajar dan memperoleh faedah daripada pembelajarannya dan juga mengambil
kira keburukan apabila tidak mempelajarinya. Peranan fasilitator di sini adalah untuk menyedarkan
pelajar tentang keperluan untuk memenuhi rasa ingin tahu, need to know.

b. Keperluan menyempurnakan kendiri


Orang dewasa mempunyai kesempurnaan kendiri dan mampu menilai sendiri keputusan dan menentukan
hidup mereka sendiri, orang dewasa membangunkan keperluan psikologi mereka bagi mendapatkan
perhatian dan penghargaan daripada orang lain.
c. Peranan pengalaman
Orang dewasa memiliki pelbagai pengalaman yang diperoleh dari zaman remaja. Pengalaman yang
dimiliki ini berbeza-beza mengikut latar belakang, cara pembelajaran, keperluan, pencapaian dan minat.
Kaedah pembelajaran yang sering digunakan adalah perbincangan kumpulan, penyelesaian masalah dan
bertukar-tukar pengalaman.
d. Kesediaan belajar
Orang dewasa bersedia untuk belajar perkara yang perlu diketahui dan dipelajari oleh mereka dan
mengaitkan apa yang dipelajari dengan realiti kehidupan. Kesediaan belajar ini penting bagi
membangunkan kendiri.
e. Orientasi pembelajaran
Orang dewasa belajar berdasarkan berpusatkan kehidupan dan ia begitu berbeza dengan kanak-kanak
yang tertumpu pada pelajaran atau berpusatkan subjek. Setiap perkara yang dipelajari adalah berkaitan
dengan hidup mereka.
f. Peranan motivasi
Orang dewasa mendapat motivasi daripada pendorong luaran (seperti kenaikan pangkat, gaji tinggi)
tetapi pendorong dalaman adalah lebih berpengaruh (seperti kualiti kehidupan, penghargaan). Tough
(1979) mendapati orang dewasa sentiasa mendapat motivasi untuk pertumbuhan dan pembangunan diri
tetapi motivasi ini sering kali gagal kerana wujudnya konsep negatif pada diri pelajar, masa terhad dan
program yang disertai tidak menepati prinsip-prinsip pembelajaran dewasa.

PRINSIP-PRINSIP ANDRAGOGI
A. Malcolm Knowles (1980) telah menyatakan beberapa prinsip andragogi iaitu:
Orang dewasa perlu terlibat dalam merancang dan membuat taksiran semua kerja mereka. Pelajar mesti
diberikan matlamat sejauh mana pencapaian matlamatnya.
Pengalaman adalah asas aktiviti pembelajaran. Menjadi tanggungjawab pelajar menerima pengalaman
sebagai suatu yang bermakna.
Pelajar lebih berminat mempelajari perkara-perkara yang berkaitan secara langsung dengan kerja dan
kehidupan mereka.
Pembelajaran adalah tertumpu pada masalah (problem-centered). Masalah memberi tenaga, arah dan
menggalakkan daya belajar dan ia perlu dimotivasikan.
B. Gibb (1960) telah menyatakan beberapa prinsip andragogi iaitu:
Pembelajaran adalah berdasarkan problem-centered.
Pemusatan pengalaman menjadi asas pembelajaran. Pengalaman yang dimiliki mesti bermakna kepada
pelajar.
Matlamat ditentukan oleh pelajar itu sendiri.
C. Miller (1904) telah menyatakan beberapa prinsip andragogi iaitu:

Pelajar perlu diberikan motivasi bagi mengubah tingkah laku. Pelajar perlu sedar tingkah laku yang tidak
diingini dan mempunyai gambaran jelas berkenaan dengan tingkah laku yang diingini.
Pelajar mempunyai peluang mencuba tingkah laku yang baru.
Pelajar memperoleh bahan-bahan pembelajaran yang bersesuaian yang dapat membantunya.
Berdasarkan ringkasan prinsip-prinsip yang diberikan oleh beberapa tokoh di atas, dapat disimpulkan
bahawa prinsip andragogi adalah:
Pembelajaran merupakan satu proses yang berterusan. Orang dewasa merasakan keperluan dalam
pelbagai bidang kemahiran dan pengalaman yang dimiliki adalah penting bagi masa depan mereka.
Orang dewasa belajar dengan lebih baik apabila secara personelnya mereka terlibat dalam proses
merancang, menilai dan melaksanakan persekitaran mereka tanpa mengganggu tahap keselamatan dalam
diri mereka sendiri.
Orang dewasa memilih dan suka belajar bagi memudahkan mereka mengetahui tahap kebolehan dan
kemahiran yang dimiliki dalam semua situasi pembelajaran.
Orang dewasa belajar dengan baik apabila mereka mempunyai motivasi untuk berubah, self-discovered
atau mempunyai kemahiran dan strategi spesifik.
Menurut Knowles terdapat empat definisi dewasa iaitu:
Daripada aspek biologi: Individu itu mencapai tahap dewasa apabila mencapai peringkat umur tertentu
dan mampu melahirkan anak.
Daripada aspek undang-undang: Individu itu dianggap dewasa apabila mencapai syarat yang tertakluk
dalam undang-undang dan membolehkan dia terlibat dalam mengundi, memiliki lesen memandu dan
berkahwin.
Daripada aspek sosial: Individu itu dianggap dewasa apabila dia dapat memainkan peranan sebagai orang
dewasa, bekerja sepenuh masa dan berumah tangga.
Daripada aspek psikologi: Individu itu dianggap dewasa apabila dia mencapai tahap kesempurnaan
kendiri di mana dia mampu menguruskan hidupnya sendiri.
Maka, individu itu dikatakan dewasa apabila dia sudah melalui zaman kanak-kanak dan remaja serta
dipengaruhi oleh aktiviti sosial yang disertai semasa berada dalam alam persekolahan. Self-concept dan
self-directedness hanya diperoleh apabila individu itu menamatkan zaman persekolahannya, mempunyai
kerja sepenuh masa dan berkeluarga. Berbanding dengan kanak-kanak dan remaja, orang dewasa
mempunyai tujuan sebagai seorang pelajar. Pembelajaran dewasa adalah bidang baru dan Knowles
mempelopori bidang ini dan menyenaraikan beberapa kriteria tentang pelajar dewasa iaitu:
Kriteria pelajar dewasa
Orang dewasa adalah bebas dan bertindak ke arah kendiri.
Orang dewasa perlu bebas untuk bertindak. Fasilitator perlu melibatkan pelajar dalam proses
pembelajaran dan bertindak sebagai fasilitator semasa sesi pengajaran. Contohnya, fasilitator perlu
mendapatkan pandangan dan idea pelajar berkenaan dengan topik yang diajar. Sebagai pemudah cara,
fasilitator membimbing pelajar berdasarkan pengetahuan yang dimiliki oleh pelajar itu sendiri.
Orang dewasa mempunyai pengalaman
Orang dewasa berpengalaman dan berpengetahuan dalam hal-hal yang merangkumi aktiviti kerja,
tanggungjawab dalam keluarga dan pendidikan masa lampau. Orang dewasa mengaitkan pembelajaran
mereka dengan pengalaman yang dimiliki.
Orang dewasa mempunyai matlamat.

Sebelum menyertai kursus, orang dewasa tahu matlamat yang perlu dicapai. Fasilitator membantu
pelajar mencapai matlamat mereka. Matlamat dan objektif kursus dibuat pada permulaan kursus.
Orang dewasa adalah berpusatkan objektif
Orang dewasa tahu tujuan mereka belajar. Pembelajaran itu diaplikasikan dalam kerja dan memberi nilai
kepada mereka. Oleh itu, penting bagi fasilitator mengenal pasti objektif pelajar sebelum kursus itu
bermula.

Orang dewasa adalah praktikal


Orang dewasa berminat dengan pengetahuan dan kemahiran yang memberi kebaikan pada dirinya. Oleh
itu, fasilitator perlu menyatakan dengan jelas bagaimana pembelajaran itu berguna dalam kerjaya dan
kehidupan mereka.
Orang dewasa perlu dihormati
Fasilitator perlu menghargai pengalaman yang dimiliki oleh pelajar. Pelajar perlu diberi peluang sama
rata untuk menyalurkan pendapat berkaitan dengan pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki.
KAEDAH PENGAJARAN ANDRAGOGI
Dalam konteks pendidikan andragogi, peranan guru, pengajar atau pembimbing yang juga kadangkala
dikenali sebagai dengan fasilitator adalah pemotivasi bagi mereka untuk mendorong dan melibatkan diri
secara aktif dalam pembelajaran, yang kemudiannya dikembangkan melalui penglibatan para pelajar
dalam proses pembelajaran yang melibatkan elemen-elemen seperti :
Keadaan iklim dan suasana kondusif .
Mewujudkan mekanisme dan kaedah yang sesuai untuk penglibatan bersama
Diagnosis keinginan atau keperluan pelajar.
Membuat rumusan bagi sesuatu pengajaran yang diajar.
Merekodkan pola pengalaman pelajar.
Melakukan dan menggunakan pengalaman belajar ini dengan cara dan teknik yang memadai.
Membuat refleksi dengan apa yang telah dipelajari dan membuat kesimpulan daripada pembelajaran.
Oleh yang demikian pengajaran bagi orang dewasa dalam memproses interaksi belajar bukanlah asasnya
memindahkan pengetahuan dan ketrampilan kepada pelajar. Peranan dan fungsi pengajar adalah
mendorong dan melibatkan pelajar dalam proses interaksi belajar kendiri, iaitu proses belajar untuk
memahami permasalahan nyata yang dihadapinya, memahami keperluan diri sendiri, dapat merumuskan
tujuan belajar, dan merefleksi kembali apa yang telah dipelajari. Selain itu pengajar juga boleh
menggunapakai beberapa proses yang bersesuaian dengan suasana pembelajaran para pelajar di dalam
kelas. Proses yang ketara dalam pengajaran andragogi termasuklah :
a. sikap tidak preskriftif (nonprescriptive attitude)
b. isu-pemusatan (issue-centered curricula)
c. mengemukakan permasalahan (problem posing )
d. rundingan berterusan (continuous negotiation)
f. berkongsi tanggungjawab dalam belajar (shared responsibility for learning)
g. menilai proses pembelajaran (valuing process)
h. berdialog (dialogue)
i. persamaan (equality)
j. bersikap terbuka (openness)

k. saling menghormati (mutual respect)


l. menjana idea dalam pembelajaran (integrated thinking and learning)
Manakala teknik pengajaran andragogi yang boleh digunakan oleh pengajar adalah seperti :
Kajian kes (case studies )
role playing
Kaedah (simulations )
self-evaluation
Dalam mempraktikan pengajaran andragogi, pelajar dewasa ini perlu lebih memberi tumpuan atau fokus
kepada proses dan mengurangkan kandungan apa yang dipelajari agar lebih mudah memahami bukan
menghafal atau menerima sahaja pengajaran pengajar.
KESIMPULAN
Andragogi atau pembelajaran dewasa adalah proses pembelajaran berterusan dalam jangka masa
panjang di mana melibatkan orang dewasa yang sudah matang daripada segi pemikiran. Walaupun
pelbagai definisi dilontarkan oleh pelopor-pelopor pembelajaran dewasa, namun ia memberikan
kesimpulan yang sama. Andragogi diaplikasikan dalam semua bentuk pembelajaran orang dewasa dengan
meluaskan skop-skop latihan, pembangunan, pendidikan dan sebagainya.
Fungsi yang nyata dalam konsep andragogi adalah bertentangan dengan prinsip pedagogi. Ia berbeza
kerana pedagogi meluaskan pengaruhnya dalam pendidikan formal yang merangkumi pendidikan sekolah
rendah, menengah dan institusi-institusi pendidikan tinggi. Orang dewasa tidak lagi bergantung harap
dengan orang lain kerana mereka bertindak ke arah kendiri. Ia dianggap bersepadan dengan pemikiran
dan pengalaman yang dimiliki oleh orang dewasa. Pengalaman yang dimiliki oleh orang dewasa dianggap
sebagai sumber pembelajaran yang penting dalam meningkatkan keupayaan orang dewasa dalam
meneruskan proses pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai