Anda di halaman 1dari 6

Perkara Berkaitan

Warid:Perarakan Masuk

Teks dan Ucapan


Mengumumkan ketibaan Dekan Fakulti Ekonomi dan
Pengurusan, Universiti Putra Malaysia. Masuk ke dewan

Nyanyian lagu

Para Hadirin dimohon berdiri bagi menyanyikan Lagu


negaraku dan putra gemilang.
`..
Para hadirin dipersilakan duduk.

Ucapan pembukaan
Warid:
Indah berbalam si awan petang,
Dipuput bayu ke pohon ara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
Tikah:
Biji selasih boleh dimakan
Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri
Warid/tikah : Kata Alu-aluan
Yang Di hormati,
Prof. Dr. Mohd Shahwahid Haji Othman
Dekan, fakulti ekonomi dan Pengurusan
Yang berusaha,
En. Mustafa Dollah, Ketua Penolong Pendaftar merangkap
pengerusi Majlis Perhimpunan Staf bulanan
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Timbalan-timbalan Dekan
Ketua ketua Jabatan
Para Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia
Alhamdulilah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT, kerana
dengan limpah dan kurnianya, dapat kita bersama-sama

Tikah : Menyatakan
kesyukuran

berkumpul bagi menjayakan Majlis Perhimpunan Staf Bulanan


Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan 2014.
Kalau pergi Tanjung Keramat,
Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Bacaan doa

bagi memberkati majlis kita pada hari ini, dijemput En Amirul


Aizat Alang bagi memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala
hormatnya dipersilakan
......................................................................................
Amin-amin ya rabbal Al-amin. terima kasih diucapkan kepada
En Amirul Aizat Alang atas pimpinan bacaan doa itu tadi.
moga majlis kita pada hari ini diberkati oleh-Nya. insyaAllah.

Ucapan aluan dekan

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan aluan dan perkongsian


ilmu oleh Yang berbahagia, Prof. Dr. Mohd Shahwahid Hj
Othman, Dekan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan,
Seterusnya merasmikan Perhimpunan Staf bulanan Fakulti
Ekonomi dan Pengurusan, serta mengetuai bacaan ikrar
integriti perkhidmatan awam. Majlis dengan penuh takzimnya
mempersilakan.
...........................................................................................
Para hadirin diminta berdiri untuk bersama-sama melafazkan
bacaan ikrar.
..
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih serta sekalung
penghargaan kepada Yang berbahagia, Prof. Dr. Mohd
Shahwahid Hj Othman, Dekan Fakulti Ekonomi dan
Pengurusan

atas ucapan yang penuh bermakna itu dan

perasmian perhimpunan staf bulanan pada hari ini.

Taklimat oleh KPP

Seterusnya,

Majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan En


Mustafa Dollah, Ketua Penolong Pendaftar fakulti, bagi
memberikan taklimat semasa, berkenaan fakulti ekonomi dan
pengursan kepada semua staf. Dipersilakan
..
Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada - En
Mustafa Dollah atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.
Penghargaan dan anugerah

Kini, saat dinanti-nantikan sudah tiba. Majlis diteruskan lagi


dengan penyampaian Anugerah Kecemerlangan Fakulti
Ekonomi dan Pengurusan 2013.
Untuk Makluman hadirin,
Anugerah Kecemerlangan Fakulti ini diwujudkan bertujuan
untuk menghargai staf akademik dan sokongan. Antara
kategori anugerah yang diwujudkan adalah seperti berikut:
i) Anugerah Pengajaran Inovasi
ii) Anugerah Penyelidikan
iii) Anugerah Perkhidmatan Profesional dan Pembangunan
Eksekutif
iv) Anugerah Perkhidmatan Sokongan Cemerlang (Untuk Staf
Pengurusan & Profesional (Bukan Akademik) dan Pelaksana)
Antara Kriteria Pemilihan Pemenang adalah seperti berikut:
i) Pemenang perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan
mengikut kategori anugerah.
ii) Seorang staf hanya layak menjadi pemenang untuk satu (1)
anugerah sahaja.
iii) Keputusan adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan.
Majlis dengan ini menjemput Yang Berbahagia Prof. Dr. Mohd
Shahwahid Hj Othman, diiringi oleh En. Mustafa Dollah untuk
naik ke pentas bagi merasmikan simbolik anugerah
kecemerlangan fakulti dan seterusnya
menyampaikan anugerah anugerah tersebut.
Dipersilakan....
Anugerah bagi Kategori yang pertama iaitu:

ANUGERAH PENGAJARAN
Anugerah Pengajaran Inovasi
Bagi jabatan perakaunan dan Kewangan dianugerahkan
kepada:..
Seterusnya Anugerah Pengajaran Inovasi
bagi jabatan pengurusan dan pemasaran dianugerahkan
kepada :.
Dan, Anugerah Pengajaran Inovasi bagi
jabatan ekonomi adalah:.
baiklah, Bagi kategori anugerah kedua iaitu
ANUGERAH PENYELIDIKAN
Anugerah penyelidikan yang pertama, Anugerah
Penyelidik Cemerlang Junior: jatuh kepada
Anugerah Penyelidik Cemerlang Senior:
Anugerah Makalah Jurnal :
Kita ke kategori anugerah yang ketiga, iaitu
ANUGERAH PERKHIDMATAN PROFESIONAL
DAN PEMBANGUNAN EKSEKUTIF
Anugerah Perundingan Cemerlang 2013 jatuh kepada
Anugerah Aktiviti Pengembangan Dan Khidmat
Nasihat Cemerlang 2013 Jatuh Kepada :
Anugerah Perkhidmatan Pentadbiran Cemerlang 2013
dimenangi Oleh:
Kita ke kategori anugerah seterusnya iaitu
ANUGERAH PERKHIDMATAN SOKONGAN
CEMERLANG (UNTUK STAF PENGURUSAN &
PROFESIONAL (BUKAN AKADEMIK DAN
PELAKSANA)-

Anugerah Staf Prestasi Cemerlang


Anugerah Staf Kreatif Dan Inovatif Cemerlang
Anugerah Staf Berkemahiran Cemerlang
Anugerah Staf Pekerti Cemerlang

Bagi meneruskan majlis pada hari ini,majlis ditruskan lagi


dengan pemberian ANUGERAH DATO ZAKRI AFANDI
ISMAIL.
Di sini saya ingin meberikan sedikit Info mengenai
Dato' Zakri Afandi Ismail
Dato' Zakri Afandi Ismail merupakan alumni FEP.
Beliau mula menaja Anugerah Dato' Zakri Afandi
Ismail mulai tahun 2012.
2 kategori anugerah ini adalah:
1) Anugerah Kecemerlangan Akademik
2) Anugerah Kecemerlangan Kepimpinan
Pemenang anugerah ini akan mendapat cek
berjumlah RM1,000.
Dengan ini saya menjemput
TDJIM ke atas pentas bagi penyampaian anugerah tersebut.
1- ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK
Mohamad Fahmi Lan (Bacelor Perakaunan)
2- ANUGERAH KECEMERLANGAN
KEPIMPINAN
2) Anugerah Kecemerlangan Kepimpinan
Muhammad Nabil Norhalim (Bacelor Pengurusan
Perniagaan)
Seterusnya, Penghargaan kepada staf yang telah bersara. Di
Jemput
1. En. Rahmat Mubin
2. En. M. Hissham Mustapha
Sambutan hari lahir

Pada hari ini kita akan mengadakan sambutan hari lahir bagi

staf yang menyambut kelahiran pada bulan .


Baca nama
Dijemput naik ke atas pentas bagi upacara memotong kek.
TQ
Penutup

Hadirin yang dihormati,


Dengan berakhirnya penyampaian Anugerah itu tadi
menandakan sampai di sinilah sahaja majlis kita pada hari ini.
Masa memang mencemburui kita. Oleh yang demikian. kita
akan tangguhkan majlis ini dan berharap semoga perpisahan
ini bukan selamanya kerana jika dizinkan-Nya, dapat kita
berjumpa pada masa akan datang.

Jamuan makan tengahari

kalau ada sumur di ladang,


boleh hamba menumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang,
bolehlah kita berjumpa lagi.
Saya mewakili pihak penganjur mengharapkan segala
kesilapan, terkasar bahasa dan kekurangan daripada saya harap
dapat dimaafkan. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari
Allah dan buruk itu datang dari diri sendiri. Sekian, wabillahi
taufik wal hidayah assalamualaikum w.b.t
Sekali lagi kami menjemput semua staf untuk menikmati
makan tengah hari di foyer blok E. Mohon tambah 'sesi
fotografi' sebelum jamuan tengahari.
Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalam.

Info terkini:
dekan & en. mus akan stay atas stage untuk semua anugerah.
hanya jemput TDJIM untuk anugerah student.

Anda mungkin juga menyukai